DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Sabtu, 28 Januari 2012

Sang Pencerah part #1 ►★★★2,3,4

Masa bercuti Tahun baru Cina baru-baru ini,anak-anak dara Makbonda cuti seminggu. Asyik duduk depan laptop sahaja. Bila makbonda intai rupanya tengah tengok you tube Sang Pencerah. Makbonda tumpang sekaki.

Mengisahkan peristiwa berlaku di sebuah desa di pendalaman Pula Jawa. Pendukung-pendukung Islam elok menononton filem ini. Ulasan dan Pengajaran dari filem ini terdapat di sini.





"Wadduh......Bahagianya kiranya makbonda dapat menantu kayak Pak Kiayai Dahlan sih. Oh Allah,semoga engkau mengurniakan."

Jumaat, 27 Januari 2012

اَحْمَد نَقِيب نَقِي الدِّين

Masih terngiang-ngiang dengan peristiwa sepanjang cuti Tahun baru cina yang lepas. Masa yang digunakan oleh perantau pulang ke kampung.Disamping kaum Cina berkumpul untuk makan besarnya,kaum lain juga berkumpul menjengok ibubapa di kampung masing-masing. Kampung-kampung menjadi gamat dengan keriuhan anak cucu. Tidak terkecuali Emak dan Bapak Makbonda.Seronok melihat ragam anak-anak buah yang sedang membesar. Ayat pertama Naqib -salah seorang anak buah sebaik sahaja bertemu Makbonda ialah;
"Mak Ngah,Naqib dan masuk tahun 2"
"Alhamduhlillah,tahniah. Naqib jadi ketua kelas ke?siapa nama ketua kelas?,penolong?,guru kelas?" Makbonda menyerangnya dengan soalan yang bertubi-tubi. Semuanya dijawab dengan gembira dan bangga. Seterusnya makbonda sengaja mencari soalan dengan jangkaan dia akan menjawab "Entah,mana Naqib tau"

Tapi jangkaan Makbonda meleset apabila dia menjawab dengan bangga sekali
"Puan Rumiah bt Jalil"
Subhanallah,Naqib pelajar tahun 2,sedangkan murid sekolah menegahpun ada yang tidak tahu nama pengetua.


Samada Naqib sememangnya budak bijak yang peka pada persekitaran ataupun Guru Besarnya yang berjiwa dekat dengan pelajarnya,kedua-duanya boleh dijadikan hipotesis. SK KLIA bukan sekolah kecil. Biasanya Guru Besar akan sibuk,sering keluar,dan duduk dalam pejabat,mana sempat untuk bermesra dengan pelajarnya. Seorang kawan sejawatan makbonda yang mengajar di sekolah berdekatan,punya anak dalam Pra sekolah. suatu hari guru pranya meminta batuan pada guru besar untuk membawa pelajarnya pulang kesekolah dari satu program di setadium. Apabila ibunya bertanya


"Sayang tadi balik dengan siapa?"
"Naik kereta atok tu lah,best keretanya besar,ada tv" sambil telunjuknya di arah pada Guru Besar yang janggutnya telah memutih itu.


Sebanarnya guru Besar Naqib ialah kawan sekelas makbonda semasa di sekolah menengah.Tempat Makbonda bertugas sekarang adalah sekolah tempat beliau bersekolah rendah dahulu.Beberapa orang anak-anak saudaranya adalah menjadi anak murid makbonda.Mereka adalah keturunan orang-orang yang tinggi akhlaknya.Kalau orang lain ada yang kita gelar hartawan,jelitawan ,rupawan, bangswan, cendikiawan, tapi keluarga kawan makbonda ini boleh digolongkan sebagai budiman..Walaupun telah melepasi dunia persekolahan bila berjumpa , yang perempuan pasti mencium tangan,yang lelaki menundukan badan dengan begitu sopan.


Setengah guru Besar ada yang mengabaikan tugas  masuk bilik darjah walupun ada jadual untuknya,jadi siapakah yang mengisi kekosongan itu,sudah pasti guru lain terpaksa mengorbankan masa rehat untuk relief kelas,atau biar sahaja kosong tanpa guru lalu memberi kesempatan pelajar berbuat aktiviti bebasnya.Guru besar naqib pasti bukan speasis yang seperti itu.


Samada Naqib jenis pelajar yang tinggi  kepekaannya pada persekitaran  ataupun Guru Besarnya yang berjaya mendekatkan diri dengan  pelajarnya .Kedua-duanya boleh menjadi kesimpulan.


Semoga Guru Besar Naqib juga kenal pada Naqib,dan semasa berdoa ada lintasan  naqib dalam hatinya.Seperti yang makbonda sering lakukan pada anak-anak murid makbonda, Semoga masaalah kesihatan Naqib tidak menghalangnya meraih kecemerlangan hidup disamping menjadi insan yang mulia.

Selasa, 24 Januari 2012

Tips Didik Anak

Semasa Perhimpunan hari pertama persekolahan 2012,pandangan Makbonda terfokus pada seorang pelajar lelaki tahun 1.



Dari tadi esaknya tidak berhenti.Makbonda berbisik pada cikgu tahun 1,anak siapakah gerangan pemuda kecil ini? Oh rupanya ibunya pernah menjadi anak murid Makbonda 20han tahun dahulu.Kiranya pemuda ini adalah cucu Makbonda. Bukan cucu pertama,ada lagi cucu yang lebih dewasa.Makbonda terbayang  wajah ibunya ketika itu,dan begitulah...sama dengan anaknya,setiap hari akan dimulai dengan tangisan,berlarutan berminggu-minggu. Bezanya cucu ini hanya beberapa hari sahaja. Selepas dari tempoh itu hmmm seperti juga rakan-rakannya yang lain, anak-anak zaman sekarang,ada sahaja tingkah laku di luar jangkaan.

Mengapa dia menangis?takut?bimbang?tidak seronok?
Sekarang mengapa sudah tidak menagis lagi?Sudah tidak takut,tidak bimbang dan seronok bersekolah. Atas faktor apakah agaknya sebabnya ya?

Mari kongsikan pengalaman Wardinah menghadapi anak-anak bersekolah.

Selasa, 17 Januari 2012

Sekolah kehidupanku

Setiap kali ibunya mengunjunginya akan terdengarlah keluh kesah dari lidahnya,tentang masaalah kawan-kawanya,kawan sana khianat kawan sini berlidah tajam,kawan sana berlidah bercabang. Ibunya tetap setia memasangkan telinga agar dia sentiasa tahu bahawa ibunyalah juga menjadi kawan karibnya yang pertama sebelum insan lain. Ya dia remaja yang sedang mencari identiti,remaja yang sedang dalam proses memasuki gerbang kehidupan dunia realiti.Makbonda tidak akan menyuruhnya berhenti serta merta,biarlah dia bercerita,dengan harapan akan mengurang beransur-ansur . 

Makbonda pernah mengalami zon tersebut.Pernah juga menjadikan emaknya teman pertama.Suatu ketika,semasa bersalaman dengan bapak sewaktu menghantar ke asrama,selain beberapa helai wang kertas,ada sekeping kertas putih berlipat.Makbonda membuka setelah tiba di dom. Didalamnya tertulis dengan huruf jawi;
"Ayahanda ijazahkan solawat ini untuk anakanda amalkan,baca setiap selapas solat dan apabila kesempitan" 
  Inilah ayat itu;

Makbonda syak,tentu sekali emak bercerita pada bapak. Makbonda tidak tahu maksudnya,dan dengan penuh yakin mengamalkan mengikut apa yang beliau tuliskan.Sehingga kini. Bila menjelang dewasa barulah makbonda tahun maksud dan khafiatnya setelah terjumpa dibeberapa kitab-kitab doa.

"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam".
khafiatnya boleh didapati disni
 
Terimakasih Allah yang menjadikan aku zuriat kepada bapak.Dan kini Engkau wariskan kepadaku amanah itu.

Makbonda dapat rasakan apa yang anak remaja itu rasakan, Dia anak makbonda,baik buruk pekertinya makbonda telah maklumi. Makbonda tidak menyelahkan kawan-kawannya,sebab itulah realitinya kehidupan dan dia tidak boleh mengubah kawan-kawannya,yang perlu diubah ialah dirinya.Bonggolan negetif dalam dirinya perlu di singkirkan.agar dia memendang segala yang berlaku dengan positif.Tentu sekali dia tidak akan menerima jika kita katakan dalam dirinya sedang ada sesuatu organ hitam yang berbuku. Untuk mengaku keburukan diri memang amat payah,tetapi boleh didik beransur-ansur. Siapa lagi yang dipertanggungjawabkan kalau tidak orang yang paling rapat dengannya.Tentu sekali menjadi pengalaman kepada ibunya.Kalaulah tidak nampak hasinya sekarang,iaitu semasa hayat masih ada,cukup menjadi penyambung apabila telah dialam barzakh nanti.Untuk meningkatkan iman makhluknya Allah tidak akan sentiasameletakannya dalam zon selesa,

Dalam ayat kedua surah al-Mulk, Allah berfirman yang bermaksud: "Dia (Allah) yang mencipta kematian dan kehidupan bertujuan untuk menguji siapakah di kalangan kamu yang paling amalannya."

Terimakasih Allah,yang memberikanku  kesempatan  menempuhi pengalaman perjalanan hidup sebagai seorang ibu seperti ini.Memberi peluang untukku merawat barah ego dalam diri,yang  menganggap diri ini seorang ibu yang hebat dalam mengeluarkan produk yang membesar seorang manusia.Terimakasih Allah memberi kesempatan untuku sentiasa berusaha tanpa henti mencari solusi dalam usaha bagi menjalankan amanahMU .

Jumaat, 13 Januari 2012

Jodoh

Ibu:Semua lamaran kamu tolak,kamu nak pilih yang macamana ni ?
Jawapan           
 Gadis 1
“Nak tunggu putera katak,menjelma jadi raja”
“Kalau tak menjelma jadi raja?”
Jadi anak dato’pun jadilah”
“Kalau tak jadi anak dato”
“Asalkan kaya”
“Ooh nak cari orang kayalah”
Yalah ,zaman sekarang semua mahal,kalau tak kaya macamana nak bayar rumah,kereta,melancong-lancung, shopping- shopping,sewa makandam,”
“Kalau Dia tak kaya tapi bercita-cita jadi kaya?dia rajin kerja.kreatif cari jalan jadi kaya,Sama-sama berusaha  tolong-menolong  nak kaya,bila dah kaya ingat masa belum kaya,dia ingat pertolongan kita,dibanding dengan orang dah kaya,malas kerja,habiskan harta,lepas tu kawin lagi,ialah dia kata dia mampu.”
"Tak mahulah yangkaya macamtu!"
"Kita akan rasa lebih hargai sebuah rumah yang kita bina dari titikpeluh bersama berbanding sebuah rumah yang telah siap tersergam indah."
“.............................”

Gadis 2


"Nak tunggu orang yang sekufu dengan kitalah"
"Sekufu?dari segi apa tu?"
"Yelah kita ada degree,takkan nak kawin orang lulus PMR je,"
"Tak semestinya lulus PMR tak ada ilmu"
"Alah susahlah orang tak belajar tinggi ni,nak buat sembang-sembangpun pikirannya sempit,bukan boleh ajak cerita hal -hal global,nanti kitapun jadi sempit sama"

"Orang lulus PMR kalau rajin membaca,ok juga,berilmu tak semestinya ada degree. Tapi yang penting boleh pimpin rumahtanggakan,dapat suami bijak pandaipun kalau tak reti jadi pemimpin rumah tangga tak guna juga,sakit jiwa dibuatnya."

"Kalau macamtu nak tunggu orang belajar tinggi dan pandai pimpin rumah tangga"
"Kalau yang itu tak juga datang?"
"..........................."


Gadis 3

Nak tunggu orang  alim  datang "
“Kalau tak datang juga? yang datang orang  tak alim?”
Takut orang itu tak dapt nak selamatkan saya. Tak apa, kawin lambat pun taka pa,buat apa cepat kawin  tapi dapat suami tak alim,dibiar isteri tak sempurna jaga aurat,bangga tengok isteri dipuja lelaki lain,kagum dengan kemungkaran isteri. Di biar isteri uploud gambar kat internet dengan gambar tak tutup aurat,gambar perut isteri tengah mengandung,setengahnya pulak suami yang uploud gambar isteri . Nauzubillah."
"Kalau dia pilih kamu sebab dia nak minta bantuan kamu bimbing dia?"
Takut kita tak mampu silap-silap saya hanyut sama
"Dah dia punya azam untuk baik,untuk jadi soleh,sebab tu dia pilih isteri yang baik,Allah kan Maha Tahu dan Dia yang mengatur segala-galanya.Bila dah kawin sama-sama perbaiki  diri berusaha dekatkan diri dengan Allah,sentiasa sama-sama  upgredkan ilmu mencari keredaan Allah.Quran dan Hadith jadikan pegangan. Sementara Orang yang dah soleh pulak dia tidak datang kerana Allah tugaskan dia selamatkan orang lain,nak didik perempuan lain jadi wanita yang soleh. Allah tidak zalim pada yang orang tidak menzalimi diri sendiri”
"Semoga Allah memberi saya petunjuk"

Gadis-gadis,kalau pun kamu mendapat pasangan yang kaya biarlah yang menggunakan kekayaannya ke jalan Allah,kalau yang berpendidikan tinggi biarlah berjiwa, berfikiran dan sentiasa berjuang dan menegakan Islam.Dan kalau yang berilmu biarlah yang dapat menyelamatkan insan lain kejalan selamat dan di redhoi Allah.



Jumaat, 6 Januari 2012

Musafir 4

Ini bukan satu kesimpulan,tapi adala satu pemerhatian yang infrensnya belum pasti.

Telah beberapa kali sejak Makbonda remaja dahulu,bila singgah di masjid-masjid di Melaka pada waktu selain jemaah berjemaah 5 waktu,masjid tersebut akan dikunci,dan musafir akan dapat bersolat di barenda.Mungkin ini adalah untuk keselamatan. Di dalam masjid yang berhawa dingin tersebut ada pembesar suara,kipas,peti derma dan sebagainya.Berbeza dengan masjid-masjid di negeri lain,singgahlah pada ketika apapun,musafir boleh bersolat di dalam. Menurut salah seorang dari anak Makbonda yang selalu bersangka baik.
"Nak galakan pengunjung majsid datang berjemaah,tak mahu datang lambat-lambat"

Kunjungan terbaru Makbonda kesalah satu masjid di Negeri bersejarah ini,begitu juga fenomenanya. Sidaian sejadah dan telekung juga terdapat di barenda tersebut,bermakna sememangnya disediakan untuk para musafir yang singgah di luar waktu berjemaah. Kami anak beranak menyusun sejadah dan berjemaah untuk  Taqdim Zuhur dan Asar.Anak-anak Makbonda semamangnya punya kaki yang bersaiz agak panjang ,jadi diruang yang sempit itu kami saling berlaga punggung. Semasa sujud kali kedua Makbonda terpaksa mengalih kedudukan sujud kerana sejadah tersebut berbau kencing kucing. Selesai solat Makbonda dapati banyak sejadah dan telekung punya aroma yang sama. kalaulah masjid itu berdekatan dengan rumah pastinya akan Makbonda kutip semuanya untuk di cuci.



.At- Taubah ayat 18 :Yang bermaksud : ‘ Bahawa orang yang memakmurkan masjid Allah ialah orang-orang yang beriman dan hari akhirat, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut ( kepada sesiapa ) selain dari Allah maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk

Rabu, 4 Januari 2012

LUBANG 2


Seorang cikgu yang baru lulus kursus induksi mengadu,

"Susah betullah Makbonda nak buat keputusan"
"Keputusan apa?"
"Ada sesaorang yang sangat baik dengan kita,nak pinjam duit, dia nak kawin."
"Banyak?Habis awak ada tak?"
"Itulah masaalahnya dia suruh kita buat pinjaman,pastu dia bayar bulan-bulan"
"Dia tak boleh buat pinjaman sendiri?"
"Dah black list,tunang dia yang bagi idea jumpa kita"
"Jaga-jaga,nanti awak yang terperangkap.Dah kursus kawin belum?"
"Tulah pasal. Dah kursus,bulan depan ni langsungnya,duit hantaran tak cukup lagi,"
"Dah tau tak cukup bincanglah dengan mak bapak,nak bagi anak kawin ke tak,kalau nak anaknya kawin kurangkanlah hantaran,anak tu tak mampu buat apa mak bapak mintak banyak-banyak,dari asyik couple sana-couple sini. Buatlah seadanya. Apa yang di kursuskan masa kursus kawin dulu.Meminjam duit hanya untuk dihanguskan masa majlis perkahwinan,syaitan bertepuk tangan,kalaulah meminjam nak selesaikan masalah antara hiup dengan mati adalah pertimbangannya?"
"Tulah,dia dah warning jangan bagitahu mak bapak dia. Makbonda bagilah cadangan apa nak bagi alasan"
"Kena terus terang padanya,tak boleh buat pinjaman,awakpun kan nak sambung study,nak guna duit tu"
"Alah nanti dia merajuk,putus silaturrahim,susahlah"
"Siapa yang putuskan?.Janganlah di pihak awak,buat biasa sahaj dengannya,kalau mampu bagi cadangan kat dia,buat seadanya,printkan artikal-artikal suruh dia baca.Tolong bius ilmu padanya"
"Dia baru SMS,merayu"

"Terus jawab.Saya tak boleh nak tolong,minta maaf -banyak,sebab saya nak sambung study,kena banyak guna duit,Semoga awak dilindungi Allah"

"Suami Makbonda juga pernah beberapa kali terperangkap dalam situasi ini. sesaorang merayu minta dia membuat pinjaman,kerana mahu modal berniaga,begitu bersungguh-sungguh,akhirnya tewas juga.Setelah setiap bulan gaji dipotong melalui angkasa,tapi dia buat-buat lupa.Yang sadisnyakini dia telah menjadi arwah.mahu dituntut pada waris,waris masih anak yatim lagi.Bayaran pinjaman pun dah selesai.Halalkan sahajalah."

Entry berkaitan tajuk ini ada di sini dan sini




Selasa, 3 Januari 2012

Perjalanan

Singkatnya masa,masih terngiang anakanda merengek meminta mainan dan jajan tak berkhasiat, kini Nakanda membelikan Bonda sepasang pakain. Masih terbau-bau hancing di tilam yang bonda cuci setelah anakanda terkencing diatasnya sepanjang malam, kini Nakanda telah membereskan basuhan pakaian ayahbonda higga dalam lipatan. Masih terbayang Nakanda merengek dalam kepenatan dalan perjalanan yang panjang,kini Nakanda memegang stereng memandu perjalanan menggantikan ayahanda yang mengantuk. Masih terasa sakitnya semasa memerahkan susu ibu untuk ditinggalkan pada Nakanda sepanjang Bonda bekerja,kini Nakanda telah memasak untuk hidangan tengahari sepulang Bonda dari bertugas masa cuti.

Masyaallah........Begitu singkatnya masa. Begitu singkatnya percutian kali ini,belum puas bersama kalian,satu demi satu kalian keluar ke destinasi masing-masing,tinggal kami berdua berbulan madu mengenggam rindu. Anakanda bonda sekalian,Adakah kalian menyelitkan doa utuk Bonda dalam doa kalian?.


"Tidak akan berlaku kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api". (riwayat Tarmizi)




Ahad, 1 Januari 2012

Tanda sayang?


Sebaik lahir sahaja didunia ini Salman  telah menjadi orang kaya,datuknya telah mewariskan harta pada setiap cucunya yang lahir.  Salman adalah zuriat  dari anak perempuan datuknya,sementara ayahnya adalah dari keturunan orang yang sederhana tetapi kuat beragama. Suratan telah tertulis,belum sempat Salman mengenal dunia kedua ibu bapanya telah berpisah,kerana ayahnya sudah tidak tertahan dengan cara kewewahan hidup  isterinya. Isterinya pulah tidak tahan dengan cara hidup sederhana ayahnya.
Salman jatuh dibawah jagaan ibunya,sementara ayahnya membawa diri dan memulakan kehidupan baru dengan isteri baru. Membesarlah Salman dengan kemewahan hidup yang dihidangkan oleh ibu dan bapa tirinya.Membujur lalu melintang patah,jauh dari batas halal dan haram.Bapa tirinya apatah lagi yang memang serasi dengan cara hidup isterinya,mengambil kesempatan membelanjakan harta Salman dengan alasan tolong menguruskan.Harapkan pegar menjaga padi tapi pegar yang makan padi.

Dari jauh tanpa henti ayah Salman berdoa agar zuriatnya diselamatka dari tipu daya dunia, selamat di dunia mahupun akhirat. Apabila salman mencapai umur remaja dan telah memasuki aqil baligh,segala doa telah diperkenankan Allah SWT.  Salman mula bosan dengan cara kemewahan hidup ibu dan bapa tirinya.Hidayah memancar dalam jiwanya. Salman telah memilih untuk  hidup bersama bapa dan ibu tirinya.Walaupun  tiada driver,tiada bilik tidur yang selesa,tiada pembantu rumah yang menguruskan makan pakainya,tetapi Salman redho.Bapa dan ibu tirinya tidak mengambil kesempatan mempergunakan harta Salman,mereka amat menjaga amanah. Bapa dan ibu tiri Salman membawanya hidup dalam kehidupan beragama.

Sebaliknya bapa tiri dan ibu Salman tidak berpuas hati terhadap keselesaan Salman.Di sana sini mereka menyebarkan cerita konon salman hidup menderita dibawah jagaan bapa dan ibu tirinya,disana sini dia mencanang, menjalankan kempen ‘Sayangi Salman.’
Walaupun berbagai cara ibunya mempengaruhinya dengan limpahan  janji-janji sayang  namun Salman yang telah menikmati manisnya kerahmatan hidupan dengan hidayah tetap tidak mahu kembali kedalam kehidupan yang lagha itu.Walaupun tiada limpahan kemewah besama bapa dan ibu tirinya,kehidupannya lebih tenang dan hatinya sangat hampir kepada Khaliknya.

 “Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata”.
al-Baqarah, 208:

Catatan Popular