DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Khamis, 27 Jun 2013

Buli



“Saya kena buli Kak.”
“Kena buli atau rasa kena buli? Siapa dan macamana ?”
“Semua saya kena buat.”
“Sebab semamangnya kamu tahu buat.”
“Semua orang tahu buat,kalau tak macamana boleh jadi cikgu,saja tak mahu buat,ambik kesempatan atas orang lain.”
“Mungkin memang betul mereka tak pandai,jadi cikgu tak semestinya pandai semua,ada kepakaran masing-masing.”
“Saya dulu pun tak tahu,kat U belajar lain,latihan guru sekejap je,sikit sangat belajar pasal sekolah,tapi bila sampai sekolah saya kena buat juga sebab dah diamanahkan,banyak perkara yang saya tak tahu tapi saya belajar.Belajar melalui pengalaman,tapi mereka awal-awal dah kata tak tahu dan tak mahu buat.Mentang-mentang kita boleh buat,dia tak mahu buat. Dalam kita sebok seolah-oleh nak tarik nafas pun tak sempat,boleh pulak ada yang lepek-lepak tengok katalog,main fb.seekjap-kejap MC,tengok kat FB melancong sana melancong sini,kita kena ganti kelas.”
“Hmmm,sakitkan? Saya pun pernah rasa macam tu,tambah pedih lagi bila mereka pulak yang tiba-tiba dapat penghargaan,naik tingkat lebih tinggi. Satu masa baca satu artikal motivasi,apabila kita rasa terbuli,fikirkan adakah orang lain juga ada yang pernah rasa terbuli oleh kita.walaupun kadangkala kita tidak berniat untuk itu tapi mereka menerimanya seperti buli.Walaubagaimana pun nak positifkan diri letak sahaja kedudukan orang yang kita rasa membuli itu adalah utusan Allah untuk menguji kita,nak bagi kita pahala,nak meningkatkan kematangan kita.”
“Habis takkan kita nak biarkan sahaja,kalau macam tu senaglah dia . Kita guru gaji sama rata,yang rajin yang malas gaji jalan juga ikut skim. Tapi kerja? “
“Kalau mampu tegur dan beri tunjuk ajar,tak semestinya hasilnya macam mee segera,mungkin setelah dia lebih dewasa atau telah berpindah baru dia teringat apa yang kita perkatakan. Atau pun kita dah berpisah alam,Insyaallah,ilmu kita dimunafaatkan olehnya.”
“Siapalah kita nak tunjuk ajar orang.”
“Tak mampu nak tegur,nak tunjuk ajar,nak ubah dia? Ubah diri kita sudah. Tukarkan rasa kena buli dengan rasa kita istimewa,bukan dengan ujub dan riak tapi dengan bersyukur bahawa kehidupan kita ni memberi munafaat kepada makhluk lain. Jaga amanah kita. Buat apa iri hati dengan kelemahan orang lain.Bila hidup suka menyusahkan orang lain takdenya kebahagiaan dalam diri dia. Mereka terus lemah sedangkan kita terus meningkat, terus kuat.Jadikan diri kita istimewa.Insyaallah ganjarannya kita tidak nampak disini,tapi semasa di Mizan nanti”


Wahai anakku,
Janganlah kamu bermalam dengan dosa-dosamu, melainkan engkau bertaubat kepada Tuhanmu. Kerana tidur adalah saudara kepada kematian. Maafkanlah semua kesalahan orang kepadamu, tulislah segala hutang-hutangmu, dan janganlah engkau dengki kepada sesiapapun di dunia ini semata-mata kerana kamu lihat kelebihannya.

Wahai anakku,
Setiap manusia membawa amalannya di hadapan Allah. Para syuhada' akan gembira dengan darah syuhada' mereka. Para dermawan akan gembira dengan dermanya, para pejuang akan gembira dengan perjuangannya, para abid akan turut gembira dengan amalan ibadahnya. Wahai anakku, apakah yang akan memgembirakan kamu nanti di hadapan Tuhanmu?

Wahai anakku,
Aku seringkali bimbang sedikitnya amalanku, kurangnya keikhlasanku, dan sedikitnya pengorbananku kepada agamaNya. Aku hanya mengharapkan rahmat Tuhanku setiap waktu agar diampuni segala dosa-dosaku, diberkati kehidupanku dan dirahmati umurku, sehingga aku bertemu denganNya dalam keadaan Dia redha kepadaku dan tentunya aku hambanya yang kerdil ini akan redha kepadaNya.

Wahai anakku,
Setiap detik masa yang berlalu, jangan engkau sia-siakannya dengan perkara yang tidak mengun-tungkan kamu di dunia dan menyusahkan kamu di akhirat. Gunakanlah masa yang ada bagi mencari redha Tuhanmu di dunia. Gembiralah dan berseronoklah dalam ruang yang Allah izinkan. Zahirkanlah nikmat yang dikurniakannya dengan menyalurkan kepada keredhaan Tuhanmu.

Semoga Allah sentiasa memelihara segala perbuatan kita.

Senyum.(
https://www.facebook.com/ustaztitm?fref=ts)

Rabu, 5 Jun 2013

GURU BESAR


Tertarik dengan satu iklan nescefe,dimana pekerja pejabat sedang berhepotisis mengenai boss baru,adakah dia bergaya,atau simpoi rupa-rupanya biasa-biasa sahaja.

Begitulah,bila boss bersara atau pindah,berdebar menunggu boss baru. Bagaimana orangnya,adakah kita dapat bekerja bersamanya.Sejak bekerja saya telah mengalami 10 orang guru besar termasuk yang terkini. Semasa mula-mula posting dahulu saya telah disambut oleh guru besar perempuan,yang masih bujang. Saya sering diangkutnya kesana-kemari. Dari jemputan sukan hingga membeli ikan. adakalanya diminta membungkus kiriman kuih muih untuk anak angkatnya yang study di UK.Suatu masa dia mahhu saya menunjukan tempat anaknya belajar didalam peta,jenuh dia mencari tapi tidak berjumpa,saya hanya ketawa di dalam hati sebab itu adalah peta New England.

Setiap guru besar ada kelebihan dan kekurangan,namun saya dapat bekerja bersama mereka. Tidak mustahil adakalanya bergelora dan ketikanya tenang. Yang saya paling tidak boleh bila boss jenis suka diampu. Alamat saya akan menjauhkan diri dan membuat kerja-kerja saya sendiri kerana Allah.

Terbaru,kami mendapat seorang Guru Besar yang sebelum ini bekerja di Jabatan Pelajaran Malaysia. Kata salah seorang dari kami,kita jangan terlalu awal menilai,tunggu masa edahnya lebih kurang 100hari. "Ye ke,ada edah-edah" Kata hati saya.Sahingga sekarang melebihi tempoh 100hari....dan saya belum terjumpa celanya.

Saya baru terjumpa seorang guru besar yang berucap dihadapan perhimpunan sering menekankan solat dan amalan membaca al Quran.Dalam Mesyuarat sering diingatkan guru-guru agar menghadapi pelajar dengan amal maaruf dan nahi mungkar.Pandang setiap pelajar adalah punca rezeki. Setiap apa yang beliau arah guru buat beliau akan buat dahulu,jadi tiada alasan untuk guru-guru ingkar. Contohnya setiap pagi beliau akan datang awal dan berdiri dipagar menyambut kehadiran pelajar.Kesannya guru-guru yang bertugas tidak rasa merungut  seperti dahulu untuk berdiri disiinya sama-sama menyambut kedatangan pelajar.

Pengalaman beliau semasa di Jabatan yang sering membuat lawatan ke sekolah-sekolah sering di kongsikan,dengan ayat "Mari kita buat begini dan begitu" bukan " Semua orang mesti buat begini dan begitu". Semua pekerja disantuni termasuk pekerja suwasta,layanannya sama sahaja. Saya pun hairan,semua pekerja positif menurut pandangannya.
Dari gambar sahaja boleh kita baca,bagaimana sikapnya teradap pelajar. 1 antara 10 orang yang saya baru jumpa.

Baru-baru ini beliau mengajak guru-guru membawa pelajar ke Pulau pangkor dalam Program Peningkatan UPSR di Luar Bilik Darjah. Sudahlah dibuatnya semasa cuti sekolah,guru-guru kena membawa pelajar menggunakan kenderaan masing-masing.Tidak dibenarkan membawa keluarga kerana dibimbangi tidak dapat menumpukan kepada pelajar. Guru dan pelajar dikenakan bayaran RM50,dengan penginapan satu malam di Coral Bay Resort.Guru tidur sekali dengan pelajar. Dua kali makan,sekali sarapan dan minum petang.Tiada guru yang merungut,hanya 3 orang yang tidak dapat turut serta atas alasan yang sangat munasabah. Tidak tahulah bagaimana beliau menyusun badget.Saya pun tak pasti entah berapa banyak yang dikeluarkan dari poketnya. Semoga beliau mendapat keredoan Allah.

Setiap guru menyumbang tenaga tanpa bayaran,beberapa orang guru pemeriksa kertas UPSR menyumbang tip-tip  menjawab,yang lain membimbing. Semuanya dilakukan dengan ikhlas.

Setiap individu menjalankan peranan masing-masing tanpa rasa terpaksa.


Siap dengan kejutan. Saya nampak Mata Didi berkilau-kilauan bila airmatanya membalikan cahaya lampu,ini adalah pertama kali harilahirnya disambut dan pertama kali membelah kek.
Tiada lagsung terdengar sebarang rungutan dari guru-guru. Malah mereka semua happy.


 Sebelum ini banyak juga idea dari kami untuk sesuatu aktiviti tapi sering terkubur begitu sahaja,tiba tiba idea-idea itu direalisasikan oleh beliau. Bila beginilah keadaannya setiap hati warga sekolah akan berasa bahagia melangkah ke tempat kerja setiap pagi.


Lapan ciri pemimpin yang baik yang digariskan oleh khatib menurut perspektif Islam adalah seperti berikut:
1 Berupaya menjaga agama dan menegakkan syariat Allah
2 Memiliki kekuatan atau kesihatan fizikal, spiritual dan mental untuk menanggung kerja dan amanah yang dipikul
3 Memiliki sifat taqwa dan berintegriti
4 Amanah, adil dan tidak berlaku zalim atau mengamalkan diskriminasi
5 Bertanggungjawab dan tidak sombong terutama kepada pengikutnya
6 Tegas dan berpegang teguh kpd prinsip adil, amanah dan integriti
7 Berakhlak dan berbudi. pekerti mulia
8 Menunaikan janji dan tidak berdusta atau berbohong

Berapa patut kita bagi markah untuk guru besar saya sekarang?

Sekolah yang cemerlang dan berkesan kebiasaannya diterajui oleh Guru Besar yang cemerlang. Mereka ini berupaya untuk membimbing dan memandu seluruh warga sekolah ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan.




Semasa menunggu di lobi Coral Bay,pelajar-pelajar terserempak dengan kumpulan usahawan tuppewere,dan sempat disantuni oleh mereka.Sukanya pelajar saya.

Catatan Popular