DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Sabtu, 31 Disember 2011

Antara peluang dan ruang

Waktu cuti,ibu bapa pening memikirkan bagaimana mahu mengawal kegiatan anak-anak. Bagi yang mampu akan mencari kem-kem cuti sekolah yang bertaburan seluruh tanah air,dan begitu mudah didapati di iklan-iklan majalah dan akbar juga wb-web atau blog.Tetapi dengan bayaran yang agak tinggi.

Ruang-ruang ada ,cuma peluang untuk anak-anak mengikuti tidak ada,mungkin dengan tidak kemampuan kos atau ketidak mampuan menghantar dengan alasan jarak yang jauh.

Seorang rakan sekerja menghantar SMS mempelawa kami untuk menghantar anak remaja kesatu program Daurah  di masjid kariahnya.Beliau adalah  AJK masjid yang terlibat dalam penganjuran program tersebut. Sasaran 100 orang remaja,hanya menerima pendaftara 30 orang sahaja,dan untuk mencukupkan mereka menghantar sms pada kenalan di qariah berdekatan.Satu ruang program yang sangat bermunafaat tetapi kurang mendapat sambutan.Ditempat lain peserta dikenakan bayaran bratus RM berbandinghanya  RM30 yang dekenakan dengan tempoh masa 10hari,dari jam 8.00 hingga 5.00petang.
Jika digunakan alasan kurang remaja,waktu ini cuti sekolah,semamngnyalah antara objektif program itu untuk mengisi masa cuti.Bila tiba waktu pasar malam dilokasi berhampiran,berrbondong-bondong remaja memenuhi lokasi.


Ruangan telah disediakan tapi peluang belum ada.

Mungkin;
1.Informasi yang kurang meluas,ada ibu bapa yang tidak tahu wujudnya program tersebut,walaupun telah diumumkan berkali-kali sebelum dan selepas solat Jumaat
2.Ibubapa tahu tetapi tidak berminat dengan program-program sebegitu.
3.Ibu bapa tahu dan mahu mendaftarkan anak-anaknya tetapi anak-anak yang tidak mahu.

Ya ada ruang tetapi tiada ruang. 

Seorang kenalan teringin sangat menghantar anak-anaknya ke program pengisian masa cuti ,tapi ditempatnya tiada ruang .Anak-anak ada peluang tetapi tiada ruang.

Khamis, 29 Disember 2011

Naskah Cinta


"Nah,aku bagi kamu"
“Apa ni Nek Limah?”
“Semalam khenduri rumah Esah,aku dapat ni hah.aku tak reti guna,kamu ambik lah. Bagi kat anak-anak kamu pun boleh”
Bila Makbonda buka,di dalamnya....Subhanallah........ ialah Surah Yasin,al Ma’thurat, surah-surah pilihan dan Asmaul Husna. Makbonda tunjukan dan terangkan satu persatu padanya.



“Bagus ni Nek Limah,buat apa bagi kat saya,Nenek Limah boleh letak dalam beg tangan,nanti boleh baca kat mana-mana,buat apa Nek Milah bagi kat saya”

“Alah taka pa,Nenek bukan tau guna,Nenek Cuma tau baca Yassin kitab yang Nenek biasa je,kitab lain tak pandai baca,biarlah bagi kat orang yang tau guna”

Kurang tapak tangan nyiru Makbonda tadahkan,memang cantik,dan sangat bermunafaat,harganya RM28.50,wah tentu sekali bukan tetamu biasa yang mendapat door gift sebegini.Kalau tetamu biasa paling-paling kurang dari RM5nilanya. Biasanya  kalau di kampung tetamu istimewa tentu mendapat berkat yang besar lagi penuh dengan makanan yang terpilih. Sekarang sesuatu yang istimewa begini dihadiahkan pula pada Makbonda. Semog Allah menggantikan dengan sesuatu yang lebih bermunafaat dan abadi kepada Nek Limah.


Selasa, 27 Disember 2011

Sepetang bersama selebriti


“Apakah titik pertemuan menyebabkan Dato' Sarimah dan Puan Wahidah tergerak untuk berubah atau membuat penghijrahan sehingga peringkat ini” Antara soalan Moderator yang comel dan keletah kepada Dato’ Sarimah dan Puan Wahida dalam Program Sepetang  bersama selebriti
.



“Saya kurang gemar mengatakan yang saya berubah,tetapi lebih gemar dengan perkataan saya kembali ke pangkal” Antara jawab Puan Wahidah dalam sessi forum tersebut  .

Ini lah pertama kali Makbonda berhadapan dengan Seniwati Dato’ Sarimah dan juga Pn Wahida,tetapi tidak dapat menatap wajah Wahidah disebalik niqabnya. Dalam sessi bersoaljawab dengan penonton,ada  di kalangan mereka yang mahu Wahidah membuka niqabnya,dan ada yang meminta menyampaikan lagu,tetapi ditolak dengan baik oleh Waheda kerana amanah dari suaminya hanyalah untuk berforum .

Mereka berdua adalah artis yang berlatarbelakangkan kehidupan silam golongan beragama,samalah juga dengan Bob Lokman iaitu cicit Tok Kenali,ulamak tersohor itu. Berbagai ranjau dan ujian disepanjang kehidupan mereka,hinggaa akhirnya hidayah muncul di celah-celah ranjau itu  .Mereka pulang kembali adalah hasil dari doa-doa yang telah diperkenankan Allah SWT dari datok,nenek ibubapa dan keluarga-keluarga mereka.





“Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-furqan: 74)

Isnin, 19 Disember 2011

MUSAFIR 3

Sekembli dari bermusafir dengan anak-anak, makbonda suami isteri mendapat jemputan lagi dari Koperasi Serbaguna Perkhidmatan Pendidikan Sabak Bernam Berhad untuk menyertai sesi lawatan ke Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad di Kota Bharu. Selang satu malam kami menempuhi trowong Karak lagi menuju pantai timur,tapi perjalanan yang amat berbeza,kami diekhendaki duduk ditempat duduk bas bersama ahli lembaga koperasi dan wakil-wakil sekolah.Bermalam di Kuala Terengganu dan Kota Bharu dan balik merentas Banjaran Titiwangsa Jeli -Grik
 
Semasa di Kuala Terengganu,ada sesi  membeli belah di Pasar Payang,sementara rakan-rakan lain sebok mengaktifkan ekonomi negara kami berdua mengambil kesempatan mencuri peluang menaki bot menyebarangi Seberang Takir dengan kos RM2 seorang pergi dan balik.

Subhanallah inilah kali pertama Makbonda menyeberang Kuala sungai Terengganu tersebut,selama ini hanya melihat jauh dari jambatan. Berjalan hilir dan mudik melihat aktiviti penduduk di sana yang rata-rata sedang membuat keropok lekor,tapi kami tidak membelipun sebab masa masih ada beberapa hari untuk balik.


Sementara menunggu bot untuk pulang kami berdua telah dipertemukan dengan seorang warga emas , pertemuan yang sangat menarik,dan memang makbonda suka bertemu dengan insan seusia begini,dan yang paling makbonda suka bertanya kepadanya ialah pengalaman hidupnya dan bagaimana mengisi tempoh bersara ini. Bila mendapat tahu yang beliau berasal dari Johor,bertambahlah lagi minat makbonda,ialah sama asal-usul dengan bapak. Dia Pesara doktor,merata pelusuk dunia telah beliau jelajahi,dan terakhir berkhidmat sebagai pegawai perubatan dalam angkatan tentera,Dalam tempoh 5 minit dari pengkalan seberang takir ke pengkalan Kuala terengganu,banyak juga input yang didapati, oleh kerana dia lelaki makbonda  lebih kepada mendengar dari menyoal berbanding dengan suami . Begitu teroja mendengar jalan hidupnya. dan untuk mengakhir pertemuan itu makbonda pinta secebis panduan hidup darinya.

"Semakin tua semakin susut tenaga kita,tapi kita boleh lambatkan pnyusutannya dengan menjaga kesihatan,pemakanan kena jaga dan pentingkan exercise.Jangan suka kecil hati dengan anak-anak,itu terpulang kepada mereka yang penting kita mahu isi masa hidup kita sebelum tiba kematian."

Sayangnya sepanjang perbualan Makbonda bonda tertunggu-tunggu ayat menunjukan usahanya untuk mencari kebahagiaan kealam kekal ataupun aktiviti-aktiviti untuk pembangunan Islam,walaubagaimanapun makbonda  mendoakan agar hujung kehidupan beliau diakhiri dangan khusnulkhatimah.

Sessi lawatan ke Koprasi Guru Melayu Kelantan diadakan pada hari Ahad Pagi.


cendramata dari pihak mereka



Dalam perjalanan pulang bas kami berhenti singgah di Dataran Titiwangsa yang berkabus dan sejuk sekali.

Khamis, 15 Disember 2011

MUSAFIR 2


“Maha suci Allah dan segala puji-pujian bagiNya, tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Allah itu Maha Besar”.

                Berbalik kepada Fitrah,setelah seminggu Makbonda sekeluarga bermusafir ke Negeri Pantai timur,kini kembali dirumah dan makbonda mula ke sekolah untuk menjalankan giliran bertugas di sekolah selama seminggu.

               Semamang banyak hikmah yang kami temui sepanjang tempoh ini. Tambahan perjalanan kamidisertai oleh Emak mertua yang agak uzur, yang telah ditarik nikmat berjalannya.Tiba-tiba beliau berhajat benar mahu mengunjungi anak perempuannya di Kuala Terengganu,setelah 5 tahun menutup keinginan mahu keluar dari rumah. Pada ketika inilah anak-anak diuji bagaimana keperhatinan mereka bagi memastikan nenek mereka sentiasa dalam keselesaan.Pada asalnya kami mahu menyewa tempat tinggal di Kuala Terengganu kerana bilangan kami yang agak ramai,kami sekeluarga 8 orang ditambah nenek mereka dan seorang ibusaudara suami makbonda,tentu kurang keselesaan untuk bermalam dirumah maksaudara mereka yang berupa rumah kos rendah 2 bilik,tetapi niat itu dibatalkan kerena nenek mereka mahu terus kerumah anak perempuannya. Situasi begini dapat menguatkan jiwa anak-anak.  Segala kesusuhan dan masalah yang timbul  dapat melatih diri supaya bersabar dalam menghadapi apa jua keadaan.  Pada ketika ini juga mereka menghadapi berbagai marenah manusia dan peristiwa yang tidak  diduga dan disukai.  Ini akan melatih kita agar bersifat reda.

                Ya bermusafir bukan untuk makan angin seperti bersuka-suka dan bermewah,tapi kerana Allah SWT,sebelumnya telah dingatkan kepada anak-anak bahawa perjalanan kita adalah kerana Allah,jadikan sebagai ibadat,semoga dijauhi dari perkara yang lagha atau tidak berfaedah. 

               Sebelum bermusafir Makbonda pastikan mereka sihat,cukup tidur,kerana tempoh perjalanan yang lama,kami pergi dengan 2 kenderaan,5orang yang punya lesen memandu,jadi setiap orang kenalah sentiasa bersiap sedia untuk menggilirkan pemanduan apabila ada yang kepenantan atau mengantuk.Mereka  perlukan kekuatan, kecergasan badan dan kecekalan hati untuk bergerak menepati masa.Bersefahaman antara 2 pemandu amat perlu,tidak perlu perlumbaan atau pemecutan hadlaju dan sentiasa peka antara satu sama lain dalam mengahadapi apa juga risiko sepanjang perjalan.

                  
            Setalah tiba di KT kami meneruskan perjalanan ke Kota Bahru dengan meninggalkan nenek mereka di rumah anak perempuannya,pada ketika ini kami diuji,beberapa orang dari mereka telah keracunan makanan,entah makanan apa yang mereka jamah maklumlah bertukar menu,beberapa masjid terpaksa kami singgahi untuk menumpang tandas.Dari sini diambil kesempatan untuk beriktikaf dan mengisi tabung masjid-masjid yang disingahi.Pada ketika ini  juga dapat serba sedikit didikan terus dari Allah yang dengan mencabut sifat-sifat mazmumah seperti terburu-buru, pemarah, tidak sabar dan sebagainya dan menggantikan kepada mahmudah.

Antara Masjid yang sempat diambil fotonya





                 
Bandar Kota Baharu Diambil dari barenda muzium

              Hikmah setrusnya sudah semestinyalah untuk pertingkatkan ukhuwah,Disamping antara beberapa insan yang kami kunjungi,juga sesama kami,semasa di rumah amat sukar mahu duduk semeja,ada sahaja yang kurang,tapi sepanjang perjalanan kami dapat makan bersama dan berjemaah 5 waktu sepanjang perjalanan.


                Sepanjang cuti,aktiviti biasa dirumah adalah melebihkan tidur dan bermalas-malas,tapi dengan bermusafir dan menghilangkan sifat malas dan lembab.Disepanjang perjalanan kami dapat mempertajamkan akal fikiran utama tentang alam .masyarakat.suasana dan persitiwa dalam tempuh perjalanan.fikiran di latih untuk mencari hikmah dari perkara-perkata tersirat sekaligus dapat di jadidkan teladan .  Pemandangan dan perubahan suasana dapat memberi ketenangan dan kerehatan pada jiwa.  Bila kita merenung pada nasib manusia yang ditemui semasa musafir, akan timbullah rasa simpati, rasa syukur dan semangat untuk lebih berusaha untuk memparbaiki kehidupan

Tadabbur Alam
Tiga doa yang mustajab tanpa ada keraguan; Doa orang yang dizalimi, doa orang yang bermusafir dan doa seorang ayah kepada anaknya
Hadis riwayat Abu Daud, Tirmizi & Ibnu Majah.




Khamis, 8 Disember 2011

plastik





“Sekalikan sajalah Nak, tak payah banyak-banyak plastik ” Pinta Makbonda semasa membeli beberapa ketul bawang putih,bawang merah,bawang besar, dan halia.
Semua bahan kering,setelah di timbang secara berasingan dan dinilai mengikut harga setiap bahan.
“Alah,taka pa Makcik,plastik banyak ni,lagi nanti kalau boss nampak dimarahnya saya,tak sempurna layan costumer”
“Bukan kira banyak plastik Nak,Makcik pening kepala nak urus banyak-banyak plastik ni susah nak buang”
“Peliklah.Tak pernah saya dengar ada orang tak mahu plastic,malah kalau boleh nak berlapis-lapis lagi”
"La,tak pernah dengar? kat bandar sana orang dah buat kempen anti plastik nak oi."


Bagi sesiapa yang membayar cukai pintu,sememangnyalah tidak perlu menanggung beban kepala mahu memikirkan,masuk sahaja dalam plastik hitam yang memang murah dipasaran kemudian letak sahaja di hadapan rumah,pinjam sahaja pundak orang Alam flora atau yang sewaktu dengannya untuk melunaskannya. Tapi sebaliknya bagi Makbonda yang selain dari pembayar cukai pintu tentu terpaksa memikul sendiria mahu melupuskan lambakan plastik ini.Semamangnya mudah bagi yang tidak mahu memikirkan,habis minum sahaja campak plastik bekas minuman ke luar tingkap kereta,dalam kereta suci bersih,diluar biar orang lain yang memikirkannya.
“Apalah nak fikir-fikir,bakar sahaja habis perkara.” Siapa kata habis,kalau kertas atau kain kapas semamangnyalah habis. Plastik tak kan habis,semasa proses pembakarannya tersebar gas-gas beracun yang membahayakan.
“Alaaah masuk je dalam plastik,humban kat parit belakang rumah.” Kalau perkara itu berlanjutan seumur hidup Makbonda,berapa banyak parit yang akan menanggung longgokan bungkusan bahan tersebut. Silap-silap anak cucu Makbonda tertimbus dibawahnya.Apa akan terjadi pada kandungan tanah disekitarnya. Tumbuhan apa yang begitu kebal dapat subur di atasnya?melainkan tumbuhan yang tidak boleh dimunafaatkan.Pucuk ubi,paku pakis,pucuk manis,bayak semuanya tidak sudi tumbuh di tanah longgokan plastik,kalaupun tumbuh,bentuk daunyanya kerinting dan  tidaklah menyelerakan samasekali.

Satu ketika Makbonda ikat botol kosong minyak masak 5kg berantai-rantai dan sangkut di dahan belimbing buluh.Suatu tengahari Jumaat semasa orang lelaki berhimpun di masjid,Makbonda didatangai sebuah lori pengutip(pembeli) bahan buangan termasuk plastik,seorang pemuda India turun,makbonda tunjukan bahan-bahan tersebut yang telah dikumpulkan,tapi yang diambilnya hanya botol yang telah siap diikat cantik,lepastu dia cabut tanpa bayaran.Bukan soal bayaran yang Makbonda kesalkan,tapi kenapalah yang telah diikat cantik sahaja yang dipungutmya.Sejak itu tersimpan azam makbonda akan recycle sendiri bahan tersebut.Tengok sahaja foto dibawah


“Sesungguhnya Allah s.w.t adalah baik dan menyukai kebaikan; bersih dan menyukai kebersihan, murah hati dan menyukai kemurahan hati; dermawan dan sangat suka kepada kedermawan. Maka bersihkanlah halaman rumahmu dan jangan meniru orang Yahudi” (HR Imam Muslim)

Catatan Popular