DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Ahad, 24 Februari 2013

Kerja rumah,kerja sekolah.




 Diantara blog yang saya ikuti ialah Ummu Saif, aka Dr Muna isteri kepada Ustaz Hazrizal.Satu ketika beliau mengongsikan kesah anaknya yang menangis tidak kerana tidak dapat menyiapkan kerja sekolah.Jika terjadi pada kanak-kanak begini ada potensi anak ini tinggi sifat tanggjawab pada tugasnya.Tidak siap banyak risiko akan ditanggungnya,kebimbangannya dizahirkan dengan cara menangis.Jangan pula jenis yang tidak kisah,siap atau tidak,apa-apa terjadi nanti,fikirkan kemudian.

Yang palingg menyejukan hati guru ialah jenis yang meminta kerja.

"Cikgu tak ada kerja rumah ke,boringlah kat rumah tak ada kerja" Dan besoknya kerjanya siap.

Kerja rumah adalah salah satu cara guru membantu anak-anak belajar dirumah. Setengah mereka  tanpa kerja rumah mereka tidak akan sama sekali membuka buku kecuali anak-anak yang mempunyai ibubapa yang educated serta perihatin seperti Dr Muna. Terdapat juga  ibubapa  yang sampai peringkat  menguasai sukatan pelajaran demi membantu anak-anak,betuah anak-anak yang berada dalam situsai keluaga begini. Sering berlaku semasa Mesyuarat PIBG,ibu bapa mempertikai anak-anak mereka tidak diberi kerja sekolah oleh guru-guru berbanding dengan guru sekolah lain. Guru Besar akan panas telinga lalu memaksa guru-guru memastikan komplen ini tidak berulang. Namun guru-guru sering berhadapan dengan  hanya sebahagian anak sahaja yang menyiapkannya. Seterusnya guru pula panas hati, maka timbullah pula adegan-adegan seperti kasut tumit singgah ke kepala dan sebagainya,ekorannya timbul pula saman menyaman dari ibubapa tidak puas hati.

Saya sendiri pernah menghadapi situasi dilema yang sangat menuntut untuk saya membuat keputusan yang semaksimanya, dimana anak  lelaki saya sendiri tidak menyiapkan kerja rumah yang saya sebagai gurunya berikan sebelum cuti hujung minggu. Pada hujung minggu tersebut terlalu banyak undangan kenduri,siang dan malam,selain menyelesaikan pakaian sekolah mereka dari mencuci hingga menggosok. Saya tahu dia sepanjang masa menghadap game di skirin PC. Tiba hari Isnin dia antara yang tidak siap kerja sekolah.

Dalam keinsafan bahawa itu adalah kealpaan saya  sebagai seorang ibu,namun  sebagai guru,denda tetap denda.Biasanya denda saya ialah minta mereka menyiapkan duduk di koridor kelas. Saya perasan ada seorang murid perempuan telah memberikan bukunya pada anak saya untuk disalin,mungkin secret admirenya.Saya rasa dia tidak menyangka yang saya akan meneruskan tindakan tersebut.

Berdasarkan pengalaman saya boleh kategorikan murid-murid ini sebagai berikut;


Murid yang;
  • ada kerja rumah,bertanggung jawab menyaipkan,berusaha jika sukar bertanya.Ada potensi berjaya dalam hidup.
  • ada kerja rumah, tidak dapat meyelesaikannya kerana tidak pandai mengurus masa,tidak siap menangis kerana takut guru marah,takut dimalukkan dihadapan kelas,ada potensi menjadi orang yang bertanggungjawab,walau selalu membuat kesilapan.
  • ada kerja rumah,sengaja tidak buat,tak kisahlah cikgu marah,kena malukan dalam kelas.Ada potensi menjadi seorang yang tidak ada sifat tanggungjawab samada pada diri sendiri atau amanah yang di berikan.
  • Ada kerja rumah tapi lupa nak buat kerana sebok dengan perkara lain,main,mengadap komputer,sampai sekolah buat muka selamba,tetapi dalam ahti berasa kesal,berazam tidak lupa lagi,tapi tetap juga melakukan.Ada potensi menjadi seorang yang selalu kena marah boss,dan sukar naik pangkat.
Bagaimana pula dengan situasi yang seperti ini?

Rabu, 20 Februari 2013

Menu Baru 2




Bila terlihat iklan di simpang jalan Diari Mat Despatch telah melahirkan siri barunya iaitu Naluri Ayah,nafsu saya meronta-ronta mengidam mahu mendapatkannya...apalah lagi kerenahnya si Mat Despatch kali ini.....adakah masih sentiasa jatuh dalam dunia perasan,atau telah lulus ujian editor sambilan?atau masih terguris dengan ketajaman lidah Citra Indah Qalisya?.....Apa-apapun mengapa saya terus menigkuti siri ini ialah kerana penggunaan BMTnya juga falsafah-falsafah yang digunakannya.


Naluri saya ini telah membawa saya terus mencari kedai PTS di Batu Cave pada bulan lepas sebabnyadalam  pasaran di daerah saya masih belum ada,mungkin sebabnya hanya saya yang meminatinya. Ketika itu saya dan suami menghantar anak bujang  balik ke kolejnya di Gombak.Saya mengajaknya menyelusuri lorong-lorong di kawasan Batu Cave.Alhamdulillah kalau sudah dinamakan rezeki saya berjaya sampai ke kedai tersebut walaupun pada asalnya saya jumpa kilangnya,akhirnya berjaya menjumpai kedai. Waktu iatu saya sangat bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup yang sangat saporting.Saya rasa beliau begitu kerana faham isterinya bukan semata-mata mahu berwindow shoping beg tangan dan cincin tetapi mahu mencari buku.

Sebenarnya boleh sahaja saya beli online,tetapi tujuan lain saya ke kedai PTS adalah untuk meninjau buku-buku untuk perpustakaan sekolah. Saya  telah lama berazam untuk menggunakan budget Pusat Sumber sekolah saya dengan buku-buku PTS sebab saya perasan,ruangan rak yang saya isi dengan buku-buku PTS selalu kosong,bermakna pasarannya cukup tinggi.

Justeru itu saya mengambil peluang mencapai  Naluri Ayah dan Edisi Patah Hati untuk diri sendiri. Saya hadamkan dahulu Naluri Ayah kerana saya mahu paksa 2 orang anak remaja saya pula menghayatinya. Namun mereka seolah-olah pandang sebelah mata sahaja,sebab mereka fikir buku budak-budak sedangkan ditangan mereka adalah novel-noval cinta.

Saya berkata kepada mereka
 “Sedangkan Bonda yang dah tua pun kata buku ini best,masakan kamu yang remaja kata tidak. Cuba paksakan diri membacanya,nanti kamu akan berterimakasih pada Bonda”   
Merekapun membawa buku itu pulang ke asrama dengan terpaksa. Seminggu kemudian semasa kami melawatnya di asrama,mereka menerkam Abah mereka lantas memeluk sambil menangis  “Abah kita rindu kat abah,kita sayang abah” Abah mereka terpinga-pinga,tapi saya sudah mempunyai jawapan.Tidak mengapa,sedikit pun saya tidak cemburu walaupun saya mendapat giliran yang kedua.
 

Ya, barulah saya meneroka Edisi Patah Hati. Walaupun apa  yang hendak saya kongsikan hanyalah satu perkara namun  sebenarnya banyak perkara lain yang patut pembaca baca sendiri dan hayati.
Di tempat kerja, Rayyan selalu dengan berkonflikflik dengan Citra Indah Qalisya iaitu pegawai pemasaran dari Indonesia yang bermulut leser. Suka menyindir dan menghentam orang sehingga mengguris-guris hati. Kesakitan itu juga dikongsi oleh rakan sepejabat lain iaitu Mohsen dan Siti Zulaikha.Suatu hari mereka berdua meluahkan hati mereka berkenaan sikap CIQ,dan mahu Rayyan menyelesaikannya. Masaalah itu terlalu besar bagi mereka. Rayyan bukan tidak mahu menolong mereka atau menganggap itu masaalah kecil tetapi ada permasaalahan lebih besar yang perlu diselesaikan. Ketika inilah mereka menuduh Rayyan telah menjadi orang besar maka tidak peduli masaalah orang kecil. Memang betul, orang besar dan orang kecil masaalahnya berlainan. Bagi orang besar masaalah orang kecil sangat remeh,itu bukan masaalah katanya. Bagi orang kecil pula masalah orang besar  mengada-ngada. Tinggalkan sahaja cari yang lain. Contohnya orang besar sangat kecewa bila salah satu sahamnya merudum,padahal banyak lagi saham lain.Tidak perlulah pening kepala,masih ada lagi duit belanja makan tengahari bukan?,beli minyak kereta atau membayar bil api. (ini contoh dari saya bukan dari Rayyan)

Walau apa-apapun semasa kita menghadapi masaalah,sebenarnya jawapan penyelesaiannya sudah ada,hanya kita belum berjumpanya.Siapa yang mahu tahu jawapannya kenal-kenalah dengan Allah. Itulah kesimpulannya. 

Akhirnya saya ingin memberi pandangan pada Mat Despatch agar dia menyedari bahawa peminat diarinya bukan semata-mata orang muda tapi juga orang pra warga emas seperti Makbonda yang begitu menderita melihat saiz tulisannya.

Selasa, 19 Februari 2013

Fitnah iblis

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhxBzfgiJRPdzFKRi-l-KjOMIXnb9qMgGwfUmPGamKxMeDgQJN_gNUiTCkiT-_VneVxmq5tuulszjI3TuJWiZmM1-9d3Ct2TW3aKk01c4_HrnbEiI83lKjWXnPYCim-zafCKHsooGuWX1O1/s1600/ayatkursi2.jpg 



Petang itu Kak Jannah berkunjung ke rumah,menghantar kad jemputan.Sembang punya sembang,memujilah keistimewaan kuih-kuih Kak Nona yang dijual setiap pagi di pondok pisang sesikat disimpang jalan.Bukan sahaja sedap tetapi juga murah,mana ada orang jual kuih 4 biji seringgit lagi.Kak Nona kata buat apa dia jual mahal-mahal bukan dia kena bayar cukaipun.

"Kesian Kak Nona,dia rasa nak berhenti je jual kuih,sebab tempahan dari orang ramai pun sudah cukup,menanggung mereka anak-baranak,tapi kesian kata orang kampung,pagi-pagi nak serapan."Kata Kak Jannah.

"Kenapa berhenti?"Saya bertanya.

"Macamana Makbonda,kuih habis licin jualannya tapi bila bukak tempat simpanan duit,betul-betul dapat pulang modal je" Dengan wajah kasihan.

"Hilang? Dah pereksa betul-betul?"Saya meminta kepastian.

'Udah.Dah selalu jadi macam tu,dia dah letak surat Yassin kat bekas duit tu,tapi hilang juga."

"Surah Yassin bukan untuk diletak je Kak Jannah,kena baca. Baca pun kalau tak dihayati tak berkesan juga"

"Dia tak berapa pandai baca makbonda.Selalu jadi macamni. Dulu bila hari sukan kat sekolah tu ramai yang berniaga,tapi tulah barang jualan habis tapi duit dalam bekas pun habis,sekarang dah tak de orang berniaga lagi.Tapi hairannya orang kantin sekolah tak pernah pulak kena,Kedai runcit Kak Bedah pun tak pernah kena,entah di pilih-pilih pulak"

Kasihan Kak Nona,segala penat lelahnya tidak berbaloi. Untuk menghentikan jualannya dia pula yang kasihan pada orang kampung. Dari cerita-cerita mulut yang kurang jelas buktinya,ini adalah satu jenayah yang menggunakan makhluk spesis iblis yang dipelihara oleh seseorang.Ceritanya juga ada  di sini

 Tidak selesai lagi ancaman pencuri berbentuk manusia,makluk punca segala kejahatana tidak akan berhenti membuat kerosakan hingga tiba hari kiamat.

Seorang sahabat suami saya.Beliau seorang guru. Mengikut cerita dari mulut ke mulut,datuknya dahulu adalah terlibat dalam jenayah ini. Namun apa yang saya perhatikan sekarang adik  beradiknya semua berjaya dalam hidup dan tinggal melata.Hanya beliau yang tinggal dikampung mendiami rumah pesaka.  Isterinya berasal dari tempat lain yang jauh dari sini.Keterampilannya begitu muslimah lagi,dengan jilbab yang labuh dan pakaian yang longgar,tanpa tabarruj. Sekarang ini isterinya telah terpalit dengan fitnah ini. Menurut buah mulut masyarakat setempat,sesiapa yang berurusan pertukaran kewangan dengan isterinya akan kehilangan wang,temasuk semasa menyumbang kenduri.Tuan rumah akan memisahkan wang pemberiannya dari stok simpanan yang lain,kalau tidak stok wang itu akan susut. Kisah ini menjadi buah mulut masyarakat tanpa pengetahuannya.

Saya simpati padanya. Kalaulah dia tahu apa yang berlaku pasti dia malu. Kebenaran dari cerita orang ini tidak dapat dipastikan.Saya tidak berapa rapat dengannya sekadar bertemu sesekali dalam majlis ilmu atau kenduri-kendara,jadi tidak selayaknya saya menampilkan diri bersemuka dengannya. Jika dipandang dari sudut kemenjadian anak-anaknya serta cara hidup keluarga mereka sangat Islamik. Kalaulah mereka terlibat dalam apa yang menjadi pertuduhan  dalam masyarakat tentu sekali serba sedikit ada kafarahnya,tapi ini sebaliknya. Saya berharap seandainya dia menyedari akan fitnah yang melandanya dia akan bersabar,semoga fitnah-fitnah itu akan menaikan makam imannya.

Begitulah kuatnya pengaruh iblis,akibat salahlaku yang dilakukan oleh datuk moyang mereka,anak cucu terus mendapat fitnah.Sebenarnya ada tip-tip untuk mengalahkan makhluk ini, saya dapati di sini

Sabtu, 2 Februari 2013

Berubah.


Kanak-kanak yang berani. Sumber goggle

 Sorang kawan semaktab dahulu mengisi wall di fb gambar anaknya sedang berada nun di puncak menara TNB.Anak nya sudah bekerja dengan TNB.
“Inilah anak aku,kecik-kecik dulu penakut,naik papan gelongsor kena pak dia dukung,naik buai apa lagi,mak dia dukung duduk kat buai,paknya yang tolak,la nia boleh dia panjat menara TMB,aku yang seriau. Macamana boleh jadi berani lagu tu aku pun tak tau lah”

Ketawa saya,
 
Masa kecil dahulu saya ada sepupu yang nakalnya sehingga saya trauma  mahu mendekat,seboleh-bolehnya elakan dari bertemu dia.Dia pernah membaling kepala saya dengan batu sehingga sekarang sakitnya masih terasa.Namun sekarang dia telah menjadi orang penting dalam pejuangan dunia Islam.Memunafaatkan kekutan jiwa,akal fikirannya untuk agama.Pengikutnya di FB dan blog begitu ramai,bukan sebab cerita yang lagha,tapi ilmu dan pengalamannya yang dikongsikan.Walaupun sakit balingan batunya masih terasa, saya bukan menyimpan dendam tapi menjadikannya sebagai kenangan,kesakitan dari seorng ikon Islam zaman mutakhir.Tangan yang membaling batu itu melambangkan kekuatan jiwanya.

Saya pernah menerima sekeping kad hari raya dari seorang bekas pelajar yang sedang berada di IPT sedangkan semasa sekolah rendah dulu belilau adalah salah seorang pelajar corot. “Cikgu,saya sebenarnya malu nak bagi kad ini sebab semasa sekolah dahlu saya tak pernah dapat hadiah semasa hari ucapan,cikgu pernah cakap tak semestinya masa sekolah kita tak pandai kita tak boleh berjaya masuk universiti,saya masih ingat lagi kata-kata cikgu” Basah jiwa saya membacanya

Anak teruna saya semasa kecil dulu tidak suka dipeluk,dia akan mengelap pipinya bila dicium.Sangat kerap tersumbat.apabila keperluannya tidak dipenuhi dia akan membatu seperti patung.Sangat membimbangkan saya.Tapi bila telah mengakhiri zaman remaja,bila mahu berpisah atau baru bertemu dialah yang paling erat memeluk saya,dan sangat senang mengendalikannya,baru-baru ini dia mahu menghadhiri satu temuduga,mengajak kakaknya membeli baju baru,bila saya cadangkan tidak perlu membeli baju baru,pakai sahaja baju abah,pilih sahaja masih cantik.Sungguh tidak menyangka yang dia akan bersetuju,dan Alhamdulillah dia lulus temuduga untuk menjadi pegawai kapal. Semasa bermain ditepi pantai dia sangat takut bila ombak datang,habis semua orang dipanggilnya naik,untuk ke gigi air dia akan mengesot seperti penyu.Apabila besar dengan gagahnya dia menempuh gelombang setinggi pokok yang melanggar kapalnya.Entah sejak bila berubah saya pun tidak sedar.

Anak gadis sulung saya sewaktu kecil dahulu juga sangat membimbangkan saya ,sangat tidak peduli pada orang sekeliling.Adik kecilnya disebelahnya menangis sampai biru pun,dia dengan selamba meneruskan kerjanya mewarna gambar. Satu ketika adiknya telah disengat tebuan,seperti tertutup telinganya terus sahaja dia membaca buku cerita. Apalah akan terjadi pada anak sulung saya ini bila besar nanti. Bimbang saya. Namun bila dia telah dewasa,dialah paling cakna pada adik-adik.Mudah dia mengeluarkan bantuan dan RMnya demi adik-adik.Bila dia sedang bercuti, dialah yang saya harapkan menghantar embah-embahnya ke kelinik atau kemana-mana tempat yang dihajati mereka.

Ada juga segelintir bekas pelajar saya yang dahulu semasa kecil cerdik,keletah,ramah mesra,tapi bila telah dewasa boleh dia buat tak kenal pada kita bila terjumpa di majlis kenduri atau di pekan,malah kita yang menegur dahulu.

Begitulah,bila saya telah memasuki gerbang usi emas ini saya telah berpeluang melihat perkembangan manusia,dahulu begitu sekarang begini,dahulu begini sekarang begitu. Kadang ada kawan-kawan yang masih muda,mengeluh tentang perilaku anak-anak. Saya cuma dapat mengongsikan pengalaman.

Sebenarnya kanak-kanak yang nakal itu dia mempunyai kekuatan semulajadi iaitu berani,cekal dan berjiwa pejuang. Seandainya jiwa itu disi dengan iman InsyaAllah,mereka nanti akan menjadi pejuang Agama. Berani membetulkan yang hak. Tidak gentar menghadapi kepayahan . Namun Ibubapa  idak boleh berhenti  untuk berusaha dan berdoa untuk membentuk dan mengaplikasikan kelebihannya. Anak yang suka menjawab dan suka melawan,bentuk dia menjadi seorang pendakwah yang berani menegur kesalahan,tatapi dengan adab dan hikmah bukan secara gelojoh dan beremosi.

Ada juga kanak-kanak yang lambat kemahiran membaca.Jangan mengalah usaha disamping doa,ajari sahaja,satu ketika dengan tiba-tiba terbuka mindanya,terus sahaja lancar membaca.
Bagi ibubapa yang mempunyai anak yang cerdik,cepat kemahiran membacanya,senang urusannya,jangan leka,itu juga ujian,adakah kita akan menjadi ujub dan riak dengan membangga-banggakan kelebihan bahawa akaulah ibubapa yang pandai menjaga anak.Waspada kadang-kadang satu ketika anak itu mejadi beban kepada kita melalui perkara lain pula yang kita tidak menyangka.
Walaubagaimanapun perlu waspada pada anak-anak yang suka menipu dan mencuri,kedua-duanya adalah sifat yang berkaitan. Ianya juga seperti bakat. Dalam menghadapi anak-anak jenis ini ibubapa perlu melakukan sesuatu, samada muhasabah diri ibubapa dan bertaubat dari melakukan pencarian rezeki yang tidak halal,sebab jika bertuerusan kebiasaan mencuri itu akan menjadi sebati pada dirinya dan akan menjadi lebih advanc lagi.Begitu juga kanak-kanak yang suka menipu.dia mempunyai bakat untuk berpura-pura dan berlakon.Kalaulah dia menjadi pelakon terkenal tidak lah mengapa tapi dia akan menjadi manusia punya dua identiti.
Sabda Nabi SAW " Didiklah anakmu dengan 3 perkara-cintakan Nabi SAW, kasih kepada ahli keluarganya dan membaca al-Qur'an". Nabi juga berpesan " Setiap anak yang dilahirkan dalam keadaan fitrah(Islam), maka kedua orang tuanya yang meYahudikannya, atau meNasranikannya atau meMajusikannya".

Jumaat, 1 Februari 2013

FENOMENA

Sudah lama saya tidak memegang bayi,Adik-adik pun masing-masing sudah seperti menghentikan penambahan anak.Ada yang bersalin,nun jauh diseberang,tidak upaya mahu meyeberang. Bila salah seorang guru junior di sekolah bersalin seonoknya saya mengelek bayi yang berbau wangi itu. ramai kawan yang mengusik.

"Makbonda ni dah teringin nak dapat cuculah ni" Malu-malu saya menerima usikan,entah bilalah saya dapat menimang cucu.InsyaAllah akan tibalah ketikanya nanti.Semoga Allah mendengar keinginan saya itu.

Salah seorang isteri kepada warga kami ialah seorang jururawat.

"Makbonda tahu,di hospitalpun sekarang ni jarang sangat orang bersalin,kadang saya naik ngantuk takde kerja, yang ramai datang dari pusat akhlak wanita"

"Ramai?" Kami terkejut serentak.

"Ia,boleh dikatakan seminggu beberapa kali,Muda-muda budaknya,muka macam hamble je,dah bersalin pegang baby pun tek reti"

"Kesiannya,tak ada bapaklah tu ye,budak sini ke atau tempat lain?"

"Mejoriti tempat lain,kalau budak sini biasanya dihantar jauh"

MasyaAllah...saya tergamam,

Baru-baru ini anak gadis kedua saya bercerita.Semasa malam tahun baru tempoh hari dia joint dengan Surau Asyakirin KLCC,membuat kerja dakwat,menyebarkan risalah.

"Masyaallah Mak,inilah pengalaman saya. Malam tu penuh sesak kat KLCC,budak-budak remaja tak tahu malu, couple kat sana-sini berpeluk-peluk. Yang peliknya parent datang bawak budak kecik,bersesak-sesak,tengok benda-benda macam tu.....Ya allah laghanya hidup dia orang"

"Buat apa ya datang situ?"

"Tak buat apa pun,duduk-duduk depan tasik,tengok bungapi,bersorak-sorak,macamanalah dia orang didik anak-anak macam tu"

" Tak ada pulak yang dakwa mereka bawak anak-anak kat tempat sesak macam tu ye? Alhamdulillah kita bukan antara mereka,mudah-mudahanlah mereka dapat petunjuk. Habis Tina sebar risalah tu apa responnya"

"Ada yang terima je,ada yang sindir-sindir"

"Habis tak rasa apa-apa?"

"Kita orang dah ditarbiah,setiap rasa sakit itu pahla menunggu"

"Alhamdulillah dapat kekuatan macam tu."  Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan,meihat anak saya ini duduk disebelah mana. Saya sendiri tidak penya peluang pengalaman seperti itu.

Dengan fenomene seperti ini apalah bala yang akan ditimpakan pada kami Ya Allah.



"Demi Dzat yang jiwaku di tangan-Nya, umat ini tidak akan punah, sampai ada laki-laki mendatangi perempuan, lalu menyetubuhinya di jalan. Lantas orang yang terbaik pada masa itu adalah yang mengatakan: 'Alangkah baiknya jika kamu bersembunyi di balik tembok ini. "(HR Abu Ya'la)



أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْْقَيُّومُ وَ أَتُوبُ إِلَيْهِ

Catatan Popular