DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Ahad, 30 Januari 2011

Buku-buku yang berbuku.....

Gambar ikhsan dari sini

Bila membaca entry Cklah teringat masa kecil dulu,bila emah suruh buat kerja , tengok adik pulak tak di suruh ,berbukunya dihati lalu dirantaikan kepada adik untuk sama-sama tanggung beban,diciptakan pula tugas baru untuk adik. Perkara yang emak suruh pula bersepadan dengan usia dan kedudukan kita,tapi kita tidak melihat sebagaimana emak kita lihat,tidak berfikir sebagaimana emak berfikir,yang kita lihat ialah kesakitan bila melihat adik senang-sengan joli katak tak buat kerja.

Bila telah menjadi emak,dan berlaku pula pada anak-anak,mulalah mencari idea bagaimana merasionalkan situasi begitu pada anak-anak,agar membuka mata mereka pada kehidupan sebenar. Setiap manusia punya bahagian masing-masing yang telah di tulis di Luh Mahfuz. Anak yang besar punya bahagian tugas sendiri begitu juga anak yang kecil. Janganlah sentiasa merasa yang diri sendiri itu teraniaya,lalu menencipta penganiayaan pada orang lain. Semoga adik-adik yang pernah Makbonda aniaya dulu telah memaafkan.


Situasi di atas adalah pre situasi untuk situasi sebanar dalam kehidupan.Bila telah dewasa akan menempuh barbagai-bagai lagi situasi yang seumpamanya. Dirumah,ditempat kerja,dalam masyarakat,dalam Negara bahkan dalam dunia sekalipun.

Contoh di tempat kerja,disekolah(sebab itu dunia Makbonda) seorang guru yang agak tidak disenangi oleh pentadbir,bila dia menimbulkan idea-idea ,jarang diterimanya walaupun idea itu sungguh bernas. Bukan sahaja di cantas tapi di guris-guris,dicincang-cincang terus di pijak-pijak,agar si pemberi idea itu terasa sakitnya. Pada hal beberapa ketika berlalu dia telah menggunakan idea itu lalu berjaya. Semasa mesyuarat PIBG dengan bangganya dia mewawarkan tentang kejayaan itu adalah usahanya,para ibu bapa bertepuk gembira, dan guru yang mencetuskan idea itu terkebil-kebil menyimpan buku dalam hati.

Dalam satu-satu perojek atau kegiatan,kitalah yang paling banyak mengeluarkan peluh idea dan belanja,tiba-tiba orang lain pula yag mendapat nama, hanya kerana orang itu tampil sekejap dihadapan khalayak. Alangkah beratnya menanggung buku dihati,hingga terasa pendeknya hembusan nafas.

Seorang menantu yang tidak disenangi oleh mertuanya,pada satu hari raya semasa dia berkunjung, baru sahaja dia membuka baling kuih raya yang dia sendiri bawa sebelum hariraya,ibu mertuanya berkata;
“Minumlah,bukak bekas kuih tu,mak tak buat kueh,tu kuih yang kamu makan tu biras kamu si Konah yang bagi” Rasa nak tersembur kuih putu yang di kulumnya.

Siang malam kita bersusah payah membuat assignment,tanpa disedari talah dicuri salin oleh rakan sebilik yang kerjanya tuang kelas, diubah sana sini sedikit,lalu dia mendapat markah lebih tinggi dari kita.

Di era aktifnya laman-laman social pula,masing-masing bangga ramai followers, tinggi statistic pengunjung,ramai friends ataupun like. Kalaulah niatnya hanya mencari idea bagaimana mahu meningkatkan pengunjung,jalan paling mudah ,copy dan paste idea orang lain, terpaparlah hasil copy itu lalu ramailah pengunjung yang memberi comment. Tidakkah terasa malu jika penulis asalnya terbaca wall atau post kita.

Walaupun tujuan penulis asal adalah untuk dakwah yang memebri munafaat kepada orang lain,semakin ramai yang membaca semakin tinggilah sahamnya diakhiratn,tapi apalah kiranya di letakan nota kaki penulis asal,ianya akan lebih nampak beradap dan bermaruah.



Itu hanya sebahagian situsai yang akan anak-anak kita tempuhi,sebenarnya banak lagi. Sakit memang sakit. Ubatnya hanyalah keikhlasan,tapi sukarnya untuk mencapai. Sukarnya mahu menguatkan keyakinan bahawa semakin kita di zalimi manusia semakin kita di sayangi Tuan yang mencipa kita iaitu Allah SWT.

Selasa, 25 Januari 2011

Jauh tetapi dekat,dekat tetapi jauh.........
















Makbonda sangat tertarik dengan entry seorang blogger tukangkata. Dia adalah mewakili anak-anak Makbonda,Antara frasa yang makbonda boleh tersenyum ialah;




"Ustaz aku kata, kalau kita selalu balik rumah, kita tak kan pernah tahu apa itu rindu, apa itu kasih, dan apa itu sayang.

Pasti setiap hari mak ayah kita doakan kejayaan kita bukan? tapi bila kita selalu balik rumah, mak dan ayah hanya berdoa tapi tanpa perasaan,tak ada feel. Maksudnya bila mak ayah berdoa, mereka takkan tumpahkan air mata, bersungguh-sungguh doakan kejayaan anaknya. Ini mungkin berbeza kalau anak mereka jauh di mata. Mereka akan doa bersungguh-sungguh memohon segala urusan anaknya di perantauan dipermudahkan."
"Kepada mak dan ayah, tolonglah doakan kejayaan anakmu ini dengan bersungguh-sungguh ya. Macam mana mak & ayah doa untuk abang yang belajar dekat London sana, macam tu lah jugak mak & ayah kena doa untuk adik yang belajar di IIUM sini."
 


Walaupun Makonda tersenyum kelakar,tapi terbuku juga di minda.
Kenyataan   ustaz tu memang tidak dapat dinafikan. Bila anak-anak yang jauh doa lebih feel sebab kebimbangan kita lebih. Sebab itu ada kalanya Allah timpakan kejadian yang mendukacitakan kepada kita,agar hati kita dekat denagnNYA,bila sedang berdukacita doa kita lebih khusu',berbanding semasa kita berada di zon selesa. Bila anak di depan mata,kita rasa selesa. Apalah nak dirisaukan dengan anak di depan mata yang sedang duduk diatas sofa sambil mengunyah kacang goreng,minum teh o ais limau,sambil membaca novel. Boleh kita ingatkan bila telah masuk waktu solatnya. Jadi dalam keadaan selesa hati pun jauh dengan Tuhan. Berbanding anak yang jauh di mata,yang sedang membelah lebuh raya,atau gelombang di lautan,dengan berbagai-bagai risiko kehidupan.Entah bagaimana makannya,bagaimana tidurnya. Entah bagaimana pula bangun Subuhnya. Makanya pergantungan pada Allah SWT tentu lebih kuat,lalu berdoa pun lebih berperasaan. Walau adakalanya yang jauh itu lebih kuat menjaga diri,berbanding yang di depan mata.

Wallahua'lam.



Isnin, 24 Januari 2011

Tawakkal.......


Tadi,sebelum petang,kami suami isteri belum terfikir apa juadah yang akan kami masak untuk berbuka puasa. Untuk meraikan si bungsu yang turut sama berpuasa Makbonda buka peluang padanya untuk mencadangkan menu. Oh! dia hanya mahu lauk sardin yang memang jarangpun kami masak. Bila cadangan di buka untuk suami pula, dia mahu berbuka paling nikmat. Apa yang paling nikmat?. Tak payah banyak pilihan,sebab bila perut lapar apa juga makanan akan menjadi nikmat. Lalu keputusan di buat masak sardin pedas dan goreng kailan ikan masin. Kailan di petik dari batas yang dapat dilihat dari bilk tidur.Air?,biasalah teh panas dan air kosong.Berbuka untk 3 orang. Hanya khurma, tanpa kuih muih,tanpa kunjungan bazar Ramadhan.

Selepas Asar, Nenek Milah yang datang mengaji setiap petang Isnin dan Selasa datang bawa pengat ubi. Semakin hampir waktu berbuka,Islah kawan Emy datang setiap malam untuk study group datang bersama Azira membawa kacang botol.Biasanya mereka datang lepas Maghrib.Kami ajak mereka turut berbuka bersama.


Tiba-tiba teringat ada serunding daging pemberian Atina dalam peti sejuk,dan acar buah pemberian besan kepada kakak ipar. Lalu di susun di atas meja.

Tiba-tiba suami teringat "Eh semalam anak murid abah bawa muffin dah habis ke?"
Tambah lagi muffin. Agaknya tanpa kehadhiran Azira dan Islah tadi tak teringat tetang rezeki yang tersembunyi.


Wah penuh meja,dengan hidangan dan ahli yang tak terjangka.Walaupun anak-anak jauh bertaburan seluruh pelusuk bumi tapi ada anak orang lain yang menggantikan.

Kesah seperti baisa-biasa dan remeh-remeh sahaja,tapi bila difikirkan betapa tingginya kebesaran Ilahi. Subhanallah,semua berlaku diluar ma'rifat makhluknya. Jadi apa di kesahhkan tentang ghaibnya minyak masak di pasaran atau inflasi yang membara?.

“Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” Surah at-Thalaq : ayat 3

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” Surah Ibrahim : ayat 7

“Tetapi mereka telah mendustakan ( tidak patuh kepada hukum Islam), maka kami rampas dari mereka apa-apa yang telah mereka usahakan.” Surah Al-A’raf : ayat 96

“Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang bertakwa.” Surah Thahaa : ayat 132

“(Nabi Hud berkata: wahai kaumku, minta ampun kepada tuhanmu dan bertaubatlah kepadaNya, nescaya ia akan menghantar kepada kamu air hujan yang lebat dan menambahkan kekuatan kamu, dan jangan kamu kembali menjadi orang-orang yang berdosa.” Surah Huud : ayat 52


Ahad, 23 Januari 2011

Lagi mengenai Facebook



Apa tanda anda ketagihan FB?

(1) Jika melayari internet, laman sesawang FB merupakan laman yang pertama yang akan anda buka.
(2) Anda akan rasa tidak selesa jika tidak dapat menghadap FB ini untuk tempoh satu hari. Rasa gelisah, tidak tenang dan menggeletar seluruh jiwa dan raga.
(3) Anda mampu menghadap laptop, atau computer berjam-jam lamanya hanya dengan FB
(4) Anda terlupa untuk melakukan kerja-kerja lain, seperti assignment kuliah, tugasan daripada boss dan sebagainya sehingga mutu kerja dan produktiviti merudum.
(5) Bagi jiwa dan hati anda, tanpa FB anda akan rasai suatu kehilangan dalam kehidupan. Sama-sama kita check diri kita, adakah kita begitu?

Kelalaian FB

Secara peribadi, FB ini jika disalahertikan dan disalahgunakan ia akan membawa kepada kemudaratan, kelalaian dan kealpaan. Tanda-tanda kita dalam kelalaian ketika menggunakan FB :
(1) Ibadah harian kita semakin tumpul, dan kita leka serta habiskan masa banyak dengan FB
(2) Ketika azan berkumandang di udara, ketika itu kita tiada keupayaan untuk berhenti daripada melayari FB dan terus leka dibuai indah bersama alam ke”facebook”an.
(3) Berjam-jam masa dan detik kita dihabiskan untuk menjelajahi alam FB, dan kita semakin seronok dan sayang kepada FB
(4) Kita semakin jarang membuka Al-Quran yang menjadi penguat ruhani kita. Jika dahulu, sempat menghadap Al-Quran setiap hari, kini kita semakin jauh daripada ruh Al-Quran.
(5) Zikrullah yang harus menemani kehidupan kita bergantian, dengan FB sebagai peneman hidup yang akrab.
(6) Assignment kuliah yang diberikan pensyarah, gagal disiapkan tepat pada masanya. Dateline terlepas dan berasalan bahawa : “ Saya sibuk dan tidak sempat.”
(7) Dengan FB, kita leka bersembang dan berbicara tanpa arah tujuan sehingga jiwa kita terasa kekosongan dan lebih parah jika teman bersembang kita itu berlawanan jantina.
(8) Budaya kutuk mengutuk, usik mengusik berlawanan jantina, berbincang tanpa asas kemanfaatan dan sebagai mendominasi aktiviti harian kita.
(9) Gambar-gambar yang dishare, ditag dan dikomen lebih banyak membawa kepada kemudaratan, menuju ke arah penyebaran dosa dan maksiat. Dan, banyak lagi jika disenaraikan. Dan saya yakin anda sendiri mengetahuinya. FB jika melalaikan, ia harus dinilai semula.

Telah nyatalah kejayaan para Mukmin. Iaitu mereka yang di dalam solat mereka, khusyu’ mendirikannya. Dan mereka itu terhadap perkara-perkara yang melalaikan, mereka menghindarkannya [al-Mu'minun 23: 1-3]

(Artikal ini Makbonda copy and paste dari http://brohamzah.blogspot.com ) Untuk dipanjangkan.Semoga usaha beliau mendapat kerahmatan dari Allah SWT)



Jumaat, 21 Januari 2011

Bakal mujahid ku?

Di halaman sosial ibu-ibu lain sering kita dapat cerita tentang pengalaman kerenah anak-anak yang sedang membesar,masuk tadika,masuk sekolah rendah, asrama dan seterusnya. Tapi rasanya Makbonda jarang jumpa yang mengongsi pengalaman setelah anak masuk ke alam kerjaya.

Kali ini Makbonda mahu mengongsikan pengalaman itu. Namanya Ahmad Aizat,Makbonda suka panggil dia abang kerana dia anak lelaki pertama,tapi dia sendiri bahasakan diri dia Ejat, yang pernah diceritakan disini dan disini.

Kita ke tempat dia menjalani dunia praktikalnya. Di Kapal Melati satu kepunyaan MISC.



Kapal itu dalam sessi berlabuh di Westport, Kelang,dalam perjalanan dari Roterdam ke China membawa cecair kimia berisiko tinggi.Sejak dari Suez lagi tidak ada line untuk berhubung,bila sampai perairan Perak baru dia dapat menghubungi kami,ikut jadual Petang Rabu,tiba di Westport, tapi atas kesibukan diport tengahari Khamis baru rapat ke tepi.Program asal dia akan keluar menemui kami setelah dia habis duti 4am-8am,dan kami membawa dia keluar dan semasa menghantarnya kembali kami dibolehkan masuk ke perut kapal setelah dia mengisi borang kebenaran untuk penjaga,tapi disebabkan jadual berlabuh yang tertangguh,apa yang dirancang semuanya lari,manusia hanya merancang,semuanya telah di atur oleh yang Maha Pengatur. Masa untuk bertemu suntuk sedangkan 1.00am mereka akan menginggalkan west port menuju ke Singapura.Akhirnya kami mengambil keputusan untuk naik ke kapal semasa dia duty 4.00pm8.00pm.

Seorang ibu menghampiri usia separuh abad ini,mamanjat tangga yang kecuramannya kurang dari 90 darjah,atas semangat melempiaskan kerinduan tetap digagahi jua.Sambutan dari krew-krew amat menyenangkan. Pertemuan disaat dia sedang duty,dan bidangnya ialah engineer, beginilah keaadaannya.

Kecil,kecil dimandikan ibu sudah besar bermandikan minyak,sudah tidak dapat disembunyikan lagi keterampilannya. Betul-betul kolar biru. “Ingat tadi ejat nak jumpa emak masa ejat smart,ni dah kantoi dah”Katanya. “Tak apalah,dah anak Mak,bagaimana keadaanpun tetap tampan di mata Mak”

Dia membawa kami melawat perut kapal tidak terkecuali tempat duty nya. Mari kita menerjah.

Musolla,agak selesa juga,muat 40 orang berjemaah, keistimewanya arah kiblatnya sentiasa berpusing arah 360 darjah,mengikut kedudukan kapal.Masa Idul adha dulu mereka bersolat sunat Iduladha disni dan Ejat menjadi imam dan membaca khtbah.

Alat pengesan kedudukan Qiblat.


Dapur masak makanan,seorang chef ditugaskan disini dengan beberapa krew.

Dewan makan

Bilik untuk kepten, “Bilik popey the sailorman” kata Ejat pada adiknya Aimi.Berdiri di sini boleh melihat keseluruhan hadapan kapal,macam memandu kereta.

Objek ini dirakam di tempat kepten.Menambah kelegaan.

Bilik Membasuh pakaian,basuh sendiri,sabun disediakan.

Inilah engine room tempat Ejat bertugas.Suhunya 39 Celsius ,terdapat 9 tingkat tangga perlu di selusuri. Oleh kerana ini praktikal pertama,tugasnya hanyalah memeriksa tempreture,merekod-rekod,lap-lap lantai dan engine dan sebagainya,ala-ala kuli engineer gitu. Hanya abah dan adik lelakinya Aiman yang mengiringi,ibunya tidak mampu,Cuma tengok jauh-jauh memujuk hati.


Ejat sedang menulis laporan

Engine yang sentiasa on,bising hingga gelombang suara manusia tidak boleh menembusi.Aimi,si anak bungsu,sentiasa memekup telinga.

Ini masa mahu tukar shift, dia sedang membuat penerangan pada rakan setugasnya.

Bilik tidur?kami berpeluang masuk bilik tidurnya,tapi tidak boleh dipapar disini, membuka aib,bilik bujang katakana,4 orang sebilik untuk kedet.tapi untuk yang berpangkat tentu lebih selesa.Eman bertanya “Macamana masa menempuh gelombang,boleh tidur ke?” “Kena turun katil,kalau tak terhumban,baju yang disangkut akan terselak 90darjah,kali pertama dulu kat Selat Inggeris,Ejat mabok,tapi sekarang dah ok”

10.00pm saat tiba untuk meninggalkan dia,di paker kereta terserempak dengan kepten yangdihantar oleh keluarganya,dalam beberapa jam berlabuh sempat dia pulang kerumah menghantar melawat keluarga. Pada kepten itu sempat kami menitipkan harapan untuk menjaga anak kami,Mohon di tunjuk ajar,sakitilah untuk bertambah kekutan dan ketahanan tapi bukan untuk melempiaskan kemarahan.

Harapan kami,dialah antara krew-krew yang terlibat dalam kapal seperti Mavi Marmara atau seumpamanya,yang berusaha menghantar misi-misi kemanusian ditempat yang memerlukan.Insyaallah.Semoga dikalangan mujahid-mujahid itu ada kamu.

Khamis, 20 Januari 2011

Peringatan dari seorang tokoh

"Tugas blogger dan facebooker sama juga tugas wartawan, penulis dan guru, iaitu mendidik dan membentuk pemikiran ummah. Tugas mendidik dan membentuk pemikiran ummah ini merupakan tugas yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Maka sesiapa yang menyambung tugas nabi, insya-Allah ia mendapat pahala yang besar di sisi Allah SWt."

"Seseorang blogger dan facebooker itu janganlah salah gunakan atas kepakaran ilmu yang kita ada. Seumpama budak yang baru pandai naik basikal. Ke mana sahaja mahu naik basikal, termasuk ke tempat yang tak munasabah berbasikal, atau ke tempat yang tak sepatut berbasikal dia juga akan berbasikal. Maka atas sifat menggunakan ilmu yang kita ada menerusi hujung jari, gunalah hujung jari itu dengan hikmah. Tidaklah kita nak tulis apa saja sehingga menyentuh sentimen yang memudharatkan orang lain. Maknanya kita tak boleh ikut sedap kita sahaja. Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak: “berdepan dengan kematian, maka di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.”

usteru itu perbetulkan perjalanan kita, cara perbetul itu sebagaimana panduan daripada firman Allah SWT (al-Quran surah al-Fatihah ayat 6-7):

Bermaksud: “Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

"Ini bermakna, apa yang perlu kita amalkan ialah kita kena sentiasa melakukan kebaikan (menulis apa-apa isu) dengan cetusan hati, “Ya Allah, pimpinlah kami agar sentiasa mengikut jalan yang betul, iaitu jalan yang engkau kurniakan nikmat––syurga.”

Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur
10 Safar 1432 H | 15 Januari 2011 .

Ahad, 16 Januari 2011

virus dendam


Dendam (ataupun Vengeance dalam bahasa Inggeris) merupakan suatu perasaan yang lahir daripada perasaan benci atau marah, seringkali dipendam secara rahsia oleh seseorang individu. Dendam juga boleh lahir daripada hasrat dengki atau ketidakpuasan hati. Dalam Islam, dendam itu adalah berdosa.

"Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang di karuniakan Allah kepada sebagian kamu lebih banyak dari sebagian yang lain. (karena) bagi seorang laki-laki ada bagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah yang maha mengetahui segala sesuatu. (An-Nisa: 32).

Dendam dalam bahasa Arab di sebut hiqid, ialah "Mengandung permusuhan didalam batin dan menanti-nanti waktu yang terbaik untuk melepaskan dendamnya, menunggu kesempatan yang tepat untuk membalas sakit hati dengan mencelakakan orang yang di dendami".

Seorang guru besar atau pengetua,yang sering menyerahkan habis tugas untuk meyelesaikan masaalah kerenah guru-guru bawahannya kepada Guru Pen.Kanannya,tiada alasan yang perlu ditimbulkan dari GPK yang di serahkan.Banyak kemungkinan mengapa,mungkin kerena dia tidak mahu membebankan kepala dengan kerenah guru,dan mahu menumpukan tugas pentadbiran kepada kecemerlangan pelajar. Atau mungkin dia mahu namanya suci dimata guru-guru yang ditadbirnya. Sekurangnya guru-guru tidak lah menganggap guru besar seorang yang teruk bila markah prestasi guru-gurunya rendah,kerana segala markah prestasi guru-guru adalah penilaian GPK.Lalu dendam bersarang dalam jiwa-jiwa GPK dan guru-guru lain. Akan timbullah ayat-ayat “Lebih sudu dari kuah,guru besar lagi tak macamtu,GPK pula yang lebih-lebih”

Seorang bapa,yang menyerahkan anak-anak yang tua untuk menyelesaikan kerenah adik-adik yang lebih muda. Mungkin bagi bapa mahu mengurangkan beban,untuk menumpukan tugas-tugas mencari nafkah,atau mungkin untuk melatih kematang anak-anak yang lebih tua dalam penyelesaian masaalah. Atau juga mungkin untuk menjaga prestasi diri di mata anak-anak yang lebih kecil agar tidak menganggap bapanya seorang yang teruk. Bagi anak yang tua,itu merupakan tanggung jawab,atau mungkin beban. Akibat ketidak matangannya mungkin melahirkan tindakannya berlebihan dan mengguris hati yang muda.pada sia adik yang terguris pula akan timmbullah ayat “Lebih sudu dari kuah,bapa tak pun begitu,dia pulak lebih-lebih”.Lalu dendam pun bersarang.

Seorang guru besar mengarahkan ketua murid merotan seorang murid yang melanggar disiplin sekolah. Apa reaksi murid yang dirotan itu? Kalau dia seorang yang insaf dan tahu diri, ia segera terfikir akan kesalahan yang dilakukannya, mungkin dia berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Itulah murid yang cerdik, dia sedar hikmah di sebalik dia dirotan. Tetapi bagi murid yang tidak mahu berfikir, sudahlah tidak mahu mengakukesalahannya, dia berdendam pula kepada ketua murid atau guru besar yang merotannya.Mengapa harus berdendam? Ketua murid hanya menjalankan tugas. Guru besar pula menjalankan keadilan; yang bersalah tidak dihukum, tidak ada jaminan yang dia tidak mengulangi kesalahannya. Kalau begitu, murid yang bersalah itu layaklah dirotan.

Dalam kes pertama,Kalaulah GPK seorang yang tahu diri,tidak akan terasa terbeban pada tanggungjawabnya,itu adalah amanah,tapi dia juga adalah manusia,yang kadangkala tersasar dan tersasul. Bagi guru-guru lain pula sepatutnya hendaklah faham dengan beban GPK. Jika mereka dijalan yang betul tantulah tiada apa yang perlu di pertikaikan keatas markah prestasi yang diberi.

Dalam kes kedua,jika si anak tua seorang yang matang tentu dia tidak akan berkasar kepada si muda,tapi dia adalah insan yang belum matang,yang masih tebal dengan emosi. Bagi si adik yang tahu diri sepatutnya tidak lah menuimpan dendam yang begitu,Kalau tidak ada kesalahan tentulah tidak akan berlaku tindakan-tindakan sembilu dari si anak tua.

Begitulah halnya dengan Allah yang Maha Pengasih. Berbagai-bagai cara Allah gunakan untuk mendidik kita.Diberikan-Nya ujian demi ujian sebagai peringatan kepada kita. Tetapi sedikit sekali yang mencari hikmah dan mengambil iktibar daripada ujian yang ditimpakan.
Malahan ujian membuatkan kita bertambah kuat menyimpan dendam kesumat,hingga meretakkan silaturrahim.Disimpan kemas dilubuk hati,sehingga memusnahkan segala kebaikan dan menurunkan rasa hormat .

Berbahagialah orang yang berlapang dada, berjiwa besar dan pemaaf. Tidak ada sesuatu yang menyenangkan dan menyegarkan pandangan mata seseorang, kecuali hidup dengan hati yang bersih dan jiwa yang sehat, bebas dari rasa kebingungan dan bebas dari rasa dendam yang senantiasa memusnahkan kebaikan.

Khamis, 13 Januari 2011

Dahan


“Jadikan kita sebagai sahabat paling rapat kepada anak-anak,sebelum anak kita mencari sahabat diluar yang belum tentu kekukuhan dahannya.” Itulah antara kaedah yang paling saya setuju dan sentiasa bercita-cita kearah itu. Biarlah kita mudah dimesrai tanpa mengabaikan pengghormatan kita sebagai ibu bapa.

Dulu-dulu Ibu bapa mendidik kita mengikut situasi semasa.Kita lebih dibiarkan berdikari dan membuat keputusan sendiri. Apabila mula masuk asrama,mereka akan menghantar kita hanya untuk mendaftar sahaja,selebihnya kita berusaha sendiri,bersesuaian dengan situasi ketika itu,untuk pulang ke kampong setiap cuti penggal,setiap pulang kekampung banyak perubahan,dari berpipi mulus dan berkulit halus telah bertukar dengan titik titik jerawat dan bulu roma yang kasar,dari suara halus kepada suara garau,dari bau tubuh yang wangi menjadi berketiak masam.ada ketikanya ibubapa hilang idea untuk berkomunikasi dengan anak,hubungan sudah tidak semesra dahulu.

Berbezanya dengan situasi sekarang.Ibu bapa lebih berkemampuan dan berpendidikan. Mahu masuk kelas pun seboleh-bolehnya ibu bapa membawakan beg. Sudah amat jarang sekali murid sekolah rendah yang menaiki basikal sendiri.Kebanyakannya dihantar samaada menggunakan motokar atau basikal,walau sedhaif macamanpun ibu bapanya,adangkala 3 orang anak dibelasah sekali diatas motosikal.Banayak kepincangan dahulu diperbaiki bersesuaian dengan situsi semasa.

Bila telah masuk asrama ,setengah ibubapa menyusun sekali almari anak mereka.Balik kampong sebulan sekali,diambil dan di hantar,belum lagi seiap minggu datang menjenguk dan outing untuk makan dan membeli belah. Sesetangah ibubapa yang belum punya anak besar,rimas dengan keadaan ini,dan sering membandingkan dengan keadaannya pada ketika dulu.mungkin belum sampai ketikanya,apabila mereka juga merasai satu masa nanti,tidak ada lebih tidak ada kurangnya,mungkin lebih. Saya akan perhatikan sahaja golongan ini,bagaimana keadaanya bila ketikanya sampai nanti.

Walaubagaimanapun saya setuju jika anak yang telah remaja atau lebih dari itu, patut selalu didampingi,menyediakan telinga untuk anak-anak meluah perasaan,bukan untuk di terima dan di letakkan dia dalam pelukan dan ribaan lalu di dodoi-dodoi, tapi di pimpin lalu ditunjukan kaedah bagaimana memilih persimpangan. Eh! kamu,...... janganlah kata saya macam vip-vip atau tan Seri yang bertindak menyerang sahaja jika anak-anak mereka disentuh.Tidak sekali-kali.

Berceritalah anakku,apa yang kamu deritai,jangan kamu sembunyikan. Jangan sisihkan aku dalam mengongsi kesakitan. Ibubapa mana yang tidak risau kesakitan anaknya tapi kamu perlu panduan untuk memilih langkah,dan aku menunggu untuk kau pilih. Jikapun tidak upaya menyokong,InsyaAllah,doa kan dipohon dari kejauhan. Kamu punya aku, Bukan rakan-rakan di sana, yang adakalanya mengusutkan.


Bila kau datang meletakkan kepala didadaku,ku turunkan paras kedewasaanku menjadi seperti rakan seusiamu. Asalkan kamu sentiasa tahu diri bahawa aku adalah ibu kamu.

Rabu, 5 Januari 2011

Si Tak VS Si Nyu


Katak dan penyu berkawan baik. Katak lahir dari telur-telur yang menetas di lopak-lopak air,sementara penyu lahir dari telur yang menetas di timbusan pasir.Mereka mempunyai kaedah yang sama dalam kemandirian spesisnya.Katak bergerak dengan melompat-lompat sementara penyu mengesot-ngesot di atas permuaan pasir,tetapi kedua-dua mereka mempunyai kemahiran berenang yang teramatlah tinggi. Namun katak hanyalah berani berenang setakat di lopak-lopak atau di parit-parit kecil,sedangkan penyu telah berenang segenap antero lautan dan benua. Penyu telah bertemu dengan berbagai-bagai species hidupan seluruh antero lautan dan benua.Kadangkala dia akan naik di pantai benua lain untuk meninjau sesuatu yang baru,adakala pula dia akan menyelam di dasar lautan yang dalam sehingga berbagai-bagai keajaiban ciptaan tuhan dapat di terokai. Suatu ketika dia terjumpa aliran sungai di dasar lautan. Dia juga pernah berenang di sempadan pertemuan air tawar dan air masin. Bila sesekali dia naik kepantai tempat asalnya,dia akan bertemu katak. Pada ketika itu di ceritakan apa yang di lihatnya kepada katak,tetapi katak seperti tidak hirau akan ilmu yang penyu perolehi. Dia tidak mahu terpengaruh dengan penyu,dia sudah berbahagia dengan terlompat-lompat dan bersembunyi di bawah tempurung untuk menjelirkan lidah bila ada serangga melintas. Dia lebih leka menikmati jalinan jalur di lelangit tempurung,berbanding memandang langit realti yang punya tujuh petala itu. Sudah beberapa kali penyu mengajak katak agar bersamanya meneroka alam yang lebih luas,isi dada dengan ilmu,tapi katak tidak mahu.

“Cukup-cukuplah dengan yang aku tau Nyu,aku malas nak jalan jauh-jauh nanti takut sesat, buat apa aku nak peningkan kepala,lebih baik duduk bawah tempurung ni dah selamat sangat.” Sambil mengebil-ngebilkan mata yang tidak ada kelopak itu..

“Tak,Tak,.......betullah kamu tu macam sesetengah manusia,yang tidak mahu di ajak menuntut ilmu,katanya takut sesat,berpadalah tau asas-asas aje,takut kalau dah banyak ilmu katanya semua benda tak boleh buat”

“Kamu ni bebenorlah sikit Nyu,tak bolehlah bandingkan aku dengan manusia,manusia mati ada hari selepasnya,aku mati,mati katak je,tak perlu jawab soalan Munkar Nakir,tak perlu kena mizan”

“Isk isk isk, tang itu pandai pulak kamu ye Tak.”

Pada suatu hari,paras air di lautan telah meningkat akibat peleburan glasiar di kutup utara dan selatan kerana pemanasan global,akibatnya sebahagian daratan telah dibanjiri air,tidak terkecuali tempat persembunyian katak. Penyu mengajak katak untuk menyelamatkan diri dengan mencari tempat yang selamat,tetapi katak enggan, dia takut jatuh kelembah kesesatan. Akhirnya tempurung tempat persembunyiannya talah hanyut,katak kesana-kemari tanpa tempat bergantung,akhirnya dia tersesat di tempat persembunyainya,

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali".

Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi

Huraian
i) Ilmu ialah mengetahui tentang sesuatu perkara di mana perkara yang boleh diketahui itu bergantung pada kemampuan dan usaha yang dilakukan oleh seseorang itu.
ii) Menuntut ilmu merupakan suatu jihad yang dituntut oleh Islam ke atas setiap penganutnya. Ia menjadikan seseorang itu menduduki martabat yang tinggi berbanding dengan orang yang tidak berilmu.
iii) Oleh itu selaku umat Islam kita hendaklah berusaha untuk menambahkan ilmu masing-masing dari semasa ke semasa termasuklah ilmu yang berkaitan dengan Islam kerana darjatnya lebih tinggi di sisi Allah. Malah salah satu daripada petanda ilmu yang berkat itu adalah apabila seseorang itu dengan bertambah ilmunya semakin mulia akhlaknya dan semakin bertakwa ia kepada Allah S.W.T.

Sumber hadith http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=174

Isnin, 3 Januari 2011

Warga Emas yang lebih dari itu nilainya.

"Hai,dah balik Mak Odah,kata sebulan"Tiba-tiba mak Odah muncul di belakang Kak Laila,semasa kak Laila sedang asyik memeriksa daun-daun sawi ni taman sayurannya.

"Dah Laila,Aku rasa lambat sangat jam berjalan kat sana,bila malam tiap kali jarum bergerak aku nampak,tup-tup dah pagi,bila masa aku dapat tidur."

"Apalah Mak Odah ni,punyalah baik anak-anak layan Mak Odah,nak balik juga"

"Entahlah Laila,aku ni dah tua,aku tak salahkan anak-anak,dia orang muda,memanglah gitu caranya,aku pun dulu muda,tapi hati aku ni masaalahnya,cepat sangat terasa,orang tak marah kita,dia marahkan anak-anaknya,dah aku pulak yang terasa.Orang ajak jalan-jalan makan kat luar,aku tak suka,penat,mana sedapnya makan kat luar,orang ramai,Dah dia orang kata aku tak sporting. Daripada nanti dia orang serba salah baik aku balik rumah. Sendiri pun sendirilah,Tuhan jaga aku,nanti kat kubur sendiri jugak."

"Kalau dah gitu kata Mak Odah,apa boleh buat,jangan nanti anak-anak Mak Odah kata Mak Odah merajuk sudah,kesian dia orang,dia orang tu semua sayang kat Mak Odah"

"Memanglah aku tau,masaalah nya ada kat aku...entahlah,duduk dengan anak,aku yang tak senang,duduk rumah sendiri anak-anak pulak yang tak senang hati. Eh Laila,aku pernah dengar ada tempat pondok untuk orang tua macam aku ni,betul ke Laila,kamu tau ke tempat tu?"

"Oooo..ada,ada Mak odah....Mak Odah nak tengok ke,meh naik,saya tunjukkan videonya." Kak Laila pun mencuci tangan lalu membuka laptopnya.





اَللّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِاْلاِسْلاَمِ وَاخْتِمْ لَنَا بِاْلاِيْمَانِ وَاخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ

“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan Islam, akhirilah hidup kami dengan membawa iman, akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah”

Ahad, 2 Januari 2011

Dik Lah(Sanah Helwa ya Ukhti)

Dia adalah antara adik kakak yang kakak dengar tangisannya yang pertama. Adik lain kelahirannya semasa kakak tiada di rumah,samaada kakak sedang sekolah atau tinggal di asrama.


Dia lahir waktu malam,2.1.1967.ketika itu umur kakak 6 tahun,masih sangat mentah untuk berketerampilan sebagai seorang kakak.Walaubagaimanapun sudah boleh di harap untuk menjaga adik sementara emak mandi,masak atau membasuh pakaian. Kakak bukan bersaorangan,tapi bersama-sama dengan Abang. Sebagai seorang kanak-kanak seusia ini, menjaga seorang adik kecil banyaklah insiden-insiden yang masih tersimpan di memori kakak. Suatau ketika semasa ditugaskan menjaga Dik Lah,ketika emak membasuh pakaian,kakak yang diamanahkan hanya untuk menunggu Dik Lah di sebelah telah bertindak sebagai kakak dewasa lalu di angkat Dik Lah ke halaman rumah,kakak duduk diatas longgokan kelapa kering,tiba-tiba kelapa tempat duduk itu tergolek dan menggolekkan kakak bersama Dik Lah sekali,kepala Dik Lah luka terkena sepihan zing. Kakak tidak teringat bagaimana kemarahan emak ketika itu,sebab jiwa kakak terfokus kepada rasa bersalah dan pada tangisan serta luka di kepala Dik Lah. Pada ketika itu Dik Lah dalam usia 7 bulan.

Emak tahu kakak bosan tunggu Dik Lah,kakak pun nak jalan-jalan juga,lalu emak ikatkan Dik Lah ke badan kakak dengan kain seperti gambar di bawah.



Dengan ini bolahlah kakak berjalan-jalan jumpa Milah,Jijah,Pie,dan kawan-kawan lain. Milah juga akan bawak adik dan ikat dengan kain di badan. Adik dia lelaki namanya Judi.Tapi kakak lebih bernasib baik kerana kakak bertugas seperti ini semasa cuti sekolah sahaja,sedangkan Milah setiap masa kerana dia tidak sekolah.Bapak dia tidak menyekolahkannya kerana dia anak perempuan. Pada hari itu telah masuk bulan ramadhan,budak-budak besar bermain meriam yang menggunakan karbaid untuk bahan api,tapi adik-adik lelaki Abu Hasan dan Abu Muhaimin tidak berani bermain meriam,mereka hanya menggunakan tempurung yang ditelangkupkan diatas karbaid yang menggelegak lalu di cucuh api.Tempurung itu akan terpelanting ke udara dengan mengeluarkan suara letupan kecil. Kaka sambil menggendung Dik Lah tidak mahu ketingalan untuk mencucuh api, tiba-tiba kakak rasa panas-panas,rupanya api telah menyala dibelakang kakak, tanpa di sedari hujung kain yang terjuntai dibelakang telah terkena api lalu merebak ke atas, ,kakak cuba lepaskan Dik Lah tapi tak boleh,nasib baik emak yang sedang menyapu bawah rumah sempat berkejar menyelamatkan kakak dan Dik Lah. Kakak tidak ingat bagaimana emak marah kakak tapi yang kakak ingat emak kejar Abu Hasan da Abu Muhaimin dan mereka lari menyorok dalam jamban.

Insiden ke tiga. Masa itu Dik Lah agak besar sedikit,sudah pandai jalan. Emak solat Isya’,kakak jaga Dik Lah,tiba-tiba Dik Lah nak minum,abang suruh kakak,kakak suruh abang,masing-masing malas nak bangun,tiba-tiba Dik Lah nampak botol di tepi dinding,Dik Lah yang kehausan ambil botol lalu tonggang botol,Dik Lah terbatuk-batuk,rupanya itu minyak tanah. Kakak pun tidak ingat macamana emak marah kakak,fokus kakak hanya pada rasa bersalah melihat tangisan Dik Lah. Lepas itu Dik Lah demam ber minggu-minggu.

Setelah Dik Lah berumur 1 tahun emak mengandung lagi,antara ramai-ramai anak emak jarak kelahiran mereka inilah yang paling rapat. Sebab itu Dik Lah lebih rapat dengan bapak. Dik Lah, bila mengangis terlalulah kat suaranya , kakak agak dia berbakat dalam seni suara. Dan dengan nyaring dan bernada tinggi,dia akan menyeru nama bapak. “Bapaaaaak,baliiiiiik, nak cucuuuuuuuuu” Skrip ini memang akan diulang-ulang bila hatinya luka, waima bapak ada dirumah. Bila bapak setart motor dia akan ulang skrip ini,jadi bila bapak mahu keluar,kakak akan ditugaskan untuk membawa Dik Lah jauh-jauh dari rumah,bila sudah pasti bapak sudah pergi barulah bawa Dik Lah balik.Akhirnya kakak dapat lham,bila bapak nak keluar kakak akan tutup telinga Dik Lah,tidak mengapa, menangis kene tutup telinga lebih cepat reda daripada menangisi bapak biala nak keluar.



Bila kakak naik tigkatan 1,kakak sudah berpisah dengan Dik Lah.Kakak tidak pernah nampak Dik Lah bersekolah rendah,sebab kakak tinggal di asrama.Kini Dik Lah telah dewasa. Dik Lah melalui kehidupan yang terlalu banyak pancarobanya, antaranya yang agak sadis ketika dia di UM Asramanya telah terbakar dan dia tinggal sehelai sepinggang.Walaubagaimanapun Dik Lah dapat melalui onak dan duri dalam kehidupan dengan tabah dan gagah. Seusia ini dia telah mempunyai jadual di kaunter ubat hospital setiap bulan. Semoga beliau terus mendapat kekuatan untuk menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang. Ada ketikanya kakak terasa kurangnya diri ini kerana tidak dapat bersama-samanya mendukung kesakitan-kesakitan dan mengurangkan beban yang di pikulnya.

Kakak ingin berkongsi pada Dik Lah tentang tentang satu hadith dari Abi Salman bin Abi Hurairah r.a yang maksudnya

"Rasulullah SAW bersabda antara begitu banyak dosa,ada sejenis dosa yang tidak dapat dikifarah dengan solat,haji dan umrah. Seorang sahabat bertanya: Apakah amalan yang dapat mengkifarahkanya ya Rasulullah? Nabi bersabda: Dosa itu dapat dihapus oleh kesusahan dan dukacita kerana kesukaran berusaha mencari nafkah hidup.
Kakak dapat sumberni di majalah iluvislam 24-30Des,dan akan di terbitkan artikalnya di keluaran akan datang



Dan 10 perkara penghapus dosa yang kakak dapat dari ruangan info,solusi 24 m/s 72.

  1. Istigfar
  2. Taubat
  3. Mengerjakan amalan kebaikan
  4. Menerima musibah dengan redho
  5. Doa orang soleh
  6. Penderitaan sakit
  7. Azab kbur
  8. Ketakutan
  9. Syaaat Rasulullah
  10. Rahmat dari Allah.

Banyaknya peluang yang Dik Lah dapat.Mudah-mudahan Dik Lah merebut peluang itu.


Catatan Popular