DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Selasa, 29 Mac 2011

KAMI (V1)



sumber gambar


"Makbonda,kamu tonton tak semanis khurma malam Jumaat semalam?"

"Insyaallah ada,tapi sambil berlari-larian,kalau tak silap tajuknya dingin dalam rumah tangga kan"

"Perasan tak ada satu pendengar yang kongsi masaalah.Dia isteri pertama,bila tiba giliran dia bersama suaminya  dingin pada dia,tidak di pedulinya,sibuk merokok,dah lama mereka tidak bersama"

"Owh ya ya saya perasaan, he he he ke kamu tu?"

"Eh taklah....tapi kamu tau tak itulah yang saya alami,maaf ye kalau sepatutnya saya tak cerita,tapi itulah hakikatnya, dah  3 bulan dia tidak menyentuh saya,bila tidur dia hadap ke lain dan lebih rela memeluk kucing dia.Saya masih punya naluri,bila sudah lama tidak balik,saya harapkan sesuatu yang istimewa dari dia,tapi hampa,bila dalam kehampaan saya akan mengalami kepeningan hingga ke siang. Beberapa kali saya sudah menagih padanya,dia kata dia tidak ada selera,bila saya syorkan padanya berubat dia kata di sana tidak ada masaalah. Pernah saya bepakaian seksi,dia mencemuh "tak sedar siri dah tua pakai macam ni,tak malu, katanya."Kami sama-sama diam.

"Patut ke saya mengesakki ada unsur ilmu hitam disini? Saya masih ada naluri,Dia pernah suruh saya yang berusaha memulakan,tapi saya tak boleh,saya bukan peminta sedekah. Saya dah merujuk pada seseorang di pejabat agama. Saya sudah boleh menuntut bubarkan perkahwina,tapi saya tak mahu.......tak mahu......saya masih mahu bersama dia?"

Hmmm,Makbonda tarik nafas,dan pandang matanya dalam-dalam,berat sungguh. Makbonda tak ada langsung pengalaman sebegitu. Sepanjang telinga menangkap butir bicaranya,mata menatap riak wajahnya,dalam hati berdoa  "Ya Allah berilah aku petunjuk agar mendapat ilham,agar apa-apa yang tekeluar dari lidah menjadi ubat bukan racun."

"Makbonda,tolonglah katakan sesuatu,pening kepala saya masih belum hilang ni. perut saya mual. Ya Allah ,saya sudah mengadu kat kat Allah Taala,tapi masih belum jumpa jawapan."

"Ilmu hitam? Memang ada berlaku,itupun kalau ya,kalau tidak,percuma sahaja kita dapat dosa. Ataupun memeng itulah perasaan dia,dia telah jatuh kejurang kebosanan,dia mahu sesuatu yang baru'kalaulah itu jenis dia,satu masa dia juga akan rasa begitu pada yang muda."

"Bolah saya bercerita sedikit. Suami saya punya seorang sepupu yang mengahwini anak gadis pada seorang  Guru pondok di Sik Kedah.Meraka sekampung ditempatkan di petempatan baru setelah kampungnya di tenggelamkan untuk menjadi sebuah empangan. Jadi sebelum berpindah mereka telah mengorek tanah perkuburan untuk dipindahkan sama,satu antara tanah berkuburan itu berusia 20 tahun tapi,jenazahnya masih utuh seperti jasad baru di semadikan,setelah di siasat rupanya adalah jenazah seorang lelaki. Semasa hidupnya dia telah punya anak isteri tapi telah di larikan oleh perempuan Siam,tentu sekali diilmu hitamkan,sehingga saudara,anak isteri telah menganggap dia telah murtad mengikut  kehidupan perempuan siam tersebut.Setelah beberapa puluh tahun,tiba-tiba dia muncul,tapi dalam keadaan uszur,lalu di hantar ke hospital,dan meninggal. Lalu timbullah masaalah kemana harus di kebumikan,sebab telah begitu lama dia meninggalkan Agama. Tiba-tiba jiran sebelah katil wad mencelah. "Sebelum dia nazak tadi dia mengucap kalimahsyahadat dengan jelas sekali" Semua yang ada terfana' lalau dikebumikanlah secara Islam. Dan sekarang itulah yang punya jenazah. Jadi boleh kan buat kesimpulan,bahawa sesaorang yang sedang di ilmu hitamkan tidak dikIra segala dosanya."

"Jadi maknanya dia tidak bersalahlah ya.?"

"Saya tak boleh nak bagi hukum,kamu buat kesimpulan sendiri,berusahalah dari jauh,tanya lagi pada ilmuan,ayat-ayat syifa'. Yakinlah Allah Maha melihat,mendengar,mengetahu,pengasih,penyang dan punya 99 Asmaul Husna.

"Semantara tu macamana saya nak sembuhkan penig kepala saya ni."

"Ibaratkanlah ye, kamu suka sangat makan sup tulang,siang malam makan sup tulang,makan di luar pun order sup tulang,hujung minggu suami balik pun sup tulang,dah di kategorikan sebagai ketagih tegarlah,tanpa sup tulang bukan makan namanya. Tiba-tiba kamu telah disahkan kena darah tinggi atau jantung akibat kolestrol yang terhimpun. Antara makan yang perlu di tinggalkan ialah 'sup tulang'. Agak-agak apa tindakan yang kamu buat"

"Saya tinggalkan sup tulang"

"Tapi sukar kan?,jadi kamu kena buat alternatif bagaimana mahu melupakan sup tulang,bukan sekejap tapi lama."

"Tapi mana nak samakan penig kepala saya dengan ketagihan sup tulang ni?"

"Ketagihan tu kan nafsu, yang boleh ditundukan,sedangkan perokok tegarpunboleh sembuh hanya menggantikan dengan gula-gula apalagi ketagihan kamu,ubatlah dengan zikir."

"Ya Allah Makbonda,kenapa saya tidak boleh berfkir begitu,Ya Allah sesungguhnya satu demi satu saya nampak nikmatnya. Terimaksih  pijamkan telinga,bagi pulak oleh- oleh-oleh jiwa."

"Seberannya saya lagi patut ucap kat kamu,bersama kamu saya telah belajar untuk menghargai  dan mensyukuri apa yang saya sedang miliki. Lepas ni jangan cakap terimakasihlagi kat saya ye,tapi ucapkan Jazakillahikhairan kathira"

Lalu KAMI berpelukan.

Ahad, 27 Mac 2011

Ketakutan

Mari kita dengar cerita;

1.."Makcik,kat rumah Kak Ngah semalam ada pencuri"
"apa yang di curi?"
"Air kat peti sejuk"
"Eh bukan air aje lah,hand phone,duit tabung"Sampuk Kak Long. Dua gadis cilik berebut-rebut cerita usai mengaji.
Mereka adalah anak gadis seorang Pensyarah Politeknik yang dihantar mengaji ke rumah Makbonda. Benar,baru 1 bulan berpindah ke rumah baru.Pencuri masuh rumah waktu malam tanpa disedari tuan rmah.

2.Malam yang sama Rumah En Ajem,pembaik pulih mesin fotostat dan laptop berjaya dimasuki. Kerugian bernilai RM6K.

3.Pukul 10.30 pagi,,Rumah Wak Yam sebelah telah didapati di selongkar oleh pencuri yang menaiki rumah dengan memanjat gril tingkap untuk naik atas rumah.Waktu itu Wak Yam suami isteri ke kebun yang tidak berapa jauh dari situ.Tanpa disedari oleh anak gadis jirannya yang sedang bercuti di rumah. Sekarang sami Wak yam telah meninggal,dan pada hari raya baru-baru ini telah dinaiki lagi semasa beliau dan anak-anak beraya.Yang terbaru semasa Beliau menunaikan Fardhu Haji sekali lagi cubaan memecah rumah telah disedari oleh jirannya.Lalu gagal.

4.Gee,seorang staf di sekolah. Tinggal bersama ibu tua yang agak uzur.Ditinggalkan dirumah semasa beliau bekerja suami isteri,tinggallah bersama 2 orang cucu. Waktu tengahari terdengar ketukan,tidaklah menyangka yang buruk-buruk,sebaik sahaja terbuka pintu,terpacul dua orang bertopeng dengan  pisau terhunus.Hanya dapat RM500. Sambil menggigil-gigil sempat emak Gee mentazkirah "Ingat,sekarang kamu bolehlah ambik duit tu,nanti kat akhirat kamu pikullah cari aku" "Hoi orang tua,ingat aku takut benda-benda tu semua,ingat ye jangan bagi tau polis,kalau bagi tau 10 hari lagi aku datang"Beliaupun menghubungi anak-anaknya,dan polis pun datang.

5.Ina mengandung 7 bulan,suami isteri guru,suaminya part time berniaga pisang,telah beberapa kali mengalami kecurian setiap kali dia mahu membuat pembayaran harga pisang pada pembekal.Kebanyakan masuk waktu malam tanpa disedari penghuni.

6.En Samsi,setelah kematian ibunya,diikuti oleh ayahnya,lalu rumah ditinggalkan kosong hanya diziarahi di hujung minggu.Suatu hari sebuah lori datang disedari oleh jirannya tetapi disangka anak-anaknya balik,rupanya pencuri kerja part time memenuhkan lori dengan segala isi rumah. Disedari oleh En Samsi pada hujung minggu.Kejadian berlaku siang hari.

7.Pn.Mimi,suatu pagi,mahu pergi kerja didapati tas tangannya ghaib,mahu dituduh pencuri,tiada kesan tingkap atau pintu yang rosak,lalu membuat police report bahawa tas tangannya hilang,dan tiada dikesan dimana ghaibnya lalu dalam report di kelaskan sebagai cicir. Dua minggu berikutnya berlaku lagi setelah dia yakin bawa tas tangannya diletak disebelah TV,walau tiada tanda kerosakan,lalu reportpun dilakukan,atas siasatan polis,rupanya penceroboh itu memasuki mengikut bumbung,lalu meniti siling mencari lubang angin untuk turun.Kejadian berlaku malam hari.

8.Cikgu.Sari.Mengajar petang,dan isterinya pagi,antara dia pergi bertugas sebelum tengahari dan isterinya balik selepas tengahari,sempat si penceroboh menjalankan kegiatannya,padahal rumah berpagar itu dikunci rapi.Telah beberapa kali berlaku.Kejadian berlaku disiang hari.

9.Ustaz zek dan Mak Ton,tinggal berdua,hari itu rewang dirumah jiran tetangga yang khenduri walimah.Anak perempuannya yang tinggal diseberang sungai di jemput sama,lalu hadhirlah suami isteri.Setelah menikmati jamuan lalau meminjam kunci rumah pada ibunya,mahu jengok rumah yang dirinduinya.Sampai rumah didapati ayam memenuhi dapur,rupanya pintu terlompong,rumah bersepah bekas diselongkar sesaorang. Bilik Ustaz zek yang menjadi fokusnya,dan usaha makhluk tersebut berbaloi dengan mengopak laci meja Ustaz yang berkunci dan memperolihi RM1k lebih.Kejadian siang hari.

Baru 9.Sebenarnya ada bilangan lain.Tapi memadailah ini sahaja sebagai contoh. Kejadian di atas berlaku bukan di kawasan perumahan,tapi di kawasan kampung,dan semua berlaku pada individu disekeliling Makbonda,didengar secara langsung,belum lagi berita antara mulut ke mulut. Menakutkan bukan?

Bala bukan sahaja berbentuk gempabumi,tsunami,ribut taufan dan sebagainya,Bala juga adalah berbentuk ketakutan dan rasa gelisah.

Dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah saw bersabda: "Apabila harta rampasan bergilir antara golongan dengan golongan lain, amanat menjadi harta rampasan, zakat dianggap denda, dipelajari ilmu selain agama, seorang laki-laki taat kepada isterinya, mendurhakai ibunya, mendekati semua karibnya, menjauhi ayahnya, suara-suara diteriakkannya kuat-kuat di masjid, orang jahat di antara golongan orang yang memimpin mereka, pemimpin kaum adalah orang yang paling rendah akhlaknya. Seseorang ditakuti kerana takut kejahatannya, wanita penyanyi dan muzik bermaharajalela, arak-arak diminum, akhir umat ini mengutuk umat yang terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu angin merah, gempa bumi, kebinasaan bumi, berubah bentuknya, dilempar batu dari langit dan tanda-tanda lain yang berurutan, seperti kalung mutiara yang rapuh yang putus benangnya lalu berturutan lepasnya."  (hadis riwayat tirmizi)

Dan Allah telah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezekinya datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi (penduduk) nya mengingkari nikmat-nikmat Allah; karena itu Allah merasakan kepada mereka pakaian kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang selalu mereka perbuat.” {an Nahl : 112}



Tapi bala yang paling dahsyat itu ialah ditarik iman.Bila Iman sudah ditarik,maka berlakulah kerosakan yang menimbulkan ketakutan dan kegelisahan pada ummah. Marilah sama-sama kita meningkatkan usaha bagi menyelamatkan diri kita dari bala.Kita tukar bala kepada nikmat. Setelah jatuh kepada kesusahan dan keresahan jiwa,lalu kita merintih kepada Allah, menyadari dosa selama ini, lalu mengubah jiwa untuk mendekati Allah dan kembali taat. 

Iman itu dua bagian: sebagian (digunakan) dalam sabar dan selainnya (digunakan) dalam syukur.”
(HR. Baihaqy)

Khamis, 24 Mac 2011

Memandu dalam hujan.


1.35pm.
Usai tamat waktu persekolahan. Tika titisan hasil kondensasi  jatuh ke laman tar yang baru memerangkap haba,berlari-larilah termengah-mengah gadis bungsu yang tidak punya ketinggian unggul,dek berat badan yang berlebih itu, lalu menuju pintu mobil bondanya."
"Huh penat"
"Kenapa perlu berlari-lari,bukan kena tinggalpun"
"Takut"
"Tenghari butapun takut"
"Takut kena radiasi"
"Huh"
Mobil beredar meninggalkan pintu pagar sekolah.
"Ma,kenapa  bila hujan permukaan jalan jadi panas?"
"Soalan nak tahu ke atau nak menguji?"
"Nak tahulah."
"Rasa-rasa dah belajar tahun 5"
"Owh,sebab dalaam lapisan bumi panas ek,ada lapisan mantel"
"Fakta yang betul,tapi bukan itu jawapannya.Semua tempat ke panas?termasuk jalan berumput?"
"Tak,jalan tar je."
"Jalan tar warna apa?"
"Hitam,owh tau,......sebab warna hitam menyerap lebih haba,"
"Hmm,bila di timpa hujan,haba tu keluar. Satu lagi,sebenarnya walaupun hujan suhu jalan tu sama saje,tak berubah jadi lebih panaspun,yang rasa panas perasaan kita,sebab kita dah rasa sejuk."
"Tak faham"
"Ialah,sebelum tu kita rasa panas,jadi kita tak rasa jalan tu panas,tapi bila hujan,badan kita sejuk,jadi dapatlah rasa kepanasan jalan.Waktu malam ,tiba-tiba tak ada api,apa kita rasa" 
 "Gelaplah"
"Orang buta tak kesahpun kalau tak ada api,sebab apa?" 
"Ialah dia memang sentiasa gelap"
"Hm kita aje yang rasa gelap,sebab kita dah pernah rasa terang.padahal masanya sama saje"
"Lagi,masa bulan puasa ,waktu siang apa Emy rasa?"
"Lapar"
"Sebab kita selalu kenyang,tapi orang miskin tak kesah pun berpuasa,sebab dia dah biasa lapar"
Beberapa meter dari rumah
"Macam juga kita,ada ibu bapa,kita tak kesah pun,semua yang kita nak,dapat,nasihat ibu bapa buat tak kesah je,emak dia mintak tolongpun berat nak buat. Kalau lah ibu bapa dah meninggal, barulah dia tahu kasih sayang ibubapa.Baru dapat bezakan,betapa untungnya orang ada ibubapa.Kesian  anak yatim kan? tak dapat kasih sayang ibubapa." Serantak tangan bondanya marik hand break,lalu mematikan injen.

Gadis bungsu terus keluar dari mobil sambil tangannya mencapai bag laptop dan handbag bondanya. Setelah kunci pintu rumah terbuka terus meluru ke bilik untuk bersiap solat zuhur dan berpakaian untuk ke sekolah Agama,tanpa leteran bonda seperti hari-hari yang lepas. Walaubagaimanapun bondanya tidak lupa diri,masih perlu mengulangulangi leterennya dihari berikutnya,kerena sifat manusia. Mudah lupa.

Selasa, 22 Mac 2011

KAMI (III)


Hati dia begitu terguris. Setiap kali mahu mencuci pakaian suaminya terjumpa resit-resit bayaran hotel,homestay chalet das sebagainya. Ya dia baru pulang bercuti dengan isteri barunya,sedangkan bersamanya tidak pernah mendapat layan sebegitu
“Parut  saya berdarah lagi makbonda,baik-baik telah sembuh.Dia berbahagia diatas kelukaan saya,tolonglah makbonda bagaimana saya nak merawat luka ni agar dia sembuh dan tidak meninggalkan parut”
“Kamu kata dia bermasaalah dalam kewangan,bagaimana boleh dia menjelaskan bil-bil tu”
“Dia kata semua isterinya yang saport”
“kenapa kamu tak saport dia juga,
“Dia tak mahu.”
“kamu jalanlah dengan anak-anak”
“Sebenarnya saya tak suka berjalan-jalan macam tu,saya rasa membazir,saya lebih bahagia tinggal  di rumah,saya nak bena rumah ku syurgaku”
“Bermakna kamu lebih bahagia berbanding dia.”
“Apa tak bahgianya dia ,tidur di chalet, makan diluar,berjalan kesana kemari”
Cuba kamu agak,kenapa dia perlu keluar dan tidur diluar.”
“Mungkin sebab tinggal bersama keluarga mertua,tiada priversi, ialah pengantin baru katakan.”
Cuba kira berapa banyak kos yang dikeluarkannya untuk mencari kebahagiaan.Minyak kerata,tol,sewa bilik,makan.Sebab itu sentiasa mengalami kesesakan perbelanjaan.Adakah itu kebahagian?.Kebahagiaan dirasa bukan dilihat” “Dia ibarat helang yang sedang terbang,kesana kemari dengan bebas,segala objek di bawah nampak kerdil,sekarang dia punya bulu pelepah yang masih utuh dan rapi,selama mana dia terbang,suatu masa bulu-bulu pelepah akan carik kerana melawan angin,otot di kepak semakin kendur,pada ketika itu dia akan mencari tempat hinggap,tentunya disarang yang setia menanti. Jadi bairlah di terbang,kamu lepaskan dia,janganlah kamu sibukkan diri memandangnya,jika itu yang menjadikan  berdarah lagi luka-luka,tapi sebokkanlah diri mendidik nafsu mazmumahmu.Kamu kata mahu letakan Allah di  hati kamu,teruskan,sebenarnya kamu lebih bahagia dari dia .Kebahagian bersama manusia tidak abadi,bila-bila masa dia boleh berubah hanya dengan umpan yang kecil.Tapi ada kebahagian yang lebih abadi sedang mengambil tempat di hati kamu.Tolonglah hargai.”

“Ya Allah Makbonda,saya bukan mengaibkan dia kan.Saya perlukan tempat merdialog.Saya buntu.Sekarang ringan sedikit  beban dijemala saya,serasa pembuluh darah saya terungkai bagi megalirkan darah saya yang selama ni saya rasa beku.”

Kami berpelukkan.
“Sesungguhnya saya pun masih miskin dengan pengalaman mahupun ilmu tapi saya ramai teman  maya yang memberi perkongsian . Sumbangan meraka amat tinggi  munafaatnya, doa saya agar sentiasa dalam lingkungan teman-teman yang mewangikan dan menceriakan saya.”

Ahad, 20 Mac 2011

Suka duka


Alhamdulillah,setelah beberapa hari tidak online.Bukanlah sebab berduka nestapa atas kejadian semalam. Taklah seduka mana,tapi bila cuti-cuti ni anak-anak berkumpul,berlakulah traffice jame di meja online.Juga atas sebab kesebokan aktiviti sosial lain.

Pada hari selepas kejadian,suami demam jadi dengan ditemani 2 orang anak gadis,seorang pemandu dan seorang body guard,dari pejabat-kepajabat menyeleseaikan semua identity diri yang hilang. Semuanya dimudahkan Allah segala urusan. Salah satu musabab yang memudahkan urusan ialah dengan adanya report polis. Sebenarnya kami membuat report bukanlah bertujuan untuk polis menubuhkan satu pasukan penyiasat yang mengesan di manakan lokasi pemangsa malang itu menyembunyikan diri lalu mendapatkan kembali objek yang dilarikannya lalu dipulangkan kembali kepada mangsa. Tidak,kami tak bermaksud begitu,banyak lagi kerja polis yang lebih penting,yang melibatkan nyawa dan hukuman dunia lainya,yang perlu dibereskan. Sekurang-kurangnya ada rekod yang tercatat dalam fail bahawa keselamatan di masjid yang terletak disebalah pagar BP adalah agak rendah. Bila Makbonda sempat beramah mesra dengan pegawai cun di kaunter "Selalu ke Cik,kejadian macam gini berlaku kat Masjid ni" "Tak juga Makcik,tak pernah ada aduan pun"  "Tapi kata pihak masjid sering juga,dan banyak pula papan tanda dipasang disana sini yang memberi amaran agar menjaga harta benda sendiri.", "Hmm,mereka tak pernah buat aduan pun,sepatutnya buatlah aduan,untuk rekod kami" Kata pegawai polis cun tersebut. Ya lah sekurang-kurangnya akan adalah sessi lawatan bagi  pegawai-pegawai polis jiran sebelah pagar tu.Sekurang-kurangnya semasa sessi lawatan,dapatlah polis-polis tersebut masuk ruangan solat,dapatlah pahala membaca doa masuk masjid,atau niat beriktikaf dalam masjid,tambah cun sekali ambik wudhuk,angkat takbir kejap buat solat tahyatul masjid,kalau masuk waktu solatlah fardhu sekali,kalau ramai-ramai lantik seorang jadi imam,bukankah pahala berganda-ganda hasilnya. Si pembuat aduan pun akan menerima saham yang sama.

Masjid berjiran dengan balai polis.Masjid akan rasa selamat sebab ada polis mengawasi meraka,Masjid juga akan berambah kemakmurannya kerana Pegawai-pegawai di sebelah terlibat menambah saiz syaf dibelakang imam.Balai polis juga akan mendapat rahmat sebab setiap waktu Solat azan berkumandang, syaitan iblis akan berlari lintang pukang menjauh,pegawai-pegawai juga tidak akan membuat alasan untuk tertinggal solat kerana suara azan yang begitu jelas. Itulah berkat berjiran.


Terimakasih kepada kedua-dua puteri Makbonda yang berkhidmat begitu setia sekali.: جزاك اللهُ خيراً
Semoga Allah sentiasa bersamamu disepanjang perjalanan kamu berdua hari ini dan selamat tiba ke ditinasinya bagi meneruskan kehidupan kamu.



SURAH ALI-IMRAN AYAT 38

رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَآءِ
At that time Zakariyya invoked his Lord, saying: “O my Lord! Grant me from You, a good offspring. You are indeed the All-Hearer of invocation.”
Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.

Rabu, 16 Mac 2011

Tsunami di sana tsunami di sini

Masih terngiang-ngiang dan terbayang-bayang beberapa klip kejadian Tsunami di Miyagi. Tinggi rasa keEsaan pada Maha Pengatur Alam.Allah SWT.Belum lagi Tsunami politik di Timur Tengah.





Diantara kedua-dua situasi yang berbeza tersebut, muncul pula situsi tsunami kecil-kecil di seluruh melata alam.Antaranya petang tadi seorang makcik-makcik tergesa-gesa ke balai polis membuat report.


Dia bersaorangan semasa Solat Zuhur di ruangan muslimah. Sebaik sahaja dia menoleh salam pertama dia terasa sesuatu menarik objek kebelakang,apabila salam kedua terdengar suara pintu dihempas,lantas dengan sepontan mata memberi isyarat kepada otak untk membuat  kesimpulan bahawa objek tadi ialah beg tangannya,lalau tanpa wirid dan doa terus berlari keluar,mencari  kelibat insan itu lalu  sirna.



Bila di lihat pada senarai harta yang terkandung,sebanarnya amat malanglah nasib insane tersebut,tak berbaloi,penat-penat berjuang hanya RM itu yang ada,dia tersilap target,beg tangan makcik tersebut nampak besar sebab antara didalamnya botol air minum,dan yang lainnya penuh dengan resit-resit belian yang belum sempat dikemas,tapi tidaklah tersenarai dalam bahan report,malu mahu memberitahu polis cun di kaunter tadi..Telefon bimbit pula yang termurah dalam pasaran,itupun sisa-sisa telefon ana-anak yang sudah tidak up-to-date. Tapi habislah nombor telefon orang-orang penting dalam hidup termasuk nombor-nombor akuan yang tersimpan.Cermin mata yang terlibat adalah termahal yang makcik tersebut miliki,dia gelap bia hari panas,tapi sudah pasti tidak boleh dijual bundle kerana powernya besar.Kad-kad kredit kesemuanya tidak pernah berpakai,dan entah apa nombor pinya.Tapi kad ATM berfungsi juga. Lesen memandu baru diperbaharui yang habis tempok 19 mac  bersama lessen memandu anak dara yang belum sempat diserahkan. Yang  mahalnya lessen memandu tersebut menggunakan gambar sewaktu berusia 25tahun,bila membuat yang baru sudah pastilah dengar gambar terbaru dengan wajah terkini.Kalaulah tadi sempat panggil budak tersebut pasti makcik itu akan merayu “Nak ambillah semua harta makcikni,makcik ikhlaskan nah makcik tambah duit,tapi pen drive tu bak sini,dalamnya berharga bagi makcik tapi tidak pada kamu” Ya walaupun dia nampak murah tapi kandungan amatlah bernilai tinggi. Beg tangan itu pula adalah hadiah dari anak sulung makcik sempena gaji pertamanya.

Waktu itu makcik tersebut terasalah dirinya paling malang. Waktu dia memejamkan mata dan menarik nafas,terbayang mangsa tsunami di Miyagi yang bukan sahaja harta benda,malah keluarga dan nyawa musnah.Minggu lepas Kakak sepupu suami dia mengalami cerita yang sama dan megandungi RM3K, bulan sebelumnya kereta kakak sepupunya telah  dipecah kerana mahu mengambil beg telekung yang disangka beg tangan,walaupun begitu nila cermin yang pecah tinggi juga.Waktu membuat report di balai polis tadi menerusi wake talky polis terdengar satu rompakan di Bandar baru Bangi melibatkan RM30K dan kereta mewah." Jangan marah ya makcik,Sabar"Kati hati makcik tersebut.

Seorang lelaki yang meminta nasihat dari Rasululuah SAW “Ya Rasulullah,berilah nasihat kepadaku dan janganlah terlalu banyak,moga aku senang mengamalinya”.Lantas Baginda SAW menjawab “Jangan marah”

Rabu, 9 Mac 2011

ADUHAI ANAK-ANAK BAPAK.(2)


Rabu 9.3.11,tarikh temujanji bapak dengan doktor . Sejak bapak tidak mampu memandu jauh dan sejak kelinik temujanji bapak berpindah,kakalah yang menghantar bapak dan ada sekali-kali adik Umi Emira yang akan hantar jika kakak adahal penting, Adik Umi Emira pun ada jadual sendiri di hospital.Tapi sejak akhir-akhir ini dua orang adik yang tinggal di Lembah Kelang Abu Muhaimin dan Abu Ahnaf berebut-rebut mahu mengahantar bapak,mereka bergilir-gilir ambil cuti,terlepaslah peluang kakak mahu membayar hutang bakti bapak selama ini,walaubagaimanapun kakak sentisa standby bila mereka sibuk,kakaklah yang mengisi kekosongan itu. Anak-anak yang lain jauh,kalau tidak tentu juga akan terjadi traffic jam, mereka juga akan berebut sama. Kali ini Abu Muhaimin yang tinggal di Shah Alam berpeluang mendapat giliran.

Dia bertolak dari Shah Alam,selasa selepas Magrib ,Menjelang 10.30malam tidak juga kunjung tiba,walaupun si anak telah dewasa emak terasa kebimbangannya,lalu cuba menalofon. Rupa-rupanya 3km sampai rumah keretanya pancit,kebetulan berhampiran surau,bertambah malang tayar ganti pun pancit beberapa bulan yang lalu,kerana kesibukan tugas diabaikan sahaja didalam boot kereta. Lalu dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki sambil berharap agar ada kenderaan yang memotong.Emak mengambil keputusan mengajak bapak yang telah hilang deria rasa dikakinya menyusul. Setiba di lokasi,satu lembaga berbaju gelap, menjinjing beberapa cucuk sate,sup tulang dan ikan sepat warna biru untuk mengisi akuarium, dia telah berjalan lebih kurang 1km. 40 tahun dahulu itulah laluannya sambil menunggang basikal buruk dan bila hujan basikal yang menonggangnya.Kalaulah dia tidak pernah melalui saat sebegitu dahulu sudah pasti dia akan rasa dialah manusia paling malang. Dalam kegelapan malam,dia berjalan seperti orang buta hanya deria kaki yang merasa bahu jalan,sesekali ada lampu jalan sebagai panduan.Tidak ada kenderaan pun yang lalu,ialah rumah bapak nun di hujung kampung. Ada sebuah van,lalu dengan laju.Saat itu mata emak berbalam-balam terbayang 40 tahun lalu ketika dia seusia 10tahun,emak menyusul kerana dia belum tiba kerumah hingga gelap menjelang rupa-rupanya basikalnya pancit sepulang dari sekolah,kini 40 tahunberlalu dia kepancitan motorkar di lokasi yang sama.

Esok paginya,bertolaklah mereka bertiga ke Pusat Kesihatan Hutan Melintang. Setibanya telah sesak dengan pesakit-peskit lain,sudah tentu giliran bapak bilangannya besar. Semasa bapak ke tandas untuk urine test dengan ditemani emak,bapak jatuh terjelupuk. Kakinya lemah,nasib baik Abu Muhaimin yang hantar,kalau kakak tentulah panic.Setelah diperiksa rupanya paras gula bapak terlalu rendah sedangkan bapak pengidap diabetes.Tapi tekanan darah bapak normal. Memang di akhir-akhir ini bapak kurang makan. Emak pula membuat andaian,pada ketika ini belimbing buluh belakang rumah emak sedang bermusim,jadi setiap masakan emak masukkan belimbing buluh,bapak amat suka meratah belimbing tersebut.Lalu emak berkonklusi bahawa belimbing buluh tersebutlah punca turunnya kadar gula bapak.
(Laporan ini kakak dapat semasa menghubungi emak ,waktu itu dalam perjalanan balik dari klnik 1.03ptg.)

6.30petang kakak hubungi Adik Abu Muhaimin.
“Assalamualaikum,dah sampai mana?”
“Baru naik masuk kereta nak bertolak ke Shah Alam”
“Owh belum balik lagi”
“Saja,rehat-rehat,tidur,merayau kat kebun,gagau ikan,nak cari ikan sepat siam,tak dapat,kakak kalau ada stok simpan ye?"
“Insyaallah, mentang-mentang balik sorang-sorang,bernostalgialah tu. Tahniah”
"Kenapa?"
"Ialah,dapat kesabaran tahap tinggi malam tadi."
"Alah small matter, lebih dari itu kita pernah alami.Minta maaf tak sempat singgah."
“Ok,baik-baik jalan,elakan saman ekor,sampaikan salam untuk Ummi Fathin”
“InsyaAllah”

Moral:

  • Tanda-tanda ibu bapa yang mendapat kerahmatan ialah apabila ana-anak saling berebut untuk berbakti
  • Ibu bapa sentiasa mengambil berat keselamatan anak walaupun telah dewasa.
  • Bila tayar kereta pancit,pastikan tayar ganti diperbaiki dengan segera.
  • Letakan lampu suluh dalam kereta.
  • Belimbing buluh boleh menurunkan paras kandungan gula dan darah tinggi.

Berpijak dibumi yang nyata.


(Makbonda nak kongsi satu note yang di petik dari FB anak Paklong Makbonda.Samaada cerita benar atau tidak,boleh saja jadikan iktibar.Semoga mat  berpijak di bumi yang nyata)

Kalau nak bidadari, di Syurga nanti...

Ummi - Mat, Ummi rasa dah sampai masanya untuk kau berumah-tangga
Mat - Mat ok aje kalau Ummi boleh carikan calon yang sesuai dengan Mat

Ummi - Ni biodata A, Ummi yakin dia sangat baik orangnya
Mat - Nampak ok tapi dia ni gempal sikitlah Ummi

Ummi - Seminggu Ummi cari calon ni, B macam yang Mat nak
Mat - Masya Allah, tapi B ni rendah pulak orangnya Ummi

Ummi - Nah ! Cuba tengok gmbar C ni, rasanya memenuhi citarasa Mat
Mat - Subhanallah, cantik tapi dia tak putihlah Ummi..

Ummi - Kau minat tak D anak Pak Cik Min tu, cantik, putih dan badan tak gempal
Mat - Mat nak macam tu tapi.... yang lebih lembut orangnya

Ummi - Ni E pulak, sebulan kawan Ummi carikan calon anak Ummi ni
Mat - Banyak ciri yng Mat suka tapi Mat nak kelulusan Professional lah Ummi

Ummi - Cuba kau tengok gambar F ni, baru lulus jurutera dari Australia pulak
Mat - Allah Allah...kalau dia ada sifat kepimpinan, Mat memang setuju

Ummi - ni pulak G, doktor muda Mesir & ada ciri-ciri ketua, lama dah Ummi cari
Mat - Masya Allah hebat, tapi dia tak hafal Qur'an lah Ummi

Ummi - Maaf Mat, Ummi tak ada banyak masa untuk cari calon yang kau nak
Mat - Cuba Ummi minta tolong abah carikan...

Ummi - Abang, cubalah abang carikan calon untuk Mat, anak kita yang memilih sungguh tu.
Abah - Calon yang macam mana dia nak?

Ummi - Dia nak seorang yang putih, cantik, tidak rendah atau tinggi, tidak gempal, lemah lembut, lulusan professional, berkarismatik dan ciri terakhir, mesti hafal Qur'an.

Abah - Ok lah sayang,abang ni kurang penyabar orangnya. Ayang pesan je pada Mat tu... kalau dia nak kahwin dengan bidadari, dia kena masuk syurga dulu.

Khamis, 3 Mac 2011

Assalamualaikum cikgu.......


“Assalamualaiku Cikgu,beli solusi dengan iluveislam?”

“Waalaikumussalam,ye ni edisi terbaru.”

Seorang pemuda berwajah mulus,janggut sejemput dan hitam didahi. Tiba-tiba menyapa Makbonda.

“Selalu yang beli ni orang muda cikgu?”

“Eh,saya ni tua sangat ke?mencari ilmu sampai liang lahatkan?”

“Ha ha ha,betul-betul cikgu belum tua,ni cikgu Makbonda kan? Tak kenal saya ?”

“Itulah macam kenal,tapi tolong bagi klu sikit,ialah cikgu bukan muda sangat untuk memanggil memori lampau.”.

“Saya Mujahidlah cikgu tak ingat ke anak murid cikgu tahun 93,ingat tak,yang malas sangat tu.”

Barulah imbasan lampau muncul,memang pada ketika itu dia tahun 1, buat latihan menulis paling mampu dia menyudahkan 3 baris sahaja,selainnya dia akan meletakkan kepala dimeja dengan wajah kosong.Tapi sekarang wajahnya penuh berisi dan ada cahaya.

“Oh ye,adik-adik kamu Mujahidah,Soleh,Solehah,Shahid,Shahidah,10 orang semua,cikgu ingat lagi.Trimakasihlah tegur cikgu. Mak kamu kata kamu belajar kat Mesir?”

2 tahun dah balik.”

“Alhamdulillah, kalau tak dapatlah pengalaman tengok suasana bersejarah ni kat sana ya. Bergegar lagi bumi Arab ,Itu semua aturan Ilalhi,Dia Maha tahu hikmahnya?”

“Itulah cikgu rugilah saya tak dapat merasa suasana ketika tu,sejarah dunia cikgu."

"Cikgu tahu tak setiap kali berlaku penggulingan satu-satu Pemerintah mesti saya ingat masa belajar Alam Manusia dengan cikgu masa darja 5 dulu.”

“Ingat apa ye?”

“Kejatuhan sesebuah Negara itu adalah berpunca dari kelemahan pemimpinnya sendiri. Bila Allah sudah tidak diletak di hati,tunggu sahaja ketika kejatuhannya.Serangan dari luar itu adalah punca sampingan saje.”

“Pernah ke cikgu cakap macam tu?”

“Cikgu ni,saya ingat lagi cikgu. Cikgu ingat lagi tak,kan saya pemalas sangat masa tu cikgu mengandung,cikgu pegang bahu saya lepas tu urut-urut cikgu kata "Ya Allah,mudaha-mudahan kamu besar jadi orang ya Mujahid" Sekarang cikgu nampak saya jadi apa?”

“Saya dah tak ingat lah Mujahid?”

Yalah cikgu,dah lama,masa tu saya malu sangat,kawan-kawan kata saya busuk,memang saya tak pernah mandi,tapi cikgu mahu dekat-dekat dangan saya.”

Makbonda terkedu,dalam memori sudah tidak menyimpannya.Kalaulah si Mujahid ni jadi pemimpin,sudah pasti selamat Negara yang dipimpinnya. Pemimpin yang dekat dengan Allah jiwanya,pemimpin yang dapat menyelamatkan aqidah keluarga sebelum menyelamatkan rakyat.

Kalaulah Husni Mubarak seorang yang tawadduk,dekat hatinya pada Allah,dapat memimpin anak isterinya menjadi soleh, zuhud,berakhlak Islam,memandang tnggi alim ulamak,.insyaallah sudah semestinya disenangi rakyat.,takkan rakyat bangkit menentang.

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka sedangkan kamu tiada sebarang penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” (Surah Hud: 113)

Catatan Popular