DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Khamis, 23 Februari 2012

Dia bukan Badang

Cikgu Radhi suka memasang lukah.Lukah itu akan dimasukan ke dalam parit yang airnya mengalir. Beberapa jam kemudian beberapa jenis ikan akan terperangkap kedalam lukah. tersebut.Ada ikan sepat,ikan puyu,ikan tilapia dan beberapa species lagi. Cikgu Radhi bukan menangkap ikan untuk menambah ekonomi keluarga,tapi untuk suka-suka sahaja,sebab geram melihat ikan-ikan tersebut menari-nari didalam air.Memang lazat ikan-ikan air tawar tersebut jika digoring kering,atau dijadikan ikan masin. Semasa kecil itulah sumber protin beliau dan keluarga.Kadang-kadang ikan itu akan dimasukkan dalam tong berisi air,diberi makan sehinggalah ianya besar. Bila ada tetamu datang ianya akan di jadikan hidangan.

Beberapa hari didapati lukahnya kosong,kekecewaan mula bersarang. tiba tiba beliau teringat cerita badang. Pada hari itu beliaupun mengendap,siapakah yang menghabiskan ikan-ikan tersebut.Tidak salah lagi,satu makhluk hitam sedang  meratah ikan-ikan tersebut dengan seleranya. Dia mengabaikan sahaja kejadian tersebut.Tidak mengapa,beri sahaja peluang ia menikmati rezkinya.Dia Redha,sesuai dengan maksud namanya.

Cikgu Radhi tidak perlu menangkap makhluk itu untuk dimakan muntahnya supaya beliau menjadi kuat seperti badang.Beliau sedar yang beliau boleh makan ikan siakap masam manis,atau ikan kerapu kukus,atau kari kepala ikan merah atau ikan patin masak asam pedas,sedangkan makhluk itu,itulah sahaja punca rezekinya. Dalam pelajaran sains tahun 5,ada tajuk rantai makanan. Tumbuhan dimakan ikan kecil,dimakan ikan besar dimakan ular dimakan helang dan seterusnya.Cikgu Radhi tidak termasuk dalam rantai itu,jadi beliau tidak boleh tamak. Biarlah,biarlah.

Tapi hari itu tiba-tiba beliau berteriak-teriak memanggil anak isterinya.Semuanya yang sedang asyik mengadap laptop terkejut dan berlari-lari mendapatkannya. Adakah beliau dapat menagkap janggut badang?Fikir isterinya.



 Oh tidak rupanya makhluk hitam itu telah terperangkap kedalam lukah..Biasanya ia boleh keluar,tatapi kali ini tidak boleh. samaada telah kekenyangan sehingga saiz badannya melebihi lubang lukah. atau makluk itu telah membesar dengan sehat kerana cukup zat makan.

Apakah tindakan Cikgu Radhi seterusnya. Membunuh makluk itu sebab ia adalah sejenis makhluk merbahaya? atau bantu melepaskan diri kerana ia bukan sedang mengancam keselamatan.

Sabtu, 18 Februari 2012

Tak pernah dibuat orang?

 Dalam satu majlis walimah seorang rakan kepada suami,Makbonda makan semeja dengan seorang kakak.

"Tak pernah dibuat orang,apa pendapat kamu."
Tiba-tiba  kakak itu memengacukan soalan.
"Apanya Kak?"
"Nilah,tuan rumah ni,adake kad jemputan ditulis Tidak mahu menerima sumbangan, kesian tetamu,dah biasa pergi majlis kawin kenalah salam menymbang,ni dia tak mahu,serbasalah kita. Lagi satu,minggu depan ni, Cikgu  Dr Jamali nak kenduri walimah kat masjid pulak,tak pernah dibuat orang"
"Tapi tak menyalahi hukum kan kak?"
"Ialah tapi tak pernah dibuat orang,orang tak biasa"
"Inilah dia nak mulakan,lama-lama biasalah,kan nak mudahkan orang,selama ni kena keluarkan budget bila nak datang kenduri walimah,kena menyumbang. Yang penting niat dia nak khenduri kesyukuran."
"Itu yang kenduri kat masjid tu,tak ke mencemar masjid,Nanti orang ramai-ramai datang, bila masuk waktu Zuhur,orang nak sembanyang pun terganggu,bising"
 "Eloklah ramai-ramai datang masjid,boleh solat dhuha,tiba waktu Zuhur semua berjemaahlah,kat tempat lain banyak orang buat,kat tempat kita saja yang belum ada"
" Lepas tu masak-masak,buat kotor je,pasang lagu-lagu pulak tu kat kawasan masjid"
"Apa pulak kotornya,biasanya Maulidur Rasul ke atau Israk Mikraj ke, bukan ke masak-masak belakang masjid. tak payahlah pasang lagu-lagu yang lagha,pasanglah solawatke nasid ke,meriah juga."
"Jadi kamu setujulah ye?"
"Kenapa pulak tak setuju,macamlah hidangan buffet,dulu-dulu ramai tak setuju,apa ni jemput kenduri suruh ambik makanan sendiri,tapi sekarang macamana,dah tak ada orang khenduri pakai hidang,semua orang dah terima,kalau yang baik,memudahkan,tak langgar hukum,apa salahnya di terima"

Hari ini 18 Feb/25 Rabiulawal,kami buat julung kali menghadhir khenduri walimah di Masjid,meriah sekali,tanpa pembesar suara,kebetulan kami tiba azan Zuhur berkumandang.Penuh ruangan solat dalam Masjid Al Maarufiah, Kampung Parit Baru, Sabak Bernam. Tetamu punyalah tidak berhenti-henti dari pagi hingga petang maklumlah menantu lelakinya Juara Imam Muda Musim kedua Mohd Hassan Adli Yahya   bertemu juduh dengan Fadatul Ulfah bt Jamali.



Gambar majlis khenduri pada 18/2
Gambar selepas pernikahan 17/2

Gambar gambar lain boleh di dapati di sini

Khamis, 16 Februari 2012

Hati Nenek.

 Tiba-tiba sahaja Nek Limah memecah kesunyian.
"Makbonda.........kamu kalau anak nakal apa amalannya?"
"Nakal macamana Nek Limah"
"Budak suka mencuri.Cucu neneklah,anak si Biah, Biah kawan kamu tu,kamu kan kenal dia.Pantang ada duit kat rumah,mesti dicurinya,telefon pakciknya pun di curi,aku kalau tidur kena letak duit bawah bantal,dalam beg entah berapa kali dicuri..Hari tu dipanjatnya rumah nenek sebelah bapak dia,masuk rumah ikut bumbung,neneknya tersedar bila dibuka lampu, rupanya cucunya.Kesian emak bapanya,dah berapa kali kena belasah,tak lut .Cuba kamu tuliskan apa amalan nak bagi budak ni ,biar berehenti mencuri."
"Bukankah bapanya tu polis nek?"
"Itulah yang aku terkilan,bapaknya jaga keselematan negara,anaknya jadi pencuri.Bukan tak pernah dibagi duit,bapaknya duit banyak, tiap minggu dibagi RM200,tapi masih nak mencuri,hari tu telefon abangnya, sekali abangnya pukul dia paksa bagi tahu dimana dia jual,dia tunjuk kedai cinanya,abangnya tebus balik.Sekarang emaknya simpan duit dalam kereta,kalau dalam rumah memang tak pernah selamat.Kamu tulislah,nanti aku bagi  si Biah,biar dia amalkan."

"Saya bukan pandai Nek,kena tanya orang-orang alim ni,tapi tak apalah sementara belum jumpa tu Suruh Biah amalkan "Ya Latif-ya Latif,"kemudian hembuskan pada ubun-ubun anaknya,terutama masa nak pergi sekolah,Ataupun masa dia tidur,baca surah Taha,sampai ayat 10,hembuskan kat telinganya,atau pun dalam surah al Imran ayatakhir sekali.;

 Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah  serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

Selalu doalah,mohon pada Allah,minta petunjuk,bukakan hati anak biar sedar ,Doa ibu pada anak sentiasa dimakbulkan."

"Dia dah doa,dan sembahyang hajat pun,tapi masih macamtu,"

"Tak apa suruh dia jangan jemu berdoa,itu ujian pada dia...Ataupun nek,kalau Nenek mampulah,ingatkan dia,kan bapak dia polis, saya tengok mewah hidup dia,kereta berapa biji,rumah banglo,cuba Biah bincang dengan suaminya,muhasabah diri,dari mana dapat duit beli benda-benda tu semua."

"Ini yang susahnya,suaminya tu keras,bukan boleh ajak bincang,antara sebab aku tak tahan duduk rumah dia tulah,gaduh aje,kadangtu sampai seminggu tak bercakap,duduk sama-sama dengan nenek tapi tak bertegur sapa.Suaminya selalu salahkan  Biah bila anaknya mencuri,yang dianya main lempang je kat anaknya,cuba cakap elok-elok."

Masyaallah.....Makbonda belum layak nak tolong semua........kasihan Nek Limah.

"Kalau macamtu suruh dia amalkan baca surah Al Ikhlas,mudah-mudahan Allah terima amalan dan menurunkan pertolongan dan Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74

 " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa."

"Kamu tulislah kat sini "
"Tak apa,saya tandakan sahaja kat Al quran ni,nak salin tulisan jawi saya tak cantik,nanti Biah tak boleh baca"

Kemudian makbonda google amalan ibu anak nakal, makbonda jumpa   ini . Lalu makbonda print dan bagi kirim kat Biah.

Isnin, 13 Februari 2012

KAMI V

Lanjutan dari sini, sini  , sini. dan  sini 

Sudah lama dia tidak mampir kebilik Makbonda,dan memang sudah lama kami tidak berbual berdua. Dengan kesibukan tugas akhir tahun,diselangi cuti panjang dan kesibukan persekolah awal tahun. Pertemuan sekadar pertemuan biasa,bertanya khabar dan perbualan berkisarkan tugas. Hari ini baru berkesampatan bersama lagi. Dia kini sudah punya bilik sendiri,jadi tidak perlu menumpang dhuha dibilik Makbonda.

Hari ini Makbonda yang mampir kebiliknya,dalam berbual-bual,tiba-tiba tangan makonda tersentuh satu jilid hasil fotokopi,setelah diamati ianya diimbas dari sebuah kitab yang sama ada dalam koleksi Makbonda. Ianya dapati buku itu dari koleksi kitab-kitab Bapak yang telah dipinta izin menghakmilik semasa punya anak dua dulu.Bapak dapat kitab ini dari satu kursus yang di hadhirinya,yang tidak pernah Makbonda temui di kedai buku.


Dari mana dia mendapat fotokopinya?

"Makbonda,kini Allah telah menganugerahkan kepada saya sesaorang yang menjadi tempat saya bersandar,sebelum ini saya suka kacau Mabonda walaupun kamu tidak dapat menghayati sakit saya,sebab semamangnya kamu tidak pernah mengidapnya.Juga adik saya yang belum kahwin, Semamangnya dia tidak pernah merasai hati seorang isteri dan tidak mahu kahwin sebab dia telah kehilangan payuudaranya diragut oleh kenser.  Saya telah temui seorang Makcik di masjid tempat saya selalu bermujahadah. Dia tidak pernah bersalin dan pernah menjadi isteri pertama yang tinggal serumah dengan isteri kedua yang punya anak,akhirnya dia disingkir oleh madunya. Di hujung usia dia dilamar oleh seorang duda yang punya anak-anak yang dewasa. Mentelnya seiring didera oleh insan disekekelilingnya. Sekarang dia telah mampu berhubung terus dengan Allah.Sebab itu dia sudah kebal dengan suhu dan iklim persekitarannya.Wajahnya begitu bening. Lama Makcik itu memerhatikan saya,sehingga suatu hari dia mendekati,dan kami menemui titik persahabatan.Dia beri salinan fotokopi ini sebagai teman. Kini graf ketenangan saya agak tinggi.Walaupun sebenarnya saya belum boleh menerima madu saya dalam hidup ini,namun saya sudah boleh bermandiri tanpa pergantungan sepenuhnya pada suami.Saya sudah boleh mendidik batin saya agar tidak  gersang walaupun ianya kering. Ubat yang dia berikan pada saya lebih pahit tapi saya telah dapat menikmatinya."

Alhamdulillah,Makbonda amat setuju. Sangat menyedari bahawa diri ini belum mampu menjadi dahan , hanya mampu menongkatnya sahaja dari rebah. Kini dia  telah bertemu dahan yang teguh.Betapa kedekutnya diri,walaupun kita punya koleksi kitab tersebut tapi tidak mampu mengongsikan padanya. Benarlah,kemampuan bersedekah itu bukan terletak pada bahan sedekah tapi kemampuan jiwa melepaskan bahan tersebut.

"Saya ada lah cerita kat Makcik itu,Satu masa, ketika saya meminta belanja dapur sebab anak-anak balik bercuti,sambil mencampakkan wang di merengus,
"Tahu tak ,banyak ni saya bagi kat sini,banyakni juga saya kena bagi kat sana,tengah bulan ni,tinggal ini saja yang saya ada"
Saya ambil dan serahkan balik duit tu sambil berkata
 "Tu lah bang,hanya orang yang mampu layak poligami" Rupa-rupanya mengundang kemarahannya,terus dia masuk kereta dan meninggalkan kami.
 Apa Makcik tu cakap pada saya
"Jangan kamu cakap macam tu,dah tau dia tak suka diungkit,jangan sekali-kali keluarkan perkataan menyakitinya,Insyaallah sebenarnya dia dah tahu silap dia,biarlah beri masa dia berfikir.Kita tak mahu disakiti jadi jangan sakiti orang lain,Allah murka nanti.Jauh kasih sayangnya."
Masyaallah,Makbonda,saya sangat terpukul,sebenarnya selalu juga saya menyakiti hatinya,sebab dia dah sakiti saya,saya mahu dia juga sakit seperti saya,rupanya perkara tu tak baik,menjauhkan kasih sayang Allah"

Allahuakbar,sekarang siapa yang ketinggalan?,pastinya Makbonda yang ini,siapa yang berguru? juga diri ini. Siapa yang lebih tinggi makamnya tentulah dia. Dia telah menghayati kasih sayang Allah. Bukan hanya dengan melafaskan tapi jauh di lubuk kalbunya.

Seorang sahabat bernama Zaid Alkhair bersusah-payah datang dari jauh bertanyakan kepada "Rasulullah,apakah tanda-tanda seseorang itu dikasihi Allah?." Rasulullah SAW menyoal kembali, "Apakah yang terlintas di fikiran saudara apabila bangun tidur dan apakah yang saudara ingat sepanjang masa?" Zaid menjawab, "Saya sentiasa memikirkan kebaikan, mengingati kebaikan, suka kepada orang yang melakukan kebaikan dan saya berusaha untuk melakukan kebaikan sepanjang hayat saya."
Rasulullah saw menjawab kembali, "Ya! Itulah tanda-tanda seperti orang yang dikasihi Allah. Sebaliknya apabila seseorang itu sentiasa ingat dan berfikir ke arah kejahatan dan kemungkaran serta sering melakukannya, maka itu menunjukkan orang seperti dibenci Allah."

Rabu, 1 Februari 2012

Berbahagianya kita menjadi UmatNya


Sering juga nafsu ini meronta mahu menambah baik rumah,pasang esosseri sana pasang essesori sini,atau membina rumah-rumah sewa ditanah yang kosong,tapi teringat Junjungan kita SAW tidak meningalkan satu pun bangunan diakhir hayatnya

Sering juga ingin memiliki busana yang mahal-mahal dan cantik menawan,di kedai-kdai juga di pasar maya,tapi teringat Junjungan SAW semasa  berIsra' Mi'raj. Di tengah perjalanan, Rasulullah mendengar seorang wanita tua yang cantik memanggil-memanggilnya. Wanita itu mengenakan pakaian indah dan perhiasan emas berlian yang gemerlapan. Rasulullah bertanya kepada Malaikat Jibrail, siapa gerangan wanita tersebut. Jibrail menjawab bahawa wanita tua itu adalah dunia.

Sering juga rasa dendam dan geram berbuku-buku pada insan-insan yang menghianati kita,tapi teringat Sabda Rasulullah SAW
"Wahai Uqbah mahukah engkau aku beritahu akhlak bagi penghuni dunia dan penghuni akhirat yang paling mulia? (mereka) ialah ;Menyambung silaturrahim dengan orang yang memutuskannya,Memberi kepada orang yang tidak mahu dan tidak pernah memberimu.Memafkan orang yang pernah menzalimi dan menganiayaimu"
 
Seirng juga terliur barbagai-bagai juadah terutama bila mahu berbuka puasa,tapi teringat Rasulullah bersabda;
”Tidaklah anak cucu Adam mengisi wadah yang lebih buruk dari perutnya. Sebenarnya beberapa suap saja sudah cukup untuk menegakkan tulang rusuknya. Kalau dia harus mengisinya, maka sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman, dan sepertiga lagi untuk bernafas”. (HR. Turmudzi, Ibnu Majah, dan Muslim).

Sering juga kecewa bila seruan keararah kebaikan yang kita perjuangkan mendapat respon yang menyakitkan,rasa serik dan tidak mahu masuk campur lagi.,tapi teringat Rasulullah SAW sehingga disaat akhir hayatnya masih mengenangkan “Ummatii, ummatii, ummatiii!”

Sering juga rasa bangganya dipuji dan sakit hati bila orang lain yang mendapat pujian tetapi teringat Rausulullah tidak suka dipuji
”Janganlah kalian berlebihan memuji daku sebagaimana kaum Nasrani yang berlebihan memuji anak Maryam. Aku hanyalah seorang hamba, oleh sebab itu katakanlah (panggillah) `Abdullah (hamba Allah) dan Rasul-Nya.”

Selalu sangat malas membaca al Quran tatapi teringat Rasulullah sangat suka mambaca dan mendangar bacaan al Quran
Rasulullah saw. bersabda kepadaku:”Bacakan al Qur’an untukku!” “Wahai Rasulullah saw.! Mana mungkin aku membacakannya kepada Anda, bukankah ia diturunkan kepada Anda?” Beliau bersabda:”Sungguh aku ingin mendengarkannya dari selain daku.” Maka kubacakan surat an Nisa, sampai ayat: “Waji’na bika `ala ha ula-I syahida.” (Dan Kami mendatangkan kamu sebagai saksi atas mereka). (Q.S. 4 an- Nisa: 41). `Abdullah bin Mas’ud berkata
:”Maka kulihat kedua mata Rasulullah saw. bercucuran air mata.”
Sering sangat rasa takut berjuang menegak kebenaran,tapi bila teringat Rasululuh SAW menempuh berbagai ranjau

Sering juga rasa mahu naik angin melihat anak-anak disekolah yang sering bertingkahlaku diluar jangkaan,ringan sahaja lidah mahu menghemburkan kata makian,tapi teringat Rasululullah sering menyatuni anak-anak juga anak yatim.



Alhamdulillah,Saya lahir sebagai Umat Rasulullah SAW. Tapi kenalkan Baginda pada saya yang sangat kurang mengamalkan sunnahnya? .Kalau Rauslullah masih ada, saya mahu mendapatkan suluhan sinaran cahayamya.

Selamat meraikan hari Maulidul Rasul

Catatan Popular