DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Sabtu, 27 Oktober 2012

KORBAN

Di Masjid kampung Bapak,adik beradik Makbonda berkongsi berkorban seekor lembu.Peti ais Emak penuh dengan daging korban bahagian mereka. Entah beberapa kali emak berpesan agar kami mengambil seorang sedikit daging-daging tersebut,agar peti ais Emak dapat bernafas sedikit. Setiap orang tidak memberi sebarang repon. Makbonda terdengar  perbualan dua orang adik lelaki Mabonda.

"Bang ambiklah,daging tu" Pinta Si Doktor kepada abangnya.
"Tak nak lah,daging korban tahun lepas pun ada lagi,tak de sapa nak proses"Jawab si Prof Mdya.
"Alah bang,saya bayarlah,tolong ambik,kesian peti ais Emak.nak isi barang lain dah tak boleh"
"Wah,ini sudah bagus,sudahlah dapt daging,dapat bayaran lagi"Makbonda menyampuk.
"Kakak ambiklah kak,anak kakak ramai"
"Mana ramainya,Petang Ahad dah tinggal berdua,peti ais rumah kita pun lebih kurang dengan  Emak punya."Jawab Makbonda. Makbonda tinggalkan mereka dengan penyelesaian mereka sendiri.

Kalau 40tahun dahulu mereka sering mempertikai siapa yang dapat banyak bila Bapak balik membawa berkat yang berisi daging masak kicap.Kini situasi telah berubah,masing-masing saling menolak.


Seminggu sebelum Idul Adha,kami ada usrah,berbincangan mengenai pengisian Idul Adha, termasuklah mengenai ibadah Qurban. Ada yang mempersoalkan tentang keutamaan lokasi korban,adakah lebih baik di tempat sendiri atau di luar negeri seperti tempat-tempat yang dilanda kemiskinan.
Salah seorang ahli usrah yang cuma ada seorang anak,itupun sedang belajar di Jodan. suaminya adalah seorang penyembelih,Idul Adha yang lepas mereka mendapat 1 bonet kereta daging. Walaupun telah dibahagi-bahagikan kepada rumah anak yatim,namun masih datang lagi bungkusan-bungkusan daging dari berbagai lokasi penyembelihan. Untuk menghabiskan stok beliau memasak daging-daging tersebut dan membawa ke sekolah untuk dijamu pada rakan-rakan yang terdiri dari guru-guru sekolah,yang pastinya mampu mendapatkan daging di pasar.

Beber.apa orang rakan-rakan Makbonda yang tidak gemar memakan daging. Atas faktur kesihatan atau atas faktur selera makan.Penduduk di negara kita telah tidak sudi menerima daging korban.Nampaknya dimasa akan datang lebih ramai orang yang akan melakukan Ibadah Qurban ke luar negera melalui badan-badan NGO yang menjalankan perkhidmatan ini.

Makbonda suami isteri pun telah beberapa tahun berkorban melalui kaedah ini.Tambahan sekali masing-masing badan ini telah memudahkan kaedah pendaftaran atau pembayaran. Dengan bankin sejumlah wang di nombor yang diberikan, key in nama dengan menghantar photocopy slip bank dan submit.Sangat mudah. Nanti pihak mereka akan menghubungi kita sejara talifon ,sms atau email.

Dibawah ini adalah video Misi Korban Haluan di Dadaab,Somalia.Walaupun Makbonda tidak dapat kesana untuk melihat titisan darah yang jatuh kebumi,dengan adanya kemudahan maya ini nampaknya ada peluang untuk Mekbonda melihat.alhamdulillah. Insyaallah semuga ibadat kita diterima Allah.Semoga Allah merahmati usaha mereka.


3x اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْراً، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْراً، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً،

لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الْدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ،

لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزاَبَ وَحْدَهُ.

لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ.


Isnin, 22 Oktober 2012

KAPAL HAJI

Musim bulan berkat ini iaitu musim haji saya ingin memperkenalkan sebuah buku yang bagi saya amat menarik. Pertama kali saya menemui buku ini dirumah bapak beberapa tahun dahulu,saya pinjam dan habis menghadam.Berulang-ulangkali.Tapi tiba-tiba telah sirna,rupa-rupanya telah diambil oleh tuannya,kepunyaan salah seorang  adik ipar iaitu isteri kepada abu Ahnaf. Bila saya mengunjungi kedai-kedai buku mata saya akan meliar mencari buku ini untuk dihakmilik. Namun bila ditanya pada tuan kedai katanya tidak ada dalam stok. Alhamdulillah,beberapa tahun kemudian,saya telah menjumpainya di sebuah kedai buku di Masai Johor semasa mencari hadiah perkahwinan adik sepupu. Itupun tinggal satu naskah.

Semasa kunjungan anak saudara sepupu kerumah baru-baru ini ,saya tunjukan kepadanya buku tersebut.Beliau bekerja di bahagian editor DBP,menurutnya buku ini pernah dihantar ke DBP tapi tidak diluluskan oleh pasukan editor,lalu dihantar oleh penulisnya ke penerbit lain.

Sinopsis buku ini.

Menceritakan kisah pelayaran ke Makkah dengan kapal laut. Kisah ini adalah berdasarkan pengalaman penulis disamping hasil temubual dengan beberapa orang yang pernah ke Makkah dengan kapal laut. Kapal haji yang membawa kira-kira 1500 orang jemaah haji menjelma menjadi "kampung terapung" di lautan Hindi.Masyarakat terapung yang datang dari seluruh pelosok Malaysia dengan dialek atau pelat bahasa yang berlainan tetapi niat dan hala tuju adalah sama. Ada yang kaya,ramai yang sederhana ,semuanya baik hati,peramah,periang dan suka menolong. tiada apa yang hendak dibanggakan di tengah-tengah lautan bergelora.

Zaman itu tidak akan berulang lagi,sekarang semua orang mahu menyingkatkan masa,seandainya diwujudkan lagi Kapal haji,akan adakah yang masih sudi menggunakannya. Menariknya zaman kapal haji ini,bakal jemaah haji akan disimpan selama beberapa minggu. Dalam tempoh ini jemaah dapat fokus sepenuhnya pada kerja-kerja Haji yang akan dilaksanakan nanti. Tanpa gangguan ,berbanding dengan semasa dirumah,sehabat handai,rakan taulan,saudara mara tidak berhenti-henti berkunjung,sehingga mengambil masa untuk berehat dan mentelaah.

Dalam tempoh ini juga Jemaah seperti dalam proses prahaji. Didedahkan untuk bersabar dan bertolak ansur. Nanti disana segala kerenah keadaan akan ditemui.Dikapal jemaah telah ditarbiah untuk  bersedia menghadapinya.Yang menariknya begitu mudah mendapat peluang,tidak perlu menadaftar dan menunggu beberapa tahun. Ada orang datang ekkampung yang menawarkan kekosongan,tinggal lagi untuk mengumpulkan sejumlah wang agak sukar ketika itu.

Saya pernah berpeluang melihat Kapal haji semasa umur 6 tahun.Tahun 1968 Pada ketika itu Embah Lanang dan Wedok saya bersama Pak Long berlepas dari Singapura dengan Kapal Malaysia Raya. Bapak menyewa kereta dari Sabak Bernam ke Pelabuhan Kelang untuk menunggu kapal Bunga Raya itu. di Pelabuhan orang begitu ramai,mereka adalah saudara-mara yang menghantar Jemaah. Kapal Bunga Raya sudah berlabuh untuk mengambil penumpang.Hanya bapak yang dibenarkan menaiki kapal untuk berjumpa ibubapa dan abangnya. Kami hanya sekadar melihat dari bawah. Saya nampak embah saya menyapu matanya sambil melambai-lambai kami,dengan suara yang tenggelam dalam keriuhan. Mereka mencampakan sesuatu kepada kami,rupa-rupanya segulung wang kertas.Ketika itu saya belum ambil peduli tentang nilai wang.

Walaupun telah berkali-kali saya meratah buku ini namun belum merasa jemu lagi.

http://www.merchantnavyofficers.com/BlueFunnel/zzlaos3.jpg
Saya jumpa  cerita mengenai kapal malaysia Raya ini di sini







http://www.merchantnavyofficers.com/BlueFunnel/zzanshun2.jpg
sumber  

Cuba lihat budak kecil di sebelah kira dalam gambar ini.Beginilah agaknya keadaan saya ketika itu.

Khamis, 18 Oktober 2012

Lumpur Panas Lapindo.


Selama ini ramai rakan , taulan atau kenalan yang melancong ke Negara asal usul Makbonda.Tidak lain masing-masing mempamerkan bahan aktiviti beli belah atau sekurang-kurangnya foto-foto aksi di tempat menarik. Baru-baru ini sekembalinya suami Makbonda dari usrah,beliau membawa  satu set DVD,katanya ole-ole dari seorang ahli usrah yang baru pulang dari sana. Malam berikutnya barulah Makbonda berkesempatan menghadam DVD tersebut.



Allahhuakbar. Kenapalah Selama ini Makbonda ketinggalan jauh kebelakang.Ketinggalan dari info-info nasib saudara serumpun. Cerita bukan cerita  kecil,tapi besar,musibah menimpa saudara serumpun.  Kejadian yang amat menyayat hati, sebab akibat kecuaian satu-satu pihak sdhingga mengorbankan begitu besar jumlah mangsa.

Berpunca dari satu syarikat carigali minyak yang bernama Lapindo. Membuat kerja cari gali dikawasan penduduk yang sesak. Mata gerudi telah tercecah lapisan mantel dibawah bumi,akibatnya tersemburlah gas bersama lumpur panas ke permukaan bumi. Peristiwa ini berlaku pada tahun 2006. Hari demi hari semburan lumpur panas telah melimpahi persekitaran sehingga meneggelamkan perumahan dan kilang-kilang persekitaran. Benteng-benteng telah dibena bagi mengawal merebaknya aliran lumpur namun tidak dapat menghalang kemarahan lumpur panas tersebut,dan merebaklah kebeberapa desa. Penduduk bertempiaran meninggalkan tanah tumpah darah mereka.Tinggallah desa-desa kelahiran mereka tertimbus dibawah lumpur panas tersebut.

Pedihnya membayangkan nasib mangsa yang meninggalkan kediaman dan pekerjaan mereka.Bagaimana nasib anak-anak dan masa depan mereka.Tidak jauh bezanya dengan keadaan pelarian-pelarian yang tinggal dipenempatan sementara.

Sehingga kini semburan tersebut tidak menghentikan diri.Malah semakin tinggi keudara mengikut pasang surutnya air. Berbagai cara diusahakan untuk menghentikan semburan tersebut namun tidak dapat mengentikan kemarahan makhluk Allah yang telah diganggu habitatnya itu.


Selepas melihat DVD ini Makbonda terus mengoogle lokasi dan info-infi mengenai  Lumpur Panas Lapindo ini, disini http://id.wikipedia.org/wiki/Banjir_lumpur_panas_Sidoarjohttp://www.tempo.co/read/news/2012/09/14/058429476/Juru-Bicara-Badan-Penanganan-Lumpur-Tewas-Mendadak, atau di http://hotmudflow.wordpress.com/, pastinya banyak lagi. Terdapat juga foto-foto di sini


Ini adalah lokasi kejadian tersebut


Lokasi dengan lebih zoomin


dibawah adalah antara klip-klip yang sempat Makbonda snap dari DVD


Mereka Solat Idulfitri diatas lumpur yang telah membeku yang menenggelamkan desa mereka.
Tersentuh hati melihat mereka mengaminkan doa Imam solat Idulfitri
Lumpur yang mengeras,ditarah sebagai tangga.

Aliran lumpur yang menenggelamkan kediaman.(Tanggul itu maknanya benteng,jebul itu pecah)

bola-bola besi yang digunakan untuk menuymbat lohong lumpur tersebut

Kuasa Kaliq melebihi kuasa makhluk.

Cuba kita pejamkan mata sejenak,dan membayangkan kita sedang berada diatara mereka. Astaghfirullah,Makbonda sangat rasa kecilnya diri,kerana selama ini tidak peka pada musibah saudara sendiri. Semoga Allah memberi kekuatan kepada mangsa-mangsa,Semoga Makbonda bertemu saluran-saluran untuk memberi peluang menghulurkan simpati.



Selasa, 16 Oktober 2012

Muslihat

 Petang itu sedang Emak membelai pokok bebunganya di halaman rumah,tiba-tiba;
"Assalamualaikum Makcik,ni rumah Ustaz Zailani ke?" Seorang wanita bertudung labuh turun dari motorsikal,membuka topi keledar dan meluru kepada Emak.

"Waalaikumussalam,betullah ,siapa ya ni?"

"Saya anak murid dia,Ustaz ada? saya nak jumpa dia"

"Anak murid? dari mana ni?Pakcik tak ada,pergi masjid tak balik lagi"

"Dari kampung sg Licin,Ustaz pernah ajar saya dulu,la takde pulak,bila balik ye"

"Mana Sg Licin ada sekolah,Pakcik tak pernah ajar sekolah tempat lain kecuali kampung ni,kalau kampung lain kelas orang dewasa adalah"

"Oh ye ke,tak saya tinggal kat sg Licin tapi sekolah Sg Samak.Apa-apaje lah Makcik,mana ye ustaz ni. Boleh saya tumpang bilik air Makcik"

"Silalah,bilik air ada kat luar tuh" Nasib baik bilik air luar baru sahaja siap sebelum Ramadhan lepas. Tetapi dia   masihtidak puas hati.
"Makcik boleh bagi saya minum"
"Nanti sekejap ye,makcik ambikkan"
Rupa-rupanya dia terus mengekori Emak masuk ke dapur.Emak perhatikan matanya liar.
Tiba-tiba bapak pulang. Terus dia meluru pada Bapak.
"Assalamualaikum Ustaz,tak kenal saya,saya anak murid ustaz"
"Entahlah nak,lupa saya"
"Macamni ustaz, anak saya sakit jantung kat hospital kelang,saya nak kesana tak de duit,tolonglah Ustaz pinjamkan saya 200,nanti saya bayar"
Emak menyampuk "Macamana kami nak pinjamkan duit,kami tak kenal kamu"
"Alah Makcik takkan saya menipu,tengoklah tudung saya,nampak penipu ke,Alah kan Makcik banyak kelapa sawit tak kan 200 pun tak boleh"
Rupa-rupanya Bapak telah menghulurnya RM200 tersebut,dia menyambut dan terus mencium-cium duit tersebut,sambil tergesa-gesa meninggalkan Emak dan Bapak.
"Nak cepat ni ustaz takut ketinggalan bas"
Emak dan bapak tercengang.
Malamnya bila bapak ke Masjid,rupa-rupanya bukan Bapak dan emak sahaja yang menjadi mangsanya malah beberapa orang dengan taktik yang sama,ada juga yang mengeluarkan sehingga 400.

Beberapa hari sebelumnya ini seorang wanita Miyanmar,dengan membawa anak.Datang meminta duit,mahu membelikan makanan anaknya. Emak bertanya bagaimana dia boleh sampai ke kampung sini,sedangkan kampung ni jauh kedalam. Dia mengatakan bahawa ada van yang hantar. apabila dia terpandang pada bennar keluarga yang adik kami buat dan tampal di dinding rumah,dia meminta baju melayu anak-anak untuk anak dia.Emak mengatakan yang cucu-cucu tidak tinggal disini.Bila dia telah pergi emak baru terfikir,siapalah yang membawa mereka ke sini.

Pada bulan Ramadhan yang lepas,dua kali emak didatangi pengutip derma yang mendakwa dari rumah anak Yatim dari Utara. Tiada sebarang tanda bukti tentang kesahan merekapun.

Bimbangnya saya. Selepas ini siapalah lagi yang datang.Degan muslihat yang bagaimana pula.

penipu.jpg
sumber google

 YaAllah lindungilah mereka dari tipu daya orang-orang munafik.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata) : Wahai Tuhan kami ! janganlan Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Thuan kami ! Jangan engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak berdaya memikulnya, dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami, Engkaulah Penolong kami: oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.al Baqarah 286


Ahad, 14 Oktober 2012

TARBIAH

"Macamana dapat kerja balik  kampung?selesa?" Tanya Makbonda pada nya.Seorang guru yang telah setahun pindah  balik kampung. Beliau orang bandar Ipoh,suamainya  sekampung dengan Makbonda. Bila berkahwin mereka tinggal di Meru dan dia bertugas di SMK Meru. Apabila suaminya bersara awal dari sebuah syarikat swasta dan pulang ke kampung,beliau pun turut sama,tambahan lagi beliau sudah tidak betah menghadapi pelajar pinggir bandar yang berbagai-bagai kerenah dan sering menaikan tekanan darahnya. Mereka berpeluang membeli sebidang tanah dan membuat rumah dikampung yang berlainan dengan makbonda.

"Alhamdulillah,suasana kejiranan,udara, tenang,suasa kerja semua selesa,cabaran dari pelajar pun agak kurang,sejak pindah sini tekanan darah saya terkawal"

"Alhamdulillah,dah masuk zon selesalah ya?"

"Tapi kakak,jangan marah ye kalau saya kata,tak sangka pulak suasana jemaah pulak terok sangat.
Keadaannya jauh sangat banding di tempat lama. Saya terkejut bila solat berjaamah makcik-makcik tu solat menggunakan sorang satu sejadah,syaf terputus-putus,bila saya merapatkan syaf mereka menjauh. Ustazah ada,tapi sama juga dengan yang lain. Dahlah jumlahnya sedikit. Dekat masjid tempat lama saya kak jemaah wanita aktif,ramai,bila berjemaah syaf rapat-rapat dan lurus. Bila majlis ilmu penuh dekat ruangan muslimah. Begitu juga  tempat mak saya kat Ipoh. Heran ya kak"

"Kenapa pulak nak marah,itulah kenyetaannya. Ya lah kat bandar ramai pesara,mereka mendapat pendedahan ilmu dari pelbagai wadah. Saya pun nampak perkara ni,sesekali berjemaah di Masjid bandar,begitulah keadaannya. Kena ada sesaorang yang menjadi penggeraknya. Selama ini Jemaah lelaki dapat pimpinan dari imam untuk luruskan syaf,jemaah wanita terabai disebalik tabir. Bukan itu sahaja syaf bengkang bengkok.Kalau mampu kita tegur. Saya sendiri pernah ditegur oleh seorang pelajar semasa saya bersolat di surau SPBI Sg Lang.
"Makcik pastikan tumit makcik di garisan ni ye" Subhanallah,pastinya hasil dari tarbiah para astaziah mereka. Insyaallah bila mereka keluar dari alam sekolah nanti merekalah yang membetulkan masyarakat."

Di Masjid Qariah Makbonda pun berlaku fenomena yang sama,bila kita merapatkan syaf mereka akan menjauh, "Rapat-rapat nanti terduduk kaki,kan tempatnya luas lagi di hah" Kata mereka.

Untuk membetulkan mereka bukanlah satu perkara yang enteng,Kebanyakan mereka adalah warga emas. Kena ada satu pendekatan yang berhikmah agar tidak mengguris hati mereka. Pihak masjid ada juga usaha membuat program untuk merapatkan diri dengan warga-warga emas tersebut.Baru-baru ini pada 5/6 Oktober pihak masjid telah mengadakan program;

Program anjuran Masjid dengan kerjasama JKKK ini membawa Warga emas  menginap di sini, dengan menggunakan kenderaan para urusetia. disinilah peluang merapatkan diri dengan warga emas tidak dilepaskan begitu sahaja.Kesempatan digunakan untuk mentarbiah mereka.Selama ini kesempatan majlis ilmu pada mereka hanyalah semasa sambutan Maulud Nabi dan Israk Mikraj sahaja. Mereka tidak berpeluang mengikuti usrah-usrah yang hanya dipenuhi oleh golongan muda.

Pada malamnya diadakan program qiamullail.Ustazah kami adalah isteri kepada Nazir Masjid. Banyak ilmu yang diturunkan pada malam itu,setengahnya baru tahu apa dia al Ma'thurat dan hikmahnya. Program yang sangat santai itu nampaknya menggembirakan mereka,sebab kami membawa mereka dengan kereta atau kenderaan MPV,bukan bas,mereka tidak tahan menaiki bas,biasanya mereka akan mabok. Jadi perjalanan hanyalah seperti berjalan dengan keluarga. Ada juga yang pernah dibawa berjalan oleh anak-anak tetapi tiada pengisian ilmu seperti program ini.

Sebelum ini Pihak Masjid pernah mengadakan program seperti ini di Hot Spring,Sg Kelah,tidak menginap,walaubagaimanapun berpeluang mendirikan Solat Jama'. Segala puji bagi Allah yang telah memberi ilham dan menggerakkan jiwa-jiwa pihak  yang  melaksanakan program ini dengan jayanya. Kami urusetia sentiasa bersedia mewakafkan tenaga kami semampunya untuk menjayakan program-program seterusnya.

Anatara mereka


Duduk santai di tepi kolam renang malam hari.

Melihat kerenah anak-anak urussetia,




Tok Penghulu Mukim Sabak Bernam juga turut serta hadhir,sedang memberi ucapan penutup.
Pemandangan pinggir Selat Melaka dari tempat penginapan.


"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."(Surah An-Nahl, ayat 125)

"Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar?" (al-Hajj: 46)

Khamis, 11 Oktober 2012

IKTIBAR

"Kan?. Bukan sekali cikgu-cikgu dah berpesan malah berkali-kali. Berpada-pada bergurau. Elakan menyentuh peribadi, menyantuh nama ibubapa. Perkara kecil tak perlu dibesarkan. Sekarang segalanya telah berlaku,kita sebut berulangkali pun tidak akan mengubah apa yang telah berlaku.Yang kita mampu lakukan sekarang ialah supaya sentiasa berhati-hati elakan  ejek-mengejek, terutama yang menentuh diri dan ibubapa. Apa yang kita tak suka orang lakukan pada kita jangan kita lakukan pada orang lain. Sekarang pun tak guna mencari siapa yang salah,yang penting apa yang kita patut lakukan selepas ini"

Perkara yang sebenarnya kecil telah menjadi besar. Bila salah seorang pelajar telah mengadu kepada bapa apa yang terjadi padanya. Itulah akibatnya apabila mereka bergurau kadang-kadang gurauan melebihi sempadan,mula-mula ejek kawan,kemdian melarat gelarkan nama bapa pula.  Ekoran dari itu si bapa meminta senarai nama kawan-kawanya itu. Kejadian ejek-mengejek berlaku di sekolah pagi,tatapi si bapa menjalankan operasi disekolah petang. Beliau meminta kebenaran pada pihak sekolah petang untuk bertemu dengan nama-nama yang tersenarai. Pihak sekolah petang tanpa berperasangka terus memberi kebenaran. Apabila sudah terkumpul seorang demi seorang menerima habuannya dan ada sebahagian yang yang meninggalkan kesan ditubuh. Atas kesedaran bahawa mereka memang bersalah mereka mendiamkan diri sahaja rupa-rupanya setiap adik-adik masing masing membuat aduan kepada ibubapa.

Seterusnya semua ibubapa berkumpul dan membuat persetujuan untuk membawa perkara ini ke tengah. Apabila pihak sekolah pagi mengetahui hal ini,beberapa wakil ibubapa dipanggil dan diberi pandangan untuk bermesyuarah. Ini adalah hal anak-anak, dunai mereka,ada perkara yang lebih besar lagi yang patut dipandang berat,tetapi mereka tetap mahu meneruskan.

 Tidak berapa lama lagi keluarlah berita di Sinar Harian "Seorang bapa yang bertugas sebagai guru ditahan oleh polis kerana mencederakan beberapa orang pelajar"  Naik nama sekolah kita. Pihak sekolah tidak mampu mengubah bapa yang emosional tersebut,namun masih mampu membentuk anak-anak didik yag berada dihadapan mata.

Iktibar kepada semua;
1.Guru-guru;  perlu setiap ketika memantau anak-anak didik,dan jangan berhenti mengingatkan mereka akhlak dalam pergaulan.
2.Pihak sekolah;  tidak boleh dengan mudah membenarkan orang luar berjumpa dengan pelajar sekolah.
3.Ibubapa; perlunya kawalan emosi. Pergaduhan anak-anak adalah satu  proses sosial,ibubapa menjadi mento.walaupaun nampak seperti anak kita yang disakiti,mereka perlu dididik untuk menghadapi kepayahan dalam hidup.
4.Ibu bapa;Sebelum membuat hukuman kepada orang lain,selidiki dahulu tingkahlaku anak-anak diluar,adakalanya mereka ini baik di hadapan kita namun sebaliknya di luar sana.

 وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتُ بَعۡضُهُمۡ أَوۡلِيَآءُ بَعۡضٍ۬‌ۚ يَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَيُطِيعُونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥۤ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ سَيَرۡحَمُهُمُ ٱللَّهُ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ۬ 
 Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.  (al Taubat 71)

5.Anak-anak; beradab dalam pergaulan, elakan menyentuh peribadi ibu bapa masing-masing,dan jika menyedari ibubapa mereka jenis panas baran,elakan dari mengadu kepada mereka jika terdapat perselisihan faham dengan kawan-kawan,akibatnya sekarang anak-anak sendiri kehilangan ramai kawan.

“Sesungguhnya seorang hamba Allah mengucapkan satu perkataan yang dibenci Allah ia tidak ambil hirau, menyebabkan dia terjerumus ke dalam api neraka (jahanam). (Hadis riwayat Bukhari)

6.Kepada semua,jangan terlalu mudah membuat hukuman.Siapa kita dengan sewenang-wenang mewakili tuhan membuat balasan pada makhlukNYA.

Dan hendaklah kamu menghukum (memerintah) di kalangan mereka itu dengan apa yang diturunkan oleh ALlah Subhanahu wa Ta’ala kepada kamu dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka itu.” Surah al-Maidah : Ayat 49




Catatan Popular