DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Khamis, 29 Julai 2010

Berguru kepalang ajar


Dulu masa kecil-kecil,bila merajuk emak akan kata,
“Orang merajuk tu sebab rasa dia istimewa,apa yang kamu rasa kamu istimewa?cantik?pandai?kaya?baik?”

Di sebabkan terasa yang kita tidak punya itu semua,maka kupujuklah sendiri rajuk hati dan membuangnya jauh-jauh.Bila merajuk tak mau makan,emak ajak adik-adik habiskan sahaja makanan,daripada lapar,biarlah buang saja rajuk tersebut.

Hari ini Syasya,anak yang tinggal bersama nenek dan ibu yang telah berpisah dengan bapanya itu merajuk,bukan sekali dua,tapi beberapa kali dan hari-hari,kawan tak mau berpasangan dengan dia merajuk,nak tengok buku kawan tak bagi merajuk,kawan potong line dia merajuk, huh rimas. Dengan kejamnya aku menggunakan ayat di atas. Tiba-tiba Izah yang lawa,pandai dan baik itu bertanya’

“Haah kan cikgu,orang cantik dan pandai barulah boleh merajuk,”

Oh anakku,maaf atas ketololan ku sehingga kamu membuat kunklusi begitu.Aku lupa kamu anak-anak sekarang.

Berburu kepadang datar,dapat rusa berbelang kaki.
Berguru kepalang ajar,ibarat bunga kembang tak jadi.

Isnin, 26 Julai 2010

سبحان الله



Wahai keenam-enam anakanda,dan ke sepuluh saudaraku,dan sekalian insan makhluk Tuhanku,beginilah kejadian asalmu,

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? "Surah Al Rahman.

Sabtu, 24 Julai 2010

cempedak dan nangka

“Hah orang Bandar????,mak ni doa selalu janganlah berbesan dengan orang bandar ni,dia orang tu hidupnya sosial,tengok wayanglah.diskolah,nanti belanja dimintaknya 10 ribu adake duit nak kamu bagi.Mak ni fobia tau dengan orang Bandar,tegokla anak menantu Mak Ngah tu,balik kampong macam geli je,pakai seksi-seksi macam orang putih”
Begitulah riaksi Nek Odah bila teruna kelimanya yang baru balik dari luarnegara dan baru bekerja 1 tahun itu meluahkan hasrat hatinya untuk melamar suri yang akan menjadi pasangannya.

“Mak jangan menilai orang macam tu,pertemuan kami di atur oleh Jemaah,Insyaallah mereka bukan seperti yang emak sangka,Menantu Makngah macam tu sebab tengoklah anak makngah sendiri,kalau dia suami yang baik takkan cari isteri macam tu,”

Tibalah hari peminangan,Nek Odah mengajak ketua pemuda dan DJ kampong turut serta dalam rombongan sebab mereka pandai berkata-kata untuk menjual dan membalas pantun nanti. Barang hantaran juga telah di ubah oleh guru Kemas kampong.Kereta juga di sewa dari pengerusi JKKKP yang memang menjalankan perniagaan sewa kereta.

Sesampainya di kawasan perumahan Kota Armania,iaitu kawasan lot-lot perumahan banglo dua tingkat,hanya ibubapa dan seorang nenek sahaja yang ada di ruang tamu.Setelah berbasa-basi segala permintaan diterima tanpa tawar menawar,bila soal hataran diperkatakan jawapannya

“Terpulanglah pada yang ampunya diri,ikut kemampuan,nak letak tinggi-tingi nanti bila dah kawin anak saya juga yang terpalit hutang sama.”

Terkesimalah ketua pemuda dan DJ kampong,musnah segala pantun dan skrip yang telah di hafalkannya tadi.Setelah bertukar barang hantaran,hantaran balasan adalah seringkas-ringkasnya.Kepulangan mereka di bekalkan pula dengan buah rambutan yang dipetik dari pepohon disekeliling rumah banglo tersebut.

Dihari perkahwinan mereka,pelaminya hanyalah set sofa untuk dua orang yang di pasang langsir scallop di belakangnya. Berbeza sekali dengan anak saudara Nek Odah yang tinggal nun di pendalaman Tanjung Setia,dengan keadaan rumah yang bertampal sana bertampal sini,dan tandas serta bilik mandinya yang hanya berdinding pelastik karung baja,menyewa pekej pengantin sehingga RM3000,oleh kerana tidak sesuai dipasang didalam rumah ianya di pasang di khemah luar rumah,bukankah lebih baik wang sejumlahitu dijadikan bilik air yang lengkap dan selamat?.

Sekarang Salsabila telah menjadi menantu Nek Odah. Dalam pergaulan bersama ipar duainya dia sentiasa menjaga auratnya.Malah menantu ke duanya Sefhia anak tok siak kampungnya dengan selamba keluar dari bilik air ala-ala Maya Karin yang sedang cat walk di karpet mereh semasa AJL,bezanya baju maya Karin bernilai beratus ringgit sedang Sefhia berkemban kain batik.



Nek Odah dah insaf dan selalu menasihatkan cucu-cucunyadalam soal mencari jodoh. Pada yang lelaki “Carilah isteri yang akan menjadi ibu kepada anak-anak kamu,yang dapat mendidik anak-anak jadi insan beragama,jangan hanya memandang yang cantik dan berharta sahaja,nanti kamu akan menjadi hamba kepadanya,kamu takut menegur kesilapannya kerena pesona cinta ataupun kamu telah menumpang kesenangan hartayna.Isteri yang beragama juga akan membetulkan hidup kamu samada dia canti atau kaya..



Pada yang perempuan pula “Jika kamu di lamar,terimalah lelaki yang beragama,yang boleh menjadi imam kepada kamu dan anak-anak,Jangan terpesona dengan ketampanan dan kedudukan,nanti kamu akan menderita keranaya.Suami yang beragama akan memberi kamu kebahagiaan di dunia dan akhirat”

Khamis, 22 Julai 2010

Akulah anak dan akulah ibu


Hari ini adalah hari yang di kategorikan hari yang sibuk dalam diary makbonda.

21 Julai hari temujanji bapak dan Mak mertua dengan doktor,serentak,jadi makbonda dan suami terpaksalah nafsi nafsi,dia hantar mak dia makbonda hantar bapak.

Seawal pagi semasa menghantar si bungsu Emy dan Farah si anak yatim,
“Hari ni mak tak ada kat sekolah tau,jaga diri baik-baik,mak nak hantar embah lanang ke kelinik”
“Kenapa mak yang hantar?”
“iayalah nanti bila mak dah tua,anak-anak mak pula yang hantar.”

Selepas menulis nama di buku kedatangan,dan telah meminta kebenaran dengan pentadbir pada semalam harinya,dalam keadaan hujan yang amat lebat memandu ke kampong bapak yang memakan masa 45minit perjalanan dengan kelajuan 100kmj,tapi oleh kerana halangan hujan menjadi 55 min. Terus ke kelinik yang jauhnya juga 45min perjalanan. Sesampainya kelinik telah sesak dengan pelanggan yang akan bertemujanji dengan doktor juga para penghantar. 1jam menunggu menghabiskan menghadam novel Tunggu Teduh dahulu-Faizal Tehrani.Baru melangkah masuk bilik doktor, headphone bersalawat,panggilan dari suami.
“Yang ,baru dapat call dari kolej anak bujanglah,anak bujang tak sampai lagi ke kolej.saya dah call bujang ni tapi tak diangkatnya”
“Astaghfirullah,macamamana boleh macamni,kan dia dah sms bas dah bertolak malam tadi”panik,panik,panic. Biar emak sahajalah bawak bapak masuk jumpa doktor.
Makbonda call anak gadis di Bangi “ada nombor lain handset adik kamu tak?,cuba call dia,abah kata dia dah hilang” “Ok,mak jangan panik”kata anak gadis. 3 minit kemudian
Handset bersolawat lagi “Assalamualakum mak,ejat ni,kan pagi tadi dan sms ejat dah sampai,masa masuk pak guard tak ada,ejat masuk je,ni dalam kelaslahni”
Hmm baru kamu tahu ye,perasaan kami kat kamu.
Tak dapatlah makbonda nak bertemu ramah dengan doktor Lelawati.

Membawa bapak dan emak minum di restoren Serambi Mekah,membawa emak membeli barang keperluan terus hatar mereka balik sampai rumah bapak 12.30.Lari dari program,dijangka sampai sekolah 12.05 ada kelas,terimakasih rakan yang menggantikan. 1.30 baru sampai sekolah,bawak balik Emi dan menghantar Farah si anak yatim(anak saudara suami)ke rumah mak mertua makonda.Sampai rumah 1.50 menyaiapkan makan tengahari,untuk emy yang akan masuk SRA jam 2.30ptng. tiba-tiba terdengar riuh rendah di belakang rumah,rupa-rupanya biawak yang sederhana besar terperangkap di dalam reban ayam.Nasib baik aku yang datang baiwak,panjang umur kamu,setakat halau dia keluar sahajalah yang makbonda mampu buat.
Ingat lepas Zuhur nak tidur,tiba-tiba suami balik “Yang,jum keluar,kawankan cari benih rambutan”
Dah 3 kali tanam rambuatan,yang pertama mati terkena racun,ke dua terkorban dek pembenaan garaj,yang ketiga tertebas semasa membersihkan rumput yang sama tinggi dengan pokok,Insyaallah kali ini akan berhati-hati dari kecuaian.
Kerja-kerja penanaman selesai sehingga kerang 20minit masuk waktu maghrib,termasuk mengurskan ayam di reban.Tiba-tiba suami baru teringat “Ya Allah yang,malam giliran usrah dirumah kitalah,baru teringat,apa bahan yang boleh masak?”
Dalam freezer adalah bahan tapi bila nak refroze, yang ada ikan bilis dan telur ayam.Ok buat nasilemak aje lah.

Segala-galanya dimulakan selepas solat sunat maghrib.Nasi lemak untuk 10 orang makan,dan ahli keluarga seramai 5 orang.Semua bahan dari ladang kecuali bawang,beras,garam,gula dan belacan.Orang depan baca surah Al Asr,nasi pun tanak.Panas-panas dari periuk. Senyap,yang dengar sudu bertemu pinggan,sesekali terdengar suara “Macamni boleh bukak restaurant ni Ji” ha ha ha,graf ria’makbonda tinggi mencanak.Usai mengemas dapur mengetuk keyboard.Yang heran tak ada rasa penatpun.

Tip menghilangkan penat disini

Jumaat, 16 Julai 2010

like father like son


Kak Salbiah seorang ibu separuh umur yang bersuamikan lelaki lebih 10 tahun usianya.Lelaki yang cukup pekej sebagai seorang suami idaman para isteri. Setelah 5 orang puteri dilahirkan,diusia senja perkahwinan tiba-tiba ovari Kal Sal kembali subur maka tercantumlah benih di rahim Kak Salbiah lalu muncul dua putera lagi.

Tersangatlah ghairah suami yang cukup pekej itu dengan kehadhiran 2 putera yang dianggap sahabat karibnya . Tapi yang agak menjengkelkan Kak Salbiah bapa yang ghairah dengan kehadhiran putera itu sering mempengaruhi sahabat mudanya dengan rancangan tv kegemarannya iaitu gusti dan bola.tidak mengira rancangan itu keudara pada ketika jauh malam atau tidak,dia akan membuatkan sesuatu rangsangan agar shabat ciliknya itu terjaga apabila mereka terlelap sebelum siaran keudara. Maka kan bergemalah sorak-sorai antara lelaki 63tahun dan pemuda 9dan 8 tahun itu memecah keheningan malam.

“Dah 25 tahun Mah kami kongsi hidup,Sepanjang hidup bersama banyak perkara yang kami telah kompromi,tetapi tidak dengan situasi ini.”

Hmmmmm macam-macam.

Selasa, 13 Julai 2010

Takabur yang lebur dalam lesung


Anak gadis sulung mengadu,semasa praktikal dia menumpang tinggal dengan kakak kakak senior,dan akan menunjukan skill memasak bila hujung minggu,kakak-kakak tersebut mentertawakannya keran masih menggunakan lesung batu.

“Tak boleh ke kita potong-potong je bawang tu mak?”

“Boleh je,sebenarnya dulu mak pun buat macam tu,sejak kawin lah mak terpaksa meleburkan takabur”

“Macamana tu?”

"Dulu-dulu Mak menggunakan lesung batu bila membuat sambal belacan,sambal kicap sahaja,yang lain main potong atau blendar. Bila dah kawin,Mak mertuanya masak semua main lesung batu,sama ada menggoreng sayur,sup,kari,masak lemak,hatta masak bening sekalipun. Mak pulak agak geli tengok sayur bening yang berkuah keruh,dan biala tengok kangkung goring yang macam penuh sampah. Tapi Abah pula bila di beri dua mangkuk masakan yang dimasak menggunakan bahan bertumbuk dan berpotong,nampaknya lebih memilih yang bertumbuk,sedangkan dia tidak tahu siapa yang masak. Pada asalnya mak pertahankan takabur ni,lama kelamaan isteri mana yang tidak terguris bila suami tidak menyentuh masakan kita,nak di salahkan dia,dia ada hak untuk memilih. Akhirnya terpaksalah meleburkan takabur,kenalah ubah kaedah mengikut kaedah ibu dia. Yang membuatkan mak terkesima bila dia kata masakan mak bertambah sedap sekarang ni.

“Betullah ye kalau perkahwinan tu satu perkongsian,kena pengorbanan”

"Selepas ni janganlah taksub dengan cara kita,kalau perkara tu diterima oleh pasangan kita,teruskan,kalau dia jenis tak letak syarat dalam hidangan dia,lagiah mudah"

Ahad, 11 Julai 2010

Sembang kopi



“Lela cuba kau khabar kat aku,masa mula-mula kerja dulu berapa gaji kamu?”
“Adalah Mak Odah,cikgu keluar maktab mula-mula $380 ”
“Lailahailallah,banyak tu je,cukupke,kamu tak mintak mak kamu?”

“Eh Mak Odah ni menyebok pulak,Tanya benda-benda peribadai,asyik jumpa saja tanyapasal itu”Hati Lela bermonolog.

“Kaborlah Lela,bukan aku menyebok,nak buat teladan.”

“Nak mintak emak?Emak kita pun susah Mak odah,saya anak kedua,abang pun belajar lagi,adik-adik 8 orang masih sekolah, saya bagi mak $100,potong Tabung Haji rm50,sewa rumah + api air,makan rm100.tambang pergi sekolah naik bas $1sehari.lebih tulah buat belanja,belajar lessen kereta,beli baju,macam-macam lagi.”

“Laaa cukup ke sampai boleh bagi mak kamu? Yelah zaman tu semua murah”

“Bukan sebab zaman Mak Odah,kawan-kawan saya ramai yang mengeluh,gaji kecik,masing-masing tiap bulan menunggu 25hb,hari gaji”

“Habis kamu?”

“Kita belanja ikut gaji kitalah,buat apa nak ikut orang gaji banyak, orang gaji banyak pun ada yang hujung bulan habis kering.”

“Bukan apa,cucu aku tu,lepasan universiti kan gaji banyak kan Lela? Asyik tak cukup je,hujung bulan mintak kat emak dia”

“Kerja kat mana?”

“Kat Kota Armanda,Dia kata sewa rumah RM450,ansuran kereta RM590,minyak kereta lagi sebulan RM200,makan pakai lagi”

“Dia sewa dengan siapa?”

“Sorang,nak selesa katanya.”.

“Kenapa tak cari kawan? Ataupun rumah yang murah kan ada,berapa tahun dia kerja?”

“Baru 4 bulan?”

“La dah beli kereta?”

“Dah itu yang diangannya sejak dulu.”

“Tak apa mak dia banyak duit.”

“Kamu kata,hutang keliling pinggang nak nyekolahkan dia dulu.”

“Saya beli kereta dah anak dua orang Mak Odah,suami pun kerja tapi anak sulung juga,bapak dah meninggal,kena sara adik-adik,tapi kami tak pernah hutang orang Mak Odah,orang hutang kami ada,sampai sekarang tak bayar,tapi sampai sekarang macamanilah keadaan kami,dia pun tak lah sesenang mana,kamipun taklah jatuh miskin,”

“Itulah aku tengok kamuni senangje,Banyak duit kamu simpan?”

“Senang tu ade kat hati Mak Odah bukan kat pandangan,taklah banyak simpan duit,duit yang kita simpan tu bukan tentu hak kita punya Mak Odah,tup-tup kita mati tak adanya kita bawak Mak Odah.”

“Macamana aku nak nasihatkan cucu aku tu?”

“Mak Odah cakap dengan dia, kalaupun tak nak pergi ngaji kat surau atau masjidke atau malas nak baca bukuke,masa pergi kerja pagi tu bukalah radio IKIM,pagi tu ada motivasi pagi,lepas tu hari cuti Sabtu dan Ahad bukaklah TV 9 jam 7pagi,ada Tanyalah Ustaz,Ataupun masa bukak blog tu bukaklah blog yang ada ilmu , kalu berfacebook tu carilah kawan yang berilmu.Mudah-mudahan dia sedar macamana nak munafaatkan duit dia”

“Ooo kat facebook pun ada ye”
“Mak Odah tahu ke facebook?”
“Tu lah,cucu aku tu,duduk depan komputer,aku Tanya tengok apa tu,dia tunjukalah facebook fasha sandalah,Noralah,semua gambar pelakon-pelakon.”

"Sebab dia suka tengok fasha sandalah nafsu dia jadi besar,ialah nak cantik macam orang tu juga,dia kena berkawan dengan orang yang boleh tundukkan nafsu dia"

"Gitu ye,nantilah aku kata kat dia,cuba kamu tulis,nanti aku lupa,”



"DAN di antara rahmat pemberian-Nya. Dia menjadikan untuk kamu malam dan siang (silih berganti) supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki daripada limpah kurnia. Dan juga supaya kamu bersyukur.” (al-Qasas: 73)

Rabu, 7 Julai 2010

Sob...sob...sob


Petang tadi salah seorang muslimah di kampung makbonda telah pulang ke Rohmatullah kerana kenser otak,meninggalkan suami,dan 5 orang anak.Anak pertamanya pemuda 26 tahun dan yang bungsu gadis sunti 12 tahun. Makbonda datang berlenggang hanya membawa kepingan RM untuk di isi dalam bekas derma,tanpa tisu atau tuala good morning. Sesungguhnya kesyahduan keluarga yang ditinggalkan ibu lebih menyentuh perasaan daripada ditinggalkan ayah.Tudung dan baju makbonda adalah dari kain sintatik yang tidak menyerap air,dimana nak ku halakan deraian air mata ini?Semoga mereka redha dengan ketentuan yang telah ditetapkanNYA.
Sekembalinya ke rumah terus dail nombor
"Assalamualaikum mak,Mak tengah buat apa?mak sihat?........."

“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibubapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal shalih yang Engkau redhai;
dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.
Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam
(yang tunduk patuh kepadamu).” [al-Ahqaf 46:15]

Sabtu, 3 Julai 2010

Budak dulu dan budak sekarang.

“Mengapa semalam kamu tak datang sekolah?”
“Semalam hujan,emak saya tak boleh nak hantar”
“Kereta mak saya rosak,ayah dah pergi dulu”
“Emak saya bersalin,tak ada sapa nak hantar”
“Mtosikal abah habis minyak,tak boleh hantar.”
“Basikal saya pancit”

Begitukah antara alasan-alasan kamu ya?. Wahai anak jenerasi ketigaku,biarlah aku berkesah bagaimana ibumu jenerasi kedua dahulu menempuh alam persekolahan.

Semasa aku darjah satu 1968 aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Lubuk Pusing,Pada masa itu Abang Abu Amin darjah 2. Untuk ke SKLP kami perlu menyeberangi Sungai Bernam menggunakan sampan yang di kayuh,semua anak anak kampungku bersekolah di sini,ibu bapa akan menghantar anak-anak sampai pengkalan sungai,kami akan menyeberang dan berjalan beramai-ramai sejauh 3batu melalui kampong Jerang Belanga. Melalui perdu-perdu pokok buahan dan melalui jalan yang berturap kulit kerang dan tanah merah,lebih baik dari jalan di kampung kami yang tiada apa-apa bahan turapan pun. Bila musim hujan kami akan menggantung kasut di leher dan akan memakai bila tiba di sekolah. Kadang-kadang kami jatuh tersungkur terlanggar ketulan batu,dan luka-lukalah kepala lutut kami. SKLP adalah sekolah yang di bina dari batu dan berbumbung genting,agak sempurna binaannya, Terdiri dari 6 buah bilik darjah, sebuah bilik guru dan bilik guru besar. Kantinnya juga mengikut piawaian sebenar sebagai sebuah kantin yang sempurna. Punya sebuah rumah guru yang kemas dan cantik.

Semasa aku di darjah satu, suasana sekolah adalah agak baik dan guru-guru bertugas dengan dedikasi. Guru besarnya bernama Cikgu Yahya,ada Cikgu Ali,Cikgu Kasmali,Ustaz Saleh yang rambutnya beralurn-alun sentiasa bersikat, Cikgu Sabri, Cikgu Samat , Cikgu Aina dan sebahagiannya tidak ku ingat. Kawan-kawan pula tyang kuingat ialah Aminah, Jaafar, Toyib, Ayob,Misnan,Sabariah,Norhayati,Rohaya,Osman,Rahmat,Jaafar Manan,Siti,Adnan dan ada yang aku ingat ada yang tidak. Tetapi suasana sekolah berubah bila aku naik darjah 2. selepas persitiwa 13 Mei, ketika itu guru-guru sudah mula kurang berperistasi. Jarang masuk kelas, Mereka lebih suka berkumpul di rumah guru yang dihuni oleh seorang guru dan isterinya. Mereka membuka muzik dengan suara yang kuat,sambil menari-nari dan ada kalanya minum air berwarna kuning,lalu mereka akan menari dengan lebih ligat lagi. Ada sebahgian murid yang melekapkan badan mereka di tingkap untuk melihat hiburan percuma itu. Kakak-kakak darjah 6 kata mereka mabuk. Semakin hari keadaan sekolah semakin teruk,ia bertambah lagi bila aku naik tahun 3. Ramai di antara kakak tahu 5 dan 6 telah diberhentikan sekolah oleh ibu bapa mereka,mereka rasa tiada berguna berulangalik pergi sekolah. Lebih baik menolong ibubapa di rumah.Setiap kali pulang dari sekolah pertanyaan bapak dan emak ialah
“Tadi belajar ke tidak?” bukan “Tadi belajar apa?”

Apabila aku naik ke tahun 3 dan abang naik darjah 4, bapak telah menghantar abang ke Johor,adikku Abu Hasan pula masuk darjah 1 .Setiap kali pulang ke rumah bapak akan bertanya keadaan di sekolah. Selama setahun kami berulangalik ke sekolah tanpa belajar apa-apa. Pada ketika itu tiada naluri ponteng sekolah,agak-agak malas pergi sekolah tidak payah merayu atau berpura-pura demam,tiada pihak samaada ibu bapa atau guru yang akan mimempersoalkan.Akhirnya bapak membuat keputusan untuk memindahkan aku dan adik ke SK Sungai Samak.


SKSS terletak d sebelah kampungku tanpa menyeberang sungai,tetapi jaraknya lebih jauh berbanding SKLP. Oleh sebab kampungku Sg Manila dan Kg Sungai Samak di buka melalui sungai jadi perhubungan darat antara dua kampong ini adalah kurang sempurna.Walaupun bersebelahan  kampung tetapi jaraknya 4 batu dari rumah,setiap hari aku dan Abu Hassan berulangalik melalaui belukar untuk menembusi ke kampong SS. Hanya kami berdua,ya berdua sahaja.Kawan-kawan lain masih bersekolah di sekolah lama. Kebetulan kami bersekolah sessi petang,jadi kami tidak perlu keluar di subuh hari,tetapi adakalanya kami tiba di rumah waktu matahari menenggelamkan diri. Pada ketika itu tiada wujud perasaan takut dalam jiwa ku sebab bapak kata “Bila kita pergi mencari ilmu Malaikat akan memayungi kita dengan kepaknyaAda kalanya kami terpaksa berpatah balik kerumah sebab kami terjatuh ke dalam parit kerana basikal kami terlanggar tunggul,dan habis buku-buku kami basah.

SKSS ada sebuah sekolah yang dibina dari papan semata-mata,keadaan fizikalnya adalah amat dhoif berbanding SKLP,dindingnya kayu bertampal-tampal dan berbumbung zing yang berkarat,tidak ubah seperti Sekolah Laskar Pelangi di Pulau Belitong. Terdiri dari 3 buah kelas dan sebuah bilikguru yang disekat kekisi untuk bilik guru besar.Terdapat 3 buah rumah guru.Oleh kerana tidak cukup kelas bagi menampung murid,sekolah di bahagikan kepada 2 sessi, darjah 1,5 dan 6 sessi pagi, darjah 2,3 dan 4 sessi petang.Nasib baik aku dan adik sessi yang sama,aku tahun 4 dan Abu Hasan tahun 2.

Pada ketika itu guru besar Cikgu Hashim, cikgu lain ialah Ustaz khairani,Cikgu Irfan,Cikgu Hamid Jantan,Cikgu Hamid pendek,Cikgu Abas,Cikgu Jalil,Cikgu Shahrom,dan Cikgu Sulaiman.

Keadaan kantin sekolah juga adalah layak seperti warung tepi jalan,aku sendiri tidak pernah ke kantin kerana setiap hari kami berdua akan membawa bekal,dan kami makan bersama-sama di waktu rehat di bawah pokok besar di hadapan sekolah ataau di belakang sekolah bersama Junainah kerana dia pun ramai adik.Dari hari-kehari ramai kawan yang mengikut kami membawa bekal.

Aku masuk tahun 4,cikgu Sulaiman nama guru kelasnya,Walaupu bermisai melintang tetapi sentiasa mengukir senyum.Waktu itu kedudukan dalam kelas adalah mengikut keputusan peperiksaan tahun 3.Murid yang mendapat tempat pertama di baris paling kanan,seterusnya murid paling curut dibaris belakang paling kiri. Oleh kerana perpindahanku ke sisni tanpa buku laporan dari sekoah lama,aku telah di letak di baris paling kiri dan belakang di sebelah Poyeng di belakang Limah iaitu seorang kanak-kanak berfikiran 5tahun yang terperangkap di badan kanak-kanak umur 10 tahun. Entahlah. Pada ketika itu tiada perasaan rendah diripun,sebab aku terlalu maklum yang aku telah ketinggalan belajar selama 2 tahun.Tiada siapapun yang ingin berkenalan dengan ku, sudah pastinyalah aku tidak ramai kawan dengan keadaan diriku yang paling tidak peramah dan mahal dengan senyuman.

Ini bukan Pelajaran SKSS,tetapi pelajar S Muhamadiah dalam Laskar Pelangi,tetapi bangunan di belakang itu adalah samaseperti SKSS ketika itu.
Apabila periksaan penggal 1 di jalankan aku telah mendapat kempat ke dua,tempat pertama Jalil,yang semangnya pelajar genius.. Akupun dipindahkan duduk di sebelah Norlida, dia adalah seorang anak orang kaya,dia sentiasa memakai kasut dan setokin,kasutnya pula kasut kain yang putih melepak,seperti tidak pernah memijak tanah, uniform birunya sentiasa di kanji dan di gosok. Alat tulisnya lengkap,sepit rambutnya tidak ada murid lain memakainya. Oleh kerana aku murid baru,aku tidak punya buku teks,jadi terpaksalah aku menumpanag bukunya. Sekarang kawan kawan ku dah mula bertambah.

Antara kawan-kawan yang masih aku ingat ialah Edah,Limah,Piah,Norkhatimah,Norlida, Sazali, Hadi Kamil, Misri, Bahari, Pahrudin, Yusuf, Ismail, Rosli, Jun, Mahsaro ,Alpiah,  Rokayah, Tisnawati, Rubiah,Jalil ,Shamsiah,Baharin dan beberapa orang lagi kadang ingat kadang tidak.

Apabila aku naik darjah 5,aku telah bertukar sessi pagi,adikku Abu Muhaimin masuk tahun 1,dan Abu Hasan tahun 3 sekolah petang. Sungguh kasihan Abu Hasan terpaksa berbasikal seorang diri. Aku bertolak seawal pagi dalam hari yang masih gelap lagi sambil membonceng Abu Muhaimin,emak menghantarku berjalan kaki separuh jalan dengan memasang obor.Agak-agak hari telah cerah emak berpatah balik. Besar sungguh pengorbanan emak kan? Semasa musim kering aku dapat sampai ke sekolah sebelum loceng di bunyikan tetapi bila hari hujan aku dan adik sentiasa tiba setelah P&P berjalan.

Pada hari itu di adakan pemilihan ketua kelas dan penolong ketua kelas yang baru, Cikgu Irfan membuat pemilihan secara undi. Tidak kusangka namaku mendapat undian terbanyak sebagai ketua kelas dan Jalil tempat kedua,aku terkejut,aku tidak boleh menerima,aku sedar aku sering datang lambat,aku tidak dapat menahan sedih dan terlalu sebak,aku cuba menolak cadangan tersebut tapi suaraku tersekat-sekat lalu aku meraung sekuat hati,semua orang terkejut,apa lagi Cikgu Irfan.Dia memujuk ku,tangisanku tidak boleh berhenti, Cikgu Irfan berjanji menurunkan menjadi penolong ketua kelas,dan Jalil sebagai ketua. Barulah tangisanku reda. Sekarang Jalil menjadi ketua dan aku menjadi penolongnya.Tidak dapat aku bayangkan jika ketika ini kau menghadapi pelajar seperti itu. Walaubagaimanapun aku masih terasa rendah diri kerana aku sering sampai sekolah lewat bila hari hujan.

Walaupun setiap hari aku melalui rutin yang begitu perit tapi tidak ada naluri mahu bercuti dalam jiwaku.Ada kalanya aku diserang demam,emak melarang aku ke sekolah…aku akan menangis….bila cuti bermakna aku ketinggalan apa yang cikgu ajar hari ini,besoknya kawan-kawan akan menghantar kerja sekolah dan bercerita mengenai peristiwa semalam,aku?....hanya memandang dan mendengar. Aku semamangnya tidak suka cuti.


Nah begitulah anak-anakku, ini hanyalah segelintir kisah yang pernah di harungi oleh ibubapamu jenerasi ke dua,berbagai pahit maung lagi akan kau temui jika kamu mahu mencungkil dan menguarikan kisah-kisah yang terpendam,agar boleh kau jadikan perbandingan. Itu pun jika kau mahu,kalau tidak terus sahajalah kamu tenggelam dalam dunia kamu.

Khamis, 1 Julai 2010

Syyy...jangan sebut binatang tu....tak baik





Syyy jangan cakap ba alif ba ya berdosa.
“Mak,Kakak cakap b*b*”
“Eleh engko pun cakap tu”
Begitu lah pantang sangat nama haiwan itu di sebut-sebut.

Makbonda di lahirkan di dalam sebuah kawasan yang baru di teroka.Persekitaran rumah hanya di penuhi tunggul-tunggul kayu dan pokok-pokok renek yang tumbuh meliar.
Seluas 8 ekar tanah bapak telah mula di tanami kelapa dan pisang. Emak pula memenuhi masa menanam sayuran dan segala jenis ubi. Antara musuh utama yang perlu emak dan bapak tangani ialah haiwan b*b*. Haiwan ini akan datang waktu malam hari. Tanaman emak akan di pagari oleh manik-manik tin susu pekat atau sadin yang di ikat dengan dawai,bila haiwan ini datang ia akan terlanggar tin-tin tersebut lalu membentuklah bunyi yang bising,lalu b*b*-b*b* itu akan cabut lari.

Sepanjang zaman kanak-kanak Makbonda tidak pernah melihat haiwan ini secara berdepan,hanya melihat kelibat dari jauh.Haiwan ini sangat pemalu dengan manusia.Pertama kali lihat secara life di zoo Taping semasa rombongan sekolah darjah 6. Ada ketikanya sepasukan pemburu India akan datang ke kampong bersama anjing-anjingnya untuk memburu haiwan ini dengan menggunakan senapang.Hasil buruan yang mengena akan di leakkan di belakang basikal,ketika inilah Makbonda nampak bangkai haiwan tersebut.


Suatu senja tahun 2010, Makbonda bersama anak teruna 19 tahun yang baru mendapat lesen memandu,pulang ke kampong mengunjungi kedua ibubapa,waktu itu jam 6.45pm.Makbonda sengaja menyerahkan stering padanya untuk di pandu,kerana antara yang pernah makbonda angan-angankan suatu masa dahulu ialah duduk di sebelah anak teruna yang sedang memandu,kini angan-angannya telah nyata.Sebaik sahaja memasuki kampong kami melihat lembaga hitam bergerak-gerak di tepi jalan. Makbonda mengarahkan anak teruna berhenti,sekumpulan b*b* sedang meratah ubi kayu tanaman Pak Ilham.Walaupun kami menghentikan kereta b*b*-b*b* itu dengan selamba meneruskan menikmati juadahnya dengan tiada berwajah malu.

“Tahu tak Jat,selama emak tinggal kat kampong ni dan mengalami dewasa,emak tak pernah nampak b*b* secara life cam ni,sebab b*b*-b*b* dulu takut dengan orang,sekarang setelah setengah abad mak hidup,jalan kampungpun dah bertar,mak duduk dalam kereta hawa dingin,barulah mak nampak b*b* berdepan, tengoklah selamba je dia tengok kita.”

“Huh” respon anak teruna itu

“Dulu dulu tak pernah dengar orang mati kerana b*b*,sekarang dah berapa ramai cedera parah dan yang maut lagi dek kemalangan,berlanggar dengan b*b* belum lagi yang kena jangkitan selsemanya lagi.”

“Huh,b*b* akhir zaman” respon dari anak teruna 19 tahun itu lagi.


"Dan apabila perkataan Telah jatuh atas mereka, kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahwa Sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami". surah An-Naml ayat 82,

"Haiwan ini akan keluar di akhir zaman ketika rosaknya manusia, dan mulai meninggalkan perintah-perintah Allah, dan ketika mereka telah mengganti agama Allah. Maka Allah mengeluarkan ke hadapan mereka haiwan bumi. Konon kabarnya, dari Makkah, atau yang lainnya sebagaimana akan datang perinciannya. Haiwan ini akan berbicara dengan manusia tentang hal itu".[Lihat Tafsir Ibnu Katsir (3/498)]

Catatan Popular