DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Sabtu, 27 Julai 2013

Perlumbaan.

"Bayangkan jika kerajaa Malaysia telah menetapkan bahawa pada bulan Oktober semua kakaitangan kerajaan akan diberi gaji berganda jika membuat kerja tambahan,ataupun pada ketika itu harga pisang dan kelapa sawit akan dinaikan berganda-ganda. Kit percaya semua kakaitangan kerajaan akan menunggu-nunggu bulan itu,bila tiba mereka akan rajin membuat kerja-kerja tambahan.Begitu juga dengan pekebun. Berusaha menaikan keluarannya dengan berbagai cara,seperti membersihkan kebun,membaja dan sebagainya agar pada bulan itu keluaran lebih dari bulan lain. Betul tak tuan-tuan dan puan-puan"

Begitulah antara bait-bait isi tazkirah Ustaz yang diundang di masjid sempena mencari Lailatul Qadar malam tadi.

Kalaulah kita dapat menghayati kebesaran bulan Ramadhan seperti bulan Oktober macam yang kita bayangkan tadi,saya rasa keadaan kita menjalani Ramadhan tidak seperti apa yang berlaku sekarang. sepatutnya semua umat Islam rindu dengan bulan Ramadhan,berlumba-lumba melipat gandakan ibadat,semakin menghampiri hujung Ramadahan semakin sedih,kerana bulan rahmat ini akan ditinggalkan,namun apa yang terjadi? Lihat, semakin hujung Ramadhan shaf -shaf terawikh semakin memindik. Ke mana ye,ke tempat membeli buah,sebok membuat kuih dan berbagai persiapan hariraya. Dari saya kecik sampai setua ini,begitulah situasinya masyarakat sekeliling kita. sebab telah terdidik dari kecil.

"Kita berpuasa sebab nak raya,tak puasa tak boleh raya"

Saya pernah memjuk seorang nenek yang sedang menangis,seperti dalam post saya disini

Begitulah jika berpuasa dijadikan sebagai adat.  Berpuasa itu sebagai beban sebab nak bergembira dihari raya. Sebab itu segala persediaan hari raya yang walaupun sangat diberat diadakan juga,dikuatkan juga. Entah sehingga bila . Sejauh mana pula gembiranya bila hari raya menjelang. Dengan wujudnya menu kegemaran itulah kegembiraan,? Masih tidak juga gembira kerena ada keluarga yang tidak bersama. Hati masih berbuku marah.

Bila menjelang malam akhir Ramadhan, anak-anak balik berkumpul,penuh halaman rumah. apakah pengisiannya? sepatutnya sebaik selepas maghrib digunakan untuk bertakbir bertahmid,namun kita semua sebok dengan masak memasak higgu ke subuh hari,semata-mata untuk mengisi ruangan perut yang punya isipadu yang tetap itu. Itulah  kita. Semoga Ramadhan ini lebih baik dari Ramadhan sebelum-sebelumnya.

m4 ramadhan



Selasa, 23 Julai 2013

MEMILIH

Saya pun dulu begitu,sama seperti anak saya,apa-apa tentang peribadi akan cerita pada Emak. Anak perempuan memang begitu,berbeza dengan anak lelaki.Jarang yang mahu bercerita hal peribadi terutama tentang memilih pasangan.

Dalam dia sedang dilema untuk memilih semua diceritakan,dan saya akan memberi sedikit sebanyak pandangan. Yang paling utama ialah dengan beristikharah. Bukan sahaja dia tetapi saya juga. Selalu saya mengingatkan mereka bahawa apa yang kita suka belum tentu Allah suka. Ada juga yang kita tidak suka tetapi itu adalah yang Alah tentukan. Kalau diberinya juga apa yang kita tidak mahu,adalah anugerah yang lebih besar akan DIA berikan akhirnya nanti. Kalau di fahami maksud doa dalam istiharah tentu kita akan redho dengan apa yang berlaku.

Tiba tiba dia bercerita mengenai salah seorang rakan rapatnya semasa di U. Sebaik sahaja habis belajar terus berkahwin dengan pemuda pilihannya yang kata orang bagai pinang dibelah dua. Pasangan cantik dan tampan. Dipandang dari sudut fizikal,cukup pekejnya.Sesiapa yang memandang akan rasa cemburu. Di album FBnya penuh dengan foto-foto berbagai aksi,menunjukan keintiman dari semasa dari hari perkahwinan,berbulan madu,mengandung,bersalin dan melancong dengan babynya yang comel. Saya pasti sesiapa juga akan wujud rasa iri bila melayari. Iktibarnya, janganlah semua tingkahlaku kita dirakamkan di FB, di bimbangi ada yang irihati dan mendoakan perkara yang buruk-buruk sehingga sanggup menggunakan sihir. Simpan sahaja lah untuk diri sendiri.

"Dia rasa jodohnya mungkin berakhir"


"Astagfirullahhaladhim.....macamana boleh jadi macam tu,berapa hari sangat usianya"

Saya agak terperanjat. Baru beberapa hari, lantas terbayang akan foto-fotonya yang pernah saya lihat.Penuh dengan shoot-shoot yang mendebarkan siapa yang melihat.


"Bermasaalah dengan ibu mertuanya. Katanya mertuanya jenis suka cari salah orang dan agak mengongkong anak lelakinya. anak lelakinya pun jika hal ibunya sanggup berhabis,tipa bila hal barang keperluan anak diharapkan isterinya yang beli, mula-mula dulu bersabar je....dipendam.....lama-lama ada pertengkaran sikit...mulalah ungkit mengungkit...jatuh tangan suami  kat muka isteri......,sekarang ni dihantar isterinya ke kampung dan tak di peduli...kebetulan masa ni dia sambung belajar,tengah cuti sem."

Sebenarnya saya mengenali kawannya itu,telah beberapakali saya bersua dengannya. Memang cantik, saya tahu perkahwinannya mengecewakan ramai yang merebut cintanya. Orangnya peramah dan senang bergul dengannya. Namun saya tidak bergaul lama dengannya sehingga mengenali bagaimana emosinya . Jadi belumlah boleh saya membuat kesimpulan yang dianya itu jenis yang bagaimana.

Saya mengingatkan kepada anak saya bahawa itu satu contoh,cuba lihat contoh-contoh yang lain. Yang berbeza situasi. Jangan terlalu jauh membandingkan sehingga keadaan rumah tangga datuk nenek,sebab cabaran hidup mereka berbeza dengan situasi sekarang. Lihat sahaja pada keluarga pakcik dan makcik yang rata-rata muda-muda,dan cabarannya adalah cabaran zaman terkini. Lihat dan jadikan tauladan serta sempadan.

Kata orang yang tidak menggunakan sandaran iman, perkahwinan itu satu perjudian,tidak boleh diramal,dicuba baru tahu untung ke rugi. Tapi orang beriman tidak boleh kata begitu. Judi adalah haram. Bukan mencari untung rugi atau kemenangan individu,kemengannya adalah bersama. Perkahwinan adalah satu perlayaran. Sebelum dan semasa belayar penuh dengan kebergantungan kepada yang Al Malik,Al Muhaimin,Al Bari dan lain-lain dalam Asmaul Husna.

Bil kita pandang,cabaran di masih belum begitu jauh,baru setakat hal belanja baby yang beberapa hari hayatnya. Masaalah dengan ibu mertua,sebagai anak,muda dan kreatif perlu belajar dan cari jalan sebijaknya. Baru riak-riak  kecil,belum berjumpa ombak yang lebih besar,rugi kalau hanya hal yang sebegitu telah menamatkan bahtera. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan kata pepatah. Namun saya menyedari,bila hati sudah kosong apa-apa pun sudah tidak bermakna. itulah puncanya.Bermakna apa-apa pun dari hati. Jadi jagalah hati jangan dikosongkan.Cinta,sayang rindu bukan hanya untuk individu,hendaklah disandarkan pada Pencipta.


Bila saya bercerita hal ini dengan suami,bahawa besar kemungkinan anak kami menjadikan perkara-perkara begitu menjadi salah satu fobianya untuk membuat keputusan.

Kata suami saya;

"Kita tak nampak bagaimana cara hidup mereka,setinggi mana amalannya,sejauhmana pegangan agamanya,ilmunya  terutama dalam rumahtangga. Bila kita dah usaha didik dia,dia sendiri dah bergaul dengan kawan-kawan yang berfikrah Agama,Insyaallah dia boleh buat keputusan."

Sebenarnya seusia inipun kami masih mancari penyesuaian dan kesamaan, Kalaulah dia tahu......






Khamis, 18 Julai 2013

PANGKAT PUASA



Alhamdulillah sejak kebelakangan ini cara berbuka saya telah berubah. Seusia 20an dahulu saya pernah bertanya kepada adik lelaki saya,yang lebih matang dan berilmu dari saya.

"Macamana ya dik,puasa kakak ni,awal-awal lagi dah terbayang menu berbuka,batal ke?"

"Orang berpuasa ni ada pangkatnya kak. Puasa umum adalah puasa yang hanya menahan perut (dan kemaluan dari memperturutkan syahwat.  
Imam Al-Ghazali berkata “Ramai orang yang berpuasa,namun ia tidak mendapatkan dari puasanya itu selain lapar dan dahaga kerana hakikat puasa itu itu adalah menahan nafsu.Bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.Boleh jadi orang tersebut memandang yang haram,mengumpat dan berbohong.Maka yang demikian itu membatalkan hakikat puasa”

Puasa khusus adalah tingkat puasa orang-orang soleh,yang selain menahan perut dan kemaluan juga menahan semua anggota badan dari berbagai dosa.

Puasa khususul-khusus adalah puasa hati dari berbagai keinginan yang rendah dan fikiran-fikiran yang tidak berfaedah,juga menjaga hati supaya mengingati Allah SWT secara total.Puasa ini dalah menjadi batal kerana fikiran selain Allah(fikiran tentang dunia). 


Seusia ini,adakah patut puasa saya masih pangkat puasa orang awam sahaja? Untuk memupuk jiwa ini memakan masa yang lama,setiap tahun berazam agar puasa kita lebih baik dari puasa sebelumnya. Dahulu waktu berbuka seperti waktu untuk bergembira,dapat menghadap berbagai-bagai kelazatan menu. Padahal berbuka adalah satu ibadat,mengapa pula diletakan kepada perkara makruh dan nauzubillah jatuh kepada berdosa pula bila bila berlebih-lebih menu menjadi keutamaan.

Masjid di tempat saya  membuat program iftar sejak 5 tahun yang lalu,Pada awalnya ianya adalah inisiatif suami saya dan beberapa orang jemaah lain. Pada ketika itu mereka tidak memegang apa-apa AJK masjid. Pihak Masjid seperti tidak berapa memberi sokongan.antaranya tidak membenarkan menggunakan peruntukan masjid. Mereka membawa bekal dari rumah.Beriftar bersama-sama dengan bekal masing-masing. Apabila Pentabiran masjid berubah,program iftar dimasjid mula dibudayakan. Tawaran dibuka kepada sesiapa yang mahu menaja,jika tiada tajaan pihak masjid akan mengeluarkan belanja. Awalnya henya beberapa orang sahaja yang melibatkan diri,Ramadhan demi Ramadhan sambutan yang turut serta berubah. Pihak masjid pun semakin kurang menaja.

Saya mula turut serta sejak Ramadhan yang lepas sebab saya tinggal seorang diri bila anak bungsu masuk asrama. Pada awalnya apabila suami saya mengajak , saya malu-malu untuk turut serta. Sebab bukan budaya di kampung ini. Sedangkan orang lelaki pun sukar untuk turut serta,lebih selesa beriftar dengan keluarga sendiri dirumah,apa lagi perempuan. Namun apabila saya terjun juga,Subhanallah mudahnya urusan hidup ini.  Saya boleh tinggal di masjid sehingga tamat terawikh. Berbanding dengan apabila dirumah berbagai urusan dunia yang akan menyebokan kita. Tidak perlu pening kepala memikirkan menu iftar,tidak perlu merungut atas kenaikan harga barang. Hanya ada 3 keluarga yang bersama saya,maksud saya yang muslimah,kaum muslimin tentulah ramai. Malangnya 3 keluarga ini adalah guru-guru dan ustazah. Pakcik-Makcik bersebelahan masjid yang memohon asnaf  zakat tidak sudi pula turut serta. Tentu sayang kan,kalau mereka turut sama bersama kami tentu kurang kos berbuka mereka,dan bolahlah keluar dari golongan asnaf.

“Alah nak buka kat masjid,nak makan tak selesa.Kena cepat-cepat nak mengulang-ulang malu. Macam malas nak masak,kedekut lah tu,nak makan free” Kata Kak Kiah yang tinggal dirumah bantuan zakat yang tidak berapa jauh dari masjid.  
“Kak Kiah,nak mengulang-ulang banyak mana isipadu ruangan perut Kak Kiah ni. Kami masak juga untuk sahur. Mana pula makan free, kami menaja beberapa kali iftar ni” Kata hati saya yang penuh mazmumah ini,namun saya simpan sahaja tanpa menyuarakan,itulah kemampuan saya.Saya tahu ianya telah mengurangkan pahala ibadah saya. Astaghfirullahalazim.
 


Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.” HR. Tirmidzi

Selasa, 16 Julai 2013

RINDU

Anak-anak saya yang diperantauan menggunakan berbagai media untuk menyampaiakan kerinduan mereka untuk balik kampung,berbuka di rumah,Rindu dengan Emak dan Abah.Seusia mereka begitulah. saya dahulu,sehinggalah berusia 30an,Rindu balik kampung mahu berbuka di rumah. Balik kampung kerana diri sendiri,rindu dengan keluarga,berbuka bersama keluarga rindu masakan Emak..Walaupun telah berkeluarga sendiri,mahu balik kampung beberapa hari,lepak-lepak dirumah bersama emak bapak. 

 Bila seusia saya sekarang,balik kampung bukan untuk diri sendiri,bukan untuk lepak-lepak melepaskan rindu,tetapi lebih kepada untuk kedua ibubapa,yang telah uzur dan kurang tenaga untuk bergerak.Untuk menziarahi dan memenuhi keperluan kehidupan mereka. Lebih kepada menggembira hati mereka bukan untuk diri sendiri. Tidak mengharapkan lagi masakan air tangan mereka. Seboleh-bolehnya kedatangan kita merehatkan mereka,ini adalah masa mereka. 

 Saya pula seusia ini mulai bersedia untuk menjadi seperti ibu bapa saya. setiap kali saya meminta diri untuk meninggalkan mereka saya akan ungkapkan
 "Mak saya balik dulu, minta maaf tak dapat jaga Mak dan bapak sepenuhnya."

 "Beginilah kehidupan,mula-mula kita tak ada,kemudian ada,kahwin duduk berdua,beranak pinak. Anak-anak pulak kahwin,anak tak kahwin risau pulak,beranak pinak,masing masing ada kehidupan,tinggalkan emak bapak berdua,bila-bila masa sorang-sorang dalam liang lahat. Yang penting saling mendoakan,ada depan mata pun kalau tak berdoa tak bermakna" Begitulah jawapan Mak. 

Saya akan meninggalkannya dengan sebak.Begitulah Mak saya. Saya sering mengingatkan adik-adik agar tidak mengambil kesempatan dengan sikap Mak tersebut. Jangan berhenti mendoakan mereka,walaupun tidak mampu mengunjungi dengan kerap ,seringlah hubunginya dengan berbagai media.Saya tahu emak bercakap dengan jiwanya. Saya berazam akan berfikiran sepertinya. 

 Bila anak-anak menyuarakan kerinduan untk berbuka dirumah,mereka tidak tahu bahawa selama ini saya sendiri tidak berbuka dirumah. Mereka juga patut mengubah sikap rindu untuk berbuka yang saya budayakan kepada mereka sejak kecil lagi. Masa mereka kecil dahulu semangnya saya menggembirakan mereka semasa berbuka sebab mereka masih didalam latihan untuk berpuasa,kini mereka sudah besar,mereka patut gembira dengan pahala,jadikan berbuka ialah alat untuk meraih pahala. 

Ya saya tunggu mereka pulang untuk mengubah cara mereka bergembira dengan ibadat puasa. Sebenarnya saya juga sangat rindu kepada mereka. Sebagaimana rindunya Mak dan Bapak saya kepada saya. 


Isnin, 15 Julai 2013

IBU MUDA


“Sedihlah kak nak hadapi Ramadhan ni”

“Hai orang nak masuk pintu Ramadhan . Dengan gembira,ni sedih pulak”

“Saya tak dapat toma’ninah beribadat,nak terawikh,nak tadarus macam dulu-dulu.Takut,tanggungan saya ni banyak,entah tak dapat pahala banyak pula dosa saya”

“Tanggungan? Berat sangat ke,agak-agak orang lain tak ada ke yang sama ata lebih berat dari kamu”

“Entahlah,masalah saya berbeza dengan orang lain. Orang lain anak-anak kecik juga tapi mereka dapat sokongan dari pasangan. Sepatutnya kami sama-sama mendidik anak berpuasa,ini tidak dia pula mintak saya manjakan dia. Saya tidur lebih dari jam 12 sebab nak siapkan kerja-kerja rumah,Jam 3 dia dah kejutkan saya,saya tak cukup tidur,pukul 5 kejutkan anak-anak untuk sahur,sampai lepas subuh bersiap untuk kesekolah,siapkan anak-anak pulak,hantar yang kecik kerumah pengasuh,sedngkan dia siap untuk diri sendiri sahaja”

 Semamngnya sering saya terlihatnya terlelep di bilik guru.Dan tubuhnya agak lemah dan tidak bermaya. Namun saya bukan lah seorang kaunsler yang layak untuknya.Saya tidak pernah belajar. Yang saya belajar hanya sedikit sangat,itupun untuk anak murid. Tugas kaunsler adalah menjadi pendengar,kurangkan bercakap dan jangan pula emosinal lalu  mengapi-apikan .

“Bersyukur kamu ada suami dan beranak. Ada kawan kita yang tak kawin,bukan dia tak mahu tapi tak ada orang melamar,kalau ada pun dah jelas tidak layak menjadi suami,tak kan nak terima juga.Jodohnya belum sampai .Ada orang dah kawin tak ada anak,bukan tak mahu,tiap kali datang bulan hatinya kecewa kerana tidak hamil.ni kamu ada suami,kacak,tentu kamu gembira semasa dilamarnya dulu dan betul-betul jatuh cinta,anak-anak pula comel. Allah tak bagi semua yang baik untuk kita,nanti kita alpa. Bila ada problem macam ni kita lah yang kena pandai. Buat apa yang tidur sampai jauh malam,cuba siapkan awal,basuh pun dah pakai mesin. Anak kecil memanglah rumah bersepah,terima sajelah,cari kaedah didik anak tolong mengemas. Janganlah terlalu mengharapkan kesempurnaan,ada setengah perkara tu perlu kita abaikan. Sebenarnya apa yang kamu buat itupun adalah ibadat,bukan tadrus dan tarawikh saja. Cuba ajak anak-anak terawih dan tadarus sama,kita dapat pahala sambil didik anak-anak.”

“Yalah kah,tak terfikir pula saya,sebenarnya saya tahu tapi tak dapat nak aplikasikan dalam kemelut saya. Insyaallah saya cuba, Jazakillahkhairan kak.”

Wanita Muslimah Di Bulan Ramadhan

Catatan Popular