DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Ahad, 28 Februari 2010

28 Ferbruari 1993 bersamaan 7 Ramadhan 1413

Seusia Aizat 1tahun aku dapati jadual kedatangan bulan ku terlewat,sahlah Aizat akan mendapat adik,nampaknya jarak antara Eizat dan adiknya lebih rapat berbanding jarak kelahiran kakak-kakaknya. Satu yang mentraumakan juga,Ditambah dengan kebiasaanku di awal mengandung akan menghadapi morning sickness yang teruk.Nasib baik Aizat seorang anak yang kurang kerenanya,terpaksalah ku berhentikan pembrian susu ibu.Morning sickness berhenti seusia 120hari kandungan,memang itulah kebiasaan dalam 4 kali mengandung.Bila tamat musim itu selera makan akan memuncak.

Pada petang itu hari Sabtu,setelah berbuka puasa,kami berjemaah Maghrib,sebaik sahaja salam abangnya merengek,aku pun pujuk dan baringkan lalu ku peluk,tiba-tiba hujan dan guruh berdentum,aku teringat ada kain di sidaian,sebenarnya berbumbung tapi akan tempias bila hujan lebat.Aku minta suami tolong angkat tapi suami meneruskan wiridnya,lalau aku tinggalkan anak dan turun,sebaik sahaja aku letakan kain tiba-tiba ada sesuatu tertumpak dari celah peha.Rupa-rupanya ketuban pecah. Itu adalah pertama kali berlaku dalam proses bersalin,sebelum ini ketuban di pecahkan di wad setelah aku berhempas pulas menahan kesakitan.

Malam itu juga aku dikejarkan ke hosital sejauh 1 jam perjalanan.Satu malam aku mengalami kontruksi.Pengalaman 3 kali bersalin agak membantuku untuk menghadapi saat-saat kelahiran,Alhamdulillah akhirnya pada esok paginya 8.01am Ahad 28 Feb Ahamad Aiman lahir kedunia, phuuuh 4 kg tidak lebih tidak kurang,berkulit cerah,berhidung pesek.3 mingg aku hutang berpuasa. Kini 17 tahun telah berlalau,Aiman semakin membesar. Muka penuh jerawat berat badan? rahsia katanya,boleh jadi body guard kakak-kakak dan adik-adiknya.





Comel dan cute


Kini Abahnya tenggelam


Bodyguard kakak-kakak dan adik-adik



[1] Taa' Haa [2] Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan [3] Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah [4] (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi [5] Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy [6] Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.

Bapak siri 13 (Bermudik ke hulu berenang ke tepian)



Kampung bapak terletak di pesisiran Sg Bernam.Perhubungan utamanya adalah melalui sungai.
Ada 2 kaedah untuk datang ke kampong bapak.

Pertama
Menggunakan bot yang berulang alik dari pekan SB ke Estet Ulu.Namanya Bot Sepong kepunyaan sebuah estet di Ulu Bernam,yang di gunakan untuk membawa penumpang dari estet tersebut berulang alik keluar ke pekan SB.Ada 2buah . Bot pertama akan bertolak dari Estet Ulu seawal pagi,dan tiba di jeti kampung bapak pada pukul 7.30,bot ini akan berhenti di beberapa jeti kampung lain dan tiba di pekan SB pada pukul 10.30. Akan berehat seketika sehingga pukul 1.30,lalu mudek balek ke ulu,membawa penumpang,sampai ke kampung bapak pukul 4.30.

Bot yang kedua pula akan bertolak dari Pekan SB pukul 7.30pagi,dan tiba di kampung bapak 10.30. Apabila sampai di Estet Ulu,but ini akan pulang ke pekan SB dan lalu di kampung Bapak 2.30,dan sampa ke Pekan SB jam 4.30.Walau bagaimanapun waktu yang di atas bukanlah waktu yang rigid,adakalanya terlewat beberapa ketika, bergantung dengan masa semasa berhenti di jeti-jeti semasa mengambil penumpang yang beragam-ragam. Kaedah ini amat popular bagi penduduk kampong yang terdiri dari warga emas,wanita,kanak-kanak dan mereka yang tidak mempunyai kederaan.Bagi saudara mara jauh yang ingin berkunjung akan meninggalkan kenderaan di pekan SB.

Keadaan dalam bot itu adalah kadangkala mencabar dan kadangkala tenang. Tenang sebab sepanjang perjalanan kita akan melihat pemandangan sepanjang tebing sungai,dengan berbagai-bagai flora dan fauna yang membentuk rantai makanan.Di sana ada pokok nipah, berembang, sena, binjai, rumbia, serdang dan sebagainya.Di celah-celah fauna atau di tebing Lumpur itu kita boleh melihat berok, lotong, monyet, babi, biawak dan jika bernasib baik buaya yang sedang mengeram.

Estet adalah sinonim dengan kaum India,merekalah penumpang tetap yang mejoriti.bila bersembang kelima-limanya bercakap serantak,tidak tahu yang mana bertanya yang mana menjawab yang mana membuat kenyataan.Dengan suara yang bersaing dengan bunyi enjen,sambil mulutnya mengunyah sirih dan sesekali menyemburkan cecair merah ke muka sungai,adakalanya semburan itu terbias dek kelajuan angin yang menentang pergerakan bot.Tidak ketinggalan juga yang bermata merah dan berbuih mulut kerana mabok todi,tentang aroma janganlah di kira,tetapi cepat hilang kerana tertinggal di angin lalu..Di bahagian hadapan bot ada ruangan untuk Mat saleh iaitu keluarga manager estet yang sesekali menaiki bot tersebut.Mereka akan duduk di kerusi malas macam di swimming pool dan bercermin mata hitam.Orang biasa tidak boleh duduk di situ semasa mereka ada. Penunpang lain sangat akur dengan undang-undang tersebut,atas kesedaran meraka adalah penumpang yang menumpang.

Perkhidmatan but ini di hentikan pada awal tahun 1979 sebaik sahaja perkhidmatan feri di tamatkan kerana Jambatan merentangi Sungai Bernam siap untuk di gunakan.
(Siri yang akan datang adalah kaedah kedua untuk datang ke kampong Bapak)

Rabu, 24 Februari 2010

Bapak Siri 12(Sebab musabab menutup kedai)

Sebaik adik Abu Ahnaf dilahirkan,bapak menutup kedai.Bukan bapak bankrap tapi adalah atas faktur-faktur berikut.

1. Ramai sangat yang memesan barang tetapi meminta di tulis dalam buku akaun,bagaimana bapak hendak memusingkan modal? Sampai sekarang akaun tersebut masih belum tertunai.Ada diantara mereka telah aruah pun,tidak tahulah kedudukan roh mereka,hanya Allah yang tahu.
2. Sudah menjadi sikap orang kita,nampak perniagaan bapak baik mulalah di buka kedai lain runcit lain,sepatutnya mereka elakan dari menjual barangan yang telah ada di kedai bapak,cotohnya menjual ikan,air batu,sayuran basah dan sebagainya.
3. Mungkin ujudnya penyelewengan di kalangan pembantu-pembantu kedai bapak yang tidak amanah yang sering menyusutkan jumlah susunan minuman air botol,atau mengulum gula-gula tanpa di rekod dalam inventori,ini hanyalah kemungkinan.
4. Anak-anak yang semakin bertambah, virus kakak telah merebak pada adik-adik pula,barangan susut tanpa penambahan digit dalam laci syiling.Ini juga andaian.
5. Bapak sudah penat,dahulu bapak berkedai semata-mata menyempurnakan fardu kifayah,bila ada orang lain yang berniaga bapakpun mengundurkan diri lalu menumpukan perhatian pada sekolah,kelas-kelas pengajian di surau dan masjid juga kebun.
6. Pada ketika itu gelombang tanaman koko melanda pekebun kelapa,Bapak mahu tumpukan perhatian pada tanaman baru ini yang lebih membawa lebih pulangan.

Perasaan rasa bersalah masih menghantui hidup kakak,baru-baru ni setelah 38 tahun berlalu kakak bercakap dengan bapak

“Kenapa bapak tutup kedai dulu?”
“Kan masa tu gelombang tanaman koko melanda,bapak nak tumpukan pada koko”
“Bukan sebab anak-anak selalau habiskan makanan dalam kedai ke?”
“Tak lah,masa tu barang kedai dah kurang,bapak dah tak semangat nak beli baru,lagipun dah ada kedai lain”
Sesungguhnya bapak adalah seorang insan yang pemaaf.

“Ya Allah ya Ghafurr ya Rahim,Wariskanlah apa yang baik dari ayahanda kami kepada anak cucu dan keturunanya”




Buah Koko

Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Subdivisi: Magnoliopsida
Kelas: Dilleniidae
Order: Malvales
Famili: [[]]
Genus: Theobroma
Spesies: Theobroma cacao

Sabtu, 20 Februari 2010

Bapak Siri 11 (Sembilan per sepuloh punca rezeki itu adalah di dalam bidang perniagaan-Hadith.)

Bapak bukan jenis bissnes minded.Bapak bukan manusia kapitalis yang memikirkan keuntungan diri semata-mata,yang mengambl kesempatan atas kelemahan orang lain,tidak, tapi bapak membuka kedai runcit sejak hanya ada abang dan kakak lagi. Mengapa bapak membuka kedai? Bapak membuka kedai kerana menunaikan ferdhu kifayah. Bapak kasihan melihat Pak Kader,yang terpaksa ke pekan untuk membeli sekati tepung bila Mbok Yam hendak membuat lempeng atau jemput-jemput pisang. Ya,penduduk kampung begitu sukar mendapatkan barang kegunaan harian,lalu bapak membuka kedai,dalam kedai ada jual tepung,gula,beras, minyak gas, minyak makan, garam, biskut, belacan, pisau cukur, sel kering,minyak geliga,mentol lampu picit,nila,oreng bodoh*,ikan kering,ikan bilis,bawang merah,bawang besar,bawang putih,cili kering,gila-gula,keropok udang,dan sebagainya.Hanya ini sahaja yang kakak ingat sebab kakak tidak berapa kuat ingatannya kakak agak lembab,tapi kakak ingat sebab kakak kadang-kadang tolong jaga kedai bila bapak dan emak sibuk.

Bapak akan pergi Pekan Sabak Bernam,di kedai Joo Hen membeli barang-barang tersebut. Barang–barang itu bapak masukkan dalam keranjang atau kotak . Bila tiba menghampiri hari raya bapak akan menjual majerin,gula halus,esen vanilla mercun dan karbait(permintaan utuk membuat meriam).Perjalanan membawa barang bukanlah satu kerja yang mudah,bukan seperti sekarang,lori barang hantar barang ke kedai,peniaga hanya memesan sahaja barang yang diperlukan(siri seterusnya akan di terangkan bagaimana cara hendak ke kampong bapak ketika itu). Setiap kali bapak balik membawa barang, anak-anakamatlah gembira kerana dapat membuka gula-gula dan keropok dari bungkusan,dan masukan dalam balang,masa itula anak-anak dapat habuannya. Anak-anak akan tolong susun dalam kedai. Semasa jaga kedai adakalanya kakak haus sangat ,kakak tidak tahan melawan hasutan iblis, lalu kakak buka tutup oreng bodoh dengan menyendal di kepala paku dinding,bila tidak habis kakak akan tutup balik dan sorokan bawah rak,esok sambung lagi. Bapak mula tutup perniagaanya semasa Anak ke tujuh iaitu Abu Ahnaf,pada tahun 1972.
(siri akan datang akan diceritakan mengapa bapak menutup kedai)


*(sejenis minuman berperisa oren,sasi,aiskrim soda yang di isi dalam botol berwarna gelap macam botol kicap tamin saiz kecil,buatan cina bagan Hutan Melintang,tetepi sekarang sudah tidak di keluarkan lagi sebab pengguna sudah tahu tahap kebersihannya adalah dibawah nombor nol)

Rabu, 17 Februari 2010

Bapak siri 10 (Umara',ulama'.murabbi)

Kampung yang telah di bina belum ada ketua,bapak tidak melobi jiran tetangga untuk di pilih menjadi ketua,bapak juga tidaklah mendaftarkan nama untuk di calonkan,dan bapak juga tidak menjamu penduduk kampung di warung makan cendol dan pecal, supaya mereka memlih bapak menjadi ketua.Bapak seorang mualim,seorang murabbi,bukan seorang umara’,bapak tidak berminat pun menjadi pemimpin,sebab bapak tahu tanggungjawab pemimpin besar,sebelah kakinya di pintu neraka. Bapak telah mengusahakan Pak Ad Manan untk menjadi ketua kampung. Beliau penduduk berbangsa melayu, bahasanya dialek melayu Perak, yang lainnya adalah suku jawa dan banjar.Beliau bukan peneroka,beliau sudah ada tanah di kampung luar,lalu membeli tanah yang telah diteroka di kampung itu,seorang yang berharta tetapi dermawan.Bapak rasa beliau berpotensi menjadi ketua.Bapak telah mengusahakan sehingga bertemu Menter Besar Perak ketika itu iaitu Datuk Ghazali Jawi.Memang tidak salah pilihan bapak,Pak Sidang Abdul Manan seorang yang berkarisma, berkhidmat penuh dedikasi,tiada memilih kroni,dan tiada selera berkorupsi. Beliau tidak memberi anak-anak serta saudara maranya sebarang peruntukan rakyat atau menurap jalan kerumahnya,beliau berkhidmat untuk rakyat. Sehingga akhirnya beliau telah dikurniakan pingat PJK.

Pak Sidang Abdul Manan sangat hormat pada bapak, walaupun usianya lebih tua beliau panggil bapak abang,sebagai penghormatan. Setiap kali anak-anak bapak masuk asrama beliau akan menyumbang sejumlah sumbangan yang agak besar,beliau berbuat demikian bukan kerana korupsi tetapi tanda rasa bersyukur atas kejayaan anak buahnya,sedangkan anak-anaknya sendiri tidak berpeluang. Semasa kakak menunaikan Haji pad tahun 1996 beliau telah menghuluran sampul surat yang berisi rm100 kepada kakak dan suami setiap seorang.Semoga Allah merahmati Allahyarham Pak Sidang Abdul Manan.

Selasa, 16 Februari 2010

Skrip P&P dalam Pelajaran sains sebelum PPSMI

Set Induksi

Guru:Murid-murid semua,pernah nampak tak bunga ni



Murid 1:Bunga jepun cikgu
Murid 2: Bunga Janda kaya cikgu

Guru: Ya dua dua boleh di terima,Nama saintifiknya ialah Mussaenda alicia
dalam Famili Rubiaceae


Cerita lanjut boleh di dapati di http://xiiinam751.blogspot.com/

Isnin, 15 Februari 2010

Bapak siri 9 (Walau jauh beribu batu,hilang di mata di hati jangan)

Kampung bapak jauh, nun di pendalaman.Perhubungan darat amat susah,asalnya penduduk menggunakan sungai,tetapi beransur-ansur menggunakan jalan darat. Surat pula beberapa minggu baru sampai.Bapak dapat menempuh kesukaran dengan sabar,tetapi bapak amat terkilan perkara yang berlaku pada bapak. Ayahanda bapak iaitu Embah Lanang(Haji Bawok)  pulang ke rohmatullah. Pakcik dan Makcik telah hantar telegram pada bapak melalui balai polis berdekatan,tapi telegram itu tidak sampai akibat kesukaran hubungan jalan,pada ketika itu musim hujan, tiada siapapun anggota polis sanggup meredah dan menyampaikan telegram yang tiada apa-apa kaitan dengan keselamatan awam itu.Akibatnya setelah seminggu berlalu barulah telegram sampai.

Bapaktergesa-gesa membawa emak dan adik yang terkecil iaitu Abu Ahnaf dan Umi Hana. Kakak telah remaja ketika itu dan kebetulan sedang cuti sekolah,kakak boleh jaga adik-adik lain. Setelah bertukar-tukar jenis kenderaan,bapak terus ke kampung di Seri ladang,sesampai di kampung keadaan rumah sunyi sepi tiada penghuni,rupa-rupanya Embah meninggal di Bandar,di Batu pahat,di rumah makcik.Bapak dan Emak pun mencari kenderaan balik ke bandar. Setelah 1 minggu berlalu, bapak hanya berpeluang menziarahi pusara Embah Lanang di Tanah perkuburan Batu pahat.

Bapak tabah,Bapak akur dengan Qadak dan Qadar,sebab bapak tahu bapak masih ada hubungan dengan ayahandanya jika bapak menjadikan diri bapak sebagai anak soleh yang ditinggalkan oleh ayahandanya.

Khamis, 11 Februari 2010

Bapak siri 8(Benih yang baik jatuh ke darat menjadi bukit,jatuh ke laut menjadi pulau)

Dulu,anak-anak tidak sedar kehebatan Bapak ,ingat semua Bapak orang lain macam itu. Kesepluh-sepuluh orang anak Bapak lahir di sambut oleh tangan Bapak sendiri. Bapak bukan ada ilmu bidan atau ilmu perubatan,tidak ada,tapi Bapak sangat pemalu, Bapak malu kalau maruah emak di lihat oleh orang lain. Bapak penuh tawakkal. Sebaik sahaja emak sudah menampakan tanda-tanda bersalin,Bapak akan jerang air,dan menyediakan tempat untuk emak. Sejak Kakak agak besar sedikit Bapak akan suruh Kakak jaga api jerangan air,bila mendidih panggil Bapak. Kakak tidak tahu itu semua untuk apa.Bapak juga suruh Kakak jaga adik-adik lain jauh-jauh bawah rumah. Kakak dengar emak mengerang-ngerang,Kakak hanya berpandangan dengan adik-adik. Tidak berapa lama terdengar tangisan bayi,emak senyap,lalu terdengar Bapak melaungkan azan.Kakak tak faham apa sebenarnya. Rupa-rupanya bila adik lahir,Bapak terus lap badan adik dengan kain basah,lepastu Bapak selimutkan adik lalu diazankan. Bapak panggil Kakak dan adik-adik naik atas jaga emak.Bapak kayuh basikal,setelah anak kelima bapak start motor lalu ke rumah bidan.

Bidan dipanggil untuk memotong tali pusat.Kecuali anak ke tujuh,emak sakit dari pagi,tapi sehingga petang adik masih tidak keluar,lalu Bapak panggil bidan,bukan hantar hospital,hospital tersangatlah jauh di Teluk Anson.Hampir Maghrib baru adik Abu Ahnaf lahir,patutlah saiznya besar.Pada fikiran kakak jadi apalah adik ni bila besar nanti,rupa-rupanyanya bila besar adik ni jadi doktor.

Sepanjang emak berpantang,Bapak akan masak untuk anak-anak. Bapak tidak akan menghantar emak balik kampong sepanjang berpantang, tidak panggil pun embah atau makcik datang tolong,semua Bapak buat sendiri. Memasak membasuh,kemas rumah,mandikan bayi,sediakan air mandi emak, basuh darah emak,semua Bapak buat,Bapak hanya suruh Kakak tolong jaga adik-adik yang lain,atau angkat kain di jemuran,atau hidang makan kat adik-adik. Bila Kakak masuk asrama,emak lahirkan lagi anak ke 8 dan ke 9 iaitu Umi Ana dan Abu Naqid,kakak sudah tidak dapat tolong bapak,Umi Amira pula gantikan kakak. Semasa kakak habis SPM emak lahirkan lagi adik iaitu Abu Umar,masa ini kakak sudah berumur 18 tahun,sudah menyedari akan keistimewaan bapak.Kakak sudah pun mengambil alih tugas-tugas Bapak.Kakak sudah menyedari yang kakak juga akan menjadi sepert emak..

Anak-anak ingat semua Bapak orang lain macam Bapak.Bila semakin dewasa anak-anak baru sedar Bapak sememangnya orang hebat.

Rabu, 10 Februari 2010

Mutiara hati

Bapak Siri 7(Memancung air,bolehkah terputus)

Baru setahun umur Abang,Kakak lahir,kemudian umur Kakak 2 tahun lahir lagi adiknya. Bapak balik kampong dengan membawa 3 orang anak. Embah kasihan tengok Bapak yang beranak-anak kecil, Embah merayu-rayu untuk Bapak meninggalkan salah seorang anaknya sebagai pengubat rindu,tapi emak tidak sanggup memenuhi permintaan itu kerana bagi emak mereka masih terlalu kecil,Emak berjanjii bila telah besar nanti perkara itu akan di fikirkan semula.Setelah Abang darjah 4 mereka telah menuntut janji itu dengan alasan menemani kedua-dua embah yang tinggal berdua, setelah adik-adik Bapak yang lain keluar belajar dan bekerja di Bandar. Bapak dan emak amat berat sekali untuk menyerahkan Abang,pada masa itu Abang baru darjah 4. Abang seorang anak yang baik,dia tidak seperti kanak-kanak lain,dia amat bertanggungjawab, rajin, ringan tulang , cerdik, terang hati dan syarat dengan akhlak terpuji lain.Dia banyak meringankan tugas emak dengan menjaga adik-adik,besarnya adik-adik adalah atas dukungannya. Pakcik-makcik di sana berjanji akan menanggung segala persekolahan Abang hingga ke universiti.Tapi bukan itu yang Bapak dan emak mahu.Bapak rasa bersalah meninggalkan mereka jadi menunaikan permintaan mereka adalah satu cara menebus rasa bersalahnya.Bapak dan emak melepaskan Abang kepada mereka dengan perasaan yang amat berat.Bapak mahu menyenangkan hati ibubapanya, mudah-mudahan nanti Bapak akan disenangkan oleh anak-anak. Kakak pun sedih, Abang adalah satu-satunya insan yang telah ujud semasa Kakak lahir,selain Emak dan Bapak. Sememangnya Abang banyak mengusik dan menipu Kakak tapi Kakak tak marah sebab Kakak sayang Abang. Bila Abang tiada Kakak kena menjaga adik-adik seorang diri.Abang akan hanya di hantar balik bila cuti akhir tahun.

Bapak tidak mampu hendak mengunjungi Abang. Kakak yang agak lembab orangnya tidak tahu menilai masa,dia tidak tahu 1 tahun berapa lama,dia ingat Abang pergi macam selama cuti penggal,biasanya Abang juga akan tinggal di rumah embah sebelah emak bila masa cuti penggal satu.Bila Kakak mula bertanyakan Abang yang lama tidak pulang,Bapak suruh Kakak tulis surat. Bapak sebut Kakak tulis. Pada masa itu Kakak darjah 3,tidak cerdik dan agak lembab, tulisannya buruk sekali dan ejaan banyak salah. Bila siap Bapak semak dan betulkan ejaan, kemudian suruh salin sekali lagi.Setelah siap Bapak suruh Kakak salin alamat yang Bapak telah tulis di sampul dan Bapak akan pergi ke Bagan Terap dan poskan surat itu. Abang akan balas, sukanya Kakak rasa tidak terhingga. Bapak suruh Kakak baca ,Kakak baca dengan mudah sebab tulisan abang sangat cantik. Bapak dan emak duduk dekat tapi pusing muka ke belakang macam drama TV. Kakak tahu mereka sembunyikan muka dan air mata.Kakak budak kecil,tidak malu menangis teresak-esak. Abang ada juga kirim gambar.

Tahun pertama ketiadaan abang, suatu malam hari raya,bapak ajak anak-anak bertakbir,merdu suara bapak,tiba-tiba bapak berhenti,Bapak tundukkan muka,Emak pun tutup muka dengan telekung. Kakak pandang adik,adik pandang kakak.Bapak dan Emak tidak boleh meneruskan takbir,Kakak dan adik-adik pun ikut teresak-esak.

Di sana abang di layan dengan baik oleh pakcik dan makcik,semua orang suka abang,tapi abang juga rindu dengan keluarga. Abang akan masuk kebun getah belakang rumah embah bila tidak dapat membedung perasaan,abang akan melepaskan perasaan pada pepohon getah. Cuti akhir tahun barulah Abang di hantar balik,Kakak rasa Abang sangat tampan. Bila Abang Sekolah menengah Abang telah masuk sekolah asrama penuh di sekolah Sultan Abu Bakar,Johor Baharu,bila bangunan Sekolah Menengah sains Kluang siap Abang pindah ke sana.Pada ketika itulah abang akan balik kampong di setiap cuti penggal.Abang naik keretapi dari Keluang ke Tapah Road atau Kuala Lumpur.sesungguhnya kakak kagum dengan sifat bermandirinya abang.Abang rasa bebas sekarang.

Isnin, 8 Februari 2010

Bapak Siri 6 (Bagai belut pulang ke lubuk)

Semenjak merantau Bapak jarang sekali balik kampung,bukan Bapak melupakan keluarga,bukan, jangan anggap bapak begitu.Bapak tidak cukup wang untuk perjalanan. Sabak Bernam dan Johor jauh. Al maklum,Bapak baru buka tanah,belum ada sumber ekonomi. Selepas bernikah dengan emak,Bapak bawak emak balik kampong untuk diperkenalkan pada keluarga. Masa tu Bapak masih menuntut di pondok lagi.Pada ketika itu emak tidak faham erti perkahwinan.Ibunya(Embah saya) memakaikan penuh barang kemas ditubuhnya,kerana itulah lambang kesenangan  embah.Di pertengahan jalan bapak buka semua barang tersebut dan simpan.Setelah hampir kampung baru bapak pakaikan kembali.Setibanya di kampung hebuhlah bapak membawa isteri yang masih kecil. Emak yang tidak faham erti ipar duai,dilayan dengan baik.
siap bermain skipping,beranag dalam kolam lagi dengan adik-adik iparnya yang lebih berusia.

Selepas Bapak membuka tanah,dan mempuyai 3 orang anak,barulah Bapak dapat balik kampong lagi. Bapak mengumpulkan wang hasil jualan cili,terung dan sayur-sayuran untuk perbelanjaan balik kampong. Pada ketika tu tidak lagi perkhidmatan bas ekspres, Bapak akan menaiki teksi dari Sabak Bernam ke Teluk Anson,kemudia teksi ke Tapah Road, menaiki keretapi dari Tapah Road ke Keluang, kemudia menaiki bas ke Batu Pahat,akhirnya ke Pekan Rengit lalu masuk kampong Bapak di Kampug Seri Ladang.

Keluarga Bapak amat menyayangi Bapak, mereka melayan bapak sekeluarga dengan amat baik sekali,anak-anak seronok di sana,walaupun jarang bertemu,kemesraan terjalin amat baik.Yang paling kakak ingat Pak Uda akan bawa kami naik skuter pusing keliling kampung.Tetapi Bapak tidak boleh lama-lama di kampong,bapak perlu balik,kebun bapak perlu di jaga nanti di rosakan oleh monyet dan babi. Bapak perlu bekerja untuk menggantikan wang yang telah di belanjakan.Bapak tahu adik-adik masih belum puas bermesra dengan Bapakdar,dan anak-anak belum puas bermanja dengan bapa dan emak saudara mereka,tapi apa kan daya.

Kali ketiga Bapak balik kampong setelah mempunya 5 orang anak iaitu Abu Amin,Umi Atiqah,Abu Hasan,Abu Muhaimin dan Umi Amira.Abu Sharif masih dalam kandungan ketika itu.Bapak balik sempena perkahwinan Pak Andak.Beberapa hari kami di sana dapatlah bergaul dengan sepupu-sepupu yang sebaya kami. Selepas dari itu bila balik kampong Bapak tidak dapat membawa semua anak-anak sekaligus,sebab anak-anak semakin bertambah, Bapak akan menggilirkan anak-anak yang di bawanya.Selalunya anak yang paling kecil.Yang besar tinggal di rumah,atau bapak bawa anak yang besar,emak dan anak-anak yang kecil tinggal dirumah.

Sabtu, 6 Februari 2010

Siri 5(Pertemuan Bapak dan Emak)

Perkahwinan Bapak dengan emak bukan atas dasar bercinta. Di pondok Bapak seorang pelajar yang pintar.sehingga Pak Kiyai sering memberi kepercayaan kepada Bapak untuk menggantikannya semasa beliau ada urusan lain,lebih kurang seperti guru gantilah mengikut istilah persekolahan masakini. Bapak pelajar miskin yang merantau,tidak dapat pembiayaan dari keluarga sebab keluarga Bapak pun susah,dan punya anak yang masih bersekolah. Pak Kiyai Abas simpati,lalu di carikan sesaorang untuk menaja dan di jadikan menantu.Melihat keistimewaan yang dipunyai oleh Bapak,terus sahaja Bapak mertua Bapak iaitu Haji Sidik bersetuju menjadikannya menantu dan di biayai sepanjang pengajiannya. Pada ketika itu emak berumur 9 tahun,yang tidak tahu apa-apa pun erti perkahwinan.

Bapak bukan seorang pemuda yang rendah akhlaknya serata serakah nafsunya,Walaupun telah di lafaz akad nikah,Bapak tidak langsung mengusik emak. Emak masih terus bersekolah sehingga darjah 6 dan melanjutkan pelajaran ke sebuah sekolah agama Ehya Sharif, Gunung Semanggol.Setelah dua tahun bersekolah ayah emak meninggal,lalu Abang emak meyuruh emak berhenti sekolah dan mengikut Bapak.Dalam berat hati emak menurut juga perintah.Seusia 16tahun barulah emak berkhidmat sebagai isteri.Barulah Bapak bawa emak ke tanah belukar yang di terokainya.

Jumaat, 5 Februari 2010

Bapak siri 4 (Selalu menjadi orang pertama)

Bapak orang Johor,orang kata orang Johor berfikiran lebih jauh kehadapan,sebab mereka bersultankan Sultan yang moden,itu orang katalahbbukan kata saya,atau mungkin juga mereka hampir dengan Singapura,mungkinlah.Tapi saya rasa bapak memang punya kreativiti dan IQ yang tinggi.

Dalam kampong Bapaklah orang pertama membeli radio,sehingga ada yang mengecap Bapak nak ikut kafir. Tapi Bapak punya alasan sendiri. Bapak nak dengar berita. Pada tahun ketiga mereka meneroka dan tinggal di kampong tersebut mereka telah tertinggal Hari raya,pada 29 Ramadhon pagi itu penduduk kampong pergi keseberang Selangor kerana membeli-belah barang untuk hari raya,rupanya penduduk seberang telah menyambut hari raya,kerana anak bulan telah diistiharkan kelihatan.Maka merekapun pulang dan mengarahkan keluarganya berbuka puasa,tetapi ada yang meneruskan berpuasa dan menyambut hariraya pada keesokan harinya. Meraka tidak ada hubungan kumunikasi dari luar. Atas kesedaran itu Bapak membeli radio.Selalu Bapak buka saluran indonesia,Bapak dengar suara sukarno,mengajak rakyat indonesia mengganyang Malaya,mengganyang Rahman dan kuncu-kuncunya cukup-cukup. Kadang Bapak buka saluran yang menggelar mereka suara Malaya,sebenarnya meraka adalah dari parti komunis Malaya,yang berpengkalan di Rupablik Cina, mereka fasih barbahasa melayu.Emak pula suka drama dalam Syair,lakonan Jahlilawati. Saluran radio Singapura. Dalam kampong bapaklah orang pertama yang tahu semua kena perintah berkurung semasa peristwa 13 Mei sebab bapak dengar berita.

Bapak juga orang pertama membina rumah rendah,sebab Bapak orang Johor,rumah Bapak adalah rumah Johor,rumah orang lain tinggi-tinggi dan di bawah rumahnya di tambat kambing peliharaan.Tapi rumah bapak memang lain dari yang lain. Bapak juga orang pertama membina dapur atas tanah yang bersimen, orang kampong kata nanti masuk babi baru tahu.Tapi itu tak pernah berlaku pun pada ketika itu.Bapak orang pertama yang anaknya masuk asrama penuh,orang pertama anaknya ke luar Negara,dan orang pertama anaknya masuk universti.Bapak memang berfikira jauh terkehadapan,berbanding penduduk kampong itu,tapi kampong tu sahajalah,bukan kampong lain.

Walaupun bapak tinggal jauh dipendalaman,bapak sering membelikan kakak dan abang bahan bacaan contohnya seperti Utusan Pelajar atau komik.

Khamis, 4 Februari 2010

Bapak siri 3 (Proses Pengajaran dan Pembelajaran)

Dalam proses P&P,Bapak punya kaedah tersendiri semasa mengajar anak-anak membaca Al quran.Anak-anak kena mengulang setiap ayat sehingga tiada kesalahan,selagi ada kesalahan anak-anak kenalah mengulang ,mengulang dan mengulang.Setelah tiada lagi eror barulah disambung ayat seterusnya. Cara menegur kesalahan hanyalah mengetuk lantai menggunakan rotan, ataupun berdeham,bila mendengar ketukan atau deheman,tahulah anak-anak mereka melakukan kasalahan.

Setiap selepas solat maghrib anak-anak kena duduk membaca ayat yang telah di ajar sebelumnya,tarmasuk hukum-hukum tajwidnya,bila bapak balik surau,bapa akan terus masuk bilik,mendengar bacaan anak-anak dari dalam bilik,bila terdengar ketukan atau deheman masing-masing berhenti dan mancari kesalahan,sesiapa yang bapak rasa puas hati bacaannya akan bapak panggil masuk bilik untuk di ajar ayat seterusnya.Bapak membaca dahulu,anak mengikut,jika salah bapak tegur,selain tajwid bapak juga terangkan maknanya. Selagi bapak tidak memanggil selagi itulah anak-anak mengulang bacaan tanpa henti.Adakalanya anak-anak terlalu bebal,akibatnya hinggaplah jentikan tajam di telinga,walaupun dengan teresak-esak atau lebih dari itu,bacaan tetap di teruskan,tiada siapa berani menghentikan bacaan.Tiada muka untuk orang merajuk atau tersumbat.

Rabu, 3 Februari 2010

Bapak siri 2

Di rumah Bapak mengajar anak-anak membaca Alquran,tapi bapak tidak dapat mengajar tauhid,fiqah,tasauf,tajuwid,sirah,bahasa Arab dan khat di rumah.. Jadi bapak pakat dengan orang kampong buat sekolah agama. Lokasinya bawah surau.Penduduk kampung bergotong royong membuat kerusi meja,dan papan tulis. Bawah surau didinding sekerat. Emak menjahit ucang kecil yang diisi perca kain untuk di buat pemadam papan hitam.Bapak mengajar seorang diri tanpa apa-apa bayaran.

Pada masa itu anak-anak kampong ada yang bersekolah kebangsaan dan ada yang tidak. Jadi di sekolah Agama yang bapak tubuhkan itu terdiri dari murid bersekolah dan juga tidak,umur mereka di sekitar 7 tahun hingga 14 tahun.Bapak jadikan 2 kelas,mengikut umur.Abang yang baru 7 tahun bapak letakkan dalam kelas ke dua bersama murid yang lebih tua darinya,sementara kakak yang masih berumur 6 tahun dalam kelas pertama yang juga bersama murd yang lebih tua.

Bapak bukan jenis orang yang mementingkan keroni,bukan seperti sesetengah orang yang mahu anaknya sentiasa dapat nombor satu dengan cara apa sekalipun.Bapak tidak begitu, tidak sesekali. Abang yang paling muda dikelasnya,sering mendapat markah tertinggi tapi selalu bapak tolak markahnya,disebabkan pada matapelajaran lain jawapan abang tepat selalu bapak tolak dari markah khat,sebab kata bapak khat abang tak cantik,pada hal kata emak cantik,sebab mak yang selalu tolong bapak menanda kertas.Sama juga dengan nasib kakak, kanak-kanak 6 tahun disamakan dengan kanak-kanak 9 tahun. Emak selalu tidak puas hati dengan tindakan bapak. Satu hari ada ikhtifal disekolah,kakak bapak masukan acara kuiz ,satu-satunya peserta perempuan dan paling muda.Atas ketidak puasan hati mak,pada malam itu emak mebocorkan soalan kuiz pada kakak. Bila tiba hari pertandingan,kakak dapat menjawab soalan dengan tepat,malah kakak selalu menolong peserta lain yang tidak dapat menjawab,akhirnya kumpulan kakak menjadi johan dan mendapat hadiah. Apabila di buka pembungkus hadiah didapati sebiji bola sepak takraw.Kakak tidak merasa apa-apa pun tetapi emak yang masih rasa tidak puas hati.

Isnin, 1 Februari 2010

Bapak siri 1

Bapak bukan orang kaya,bapak juga tak mahu dianggap orang miskin. Bapak orang Johor yang berjiwa kuat. Semasa darjah 3 di sekolah Melayu Sri Ladang Rengit,  Jepun memerintah,bapak masih ingat lagi setiap pagi diarah menyanyi lagu Jepun dan menghadap matahari. Sebaik sahaja Jepun berundur bapak sudah berusa 13 tahun.Bapak anak ke dua dari 8 orang adik beradik. Bapak tidak mahu membebankan keluarga dan ibubapa. 6 orang adik semua masih kecil. Pak Long yang terlebih dahulu merantau meninggalkan kampung telah mempengaruhinya untuk turut sama. Beliau menunggu di Bagan Datok. Atas faktur kecintaanya pada ilmu,beliau meninggalkan kampung,dia tidak mahu hidup menjadi orang tidak berilmu. Dari pondok ke pondok Bapak berhijrah,setiap pondok berlainan ilmu yang dikhususkan. 
akhirnya beliau tiba di Bagan Datok,Perak,lalu bertemu jodoh dengan Emak di Sabak Bernam,Selangor. Di kampong Emak, bapak d tawarkan menjadi pemimpin masjid di kampong itu,dan ada juga tawaran untk mengajar di sekolah Agama Tinggi,tapi bapak terpaksa menolak kerana bapak memikirkan zuriatnya nanti perlukan tanah untuk tinggal. Lalu bapak turut serta dalam pembukaan tanah baru di hutan seberang,di persisiran Sungai Bernam di negeri Perak.

Bapak meneroka tanah tetapi bukan sepert peneroka Felda yang telah di sediakan rumah dan tanah yang telah lapang. Dari sebuah hutan dara yang berpemeluk saiz lilitan batangnya bapak dan rakan-rakannya jadikan sebuah kampung halaman yang permai dan melahirkan manusia-manusia berilmu juga.Dalam masa 4 bulan bapak belum ada rumah,hanya menumpang di  rumah Tuan Hj Bajuri yang lebih dewasa dan berilmueliau jugalah yang mengajak Bapak mneroka bersamanya,kemudia bapak berusaha mendidrikan sebuah rumah yang didindingnya terdiri dar kulit kayu,dan atap nipah. Setelah lahir anak keempat baru bapak dapat mendirikan rumah yang sempurna,rumah kampung stail Johor.

Untuk mendidik anak-anak dengan ilmu bapak telah mendirikan sebuah kelas ilmu dibawah suarau tanpa upah dan tangga gaji.Disamping mendidik anak-anak rakan-rakan lain bapak juga dapat mendidik anak-anak sendiri.

Bapak tidak pernah makan di restoren-restoren besar,bapak tidak pernah kenal menu-menu lain,yang bapak kenal menu dari kedai mamak atau warung-warung di simpang-simpang atau kedai makan di pekan-pekan,atau pun menu dari masakan emak,atau pun sekarang anak-anak dah besar membawa pulang menu-menu baru yang ada kala bapak boleh terima adakalanya tidak.

Setiap doa Makbonda sentiasa meminta “Ya Allah ya Tuhan ku,akhirkanlah kehidupan kedua ibubapaku dengan husnulkhotimah,jadikanlah llmu yang beliau beri pada kami menjadi tali penghubung antara kami dengan dia bila tiba di alam sana nanti.”


Gambar di bawah disunting dari perjalanan Tuan Hj Muhammad Zakaria yang mengetuai Misi Kemanusiaan di Kamboja 2007 yang termuat dalam majalah Solusi Isu 2. Beginilah rupanya rumah pertama bapak yang dibina hasil tenaga tulang empat keratnya.Setelah lahir anak ke empat barulah bapak berpindah ke rumah baru.



Beginilah keadaan kelas yang ditubuhkan olah bapak,tetapi Ustaz dalam gambar tidaklah sebegitu tua,bapak masih muda ketika itu.

Catatan Popular