DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Jumaat, 22 Jun 2012

CEMAS

Saya tidak pernah berada dalam situasi kecemasan.Mithalnya semasa bencana alam seperti stunami,atau gempa bumi,atau semasa dalam peperangan. Bagaimana suasana sibuk menyelamatkan mangsa.Dalam keadaan kelam kabut disana-sini pesakit perlu dikejarkan untuk diselamtkanselamat.Hanya dapat merasakan apabila melihat foto-foto yang diterbitkan di akbar,majalah atau imej dalam maya. Itupun sudah amat menyentuh jiwa,agaknya bagaimana jika melihat secara langsung. Masyaallah.....


Petang tadi suami mengajak saya melawat salah seorang penduduk kampung yang telah beberapa hari menerima rawatan di hospital Teluk Intan.Sebaik sahaja membuka pintu kereta deria bau saya menangkap bau hangit,lalu kami pun memeriksa injen. tidak apa-apa tanda ganjil. Alhamdulillah.


Bila mendekati kawasan wad,suasana seperti kelamkabut sedikit,semuanya dalam keadaan cemas.Semua tidak bersedia untuk memberi jawapan,apakah yang sedang berlaku.Masing masing sebok kesana-kemari.



Ada yang menolak wheel chair,ada yang menolak katil,ada yang memapah,ada yang menolak troly baby,diikuti ibu-ibu yang mamaksa dirinya melangkah dibelakang troly. Sister-sister ber unifom biru sebok bergayut memanggil misi-misi. Memastikan mereka tahu dimana lokasi pesakitnya.



Pendek kata umpamakan;
 Yang pekak pembakar meriam,
Yang buta menghembus lesung,
Yang lumpuh pengalau ayam,
Yang pendek tinjau-meninjau,
Yang kurap memikul buluh.

Ditangga pintu kecemasan yang setinggi 5 tingkat itu penuh sesak,menurunkan pesakit-pesakit dari yang tenat hinggalah yang kurang tenat,dari yang uzur hinggalah yang kurang uzur.



 Mereka dipindahkan ke bilik-bilik yang selamat ada yang sekadar di tempat lapang sahaja,ada yang dibilik bilik menunggu dan yang tenat di wad kecemasan mengikut keadaan keroniknya pesakit.



Kami terus menerjah ketempat lebih dalam.Barulah tahu punca segalanya. Ada kebakaran di lift utama. Encik-encik bomba sebok dengan tugasnya sambil melayan para wartawan.


Ini baru kebakaran kecil,Bagaimana lah keadaannya ditempat-tempat yang berlaku bencana alam atau di lokasi peperangan. Saya membayangkan kalaulah disaat itu saya sedang berada ditingkat 5,sedang menunggu giliran untuk diturunkan.Bagaimana cemasnya ketika itu.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?(Ar-Rahman)

Bila dalam situasi begini mereka yang telibat itu ada yang tenat ada yang kurang tenat,ada yang tua ada yang muda,ada lelaki ada perempuan,ada yang Islam dan ada yang belum,ada yang telah beriman dan ada yang belum. semuanya sama cemasnya, namun yang paling beruntung ialah orang yang beriman kerena hati mereka menjadi lebih dekat dengan Khaliknya. Keyakinannya akan urusan Allah bertambah teguh. Andainya disaat itu nyawa terpisah dari jasad,

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta diguncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."
(QS. Al-Baqarah: 214). 

Khamis, 21 Jun 2012

waris




Oleh kerana terlalu  lamanya saya bertugas disini saya telah berkesempatan berjumpa dengan anak kepada anak murid yang dahulu. Bila melihat tingkahlaku,perwatakan cucu cucu ini terkenang wajah emak-emak atau bapa mereka dahulu.Ada yang saling tak tumpah,like father like son like mother like doughter.Kemana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Namun ada juga kuah yang tidak langsung tumpah ke nasi.Tersangat jauh panggang dari apinya. Tersangatlah jauh dari ciri-ciri ibubapa mereka dahulu. Ibu bapa mereka pelajar tahun 80an dan mereka sekarang 2012. Agak jauh juga jarak zamannya,tapi bagi saya rasa masih baru sahaja.

Tadi siang Ayob,dengan selamba meletakan permukaan tapak kasutnya dihadapan mata saya dengan jarak lebih kurang sejengkal. Sambil meminta izin mahu ke tandas.Sepontan mulut ini beristigfar panjang. Walaubagaimanapun  keizinan tetap diberikan terlebih dahulu dan mentarbaiahnya sebaik sahaja pulang dari tandas . Menurut rakan-rakan sejawat lain banyak lagi tingkahlakunya yang menjengkelkan sedangkan Musa bapanya dahulu adalah seorang yang sangat sopan,pemalu, dan sangat hormati guru sehinggalah sekarang.

Sufiah,dulu ibunya seorang yang rajin,dan punyai pekej yang lengkap bagi menyenangkan hati guru-guru,kelima-lima adik beradiknya juga begitu.Tapi kini anaknya jauh berbeza. Suka hati dia mahu membuat kerja atau tidak.

"Sufiah kenapa tak siapkan kerja"
"Fiah malas,penat" jawab selamba badaknya.

Latip dulunya aktif,lasak,badannya kurus  kuat berlari,menjadi wakil sekolah dalam larian.Pergi sekolah naik basikal sejah 4 km. Sekarang dia menjadi kontraktor dan isterinya juga sekampung. Sekarang anaknya  Amirul paling tidak suka matapelajaran PJ. Nanti penat,berpeluh-peluh rimas katanya. Pantang tersentuh,melenting. Tubuhnya yang obes itu menyebabkan dia lebih suka duduk-duduk makan bekal atau apa sahaja yang boleh dimakan.

Daripada beberapa contoh diatas,dapat disimpulkan bahawa nilai positif manusia beransur-ansur terhakis.Iman itu tidak diwarisi.Ibubapa dahulu sememangnya kurang ilmu,tapi dapat menghasilkan anak-anak yang kaya dengan akhlak,sedangkan anak-anak sangat terdedah dengan panduan-panduan mendidik anak,tetapi tewas dengan keadan zaman.Tidak dapat melahirkan anak-anak sebaik mereka.

Walaubagaimanapun mereka adalah sebahagian sahaja yang masih menetap dan menyekolahkan anak disini,yang lainnya telah terpencar keseluruh pelusuk benua.Mungkin tidaklah seperti mereka yang masih terperuk dikampung. Orang kata jauh berjalan banyaklah pengalaman. Hendak-hendaknya begitulah.



“Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-furqan: 74)



Rabu, 20 Jun 2012

Mendidik

Persoalan siapa yang paling layak mendidik.

Hari sabtu yang lepas Makbonda dan rakan sejawat diseluruh Sabak bernam diarahkan membawa pelajar tahun 4,5,6 ke program projek i THINK. Hanya perlu jaga pelajar,bas disediakan untuk mengambil pelajar disetiap sekolah yang agak jauh dari lokasi.Bagi pelajar sekolah Makbonda tentu amat teroja dapat naik bas,kerana di daerah kami perkhidmatan bas adalah terlalu kurang.Selain bas ekspres disekitar pekan ada juga bas sekolah,tetapi bagi kawasan pendalaman macam kami kesempatan menaiki bas adalah amat kecil.Perkhidmatan bas telah diberhentikan sejak 20 tahun yang lalu.

Jadi kesempatan kali ini sangatlah menerojakan mereka,jadilah perjalanan selama 30minit sejauh 15km itu.

Tidak perlulah rasanya mencerita kanpengisian program tersebut,yang menampakan pihak penganjur seperti tidak cukup bersedia,dengan para penjaga both yang kurang mesra pelanggan.

Makanan disediakan,pelajar diberikan pasport untuk mengambil makanan,sementara tempat makan bebas dimana sahaja.

Di sana-sini pengunjung berlonggok longgok menikmati makanan dalam kumpulan sekolah masing-masing. Tidak terkecuali juga kami. Alhamdulillah,pelajar kami seperti yang biasa mereka lakukan semasa di sekolah,akan memasukan bekas-bekas makanan mereka ditempat yang disediakan.




Tetapi bagaimana pula dengan kumpulan yang baru meninggalkan tempat mereka yang tidak jauh dari lokasi kami. Seingat Makbonda ada 3 orang lelaki dewasa dan beberapa orang pelajar di sini tadi. Lelaki dewasa tersebut adalah rakan sejawat kami.


Mereka jugalah  spesis yang gemar merosakan pemandanga di tempat-tempat perkelahan seperti diair terjun atau di tepi-tepi pantai juga ditempat-tempat lain,mereka jugalah yang dengan ringan tulangnya mencampakan bekas makanan keluar dari tingkap kereta di permukaan jalan raya.




Bagaimana pula dengan yang ini?


Sungguh kasihan pada makcik hitam manis  ini

"Tidak mengapalah, perlu apa bersusah payah,bukankan mereka telah diberi tugas,kalau kita yang buat apa pula kerja mereka,makan gaji buta sahaja" agaknya begitulah yang ada dalam minda orang-orang tadi.


"Alah Cikgu,janganlah ambik gambar saya" Rayu anak gadis ini dengan manja-manja.
"Tak apa,saya tak nampakkan muka,sebenarnya saya nak tulis kat blog saya mengenai sikap manusia yang tidak ada keperihatinan ni" Makbonda memberi respon.



Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan.Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur’an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya.”
Riwayat al-lmam Muslim.

Isnin, 11 Jun 2012

Peringatan

Tiba-tiba Makbonda teringat kesah agak lama,kira-kira 10 tahun yang lalu.Beliau sepeupu suami Makbonda tapi pernah menjadi classmate dahulu.Dia bertugas sebagai pakar bius.Suatu ketika anak keduanya demam memanjang,kebetulan kami sempat mengunjunginya.Olah kerana beliau adalah seorang pegawai perubatan,sudah semestinya ada stock ubat demam.Jadi sekejap-sekejap kebah dan demam balik. Sebulan selepas itu seorang rakannya di Seremban memintanya menggantikan bertugas dikelinik persendiriannya.Oleh kerana ketika itu cuti sekolah,dibawalah keluarganya semua sekali sambil bercuti-cuti.

Semasa di Seremban demam anak itu masih bersambung. Lalu dibawanya ke hospital .Setelah dibuat pemeriksaan darah,alangkah terkedunya beliau,apabila diketahui anaknya positif denggi.Sebenarnya telah ada simptom-simptomnya cuma beliau sangat tidak perasan. Terus anaknya ditahan di hospital tersebut kerana keadaannya agak keriktikal.Dalam beberapa hari sahaja keadaanya terus tenat.Beliau mahu membawanya pulang ketempatnya bertugas di Selayang tatapi tidak dibenarkan kerana keadan agak keriktikal.Kami juga sempat  melawat. Keadaanya sangat menyentuh jiwa,dari seorang kanak-kanak langsing menjadi kembang beberapa kali ganda akibat organ tubuhnya sudah tidak boleh memproses air.Setelah sebulan berkampung di situ anak itu meninggal dunia. Lalu jenazahnya dibawa pulang kekampung di Sg Tengar,Sabak Bernam.

Suasana semasa penyempurnaan jenazah amat sahdu. Selepas solat jenazah, ayah beliau adalah seorang Pak Kiyai,memberi ucapan walaupun dalam kesedihan kehilangan seorang cucu

"Ujian Allah tidak memilih sesiapa.Doktor yang kerjanya merawat orangpun diuji anaknya sakit denggi dan meninggal. Sesiapapun tidak mahu perkara ini berlaku pada keluarga kita,tapi kalau berlaku juga kena bersyukur,kerana anak ini telah di panggil pulang dahulu ketika dia suci,kalau dibiarkan terus hidup sampai besar entah menjadi apa dia.Alhamdulillah,nanti dia akan menunggu ibubapanya di pintu syorga"(Sebenarnya ini adalah terjemahan dari bahasa jawa)

Masih terngiang-ngiang lagi dalam minda segala peristiwa itu.

Sebenarnya beberapa hari yang lalu anak Sulung Makbonda mendapat kemalangan,kakinya tersiram air panas.Ketika itu sedang dalam proses memasak nasi dagang.Hati ibu mana tidak sedih melihat anaknya menahan kesakitan,kalau boleh biarlah ibunya yang merasa kesakitan tersebut. Walaupun dia sudah besar panjang. Tapi sejuk hati bila dia menulis di FBnya;


Ya,kemalangan itu tidak pernah dipinta,tapi kalau berlaku juga perlu bersyukur,ianya adalah satu peringatan agar kita insaf  dan menghayati penderitaan yang pernah dialami oleh orang lain. Ianya juga adalah penghapus dosa.Paling tepat masanya untuk membuat muhasabah diri.

Ahad, 10 Jun 2012

Bayangan Dajjal.

Satu kampung sudah akur bertapa berkiranya Pak Maon.Dia kaya,selain dari harta yang dipusakainya,dia juga adalah satu individu yang punya kelebihan dari sudut fizikal dan mentel dalam menghimpun harta.Fizikalnya kuat,otot-otot yang pejal,tenaga ala-ala badang,tidak kenal arti penat dalam meraih kekayaan. Ideanya juga panjang,sangat cekap dalam selok belok meraih keuntungan masa hadapan,teknik dan tektik mendapatkan harta tidak terfikir oleh manusia biasa.Kehebatannya itu menyebabkan dia terlupa bahawa itu adalah satu kurniaan.Dia terlupa yang dia punya amanah.Dia kena membantu pehak yang tidak mendapat peluang itu.

Dia menjadi tempat bergantung penduduk kampung,yang menjadikannya sebagai institusi kewangan .Mana-mana penduduk kampung yang mahu menghantar anak ke sekolah atau IPT terpaksa merujuk padanya untuk mendapatkan pembiayaan pendaftaran atau perbelanjaan. Tetapai dia mengenakan bunga pada setiap pembayaran balik. Penduduk kampung tidak ada alternatif lain terpakasa akur.

Bukan sahaja pada penduduk kampung tapi juga pada anak-anak sendiri. Mana-mana anak yang tidak sealiran fikiran dengannya akan disingkir dan diabaikan,dikurangkan pemberian nafkah atau tanpa sama sekali. Ya dibekukan. Anak-anak kena akur kepadanya samada perkara betul atau sebaliknya,barulah mendapat nafkah penuh. Bukankah tindakannya adalah seolah-olah bayangan makhluk dajjal.

"Sesungguhnya Dajjal itu akan keluar dengan membawa air dan api, maka apa yang dilihat manusia sebagai air, sebenarnya itu adalah api yang membakar. Sedang apa yang dilihat oleh manusia sebagai api, maka itu sebenarnya adalah air yang sejuk dan tawar. Maka barangsiapa yang menjumpainya, hendaklah menjatuhkan dirinya ke dalam apa yang dilihatnya sebagai api, karena ia sesungguhnya adalah air tawar yang sejuk"


Satu ketika,anak-anak yang disingkirkan mula mendapat kekuatan,mereka sadar mereka punya hak.Dari sumber ilmu yang mereka perolihi dari para ilmuan dipersekitaran mereka,mereka tahu anak-anak adalah amanah ibubapa,samada mereka menepati apayang ibubapa mahukan atau sebaliknya hak mereka telah ada.Sedangkan dalam harta orang kaya ada hak orang miskin apa lagi dalam harta ibubapa,ada hak anak-anak,jadi mengapa ibubapa memilih-milih pula pemberian pada anak-anak.

Anak-anak mula meninggalkannya,menumpang kasih pada bapa,ibu saudara yang simpati.Sudah jarang menziarahinya. Pak Maon mula diserang kegelisahan,dia takut hilang kasih sayang anak-anak,dia takut akan ditinggalkan di hentian bas oleh anak-anak bila dia tua nanti.

Orang kampung pun sama,meraka mendapat kekuatan. Mula mencari alternatif lain kerana tidak sanggup menanggung bunga dalam pembayaran pembiayaan.Mereka sudah pandai mencari sumber bantuan dari pada pusat-pusat bantuan lain atas kelayakan mereka. Pak Maon gelisah,orang kampung sudah tidak bergantung padanya,takut nanti apabila nayawa terpisah tida siapa yang mahu mengkafankan dan mengkebumikannya.

Sekarang Pak Maon telah mencairkan kembali hartanya. Kalau lah tindakan Pak Maon itu atas kesedaran bahawa semua yang ada pada kita adalah hak Allah. Allahlah yang memberi kelebihan kepada kita hingga dapat mengumpulkan harta yang menimbun,Orang lain tidak dikurniakan itu semua.Maka merak punya hak keatas timbunan harta itu.Alhamdulillah,beliau adalah digolongkan dalam golongan ahli syorga. Namun kalaulah lah tindakannya itu semata-mata kerana takut ditinggalkan di perhentian bas oleh anak-anak atau kerana takut tiada yang menguruskan pengkebumiannya,maka sia-sia sahajalah,walaubagaimana pun masih yang lebih baik dari langsung tiada apa apa perubahan hingga tiba hujung hayatnya.

 Daoa menjauhi Dajjal.




“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari azab neraka jahannam dan dari azab kubur, dari fitnah hidup dan mati dan buruknya fitnah Al-Masihuddajjal.”(Dibaca selepas tahyat akhir,sebelum salam)





Khamis, 7 Jun 2012

Nekad


Dulu DIA memang popular,kenapa dia popular? kerana ramai yang suka padanya. DIA aktif, ceria, kelakar lawa dan yang penting selalu wangi. Dia juga confident, glamour,bijak dan ada daya penarik. Seterusnya DIA faminin, romantik,bersopan santun dan manis orangnya. Pendek kata hidup mesti enjoy  adalah selogannya. Dia menjadi buruan Pemburu Cinta.

 Satu ketika DIA mendapat musibah,akibat khianat dari kawan-kawan yang cemburu.


  Pemburu cintanya dahulu memalingkan muka. Jiwanya bagai terhempas,hancur luluh. Muncul pula kawan-kawan baru memberikan impati. Meraka menggantikan keseronokan dan kebahagian yang berbeza.



DIA bangkit,dan sudah tidak suka enjoy-enjoy.Dia masih ingat kata neneknya  "Kalau banyak sangat ketawa nanti menagislah"

DIA sudah tidak kesah  kehilangan pemburu cintanya. Ciri-ciri penyebab pemburu cinta memburunya lah yang menjatuhkannya. Beberapa kali juga cubaan si pemburu cinta mahu mengembalikan DIA ke tempat asal. Tapi DIA sudah nekad.

"Kasihan DIA, telah kehilangan  ramai  kawan " kata Pemburu-pemburu cintanya
"Padan muka DIA,hilang kawan" kata kawan yang mengkhianatinya.


Adakah betul DIA kehabisan kawan?



“Dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaanya itu melewati batas.” (QS. Al-Kahfi : 28)


“Manusia itu mengikuti agama teman karibnya, maka hendaklah seseorang di antara kamu menilai orang yang manakah seharusnya yang dijadikan teman.” Hadith

Catatan Popular