DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Selasa, 23 Ogos 2011

Ehya' Ramadhan

Hujung minggu lepas jadual Makbonda penuh. Dalam Ramadhan yang hampir meninggalkan kita kalau dulu-dulu waktu beginilah yang paling sebok membuat persiapan hari raya,mengemas rumah,membuat kuih raya yang setahun sekali baru dicuba dan bermacam-macam lagi.Tapi kali ini jadual dipenuhi dengan aktiviti ehya Ramadahan. Hari Sabtu di sebuah Masjid di kampung berhampiran dalam brosher tercetak   PROGRAM KHUSUS MUSLIMAT MENGGAPAI BINTANG DAERAH SABAK BERNAM.........Alhamdulillah, yang telah memberi peluang untuk turut serta,kerana selama ini sentiasa berdoa agar dapat memunafaatkan usia. Peserta terdiri dari 10orang wakil setiap masjid dan setiap Sekolah Renda Agama JAIS. Penuh sendat dalam masjid,semuanya muslimah. Antara programnya solat dhuha,solat tasbih,tazkirah dan tadarrus.Yang paling  menarik ialah ustazah  yang menyampaikan tazkirah. bertajuk "Wanita Tunjang Kecemelangan Keluarga"  Tajuk yang baisa-biasa tapi  menjadi luar biasa kerana penyampainya muslimah yang luar biasa. Disampaikan dengan penghayatan ketara keikhlasannya.Sehingga menerbitkan suasana yang hening dan syahdu,terdengar esakan di sana sini bersahutan.
Apabila seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan, memelihara kehormatannya (aurat) serta mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga”  Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.” Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?” Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami

Memang benar sekarang ramai wanita diuji atas kekurangan isteri,suami malas bekerja,malas mencari ilmu,ikan tanggungjawab berkahwin lagi,mengabaikan tanggungjawab keluarga,dan ibu-ibu mengambil alih menyara keluarga.Maka gagallah kesempatan pada ibu-ibu untuk ke pintu syurga akibat dari mengutuk dan hilang hormat pada suami.  .Ramai juga ibu-ibu yang hampir masuk syurga tapi di tarik oleh anak-anaknya kerana ibu gagal mendidik anak-anak sewaktu di dunia.Ibu-ibu sudah tidak berdaya menarik tali layag-layang anak dan terus bersekongkol dengan tingkah laku anak-anak nauzubillah. Ustazah berdoa sambil diaminkan oleh peserta dengan seribu esakan.

Hari Ahad pula menghadhiri majlis seperti didalam imej sebelah. Pada pagi itu hari sungguh bening,cuaca tidak panas juga tidak sejuk,tapi malangnya hari tu jugalah jalan di hadapan masjid ditutup kerana perarakan mengusung tokong.Sambil melihat tingkah laku mereka terasa belasnya manusia di tipu daya oleh syaitan.Upucara mereka benar-benar mengganggu. Perkarang masjid dicemari dengan bau asap colok........kadang hairan juga apa-apalah yang dibuatnya,bagaimanalah rupa kitab rujukannya.


Ini adalah antara berkat atau door gift yang dibekalkan pada setiap peserta,Semoga ianya bermunfaat.


Khamis, 18 Ogos 2011

Lawak lailatul Qadar.



Satu ketika dulu di sekolah makbonda menerima seorang guru lelaki yang berpindah dari sebuah sekolah di Perak,dari rekod yang dibawanya setelah 6 bulan disana. Dengar kata juga dalam masa 4 tahun entah beberapa sekolah beliau dipindahkan,tentu ada yang tidak kena......Berimejkan pakaian sunnah.......dan gemar berbincang mengenai ilmu Islam. Pada mulanya kami gembira menerima kedatanggannya sekurang-kurangnya terisi kekosongan rohani kami.Lama kelamaan terserlahlah bahawa apa yang di bawaan dan dihidangkan kepada kami lari dari garis agama,dan kemuncak pada keterselahanya ialah bila beliau bercerita mengenai pengalamannya beberapa kali telah bertemu Lailatul Qadar. Dengan menggunakan dalil bahawa sewaktu Lailatul Qadar air menjadi beku, beliau bercerita pada malam itu semasa berqiamullail dia meletakkan tangan didalam satu bejana,lalu beliau tertidur,bila terjaga dia tidak dapat mengangkat tangannya kerana airnya telah membeku.Dan bermacam kesah lagi. Masalahnya ada yang percaya. Kalaulah betul dia pernah berjumpa Laitul Qadar tentu punya akhlak yang baik,sedangkan dia masih menghisap paip dan sering tidak masuk kelas kerana leka bertelifon yang menurutnya pelanggan perbomohannya.Sememangnya begitua mudah dia dapat  mengumpulkan pengikut,dan beberapa staf sekolah yang telah mula terpesona dengannya. Begitu mudahnya benda-benda sebegini mendapat tempat. Maka dalam masa 6 bulan dia telah mendapat arahan pindah ke sekolah lain pula.


sumber

 
“Apakah dengan Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu beristihza’ (bersenda gurau atau bermain olok-olok)? Tidak usahlah kamu meminta maaf. Sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu beriman”. [Surah at-Taubah: 65-66 )

“Alangkah kejinya kata-kata yang keluar dari mulut mereka itu. Mereka tidaklah berkata sesuatu melainkan dusta semata-mata.” [Surah al-Kahf: 5].

Ahad, 14 Ogos 2011

Tadarus 2



Rutin biasa di sekolah,antara aktivit ehya Ramadhan ialah tadarus Al Quran. Murid tahun 6 akan dibahagikan dalam kumpulan bersama guru-guru membaca seorang demi seorang yang lain menyemak.. Dalam kumpulan Makbonda ada 4 orang pelajar perempuan bersama 3 orang guru....perempuan juga. Oleh kerana bilangan murid tahun 6 hanya 22 orang maka pembahagian agak kecil.

Pelajar perempuannya terdiri dari Adibah(berpengathaun) dan Adabiah(sopan)Afrina(putih) dan yatimah(anak yatim)(bukan nama sebanar,tapi nama diberi oleh makbonda berdasarkan karektor dan sifat fizikalnya).

Adibah dan Adabiah ada hubungan sepupu.Bapa mereka adik beradik,kedua-duanya ustaz sekolah menengah,yang berlainan.Anak Pak kiayai,mereka adalah antara barisan tuan hakim yang bijaksana dalam majslis-majlis MTQ daerah dalam acara tilawah al Quran. Kedua-duanya juga adalah eset begi sekolah mereka bertugas. Mereka fasehan  berbahasa  mandarin sebab kedua-duanya bersekolah rendah jenis kebangsaan cina dahulu. Mereka sering diberi peranan menyelesaikan masaalah disiplin pelajar cina yang ada setengah guru menghukum mereka dengan kejam dengan menggelara jelmaan makhluk yang dilaknat.

Sementara  Afrina anak kepada pembantu makmal yang dikariahnya adalah antara barisan bilal yang mengumandangkan azan setiap waktu dan ibunya ustazah sekolah menegah. Yatimah pula bapanya meninggal semasa dia bayi lagi,dan ibunya surirumah.Kesemua kempat-empat mereka membaca dengan baik sekali,tanpa kesalahan.


Kenapa perlu makbonda cerita panjang lebar tentang ibubap mereka? Ya,agar kita dapat meletakan nilai anak-anak mereka pula.

Kumpulan kami diberi juzuk 7 hingga 12. Telah beberapa hari aktiviti berlangsung. Membaca mengikut giliran , seorang baca dan yang lain menyemak . Semua ,termasuk guru. Situasi yang sangat penuh dengan kerahmatan dan keberkatan,bila anak-anak gadis sunti yang belum datang haidh ini membetulkan bacaan guru yang rata-rata melebihi 40tahun ke atas.Dengan kekerapan yang agak tinggi,bukan sekali tapi acapkali.Guru-guru mereka yang mengajar mereka bangaimana membunyikan konsenon 'ng' atau 'ny',yang mengajar mereke manukar fraction kepada decimal,yang menceritakan siapa tokoh sebenar yang memperjuangkan kemerdekaan Malaysia, juga yang mengajar mereka bagaimana mahu menyambung litar agar arus elektrik mengalir,dan berbagai lagi.Guru-guru pula menerima situasi begini dengan penuh terbuka. Semoga mereka melalui madrasah Ramadhan yang penuh keberkatan dan kerahmatan ini dengan markah yang tinggi berbanding TOV dahulu.

.

Selasa, 9 Ogos 2011

Tarawikh


Usai Tarawikh,waktu semua jamaah bangun bersalaman,berdakap sambil berselawat,Lek Musalmah masih terpaku di sejadah. Kelihatan bahunya bergerak-gerak dan terdengar esakan yang di tahan-tahan. Waktu semua orang telah mencicip juadah moreh, beliau masih bertafakkur. Sehingga semua beredar,ada yang mendapatkan suami masing-masing dan tidak kurang juga yang  ke kenderaan sendiri. Pak Siak talah memutuskan satu demi satu litar lampu. Makbonda masuk keruangan mosolla muslimah mendapatkannya,lalu memegang bahunya. Balasan darinya terus dia mendakap erat tubuh Makbonda. Makbonda biarkan dia puas. Tanpa soalan dia membuat kenyataan

"Lek teringat Aruah Lek lelaki(suami beliau) kamu"
"Alhamdulillah....mudaha-mudahan dia bahagia di sana"
"Ia kalau dia masih hidup tentu dia sangat gembira......Kalau dia dapat tengok Jijan tadi tentu dia suka sangat"
"Dekat sana pun dia nampak Lek Mus,dia pun bahagia,sama...sebab itulah antaranya hubungan yang masih bersambung walaupun telah berbeza alam,anak yang soleh yang mendoakan kedua ibubapanya."
"Ia betul kata kamu,tak taulah kenapa malam ni lek hiba sangat,malam-malam yang lepas tak lah macam ni....kami berpisah mati bukan berpisah hidup...kamu tak rasa lagi...Lek lelaki kamu pergi dalam lek belum bersedia nak hidup sendiri. dah sepuluh tahun rasa baru lagi. Malam selalu Jijan jadi imam Lek macam biasa je,tapi tau tahu kenapa malam ni lain sangat. Tadi Lek ternampak macam kelibat Lek Lelaki kat barisan jemaah,hati lek tak karuan,Lek Rasa macam dia ada kat sini"
Lek Musalmah semakin nampak tenang dan lancar bicaranya, scuma ekarang tiba-tiba Makbonda pula yang mendapat jangkitan.

Sembilan semua anak makcik Musalamah,kesemuanya telah bertebar keseluruh pelusuk bumi. sehingga di negara terbit sebelah sana,tinggal sibungsu yang masih bujang baru lepas SPM dan anak lelakinya Jijan yang telah beristeri dan membena rumah di halaman rumah ibunya. Kesemua anak-anaknya telah melewati IPT dan menjawat berbagai-bagai lapangan kerjaya,tapi Jijan tidak bersekolah tinggi,selepas tahun 6 beliau dihantar mengaji tahfiz di kelantan,tapi dia tidak dapt menamatkan pengajiannya,lalu balik tinggal bersama ibunya dengan menjalankan bermacam-macam pekerjaan akhirnya ditawarkan mengajar sekolah rendah agama. Walaupun tidak dapat menghabiskan pengajiannya beliau telah dapat menghafaz beberapa juzuk al Quran. Bila tampuk pemerintahan negeri berubah dan penduduk kampung boleh memilih sendiri Imam masjid serta organisasinya,mereka sebulat suara melantik beliau menjadi salah seorang imam.Pada awalnya beliau agak keberatan disebabkan faktur usia atau rasa rendah diri,tetapi penduduk kampung dan juga keluarganya memberi perangsang untk beliau menerima kerana semua telah maklum akan kelebihanya.
Sekarang dia adalah antara imam yang bergilir mengimami solat tarawikh. Beliau telah mewarnai ibadat terawikh di masjid ini,merubah sedikit dari imam lain yang hanya menggunakan surah-surah lazim . Alunan suaranya yang begitu shahdu menyebabkan  para jemaah merasakan terlalu cepat habisnya tarawikh   22rakat. walaupun menggunakan surah-surah panjang tidak terasa,tiba-tiba sahaja telah sampai ke witir..

Oh telah sembilan hari Ramadan rupanya......malam tadi makbonda berjemaah terawikh bersama emak,dirumah emak......bapak uzur,tidak mampu ke masjid........Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.



Ahad, 7 Ogos 2011

Tadarus


Alhamdulillah program tadarus Muslimah di Masjid kampung Makbonda telah bermula Sabtu semalam setelah 6 hari Ramadahan…agak lewat kerena ustazah uzur.
Tidak mengapalah lewat yang penting berjalan. Tambahan lagi ustazah mengajar di sekolah jadi kesempatan hujung minggulah yang dapat digunakan.
Selama ini program tadarus yang dijalankan adalah dengan membuat kumpulan-kumpulan kecil dan setiap kumpulan diberi juzuk tertentu untuk di baca. Dalam setiap kumpulan ada 2 atau 3 orang ahli. Seorang membaca dan yang lain menyemak. Makbonda rasa ada sesuatu yang tidak puas hati dengan kaedah begini. Kalau dalam kumpulan tersebut ada yang ahli sedikit hukum-hakam tajuwid tidak lah menjadi hal,bagaimana pula jika kesemuanya tidak punya ,tidak ada pembetulan dalam bacaan, akibatnya kesalahan yang sama berulang-ulang walaupun telah beberapa tahun,berulangkali mengikut program tadarus. Kesalahan-kesalahan dari segi panjang pendek bacaan serta penggunaan makhraj sering diabaikan tanpa pembetulan,sehingga boleh mengubah maksud ayat. Pernah juga dicadangkan agar pastikan setiap kumpulan ada seorang yang sedikit betul bacaannya,tapi masing masing mahu dengan kawan-kawan rapat sendiri.
Pada ketika itu tiada ustazah yang mahir untuk memimpin program,paling ada pun ustazah yang pernah masuk pertandingan tilawah wanita. Bertadarus semata-mata membaca Quran sehingga khatam dalam masa setengahari,dan terus buat acara khatam Quran,sambil ada pula bunga-bunga telur. Makonda pun hairan apa kaitan khatam dengan bunga telur.Bukankah maksud tadarus itu sendiri ialah yang mempelajari, meneliti, menelaah, mengkaji dan mengambil pelajaran.Tapi atas tanggungjawab untuk turut serta dalam masyarakat,ikut sahajalah,dengan harapan sedikit demi sedikit dapat menyuntik untuk membetulkan cara.

Alhamdulillah,kali ini Allah turunkan kepada kami  kepimpinan seorang uztazah yang betul-betul ahli,Berpendidikan tinggi dan sangat mahir dalam hukum bacaan juga tafsir. Kaedah tadarus telah di ubah. Bertadarus Quran bukan untuk khatam tapi untuk mendapat keberkatan dan kerahmatan Alquran. Tidak guna membaca dan khatam berulangkali tapi ayat-ayat Allah itu tidak menyentuh hati pun.Tidak ada kumpulan-kumpulan,membaca secara bergilir dan semua menyemak sama. Sudah pastilah segala kesalahan dapat dikesan dan dibuat pembetulan. Dalam masa 2 jam hanya dapat menghabiskan 2 juzuk. Tidak mengapa tapi Kualiti bacaan dapat ditingkatkan. Selepas habis ustazah mengulas bacaan dan memberi ingatan bahawa dengan kesalahan baris satu huruf adakalanya mengubah makna. Ustazah juga memilih beberapa ayat untuk di tafsirkan. Ya cukup berkesan…peserta tadarus sangat teruja…barulah bacaan AlQuran dapat menyentuh jiwa………..walau pun bilangan peserta agak berkurang di bandingkan dengan kumpulan yang menjalankan kaedah lama. Masih ada kelompok yang tidak bersetuju dengan kaedah yang ini,bagi mereka lambat dan mereka punya banyak kerja lain yang mahu diselesaikan. Tidak mengapa biar kita dalam kumpulan yang sedikit tapi berkualiti

Dan apabila dibacakan Al-Qur’an, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat .(QS. Al-A’rah: 204)  

“Apabila berhimpun sekumpulan manusia di suatu rumah Allah (masjid) kerana membaca kitab Allah (al-Quran) dan saling mempelarinya antara sesama mereka, maka turunlah ke atas mereka ketenteraman, mereka dilimpahi oleh rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah menyebut nama mereka di hadapan malaikat-malaikat yang berada di sisiNya”. (Riwayat Abu Daud) 

Jumaat, 5 Ogos 2011

Encik Asnaf

Satu ketika sedang makbonda duduk didalam kereta menunggu suami membeli sesuatu di bazar Ramadha,tiba-tiba mata Makbonda terpandang Pakcik Asnaf sedang membeli 4ekor ikan cencaru panggang di satu gerai.Hari itu agak mengurus puasa makbonda kerana membiarkan hati berkata-kata.
"Kalaulah membeli lemang atau rendang tok yang begitu rumit urusannya tidaklah mengapa,setakat membakar ikan cencaru bukankah banyak arang tempurung di rumahnya"
Bukan apa antara sumber ekonominya ialah membakar tempurung untuk menjadi arang,apa susahnya beli sahaja ikan cencaru mentah,siang,bubuh garam,asam dan kuncit,bungkus daun pisang dan letak dekat atas bara. Lebih murah. Adakah itu dikategorikan kelemahan mengurus perbelanjaan atau mengurus nafsu.

 Bukan nama sebenarnya pakcik Asnaf,tapi beliau adalah salah seorang penerima asnaf zakat.Untuk menjadi salah seorang asnaf juga perlu dipohon. Pihak zakat tentulah menilai berdasarkan iasi kandungan borang permohonan.

Sekarang pihak zakat agak berhati-hati meluluskan permohonan taraf asnaf ini. Sesiapa asnaf yang ada astro di rumah akan dibatalkan taraf asnafnya.
"Astro ni  bukan saya yang belilah tuan,ni anak saya yang bayarkan" kata salah saeorang Pakcik Asnaf tersebut dengan nafas turun naik.
"Pakcik bagi tahu anak,daripada duit buat bayar astro lebih baik bagi kat pakcik buat belanja"

Suatu masa pihak zakat telah menegur segelintir  asnaf yang menaiki kereta mewah semasa hadhir menerima sumbangan.
"Tuan-tuan,saya harap lain kali bila datang terima sumbangan janganlah naik kereta besar-besar,walaupun itu kereta pinjam atau kereta anak,parkir jauh-jauh supaya saya tidak rasa terkilan" Seru pegawai zakat tersebut.
 Pada ketika itu berdenyut-denyutlah para jiwa Si Pemerhati situasi tersebut,sedikit-sedikit gugur pahala puasanya sebab terberkata dalam hati " Anak pakai estima,tapi bapanya En Asnaf."

Sekarang pihak zakat juga mewajibkan para asnaf menghadiri pengajian bulanan,kedatangan di catat,sesiapa yang tidak hadhir akan di batalkan taraf asnafnya.Walaupun dalam keadaan terpaksa sekurang-kurangnya dapatlah menyirami jiwa yang sedang  kontang. Yang ironinya ada segelintir  yang sebok mencari buku kedatangan untuk mencatatkan nama sendiri,kalau anak murid di sekolah berbuat seperti ini kad kurang beban guru. Pengajian tersebut diserahkan kepada pihak masjid untuk menguruskannya. Di buka juga untuk yang bukan asnaf. Pernah sekali terlontar di mulut mereka apabila Ustaz mengesyorkan agar mengamalkan solat dhuha agar rezeki lebih dekat dan mudah.

"Kami ni orang susah ustaz,kena kerja,macamana nak sembahayang tengah kerja kotor-kotor."

Yang sangat menterperanjatkan lagi,seorang makcik yang sudah bercucu dan telah kematian suami 5 tahun yang lalu, secara selamba membuka aibnya,bahawa selama ini dia tidak pernah mandi junub.
"Macamana ya ustazah,kena qada' ke?" ?????



"Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana".at-Taubah ayat 30

Rabu, 3 Ogos 2011

Iftar



Ramadhan kali ini Mabonda lebih banyak beriftar berdua sahaja dengan si bungsu.Abah mereka beriftar di masjid sebab itulah azam beliau, bila kami telah tinggal berdekatan di masjid. Beliau dengan beberapa rakanya mahu memastikan masjid sentiasa di imarakkan sewaktu Maghrib di sepanjang Ramadhan sebagaimana masjid-masjid di bandar. Kebanyakkan masjid di desa-desa kurang imara' sewaktu maghrib di bulan Ramadhan kerana penduduk lebih memberatkan berbuka di rumah masing-masing.

Makbonda telah mengikat  perjanjian dengan si bungsu bahawa kami akan beriftar seringkas yang boleh dan lebih kepada menjaga kesihatan dari menjaga nafsu. Sambil itu mahu membantunya mencapai azamn untuk mengurangkan kg nya. Nampaknya ikatan perjanjian kami agak terlonggar sedikit,setiap Abah mereka pulang selepas Maghrib, tangannya menjinjit bungkusan yang berbagai menu.
"Kenapa banyak sangat?"
"Peruntukan untuk 30 orang,yang ada tidak lebih dari 15orang.Dah tak ada orang nak makan"
"Kenapa kita je yang bawak balik,kan ada orang lain yang susah"
"Mana ada orang susah nak beriftar kat masjid,yang ada cikgu-cikgu bersara,ustaz-ustaz......yang susah-susah tak datang masjid pun, saya bawak yang orang dah tak mahulah ni"

Nampaknya seandainya kami juga tidak mampu menghabiskan juadah tersebut kami tidak akan membuangnya tetapi kami kongsikan bersama ayam-ayam di reban.Itulah antara tujuan kami memelihara ayam,agar rezeki kami mendapat lebih kerahmatan.

Sebenarnya ada pihak yang menaja untuk setiap iftar,tetapi hanya beberapa orang sahaja yang turut serta,berbanding masjid-masjid di bandar. Mungkin beberapa faktur antaranya bilangan penduduk yang semakin mengecil berbanding di bandar. Loaksi masjid yang tidak di tempat laluan musafir. Kefahaman tentang kemuliaan masjid belum begitu kukuh.Sedangkan di bandar dengan penduduk yang ramai,jamaahnya mungkin terdiri dari anak-anak kampung ini yang berhijrah kebandar , di kampung hanya tinggal ibu tunggal yang tinggal bersendirian.

Walaubagaimanapun bilangan bertambah setiap silih berganti Ramadhan,Sesekali makbonda turut serta juga tetapi hanya kami. Untuk mengubah satu-satu kebiasaan bukan sesuatu yang mudah,semuanya bergantung kepada hidayah Allah.

Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk”.At-Taubah ayat 18

”Mana sahaja daripada suatu masyarakat yang berkumpul daripada rumah-rumah Allah AWJ (masjid-masjid), membaca dan belajar Kitabullah dan mempelajarinya sesama mereka, mereka akan didampingi oleh malaikat, diliputi oleh rahmat dan Allah akan mengingat mereka pada makhluk-makhluk yang berada disisiNya”. (H.R. Ahmad)

Catatan Popular