DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Ahad, 29 April 2012

Usia yang bermunafaat.


Terkadang usia panjang masanya, tetapi sedikit manfaatnya.
Terkadang usia itu pendek masanya, akan tetapi banyak manfaatnya.


Usia itu sebenarnya bukan karena panjang atau pendeknya, akan
tetapi manfaat dan mudaratnya. Sebagus bagus usia ialah usia yang banyak
manfaatnya bagi manusia. Rasulullah Saw bersabda, "Sebaik baik manusia ialah
orang yang panjang umurnya, dan bagus amalnya, dan seburuk-buruk manusia,
adalah orang yang panjang umurnya akan tetapi rosak amalnya."


Syekh Ahmad Ataillah (pengarang kitab Al-Hikam) menegaskan pula:

"Siapa yang diberkati umurnya, dalam masa singkat dari usianya, ia akan
mencapai karunia Allah, yang tidak dapat dihitung dengan kata kata, dan tak
dapat dikejar dengan isyarat."


Semasa post ini terbit pada 29 April saya sedang berada Maktab Mahmud,Alur Star menyertai lawatan penanda aras dari sekolah tempat anak-anak belajar. Atas jawatan suami sebagai YDP PIBG sekolah tersebut,saya diberi satu kerusi dalam bas.

Kenapa 29 April Makbonda?.
Ya kalau bulan hijrahnya ketika itu waktunya  ialah Sabtu = 13/Zulkaedah . Sebab dari tarikh ini bermulalah proses penghitungan, untuk melihat setahap mana usia saya dimunafaatkan.Tarikh inilah paling sesuai untuk dibuat penanda aras darjah kemunafaatan usia saya.

TOI,punya cara sendiri memunafaatkan sisa-sisa usianya.


Khamis, 26 April 2012

Menjaga hak.



Hari ini saya mengambil cuti rehat khas kerana menemani emak ke majlis di atas.Setelah beberapa sessi ucapan maka masuklah agenda sessi dialog.

Beberapa peserta tampil,ada yang meminta penjelasan ada yang menegur kepincangan. Semuanya dijawab oleh yang berkenaan,ada yang jelas ada yang tidak,ada yang memuaskan hati ada yang tidak. Beberapa orang makcik bersebelahan merungut-rungut.

"Sudah-sudahlah,banyaknya komplen,dah dapat tanah tu syukurlah,diam-diam tak payah bising-bising. Bangkang-bangkang segala.Datang dah dapat sarapan,dapat makan,dapat tambang,apa lagi yang tak puas hati "

Setelah beberapa banyak sungutan,saya rasa terpanggil untuk membetulkan presepsi makcik-makcik tersebut.

"Biarlah Makcik,memang namanya sessi dialog. Kalau dah kat luar nak merungut tak ada sapa dengar.Biar dia tanya, sekurang-kurangnya kita pun dapat tahu sama. Tanah tu hak kita,mereka cuma mentadbir, kita kena tahu dengan jelas, betul kah dia mentadbir. Sekurang-kurangnya dia akan buat kerja betul-betul kerana dia tahu peserta-pesertanya perhatikan kerja-kerja mereka"

"Tapi kan dah dapat tanah,bersyukurlah"

"Bersyukur memanglah perlu. Dah dapat kena jaga,orang itu pun tak boleh marah kalau kita komplen,
dia pun dapat kerja sebab ada tanah kita,kalau tak ada tanah ni takada lah mereka kerja."

Mereka diam,dan saya berharap mesej saya sampai.

Ahad, 22 April 2012

Takut dengan soalan?



Abun mengajak Os untuk mengikuti kelas membaca Al Quran ke Al Baghdadi Learning Center.Os agak keberatan tetapi bila Abon berkata,

"Ustaz tak soal pun,marilah,kita belajar di ALC "

Barulah Os berkeyakinan untuk ikut serta.Dia mahu mati dalam iman. Ini cerita dalam iklan ALC  di radio IKIM

Dulu ditempat tinggal lama,Makbonda mengaji di surau.Rata-rata peserta mengaji adalah yang lebih berumur dari Makbonda,Bermakna Makbonda paling mudalah berbanding mereka. Tiba-tiba satu persatu peserta tidak hadhir,hinggalah tinggal beberepa orang. Fenomena tersebut berlaku bila ustaz mengubah teknik pengajaran dengan membanyakkan soalan,agar peserta sentiasa memanggil balik apa yang telah dipelajari samada masih terlekat di memeori atau tidak. Ada ketikanya juga ustaz menyuruh peserta membaca 1 ayat Al Quran,Ustaz akan membetulkan segala kehilafan.

Ditempat baru sekarang,kami mengikuti kelas Ustazah. Peserta ada yang lebih muda dan ada yang lebih berusia. Dulu kedatangan peserta  juga agak tinggi.Lama kelamaan,satu persatu kedatangan mengurang,sehingga tinggal beberapa orang sahaja. Puncanya akhir-akhir ini ustazah banyak menggunakan teknik menyoal juga.Ada kalanya ustazah meminta peserta membaca Quran dan yang lain menyemak bacaan,membetulkan yang kurang tepat.Adakalanya juga kadangkala memeriksa kesempurnaan solat para peserta.

Rupa-rupanya, itu semua menyebababkan turunnya bilangan peserta,melainkan beberapa orang yang memang masih mahu.

“Sentiasa ada satu golongan daripada kalangan umatku yang menzahirkan kebenaran, tidak akan memberi mudarat kepada mereka orang yang meninggalkan mereka sehingga datang hari kiamat dan mereka dalam keadaan tersebut.” (H.R. Muslim)


“Islam bermula dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing sebagaiman ia bermula maka beruntunglah orang yang asing. Sahabat-sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah siapakah orang asing itu?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Orang yang melakukan pembaikan (islah) ketika rosaknya manusia, tidak bersengketa dalam agama Allah dan tidak mengkafirkan orang yang berada pada tauhid disebabkan dosa.” (H.R. Muslim)

Rabu, 18 April 2012

Letakan malu ditempatnya.


Anak teruna kepada seorang kawan Makbonda telah dikejarkan ke hospital di kawasan Lembah Kelang,kerana pembengkakkan  prostate. Beberapa hari sebelum itu beliau mengadu kepada guru asrama bahawa perutnya sakit,guru asrama membawa ke kelinik berdekatan. Doktor kata gastrik lalu diberi ubat gastrik. Beberapa hari kemudian sakit lagi,lalu dibawa ke hospital,dia dah kata anunya sakit tapi doktor tak periksa itunya dan kata gastirk juga,dan diberi ubat gastrik lalu dihantar balik kampung. Beberapa hari kemudian sakit lagi,yang tidak tertahan,lalu ibunya memeriksa.di celah pehanya sesaiz dua biji limau mandrin besarnya. Ibubapanya cemas,setelah dibawa kehospital daerah terus di hantar ke Lembah Kelang.Setelah di diagnosis sebelah prostetenya telah rosak akibat terlambat menerima rawatan,dan terpaksa dibuat pembedahan untuk untuk membuang bagi menyelamatkan yang lain.
"Doktor,macamana nanti kalau anak saya kahwin?boleh pakai ke"Ibunya cemas.
"Insyaallah,dia masih ada kilang di bahagian sebelahnya,masih sihat,kena buat pilihan,"
Alhamdulillah,dia telah dibawa pulang dengan sebelah prostate yang sihat.

Sewaktu 10tahun,anak bujang makbondapun pernah mengadu sakit perut,makbonda sapu dengan minyak panas.Selepas dari itu nampak gaya jalannya tidak normal,katanya sakit kaki.
"Ok,nanti bawak pada Embah,urut ye!"
"Bukan kat kaki,atas sikit"sebenarnya Makbonda berfikir dia takut akan urutan Embahnya.
Entah macamana Makbonda tergerak hendak memeriksa atas sedikit.Terhenti nafas makbonda bila mata melihat sesuatu menggelembung seperti belon disitu.Terus sahaja dibawa ke hospital.

Di kampung Emak Makbonda,sepasang suami isteri warga emas. Sekian lama suaminya mengadu sakit perut,lalu isteri yang setia akan melumur minyak panas ke bahagian perut tersebut,dan kebah.Sakit lagi,sapu lagi kebah lagi. Bertahun-tahun. Sehinggalah suatu ketika sakit yang teramat sangat kebetulan ada anak yang pulang dan terus dibawa ke rumah sakit.Di rumah sakit,rupa-rupanya yang sakit bukan perut tapi organ bawah perut.

Di hadapan isteri doktor bertanya;
"Pak cik,sejak bila pakcik sakit ni.?"
"Dah puluhan tahun,sejak muda"Makcik terperanjat sehingga lemah kepala lututnya.Selama ini bila sakit suaminya tak beritahu mana bahagian yang sakit.Bertahun-tahun.

Tadi semasa menutup aktiviti P&P dalam kelas,Makbonda sempat meninggalkan wasiat kepada anak-anak.
Kepada anak-anak lelaki cikgu,cikgu harap kalau rasa ada sakit bahagian telur kamu,cakap pada emak. jangan malu.nanti kalau dah teruk tak dapat diselamatkan,kelam masa depan kamu.Pupus spesis kamu.Pada anak-anak perempuan juga,kalau sakit bahagian bawah pusat,jangan malu-malu beritahu emak.Cepat-cepat cari rawatan.Boleh semua?"

"Insyaallah cikgu"

Semasa berjalan beriringan menyusuri gajah menyusur sekumpulan anak-anak lelaki perempuan yang berjalan dihadapan makbonda sedang manyambung isu didalam kelasyang tidak sempat diulas oleh mereka tadi sebab loceng balik sudah berdering.

"Kenapa cikgu kata pupus spesis ye"Tanya si lelaki
"Ya lah kalau dah buang rahim dah tak boleh simpan baby,kalau dah buang telur dah tak boleh keluarkan benih"Jawab si prempuan yang jauh lebih tinggi beberapa cm dari silelaki.

Allahuakbar,advance juga mereka ya,padahal dalam rp sains tidak ada tajuk itu, tidak seperti rp semasa makbonda sekolah rendah dahulu,memang ada tajuk pembiakan.

Kepada para emak-emak juga,bila anak lelaki mengadu sakit perut,sila jangan percaya 100%.Periksa bahagian lain juga.Demi masa hadapan mereka.


Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:
"Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah"
(Riwayat Muslim dan Ahmad)






Isnin, 16 April 2012

Bakti Siswa Culinary Arts Managment UiTM,Shah Alam

Sabtu petang yang baru lepas rumah Makbonda menerima kunjungan anak-anak manis.Mereka membawa rombongan lamaran,tapi bukan melamar anak-anak. Mereka adalah siswa-siswi dari Culinary Arts Managment UiTM,Shah Alam.Mahu menjalankan program Bakti siswa ke kampung kami. Waktu ini siswa-siswi IPT sedang sebok mengadakan program ini. Memang perlu sangat program sebegini dijalankan,ialah untuk melahirkan individu yang seimbang serta harmoni dari segi intelek,rohani,emosi dan fizikal seperti yang terdapat dalam falsafah pendidikan negara.Beberapa rombongan dari berbagai IPT juga sedang bermukim di beberapa kampung yang lain,dalam berbagai jurusan.

Yang membuatkan Makbonda teroja sangat ialah yang datang ke kampung kami adalah dari  Culinary Arts Management. Bagi Makbonda ini adalah pengalaman pertama . Antara programnya ialah membuat demontrasi masakan pada orang kampung dan makan bersama-sama masakannya. Tugas kami ialah menarik perhatian penduduk kampung untuk hadhir bersama. 

Dalam perbincangan kami Makbonda syorkan mereka memasak dengan pakain chef. 

Juga kami cadangkan agar mereka membawa bersama  slide gambar-gambar sepanjang aktiviti mereka belajar  kulinari ini di UiTM sementara kami sediakan projektor. Bukan apa,bidang ini terlalu jarang anak-anak kampung ini ceburi,sekurang-kurangnya terbuka minda mereka untuk memenuhi ruang-ruang kosong bidang ini yang selama ini di isi oleh mereka yang bukan Islam. Apa yang kami syorkan sangat diterima sebulat suara.

Mereka juga meminta kami mengemukakan masakan yang belum mereka temui.Beberapa jenis masakan kami senaraikan,anak-anak bakal chef ini tertarik dengan sejenis kuih bernama 'lemper'.


Insyaallah kami akan sediakan kuih ini,dan membuat demontarasi membungkus kerana teknik pembungkusannya agak rumit,Anak-anak muda memang jarang yang menguasainya. Untuk mengetahui tentang kuih lemper ini Makbonda goggle dan jumpa disini.

Insyaallah mereka akan datang pada hari Sabtu 5 Mei .Ahlan wasahlan diucapkan kepada mereka.Pastinya kami akan memberi sokongan penuh.

Selasa, 10 April 2012

Aduhai anak omak.

Sudah lama kami suami isteri mau berjumpanya.Walaupun dia bukan mahram dengan saya tapi saya pernah mendokong,memandikan dan menyuapkannya semasa dia belum mumayis dulu.
Berpegang kepada
"Barang siapa yang melihat kemungkaran,maka ubahlah dengan tangan(kuasa),jika tidak mampu, maka ubahlah dengan menggunakan lidah(memberitahu), jika tidak mampu,maka ubahlah dengan hati(perasaan benci kepada maksiat) sesungguhnya(wujudnya perasaan benci maksiat) selemah-lemah iman.”.Saya rasa saya ada lidah itu.
Walaubagaimanapun  kena berpegang kepada  "Serulah mereka dengan cara yang penuh hikmah..."
Dan harus ingat;
 “Barangsiapa yang menasihati   seseorang dan hanya ada mereka berdua, maka itulah nasihat yang   sebenarnya. Barangsiapa yang menasihati saudaranya di depan banyak   orang, maka yang demikian itu mencela dan mencelakan orang yang   dinasihati.”


Ya,hati ibunya terguris kerana dia membina rumah ditanah isterinya.
"Alah kak,kalau kita ikut cakap orang semua tak jadi,dulu saya memang berazam nak duduk sama,tapi mak tak selesa tinggal dengan menantu,nampak macam tak boleh tinggal bersama,jadi sebelum terjadi apa-apa biarlah kami tinggal asing"
"Memang itulahlah yang sebaiknya,walaubagaimana kurang senangnya tindakan mak,dia tetap ibu kita.Sabanyak mana kita beribadah,belum tentu diterima kalau ibu tidak redha.Kalau pun tak sempat ziarah cukuplah dengan telefon dia,tanya khabar,terubatlah sikit jiwanya."
" Saya pun sebok kak,tengah meting,takkan nak telefon dia.Sekarang macam nilah ,Kakak jaga keluarga kakak sendiri saya jaga keluarga sendiri. Kita sebok jaga keluarga orang tapi tak nampak kepincangan keluarga sendiri. Kita jaga tepi kain sendiri-sendiri"
"Memanglah kamu jaga kelurga kamu,kami jaga keluarga kami, masing-masing jaga tepi kain sendiri-sendiri,tapi ada kalanya kain kita koyak dibelakang,kita tak nampak,jadi orang lain yang nampak tolonglah beritahu kita, Itu kalau kita mahu sama-sama selamat,tapi kalau kita tak mahu nafsi-nafsilah.Tak adalah bukti persaudaraan kita?Ada ketikanya kamipun salah,kamu tolonglah tegur."
Dia diam.
Dia tak perlu menyatakan apa-apa. Selepas dari peristiwa  itu dia terus baik kepada kami.Sudah cukup bukti yang dia menerima apa yang sampaikan.


Nabi SAW ditanya: Siapakah manusia yang paling hebat ujiannya? Nabi menjawab: Para nabi dan kemudian yang seumpama mereka, dan kemudian yang seumpama mereka. Seseorang akan diuji berdasarkan tahap agamanya, jika kuat agamanya maka besarlah ujiannya, dan jika lemah agamanya maka diringankan ujian. (Riwayat Tirmizi)


“Dan demi sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian tersebut) Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.” [TMQ al-Ankabut (29): 3]



Khamis, 5 April 2012

Ummu Anas.


"Mak pernah tak baca tulisan penulisni" Tanya Puteri makbonda semasa  menginap di kuartesnya di Felda Linggiu,Kota Tinggi tempoh hari
"Memang tak pernah,mana dapat buku  ni,tak pernah nampak kat kedai ke atau pesta buku ke,macam menarik"  Helaian demi helain di selak perlahan, ya memang menarik.
"Memanglah tak ada kat kedai buku biasa. Ni kolumnis majalah Haluan,pasaran tak sampai tempat kita.
"Mak pinjam dululah ye"
"Eh ni buku emak-emak untuk remajalah lah mak"
"Eh emak pun masih remaja apa dari segi ilmunya."
"Emak ni nak melawak-lawak pulak"
"Betul apa.tua dari segi usia je,ilmu masih remaja"
"Sebenarnya kan mak beliau ni seorang bla...bla....bla......(bukan mengumpat,tapi memperkenalkan siapa dia) Rasa-rasa dia ada blog lah mak,mak explorer lah "
"Ok nanti bila balik rumah,tapi mak pinjam dululah,kamu baca buku lain,ni ha banyak lagi, masih suci lagi"
"Yalah tu mak"


Beberapa lama selepas itu balik dari rumahnya ,cubalah goggle ummu-anas.blogspot. Alhamdulillah...jumpa,sahlah ini blognya  http://ummu-anas.blogspot.com/  .Beberapa hari mencuri-curi masa untuk menyelongkar. Ya,hati ini telah jatuh cinta, hati ini sudah terpaut dengannya.


Terimakasih Allah,mengurniakan lagi insan-insan yang membantu membangunkan diri ini.


Kepada Ummu Anas. Salam ukhuwah dari saya.Serampang yang anda layangkan bukan sahaja menerjah jiwa remaja tapi juga pada ibu remaja yang ini.


Untuk mengenalinya dengan lebih dekat,boleh didapati di  http://brohamzah.blogspot.com/2010/01/blog-pilihan-ummu-anas.h

Ahad, 1 April 2012

Diari Rahsia

Hari itu saya berusaha menunggu rancangan semanis kurma keudara,sebab antara penalnya ialah Imam Muda Hasan dan isterinya Fardatul Ulfa. Saya mahu melihat wajah Ulfa terkini,walaupun kenal dekat dengan ibubapanya, wajah anak-anak tidak berapa cam,sebab nampak dulu ketika kecil-kecil,sehinggalah saya lihatnya pada hari perkahwinannya yang saya tulis disini.

Tajuk hari itu ialah diari rahsia.Semua pendapat berkisarkan larangan menceritakan perkara negetive dalam rumah tangga pada orang yang tidak layak mendengarnya. Tiba tiba seorang pemanggil bernama Ain Diana bertanya,
"Apa pendapat ustazah ya pada sesaorang yang suka menceritakan kebaikan suami secara berlebihan,contohnya suami selalu buat kerja rumahlah suka masaklah"


 Antara Jawapan Imam Muda Hasan lebih kurang begini,
  "Belum tentu suami suka isteri yang mendedahkan kerajinannya di rumah,boleh jadi suami akan mendapat malu. atau pun akan menimbulkan hasad dengki pada pendengar-pendengarnya"


Disamping ingatan untuk tidak mendedahkan perkara aib jangan pula lupa tentang perkara-perkara sebaliknya pula. Kerana jalan untuk menjatuh sesaorang bukan hanya dengan kutukan tetapi juga dengan  pujian yang berlebihan.


 A bercerita kepada B  bahawa beliau tidak pernah menyiang ikan,samada ikan itu telah siap disiang dipasar atau suaminya yang menyiang.Nampak seperti menghargai suami. Suatu ketika disaat B terlalu banyak kerja rumah perlu dibereskan,suaminya pula membawa pulang ikan yang belanak kesukaannya.Mulalah nafsu mendapat bisikan dari syaitan.
 "Nak tahu tak,kamu je yang mahu menyiang ikan,kenapa tak minta suami kamu macam suami si A tu?"maka babak seterusnya berlangsung."Kenapalah suami ku tidak seperti suami dia". Padahal banyak kelebihan lain yang perlu dipandang.


Samadamenceritakan hal kita untuk tujuan pendidikan,atau untuk mengampu atau semamgnya untuk menunjuk-nunjuk tentu berbeza irama dan nadanya.


 “Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang membersihkan (memuji) diri sendiri? (Padahal perkara itu bukan hak manusia) bahkan Allah jugalah yang berhak membersihkan (memuji) sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya); dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasan mereka) sedikitpun.” Surah an-Nisaa, ayat 49)


"Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi Allah di hari kiamat kelak ialah seorang lelaki yang melepaskan hajatnya kepada isterinya dan isterinya melepaskan hajat padanya kemudian ia menceritakan rahsia itu. (Hadis Riwayat Ahmad)"

Catatan Popular