DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Jumaat, 27 Mei 2011

KAMI (IV)



Bila ketika dia berDhuha,Makbonda keluar dari bilik itu lalu membuat kerja-kerja di ruangan luar.Antara dengar dengan tidak kedengaran rintihannya ketika berdoa,diselangi dengan esakan.Walau apapun betapalah nikmat doanya,semestinya sangat hampir dengan Khaliqnya.


Bila dia keluar sambil membantu Makbonda mengecop nombor perolehan buku-buku baru.

"Alhamdulillah,Macamana dah ok sekarang?"

"Alhamdulillah,atas sokongan kamu saya sudah beransur-ansur tegak sekarang,saya sudah tidak beremosi bila bersamanya.baru-baru ni saya bercakap dengannya,tanpa tangisan tanpa rayuan tapi atas dasar ingin mengingatkannya.Niat saya bukan kerana nafsu tapi kerana aqal,saya mahu selamatkan dia,sudah beberapa lama dia tidak menunaikan nafkah batinnya,saya takut kaki dia sebelah di neraka,saya masih isterinya,dan mahu tuntut hak saya,tapi dituduhnya saya gila seks,dan dia tidak boleh bersama saya lagi,dia sentiasa membuat alasan untuk melarikan diri dari bersama dirumah bila tiba giliran saya."

 "Riaksi dia?"

"Dia diam,langsung tak bersuara,cuma matanya liar bercaha-cahaya.Dan meninggalkan saya dengan herdikan.Sebenarnya kehidupan kami berputar 360 darjah. Dulu dia seorang yang tidak pernah meninggikan suara.Kami bukan jenis yang bertengkar melenting-lenting. Setiap malam sebelum tidur kami mesti saling bermaafan,takut mati semasa tidur,dan tangan kami erat berpegangan sehingga kehujung lena. Sekarang dia suka mengherdik,bila saya memulakan kemaafan,dia kata bosanlah. Dia akan tidur menyembunyikan tangannya........Mengikut pandangan Makbonda bagaimana?"



"Pendapat dari pihak dia atau kamu?"

"Pada sayalah . Betulkah apa yang saya buat .Bila sayameminta pandangan daripada abang kandung saya,atas dasar dia lelaki,terus dia ajak saya ke pejabat ugama buka fail,tapi bukan itu yang saya mahu.Saya masih mahu pertahankan rumah kami,saya masih perlukan dia,masih bergantung padanya. Saya tak tahu macamana hidup tanpa dia.

(Bagaimana boleh saya memberi pendapat sedangkan saya kosong dalam pengalaman itu,saya juga tidak mengamalkan apa yang diamalkannya.Sebaliknya saya pula yang berguru dengan kesahnya is is is....)

Kebetulan di tangan saya ada buku  yang berilustrasi seorang sedang lemas di arus yag deras,Semamangnya Allah SWT membiuskan ilham kepada saya secara tiba-tiba. Maha suci Allah.

"Di hadapan saya ada arus yang sangat deras,saya insan yang tidak ada kemahiran berenang,tidak pernah belajar sebarang kuakpun,yang tahu hanya berenang guna pelampung atau dua biji kelapa yang disambung. Bila kamu terkapai-kepai minta tolong, saya tak boleh hentikan arus deras tersebut,yang saya boleh capai tangan kamu dengan kudrat dan ilmu yan ada, dan  tarik kamu ketepi."

"Tinggi makna tu!"


"Maknanya , saya tak boleh buat apa-apa pada dia,itu adalah kerja Allah SWT,yang saya boleh  hanya tarik diri kamu. Kita tidak boleh ubah araus air,yang kita boleh,ikut alirannya dan cuba sedaya upaya menuju ketepian. Setelah kita minta pertolongan dari Allah,sekarang kita kena terima hakikat. Manusia adalah lemah jangan berbuat pergantungan padanya,kuatkan keyakinan bergantunglah pada allahWT. Dia akan menolong,Dia juga menjanjikan ganjaran yang berlipatganda nilanya.Tidak semua yang kita mahu itu adalah pilihan Allah.Bersedia saja menerima pilihanNYA."

"Kamu telah diuji dengan zun selesa diawal perkahwinan.Cuba toleh di sekeliling kita,tidak payah jauh-jauh di kalangan kawan-kawan kita,betapa raminya kawan kita yang diuji diawal perkahwinannya,samada dengan ekonomi ,kasih sayang,layanan dan berbagai-bagai kesah lagi. Cuba letakan diri kita di tempat mereka,suami dahlah tak kerja,malas pulak,tau-tau minta duit,ada suami yang kontrol duit isteri,apa yang kita nak beli kena persetujuannya,ada suami yang gila fB gila chat gila game,gila pancing dengan mengabaikan sama sekali tanggungjawab tapi menuntut pula hak dia. Ada suami yang membebankan isteri dengan hutang,gaji isteri dipotong tiap-tap bulan kerana membayar kereta mewah suami..Ada yang suami bukan pilihan,dah lah tak kacak, romantik pun tidak,sampai tua asyik mengungkit tak  pernah mendapat kebahagiaan. Kita tidak pernah berada disitu,hidup kamu sentiasa berada di zon selesa,jadi apalah kiranya Allah tarik sedikit zon selesa kita,jadi kena beprasangka baiklah dengan Allah."

"Ya ya, maknanya saya masih kurang yakin kurang sabar,memang banyak lemahnya saya,Mesti Allah marah pada saya.Memanglah saya seawal perkahwinan telah dapat membina rumah batu dikampung,suami pun baik,memang saya sangat kurang bersykukur"

"Memanglah sabar itu tidak semudah mengeja es eh bi eh ar atau shat ba ro. Yakin itu tidak semudah mengeja wai eh keh ai en atau ya kqaf ya nun. Kena bermujahadah menghayati apa itu sabar dan apa itu yakin."

"Maknanya saya ni masih tamaklah ya?"

"Bila kita menyedari kelemahan kita,ada harapan kita akan menuju kekuatan kemakam yanglebih  tinggi."


"Makbonda,kamu jangan jemu jadi sandaran saya ye,maaflah kadang saya membebankan fikiran,mendengar kesah rumah tangga saya,tapi bila mendapat sokongan begini saya jadi kuat."

"Sebenarnya saya yang terimakasih kat kamu,tahu tak betapa bayaknya ilmu yang saya dapat,Bila dua jiwa bertemu dan saling mendapat munafaat,petanda pertemuan kita mendapat kerahmatan.Maha suci Allah yang mempertemukan kita,semoga kita saling bertukar syafaat di sana nanti."

Mereka yang menerima ujian terbahagi kepada tiga golongan :
1) Golongan yang redha dan bertenang menghadapi ujian. Ganjaran untuk mereka adalah diangkat darjat mereka.
2) Golongan yang gelisah menghadapi ujian tetapi tidak membantahnya. Ganjaran untuk mereka pula adalah dihapuskan dosa.
3) Golongan yang gelisah dan membantah pula ujian yang dihadapi. Mereka akan mendapat kemurkaan dan balasan yang buruk.

Khamis, 26 Mei 2011

Idola

Usai menjawab kertas sceince walaupun masa masih ada lebih kurang 14 minit,si dua Abdul ini meminta keluar ke tandas. Beberapa ketika datang dengan rambut yang basah-basah dan berterampilan imej baru.

"Style apa pulak rambut tuh?"

"Noh hujan" sambil menyanyi "Alangkah indahnya dunia bila kita semua akan bersama selamanya................."

"Siapa Noh Hujan ni"

"Alah penyanyi,cikgu tak kenal ke,best cikgu,rambut dia stylo"

"Minatlah ye?"

"Minat lah dia tu kan bla bla bla" semua yang membanggakan mereka.

"Cikgu ambik gambar boleh"Berebut-rebut memasukan muka dihadapan lensa.

"Cikgu nak panggil dia lah datang sini"

"Fuyyo best"

"Nak suruh dia ceramah kat murid sekolah ni,belajar rajin-rajin,bila ujian semak dulu sampai habis masa,pakai baju elok-elok butangkan,gosok baju biar kemas,belajar Quran sampai khatam,solat jangan tinggal,jadi lelaki yang soleh. agak-agak kamu nak ikut tak cakap dia?"

"Hmmmmm  mau ke dia"Sambil berpandang-pandangan satu sama lain sambil menggaru-garu tengkuk.

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan ( kedatangan) hari kiamat dan ia banyak mengingati Allah” 
 Al Ahzab (33): 21

Isnin, 23 Mei 2011

virus.........


"Mengapa Mak Odah?"

"Entahlah Laila,aku rasa sekarang ni hati aku lembik sangat,entah sebab aku dah tua ke atau apa."

"Kenapa?"

"Ialah kadang aku cakap lain kat orang, tapi dia orang terimal ain,kadang aku guruau dengan orang,tapi dia terima lain pulak,dia gurau kasar-kasar dengan kita tak apa tapi kalau kita usik dia,merajuk,diam tak nak cakap-cakap,entah aku dah tua,dah tak pandai nak duduk dengan orang. Hmm maca-macam aku fikir,nak tidur pun tak boleh pejam.Nak makan pun tak tertelan rasanya."

"Itulah sakit perasngka namanya Mak Odah. Bahaya tu,nanti semangat nak hidup pun jatuh,boleh dapat penyakit lain pulak,nak kena didik diri tuh,kena buang jauh-jauh. Mak Odah cuba tukar dengan perasangka baik. Anggap je dia tak sengaja.Mesti ada sebab dia begitu,mungkin disebabkan kita juga. Tengah fikirannya kacau bila kita gurau meletuplah dia.Mak Odah doakan saja dia,agar sentiasa dapat Hidayah.

"Ialah Laila,elok kamu cakap macam tu kat aku,Betul sangat cakap kamu tu.Entahlah kadang-kadang je aku fikir macamtu,ada masa aku redha je."

"Bila Mak Odah berlalu,kak laila termangu-mangu,sebanarnya bukan Mak Odah sahaja yang punya penyakit sebegitu rupa,Tapi Kak Laila juga,sering di hinggapi virus sebegitu rupa. Contohnya pada suatu hari ketika dia membuat satu cadangn pada adiknya,jawapan yang diterimanya adalah sangat mengguris hati. Pada ketika itu syaitan menyelusup kedalam saluran darah Kak Laila.

"Laila,adik kamu tu memeng teruk,mentang-mentang dia berjawatan besar,senang-sengan dia guris hati kamu,dah lepas ni kamu jangan tegur dia,bukan kamu tak ada kawan lain,block saje fb dia,ingat besar sangat ke di tuh"

Nasib baik petang itu ada pengajian dan ustazah mengulas surah Alhujurat (49): 12, Allah SWT juga berfirman, “Hai orang-orang yang beriman, jauhilah memperbanyak prasangka, karena sebagian prasangka itu dosa." ulasannya sangat mengena pada batang hidung Kak Laila.

Betullah,mungkin teguran kal laila itu tidak kena caranya,atau ketika itu dia sedang bermasaalah.Ataupun memang benar apa yang diperkatakannya,cuma virus perasangka sedang singgah di jiwanya.Dan Allah SWT terlalu sayang pada kak laila,ketika itu juga dia temui Obat hati

Surat Yunus (10) ayat 36. Allah SWT berfirman, “Prasangka itu tidak mendatangkan kebenaran apapun.”

Imam Tirmidzi dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW menegaskan, “Takutlah kalian berprasangka, karena ia merupakan sedusta-dusta perkataan.”

Rabu, 18 Mei 2011

panggilan istimewa dari insan istimewa

Telefon rumah menjerit-jerit ketika kakak sedang memberi salam mengakhiri solat zuhur,ketika itu telah 2.30 sepulangnya dari sekolah.Terlambat sebab ada sambutan hari Guru di Sekolah.
Kakak berlari-lari mendapatkan telefon"Hello Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."mesranya dan syahdunya suara itu.

Oh emak,…….begitula emak,yang kadang membuatkan kakak rasa berdosa,sebab emak mendahului memanggil dan bertanya khabar. Nasib baik kakak bukan sedang solat sunat,lalu emak menunggu dengan hati terguris. Kakak takut  jadi macam Juraij.Seorang pemuda soleh yang rajin beribadat termasuk ibadat sunatnya.Setelah beberapa kali ibunya memanggil dia tidak menyahutnya disebabkan kerja-kerja sunatnya,sehingga ibunya berkata-kata,
“Wahai Juraij,semoga Allah tidak mencabut nyawamu sebelum kamu melihat wajah seorang pelacur” Sejak itu berbagai-bagai ujian yang Juraij tempuhi sehingga dia dituduh menyebabkan seorang pelacur mengandung.Setelah di bicarakan didapati bayi yang lahir boleh berkata-kata dan melepaskan Juraij dari fitnah dan hukuman,Itu semua adalah doa dari Ibu Juraij.

"Ya mak ni,beberapa kali panggil handset tak berjawab"
" Oh ya ke,Ya Allah,mintak-mintak mak jangan terguris hati ye,tengah solat zuhur tadi hand set tertinggal kat kereta"
"Tak adalah terguris-guris…..Selamat hari guru,moga jadi guru yang hebat"
'Terimakasih...selamat hari guru juga untuk mak"
"Emak bukan guru"
"Eh emaklah guru kakak paling hebat,guru kakak sejak lahir sampai sekarang"
"Tapi emak tak ada kelulusan"
"Alla Taala bagi kelulusan untuk mak,lagilah hebat. Dulu kakak makan pun tak pandai emak ajarkan,dahpandai makan pilih makanan pun tak reti,emak ajar pilih. Tak pandai pakai baju emak pakaikan dah pandai pakai, pasang butang tak tahu,emak ajarkan.Emak ajar kakak sikat rambut,kalau tak sikat tak cantik.Emak ajar lap hingus jangan bagi melilih dan berselepat dipipi kakak yang tembam.Emak ajar cebok kencing dan berak. Emak ajar bila mandi gosok belakang telinga,buangang tahi mata. Semua tu emak yang ajar. Bukan ke Emak dah jadi guru kakak yang hebat”

Itu dah tanggung jawab emak,

“Tanggung jawab emak juga sebagai guru pada anak-anak. Walaupun tak sehebat chef-chef tapi emak dah ajar kakak masak. Bagaimana tanda air mendidih,berapa banyak air untuk menanak nasi,bila masa mahu masukan ikan dalam minyak.Walau tak sehebat tukang jahit butiq tapi emak ajar bagaimana mahu menjahit kain batik dengan beberapa kaedah.Emak ajar jika membuat klim baju jangan bagi nampak benang dari luar.”

Anak perempuan kena lah pandai buat kerja macam tu

“Tapi ada kawan-kawan kakak tak pendai buat pun. Bila kakak besar dan selalu susah hati sebab ada kawa tak kawan kakak,emak ajar baca Subahanallah,Alhamdulillah Allahuakbar,orang lain mak dia tak ajarpun, emak suruh baca surah Waqiah supaya kita tidak papa.tidak tertanggung dengan hutang,mak ajar biar kita tidak ada duit asal jangan banyak hutang. Orang lain Mak dia tak ajar sebab tu hidup dibelenggu hutang.Mak suruh amalkan solat dhuha,supaya murah rezeki dan dimudahkan segala urusan. Mak orang lain tak ajar pun pada anak dia.”

Ialah,mak pun dapat dari bapak,dari embah,mak bagi tahu kakak ajarlah pula pada anak-anak

“Insyaallah,Alhamdulillah kakak adalah lulusan madrasah Emak.Emak adalah sumber segala-galanya.Emak adalah seorang guru dan ibu yang berjaya”

Kalau macamtu doakanlah emak akhiri hidup ni dengan khasanul khotimah. Kirim salam kat menantu mak dan anak-anak

“Insyaallah,kirim salam kat bapak,terimakasih untuk semuanya,semoga allah membalas semua kebaikan mak.”

Buku ini telah makbonda bekalkan pada ejat sebelum pelayarannya. Tempoh hari  semasa mencari hadiah untuk program bertukar hadiah hari guru,makbonda membeli buku ini tetapi tiba-tiba fikiran bertukar untuk memilih buka lain,dan buku ini masuk koleksi.

Sabtu, 14 Mei 2011

video clip hari guru

Salinan klip di bawah sudah lama dalam simpanan Makbonda,copy dari salah seorang pelakon tambahannya, tapi tak pernah rasa mahu menerbitkan sebab bimbang didakwa atas perlanggaran hak cipta,tapi disebabkan telah di uploadkan dalam u tube oleh salah seorang dari mereka,maka beranilah Makbonda kongsikan di sini sempena Hari Guru.Tayangan perdanyanya telah makbonda tuntuni bersama CkLah.  Perkara yang baik apa salahnya kita kongsi-kongsikan dan sebar-sebarkan,sementara yang buruk dan mengaibkan pula sepatutnya kita sembunyikan,takut pula kita menjadi lidah syaitan dalam menyebarkan berita-berita fitnah. tiba-tiba kita ditimpa bala atas kealfaan.

Mari luangkan masa sebentar.





Semoga pelakon watak Cikgu Mikail,cikgu Hanis dan beberapa yang lain mengaplikasikan apa yang mereka lakonkan dalam kehidupan harian. Tidaklah dalam lakonan nampak begitu warak dan muslimah,tiba diakhbar dan majalah terpampang aksi mereka yang begitu sensasi hingga meleburkan dan kecundanglah iman penatapnya.Sepanjang dia tidur,dosa-dosanya berjalan sebab beribu-ribu mata bernafsu yang sedang menatap tubuhnya.

Sebenarnya mereka ini adalah bekas pelajar dari SBPI disini.Kurang pastilah tujuan pembinaan klip ini,samaada suka-suka tau pun sesuatu projek,walaubagaimanapun setinggi tahniah kepada mereka juga guru pembimbiang meraka.

Makbonda sangat kagum dengan pentadbiran sekolah ini,disamping mendidik pelajar yang berIO tinggi,pembentukan EQ mereka diambil kira.Beberapa guru yang Makbonda kenal rapat antaranya Ustaz Amir dan isterinya dan beberapa guru lain.Kedua mereka ini adalah sangat sinonoim dengan sekolah ini,dimana dia berada disini sejak sekolah ini di buka pada tahun 2002.Pada ketika itu Puteri kedua Makbonda masuk tingkatan 1 iaitu antara pelajar yang mula-mula mendaftar disini. Selain daripada itu Ustaz Amir adalah seorang penceramah yang hebat,punya karisma menarik hati pendengar.Kemahiran berinteraksi dua halanya itu sangat menarik perhatian  dari kawan-kawan Wak Milah,Jemaah masjid,Guru-guru dalam kursus LADAP hinggalah muridmurid prasekolah.Serasa tidak cukup masa diperuntukan.Kemahiran menukar watak mengikut situasi pelanggan,jarang di kuasai oleh orang lain.Tapi bila kini beliau telah menjawab GPK HEM,jadual semakin padat,sudah lama makbonda tidak bertemu mereka.

Sempana hari guru diucapkan selamat Hari Guru buat semua guru-guru seluruh dunia semoga kalian berkhidmat dengan penuh keikhlasan  menjalankan amanah dengan sentiasa memkirkan masa hadapan pelajar..

Kata Imam Ghazali: “seorang guru yang hanya memikirkan mengajar sahaja tanpamemikirkan masa depan muridnya, lebih baik jangan jadi guru”.

Selasa, 10 Mei 2011

Proses P&P

"Saya tidak suka sekolah di Malaysia saya suka di UK."
"kenapa?"
"Saya bosan,di Malaysia banyak sangat exam di UK banyak main" kata Mohamad Abdul,budak 8 tahun anak saudara saya pada kakak Sepupunya

Sebagai seorang guru ,dan kakak sepupunya yang bakal guru,kami  agak terpukul dengan kenyataan anak buah saya yang baru dua tahun pulang dari UK setelah 5 tahun mengikuti ayahnya menamatkan PHD di sana. Dia adalah jenis kanak-kanak telus dan mulus,bukan jenis-jenis yang berlagak-lagak dan lupa asal usul. Dia bercakap berdasarkan apa yang dia rasa bukan dipengaruhi mana-mana pihak. Ibu bapanya seorang yang sangat menjaga soal akhlak.

Adakah anak-anak yang dihadapan saya juga ada yang berimplisit begitu?Cuma yang agak bernasib baik mereka tidak pernah keluar dari kepompong,tidak berkesempatan membuat perbandingan. Paling-paling bila bosan dia akan berat untuk ke sekolah,atau membena helah diri sebab ibubapa pun tidak mahu mereka tinggal dirumah.Samada atas kesedaran kepentingan belajar atau kerana tidak ada yang mengawasi di rumah.



Saya perlu mengambil gambar mereka kerana semua kemahiran proses sains perlu di rekod untuk dinilai dan dimasukan dalam slip keputusan UPSR  guru perlu mengisi borang PEKA.(Penilaian Kerja Amali)Nanti ditahun 6 akan datang pentaksir dari Lembaga Peperiksaan memantau kesahan markah yang diberikan guru.Jadi gambar adalah sebagai bukti.

Topik kali ini ialah Heat. Dengan hypothesis "when the water loses heat,it cools down. When it gains heat it becomes warmer". Aktiviti yang biasa-biasa,hari-hari dilakukan di dapur. Tapi pengetahuan mereka berkisar menjerang air hingga mendidih,bila di biarkan akan menjadi sejuk. Zaman sekolah dulu saya tidak merasa menjalankan experiment,yang buat ialah cikgu dan kami menonton. Bahaya kata cikgu nanti radas rosak. Yang penting kita dapat menjawab kertas peperiksaan dan dapat kredit dalam sains. Apabila saya telah menjadi cikgu,timbul rasa bersalah jika pelajar hanya menonton guru menjalankan eksperimen seperti menonton siaran TV.

Sesungguhnya banyak cabarannya bila mahu menjalankan experimen dalam makmal sains,tambahan lagi melibatkan radas-radas yang mudah pecah dan merbahaya.Kemahiran control class memang perlu. Silap-silap diserang ibubapa bila berlaku kemalangan. Paling mencabar . Sebelum ini telah beberapa kali saya mengalami peristiwa sebegitu. Mereka ialah pelajar tahun 5 yang sedang mula membentuk identiti diri,tapi masih dalam identiti kanak-kanak,yang dalam membentuk pemikiran logik, Terdapat pelajar yang terlebih aktif,yang tidak series dalam kehidupan,nalurinya sentiasa mahu bermain dan semua mahu disentuh dan dicuba. Amaran demi amaran keluar bagai hujan dari mulut guru,bukan ada pembantu makmal yang membantu. Mereka perlu buat sendiri dari menggunakan kaki retot untuk memegang termometer,menyusun radas,menyalakan penunu bunsen dan sebagainya, Mereka juga perlu membaca bacaan di termometer dan merekod.Tapi di kahir experiment mereka puas.Mereka telah membuat conclution sendiri dari keputusan yang mereka perolihi,bukan sekadar cikgu yang beri dan mereka menghafal.  Cikgu juga perlu memberi ganjaran dengan memuji mereka atas disiplin yang baik sepanjang aktiviti berjalan,lalu dijanjikan eksperiman seterusnya.

Diantara mereka nanti akan muncullah saintis-saintis yang bakal memakmurkan dunia,Insyaallah.

Mudah-mudahan mereka tidak bosan seperti Mohamad Abdul.

Hujing minggu lepas saya menghadiri satu majlis kenduri,saya terjumpa ibu kepada budak yang baju putih yang membelakangi kamera di atas.
"Cikgu,kalau F**** nakal marah ye,saya tahu dia nakal"
"Biasalah budak-budak" tapi sebenarnya nama dia memang popular,sentiasa meniti di bibir gugu-guru terutama guru disiplin dan GPK HEM.
"Cikgu tahu,hari tu dia minta belikan jam,dia kata Cikgu makbonda tak ada jam,tu sebab selalu keluar lambat,Saya kata kenapa tak suka ke?,dia jawab suka je,dia selalu buat experiment,tapi kesian nanti kalau lambat dia tak sempat masak. Betuah betul budak tu cikgu"

Tak dapat saya nak menahan ketawa,tapi masa dalam kelas dialah paling aktif. Tidak menimbulkan masaalah semasa mengendalikan radas-radas,sehingga mencuci dan menyimpannya,tidak nampak gelisah bila saya terlebih masa.Pengalaman saya sendiri bila guru atau pensyarah atau penceramah lebih masa kami akan tutup fail atau membuat sesuatu tingkah laku yang menarik perhatian agar insan dihadapan itu menyedari akan masa yang tamat.

Sabtu, 7 Mei 2011

“KASIH SAYANG SEORANG IBU”


Saat kamu berumur 1 tahun,dia menyuapi dan memandikanmu..
*sebagai balasannya kamu menangis sepanjang malam..
saat kamu berumur 2 tahun dia mengajarmu cara berjalan..
*sebagai balasannya kamu hilang semasa dia memanggilmu..
Saat kamu berumur 3 tahun, dia memamasakan semua makanananmu dengan kasih sayang..
* sebagai balasannya,kamu buang piring berisi makanan ke lantai..
 Saat kamu berumur 4 tahun,dia memberimu pensil berwarna..
* sebagai balasannya, kamu conteng dinding rumah dan meja makan…
Saat kamu berumur 5 tahun, dia membelikanmu pakaian-pakaian yang mahal dan indah..
* sebagai balasannya, kamu memakainya untuk bermain lecak lumpur dekat rumah..
 Saat kamu berumur 6 tahun,dia mengantarmu pergi ke sekolah..
* Sebagai balasannya, kamu berteriak” tak nak sekolah,!!”dan kamu mahu dia menemani kamu sehingga habis waktu sekolah.
Saat kamu berumur 7 tahun, dia membelikanmu bola..
* Sebagai balasannya,kamu lemparkan bola ke tingkap jiran..
Saat kamu berumur 8 tahun dia memberimu ais krim..
* Sebagai Balasannya,kamu tumpahkan hingga mengotorkan seluruh bajumu..
 Saat kamu berumur 9 tahnun,semasa dia mengajarmu mengaji al-Quran
* Sebagai balasannya,diam-diam kamu buka tv disaat dia mahu kedapur mematikan punat dapur gas...
 Saat kamu berumur 10 tahun,Dia mengantarkanmu mengaji alQuran kerumah Ustaz Salleh sebab kamu kata bosan mengaji di rumah..
* Sebagai balasannya, kamu singgah rumah Pak Maon intai orang belajar silat.
 Saat kamu berumur 11 tahun, Dia membelikan basikal yang baru kerana alasan kamu basikal lama tak up to date
* Sebagai balasannya,kamu menonggang dengan membuat aksi ala-ala mat rempet
 Saat kamu berumur 12 tahun,dia melarangmu untuk melihat rancangan  TV untuk golongan atas 18 tahun..
· Sebagai balasannya,kamu tunggu dia tidur..
 Saat kamu berumur 13 tahun,Dia menyarankanmu untuk memotong rambut,karena sudah waktunya..
* Sebgai balasannya,kamu katakan dia tidak tahu selera remaja...
Saat kamu berumur 14 tahun,dia suruh kamu menutup aurat..
· Sebagai balasannya,kamu,”panaslah mak!” ..
Saat kamu berumur 15 tahun,dia ingin bersembang-sembang dan bermesra dengan kamu.
· Sebagai balasannya, kamu kunci pintu bilikmu..
Saat kamu berumur 16 tahun,kamu minta topupkan kredit hand phone kamu
· Sebagai balasannya,kamu bukan menalifon dia malah bergayut dengan boyfriend/girlfriend kamu...
Saat kamu berumur 17 tahun, dia memberi kamu wang saku untuk keperluan sekolah dengan meminjam wang dari Pak Muluk atau menggunakan kad kredit.
· Sebagai balasannya,kamum membelanja kawan-kawan kamu makan .
 Saat kamu berumur 18 tahun,dia menangis terharu ketika kamu lulus SPM..
* Sebagai balasannya, kamusebok minta hadiah..
 Saat kamu berumur 19 tahun, dia membayar pendaftaran kamu di IPT dan  mengantarmu ke kampus pada hari pertama..
· Sebagai balasannya,kamu minta diturunkan jauh dari pintu gerbang agar kamu tidak malu di depan teman-temanmu…
Saat kamu berumur 20 tahun,dia bertanya, “dari mana saja seharian ini?”
· Sebagai balasannya,kamu jawab, “Ah,emak ni,adalah urusan,kan saya dah besar.!”
Saat kamu berumur 21 tahun,dia menyarankanmu satu pekerjaan yang bagus untuk  masa depan..
Sebagai balasannya,kamu katakan.,”Saya tidak mahu jadi seperti emak.”
Disaat 22 tahun tatkala dia sentiasa bersedia untuk mahu berkongsi masaalah kepada kamu
Sebagai balasannya kamu lebih suka berkongsi masalah dengan pakwe/awek kamu,siap menceritakan kelemahannya dengan awek/pakwe kamu.
Saat kamu berumur 23 tahun,dia memelukmu dengan haru saat kamu melepasi hari Konvokesyen..
· Sebagai balasannya,kamu kata,cepat sikit mak saya nak ambil gambar dengan kawan-kawan.
Saat kamu 24 tahun bila dia mencadangkan calon menantunya yang beriman dan soleh.
Sebagai balasannya kamu kata,”alah mak yang nak kahwin kan saya,ikut selera saya lah.”
Saat kamu 25 tahun,dia menasihatkan isteri/suami kamu
Sebagai balasannya kamu kata”Emak,emak telah mengecilkan hati suami/isteri saya”
 Saat kamu berumur 26 tahun, dia memberikan kamu petua untuk menjaga bayi.
· Sebagai balasannya,kamu katakan padanya,”Emak, sekarang zaman dah berubahlah!”
Saat kamu berumu 40 tahu,dia menasihatkan cucunya agar mengerjakan solat
Sebagai balasannya  kamu kata “emak,emak janganlah masuk campur urusan keluaga saya,tahulah kami apa nak buat.
Saat kamu 45,emak menalifon kamu semasa kamu bermesyuarat
Sebagai balasannya “maaf mak saya tengah meeting,nanti saya panggil balik” dia pun menunggu nunggu panggilan dari kamu,tapi tak kunjung tiba.
 Saat kamu berumur 50 tahun, dia sakit-sakit sehingga memerlukan perawatanmu..
· Sebagai balasannya,kamu kata,susahlah nak mintak cuti.
  
DAN HINGGA SUATU HARI,.dia meninggal dengan tenang..
“ Dan tiba-tiba kamu teringat semua yang belum pernah kamu lakukan untuknya,dan sekarang anak-anak kamu talah melakukan apa yang telah kamu lakukan kepadanya.Kamu tidak sempat meminta maaf padanya.

*Puisi ni bukan original tapi makbonda dapat dari laman web indonesia dan telah diubahsuai mengikut iklim semasa,sudah lama dulu dalam simpanan,sudah lupa linknya.


Isnin, 2 Mei 2011

Taaziah dan Tahniah untuk seorang ibu.

Sabtu lepas usai program motivasi UPSR di sekolah,Makbonda dan suami membelah lebuhraya Utara Selatan bersama anak-anak yang masih ada di rumah,menziarahi sepupu Makbonda di Felda Tenang. Nama panggilannya Ucuk,dia ialah kakitangan Felda. Kami jarang berjumpa tapi hubungan kami rapat  mungkin sebab kami seusia dan punya ciri-ciri persamaan dalam banyak perkara. Bapa dia Paklong kami telah meninggal dunia,dan bapa saya pak Ngah dia. Dia berkahwin lebih dulu dari Makbonda,jadi melahirkan anak lebih awal. Anak keduanya sebaya anak Makbonda tetapi lepas itu dia berhenti dari bersalin,sedangkan Makonda terus melahirkan sehingga anak keenam,barulah dia melahirkan satu lagi. Jumlah anak dia 3 berbanding Makbonda 6. Semasa anak sulungnya berusia 10 tahun dia telah diuji. Allah SWT telah mengambil anaknya kembali ke Rohmatullah berpunca dar sakit perut secara tiba-tiba.Anak keduanya lelaki,melompat kelas semas ujian PTS. Punya hati yang terang sehinggakan melayakan untuk diterima di Sekolah Darul Quran di Kubu Kubu Baru. Bercita-cita mau menjadi ulama’. Setelah tamat berpeluang melanjutkan ke sebuah Universiti di Madinah. Ucuk yang disayangi dan di rahmati Allah telah diuji sekali lagi. Cerita mengenai kisah kisah ujian beliau ada tersiar di sini, di sini dan di sini. Allahyarham juga mempunyai faecbok,jika beliau bukan seorang yang baik tidak mungkin begitu bayak komen yang tersiar di fbnya yang menyatakan tentang kesedihan dan rasa kehilangan,contohnya disini. Begitu juga dengan nota-nota yang sepupu-sepupu,bapa saudara dan juga rakan-rakan face book nya .

Setelah mendapat tahu kejadian Ucuk suami dan anak yang 11 tahun usianya terus membuat visa untuk terbang ke Bumi yang di Rahmati Allah itu.Subhanallah ,segala urusan di sana mat mudah sekali,pihak universiti amat memberi layanan begitu baik dengan segala perbelanjaan  selama 10 hari ditanggung oleh mereka. Selain dari ucapan taaziah,dia juga mendapat ucapan tahniah.Begitu lah rahmatnya kematian seorang Hufaz,di tanah cuci Allah pula,jenazahnya bersemadi di tanah Baqi’ bersama-sama para keluarga dan sahabat-sahabt Nabi SAW serta para shuhada'. Malaikat dan manusia mendoakannya. Makonda tidaklah begitu sering bertemu dengan Allhayarham,sebab semamangnya kami jarang berjumpa tapi ikatan darah mendekatkan jiwa kami.Rahmatnya tempias kepada kami.Banyak sangat yang kami dapati dari peristiwa ini.

Sangat berbaloi Makbonda meluangkan masa mengunjungi Ucuk dan adik beradiknya yang telah kematian kedua ibubapa mereka dan kami mememang sudah lama tidak berjumpa,hanya sering berhubung di fb masing-masing.,disamping itu juga menguatkan ukhuawah,merapatkan hubungan anak-anak dengan saudara mara 3 pupu mereka.

Al Fatehan untuk Mohmd Iszudin bin Nordin.

Catatan Popular