DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Rabu, 18 Disember 2013

TEGANG

sumber google imeges


Emak megadu,salah seorang anak saudaranya datang berkunjung. Dia meminta jasa baik Emak untuk menjadi orang tengah antaranya dengan jirannya juga ipar duainya.Telah beberapa tahun  perhubungan mereka tegang,sehingga peringkat tidak bertegur sapa dalam tempuh yang agak lama.Hanya dengan satu punca ianya berlarutan lama,ada sahaja perkara baharu yang menyumbang kepada lamanya tempoh persengketaan.

 Perbezaan antara semasa dua pihak yang sedang didalam perhubungan baik dan sebaliknya ialah:- Semasa dalam keadaan baik, apa jua yang diperkatakan atau yang dilakukan atau segala tindak tanduk pihak satu lagi adalah tidak mendatangkan apa-apa kesan. Bagaimana pula bila dalam keadaan yang sebaliknya. semua tindak tanduk,kata-kata dan apa juga yang dilakukan pihak yang lagi satu adalah menyakitkan.Orang ketawa pun dirasa seperti mengejak.Tekan minyak kenderaan kuat-kuat pun dirasa memperli.Pendek kata segala-galanya menyakitkan.

Begitulah keadaannya kedua-dua pihak anak saudara Emak itu. Sebelum ini hanya pihak yang satu lagi yang selalu mengadu pada Emak,Emak hanya mampu menasihatkan agar berusahalah berbaik-baik,mungkin ada sebab pihak di sana menjadi begitu. Emak duduk jauh,tidak mampu menolong semuanya tambahan lagi dengan tangggungjawab emak membantu bapak yang uzur. Sekarang pihak yang satu lagi datang,menceritakan sebelah pihaknya. Dia bermohon sangat agar emak menjadi orang tengah dalam ketegangan ini.

Saya tahu Emak agak tertekan dan terganggu. Walaupun mungkin ada buah fikiran tetapi emak agar kurang keyakinan,lalu Emak meluahkan pada saya.Ibu bapa mereka telah pulang ke Rohmatullah,dan mereka juga bukan kanak-kanak lagi tetapi telah mula memasuki usia emas,usia persaraan jka mereka berkerja. Tentu tidak sama kaedahnya dengan usia kanak-kanak.Semasa mereka kecil Emak yang menjaga mereke ketika itu Emak belum kawin lagi. Bila mereka bergaduh emak akan leraikan biasanya yang menyebabkan sebelah pihak menangis itulah yang akan dikenakan tindakan.

Saya nyatakan pada Emak bahawa itu adalah satu petanda bahawa mereka telah penat dengan situasi tersebut. Entah berapa kali sehari semalam mereka memohon petunjuk dalam solat. Itulah ketikanya petunjuk itu datang. Kerjanya tentu lebih mudah. Cuma mereka belum mampu untuk merendahkan taraf keegoannya untuk bertemu sendiri dan saling berlapang dada.Padahal sepatutnya perkara itu begitu mudah. Kuatkan hati  jumpa sahaja bertentang mata dan mulakan kemaafan dari diri sendiri,

"Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang sering memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya."
sabda Rasulullah. [riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi]

Degan cara begini orang lain tidak tahu jadi tanpa terbuka aib masing-masing.Namun mereka belum tiba ke tahap itu.

Saya hanya memberi pendapat sahaja pada Emak.Dalam situasi ini tidak perlu kita mencari punca ketegangan tapi fikirkan perkara yang selepas ini. Kenangkan keseronokan semasa berbaik-baik dahulu. Kenangkan perkara  kebaikan yang pernah pihak sebelah sana beri. Satu ketika dahulu mereka boleh berkongsi kereta untuk menghadiri kenduri saudara mara. Bila mengadakan majlis setiap orang saling menyingsing lengan,menghulur bantuan. Alangkah indahnya situasi itu.

Si adik perlu hormati kakak,dan kakak juga patut menyayangi si adik. Setiap mereka pasti ada kelebihan,kagumilah kelebihan pihak satu lagi.  Hayatilah bacaan setiap solat masing-masing. Dari bacaan iftitah lagi,hidup dan matiku kerana Allah,jadi apa perlunya sibuk menilai kesalahan orang lain.

Jadikan umpatan serta fitnah dari orang lain sebagai saham akhirat. Semestinya sakit hati,tapi jadikan sebagai kifarah dosa kita mungkin kita juga pernah melakukan pada orang lain tanpa kita sedari.
 Paling tidak beringatlah kalau mahu anak kita menjadi anak soleh yang mendoakan ibu bapanya maka kita juga perlu menjadi anak soleh yang mendoakan ibu bapa. Menjadikah anak yang soleh jika sesama saudara bersengketa dan bermusuhan. Apakah yang dirasa oleh roh kedua ibu bapa?.

Saya juga mengajak Emak doakan untuk mereka,terutama nanti apabila masanya tiba untuk emak dibawa kepada mereka.Saya juga mendoakan Emak agar diberi kekuatan dan hikmah semasa berhadapan dengan mereka.

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
(A-li'Imraan 3:134)

Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.
(An-Nisaa' 4:149

Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
(An-Nuur 24:22

Jumaat, 13 Disember 2013

WARGA PERIHATIN

Masa saya zaman kanak-kanak dahulu saya sering mengikuti suasana orang kampung mendirikan rumah. Bila ada penduduk kampung mahu menbangunkan sebuah rumah,seluruh pelusuk kampung akan hadhir dan sama-sama mendirikan rangka rumah.Sebelum itu jiran terdekat datang untuk menolong menyusun tiang,memahat lubang-lubang tiang untuk dipasang gelegar.Menyusun kekuda,alat tiang yang kadang diperbuat dari batu atau keratan batang pokok yang ditarah berbentuk koboid.Tuan rumah menyediakan makanan seadanya. Bila hari yang ditentukan tiba,ada setengahnya meletak tarikh-tarikh tertentu atas nasihat orang tua-tua atau yang alim dengan ilmu agama. Maka berhimpunlah mereka meninggalkan kerja-kerja harian,bercuti dari menebas,bersawah,mengambil upah sebarang kerja.Semua tertumpu pada  gotong royong atau lebih dikenali sebagai ro'an.

Itu dahulu sekarang sudah tidak ada aktiviti demikian,Semua kerja membina rumah diserahkan pada kontraktor. Jiran tetangga tidak tahu menahu, Kalau pun ada yang mahu menggunakan kaedah seperti zaman dahlu,tiada siapa yang dapat hadhir.Masing-masing tidak dapat menyediakan ruang untuk itu. Atas berbagai alasan,samada urusa dengan majikan atau urusan mengejar masa,sebab setiap masa itu adalah pendapatan masuk.

Beberapa minggu yang lepas saya mengikuti Misi Bantuan kemaknusiaan Warga Perihatin membantu ibu tunggal dan warga emas. Sebahagian rumah mereka telah ditimpa sepohon pokk durian tua. Kejadian telah berlalu beberapa hari tapi tiada pihak pun yang membantu.Apa sangatlah kudrat warga emas suami isteri dan cucunya ibutunggal muda bersama dua anak kecil untuk mengatasi musibah yang berlaku. Beberapa hari rumahnya dalam keadaan melompong,tidak dapat melindungi penghuninya dari hujan dan kedinginana angin. Sudah tidak ada zaman gotong royong lagi,semua menunggu peruntukan dari pihak-pihak tertentu. Kalau dahulu bila berlaku satu musibah seperti ini akan berduyun-duyunlah orang kampung bergotong royong membantu namun tidak pada ketika ini.

Sememangnya sebelumnya tidak berapa mengenali satu sama lain,sekadar di dunia maya sahaja. Namun setibanya dilokasi masing-masing seperti telah kenal rapat. Tidaklah seperti kekok bergaul walaupun baru sekali bersua mata.  Kami suami isteri turut serta adalah untuk mengongsikan kasih dengan WP. Mereka adalah satu keluarga yang besar yang bukan dirapatkan melalui DNA sebaliknya adalah berakarkan kasih sayang Allah yang tunggak utamanya Al Quran dan Sunnah.Sebaik sahaja selesai acara Muqaddimah dan salam perkenalan,tanpa berkali-kali arahan sebagaimana yang saya alami di sekolah bersama anak-anak murid saya, anggota WP terus memainkan peranan masing masing,pendek kata Yang capek menghalau ayam, yang buta meniup tepung, yang kurap menyiang buluh dan yang pekak membakar meriam, namun dikalangan mereka tidak adalah yang capek,buta, kurap juga pekak Sebaliknya ada lelaki dan wanita dewasa,remaja juga kanak-kanak. Semuanya arif dengan tugas masing-masing. Biarlah gambar berbicara.











Sedangkan dalam satu keluarga yang sama darah daging adakalanya sukar untuk disatukan.Namun di Warga Perihatin ini anggotanya adalah dari berbagai darah keturunan dan juga latarbelakang,namun boleh bersatu atas kasih sayang Allah. Itulah antara yang saya pelejari dari keluarga besar WP ini. Antara yang mahu saya korek rahsia ikatan mereka.



"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang. "19:96  


Catatan Popular