DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Selasa, 28 September 2010

masuk ke dalam kebaikan dan keluar dari segala keburukan


Mak Piah sangat bersyukur,Ramadhon ini dua orang anak saudara Mak Piah telah menunaikan Umrah Ke Mekah,seorang anak kepada adik lelaki Mak Piah si Meon,seorang lagi anak kepada adik bungsunya si Bedul. Mereka masih muda, Alhamdulillah,seusia muda lagi telah dibukakan hati mereka. Anak-anak Mak Piah sendiri yang seramai empat orang semuanya telah menunaikan haji. Memang Mak Piah menggalakkan anak-anak termasuk anak saudara agar senentiasa ingat untuk memperuntukan sebahagian pendapatannya untuk tabungan bagi menunaik Rukun Islam yang ke lima itu .Mendaftarlah jika telah berkemampuan. Sementara muda dan bertenaga,nanti bila dah tua,tenaga dan kurang dan penyakit semakin bertambah. Antara syarat-syaratnya ialah berkemampuan,cukup keperluan asas dan keperluan perbelanjaan keluarga.Tidak ditanya adakah telah punya kereta baru dalam pasaran,atau jenis,bentuk dan saiz rumah atau material yang digunakan dalam pembenaannya,itu semua adalah kehendak bukan keperluan. Jika cukup syarat mendaftarlah,kerana itulah jalan paling asas bagi penduduk di Negara kita bagi meloloskan diri untk kesana. Tambahan bagi bagi pendaftaran sekarang, lima tahun nanti atau lebih,barulah nama tersenarai. Jadi apa di tunggu lagi,mendaftarlah sambil menambah tabungan.

Dan bagi yang telah berjaya tersenarai dapt mengunjung Kaabah, betulkan niat sebelum pergi, sebab ramai yang ke sana dengan bermacam-masam niat, samada untuk beribadah kerana Allah,atau mencari hidayah dan petunjuk bagi menyelesaikan masaalah dalam kehidupan, atau melancong melihat-lihat bumi anbia’ untuk di rakam dalam blog atau faecebook,atau mencari luangan perniagaan sebab Kota Me kah adalah pusat perniagaan sejak zaman Nabi Ibrahim lagi,atau ada juga ke sana untuk mencari jin dan sepesis iblis bagi membantu hidupnya agar melimpah ruah rezekinya dan bermacam-macam lagi walau dengan menghalalkan cara. Ada juga yang ke sana untuk membersihkan nama,disana-sini orang mencemuhnya semoga pemergian ke tanah suci namanya menjadi suci juga.Sesungguhnya Allah akan senentiasa menunaikan hajat hambanya.

Mak Piah telah menuanaikan haji dan beberapa kali menunaikan Umrah,ialah anak dah besar-besar,pendapatan dari tanahnya sudah tidak menampung anak-anak lagi,berderma memanglah telah menjadi amalannya. Bermacam-macam jenis ragam manusia yang Mak Piah jumpa.Ada yang ke sana dengan tak habis-habis bershoping.Ada yang bergaduh berantakan rumah tangga,ada yang bangga sebab sepanjang di sana dia sihat dan tidak mengalami sebarang demam,makan selera dan pulang dengan tidak merasa sebarang apa-apapun.

Mak Piah telah dengar dari Penceramah semasa kursus haji,dalam berjuta-juta Jemaah haji hanya sedikit sahaja yang mendapat haji mabrur. Mak Piah sangat bimbang,adakah dia terpilih antara yang sedikit itu?.Itulah yang Mak Piah sering ingatkan pada anak-anak,berdoalah kita agar kita diantara insan yang sedikit itu.Antara tanda-tanda yang dinamakan haji mabrur itu ialah bagaimana perubahan tingkahlaku dan sikap kita selepas kepulangan dari sana.

Mak piah juga sering mengingatkan anak-anak agar tidak pulang dari tanah suci dengan cerita perkara negetif dan membesar-besarka pula,jika pun ada sekadarlah untuk menjadikannya sebagai iktibar.

Kali ini Mak Piah sangat terkesima,dan beristigfar dengan sepontan berkali-kali hingga tidak terhitung jumlahnya.

Hari itu salah seorang anak sudara yang berumrah tempoh hari datang mengunjunginya. Sangatlah teroja Mak Piah nak mendengar perkhabaran gembira dari anak saudaranya sebagai mana khabar dari anak saudara yang seorang lagi. Inilah kali pertama Mak Piah dengar secara langsung perkhabaran seperti itu.Selama ini hanya di baca di majalah-maalah dan akhbar sahaja.

“Ya Allah,tak sangka ya Mak Piah rupanya macamtu orang kat Mekah”

“Ya lah memang macam tu,hari tu Meonpun kata musim bulan puasa ni memang ramai orang lagi-lagi bila 10 hari terakhir,Mak Piah pun tak pernah rasa pengalaman macamtu.”

“Bukan itu yang saya nak ceritani Mak Piah,rupanya dia orang tu bercampur gaul lelaki perempuan,solat nampak bontotnya,masa tawaf berhimpit-himpit lelaki perempuan,tak ubah macam orang kapir kat pantai.”

“Astaghfirullah,kenapa kamu cakap macam tu Bedul,tak baik.”

“Kenyataannya Mak Piah,orang sibuk kata kat sana hebat,rupanya pura-pura je,sama macam orang keling kat Batu cave.”

Ya Allah,Si Bedulni bukan orang tak baragama,tapi kenapa jadi macam ni.Yalah dia pun kesana bukan untuk tujuan itu,dia ke sana untuk menguruskan rangkaian perniagaannya lalu singgah seketika.


Dari Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Satu sambahyang dimasjidku lebih afdhal daripada seribu sembahyang di masjid-masjid yang lain, kecuali masjidil Haram (dimekah): dan satu sembahyang di masjidil haram pula lebih afdhal daripada seratus ribu sembahyang di masjid-masjid yang lain.”

Rasulullah s.a.w bersabda (yang bermaksud): "Sesiapa yang memasuki Kaabah lalu mengerjakan sembahyang di dalamnya, bererti dia masuk ke dalam kebaikan dan keluar dari segala keburukan dalam keadaan dia diberikan keampunan". Pada lafaz yang lain: "Dia keluar dalam keadaan diampunkan dosanya".

Ibnu Umar r.a telah berkata tentang memasuki Kaabah: "Masuk ke dalam kebaikan dan keluar dari segala keburukan". Ata' berkata: "Sesungguhnya aku lebih suka mengerjakan sembahyang di dalam Kaabah sebanyak dua rakaat dari mendirikan sembahyang empat rakaat di Masjidilharam".

Diriwayatkan daripada Yahya bin Ju'dah bin Hubairah tentang firman Allah:
Yang bermaksud: Sesiapa yang memasuki Kaabah akan mendapat keamanan. Katanya: "Keamanam dari api Neraka".
Kelebihan Melihat Kaabah: Ibnu Abbas r.a berkata: "Memerhatikan Kaabah akan mengukuhkan iman". Hamad bin Abi Salamah Rahimahullah berkata: "Orang yang memerhatikan Kaabah adalah seperti orang yang bersungguh-sungguh dalam beribadat".

Mujahid berkata: "Memerhatikan Kaabah merupakan ibadat". Said bin Musayyab berkata: "Sesiapa yang memerhatikan Kaabah dengan penuh keimanan dan kepercayaan, akan gugurlah segala kesalahan dan dosanya sebagaimana ketika dia dilahirkan".

Ahad, 19 September 2010

Belut yang pergi.......




Bila belut yang pulang meninggalkan lubuh,lubuk yang basah bertambah basah.Belut akan menyusur membelah perairan menempuhi ranjau batu karang yang berduri,dikiri kanan haiwan karnivor yang pemangsa,bila-bila masa boleh menelan dan memamah mangsa,itu yang lubuk bimbangi,doanya agar belut selamat ke destinasinya.Belut perlu pergi meninggalkan lubuk,kerana itu adalah hukum alam,supaya keseimbangan alam berlaku,seluruh alam perlu di terokai.









Setiap kali putera-puteri menghabiskan cuti,beginilah perasaan makbonda. Perjalanan anakandaknya membelah lebuh raya selatan tidak ubahnya seperti perjalanan Parameswara semasa lari dari Temasik dan membuka Melaka.Walaupun sudah tidak ada ranjau,onak dan duri,atau deraman haiwan pemangsa yang menakutkan,tetapi ranjaunya sudah bertukar kepada ranjau yang berubah bentuknya,dan lebih lebih menyayat lagi. Beginilah juga perasaan ibu makbonda di kampong,di masa lalu hinggalah kini apabila kami meninggalkan mereka.

Makbonda tidak sekuat Al- Khansa bin Amru, Seorang wanita yang hidup semasa pemerintahan Khalifah Umar Ibnu Khattab , Bila Khalifah membuat seruan agar semua tentera Islam berkumpul untuk menentang Parsi. Pemuda-pemuda Islam dari pelbagai kabilah diajak ke medan perang sehingga terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Al- Khansa mempunyai empat orang anak. Dia mentarbiyyah empat orang anaknya dengan baik. Apabila mendapat seruan jihad, dihantarnya anaknya yang sulung. Anak sulungnya syahid. Dihantar pula yang kedua. Yang kedua juga syahid. Dihantar pula yang ketiga. Yang ketiga juga syahid. Begitu jugalah juga dia menghantar anaknya yang keempat, dan yang keempat itu pun syahid.

Akhirnya dia menangis. Orang berkata, “ Khansa kesedihan kerana kehilangan semua anaknya” Tetapi tahukah kalian apakah jawapannya?

“ Diamlah kalian, sesungguhnya aku bersedih kerna aku tidak punya anak lagi untuk dihantar berjihad di jalan ALLAH”
Sehingga al Khansa telah di gelar sebagai‘Ummu Syuhada’ yang membawa maksud ‘Ibu kepada orang-orang yang mati syahid.’



Kerdilnya diri dibandingkan dengan mereka.Adakah peluang itu dapat makbonda kecapi?

Rabu, 15 September 2010

Bila amalan dipanjangkan...........

Program hari Rabu atau raya ke 6 ialah untuk menziarahi Pak Cik di Meru dan adik ipar(Adik suami) di Tanjung Karang.Dengar berita adik ipar menerima musibah,bumbung rumahnya di terbangkan ribut pada pagi selasa.Ingat sikit-sikit sahaja rupanya begini.






Berat mata memandang,berat lagi bahu memikul.

Ahmad Jais nama suaminya dan isterinya adik ipar makbonda bernama Norhayati,punya 6 0ang anak,yang sulung telah berumah tangga dan tinggal bersama ibu mertua yang juga terlibat dalam amarah ribut tersebut,anak kedua baru sebulan mendapat kerja di majlis perbandaran Shah Alam,dua orang bersekolah menengah dan 2 orang SK.Mereka bekerja kampung dan mengambil upah memetik sayur atau kelapa sawit di kebun jirannya.Bila bekerja dapatlah duit,bila musibah berlaku tidak dapatlah bekerja kerana masa di gunakan untk menyelamatkan rumah.Selain rumah beliau ada 5 buah lagi rumah yang terlibat tetapi rumah beliau adalah paling teruk.

Kampung ini bernama Kampung Sungai Yu,Tanjung Karang.Ini adalah kali kedua bencana alam ni berlaku selepas bulan Ramadhan 1430.Pada sesiapa yang ingin membantu makbonda memberi peluang dengan menyertakan akaun bank mangsa kejadian tersebut.

Mohd Jais b Selamat
4-4823173-30
public bank.

Kata ulama : Sedekah itu 10 kepujian, lima di dunia dan lima di akhirat .

· Lima di dunia

- Mencucikan hartanya
- Mencucikan badannya
- Menolak bala dan penyakit
- Menggembirakan orang miskin dan mengembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal .
- Berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya .

· Lima di akhirat :

- Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas
- Ringan hisabnya
- Berat timbangannya (amalan) di akhirat
- Mudah melalui titian Siratal-Mustaqim
- Bertambah darjatnya di dalam syurga

Hari Raya



Ini tahun ketiga makbonda beraya di kampung ni.Di tempat ni seperti dah temaktub dalam undang-undang walau tak bertulis,raya pertama masing-masing berziarah ke rumah ibu bapa dan saudara mara terdekat walau tinggal di tempat yang jauh. Hari raya kedua barulah untuk jiran tetangga,kaum lelaki akan menjalankan kegiatan berziarah dari rumah kerumah yang di panggil sebagai baraan. Hari raya ketiga giliran kaum ibu pula,kaum bapa pula dirumah menguruskan hidangan. Tanpa ada undang-undang bertulis mana-mana rumah yang tidak menghantar wakil tidak akan di kunjungi kecuali warga emas yang tidak mampu turut serta dan sememangnya anaknya tidak pulang beraya.

Bagi kaum lelaki suami makbonda telah menokok tambah program dalam aktiviti baraan ni dengan membacakan tazkirah di setiap rumah,di petik dari mana-mana buku yang dipilih,membacanya juga secara bergilir,pada peringkat awal dulu banyak juga rungutan,bukan dari remaja gila-gila tapi dari bapa remaja yang hatinya sebal dengan benda-benda tazkirah ni.

“Huh,mengada-ngada,jadi lambat lah macamni” Padahal tak mana lambatnya,benda tu di baca sambil menikmati hidangan.Nampaknya sekarang ianya sudah dapatdapat diterima.

Tapi Makbonda belum mampu nak menjalankan dalam kumpulan kaum ibu.Walau bagaimanapun semasa berkumpul di rumah pertama untuk memulakan baraan mereka mengarahkan jari telunjuk kepada makbonda untuk memberikan ucapan,padahal mereka sudah ada ketua. Pada mulanya gelabah juga sebab tak bersedia, walaubagaimanapun pengalaman sebagai guru dapat menyelamatkan keadaan, ini dah tahun ketiga,makbonda dah siapkan skrip dalam diri.Isi penting dalam ucapan tu ialah

“Baraan ini adalah satu adat,tapi kita boleh jadikan sebagai ibadat dengan meniatkan ianya kerana Allah Taala,bila niat kerana Allah Taala jangan hendaknya kita berziarah untuk melihat atau berbangga dengan hiasan rumah atau bentuk hidangan yang disediakan.Semasa bermaafan hendaklah dengan penuh keikhlasan,dengan membayangkan selepas ini kita tak dapat berjumpa lagi.Semasa berjabat tangan pastikan kita genggam tangan pasangn,jangan hanya bersalam menggunkan jari sahaja………bla bla bla”

Program ini selesai biasanya bermula jam 9.00pagi dan berakhir jam 3.00 petang,waktu Zuhur berhenti di masjid.Sememangnyalah tanpa hariraya makbonda takakan ada kesempatan untuk masuk ke rumah semua jiran tetangga.

Selepas tamat baraan,kami mencuri masa untuk berziarah ke rumah pak mak saudara,sepupu-sepapat yang dapat diziarahi secara tahunan atau dwitahuanan,atau mungkin lebih lagi.Dek kerana terlalu lama tidak berjumpa walaupun bukanlah berjarak seberang lautan,hanya bersebab dari kealpaan atau kesibukan duniawi,dapat berjumpa setahun sekali atau lebih. Pak-mak saudara telah nampak perubahan ketuaannya,sepupu sepapat telah ada teruna dan dara,yang lelaki dah bertabur ubanya,yang perempuan entah tidak ketara.Ada juga mak-saudara yang raya lepas berdua,kini sebatang kara.Ada juga yang sudah berubah wajahnya,ialah dua tahun lepas kanak-kanak lagi sekarang dah akil baligh,nasib baik jumpa di hari raya,kalau bertemu di pasar sudah pasti dah tak kenal.Nasib baik Allah jadikan hari raya.

Walaubagaimanapun kita jangan pula lupa akan adab-adab berhariraya;
1. Menghidupkan malam Hari Raya dengan memperbanyakkan amal ibadah.
2. Mandi sunat Hari Raya.
3. Memakai bau-bauan harum.(Tapi bukan untuk wanita)
4. Memakai pakaian yang paling baik.
5. Menjamah sedikit makanan sebelum pergi ke raasjid.
6. Menunaikan zakat fitrah sebelum solat sunat Hari Raya.
7. Berjalan ke masjid dengan tenang dan tawadhuk.
8. Bertakbir semasa perjalanan ke masjid.
9. Mengucapkan tahniah bila berjumpa saudara selslam.
10. Mengelakkan pembaziran ketika menyambut Hari Kebesaran Islam ini.
11. Menjauhkan segala aktiviti berbentuk maksiat kerana Hari Raya adalah Hari Kemenangan menundukkan hawa nafsu.

Sabtu, 4 September 2010

Seloka hujung Ramadhan.



Bila ramadhan melabuh tirai


Tirai Ramadhan berlabuh sudah.
Berakhir bulan penuh barkah,
Hidup kembali kepada fitrah
Keluarlah kita dari madrasah,
Ikatan syaitan terlerai sudah
Pintu nerake kembali terbelah.
Apakah kita sudah berubah?

Tirai Ramadhan berlabuh sudah
Sana sini menusia membeli belah
Toko-toko menjadi tempat berkelah
Si penjaja sebok mencari helah.
Lagu raya tak sudah-sudah
yang senikatanya apa-apa entah

Bila ramadhan melabuh tirainya,
Syawal pula bakal menjelma
Anak perantau pulang ke keluarga
Jalanraya jem berjela-jela
Stesyen bas keretapi seperti pesta layaknya.
Yang eksiden tak terkira banyaknya.

Bila ramadhan melabuhkan tirainya,
Kanak-kanak suka terkinja-kinja
Ibubapa tumpang gembira,
Budget bulanan luar biasa
Semua nak baru,sunat katanya,
Anak didandan bagai putera-puteri raja.
Rumah dihias bagai muzium layaknya

Bila syawal mula menjelang.
Ibu tua didapur ,matanya bersekang
Terbongkok-bongkok menyiapkan hidangan
Anak,menantu,cucu yang pulang
Konon nak makan masakan ibu tersayang
Tapi membesarkan taik mata berkoyan-koyan.
Diakhir zaman,ramai ibu melahirkan tuan



Bila syawal pula menjelma
Hilang segala amalan puasa
Makanan berlambak atas meja
Semua-semua hendak di rasa
Akhibat mulut badan binasa
Ke tandas-tandas tempat tujunya
Atau wad hospital berehat-rehat sengaja.

Bila ramadhan tiba dipenghujungan
Lampu dipasang di halaman-halaman
Apalagi neon bergemerlapan.
Konon lailatul qadar akan datang
menciplak amalan kufar tidak perasan.

Bila syawal mula menjelma
Kata kemenangan telah ditempa
Disuruh bergembira tapi ada hadnya
Saudara seumat di Pakistan sana
Masih berendam diairmata,
Ditempat perlindungan berhati hiba,
Hartabenda habis semua
Namun ramai yang masih alpa

Walau syawal telah menjelma
Jangan hapuskan amalan puasa
Kelak tiap tahun ramadhan tiba
Tapi kita tak berubah apa-apa
Umur dah lanjut menjelang senja
Tapi dengan kanak-kanak tidak ada bezanya.

Sebelum ramadham sampai penghujungnya
Ampun maaf daku pinta
Andainya terdapat terguris dijiwa.
Silturahim kita berterusan hendaknya,sesame kita .
Di akhirat nanti berkongsi syafaatlah hendaknya kita.

Catatan Popular