DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Khamis, 29 Oktober 2009

Tazkirah untuk diri sendiri 1"Bolehkah kamu?"

  1. Bolehkah kamu berjaga malam semasa ibubapamu sakit seperti kau berjaga malam sambil mengurut-urut tubuh anakmu ketika sakit?
  2. Bolehkah kamu mencari apa yang ibubapamu hajatkan sebagaimana kamu bersusah payah mencarikan sesuatu yang anak kamu hajatkan?
  3. Bolehkah kamu berulangalik ke kampung halaman sejauah 2 jam perjalanan menjenguk ibubapamu sebagaimana kamu berulang alik ke asrama anakmu yang mengambil masa 4-5 jam perjalanan?
  4. Bolehkah kamu mengambil cuti untuk menghantar ibubapamu ke kelinik bertemu janji dengan doktor sebagaimana engkau mengambil cuti untuk anakmu yang demam selsema?
  5. Sanggupkah kamu meminjamkan kereta barumu kepada ibubapamu sebagaimana kamu meminjamkan kereta barumu kepada anakmu?
  6. Bolehkah kamu melayan selera ayah ibumu sebagaimana kamu melayan selera anak-anakmu?
  7. Bolehkah kamu memberi keselesaan hidup ayah dan ibu kamu sebagaimana kamu memberi keselesaan kepada anak mu?
  8. Bolehkan kamu memperuntukan % pendapatan bulanan kamu sebagaimana kamu memperuntukkan % pendapatan kamu kepada anakmu?
  9. Bolehkah kamu...............................................?
  10. .................................................

Bolehkah aku?


 “Ya Tuhanku, kasihanilah kedua-dua ibubapaku sebagaimana mereka mengasihani aku sewaktu aku kecil.”

Selamat Ulangtahun Kelahiran Ke-77 ayahandaku pada 2 November...

Rabu, 28 Oktober 2009

Kualiti diri

Kelamarin;

Anak : Mak....nak pindah sekolah lah,budak-budak sekolah ni jahat-jahat,
Mak: Dia buat apa?
Anak: dia orang ska ejek-ejek,jelir-jelir lidah,sorak-sorakan orang;
Mak:Bagi tau ustazah;
Anak:OK

Semalam

Anak : Mak....nak pindah sekolah lah,budak-budak sekolah ni jahat-jahat,
Mak: Dia buat apa?
Anak: dia orang suka ejek-ejek,jelir-jelir ,sorak-sorakan orang;
Mak:Bagi tau ustazah;
Anak:Dah, ustazah kata....alah jangan layan,diam aje nanti dia penat.
Mak:Betulah ustazah cakap tu,esok buat tak tau je,dia orang tu suka kalau orang marah-marah;
Anak:OK

Hari ini

Mak:Betul nak pindah sekolah,esok mak uruskan,tapi kat sana kena cari kawan baru,pastu ustazah baru,kita tak kenal,entah-entah lagi terok dari kawan-kawan kat sini;
Anak:Tak apalah bdak-budak tu dah tak usik lagi,ustazah dah marah dia orang,dia usik budak lain lain pulak.
Mak:Betul?......tulah bukan elok kita suka pindah-pindah,kat tempat baru belum tentu budaknya baik-baik,budak jahat kat mana-mana ada,yang penting macamana kita nak tolong diri kita dan tak bagi budak jahat tu kacau kita lagi.

Anakanda dah belajar meningkatkan kualiti diri

Ahad, 25 Oktober 2009

Aduhai anak-anak

Cerita Basikal buruk.

Anak:Mak esok malaslah Anis nak naik basikal(dengan muka mendung)
Mak:Kenapa?
Anak:Budak-budak lelaki tahun6 tu...ejek-ejek Anis...kata basikal buruk yek yek.
Mak:Ta apalah sok jalan kaki je.....
Anak:Tak boleh kalau jalan kaki nanti dia lagi kata....hoi mana basikal...dah jual kat kedai besi buruk ye.....
Mak:(Berdenyut ari-ari bekas tempat tinggal anak tu selama 9bulan,ibu mana tak sedih anak dihina begitu)Anis kenal ke anak sapa tu?
Anak:Alah anak pakcik......dengan anak Makcik .....yang rumah batu warna kuning tu(rumah PPRT)
Mak:So Anis sedihlah ye?....tapi mak tak sedih sangat kalau kata basikal anaknya buruk,tapi sedih sangat kalau perangai anak-anaknya buruk maca anak-anak orang tu.Sok kalau dia kata lagi cakap ...............biarlah basikal buruk asalkan jangan perangai buruk......
Anak:Ok lah...sok Anis naik basikal....kalau dia ejek lagi Anis cakap macam tu(mendung telah berlalu)

Pucuk Ubi

Dalam perjalanan pulang dari sekolah,dalam kereta.

Mak:Kita kena makan sayuran,biar kulit halus,tengok anak-anak Ciklah makan tomato kulit dia cantik;
Anak:Eya suka sayur satu je,sayur yang daunnya kecik-kecik masak lemak;
Mak:Daun turi ke,
Anak:Bukan,nanti Eya tunjukan.......Hah daun tu hah yang kat tepi jalan(menunjukan daun pucuk ubi)
Mak:??????
Eya anak cikgu yang dilahirkan dan dibesarkan dikampung yang dikelilingi flora dan fauna, bagaimana ya kalau anak kota yang sesekali balik kampung?

Rabu, 21 Oktober 2009

JIKA KAU MAHU..........

Jika kau mahu anak-anakmu menghormatimu maka hormatilah kedua ibubapamu dahulu;
Jika kau mahu anak-anakmu menyayangi mu sayangilah kedua ibubapamu dahulu;
Jika kau mahu anak-anakmu berbicara dengan sopan kepada mu maka berbicaralah dengan sopan kepada kedua ibubapamu dahulu;
Jika kau mahu anak-anakmu rajin menolongmu maka rajin-rajinlah menolong kedua ibubapamu;
Jika kau mahu anak-anakmu ringan tulang membantu kerja-kerja rumah maka ringan-ringankanlah tanganmu untuk kedua-dua ibubapamu;
jika kau mahu anak-anakmu sering menjengukmu bila tua nanti maka sering-seringlah kau menjenguk kedua ibubapamu sekarang;
Jika kau mahu anak-anakmu murah hati kepada mu maka bermurah hatilah kepada kedua ibubapamu dahulu;

Isnin, 12 Oktober 2009

Memberi dan menerima,hikmah di sebaliknya

Ramadhon semakin di penghujung,anak-anak sudah berkumpul tapi masih terbawa-bawa cuti rehatnya......rumah masih berselerakan......tetiba Makbonda teringat Bondatua kat kampung,pastinya sedang mengemas-ngemas rumah bersendirian......adik-adikpun belum sampai ,meraka dari perjalanan yang jauh-jauh.......kesian Bondatua,pastinya tenaga tua itu sedang ternanti-nanti ketibaan anak-anak cucunya.........

Makbonda:(Jam 9.00am)Wahai anak-anak dari perantauan....sudah-sudahlah tu....bangun....lusa dah raya......tolong-tolonglah kemas rumah.....Makbond nak jengok Bondatua, nak tolong kemas rumah(rumah bonda tua 30min perjalanan).

Anak-anak dari perantauan: Yelah kejap lagi....mak pergilah......kita orang buatlah nanti...dengan suara serak-serak keringnya....

Sampai rumah Bondatua.....betul seperti yang dijangka....Bondatua sedang terbongkok-bongkok mengemas dapurnya,anak cucu belum tiba lagi.....Makbonda naik atas rumah......yang sudah terabai sekian masa kerana Bondatua sudah kurang berdaya untuk menguruskannya......dengan habuk dan sawang......tentu sekali tidak menyelesakan anakcucu berkumpul........usai rumah Bondatua Makbonda pun kembali kerumah dengan minda yang telah disetkan menyambung misi di rumah sendiri pula...........tapi apa yang terjadi........ Makbonda menjadi semakin yakin dengan tajuk di atas................anak-anak dari perantauan sedang melakukan apa yang Makbonda lakukan dirumah Bondatua tadi......ALHAMDULILLAH......terimakasih Tuhan.

Jumaat, 9 Oktober 2009

Untung ruginya anak sulung dan bungsu (Berdasarkan pengalaman diri sendiri bukan pengalaman orang lain)

Untung anak sulung
1. Tempat mak meluanhkan perasaan
2. Kasih pertama mak bapak,masa lahir sehingga kelahiran anak kedua dialah tempat mencurahkan kasih sepenuh jiwa raga
3. Tumpuan semua nenenek/datuk/makacik/makcik,semua berebut nak dukung/ambik gambar,semua nak cium,layan,peluk sampai emaknya jeles kasihnya lari kat orang lain.
4. Tempat adik-adik meluahkan perasaan
5. Suara kita selalu di gunakan
6. Suami/isteri kita menantu pertama,belum ada saingan
7. Kitalah orang pertama yang bagi emak duit gaji kita,walaupun sedikit emak sangat menghargainya

Rugi anak sulung
1. Maka bapak muda lagi,darah muda,masih belum matang nak buat tindakan,jadi tempat melapaskan amarah mak/bapak,melepaskan baran mereka
2. Tak ada tempat nak luahkan perasaan tentang cerita-cerita remaja,nak cerita kat emak malu
3. Boring-tak boring kat rumah ajelah masa tunggu result,tak ada abang atau kakak buat mengadu kasih.
4. Masa kawin adik-adik belum kerja,kecil-kecil lagi,hadiah/sponsor/tenaga amat minima.
5. Pak/mak mentua belum pernah menghadapi menantu, ada saja tak kenanya tingkah laku kita
6. Ipar duaipun tak pernah menerima kehadhiran orang lain dalam rumah mereka,segala yang tak betul ada saja yang perasan
7. terlepas nikmat zaman kanak-kanak,sebab sentiasa jaga adik-adik yang asih kecil
8.Masa lahirkan anak adik-adik belum kerja so tak ramai bagi hadiah.

Untung anak bungsu
1. Dapat belaian kasih sampai besar,kadang sampai tua
2. mak/bapak dah tua,dah cool,dah tak baran-baran lagi
3. Abang/kakak dah kerja,tiap kali balik ada saja buah tangan yang di bawa balik.
4. Ada tempat mengadu kasih,meluah perasaan.
5. Sesak-sesak duit taklah nak mintak mak/pak saje,banayak tempat bergantung nasib.
6. Boring-boring duduk rumah masa tunggu result pergi rumah kakak/abang
7. Masa kawin abang/kakak dah kerja,masing masing bagi hadiah/sponsor/tenaga
8. Suami/isteri kita menantu bungsu,maka ramailah biras dan iparduai yang tolong ajarkan macamana nak mengambil hati mak/pak mertua
9. Bila kita ada anak Kakak abang sepepu ramai,masing-masing nak peluk/cium.
10. Bila kita dapat anak banyak hadiah dari maka/pak saudaranya

Rugi anak bungsu
1. Kebanyakan pakaian 2ndhand dari abang/kakak
2. Mak/abang/kakak selalau anggap kita kecik lagi,suara kita tak begitu diambil hal
3. Suami/isteri kita menantu akhir jadi banyak benar mata-mata yang memantau gerak geri kita
4. Bila kita dapat anak kakak/abang dah tak berapa layan anak kita,mereka masing-masing dah ada anak
5. Tok nenek dah tua tak berapa larat nak timang anak kita,pun cucu lain dah ramai nanati kalau asyik pegang anak kita jeleslah cucu lain;
6. .........................................................

Khamis, 8 Oktober 2009

Anis proses menjadi dewasa

Emak telah diamanahkan untk menjaga dua orang anak Pak Alang Amani 7 tahun dan Aman 4 tahun sepanjang pemergiannya ke tanah suci Mekah pada musim ini……sebelum itu emak sudah memberi taklimat awal kepada Yaya dan Anis tentang kehadhiran 2 orang sepepupu mereka selama 45 hari bersama mereka. Nampaknya reaksi mereka positif,dan tidak sabar menunggu ketikanya.
Anis ,adik bungsu,selama ni memang selalu buat hebok, pagi sebelum pergi sekolah jika barang kepunyaannya hilang seperti setokin,pemadam,buku home work yang dia tau melalak,dan emak yang tak kuasa dengar lalakannya mengerah semua kakak dan abang untuk mencarinya… sambil merungut dan mengutuk cari tetap cari walaubegitu mereka seperti sentiasa memafkannya,begitulah tuah si bungsu .
Sudah 2 minggu berlalu Anis telah menaikkan taraf dirinya menjadi kakak,berbagai cerita yang berlaku dan boleh di hantar kat PTS dijadikan novel kanak-kanak

Cerita 1

Oleh kerana cuti sekolah belum bermula,Emak bawa Amani dan Aman kesekolah,kebetulan pula P&P di sekolah sudah tidak berapa dijalankan kerana selepas musim peperiksaan. 4 orang anak dalam kereta, Kak Yaya,Anis Amani dan Aman .Sampai sekolah maka offer kedua-dua anak buah tu buat pilihan, nak ikut makngah kat bilik guru,kak Yaya kat tahun 5 atau Kak Anis tahun 3,mereka sebulat suara nak ikut kakak Anis,Emak tahu Anis tak berepa senang hati,lalau emak cepat-cepat kata “Oooo semua orang suka kat kakak Anis ye,jeles emak dan Kak Yaya” maka ceria kembali air mukanya. Hari pertama adik-adiknya masih takut-takut je,masih ikut semua arahan tatapi bila hari kedua dek kekeletahan dan kecerdikan adik-adikni(ialah anak Doktor dan Ustazah lulusan Mesir mestilah berbeza dengan rata-rata mereka anak kerja kampung) semakin popularlah mereka,masing-masing hendak berkawan,maka terpinggirlah kakak yang sorang ni…sakit hatinya membawa kepada lemah fizikalnya,muram memanjang…malam mak tanya… “Anis ada masalahke jaga adik-adik?” setelah beberapa kali di tanya mengakulah ia yang adik-adiknya sudah tidak pedulikannya,semua kawan-kawan dah potong jalan , Mak “Eh ok apa,kawan-kawan Anis suka kat adik Anis,apa jadi kalau kawan-kawan tak suka adik Anis,dia orang ejek-ejeklah,jelir lidahlah,bulilah…mesti lagi sedihkan…bir aje dia orang tolong jagakan,balik nanti mesti dia cari Anis”…… selesai…….

Cerita 2

Cuti sekolah bermula..Abah nak bawak kami semua kenduri di sebuah Felda di Sungkai ,selepas itu ke Hot Spring ,masing masing bersiap menyediakan pakaian mandi, kami naik Inova Pak Alang. Setelah semua masuk kereta dan emak sedang membuat sentuhan akhir meninggalkan rumah tiba-tiba Anis masuk ke rumah menuju kebilik dan baring atas katil sambil air mata berlinang “Anis tak nak pergi!nak kat rumah aje” dengan beberapa pujukan yang tidak di layannya mak guna tektik kotor “Ok lah jaga rumah ye.. nanti kalau lah tetiba ada pencuri masuk rumah,dia ingat rumah kosong rupanya dalm ada budak,samada di ikat mulut,kaki kat katil, sampai mak balik,atau di tembaknya atau di bawak lari macam sazlin dan mak dan abah didakwa masuk penjara pasal tinggalkan anak…camna?” “ok-ok lah nak pergi tapi tak nak naik kereta budak tu” dah agak mesti Amanibuat sesuatu kat dia……sesmpai ke kereta mak tolak je masuk Inova dan abah start kereta terus jalan……sepanjang jalan emak tunjuk gunung,hutan sungai…..hatinya cair… Di Hot Spring Yaya dan Anis menguruskan adik-adiknya dari bersalin pakaian,bermandian dan bersiap untuk balik, mak dan abah cuma tengok dari jauh je.
Malamnya masa tenang tenang mak korek cerita pagi tadi “Macamni…Anis jumpa gula bawah kusyen kereta…Anis makan..Amani tak bagi lepas tu Anis jawablah …bla- blab la….. tiba-tiba Amani kata ini kereta dia….Anis pun sakit hatilah” mak dapat tangkap kenapa Amani cakap macam tu.mesti kes Anis cakap lebih-lebih.

Cerita 3

Selalunya Anislah yang menguasai lap top mak,dengan gamenya,sampai naik geram kakak Yaya, hari ini dah dua jam Aman duduk di situ,Aman pergi Amani pulak,ganti Aman lagi,bila kedua-duanya bosan mulalah Anis ambik peluang…baru 15 min Aman merengek-rengak nak main…..Anis mendengus lalu masuk bilik naik atas katil doble dakernya…main anak patung dan mencatat sesuatu….Amani masuk, di terimanya lepas tu Aman pulak….”Hei sapa suruh naik….mengacau je” apa lagi melalaklah si kecik bersuara garau tu “Hei apasal nangis…ada kakak cubit ke…kakak usik ke…diam… nanti mak dengar ingat kakak yang buat( dengan garang sebijik macam dialog Yaya bila marah kat dia)
Emak tengah membelek pokok bunga di luar jerit panggil Aman tengok anak burung.Aman gembira.

Cerita 4

Kalah berebut laptop lagi, Anis ke dapor….masak Maggie(Anis memang suka masak)….hidung Amani kembang kempis “Bau apa ni?” “Syys diam diam kita makan berdua” tiba-tiba “yeye nak Maggie..nak Maggie”…Anis mendengus.. “ngacau lagi” mak menyampok “Alah makanlah bertiga ,tak boleh makan banyak-banyak,magie tu,tak berkhasiat,lagi satu dosa kalau kita makan orang lain bau tapi kita tak bagi tau” “ok oklah”


Cerita 5

Masa mengaji,kakak Yaya dah khatam tak perlu mak semak,selalu mak semak Anis sorang,kini Anis kena giliran no 3(akhir)habis ngaji mak ambik kesempatan…ber takzirah ngan Anis “dah lebih 2 minggu Amani kat sini,kejap lagi dia balik…dah tak jumpa Amani lagi….Anis suka tak Amani kat sini?” “Suka..tapi Anis selalu sakit hati je…dia orang tu berlagak…melawan je tak pandai jaga hati Anis?

“Ooooo ye ke....Sebenarnya memang macamtu lah jadi kakak,Anis tak pernah ada adik….kakak pun dulu macatu jugak,adik-adiknya selalu lawan kakak,nak menang je…tapi mak selalu cakap kat kakak suruh sabar,mengalah adik kecik lagi…..sampai 5 orang adik kakak…..mak lagi ada 8 orang adik…memamnglah geram kalau adiknya lawan…penat-penat kita jaga dia dia lawan….tapi bila dah besar adik-adik sayang kat kakaknya,,,adik-adik mak semua sayang kat mak,adik-adik kakak semua sayang kat kakak….Anispun sayang kakak kan?Tu pasal lepasni jangan suka lawan-lawan kakak.
Kalau Anis garang-garang sambai bila-bila Amani ngan Aman takut nak datang lagi.Nanti dia cerita kat Umi dia Kakak Anis garang,Anis juga yang malu.”

Dalam bilik sebelah yang bertutup pintunya terdengan suara Aman nyanyi lagu ‘Aku Ketahuan’ dengan hafalnya,tak tau macamana boleh hafal. Anis pegang kamera digital tengah rakam aksi Aman,Amani jadi juruacara…(minggu lepas masa malam camping kat sekolah ada pertandingan bakat)…….mak biarkan saja mereka berkreatif….kalau abah tau tak bagi tu ,ayat biasa yang akan keluar “Hei hei apa main kamera ni,dah-dah simpan kang rosak lagi,dah berapa kamera mak rosak”.Tapi bagi mak sesekali apasalahnya bersubahat dengan mereka.

Selasa, 6 Oktober 2009

Pendidikan formal dan Informal

Cerita 1

Jiran sekampung seorang ibu, punyi 8orang anak kesemuanya lulusan kolej dan universiti. Dalam ramai-ramai ni bermacam-macamlah perangai walaupun dah berijazah tetapi kemaanusiannya berbeza-besa, ada yang suka berkira,kedekut,berat tulang dan sifat-sifat mazmumah lain tapi ada juga yang ringan tulang,murah hati –sifat dan sifat –sifat mahmudah lain, pada yang bersikap positif tentulah melegakan benaknya tetapi bagaimana pula dengan yang sebaliknya. Dia mengadulah kepada aku

“Tak taulah cikgu….semua anak-anak dibela dengan cara yang sama,di curahkan kasih saying yang sama,di beri peluang belajar pun sama,Makcik nak didik tak tau…bila dah disekolahkan…masuk universiti….kerja bagus-bagus…ingatkan dah jadi oranglah……tapi masih tak elok-elok lagi perangai……..apa yang dia belajr kat universiti tu?”

Aku jawab “Mak cik, kat universiti tak ada matapelajaran supaya ringan-ringankan tulang,tolak ansur,jangan suka berkira, elok-elok perangai ,semua tu tak ada….tapi benda tu didapati diluar kuliah, masa bercampur dengan orang dan masa hidup seharian masa camp-camp motivasi, tapi kalau tak ikut aktiviti macam tu mana nak berubah.Lagi bagus kalau benda-benda tu semua kita yang ajar sebelum dewasa”


Cerita 2

Maka sebok lah cikgu ngadimin,besah,pijun, jajak dan rakan-rakannya sebab minggu tu mereka mengadakan minggu Cegah Jenayah,Anti Dadah dan Kesihatan. kertas kerja di buat dengan rapi,penceramah dijemput untuk memenuhi aturcara, hari pertama penceramah dari AADK,berceramah dengan menayangkan slaid-selaid yang menarik, murid-murid senyap setiap kali slide di paparkan,bukansahaja murid cikgunya pun sekali melompong,selama ni benda yang tak tahu jadi tau,akhir ceramah kuiz,10 orang yang mendapat menjawab soalan akan di beri hadiah seperti yang dijanjikan di awal tadi….berebut-rebut murid mengangkat tangan,soalannya bukanlah mudah,cikgupun tak dapat jawab,bukan cikgu bodoh tapi murid-murid memegang pen dan buku nota masa dengan ceramah.

Hari kedua Doktor kesihatan dan Pegawai polis pulak giliran berceramah,dan suasana murid-murid pun macam semalam juga. Hari ketiga giliran doctor gigi pulak, dan suasana masih tidak berubah malah bertambah hangat lagi sebab murid yang belum mendapat hadia berlumba-lumba mencari peluang.

Bukan setakat ceramah sahaja, setiap penceramah yang datang membawa bahan-bahan untk di pamerkan, seperti poster,gambar,model dan bermacam-macam lagi….betul-betul minggu ilmu. Tiba-tiba pada tengahari hari ketiga guru besar dipanggil oleh PPD ke Pejabat PPD,suruh datang dengan mebawa kertas kerja serta dokumentasi aktiviti yang dijalankan……berpendangan lah si cikgu-cikgu…..ni mesti PPD terpikat dengan aktiviti kita.

Petang itu sebelu Kokurikulum dijalankan guru besar memanggil cikgu-ciku ni berkumpul di bilik mesyuarat…dengan perasaan berbunga-bunga mesti khbar gembira yang kami terima,sekurang-kurangnya 4-5 orang yang dapat APC tahun ini…rupanya apa yang kami buat ni salah. Sekolah tidak di benarkan menjalankan aktiviti sehingga meninggalkan aktiviri Pengajaran dan pembelajaran. Apakah P&P yang di maksudkan itu? Iatu belajar BM,Mt,Sains,BI,PAI,KT, dan mesti ada Set induksi,Tajuk,Objektif dan langkah-langkah lepas tu exam.
Aktiviti yang di tas tadi bukan P&P.Kalau nak buat di luar persekolahan……..setelah 25 tahun aku jadi cikgu,baru kini aku mengerti

Kenaikan pangkat

Anakdaraku yang sedang melalui praktikalnya disebuah sekolah menelipun aku,bersimbang tentang pengalamannya, tiba-tia dia bertanaya “ Mak orang kalau lulus ujian PTK tu boleh naik pangkat ke” “ialah”jawabku. Ada cikgu kat seklah tu, asyik baca buku PTK aje,tapi selalu tak masuk kelas, dia bleh order je dari bilik guru,bagi workset je suruh student siapkan,dan kalau dah siap hantar, lepas tu hasut kita rang pulak tu supaya tak kerja teruk-teruk. Habistu kalau dia lulus PTK dapat naik pangkat juga ke?” “Dapatlah,dah itu yang dijanjikan. Itu lah kak dunia.,lepas ni kakak akan melangkah kedunia yang lebih luas lagi pastu banyak lagi cerita mengenai ketidak adilan yang kakak tengok nanti. Pasal tu bersedialah,zaman kakak lebih lagi cabarannya. Pokoknya hanya satu je yang kakak kena ingat…DIA sentiasa ada bersama kita dan panduan kita hanya Quran dan Hadis”

Kebimbangan aku bertambah, apakah anak-anakku punya kekuatan untuk menghadapi dunia.

Periok berkilat.

Masa aku umur 19 tahun,emak ajak temankan melawat seorang penduduk kampong yang baru melahirkan anak(muyi,jagong) ramahnya amat sederhana beratap nipah dan berdinding separuh papan separuh atap nipah.Tiangnya rendah saja dan hanya 5 anak tangga,maknanya kita boleh menjengah kedalam rumah itu tanpa menaiki tangga. Pemandangan tersebut biasa kita Nampak kalau kita naik Camereon Higland iaitu tak ubah macam rumah orang asli dari luar. Tetapi yang aku kagum bila aku menjengah ke dapor aku liaht periuk belanga yang tidak berpakai bergantung kemas di dinding dengan keadaan yang berkilat seperti tiadak pernak berpakai, padahal dapurnya dapur kayu. Keadaan rumahnya tersusun rapi,lipatan kain seperti diukur, padahal masa tu tuan rumah sedang dalam pantang da anak-anaknya kecil-kecil lagi……aku tak komen apa-apa kalau aku bersuara habislah ungkitan mak.

Sekarang aku dah berumahtangga dan anak daraku sudah sebaya aku pada masa itu…dapurku dapur gas,tapi periuk kualiku tidak seberkilatnya seperti periuk belanga orang itu,walaupun sudah berapa kali aku menyentalnya dengan menggunakan berbagai-bagai bahan pencuci terkini.

Pada suatu hari sedang aku menyiapkan makan tengahari tiba-tiba aku teringat Nak solat dhuha,hanya tinggal menggoreng ikan sahaja yang belum siap,anak daraku sedang menonton TV “Kak tolong tengokan ikan ni ye mak nak solat dhuha”
“Ok” katanya.

Selesai salam tiba-tiba aku terdengar anak daraku menjerit “Mak…api” akupun melompat kedapur,rupanya nakdaraka ghalit tengok TV tidak di jengoknya ikan dalam kuali,api menyambar minyak dalam kuali……dengan keadaan separoh cemas aku basahkan tuala dan campakkan keatas api….Alhamdulillah keadaan terkawal Cuma bidai dapurku yang rosak.Aku kawal lidahku dari mengeluarkan perkataan yang mneydihkan anak daraku biar dia melayan sesalnya sendiri. Sebenarnya haritu anak daraku akan menaiki bas pulang ke kolejnya,sebabtu aku control baik kat dia,takut dia sedih….tapi aku tengok muka dia selamba je,tak Nampak kesal pun. Setelah 30 minit bas bergerak tiba-tiba nada mesej berbunyi “ Mak sory ye” aku reply “Kenapa” “Pasal tadi,kakak sedih sangat” “takapa benda dah berlaku”

Balik dari menghantrnya ke stesyen bas akupun mengambil kuali tadi dan meletakannya kesinki,lalu menyiramnya……tapi apa yang aku lihat ialah……kerak yang melekat di buntut kuali tu tertanggal semua dan buntut kualiku berkilat seperti baru……terus aku sms kat anak dara aku “Kak , sedih lagi….mak nak cerita biar hilang sedihnya……..”
“waaaaaa, boleh lah aply kat benda lain pulak…”

Catatan Popular