DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Khamis, 31 Disember 2009

Ilmu itu boleh tak di warisi?

Gadis 18 tahun: Yeah pisang,buat jemput-jemput Ma,lama lah tak makan jemput-jemput pisang Ma.

Mak: Pisang nangka,mana boleh buat jemput-jemput,

Gadis 18 tahun: Habis pisang apa yang boleh?

Mak : Pisang awak atau pisang restali,pisang emas pun boleh juga,

Gadis 18 tahun: Pisang nangka boleh buat apa?

Mak: Goreng salut tepung,atau pengat ke, hari tu makcik zahrah jumpa respi kat hotel pisang nangka masak-masak goreng kat minyak panas,bubuh dalam mangkuk siram susu cair jadi dessert, Ma tak pernah cuba.

Gadis 18 tahun:Tabiklah kat Ma,Tahu jenis-jenis pisang.

Ma: Mak tau jenis pisang je,embah lagi nampak anak pisang dah tau pisang apa.


Semasa Wan Zaleha Radzi menjadi juruacara majalah 3 lama dulu pernah menyiarkan program bertajuk Semangat Ubi kayu.Kalau tidak silap berkisarkan penduduk Malaya zaman kependudukan Jepun dahulu.

Walaupun Makbonda bukan jenerasi ketika itu masih tidak jauh sangat perbezaan dari segi menu hidangan..Ayah Makbonda membuka tanah di persisiran sungai yang jauh dari hubungan darat. Kami membesar di kawasan tanah yang baru dIbuaka,jauh dari kedai dan kemudahan lainnya.Tanaman utama yang Ayah/Ibua Makbonda usahakan ialah kelapa,sebelum kelapa membesar dan mengeluarkan hasil Ayah/Ibua menanam segala tanaman yang boleh di tanam,segala sayuran,segala jenis ubi-ubian, termasuk segala jenis pisang.Makbonda di besarkan dengan bermain-main di celah-celah tunggul perdu dan banir dan tanam-tanaman yang meyubur. Dalam 1 minggu atau lebih Ayah akan ke pekan untuk mendapatkan bekalan makanan lain.

Membesarnya Makbonda adik beradik adalah dengan hidangan menu berasaskan pisang dan ubi, tanpa rasa jemu bosan dan tida sebarang rungutan. Atau mungkin kerana kebijaksanaana Ibua dalam mempelbagaikan resepi hidangan. Mari Makbonda kesahkan mengenai pisang.

1. Pisang nangka,abu, raja dan tanduk masak di goreng dengan tepung gandum,menjadi pisang goreng.
2. Dalam keadaan mentah di potong tebal,gaul dengan garam dan bawang putih yang ditumbuk lunyai lalu di goreng tapi kena makan panas-panas.di namakan pisang goreng mentah.
3. Pisang awak atau restali masak di lenyek kemudian di campur tepung boleh di goreng menggunakan minyak banyak menjadi jemput-jemput pisang, menggunakan minyak sedikit menjadi lempeng pisang, di letak dalam loyang dan di kukus menjadi lengat pisang, dIbuangkus dengan daun dan di kukus menjadi lepat pisang.
4. Pisang berangan dan raja masak di lenyek,campur tepung dan serbuk penaik,gula,dimasukan dalam loyang,kukus apabila sudah kembang sejukan dan potong dnamakn apam pisang.
5. Pisang nangka,abu,raja dan tanduk masak dipotong-potong dan di rebus dengan gula,bubuh daun pandan dan kalau suka santan jadi pengat atau kolak pisang.
6. Pisang nangka,abu,tanduk, dan emas yang belum masak(hijau,muda) di kopek hiris nipis-nipis dan goreng menjadi kerepek pisang,bila di gaul dengan garam di panggil kerepek pisang masin,bila di sira dengan gula jadi kerepek pisang manis,bila di sira dengan sambal menjadi kerepek pisang pedas,bila di peram menjadi kerepek pisang peram.(salah satu kaedah mengawet makanan,di simpan dalam tin,tahan lama dan boleh di makan pada bila-bila masa)
7. Semasa Ibua membakar sampah kami memasukan pisang-pisang dalam bakaran sampah dengan kulit-kulitnya sekali,agak-agak sudah masak kami makan panas-panas dalam kebun.Bila balik rumah dah tak larat makan nasi.
8. Pisang nangka,abu,emas,banten yang masih muda boleh di potong-potong dan di masak kari menjadi kari pisang,atau di tumis dengan ikan bilis menjadi tumis pisang,atau masak lemak cili api jadi lemak pisang.
9. Pisang nangka dan berangan muda di kopek kulitnya dan di rebus,bila telah masak campur kelapa parut dan gula,tumbuk lumat dan di lenyek dalam loyang,bila telah sejuk potong dadu seperti candy di namakan getuk pisang.
10. Pisang nangka,awak,abu,tanduk masak di rebus,potong-potong gaul dengan kelapa parut masin dipanggil pelikipu.
11. Pisang berangan,restali,banten,emas boleh dimakan begitu sahaja bila dah masak.Biasanya pisang-pisang ni Ayah akan sisirkan dan peram,yang cantik akan di jual dan kami makan yang reject-reject,tapi kualiti masih elok hanya rupa kulit sahaja yang tidak menarik hati pelanggan.
12. Jantung pisang awak dan abu boleh di masak lemak,di tumis dengan ikan bilis atau kerang,atau di celur dan gaul dengan sambal pecal.
13. Daun pisang awak atau abu sahaja yang boleh di gunakan untuk membungkus berbagai-bagai jenis makanan seperti koci,pengat,nasi lemak,lemper,pais,nasi ambeng, dan berbagai makanan lain.
14. Bagi penduduk di Utara mereka menggunakan umbut pisang untuk di masak kari,tapi dalam masyarakat kami tidak pernah ada orang yang mencuba,mungkin kerana banyak umbut lain yang lebih releven.
15. Batang pisang di kopak dan di potong memanjang dan di jemur,bila kering menjadi tali pisang,dijual pada cina seberang,tersangatlah laku. Sifat batang pisang adalah keapungan bila musim hujan dan parit-parit melimpah kami adik beradik akan menggunakan untuk berkubang,bergilir-gilir beberapa orang menonggang dan seorang menarik atau menolak.
16. Semasa bermain pondok-pondok kami menggunakan daun pisang dianyam seperti tikar.
17. Daun pisang yang kering menjadi bahan bakaran untuk menghidupkan unggun api di kandang kambing mengelakan kambing di ganggu nyamuk atau unggas.
18. Dalam perjalanan balik sekolahtiba-tiba hujan,ambil daun pisang boleh lindungi kepala dari di timpa hujan.
19. Semasa zaman makbonda kanak-kanak daun pisang tak di jual kerana pada ketika itu penduduk bandar berorientasikan penjajah,tapi sekarang penduduk bandar berasal dari kampong,jadi mereka suka makanan berbungkus daun pisang,maka daun pisang boleh dijual di pasar-pasar tani.
20. Setengah kampong bila ada kematian,akan disediakan daun pisang untk para penziarah,sekali baca surat Ikhlas akan dilerai memanjang daun pisang,menggantikan biji-biji tasbih,dan yang lebih bida'ah lagi daun pisang itu akan di tabur di atas pusara.
21. Dan banyak lagi yang belum tersenarai.....

Bagaimana mungkin kami boleh kebosanan atau jemu dengan kepelbagaian kesah pisang ini?

“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu,yang kamu hendak dustakan?” Surah Al Rahman

Rabu, 30 Disember 2009

Anda seronok tinggal di kampong?

“Senang duduk di kampong,lapang dada,lapang kepalal,apang rezeki” kata seorang tamu bekunjng ke rumah Makbonda

Ya semamngnya begitulah mengapa Makbonda memang suka tinggal di kampong,dan sebenarnya bukan kerana suka tetapi begitulah yang ditaqdirkan oleh NYA kehidupan Makbonda setakat ini,telah dilorongkan untuk berkidmat dan tinggal di kampong.

Makbonda pernah membeli rumah teres di taman semasa anak-anak kecil,tapi tidak diduduki, sebab mak mertua tinggal bersendirian,konon-knon akan menduduki rumah bila anak-anak telah besar,tanpa pernah menyangka yang rupanya setahun demi setahun anak-anak betambah sehinga 6 orang.Ada kalanya Makbonda berziarah ke rumah kawan-kawan yang tinggal di rumah taman,nampaknya memang bukan tempat Makbonda dan keluarga untuk tinggal di taman perumahan.Akirnya setelah beristiharah Allah pilihkan untuk Makbonda tinggal di kampong.Walaupun sebenarnya taqdir belum tamat disini,pengahkir usia kita dimana Allah tempatkan,bukanlah kerja kita untuk menentukan.Samaada dikampung atau sebaliknya bukan menjadi ukuran untuk menentukan bentuk kehidupan kita sesudah kebangkitan.

Di sana-sini penyair,penulis, memuja-muji keindahanh kehidupan di kampong,dan bagi yang bukan penyair dan penulis yang tidak dapat melahirkan rasa hatinya juga akan menyimpan dalam perasaan .Walaubagaimanapun ramai juga yang tidak suka hidup dikampung. Kotor,pergaulan tidak luas,beku,lambat dan lembab, statik ,sunyi ,bowring, bosan,banyak nyamuk dan pelbagai. Makbonda tidak marah semasa mendengar perkataan-perkatan tu semua,selalu terkeluar dari lidah cucu-cucu atau menantu atau besan-besan yang memang bukan berlatarbelakangkan kampong,kerana ada juga yang berlatarbelakangkan kampong yang telah berhijrah pun begitu perasannya.

Isu-isu tinggal di kampong? banyak juga di tulis orang,tetapi yang Makbonda nak cerita kali ini ialah isu pengisian ilmu khususnya dikampung Makbonda tinggal sekarang ini bukan kampong asal. Makbonda suami isteri agak terkilan,dan pernah menyebut untuk tiggal di bandar bila bersara nanti. Apa tidaknya jika ada majlis hanya tinggal 5 orang dan warga-warga emas pula, balik majlis ilmu lelaki atau wanita,solat berjemaah di masjid yang luas hanya beberapa makmum sahaja. Nak tengok pemuda-pemudi atau yang lebih muda dari Makbonda memang jarang sekali.Mungkin juga sambutan majlis ilmu agak kurang kerana panyampaian yang kaku dan satu hala. Tok guru tidak dapat menyampaiakan ilmu secara dua hala,agak beremosi bila ada sebarang idea bertentangan.pengisian berkisar cara solat yang telah beberapa kali di ulang, jarang mengaitkan ilmu dengan isu semasa,dan masih merelakan mengadatkan agama.

Makbonda suami isteri kagum dengan mesjid-masjid di Bandar,yang begitu bersemangat jemaahnya,terdiri dari semua golongan tua muda wanita. Pengajian-pengajian yang aktif,penceramah yang luas ilmunya dikaitkan Al Quran dan Hadis dengan kehidupan semasa.Semasa di kolej Makbonda bisa dengan penceramah yang memberi dos yang kuat dalm pengisian rohani,terasa sakitnya dan menjalar keseluruh saraf.Itu semua tidak terdapat di majlis ilmu di suaru-suaru dan masjid kampong,jadi alternatifnya Makbonda akan menggantikan dengan bacaan-bacaan dan koleksi cd-cd ilmu ataupun you tube percuma dari insan yang Allah pilih untuk mengkongsikan ilmunya.

Walaubagimanapun sejak bertukar kerajaan lalu bertukar pentadbiran masjid dari kumpulan lama kepada kumpulan agamawan baru yang berpendidikan luar,nampak perubahan iklim khususnya di masjid.

Kini Allah SWA telah temukan alternative baru pada Makbonda,Makbonda telah dipertemukan dengan insan-insan di alam maya untuk berkongsi tarbiah,walaupun Makbonda tidak bartemu dan bertegur sapa dengan mereka di sini Insyaallah kita bertemu di Alam Sana.

Ya Allah,lempahkanlah rahmat keatas mereka dan keluarga meraka.

Selasa, 29 Disember 2009

Rahmat yang sentiasa turun tanpa dijangka

Dulu dulu Makbonda tidak pernah bercita cita memelihara haiwan ternakan,padahal rutin hidup Makbonda semasa kecil,bila tiba hari menghampiri maghrib Makbonda dan adik adik akan bergilir-gilir menutup pintu reban ayam,itik dan kambing.Ayam Mak Makbonda tak perlu dihalau-halau,bila tiba petang saja mereka akan masuk reban,perlu tutup pintu sebab melindungi dari gangguan musang. Itik pula perlu di halau,mudah sahaja kerana itik akan berjalan berbaris bagai itik pulang petang, bila itik yang di hadapan masuk pintu reban,yang lain akan turut serta. Kandang kambing pun perlu ditutup sebab takut dia terkeluar waktu malam,alamat mengembek membingitkan telinga……tugas-tugas tersebut kami buat secara rutin tanpa keluh kesah,dengan ikhlas,sebab ayam-ayam itu lah jadi sumber lauk istemewa kami,terutama bila hari raya atau bila nenek atau pakcik-pakcik dari jauh datang bertandang.Telur itik juga adalah sumber protin kami yang hidup memang dalam kemiskinan. Dengan jualan kambing-kambing Bapa Makbonda dapat membesarkan rumah sedikit demi sedikit dan sebagai punca perbelanjaan sekolah.

Bila usia meningkat semakin remaja,Makbonda sudah tidak berminat menjalankan tugas-tugas tersebut,dunia remaja Makbonda rasa tidak sesuai langsung bergaul dengan aroma reban-reban tersebut.Giliran adik-adik yang kecil pula menyambung tugas Makbonda.

Sewaktu di awal-awal berumah tangga masa tu Makbonda membina rumah berhampiran dengan rumah mak mertua,yang memelihara ayam,tetapi tingkahlaku ayamnya berbeza dengan ayam Mak Makbonda. Reban ayamnya tidak berdinding,kalau ayam Mak Makbonda dulu bila kita tabur makanan mereka akan berkerumun di sekeliling kita, dan amat mudah untuk di tangkap.Berbeza sekali dengan ayam Mak Mertua.Mak bonda dulu tidak percaya dalam Katun Lat yang bila tiba hari raya mereka akan mengejar ayam di sekeliling kampong, tapi begitulah keadaannya ayam mak mentua.Bila tiba hari raya adik-adik ipar akan ada pesta kejar ayam.Dan yang paling agak menjengkelkan,bila Makbonda pergi kerja dan rumah kosong,ayam-ayam itu akan bertenggek di tangga rumah Makbonda,dan fikirlah sendiri apa yang terjadi bila Makbonda balik.Walaubagaimanapun untuk menjaga kejiranan,Makbonda basuh ajelah.Itulah yang menyebabkan Makbonda tidak pernah bercita Mat Jenin nak membela ayam.

Segala-galanya bermula bila Makbonda telah berpindah kerumah baru,yang punya kawasan keliling rumah agak luas,bila bergaul dengan jiran keliling yang semuanya memelihar ayam,tetapi ayam-ayam mereka di lepaskan bebas di dalam pagar.Tiap-tiap hari Makbonda akan menghantar sisa makanan kerumah mereka untuk di beri pada ayam-ayamnya.Lama kelamaan tercetus minat pada cerita ayam-ayam ini,tambahan pula anak bungsu dah besar,Makbonda dah banyak punya lebih masa,lalu Makbonda pun search lah cerita-cerita ayam,copy dan print,baca masa lapang. Bila balik kampong pula Mak Makbonda masih meneruskan hobi lamanya…..dan jumlah ayam kampungnya memeng menggalakan. Itu semua adalah kerja Allah SWT

Kini Makbonda adalah seorang penternak ayam kampong,Makbonda rasa rezeki Makbonda semakin berkat,apa tidaknya,Makbonda tak pernah membazirkan makanan,semua sisa makanan menjadi rezeki ayam-ayam,walaupun diselangselikan dengan dedak,jagung dan gandum.Dan satu lagi hubungan Makbonda dengan suami semakin akrab,kami tidak pernah ketandusan bahan berbincang, dari cerita ilmu,cerita anak-anak,rumah tangga,peristiwa lama,isu-isu Negara,isu plastine,isu ummah,isu politik, isu masyarakat,isu kerjaya(anak-anak murid) dan kini cerita ayam.Dulu dulu selalu gelak melihat gelagat anak-anak masa kecil,kini selalu gelak melihat gelagat ayam,semuanya makbonda suami isteri jadikan sebagai bahan tarbiah.

Isnin, 28 Disember 2009

Aku tua ke muda

Guru Besar yang nak bersara: Macamana dengan perkembangan murid-murid cikgu?

Guru Pemulihan yang menghampiri nak bersara: So far so good lah cikgu;nampak bertambah kemahiran banding awal tahun dulu.

Guru Besar yang yang telah nak bersara: Adake yang masih tak mengenal huruf?

Guru Pemulihan yang menghampiri nak bersara: Langsung tak mengenal tu tak ada lah tapi ada beberapa orang yang tak kenal semua huruf,masaalah memori ingatanya yang lemah faktur genetic,kita dah buat latihtubi,hari ni ingat esok lupa.

Guru Besar yang nak bersara: Ade juga ye yang macamtu,Macamana latar belakang keluarganya,dari segi kerja ibubapa,pendapatannya,usianya ke what ever lah.

Guru Pemulihan yang menghampiri nak bersara:Ibubapanya kerja kampung,ambil upah di sana-sini,kebanyakan umurnya muda lagi.

Guru Besar yang nak bersara: Bapak saya pun dulu pun kerja kampung,tapi berjaya juga.

Guru Pemulihan yang menghampiri nak bersara:Bapak kita dulu memang orang kampung,mereka tak bersekolah sebab tak dapat peluang sekolah,sebenarnya otak mereka genius,sebabtu anak-anaknya berjaya,tapi yang murid-murid saya tu ibubapanya dapat peluang sekolah sampai tingkatan 3,ada yang tingkatan 5,SPM dapat 4,nak cari kerja kat bandar susah,last-last duduk rumah emak bapak,kerja kampong.Kawin pula dengan sesame mereka,so inilah anak-anak mereka.

Guru Besar yang nak bersara: Ya tak ya juga………,berbalik cerita pasal muda tadi,had muda yang cikgu maksudkan tu seumur berapa cikgu .

Guru Pemulihan yang menghampiri nak bersara: Yelah sorang tu maknya umur 45 tahun,sorang lagi 40 tahun.

Guru Besar yang nak bersara: 45 cikgu katogarikan muda ye?kalau 50 tu tualah ye? masa cikgu keluar kolej dulu 45 tahun tu muda ke tua?

Guru Pemulihan yang menghampiri nak bersara: (perli aku orang tua ni) Aah masa tu 45 tahun tu tua tapi sekarang 45 tahun muda sebab muda dari saya he he he

dialog di teruskan

Terang dan gelap

Lek Miah punya 5 orang anak,Siah(lulsan SPM pangkat 3,suri rumah suaminya mengerjakan tanah bapanya),Liza guru Berijazah,(sumainya peniaga),Rosni guru berijazah suaminya guru juga,Zizi siswazah UM,dan yang bungsu tahun ke 3 UTM.
Kini beliau tinggal berdua di rumah bersama-sama suaminya yang sudah uzur-uzur.Anak anak balik ikut cuti hujng minggu dan kelapangan. Nasib baik ada Siah suami isteri yang 15 min perjalanan,dan tidak memerlukan cuti-cuti,hanya kemahuan dan perasaan.Siah akan datang bila-bila masa menghantar lauk pauk yang sederhana atau tulang empat kerat digunakan untuk menyelesaikan tugasan agak kasar,tapi Siah tak datang masa hujung minggu kerana memberi peluang adik-adik yang hanya punya hujung minggu,dan amt kadang-kadang bermalam.Adik-adik kena bermalam dihujng minggu kerana prjalanan 3 jam atau lebih.

Semalam semasa gejobos(rewang,gotong royong kenduri) Lek Miah mengesahkan anak-anaknya.Dengan riak-riak wajah kepuasan,gembira anak-anak dah berjaya,tidak sesia susah payah mereka berdua membesarkan anak-anak. kini anak-anak dah lepas,suami pula dah sakit-sakit tak boleh kerja berat

"Tapi tulah cikgu,anak saya yang siah tu,kesian dia,masa depan dia gelap,sekoah tak terus,tak ada kerja,kawin pulak dengan orang kampung"

"gelap yang macamana tu Lek?"

"Yelah adik-adik kereta besar-besar,gaji tetap,dia suami je yang kerja,rumah duduk dengan mertua,ialah suaminya tu bungsu,kenelah duduk rumah maknya,rumah maknya besar,bahgian suami dialah,adik beradik jauh."

"Tapi akan jadi rumah dia kan,sumainya pun kerjakan tanah keluarga maknanya adalah tanah,adik adiknya dah ada rumah belum?"

"Liza duduk quarters guru,Rosni dah ada rumah dua tingkat,rumah taman kat terengganu"

"Owh Liza masih nyewalah ye,Rumah Rosni 2 tingkat mesti bayar bulan,25 tahun atau lebih baru habis bayar tu Lek,Siah rumah dah tak payah beli,kereta 2nd hand pun dah tak ada hutang,orang kerja kampung jarang yang beli kereta hutang."

"Ya jugak ye cikgu,tak perasan Lek"

"Siah tak kerja tak perlu upah orang jaga anak,beli baju kerja,tambang pergi kerja,cukai macam-maca lagi,pulak tu boleh jaga dua-dua keluarga mertua ngan mak sendiri,bela anak-anak lagi"

"Ya,anak nya periksa dapat 5A tapi tak nak pergi asrama penuh,nak duduk ngan maknya juga"

"Tulah ,maknanya dia pandai jaga anak,sampai anakpun tak nak duduk jauh,maknaya sapa yang terang masa depanya Lek?"

"Ya lah cikgu,betul-betul,terimakasih cikgu ye"

Rabu, 16 Disember 2009

Kisah Hijrah

RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia.

Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.

Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah.

Satu hari pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam.

Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu. Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.

Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu.

Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu.

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu.

Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah.

Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT.


Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal.

Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan.

Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah.

Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah (SAW) akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut baginda. Rasulullah (SAW) menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi itu.

Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam.

Copy dari
www.ashtech.com.my/bulanislam/Muharam.html

Selamt Menyambut Maal Hijrah

DOA KHUSUS AKHIR TAHUN HIJRAH 29 ZULHIJJAH SELEPAS SOLAT ASAR.

Segala pujian hanya layak untuk Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad dan juga keluarganya dan juga para sahabat seluruhnya. Ya Allah apa-apa yang kami lakukan pada tahun ini yang sesetengahnya engkau larang dari kami melakukannya sedangkan kami belum bertaubat dan engkau pun belum meredhainya, walaupun engkau belum mahu melupakannya, namun engkau masih mengasihi kami setelah menghukum kami, dan engkau masih menganjurkan kepada kami supaya bertaubat selepas kami melakukan maksiat, maka dengan ini kami memohon ampun , maka ampunilah kami. Dan manakala apa-apa kebaikan yang kami lakukan mendapat redha Mu, engkau janjikan pula pahala untuk kami, maka dengan ini kami memohon kepada engkau wahai tuhan yang pemurah, tuhan yang mempunyai ketinggian dan kemuliaan, terimalah apa-apa daripada kami dan janganlah engkau kecewakan harapan kami ini. Semoga Allah merahmati Saidina Muhammad dan kaum keluarganya, juga para sahabatnya. Dan sekali lagi ditegaskan segala puji hanya layak untuk Allah, Tuhan semesta alam.

DOA KHUSUS AWAL TAHUN HIJRI 1 MUHARRAM DIBACA SELEPAS SOLAT MAGHRIB

Segala pujian hanya layak untuk Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad semulia-mulia Rasul dan kaum keluarganya, juga para sahabat seluruhnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal yang sedia ada dari awalnya lagi, dan engkaulah yang mempunyai limpah kurnia yang besar dan pemurah yang melimpahi, maka pada tahun yang baru menjelang ini, kami memohon benteng perlindungan dari gangguan syaitan yang direjam dan pemimpinnya, juga tentera-tenteranya. Juga minta bantuan dari gangguan nafsu amarah yang sentiasa mengajak kepada kejahatan, dan dipohon pertolongan dengan apa-apa yang boleh mendekatkan aku kepada Mu wahai Tuhan yang mempunyai ketinggian dan kemuliaan, wahai Tuhan yang amat mengasihi. Dan semoga Allah merahmati Saidina Muhammad, nabi yang ummi dan kaum keluarganya, juga seluruh sahabatnya. Dan segala puji-pujian untuk Tuhan semesta alam.

Rabu, 9 Disember 2009

Setelah melihat blog Faizal Tehrani...teringat cerita Anis

Anis:(dengan muka monyok tak sudah)Geram betulah Anis kat budak-udak lelaki tahun 6 tadi;

Makbonda:Kenapa,asyik geram je,kata dah tak ak bermuka monyok lagi

Anis:Dia orang tu kata Anis gemuk...gemuk.....

Makbonda:Habis Anis tak gemuk ke?

anis:Memanglah gemuk,tapi janganlah kata-kata macamtu,

Makbonda:habis Anis buat apa?

Anis:Anis marahlah......berdosa tau menghina-hina orang macamtu....pastu dia orong ketawa-ketawa

Makbonda:Sebenarnya mereka tu memang suka kalau Anis marah-marah,esok lain kali buat tak tau je,cakap je Gemuk Itu Menarik,sambil senyum.

Esoknya

Anis:Dia orang dah tak ejek lagi bila Anis kata Gemuk itu menarik.

Makbonda:Itulah sebenarnya mereka tu ada penyakit hati,Syaitannya duduk kat tengkuk mereka,bila Anis marah sukalah dia,bila Anis buat selamba je syaitannya dah fedup nak goda dia,tapi Anis azamlah jangan gemuk sangat,kawal nafsu makan,jangan asyik sedap makan je.Lepas tu jangan asyik duduk depan laptop aje.

Anis:(Ambik tali skipping terus berkinja-kinja)

Permisi Mas........

Maka berkumpul 4 putera-putera Raden Mas Loro di kamar peraduan Raden Mas Ajeng Pisan.Mereka semua baru pulang dari pesantren masing-masing yang bertebaran seseluruh pelusuk alam.para putera-putera masing-masing dihantar ke pesantren untuk mendalami ilmu dunia akhirat,sebagai bekalan di masa tua ,bagi memegang tampuk pemerintahan bila Raden Mas Loro mangkat nanti.Di samping itu putera-putera ini perlu mencari bekalan untuk menghadapi alam Sana nanti.Bersemayaman mereka di atas tempat perbaringan mereke semasa mereka kecil dulu,maka melengkunglah lantai perbaringan itu dek kerana tukangnya membina mengikut sukatan berat tubuh mereka semasa mereka kecil dahulu…..mereka berbuat demikan untuk bernostalgia kata mereka…almaklumlah bagi melepas rindu di hati mereka……..Gembira perasaan Raden Mbok Gede melihat kemesraan putera-puteri mereka,walaupun di kalbunya berdoa agar tidak sampai berpelakuan sumbang muharam.

Masing-masing berkesah hal pengalaman yang mereka lalu,berselangseli dari cerita lucu kecerita tragis. Berakatalah Raden Mas Pindo “Kulo geram banget ada sorang mbok ayu di pesenteran kulo,berlagak alim lakunya,suka tegor salah orang,depan orang pulak tu,kalau boleh nak elak dari bertemu mata dengannya”

Sebagai puteri tua Raden Mas Ajeng Pisan cuba menegur sikap adinda puteri “Untung kita kalau ada orang macamtu,satu masa kalau kita dah tak bersamanya kita akan rasa rindu padanya,akan rasa kita perlukan dia,kulo pernah dengar Mbok berkata kalau kita tak suka pada guru kita,kita tak kan pandai dalam ilmu itu,pasal tida keberkatan”

Menyampuklah Puter Mas Telu. “Tulah dulu kulo pernah marah sangat kat guru ajar kira-mengira sebab dia kata bau badan kulo busuk,sekali tu kulo selalu tewas dalam hal-kira mengira,kemudian mbok kata pergi minta restu pada guru itu,maka kulo pun lulus ujian mengira.”

Giliran Raden Mas Gedempol pula bersuara “Mbok guru kulo berkesah ,dulu ada seorang yang yang kurang pancainderanya tapi cerdik otaknya,yang sering bersama dan membantunya pula seorang pemuda yang cukup sifatnya tapi kurang cerdik orangnya,apa juga keperluan kawanya selalu di turutinya seperti mendaki tempat tinggi,menyeberang sungai, dan sebagainya kerana kawanya tersebut tidak ampunya kaki,perbuatanya adalah dengan rela tanpa upah,bila ujian dijalankan,dulu si kawan ini selalu tewas,kini dia telah lulus dengan jayanya,tidak jauh beza dengan si kawan yang kurang pancaendranya ini,begitulah berkat doa dari sikawan yang tidak cukup pacaindera itu,”

Gembiranya hati Mbok Gede mendengar kesah putera puteri menerusi cermin ajaib dihadapnnya yang disambung disudut loteng untuk mengawasi perigeraklaku putera-puteri sekelian.Kadang-kadang Mbok Gede kurang yakin dengan Rayuan pada Maha Esa,selalu jatuh kedalam kebimbangan dan buruk sangka pada perilaku putera-puteri,apa yang terjadi di sebali cermin ajaib yang tidak cukup kuasa untuk Mbok Gede memantaunya.

Ya Allah Ya Latif,Lembutkanlah hati putera-puteriku supaya sentiasa mudah dididik dengan perkara kebaikkan.

Catatan Popular