Khamis, 24 Mac 2011

Memandu dalam hujan.


1.35pm.
Usai tamat waktu persekolahan. Tika titisan hasil kondensasi  jatuh ke laman tar yang baru memerangkap haba,berlari-larilah termengah-mengah gadis bungsu yang tidak punya ketinggian unggul,dek berat badan yang berlebih itu, lalu menuju pintu mobil bondanya."
"Huh penat"
"Kenapa perlu berlari-lari,bukan kena tinggalpun"
"Takut"
"Tenghari butapun takut"
"Takut kena radiasi"
"Huh"
Mobil beredar meninggalkan pintu pagar sekolah.
"Ma,kenapa  bila hujan permukaan jalan jadi panas?"
"Soalan nak tahu ke atau nak menguji?"
"Nak tahulah."
"Rasa-rasa dah belajar tahun 5"
"Owh,sebab dalaam lapisan bumi panas ek,ada lapisan mantel"
"Fakta yang betul,tapi bukan itu jawapannya.Semua tempat ke panas?termasuk jalan berumput?"
"Tak,jalan tar je."
"Jalan tar warna apa?"
"Hitam,owh tau,......sebab warna hitam menyerap lebih haba,"
"Hmm,bila di timpa hujan,haba tu keluar. Satu lagi,sebenarnya walaupun hujan suhu jalan tu sama saje,tak berubah jadi lebih panaspun,yang rasa panas perasaan kita,sebab kita dah rasa sejuk."
"Tak faham"
"Ialah,sebelum tu kita rasa panas,jadi kita tak rasa jalan tu panas,tapi bila hujan,badan kita sejuk,jadi dapatlah rasa kepanasan jalan.Waktu malam ,tiba-tiba tak ada api,apa kita rasa" 
 "Gelaplah"
"Orang buta tak kesahpun kalau tak ada api,sebab apa?" 
"Ialah dia memang sentiasa gelap"
"Hm kita aje yang rasa gelap,sebab kita dah pernah rasa terang.padahal masanya sama saje"
"Lagi,masa bulan puasa ,waktu siang apa Emy rasa?"
"Lapar"
"Sebab kita selalu kenyang,tapi orang miskin tak kesah pun berpuasa,sebab dia dah biasa lapar"
Beberapa meter dari rumah
"Macam juga kita,ada ibu bapa,kita tak kesah pun,semua yang kita nak,dapat,nasihat ibu bapa buat tak kesah je,emak dia mintak tolongpun berat nak buat. Kalau lah ibu bapa dah meninggal, barulah dia tahu kasih sayang ibubapa.Baru dapat bezakan,betapa untungnya orang ada ibubapa.Kesian  anak yatim kan? tak dapat kasih sayang ibubapa." Serantak tangan bondanya marik hand break,lalu mematikan injen.

Gadis bungsu terus keluar dari mobil sambil tangannya mencapai bag laptop dan handbag bondanya. Setelah kunci pintu rumah terbuka terus meluru ke bilik untuk bersiap solat zuhur dan berpakaian untuk ke sekolah Agama,tanpa leteran bonda seperti hari-hari yang lepas. Walaubagaimanapun bondanya tidak lupa diri,masih perlu mengulangulangi leterennya dihari berikutnya,kerena sifat manusia. Mudah lupa.

4 ulasan:

  1. salam mak bonda...

    baca post ni terus teringat kat mak...hehehe bila dia diam tak membebel itu tandanya dia dah marah sangat la tu..makanya kalau dia berleter tandanya dia nak mengingat kan kita sesuatu hal atau perkara...:D

    bila kita buat tanpa perlu dia berleter dia akan cakap "kan bagus macam tu..."

    BalasPadam
  2. As Salam MakBonda..

    hehehe... cute.. sekali kena 'tarbiyah', mmg terus insaf.. (dan ya, diakui.. esoknya akan buat perangai lagi.. sebab yg mudah.. mudah lupa!!.. huhuhuhu)..

    ya ya.. leteran Ibu itu perlu.. setiap hari.. kerana, tidak kiralah di frekuensi mana juga otak anak-anak samaada frekuensi paling rendah (delta), thetha, alpha atau yang paling tinggi iaitu beta.. gelombang bunyi dari ibu itu tetap menangkap kemas menusuk dlm memori si anak.. (sungguh beruntung sebenarnya sesiapa yang merasai anugerah Allah yang bernama IBU... syukur kerana masih punyai Ibu.. Alhamdulillah.. )

    saya sangat suka 'dileteri' Ibu.. selain daripada suaranya yang berbagai tona (dan adakalanya pitching sgt larik.. kehkehkeh), tetapi leteran itu juga akan menerbitkan satu cahaya kasih dari birai matanya.. (walaupun kerapkalinya leteran itu disulami dgn jegilan mata, paling tidak dihadiahi cubitan di peha, atau tamparan di bahu atau 'piatan' di telinga.. hahaha... owh emak..! hihihi.)

    sayang emak.. semoga rahmat Allah berpanjangan utk mak dan ayah kita dunia dan akhirat.. ameen.

    ... dimohon juga redha dan rahmat Allah untuk MakBonda serta kepada semua Bonda-Bonda muslimin muslimat Islam di dunia ini, semoga bonda-bonda yang luhur mengasuh dan mendidik anak-anaknya di jalan Allah akan dipermudahkan perjalanannya oleh Allah Azza Wajjalla di akhirat kelak... ameen.

    BalasPadam
  3. Salam kembali fisa,

    Terimakasih berkunjung.:)

    Pernah juga ancam mereka "Jangan sampai emak diam,nanti susah semua."

    Tapi tak juga diam.

    Cara bagaimana ibu mendidik kita boleh diaplikasikan dalam mendidik anak-anak kita pula,tapi ambil yang baik-baik sahaja. Kagum juga tengok cara Fisa mendidik Irfan.:)

    BalasPadam
  4. Salam kembali Tiny.

    Dalam kereta adalah cara yang sangat sesuai untuk mentarbiah. Dia tidak akan lari kemana-mana.Nasib baik dah sampai rumah,kalau jauh lagi entah berapa contoh lagi.

    Menyedari juga ada kalanya leteran lebih kepada melempiaskan emosi.Leteran sebegitu biasanya tidak membawa kesan pada jiwa mereka,jika agak-agak tersasar terus hentikan dan beristighfar.

    Ya,semoga semua bonda-bonda meletakkan Allah dalam jiwa agar dapat menjaga amanah yang diberi menjadi sebaik-baik makhluk..

    BalasPadam