DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Jumaat, 30 September 2011

الحجاج.


Pertama kali Makbonda mengalami suasana menghantar Jemaah haji adalah tahun 1969. Embah Lanang dan Embah Wedok(sebelah bapak) serta Paklong menaiki Kapal Bunga Raya dari Pelabuhan Singapura,dan kami menunggu di Pelabuhan Kelang. Bapak menyewa satu kereta untuk kami sekeluarga. Manusia melaut ramainya,itulah pertama kali makbonda berada dalam suasana yang begitu ramai manusia,sudah pasti dengan tujuan yang sama iaitu menghantar saudara mara pergi menunaikan haji. Kami tidak dapat bertemu mereka dari dekat hanya melihat dari bawah,hanya bapak yang dibenarkan menaiki kapal  bertemu mereka. Kapal itu terlalu besar,mereka berada di atas dek,hanya lambai melambai. Nampak Embah menitiskan air mata,ialah sudah lama kami tidak bertemu,kemudia beliau mencampakkan gulungan wang kertas kepada kami.

Kali kedua 1978 menghantar Bapak dan Embah(sebelah emak). Kami menaiki bas yang disewa oleh Embah dan Besan-besannyanya. 6 orang yang pergi haji tapi  1 bas penuh yang menghantar. Ketika itu di Lapangan Terbang Subang. Semasa para Bakal Jemaah menaiki tangga kapal terbang kami dapat melihatnya dari anjung tinjau. Boleh lambai-lambai tangan sekali.

Kemudian para penghantar Jemaah haji tidak perlu ke lapangan terbang,memadai ke Komplek Haji di Kelana Jaya. Jemaah haji akan di bawa menaiki bas khas, penghantar boleh pulang setelah Jemaah haji mendaftar di Komplek tersebut.Tapi makbonda tidak pernah mendapat peluang untuk menghantar sehinggalah Makbonda pergi sendiri tahun 1996.Pada ketika itu tidak banyak khemah yang di dirikan,Jemaah dan penghantarnya hanya berlindung di kaki lima. Tiba-tiba hujan dengan lebatnya,habis tempias dan semua yang ada habis kebasahan.Tahun demi tahun telah ada beberapa pembaikan. Banyak khemah=khemah yang di dirikan guna untuk menampung penghantar yang begitu ramai bilangannya itu. Bayangkan 2 orang jemaah yang pergi dihantar oleh 3 buah kereta atau lebih,mungkin ada yang menaiki bas. Mana boleh di tahan-tahan dengan mengadakan kempen agar mengurangkan penghantar.Mereka menghantar semata-mata atas silaturrahim,siapalahyang mahu bersusah payah datang jauh-jauh di tempat sesak yang tidak menyelesakan itu,bukan ada pulangan material pun tapi semuany adalah atas semangat silaturrahim dan kasih persaudaraan.

melaut manusia
menunggu giliran



bagasi
makan pil mabuk



Semalam Makbonda menghantar kakak ipar melaui KT03.Hanya 2 orang yang pergi tapi yang menghantar 3 kereta,belum lagi saudara mara yang tinggal di Lembah Kelang atau yang tidak sempat mengucapkan selmat semasa di kampung. Inilah kesempatan untk bertemu . Salah seorang dari mereka yang datang ialah alah-alah Datin Wanabi yang tinggal di tempat yang hujungnya 'Jaya' juga.
"Inilah firstime i masuk sini tau....ya rabbi sesaknya......boleh they all datang ramai-ramai tempat sesak macam ni"
"Habis masa your's family pergi macamna?"
"We all jumpa kat rumah je,cukuplah buat apa nak hantar sampai sini."
"Ya lah,kami orang kampung,jarang ada yang nak pergi jauh,sekali-kali ada orang pergi dapatlakeluar ,ada yang satu bas sekali hantar:"

Tidak lama kemudian tiba waktu magrib,cepat-cepat dia mengajak suami meminta diri keluar,mereka mahu solat di masjid luar,banyak bertaburan di kawasan yang hujungnya Jaya.Lebih lapang dan selesa katanya.

Makbonda mengajak orang yang dihantar untuk segera menunaikan waktu maghrib,pada mulanya dia keberatan,tunggu dulu orang lain habis solat dulu.Orang lain berbaris menungg giliran mengambil wudhuk, kalau kita tidak merebut peluang berbaris tentu tidak dapat,ini adalah pra musafir kita di tanah suci,disana nanti berbaris begini adalah menjadi lumrah,jadi kena mulakan, begitu juga dengan semasa bersolat,tempat solat penuh sesak,boleh sahaja bentang sejadah di mana-mana.Ketika inilah paling sesui untuk kitamembuat perubahan agar bersikap menyegerakan solat.

Musolla yang disediakan rasanya tidak dapat  menampung bilangan jemaah dan penghatarnya jika semuanya menunaikan solat ,Jadi masih ramai diluar sana tidakpun masuk dalam musolla ini,dan mungkin juga mereka jamak Tak'khir atau jamak Taayah.

Pada ketika itu mulalah makbonda beimegenasi,alangkah indahnya kalau  pihak Tabung haji  membawa suasana di Kota Makkah dan Madinah ke perkarang komplek tabung haji ini. Semasa masuk maktu elok di kuatkan suara azan seperti di sana,sebab di sini makbonda sendiri tidak sedar bila masuk waktu. Kemudian di bentangkan sejadah di khemah-khemah agar semua para pengunjung dapat turut serta dalam Jemaah maghrib sambil suara dari Imam di kuatkan agar semua para makmum dapat mendengar.Bukanlah  khemah-khemah itu hanya digunakan untuk membuka bekalan sambil berkelah-kelah sahaja.Sekurang-kurangnya mereka yang berjamak ta'yah akan segan semilau sedikit.

Nanti dalam sepanjang musafir di tanah suci adakalanya pemandu bas memberhentikan perjalanan apabila masuk waktu solat,dan musolla nya bukan secantik di sini,kadang dalamnya penuh pasir,dengan air untuk berwudhuk terlalu terhad. Pemandunya pun hanya bertayammum guna habuk yang melekat di dinding bas. Menurut Bapak pernah satu ketika dia dengar pemandu bas merungut'
"Orang Malyasia datang jauh-jauh mahu menunaikan haji tapi mengabaikan rukun yang lebih penting iaitu solat lima waktu."

Situasi aman dan selesa tidak menentukan solat kita diterima,mungkin dalam suasana kacaubilau atau sedang diacukan muncung senapang ke tubuh kita.solat lebih khusuk  dan penuh rasa penyerahan diri pada Allah,dibanding semasa di karpet gebu dan bilik berhawa dingin.




Khamis, 29 September 2011

عيد ميلاد سعيد لأخي

Masa muda-muda dulu,waktu bapak mula buka tanah,bapak berbual kosong dengan teman seperjuangannya Pak Pangat dan beberapa  lainnya.Berangan-angan mahu pergi haji. Bapak kata
"Agaknya aku dapat pergi bila ada janda kaya tanggung akulah"
"Ha ha ha" Semuanya ketawa.

Ketika usia bapak mencecah 45 tahun,apa yang bapak guraukan telah menjadi kenyataan.

Semua adalah aturan Allah. Embah(emak mertua bapak) telah mendapat hidayah dengan tiba-tiba mahu menunaikan rukun Islam ke lima,tapi masaalahnya tiada siapa yang sanggup menjadi muhrimnya. Semua anak-anak lelaki punya masaalah peribadi masing-masing. Bapak sambil berguarau
"Apalah,ajak pergi haji tak mahu,kalau aku bagi percuma nak aje,nak tunggu kebun berhasil entah bila"
Rupa-rupanya gurauan bapak di ambil kira oleh ipar-ipar lelakinya,dan mereka semua menuding jari pada bapak.Atas persetujuan semua bapaklah yang akan menjadi muhrim kepada embah ke Tanah suci Makkah pada musim haji Zulhijjah 1398.Pada masa itu bapak dan emah telah punya 8 orang anak. Segalanya telah diatur oleh Maha Penciptanya. Tiba-tiba emak didapati mengandung,jika di kira-kira emak akan bersalin pada  sebelum atau  selepas berangkatan bapak ke tanah suci. Siang malam bapak berdoa agar emak selamat melahirkan sebelum keberangkatan bapak. Bukan bapak sahaja tapi semua ipar-ipar dan jiran tetangga. Sehinggakan satu-satunya abang bapak di Johor,Paklong kepada anak-anak bapak telah sepakat dengan isterinya untuk meminta agar bayi yang dilahirkan nanti diserahkan padanya untuk dipelihara,atas sebab tingginya simpati mereka.

Segala doa yang dipohon hamba-hambanya telah di perkenankan Allah SWT.Bebrapa hari sebelum keberangkatan bapak iaitu pada 29/9/1978  = 26/Syawal/1398 emak telah melahirkan,seorang bayi comel yang manis sitampok manggis,berambut kerinting dan bersuara nyaring.Pak Long suami isteri berkejar datang siap dengan kain batik lepas guna untuk menggendung anak buahnya yang lahir dengan penuh kerahmatan dan keberkatan  itu.Tetapi mereka pulang dengan kehampaan. Emak kata;
"Minta maaflah Long dangan kak Leha,sudahlah aku ditinggal pergi,ni anaknya pula nak di ambik,nanti gila meroyan aku."Pak Long suami isteri pun akur dengan keputusan Emak.

Emak ditinggalkan bapak untuk menemani Embah menunaikan haji dalam keadaan masih di dalam pantang. Pada ketika itu kakak tinggal diasrama,sedang menghadapi saat-saat SPM yang bakal menjelang.Jadi kakak tidak dapat tolong emak,tapi dirumah ada adik-adik yang masih bersekolah rendah ada tolong emak.
Hari demi hari bayi manis si tampuk manggis,rambut kerinting tadi   semakin membesar ,kakak dapat jaga dia bila cuti sekolah.Semasa kecilnya dia sangat anti sosial,tidak pandai campur orang,jangan ada orang datang usik mainannya,keluar otot-otot di lehernya dek kerana tekanan suara lantangnya,dan mukanya akan ditarik sekuat-kuatnya.
Pada ibu-ibu yang punya anak-anak seperti itu janganlah gundah gulana,tidak mengapa,nanti bila besar berubahlah dia. Sebagai buktinya budak kecik manis si tampuk manggis ini telah berubah sama sekali bila dia dewasa,insan yang sangat bermandiri dalam hidupnya. Inilah adik kakak yang ke sembilan yang lahir pada tarikh masihi hari ini. telah menjadi sedewasa ini,punya 3 orang anak hasil perkongsian dengan isterinya yang comel dan sentiasa terukir senyuman di wajahnya,tabah menjaga anak-anaknya,sama seperti ibu mertuanya, sebab suaminya sering meninggalkannya keseluruh pelusuk benua.

 
 Masa 3 tahun,sangat sukar difoto,wajahnya sentiasa disembunyikan ke badan emak.
Wah! panjangnya kaki dia,semoga dia bertambah kaya dan dapat membawa kakaknya sekali apabila berjalan.

 Seorang bapa yang sangat mithali.



Eeleh, macam YB kena temuramah,tapi sayang tak tengok rancangannya ke udara
 Kan macam YB betul!

Semoga Adik kakak ini sentiasa hidup dalam keberkatan dan kerahmatan,tabah menghadapi apa jua ranjau kehidupan,punya suasana keluarga yang penuh kebahagiaan di dunia dan akhirat.Sentiasa didalam naungan Taufik dan Hidyah Allah.Memunafaatkan usia yang tinggal dengan penuh hikmah.

Selasa, 27 September 2011

Pemburu

Megat Zainal Abidin memang pencinta wanita,sebab dia amat gemar dan licik memburu wanita,bukan untuk apa-apa "Saja suka-suka" katanya.Para wanita ramai juga yang respons bukan atas kekacakannya tapi atas melangkolik ayat yang ditaburnya.
sejak bujang hinggalah kini

Ingatkan bila talah berkahwin dan dapat isteri yang cantik dan baik seperti Siti Nor Rabiatul Adawiah,penyakit pemburu cintanya sudah sembuh rupanya sel-selnya aktive kembali bila dia telah di naikan pangkat dan berjauhan dengan isterinya.Tambah sekarang bertambahnya wadah-wadah atau bekas-bekas yang cukup ramuan untuk kelicinan senjata perburuannya. SMS,face book,twitter dan berbagai wadah lagi.

Beberapa ketika telah berkocak bahtera rumahtangganya apabila Siti Nor Rabiatul Adawiah menjumpai sesuatu yang mencurigakan di kotak mesej yang lupa di logoutkan oleh Megat Zainal Abidin atu di kotak meseg handphonenya .Setelah berkali-kali menafikannya dan meyakinkan Siti Nor Rabiatul Adawiah itu semua hanyalah suka-suka,maka gelora yang melanda tenang kembali. Pada suat hari virus syakwasangka Siti Nor Rabiatul Adawiah menyubur kembali sebab beliau telah terjumpa nombor akau sim baru  Megat Zainal Abidin. Kali ini Siti Nor Rabiatul Adawiah mahu bertindak dengan tenang dan waras sebab jika tersilap semua orang akan mengecapnya sebagai isteri yang cemburu buta dan mengontrol suami.
Mula mula dia membeli nombor sim baru dan membuka akaun facebook baru.Dia tidak perlu mengubah solekan muka atau memakai rambut palsu untuk menyamar,atau mengupah penyiasat persendirian. Sebab dia sudah arif dengan kelemahan Megat Zainal Abidin iaiatu pencinta wanita.Ya dia telah menyamar hanya melalui sim kad dan akaun fb baru. dan manamakan dirinya sebagai Puteri Nor Dayana .Disebabkan dia bukan lagi gadis mentah tapi telah berpengalaman menjadi seorang isteri jadi tidaklah menjadi dosa bila menggoda suami maka langkah yang diaturnya begitu rapi sekali. dengan ayat ayat cinta yang  bisa meruntuhkan jiwa,Megat Zainal Abidin Si  pencinta wanita itu tidak menghidu bahawa wanita yang dilayani selama ini ialah isterinya Siti Nor Rabiatul Adawiah.
Ya dia telah bercinta lagi,cinta yang paling hangat dalam gelap.Baginya percintaan kali ini amat serasi seperti semasa dia bercinta dengan isterinya dahulu.Dalam pada itu sempat juga dia memburuk-burukkan isterinya dan mengaku biasa melakukan perlakuan-perlakuan menghampir zina dengan pasangan-pasangan sebelum ini. Siti Nor Rabiatul Adawiah pula meneruskan peranannya sambil mengumpulkan bukti melalui hardcopy yang berlembar-lembar. sebagai avidenc.
Sampai ketikanya apabila paras nafsunyasemakin melonjak dengan beraniny Megat Zainal Abidin bersedia untuk mengatur pertemuan dua mata. Tampat dan masa telah di persetujui bersama.
Sambil itu juga Siti Nor Rabiatul Adawiah terus menghubungi dan bertanya perkembangan semasa . Hatinya semakin sakit melihat gelagat sumainya yang menukar-nukar dirinya seperti sesumpah itu,sekejab hijau sekejab kelabu.

Hari yang diaturkan telah tiba,Siti Nor Rabiatul Adawiah memandu sendiri dalam perjalanan sejauh 200km itu meninggalkan anak-anak dengan ibu mertua yang selama ini di layan bagai ibu sendiri.Dia nekad. sekejap bersms menjadi Siti Nor Rabiatul Adawiah sekajab menjadi Puteri Nor Dayana.
 Apabila semuanya terbongkar,Megat Zainal Abidi merayu pada Siti Nor Rabiatul Adawiaha untuk memberinya peluang sekali .Apalagi bila Siti Nor Rabiatul Adawiah mencabarnya.
"Baiklah kalau abang rasa nak cari isteri lagi,sila bawak balik rumah dan tinggal bersama emak,dan menjaga emak lebih sempurna dari saya"
Megat Zainal Abidin hampir mahau  bersedia untuk sujud di hadapan Siti Nor Rabiatul Adawiah. lantas Siti Nor Rabiatul Adawiah berkata
"Syorga bukan di tapak kaki isteri tapi di bawah tapak kaki ibu,kalau benar-benar mahu pulang ke pangkal sila berbuat begitu pada ibu abang dan ceritakan segala-galanya yang terjadi,dihadapan saya."
Wah begitu nekad tindakan Siti Nor Rabiatul Adawiah.Kini bahtera mereka tenang kembali...... Walaubagaimanapun Siti Nor Rabiatul Adawiah sentiasa berwaspada,,,bukan apa,dia tidak mahu suaminya tercebur ke lembah perzinaan.




Rabu, 21 September 2011

Tudung ku telah kebasahan beberapa kali malam ini

Sebelum emmbaca entry ini sila Istigfar kemudian  .............Tarik nafas guna hidung.......lepas guna mulut........lakukan sebanyak lima kali......


Sebaik sahaja makbonda publiskan entry Saat gembira pada 9.05 malam,tiba-tiba suami makbonda mengajak ziarah jiran  lama makbonda  seorang ibu tunggal. Beliau mengamanahkan kami mencari ejen yang mengambil upah untuk mengerjakan haji bagi yang telah meninggal. Kebetulan Sepupu makbonda abang kepada Zainurrashid menjalankan perhidmatan ini.

Dinamakan sebagai Lek Zulaikah,atas kecantikannya. Setelah kematian suaminya, salah seorang anaknya memberikan cucu lelaki 13tahun kepadanya untuk menjadi teman,belum sampai setahun anaknya itu pula meninggal.cucu remajanya yang selama ini anak yang baik tiba-tiba berubah menjadi pendiam dan pemarah,sering berkasar dengan neneknya.Pada hariraya ke empat lalu ,terlibat dalam kemalangan selepas solat Jumaat,dan Lek Zulaikha turut menginap di wad beberapa malam sambil menahan keranah cucunya itu. Malam itu diluahkan perkara yang berbuku pada kami.
"Kenapa dengan tiba-tiba beban ni bertubi-tubi datang kat Lek,Lek terkejut sangat,tiba-tiba dalam tak sampai 2 tahun macam-macam terjadi"
"Agak-agak apa yang lek cakap kat dia sampai dia berubah"
"Aku rasa tak ada apa yang tak buruk,cuma aku kejutkan dia Subuh,tiap waktu solat ingatkan dia,kirim alFatihah kat abah dan toknya......tapi dia melenting....lepas tu diam membatu,tak nak cakap dengan aku...aku salah ke Makbonda?" Sambil terus-terus menyesali takdir."Aku dah azam,selepas Lek lelaki kamu pergi aku nak jadi orang yang tabah,tapi rupanya semakin banyak benda yang berlaku.tabahkah lek ni Makbonda...bla...bla...bla"
Untuk tangguhkan Sessi ziarah suami Makbonda berjanji akan menghubungi guru kaunsling sekolah cucunya dan mengharapkan semoga lek Zulaikha kuat menghadapi semua.

Dari makbonda pula
"Lek tak boleh menysali taqdir,semua perkara berlaku Allah yang aturkan. Sebenarnya antaranya untuk kesempatan Lek mengingati dosa yang lalu,cuba mhasabah diri agar taubat kita lebih bermakna" Dan makbonda copy paste idea Ustaz Pahrol Juoi dibaris paling bawah dalam entry ini
 "jangan minta hidup yang mudah tetapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya!”
Dia menagis semahu-mahunya.
"Selama ni lek bertahan tak mahu menangis,sekarang Lek dah tak tahan"


Makbonda meninggalkan rumahnya dengan keadaan tudung yang berbelak-belak,basah dari air matanya.


Kami meneruskan ziarah ke rumah kakak ipar dalam 15 minit perjalanan,kerana beliau baru pulang dari Kursus Haji Perdana di Shah Alam. Belum sempat menghabiskan secawan teh panas suami mendapat panggilan dari ketua kampung. Seorang remaja perempuan tahun 6(12tahun!) yang selama ini diintip kerana sering dibawa keluar oleh seorang pemuda telah dapat di cekup oleh pemuda kampung. 

Setibanya di lokasi,pasangan di kerumuni oleh ketua kampung dan beberapa pemuda. Beberapa meter dari situ Ibunya Makcik Amanah(Sebab dia telah memelihara anak ini dari seusia 5 bulan dari sepasang suami isteri yang telah berpisah)sedang beraksi ala-ala  Wan Maimunah dalam lakunan drama.Tapi tanpa skrip,keluar mengikut kata hati,ada yang berulang-ulang, ada ayat yang terhenti dan tergantung.......... makian, kutukan,nasihat,ungkitan berbaur-baur......dibiarkan sahaja oleh yang ada di situ. Bila Makbonda tiba diulang lagi skrip yang tidak perlu di hafal itu.Makbonda dapat rasakan perasaannya. marah,kecewa,malu ,kesal berbuku dijiwanya.

Sebenarnya talah lama perkara ini berlaku, sejak gadis ini tahun 5 lagi,tapi agak sukar jiran tetangga membuat tindakan atas sikap Makcik Amanah. Beliau terlalu sayangkannya,harapannya  inilah yang menjadi temannya di hari tua,setelah anak-anak kandungnya menjalankan kehidupan jauh-jauh. Arwah suaminyalah yang beriya-iya mengambilnya dahulu, kerana makcik amanah telah menopous ketika itu.Kini suaminya telah meninggal 1 tahun yang lalu.Entah dimana silapnya. Anak itu lebih matang berbanding rakan seusianya,badan lebih subur,dan dia akan berdiri dibahagian paling belakang bila berbaris. Tapi malangnya kematangannya disudut yang begitu.Naluri pada pasangan  begitu kuat sekali.Sehingga mendorongnya untuk keluar mencari tempat melepaskan.Didalam kotak inbox handphonenya penuh dengan meseg yang menaikan berahi.

"Saya sudah penat bela dia Makbonda,saya dah cakap jangan keluar,dia curi-curi keluar,saya hempaskan telefonnya,dia beli sendiri,saya sudah bagi apa yang dia nak,raya ni habis 300ringgit beli baju rayanya.Dah ingatkan dia nasib baik aku bela,kalau mak dia buang tepi jalan apa nak jadi,entah mak bapak dia orang keturunannya tak baik agaknya, jadilah macamni. Aku suruh dia tobat,aku kunci pintu dia keluar ikut tingkap,hari tu abang dia kerja polios balik dah di lempangnya tapi tak serik.Tadi aku sembahyang Isyak doa biar kena tangkap polis senang aku rupanya kena tangkap betul.padan muka,dia tak tahu doa aku makbol......bla...ba....blal"

Semantara itu Makbonda ambil kesempatan mencungkil latar belakang keluarga Makcik Amanah.Oh begitu complicated nampaknya



"Makcik,kalau .dah penat bela dia,nanti kalau datang orang JAIS nak ambik bawak dia ke Pusat pemulihan akhlak,bagi je,dia orang nak tolong jaga,kat sana diajar buat benda-benda baik.Makcik dah tak mampu jaga dia,biar dia pergi,makcik boleh tenang di rumah,jangan malu...nasib baik berlaku sekarang belum terlambat"

"Ya sekarang aku dah tak malu,ambiklah sapa nak ambik,tak apa aku sorang di rumah,aku nekat,kalau mati pun tak apa,boleh jumpa Arwah,aku tak sanggup hidup sorang-sorang lagi"

"Alhamdulillah,memang bagus kita ingat mati makcik,sekurang-kurang dapat kita ingat dosa-dosa dulu,dan sempat bertaubat. Sebab semua orang akan mati,sapa sempat bertaubat itulah orang yang paling beruntung."
Sekarang barulah dia mengais sungguh-sungguh dalam dakapan Makbonda.Tudung Makbonda yang telah mengering menjadi basah kembali kali kedua.



Semasa kenderaan dan JAIS datang makbonda meraba-raba skrin telefon  mahu ambil gambar sebagai evident tapi tak jumpa ikonnya,ialah talifon baru katakan,baru beli petang tadi,belum mesra pengguna lagi.Wahai anak-anak Makbonda,ku seru namamu agar tergerak hati balik,untuk ajari bonda guna nikmat Allah yang ini.

Selasa, 20 September 2011

Saat gembira



Saat gembira bagi :
  • >Sepasang suami isteri ialah bila dikurniakan cahaya mata yang sempurna.
  • >Seorang bayi ialah bila mulutnya disumbat dengan puting susu ibunya,atau berada didakapan hangat ibunya.
  • >Seorang kanak-kanak ialah apabila pemainan yang dihajatinya tiba di genggaman
  • >Seorang gadis ialah bila dilamar pemuda idamannnya,dan saat gembira bagi seorang jejaka pula ialah bila lamarannya diterima.
  • >Seorang isteri ialah bila suaminya memberi pujian padanya.Seorang suami bila isterinya sentiasa mengikut katanya.
  • >Seorang ibu ialah bila di hari tuanya anak-anak menjadi anak yang soleh,berakhlak dan beriman yang sentiasa menghormatinya.
  • >Seorang guru ialah bila anak didiknya lulus ujian dan menjadi insan yang bermunafaat
  • >Seorang usahawan ialah bila perniagaannya mendapat keuntungan
  • >Seorang pemimpin ialah bila pengikutnya taat kepada dasar kepimpinannya.
  • >Sorang mukmin ialah bila segala amalan diterima di kehidupan akhirat nanti.
  • >Seorang petani ialah bila hasil tanamannya hidup subur dan tiba masa untuk dituai
Walaupun Makbonda bukan petani,tapi dapat rasakan bagaimana kegembiraan seorang petani.Apa  tidaknya,bila melihat imej-imej di bawah. Kesyukuran dan kekaguman pada Maha Pencipta semakin tinggi,Dia sangat hebat,Pemberi rezeki,Maha agung,Maha pemberi  kepada hambanya yang berusaha.


"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? "






Isnin, 19 September 2011

Tetamu oh tetamu (IV) (ISTERI LELAKI dot dot dot)


Malam itu Sabariah  datang,berdua dengan anak perempuannya Halimah lepasan SPM dengan Sijil Diploma STAM.

"Makbonda,saya datang ni nak mintak tolong,saya tak tau nak buat apa-apa,halimah dapat masuk U,kawan dia bagi tahu ada dalam internet,boleh tak tolong macamana nak buat ni?"

 Kebetulan gadis sulung Makaboda ada jadi dia tolong login dan printkan segala borang. Ya dia dikehendaki mendaftar antara jam 8.00 hingga 4.00petang.pada hari Rabu 22 September. Bidang usuluddin dan kaunsling di UniSZA
.
Mana ayahnya?,Ya dia punya seorang ayah yang lelaki dot,dot dot. Seorang tukang membuat rumah dan seorang pemburu cinta. Sekarang sedang mabok cinta bersama seorang wanita yang baru bersalin , entah collection ke berapa.

Sabariah isteri yang tabah, pagi pembantu rumah kepada seorang ustazah, dari jam 7 pagi hingga 2 petang selama 5 hari seminggu. Seminggu sekali petang membrsihkan rumah seorang warga emas dan selepas maghrib pembantu disebuah kedai runcit. Hujung minggu mengikut pengusaha catering di majlis-majlis khenduri,Demi menyara  4 orang anak. Ramai juga pihak yang simpati dan menyenaraikan sebagai penerima bantuan, tapi bila melihat keaadaan suaminya yang macho dan gagah lagi bergaya dengan Volvo secondhand nya, sering namanya disingkir dari senarai. Ada pihak yang mencadangkan untuk membuka fail di pejabat afagama kerana kelayakan untuk membubarkan perkahwinan memang menepati,tapi dia takut bila dia yang memulakan dia kena keluar dari rumah yang dibina bersama atas tanah kurnia itu.

Bila mendapat tahu yang anak gadis sulungnya mendapat tempat di IPT,awal-awal lagi disanggahnya  “Bapak tak mampu,masuk U untuk orang banyak duit,lebih baik kerja jadi ustazah je. Namun Halimah gadis yang bersemangat tinggi tidak mahu mengalah dengan halangan-halangan itu.

Ok,esok 3 hari cuti,office semua tutup,so kamu siapkan perkara yang tidak berkaitan dngan office. Pack barang barang dalam bag.Isi segala borang, fotostat segala surat,sijil ic,gambar dsb,jumpa ketua kampong. Hari Isnin bank in wang pendaftaran,medical chek up,pergi pejabat MARA,Pusat Zakat” Puteri Makbonda yang budiman yang mewarisi sifat bapanya itu memberi cadangan.

Macamana cara nak pergi Makonda,naik bas dari mana,macamana nak cari teket
"Taka pa nanti akan diusahakan teket dari T intan atau Kelang,siapa nak hantar " Makbonda renung wajahnya,lalu jatuh ke perutnya.
Berapa bulan sekarang?Bila due?”
"29 September ni. Sebenarnya saya termengandung ni makbonda,bukan kerelaan saya,Dia tak solat,puasa entah saya tak pasti,dengan yang sana tak pasti dia bernikah atau tidak,dia banyak duduk sana ,sekali-kali balik dia mengaruk,saya tak rela,dia tak pernah beri nafkah pada kami,kalau dapat duiat dia bagi sana,balik balik apa yang saya masak untuk anak-anak dia makan, bila sebelah sana bersalin dia bawak balik baju kotor,basuh di sini,disana tak ada mesin basuh,Saya sudah tidak larat menagis,sekarang saya tekat yang penting anak-anak belajar,jangan peduli masaalah bapak,biar Allah yang uruskan. Sekarang anak nak masuk U,dia kata tak ada duit,tak payah pergi."
"Dia tak solat?"
"Memang tak pernah,dulu masa baru-baru kawin adalah tapi sekarang tidak,tapi anak-anak ,saya pastikan solat,kan dia orang sekolah agama.Alhamdulillah dia orang tahu. Dah nasib saya Makbonda,saya kena teruskan,tapi sekrang saya termengandung,entahlah apa terjadi lepas ni,masa saya dalam pantang saya tak boleh kerja,siapa nak bagi makan anak-anak saya"

"Walaumacamanpun kamu kena terima hakikat anak dalam kandungan ni tak bersalah,Allah yang bagi kena terima,kamu kena sayang dia,kalau tak nanti dia lahir tanpa kasih sayang,Kasihan dia.Teruskan kekuatan kamu,jangan undur,sentiasa bergantung pada Allah,Insyaallah akan datang pertolongan melalui berbagai-bagai cara,Nanti makbonda suruh suami makbonda cari suami kamu"

Antara cadangan yang Makbonda kemukakan pada suami makbonda ialah ceritakan peristiwa seorang ayah yaang di buang oleh anaknya di tepi jalan. kita tidak tahu latarbelakangnya,tentu ada yang tidak kena suatu masa dahulu.Mungkin si ayah mengabaikan tanggung jawab pada anak-anak,dan itulah dia kifarah dari perbuatan lampau.

Ahad malam telefon berdering.
"Makbonda mengenai teket tu tak payah lah,bapaknya setuju nak hantar"
"Alhamdulillah,itu semua kerja DIA"


Khamis, 8 September 2011

Monolog Syawal


Putra,
Sebenarnya entry ini Bonda tulis pada hari pertama  Syawal, malamnya.Ketika itu semua orang sudah tidur,kepenatan agaknya dan  mungkin juga kekenyangan dengan cacamerba juadah raya.  Tapi Bonda tidak dapat memejamkan mata,walau telah berulangkali ayat demi ayat sebelum tidur dibaca,sehinggalah Bonda bangun dan mengetuk papan kekunci ini bagi memecahkan buku yang berbuku. Dengan izin Allah, kini Bonda edit dan terbitkan.

Putera,betullah,kita seperti firman "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).

Sebelum-sebelumnya dengan penuh yakin Bonda memberikan jawapan bila ada yang bertanya "Bagaimana  hari raya kali ini tanpa putera?"
"Insyaallah,dimana sahja dia berada masih dalam pandangan Allah.-....segala-galanya telah di atur, Hari raya hari kemenagan,buat apa bersedih"

Ya betapa kuatnya bonda ketika itu,tentu mereka kagum dengan kegagahan Bonda.Ada juga bisikan-bisikan yang mengganggu cuping bonda,contohnya bila pada malam itu kekandamu menyebut tentang cornflake bermadunya yang tidak sempat menjadi sedangkan bahannya telah lengkap dibeli. Lalu namamu disebut-sebut kerana pada hari raya lepas-lepas kamulah yang menyaipkannya.

Pagi itu,dimasjid,setelah bonda menyusun sejadah di syaf muslimah,bonda memilih duduk paling tepi,entah mengapa,dan tiba-tiba bisikan timbul lagi,dan betapa teruknya bonda ketika itu,kehujanan dibawah alunan takbir yang dipimpin oleh ayahnadamu,ianya mengalir,merembes tanpa boleh disekat lagi. Ya Allah........Putera,mungkin kamu sedang dilambung Ombak,kamu ingatkah pada Allah ketika ini?adakah kamu juga turut bertakbir,adakah kamu juga sedang terkenang bonda. Ya Allah,tolonglah beri kekuatan kepada bonda mengahadapi situasi ini.Adinda kamu disebelah bonda mungkin menyedari situasi bonda kerana dengan tiba-tiba tangannya menjalar dan menepuk-nepuk dan mengurut belakang bonda sambil merapatkan tubuhnya.

Tiba dirumah,bersiap-siap untk bermaafan,bonda kuat walaupun namamu disebut-sebut semasa sessi bergambar........dan siap bonda menambah, "Tidak mengapa nanti bonda edit dalam Photoshop salin dan tampal gambar dia"

Sampai dirumah Nenda sebelah ayahanda kamu,sempat bonda usik nenda kamu agar tidak menagis semasa bermaafan, "Hari raya hari kemengangan Mak,bukan hari sedih-sedih"Sambil memeluknya. Tiba giliran adik sepupumu yang telah menjadi yatim seusia 2 tahun mendatang pada bonda,dan bersalam dengan bonda setelah diajari oleh bondanya.....tiba-tiba bonda tewas lagi.....mungkin kerana faktur irasnya seperti iras kamu semasa seusia dengnanya......bonda dakap dia dengan begitu rapi sekali dan dia pula hanya mendiamkan diri dalam pelukan....ya putera...sangat tragis.....air mata bonda telah membasahi baju rayanya...seolah-olah sesuatu yang berbuku telah pecah......apa lagi bila adik sepupumu itu memujuk....bonda janganlah nangis....Hamka nak minta maaf je"

Tapi Putera,kamu janganlah bimbang,bonda telah tenang kembali,apa lagi setelah menerima email darimu yang kamu baru menyelesaikan solat sunat hari raya mu di Teluk Parsi.

Hari itu salah seorang sahabat lama ayahandamu telah bertamu di rumah kita beliau bersama isteri keduanya setelah isteri pertama pulang kerohmatllah. Bila masing-masing saling mengesahkan hal anak-anak....dengan yakinya dia mempertahankan perinsipnya.

"Huh saya dah berjanji denga aruwahnya,tidak akan jauh dengan anak-anak,semua anak-anak yang berumahtangga tinggal dekat-dekat dengan saya.Saya tak mahu anak-anak bertaburan jauh-jauh"
Sudah pastinya dalam benaknya
"Biarlah yang berjuang menyelamatkan ummah dan melakukan misi kemanusiaan itu anak orang lain bukan anak aku"   Hmm,nampaknya mazmumah Bonda telah bernanah,teruknyalah bonda.Kamu jangan ikut apa yang buruk dari bonda ya Putera.

Putera,bonda telah tenang bila jiwa bonda yang satu lagi sering mengingatkan bonda. Dulu Memanda kamu seusia lepas SPM,belum lagi keluar resultnya telah terbang kenegara penjajah demi ilmu....entah bagaimana rasa kedua-dua nenda kamu ketika itu. Begitu juga dengan memanda sulung kamu,seusia darjah 4 telah dipisahkan untuk tinggal bersama moyangnda kamu di selatan tanahair sebagaimana yang bonda tulis dalam entry di sini.  Dan entah berapa ramai lagi yang mengalami situasi yang sewaktu dengannya. Dalam agama juga tiada nas yang meyuruh agar hari raya mesti berkumpul.........kan putera.Walau dimana kita berada yang penting kita sentiasa terikat dengan tali Allah.


Hah......putera...Alhamdulillah....terlerai beban yang berbuku di jemala bonda. Pastinya bila kamu membaca entry ini kamu akan menjadi bangga punya ibu yang kuat seperti bonda......astaghfirullah, bonda jatuh ke gaung riak rupa-rupanya....semoga Allah memberi maghfirah.......... kini  bonda telah bawa jiwa bonda melangkau ke Palastein,ke Somalia,ke Acheh dan kemana-mana lagi lokasi yang lebih membasahkan jiwa. Walaupun sesungguhnya jasad ini belum kesampaian namun sahabt-sahabat bonda telah membawa jiwa ini  ke sana.Maha suci Allah,segala puji bagi Allah Allahlah yang maha besar.




Surah Al-Baqarah ayat 214 tafsirnya : “Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang yang beriman ada bersertanya : Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).”

Isnin, 5 September 2011

Fitrah

Kembali kepada Fitrah.
Ketenangan menjalani kehidupan di Madrasah Ramadhan telah berakhir,dengan menjelangnya Syawal. Perut dan dapur yang berehat dengan begitu tenag dan sistematik talah kembali sebuk dengan segala jenis bahan masuk dan keluar,antara mulut,kuali,singki dan segala organ didapur serentak bergerak dengan aktifnya.Ubat cirit beret dihospital atau klinik begitu laju kadar penyusutan stoknya.Begitu juga dengan ubat luka akibat melecur selepas bermain mercun dengan bunga api.Akhir-akhir ini dentuman mercun agak kerap dari tahun-tahun sebelumnya.

Kini cuti untuk hari raya idulfitri telah tamat,kehidupan kembali kepada fitrah,cuti seminggu meninggalkan berbagai cerita. kini ibu bapa,datuk dan nenek kembil sunyi setelah menempuh hingar bingar anak cucu yang bercuti hari raya.Setengah anak cucu yang perihatin dikemaskan rumah sebelum ditinggalkan,tilam bantal disimpan di tempat asal,selimut dibasuh,bekas kuih serta pinggan gelas dikemas kini .Air masak siap disimpan,gula siap dibancuh,atau ditinggal kordial yang tinggal campur air sahaja,supaya memudahkan ibubapa atau datuk nenek menerima tetamu seterusnya yang semamngnya tidak berhenti selepas kembalinya kita meninggalkan mereka. Walaupun tidak sepernuhnya membantu sekurang-kurangnyaya meringankan sedikit.Pada yang sebaliknya pula tinggallah sahaja rumah dengan tilambantal,selimut tuala basah,bekas-bekas kuih yang kosong,gelas cawan terlonggok didalam singki. Dan si ibu tua akan menyelesaikan sendiri dengan terketar-ketar.Belum lagi dengan lampin pakai buang yang berlonggok-longgok atau pakaian yang tertinggal.

Bila hari raya tidak lari dari kunjung mengunjungi,tempat yang menjadi tumpuan ialah rumah orang tua,nenek,bapa atau mak saudara. Jarang yang peka bila berkunjung.Sepatutnya sebelum meninggalkan mereka tolong kemaskan bekas-bekas kuih atau angkat cawan kesingki dan basuh sekali,kecuali dirumah tersebut ada anak-anak lain yang membantu.Kesihan mereka. Samasa harirayalah paling sesuai untuk mendidik anak-anak adab bertamu.Kerana tetamu datang membawa rahmat .  Ada setengah kumpulan remaja yang bertamu dengan lagak kurang berakhlak,bercakap dan ketawa dengan kuat,usik mengusik sesama sendiri tanpa menghormati orang tua yang juga tuan rumah,tentu sekali rahmat jauh dari mereka malah laknat pula yang menggantikannya. Kalau mampu kita perlu menegur mereka,tentu sekali ibubapa merekapun tidak suka anak-anak berperilaku begitu.

Semasa makbonda menjalani program baraan sekeliling kampong,tiba di sebuah rumah warga emas .Anak cucu yang bercuti ada  membantu menyambut ketibaan tetamu. Salah seorang peserta kami menyapanya
“Oh ada kamu kat rumah,lama tak jumpa kamu,tak jalan-jalan raya ke”
“Alah macamna nak jalan makcik,ramai sangat orang datang,asyik layan tamu je,tak dapat nak jalan rumah orang"  Dengan nada sedikit kejengkelan.
Semasa bermaafan sempat makbonda bisikan kepadanya….."Selamat Hati raya mintaa maaf zahir batin ye,moga-moga Allah terima amalan kemu,meraikan tatamu lebih baik dari menjadi tatamu,lagi-lagi dapat tolong ibubapa” Terkedu dia,sebenarnya makbonda tidak kenal sangat dengannya kerana makbonda orang baru di komuniti ini.Mudah-mudahan pertemuan kami mendapat rahmat.

Bagi segelintir guru pula saat sambutan hariraya kena kerja part-time,guru-guru kena key in markah pelajar dalam http://saps.moe.gov.my/. Tarikh tutup ialah 2 Sept. ramai yang masih gagal memebereskan sehingga cuti hari raya menjelang. Atas beberapa faktor.

           1.Talian internet di sekolah yang sangatlah lembabnya,klik satu pelajar memakan masa beberapa minit sedang berates-ratus nama pelajar perlu di klik,untuk menyelesaikan nya adakalanya terpaksa mengabaikan bilik darjah.
           2.Dirumah tiada talian internet,dan kalau ada  tiada masa untuk duduk dihadapan skrin
          3.Sikap guru yang tidak mesra dengan IT,ada diantaranya yang mengupah orang lain dengan bayaran bergantung setiap kepala,tidak mengapa sekurang-kurangnya ada sikap bertanggungjawab.
Menjelang 2 Sept, SU kurikulum, SU peperiksaan atau ketua bidang menjadi mangsa kepada guru-guru yang ambil ringan perkara ini dengan mengabaikan sama sekali tugasnya. Sebab dalam minda mereka telah terukir  ayat “Peduli apa ,bukan dibuang kerjapun kalau tak siap,buat dek jelah.”  selagi perkara ini tidak beres sekolah tidak dapat menghantar laporan tersebut.Kasihan,habis kredit talifon memanggil ke sana kemari mereka yang masih bercuti,akhirnya membuat alternatif,  isi sahaja apa-apa markah pun.Semoga kawan-kawan  yang terlibat menghadapi spesis jenis ini bersabar dan pasti ada ganjaranya nanti.

Selepas ini pula seboklah masing-masing dengan rumah terbuka hariraya,tapi bagi makbonda tidak sesuai istilah hari terbuka sebab sejak pertama syawal lagi telah membuka rumah untuk tetamu,satu kampung,saudara mara.sahabat handai telah bertali arus bertandang,jadi paling sesuai ialah jamuan hari raya,biasanya untuk kawan-kawan sekerja atau kawan-kawan usrah yang tinggal jauh dari dari tempat tinggal kita.


 Walauapapun semoga Hari Raya yang di sambut menjadi rahmat bukan laknat.Untuk agar kita tidak tersasar boleh lah berkunjung disini



Catatan Popular