DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Ahad, 29 November 2009

Kecil-kecil di timang ibu besar-besar di timang gelombang

Ayahanda: Andak jom ikut abah gotong royong sembelih lembu qurban.

Andak:Tak nak lah,nanti macam tahun lepas,tak ada kerja,duduk-duduk je,bowring.

Ayahanda:Macamana boleh tak ada kerja,banyak kerja,awak je yang tak nak buat.

Andak:Dia orang tak suruh buat apa-apa pun.

Bonda: Kerja gotong royong mana boleh tunggu orang suruh,kene kita cari kerja,mana nampak kekosongan kita masuk aje,kan andak dah 16 tahun,kalau masa kecik dulu yelah semua kene suruh sebab masa tu fikiran pun masih kecil,sekarang semakin besar otak pun semakin berkembang,kreatiflah masa bergaul dengan orang,tak rugi kita ringan tulang.kalau sekarang pun masih tak reti nak bena kemahiran bergaul dengan orang sia-sialah hidup kita selamani.


Besok keluarga makbonda akan mengadakan perhimpunan keluarga....dalam perjalanan....

Bonda: Kita ni nak pergi rumah Bondatua buka nak rehat-rehat tau,nanti disana kita akan sama-sama jalankan majlis,jadi jangan kita tunggu orang suruh,cari kerja....nampak orang buat kerja ringankan tulang.....tak rugi orang ringan tulang....buruknya pemandangan orang lain buat kerja kita duduk melepak...tu yang rasa bowring tu.....kalau ada sebarang arahan dari orang yang lebih tua terus buat jangan tunjuk pulak perangai mengeluh atau cuba lari-lari pulak.

Anak-anakanda: Insyaallah,kita orang akan jaga maruah bonda.

Rabu, 25 November 2009

Tiba kedinastinya

Perjalanan dari bandar Kota Bharu hingga Kuatan sepatutnya mengambil masa tidak lebih 3 jam telah menjadi 12 jam dalam bulan-bulan monsun timur laut ini,beberapa kali meredah jalan yang berarus deras dan deretan kenderaan yang terhenti beberapa kali dan jem,terpaksa kami mengehntikan perjalanan di rumah adinda bungsu di Balok dan akan bertolak sebelum subuh esok hari.

5am bertolah Subuh di Bandar Muazam.Berbekalkan bahan yang di copy paste dari WikiMapia,tidak sukar untuk kami melalaui jalan-jalan yang pertama kami tempuhi,rasa riak di hati kerana kami rakyat malaysia yang banyak juga menyusuri jalan-jalan di Malaysia.Sepanjang perjalanan ayahbonda sentiasa berusaha menceriakan hati anakanda untuk mengubatkan rasa kesakitan dek perpisahan yang lalu.Ada kalanya mencipta skrip apa yang akan di tuturkan sebaik sahaja tiba di SMKFL nanti,ialah untuk menutupi rasa bersalah atas kelewatan kami.

10.30am Tiba di SMKFL,sebuah perkampungan Felda di kaki Gunung Panti.Sebuah SMK yang bermurid 200orng,24-26 orang setiap kelas,sekolah terbaik Felda Johor,dengan keputusan SPM BI 90%.Amat mengkasimakan kami.Terjadinya jumlah yang begini ialah kerana ia sebuah Felda lama yang kebanyakannya ibubapa telah mengalami monopos.

Sementara anakanda berurusan dengan kerani,ayahbonda bertemu Puan Pengetua.

Bonda:Maafkan kami puan atas kelewatan anak kami mendaftar.

Puan Pengetua:Owh tak mengapa,saya dapat rasakan cikgu ni seorang yang comitment pada kerjanya,sehingga beliau tidak dapat meninggalkan tugasnya dipertengahan jalan,dan beliaujuga tidak memikirkan tentang gaji.Tapi dia kena bertugas pada Desember ini selama 3 minggu bermula 1hb.Ini kali pertama sekolah dapat guru Ophsyen,dan outomatik akan menjadi ketua panitia,so dia akan menjadi seorang guru yang sebok dan sentiasa keluar sekolah.Dan saya dapat rasakan cikguni punya ayahbonda yang memberi perangsang penuh atas kerjayanya......bla.... bala bla...

Bonda:bla....bla.....bla

Puan Pengetua:Jauh sangat ke sekolahni puan?

Bonda: Owh jauhlah bagi kami tapi bagi orang Johor tak lah jauh he he he

Ayahanda:Puan saya serahkan anak saya kepada puan,didiklah dia sebaiknya.Pastinya terlalu banyak kekurangan.

Dengan kunci yang diserahkan kami pun melawat quartes yan di sediakan,satu diantara 6buah rumah,3 bilik tidur,bilik air yang berasingan dengan tandas,dapur yang berkabinet kemas,sudah ada seorang penghuni tetapi sedang bercuti,berjiranan yang mesra,beberapa penghuni datang memperkenalkan diri.Setelah mmpastikan apa yang perlu di beli kamipun meninggalkan rumah ke kota berhampiran,semuanya keperluan asas bukan kehendak,dan riak wajah nakanda menerima dengan rasa bersyukur.

Selasa, 24 November 2009

Semoga pengembaraan kami mendapat RahmatNYA

Sabtu 7am-
Bertolah dari Sabak Bernam membelah Banjaran Titiwangsa ke Negeri Matahari terbit,meninggalkan anak-anakanda dibawah pengawasan kakanda kedua,perjalanan yang mencabar,dihujan lebat merentasi banjaran lereng-lerang di kaki gunung cameron yang berliku-liku dengan kabus tebal,yang hanya kelihatan lampu kereta,tiba-tiba ada lencungan kerana jalan runtuh.Hujan yang berterusan menuruni bajaran yang licin,sebaik sahaja tiba di tanah rata jumpa masjid di Gua Musang berhenti untuk Sujud Syukur dan Dhuha,meneruskan sehinga pemandangan dikiri-kanan ialah limpahan air dan apungan rumah-rumah dhaif.Menurunkan giar bila mengharungi limpahan di jalanraya.Berkali-kali mengingatkan ayahanda supaya berhati-hati agar tidak bergesel dengan deretan kendraan yang di parking tepi jalan kerana halaman yang berarus deras.Berkali kali anaknada bersms bimbang keselamatan ayahbonda.
3pm tiba di bandar Kota Bharu,anakanda tunggu di masjid kecil,ayahbonda berjamak Taqdim,baru terasa isyarat dari rangsangan perot bonda untuk diisi.
Ayah bonda,anakanda dah tempahkan ayahbonda di bili tamu KTD,sila berehat anakanda bawak kereta ke asrama untuk mengemas dan menyusun barang,kita jumpa esok pagi.

Ahad 8am-Anakanda tiba dengan kereta yang berbonet dan tempat duduk belakang yang penuh.Diperkenalkan dengan rakan-rakan sestarf,di hati kecil bonda siapa juga akan sukar untuk berpisah dengan insan seperti mereka....Anakanda....Allah sentiasa menganugerahkan mu insan yang tidak sunyi dari RahmatNYA,bersyukur.....

-Terimakasih kerana melayan anak bonda dengan baik,minta maaf kerana terpaksa mengambilnya dari kelian(dengan adegan-adegan dramatik)

-Sebenarnya dia yang melayan kami dengan baik dan terimakasih meminjamkannya kepada kami.....

Selamat tinggal KTD semoga kelian akan Allah gantikan dengan insan yang lebih baik.

Meneruskan perjalanan ke selatan,melintasi jalan-jalan yang berarus deras dan kiri kanan jalan yang berombak-ombak halamannya........

Bonda yang kehilangan kata-kata....

Tiba-tiba tersebar bahawa pengambilan guru-guru siswazah akan dibekukan tahun 2010,sebagai ibu tentulah makbonda juga bimbang akan masa depan anakanda.Tiba-tiba dapat surat dari JPJ anakanda dikehendaki hadir ke taklimat GSST di SMKMKJB,dengan kesyukuran makbonda scan surat panggilan dan emailkan….tiba tiba SMS berbnyi

[Mak boleh tak kalau kakak tak pegi posting,]

Mengambilmasa yang lama untuk menjawab

[berikan alasan via email]

Malamnya bomda buka yahoo mail:-

“Sekolah
-Gaji lebih banyak
-Beban kerja lebih banyak.
-Tarbiah - kakak tak tau boleh teruskan ke tak.
-Tentang bayaran denda, hari tu kakak dgn irwan dah jumpa ketua eksekutif(KE) kolej. Pasal denda boleh diuruskan. Kiranya, mak abah tak payah risau pasal tu.
-

KTD
-Gaji tak banyak mana, tapi insyaAllah cukup.
-Ada team untuk buat kerja Islam.
-Lebih banyak peluang untuk improvekan diri sendiri (tarbiyah, sahsiah).
-Suasana kerja walaupun penat tapi sangat enjoy (boleh buat apa yg kita selesa dan apa yang kita mahu).
-KTD kurang lecturer English.

Mungkin dulu kakak fikir masa depan yang cerah tu maksudnya dapat gaji tetap n all that. Tapi tak pe kan mak, kalau kita kerja swasta. Yg pentingnya kita kerja dan tahu matlamat kita untuk kerja tu. Tapi kakak masih harapkan mak punya pendapat juga. Kakak mintak mak dgn abah doakan yg terbaik untuk Kakak. Kakak sayang mak dengan abah sangat2. Kerana Allah.

--
kakak
::RedhaNya diharap, kasihNya didamba::”


“Anakanda,bonda bersyukur kerana Allah telah memberi hidayah untuk anakanda untuk berfikiran sebegitu,tetapi jangan lupa anakanda telah terikat dengan kontrak menggunakan biasiswa KPM,jadi habiskan kontrak dulu,mudah-mudahan anakanda dalam istiqamah,dan di sekola nanti anakanda boleh teruskan kerja Islam pada rakan sekerja dan anak-anak didik”

Sejak itu nada anakanda agak berbeza seperti selalu biala berbicara

[Oklah kalau bonda dah kata macamtu apa nak buat tapi anakanda tak dapat daftar pada tarikh tersebut]

[Itu anakanda kena hubungi JPJ]

[Anakanda dah hubungi sekolah dan PPD mereka setuju tangguh,selewat-lewatnya 26Nov,sebab kat sekolah tu tak pernah ada guru ophsyen BI]

[OK bonda akan ambil anakanda di KTDN dan hantar ke Negeri Selatan awal cuti sekolah ni]

Sabtu, 21 November 2009

Apa dia Hidayah..........

Tempat-di pondok lawatan penjaga di asrama sekolah agama

Bonda:Ingat tau solat jangan sampai tertinggal,puasa sunat,berdoa minta terang hati,mudah belajar........

Budak remaja:Insyaallah....tapi kan mak kat bilik kakak ada sorang budak tu tak pernah solat Subuh.Bangun-bangun mandi terus siap pergi dewan makan,kadang kakak intai nak pastikan,takut perasangka pulak.

Bonda:Kat sekolah agama pun ada budak macamtu juga ye,dia dapat masuk sini mesti PSRA Mumtaz tu

Budak remaja:Itulah pasal....tapi yang peliknya tiap kali ujian markah dia tinggai sekali.

Bonda:Memanglah dia pandai sebab mungkin dia rajin belajar,atau emak bapaknya orang pandai-pandai,dia ada kebolehan semulajadi tapi dia tak dapat hidayah...

Budak remaja: Hidayah? macamana tu.....

Bonda:Kan ada orang-orang pandai tapi tak yakin pada tuhan.Dia tak suka pun kalau sebut Islam,dia tak didikpun anak-anaknya ilmu Islam,kadang tu kerja ustaz/ustazah lagi,tapi tak minat cerita-cerita Islam,adakalanya akhlaknya pun tak macam orang Islam,sebab dia tak ada hidayah.kita kene doa Ya Allah berilah aku Hidayah.Kan dalam doa Qunut ada doa mintak hidayah.

8 tahun kemudian

Anak yang nak dewasa:Betulah mak dulu kata ada orang bijak pandai tapi tak dapat hidaya,kakak dah jumpa ramai orang macam tu.Bijak pandai tapi tak suka bila sebut Islam.Solat tapi cuma sebagai adat aje,nampak macam senang tapi jiwanya tak tenang,ada saja bala turun.Gaji tinggi tapi tak pernah kecukupan,nak sedekah pun macam berat sangat.

Bonda:sebenarnya Allah tengah uji dia dengan kenikmatan.Lagi bahaya diuji dengan kenikmatan dari diuji dengan kesusahan.Jarang orang bersykur kalau dapat nikmat tapi orang akan cari Allah kalau dapat musibah.Kita pun macmatu juga kan,pasal tu kita kena selalu doa mintak hidayah

Anakanda,bonda rindu nak berbicara sebegitu dengan kamu lagi,ceritalah lagi pengalaman kamu jumpa ramai orang agar bonda tahu bahawa kamu sudah jumpa hidayah,agar menjadi bekalan bonda ke alam sana.............

Selasa, 17 November 2009

Pilihlah aku..........

Tersebutlah cerita sepasang suami isteri yang tidak sempat bercinta sebelum kahwin,yang pertemuan mereka adalah di susun oleh bapa saudara mereka.Setelah 5 tahun perkahwinan satu malam di hari ualangtahun perkahwinan.

Isteri: Yang…kenapa Yang pilih saya jadi isteri? kan saya ni tak cantik,budi bahasa pun kurang,masak tak pandai.

Suami: Saya pilih bukan kerana cantik….saya tengok ayang dari keluarga baik-baik , berugama,pandai pandai…..mudah mudahan semua tu akan di warisi oleh anak-anak saya…….Ayang pulak kenapa pilih saya jadi suami?

Isteri: Entahlah….sebaik saja Ayang lamar terus buat istiharah….tak berhenti henti…. berterusan…….tapi tak mimpi apa-apa pun……. Tapi……. urusan dimudahkan sampailah hari pernikahan.

Suami: Oowh gitu ya!.......(terdiam lama……shingga terlena)


Suamiku,terimakasih kerana berjaya
• menipiskan mazmumahku,
• meringankan beban yang memberatkan tulang-temulang dan lidahku dari berbuat bakti sesama makhlukNYA
• mengibaratkan solat itu seperti kita nak membuang air besar,tidak dapat ditahan bila tiba waktunya,
• dan banyak lagi.................Dia yang memilih mu untuk ku.

Sabtu, 14 November 2009

Bibit baru kenal dunia

Masa tingkatan 3,Bibit sering pening kepala,Madam Sabar yang sabar membawa Bibet kekelinik,doktor kata mata Bibit rosak,lalu dibawa Bibit kekedai cermin mata, Bibit di periksa,sebelah mata 200 kata cina cermin mata sebelah kiri pulak 400 kata cina cermin mata,
Madam Sabar bayar. “Pakei,mata kamu tu rabun”Kami balik.

Bibit kekok,jalan tinggi rendah,tapi Ya Allah terangnya dunia.

Sampai asrama,Bibit duduk tepi tingkap,di depan padang bola tempat budak-asrama putra main,tiap petang,tiba-tiba Bibit kenal sapa yang bermain, Hadi,Jamil,Mu’i,Tapa,Ajis.dan yang lain-lain.

“Midah,engko nampak tak sapa yang main”
Midah sebut semua

“Nampak ye,tak pakai cermin pun nampak?"

“Aah”

Rupanya selama ni Bibit hidup dalam rabun tapi Bibit tak tau,Bibit ingat dunia memang macam nih.

Bibit azam kalau bibit ada anak nanti kene peka.

Khamis, 12 November 2009

Ku toleh kanan,kiri,hadapan dan belakang

Di kiriku Nenek Shitah,Di hadapan ku Nenek Siti dan Nek Milah,dibelakang ku Kak Yam,dikanan ku Cik Ton,disebelah rumahnya Mbah Mah,dan Wak Nab,nun di seberang jalan besar Mbah Saton,ibu mertuaku.
Aku dikelilingi semua balu

Nenek Shitah punya 3 anak perempuan tidak tinggal bersama,di bawah kolongnya pekerja Indon menumpang tanpa sewa.

Nenek Siti,asalnya orang kaya,rumah besar menjela,tinggal bersama anak bujang lelaki yang berpenyakit mistri,siang malam memecah sunyi.

Nenek Milah tinggal bersama anak dan menantu,dan 3 cucu,waktu siang sendiri semua anak menantu mencari rezki cucu di hantar rumah pengasuh,anak lain bertebaran merantau.Dia sendiri.

Cik Ton tinggal bersama anak dan menantu,siang hari anak dan menantu keluar mencari rezeki,cucu di hantar rumah pengasuh,Cik ton mengurus kedai runcit.

Mbah Mah,bersamanya anak dan menantu yang siang keluar mencari rezeki,cucu di hantar rumah pengasuh,anak-anak lain jauh di rantau.Siang bersendiri.

Kak Yam baru kehilangan suami,tinggal bersama anak dara tingkatan 5,anak bujang menganggur,dua orang cucu yang hasil penceraian ibubapa,

Wak nab,Tinggal seorang diri di rumah besar bagai gudang,anak-anak jauh merantau,di kolongnya kereta besar peninggalan Almarhum suami yang sudah tidak berpandu.

Nun di sebarang Jalan besar Mbah Saton ibu mertuaku,tinggal dengan anak dan menantu,menantu kelauar mencari rezeki,anak lelaki di rumah dengan 4 cucu.

Mereka semua di bawah tanggungan ku,

Wahai Nek Shitah,Nek Milah,Nek Siti,Cik Ton,Kah Yam,Mbah Mah,Wak Nab,Mbah Saton,,temuilah aku jangan kalian segan atau malu jika perlu,untuk menggunakan ku,sebagai ganti anak dan menantu.

Kerana nasibku juga belum tahu,antara aku dan suami siapa yang ditinggalkan ,siapa yang meninggalkan dulu.Aku juga masih punya ayah dan ibu nun di kedesaan yang jauh dari anak dan menantu yang perlu jiran sepertiku.

Rabu, 11 November 2009

Bila usia semakin ke penghujung,maka........

Berdebar hati Mak Jah,Hari ini pergi menghadhiri majlis perkahwinan anak Makcik Lida,kawan Mak Jah masa seolah rendah,macamanalah wajahnya sekarang. Lebih 30 tahun tak jumpa. Dia bagi kad jemputan pun terus ke rumah mak Mah Jah di kampung sebab tak tahu alamat Mak Jah.
Pernah jumpa sekali di satu R&R masa solat maghrib,nasib baik dia cam wajah Mak Jah.

Mak Jah Bawa anak dara 4 sederet.Dalam perjalanan tak kering mulut Mak Jah bercerita betapa istemewanya Mak Cik Lidah,sampai sana mesti semua orang salam dan hormat.Sampul sumbangan pun dah siap diisi,tentunya lebih dari biasa jumlahnya.

Sesampainya terus berbaris,ambil juadah.Usai berjuadah masuk kerumah,jumpa tuan rumah. Maka berpeluk berciumlah dua kawan sepersekolahan .Bagai tidak cukup mulut nak bercerita banyak perkara dan semestinya tidak habis sebab dia juga perlu melayan tetamu lain.Tiba nak pulang dicapainya berkat yang paling istemewa untuk Mak Jah,dan anak-anak dara 4 sederet pun mendapat sorang satu beg.

Sambil meneyeka-nyeka mata mak jah meninggalkan majlis. Sebaik sahaja melabuhkan punggung dalam kereta,Mak Jah terasa ada sesuatu dalam tangan,rupanya sampul sumbangan masih belum bertukar tangan.

Selasa, 10 November 2009

Masa Hadapan siapa yang tahu

Satu ketika di sebidang tanah yang baru di beli makbonda dan ayahanda dengan penuh ghairah bertanam-tanaman,sambil bersembang-sembang tentang masa depan.

“Esok anak-anak kita balik kampong berebut-rebut petik buah,duduk-duduk bawah pokok mangga pegang pisau makan bawah pokok, panjat-panjat pokok makan atas pokok”

“Entah sempat masak ntah tidak mangga ni, dah di petiknya,cicah kicap ngan gula”

“Nanti bila nak balik asrama ke,balik rumah dia ke berebut-rebut penuhkan beg,penuhkan bonet”

Sekarang,buah mangga sampai gugur ditanah,buah limau pecah di pokok,buah mata kucing jadi santapan Sang kluang,buah jambu air berkitar semula jadi baja.Bonda kutip buah mangga,masukan bakul letak di dapur,tak ada sorang pun yang peduli. Bonda kopek duduk depan tv masukan dalam pinggan,bonda bangun nak buang kulit,datang lagi dah kosong pinggan.

Isnin, 9 November 2009

Hujan

Bila hujan
Imbauanku nun jauh
kepada abang dan adik-adik
Bukan anak-anak
mengapa?
Kerna
Aku pernah berhujan bersama mereka

Bila hujan
Mataku jatuh pada titisan.
Dan airnya tumpah
Berbaur hingga hilang masinnya
Terjelma wajah abang dan adik-adik
Satu demi satu
Bukan anak-anak
kenapa?
Kerna
Ianya pernah tumpah bersama mereka

Bila Hujan
Perutku berkeriut teringatkan juadah bonda
Pisang dan ubi goreng panas minyak kelapa
Bersama abang dan adik-adik
Bukan bersama anak-anak
Kerana aku pernah berjuadah bersama mereka.

Bila hujan
Lama dulu
Aku rasa aku jauh terasing
Dari ayahbonda abang dan adik-adik

Sampai kini jelmaan masih sama
Satu demi satu.

Bila hari hujan
Hatiku bersama mereka
Selamat berbahagia abang dan adik-adikku
Di sini dan di sana
Semoga Allah melindungi kalian.

Pembetulan

Masa Makbonda mengandung dulu makbonda sering berdoa “Ya Allah,jadikanlah anak dalam kandungan ini sentiasa di senangi oleh orang dikeliling meraka”

Sebaik sahaja lahir nendanya sangat menyayangi nya,sehingga Makbonda rasa terpinggir.Nendanya sanggup merampas cucundanya dari pangkuan makbonda bila cucundanya menangis.Lalu lintasan –lintasan makluk api bersimpang siur di benak “Orang tua tu bukan suka kamu,dia sayang cucu dia aje,sebab itu darah dagingnya,kamu ni kilangnya aje”

Maka iman yang lemah sering dibolak-balikan oleh makhluk-makhluk api.Ada yang tak kena dengan doa makbonda.Untuk berikutnya Makbonda perbaiki doa

“Ya Allah,jadikanlah anak dalam kandungan ini sentiasa di senangi oleh orang dikeliling meraka,jauhilah anak dalam kandunganku dari menjadi bahan fitnah,jadikanlah dia pengikat silaturrahim dikalangan kami”

Ahad, 8 November 2009

Kita Tidak Pernah Bersaorangan

Puteri : Hello Assalamualakim bonda,Bonda sihat ke, Puteri ada Masalah,tapi tak tau nak cakap.

Bonda:Waalaikumussalam.sihat je.Terpulang,kalau nak cakap,cakaplah,tak nak pun tak apa,bonda tunggu je.

Puteri:Patutke benda-benda kecil ni nak cakap kat Bonda?

Bonda:Benda kecilpun kalau sampai menggaggu kehidupan apa salahnya cerita,dan kalau masih percaya kat bonda untuk berkongsi,bonda sedia menunggu.

Puteri: Puteri ada masaalah dengan kawan-kawan sekelas,Hati puteri sakit sangat,dah berapa lama puteri bersabar,sekarang puteri dah hilang sabar,terpaksa luahkan,puteri dah minta maaf kat mereka,kalau puteri tak betul,tapi puteri tak ikhlaspun mintak maaf,sebab memang merekapun yang bersalah,puteri buat macamtu biar mereka sedar...tapi sebaliknya pulak terjadi....puteri tension tau,dah lah tengah exam..... nak study asyik teringat je benda tu.

Bonda:Semua ke mereka tu?

Puteri: Tak,tapi memang kawan lain bengang dengan budak tu;

Bonda: Adeke mereka tu kawan-kawan yang rapat degan Puteri?

Puteri: Bukan,Kawan-kawan pun kesian kat Puteri?

Bonda: Owh kalau camtu puteri taklah bersaorangan,masih lagi ade kawan,Ade orang lain tu,semua kawan tak ada yang bersamanya,dia kesaorangan dalam kelas,malah dalam kehidupan. Sebanarnya tu semua ujian yang Allah turunkan masa examlah tu,kalau ada boyfriend gaduh ngan boyfriend,suami isteri gaduh dengan suami isteri. Allah yang turunkan mereka itu untuk menguji kekuatan puteri,jangan marah mereka. Mengadu je kat Allah,minta beri kekuatan jiwa,hilangkan rasa bengang dan kebencian,minta dijadikan ujian ini sebagai meningkatkan kekuatan jiwa kita.

Puteri: Boleh hilang ke perasaan tu:

Bonda:Allahtaala tu tak macam manusia,Dia tak jemu memberi,semakin kita minta semakin Dia sayang kat kita.Nanti rasa kebencian kita kat budak tu akan bertukar menjadi rasa kesian,doakan saja dia sedar.

Izinkan bonda cerita kisah bonda.
cerita 1-Bonda juga pernah mengalamai saat-saat macam tu,bonda rasa tak salah,tapi mungkin cara bonda menyerangnya tu yang salah,akibatnya dia menyerang bonda dengan cara cukup memedihkan.Peristiwa tu sentiasa melintas dalam benak,mengganggu perjalanan hidup.Bonda pun dah merendahkan diri dengan meohon maaf.... bila baca artikal yang kita ni tidak kesaorangan dalam hidup,Bonda memohon,memohon dan memohon,bukan meminta dibalas padanya tapi pada kita....dan akhirnya kebencian tu telah bertukar menjadi belas.

Cerita 2:Dengan rakan sekerja,lidahnya amatlah tajam,bila bercakap semua ayat-ayat yang memedihkan,sampaikan bonda mengelak dari berjumpanya,satu masa bonda dihantar kursus dan dikehendaki duduk sebilik dengannya,sebelum pergi bonda bertahajjud,minta Allah buangkan rasa kebencian,dan beri kekuatan.Beberapa malam selama bermalam dengannya sebelum tidur dia bercerita mengenai keluarganya...Rasa kebencian bonda telah bertukar dengan rasa belas kasihan,rupa-rupanya dalam hidup dia,semua yang di hajatkan tak pernah dapat,keluarga dia berantakan.....sekarang bonda tak pedihlagi menghadapi lidahnya.....bonda maafkan dia....bonda jadi kesian.

Cerita 3:Dalam menghadapi kerisis dengan manusia lagi,nak menghilangkan lintasan-lintasan tu bonda menghafal surah-surah lazim,bonda telah dapat menambah bilangan surah lazim yang bonda boleh gunakan dalam solat.

Sekarang camana?

Puteri: Ok terimaksih bonda,lapang rasa,Insyaallah rasa kuat.

Jumaat, 6 November 2009

Harta biar bermunafaat

Tak pasti ibu lain akan segembira makbonda atau sebaliknya bila didapati anak-anak makbonda sering digunakan oleh Yahanda dan Bondatua untuk menjadi pemandu menghantar mereka kesana kemari sejak anak-anak Makbonda punya lessen memendu.

Atau ada ibu lain yang akan berkata “ayik asyik anak aku aje yang dikerjakan,anak orang lain tak di suruh pun” Nauzubillah jauhilah dari lintasan-lintasan itu.

Ada kalanya irihati melintas di benak,ialah kenapa tidak minta makbonda atau suami makbonda sahaja yang hantar.Owh mungkin dengan cucu mereka lebih telus,ialah merekakan bujang lagi.Ada satu ketika yahanda dan bondatua telah menempah awal pada cucundanya untuk menghantar mereka ke temujanji dengan doctor di kelinik,tiba-tiba pada hari yang telah ditetapkan nenda sebelah ayahanda pula meminta untuk di hantar temujanji juga,padahal di rumahnya pun ada anaklelaki yang punya kelapangan……. Pada ketika itu makbonda nampak rasa belah bagi di wajah anakanda…..disana nenda disini nenda……tapi ayahanda bertindak cepat…taka pa anakanda hantar yahanda dan bonda tua……biar ayahanda hantar nenda di sini…

Pada ketika itu bonda memuji Tuhan,Makbonda telah dikurniakan harta yang memberi munafaat pada orang lain.

Pada hari anakanda dalam perjalanan pulang ke pondoknya,makbonda hantar SMS

"Tk coz berssh payah tolong org tua mk,anknda tlh tlng mmbls bkti mreka pd mk."

"Anknda rsa xlah ssh,mlh gmbra tlng mreka "

"Alhamdulillah telah lahir dari rahim mak zuriat yang gembira berbuat kebajikan"

"Alhamdulillah juga anknda dilahirkan oleh orang yang suka kebajikan"

Lalu air mata Makbonda tumpah

Hanya pada Tuhan yang layak Makbonda puji

Khamis, 5 November 2009

PERMINTAANKU 1

Ya Allah ya tuhan ku,aku tidak jemu meminta,walaupun adakalanya aku takut jika kau terlalu cepat menunaikan permintaanku, ku takut bila aku dah dapat aku akan meminta lagi permintaan yang baru tanpa sempat aku bersyukur.

Walaubagaimanapun aku tetap meminta,aku tahu kau suka jika hambamu meminta kerana sifatmu adalah PEMBERI,tidak seperti manusia yang akan terasa bosan jika sesame mereka sentiasa meminta.

Ya Allah,kaulempahkanlah keluargaku dengan kerahmatan MU,limpahkanlah kehidupan keluargaku dengan keredaanMU.Ya Allah lembutkanlah hati-hati ku,suamiku dan anak-anakku dan juga insan yang hampir dengan hati kami,elokkanlah akhlak kami,elokanlah budipekerti kami,elokkanlah tingkahlaku kami.Jadikanlah anak-anak kami dan anak-anak insan yang hampir dengan hati kami anak yang saleh dan solehah. Terangkanlah hati anak-anak kami, Atiqah,atina,aizat,aiman,atira dan aimi anis dan juga nak-anak lain yang hampir dengan hati kami, berikanlah kejayaan pada setiap peperiksaan yang mereka tempuhi,kuatkanlah ingatan mereka,teguhkanlah kefahamaa mereka,permudahkanlah mereka semasa menjawab kertas soalan,ingatkanlah jika mereka lupa,berikanlah mereka ilham jika mereke tidak tahu.

Ya Allah jadikanlah aku isteri yang baik pada suamiku,anak yang baik pada kedua ibubapa dan mertuaku,ibu yang baik pada anak-anakku,guru yang baik kepada anak muridmu,insan yang baik pada makhluk2mu.

Ya Allah,ikatkanlah kasih sayang kami sekeluarga dan juga orang-orang yang hampir dengan kami dengan taliMu ya Allah,lindungilah kami dari segala pepecahan dan hasutan syaitan. Kurniakanlah kami sifat kasih sayang diantara kami. Jadikanlah anak yang tua menyayangi yang muda dan yang muda menghormati yang tua.Jadikanlah anak-anak kami sentiasa membela diantara satu sama lain mengikut jalan MUu Ya Allah dan sentiasa memelihara diri untuk keselamatan di dunia dan di akhirat.

Ya Allah, berilah anak-anakku dan anak-anak yang hampir dengan kami kejayaan dalam hidup mereka sebagai jalan menempuh kebahagiaan dunia dan akhirat. Jika ditakdirkan mereka kaya jadilah kekayaan mereka menambah kekuatan iman mereka,jika sebalik jadilah mereka insan yang redho dengan ketentuanMu ya Allah.

Ya Allah temukanlah jodoh anak-anak kami dengan insan yang soleh dan solehah, yang sentiasa memimpin anak-anak kami ke jalan menuju kebahagiaan dunia dan akhirat. Lindungilah anak-anak kami dari bertemu jodoh dengan orang yang membawa kerosakan kepada mereka di dunia dan akirat ya Allah.

Ya Allah,lindungilah kami keluarga kami,insan yang hampir dengan hati kami,dari ujian-ujian yang tidak sanggup kami tempuhi Ya Allah,berilah kami kekuatan semasa kami di uji yaAllah,jadikanlah ujian-ujiana itu sebagai menambah kekuatan jiwa kami ya Allah.


Ya Allah,permintaanku bukan setakat ini ya Allah,aku akan sentiasa meminta dan meminta ya Allah selagi Jasadku masih bernyawa ya Allah…………………

Ya Allah,perkenankanlah permintaan ku ini Ya Allah .................................................................................. ...............................................................................................................

PERMINTAAN 1

Ya Allah ya tuhan ku,aku tidak jemu meminta,walaupun adakalanya aku takut jika kau terlalu cepat menunaikan permintaanku, ku takut bila aku dah dapat aku akan meminta lagi permintaan yang baru tanpa sempat aku bersyukur.Walaubagaimanapun aku tetap meminta,aku tahu kau suka jika hambamu meminta kerana sifatmu adalah PEMBERI,tidak seperti manusia yang akan terasa bosan jika sesame mereka sentiasa meminta.
Ya Allah,kaulempahkanlah keluargaku dengan kerahmatan MU,limpahkanlah kehidupan keluargaku dengan keredaanMU.Ya Allah lembutkanlah hati-hati ku,suamiku dan anak-anakku dan juga insan yang hampir dengan hati kami,elokkanlah akhlak kami,elokanlah budipekerti kami,elokkanlah tingkahlaku kami.Jadikanlah anak-anak kami dan anak-anak insan yang hampir dengan hati kami anak yang saleh dan solehah. Terangkanlah hati anak-anak kami, Atiqah,atina,aizat,aiman,atira dan aimi anis dan juga nak-anak lain yang hampir dengan hati kami, berikanlah kejayaan pada setiap peperiksaan yang mereka tempuhi,kuatkanlah ingatan mereka,teguhkanlah kefahamaa mereka,permudahkanlah mereka semasa menjawab kertas soalan,ingatkanlah jika mereka lupa,berikanlah mereka ilham jika mereke tidak tahu.
Ya Allah jadikanlah aku isteri yang baik pada suamiku,anak yang baik pada kedua ibubapa dan mertuaku,ibu yang baik pada anak-anakku,guru yang baik kepada anak muridmu,insan yang baik pada makhluk2mu.
Ya Allah,ikatkanlah kasih sayang kami sekeluarga dan juga orang-orang yang hampir dengan kami dengan taliMu ya Allah,lindungilah kami dari segala pepecahan dan hasutan syaitan. Kurniakanlah kami sifat kasih sayang diantara kami. Jadikanlah anak yang tua menyayangi yang muda dan yang muda menghormati yang tua.Jadikanlah anak-anak kami sentiasa membela diantara satu sama lain mengikut jalan MU Ya Allah dan sentiasa memelihara diri untuk keselamatan di dunia dan di akhirat.
Ya Allah, berilah anak-anakku dan anak-anak yang hampir dengan kami kejayaan dalam hidup mereka sebagai jalan menempuh kebahagiaan dunia dan akhirat. Jika ditakdirkan mereka kaya jadilah kekayaan mereka menambah kekuatan iman mereka,jika sebalik jadilah mereka insan yang redho dengan ketentuanMu ya Allah.
Ya Allah temukanlah jodoh anak-anak kami dengan insan yang soleh dan solehah, yang sentiasa memimpin anak-anak kami ke jalan menuju kebahagiaan dunia dan akhirat. Lindungilah anak-anak kami dari bertemu jodoh dengan orang yang membawa kerosakan kepada mereka di dunia dan akirat ya Allah.Ya Allah,lindungilah kami keluarga kami,insan yang hampir dengan hati kami,dari ujian-ujian yang tidak sanggup kami tempuhi Ya Allah,berilah kami kekuatan semasa kami di uji yaAllah,jadikanlah ujian-ujiana itu sebagai menambah kekuatan jiwa kami ya Allah.
Ya Allah,permintaanku bukan setakat ini ya Allah,aku akan sentiasa meminta dan meminta ya Allah selagi Jasadku masih bernyawa ya Allah…………………

Ya Allah,perkenankanlah permintaan ku ini Ya Allah ...............................................................................................................

Tazkirah untuk diri sendiri 3

Kemampuan bersedekah itu bukan hanya terletak kepada jumlahnya RM tapi juga pada jumlahnya keikhlasan dan keimanan.

Isnin, 2 November 2009

Catatan Popular