DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Khamis, 28 April 2016

PUAN PENJUAL KAIN BATIK

InsyAallah saya berasazam untuk sifar dari membeli pakaian bila saya telah bersara kecuali kain putih yang akan membaluti tubuh sebelum pemakaman nanti. Saya rasa terbeban dengan koleksi pakaian di dalam almari dan penyakngkut pakaian. Sebaik saja bersara saya telah mengumpulkan pakaian yang saya gunakan untuk bekerja dahulu dan berikan pada kawan-kawan dan jiran tetangga, setelah anak-anak pun tidak sudi dengan corak kegemaran emaknya. Walaupun saya tidaklah seperti sesetengah orang yang memperuntukkan setiap bulan wang gajinya untuk sekurang kurangnya sehelai pakaian. Saya membeli hanya mengikut keperluan sahaja,adakalanya terpaksa membeli kerana menghormati penjual,kadang sanak saudara kita atau rakan sekeliling. Kadangkala juga terpaksa menghormati permintaan orang sekeliling yang mahu besendondon samada keluarga atau tempat bekerja pada masa-masa tertentu. Walaupun begitu koleksi baju saya masih menjadi beban kepada saya.

Apabila mengetahui saya akan ke Terengganu anak anak meminta saya membeli kain batik sarung Terengganu untuk dipakai semasa hari raya kata mereka. Menurutnya mereka mahu berkain batik sedondon kalau boleh corak pun sama. Itulah perkara yang sukar untuk ditolak dan mengorbankan azam saya. Sesatu perkara kadang kena menghormati kehendak mereka setelah mereka menampilkan sikap yang positif pada saya selama ini.


Sedodndon dalam keadaan tertentu
Apa yang saya hendak ceritakan adalah peristiwa di Pasar Payang Kuala Terengganu antara saya dan penjual kain batik. Antara cara saya bila memasuki pasar ialah fokus pada barang yang saya sasarkan dan tidak perlu merayau-rayau membuat tinjauan,demi menjimatkan masa.

Sebaik sahaja saya menaiki tangga ditingkat pertama saya terus menutu di satu gerai dihadapan pintu untuk bertanya apa yang saya mahukan. Dengan mesra Puan gerai tersebut melayan saya dengan memeilih dahulu jenis material kain dan menawar harga, dari sehelai rm25 hinggalah dapat 6 helai untuk RM110, selepas itu barulah memilih corak. Untuk dijadikan cerita paling ada hanya 3 helai untuk corak yang sama. Untuk emmenuhi perintaan pelanggan beliau meengarahkan anak dan pekerjany mencari di 4 lagi gerai kepunyaannya yang terletak di tempat yang berlainan.

Sementara itu kami pun berbual-bual tanpa disedari berbagai-agai isu yang sebelum ini saya pun tidak ambil berat.

Mereka rasa terpinggir dari arus ekonomi negara,suatu masa dahulu produk mereka diberi promosi secara besar-besaran. sekarang pengunjung pasar payang keluar dari pasar hanya membawa keropok kata mereka. Kemasukan febrik dari luar berleluasa seperti tanpa sekatan. Pengguna lebih suka membeli febrik dari luar. Jakel sendiri yang memonopoli gedung-gedung febrik memandang sebelah mata sahaja pada produk tempatan. Bila berurusan dengan mereka layanan yang mereka beri seolah oleh penggeluar batik tempatan rasa terhina,dimalukan dihalayak dan adakalanya mengenepikan sama sekali. Beliau bertanya samaada pernah membelibelah di Jakel. Memang adalah sekali sekala bila meninjau kain lagsir,memang saya akui tidak ada febrik produk tempatan.

Itulah masaalah mereka sekarang. Sekarang mereka telah upgrade kan corak kain songket,kalau dahulu hanya 2 warna sekarang menjadi beberapa warna. Kos pembuatannya tentulah meningkat kerena ia memerlukan masa yang lebih untuk menghasilkannya. Satu masa semasa satu karnival di bandar besar seorang datin yang berkedudkan tinggi dengan celuparnya mengatakan kenapa songket mahal sangat,lebih baik beli di India atau Thailand. Puan penjual itu sangat terkilan,Dia boleh membeli belah diseloroh plusuk alam tetapi boleh berkira dengan produk tempatan yang sememangnya itulah nila sebenar berdasarkan kos dan nilai kreativitinya.

Sekarang ini satu demi satu kilang-kilang batik dan songket telah mulai gulung tikar. apabila kurangnya pembeli satu demi satu kedai telah tutup kerena tidak mampu mebayar sewa kedai. Selepas ini hanya Allah yang tahu nasib mereka. Saya juga bertanya beliau samaada mereka ada persatuan atau tidak,bila ada persatuan kuatlah suara mereka untuk menyampaikan meseg mereka kepada pihak yang berkaitan. Sebenarnya memang ada cuma belum begitu kuat ikatannya. Sekarang mereka sedang bercadang untuk menggunakan kuasa sultanah bagi mempertahankan kedudukan produk mereka.

Itulah saya rasa satu-satu caranya mereka perlu mengukuhkan ikatan Jemaah mereka. Mereka perlu bersaing dan melengkapi satu sama lain.Teknik pemasaran kena update kan. Apabila ikatan Jemaah kuat suara mereka akan sampai kepada pihak yang berkenaan dalam kementerian perdagangan Malaysia, Mereka harus menyadari hak mereka kerana mereka semua adalah pengundi.


Rabu, 13 April 2016

YANG NAMANYA IBU

Sudah 2 tahun Nek Limah tinggal bersama anak perempuannya yang sumai isteri kerja kampung dan tidak punya kereta melainkan motorsikal. Anak anak lain ada kereta tetapi tidak tinggal bersama,masing-masing di Kuala Lumpur. Nek Limah bukan tidak ada rumah,ada,di rumahnya tinggal dengan anak bungsu yang dah berkahwin dan punya 3 orang anak. Anak bungsunya tinggal  dirumahnya kerena dia punya bengkel memproses sesuatu sebagai punca rezekinya. Dulu Nek Limah masih kuat,beliau memang rajin bercucuk tanam dan membersihkan kawasan rumah. Beliau masih ada kudrat berbasikal ke kedai bila ada keperluan untuk dirinya. Sekarang Nek Limah sudah tidak mampu berbasikal,jalanpun perlukan tongkat,namun dengan keadaan begitu masih digagahkan juga merangkah ke halaman rumah mempersihkan rumput rumpai. Olah kerena tidak tahan umpatan jiran tetangga yang melihat keadaan Nek Limah walau dalam situasi fizikal begitu masih merayap dikebunan maka anak-anak berpakat untuk membawa Nek Limah keluar dari rumah tersebut dan tinggal bersama anak-anak yang lain. Anak-anak lain semua bekerja,jadi Nek Limah kena tinggal seorang diri di rumah,kecuali seorang anak perempuannya yang menjadi suri rumah dan tinggal di kampung. Maka disitulah Nek Limah kekal tinggal hingga ke hari ini.

Sekarang Nek Limah sudah semakin uzur, anak perempuannya sudah semakin bosan. Bukan apa.dia manusia biasa yang kadang imannya berbolak balik,kadangkala bisikan syaitan mengganggu gugat imannya,dia kesal kerana adik beradik yang lain sudah semakin tidak ambil berat tentang ibunya,mereka sudah jarang-jarang melawat dengan alasan semua sebok bekerja. Mereka lebih memberatkan melancong ke sana kemari berbanding balik melihat ibunya. Perkara sebegitulah yang sangat menghiris hati anak perempuannya itu, Dalam adik-adik yang lain berseronok berjalan membawa anak-anak bercuti beliau terikat dengan tugas menjaga ibunya iaiatu Nek Limah. Tambah lagi Adik beradiknya jarang menghubungi beliau untuk bertanyakan hal kesihatan ibu mereka. Mereka lebih suka terus benalifon ibunya terus,sebagai ibu Nek Limah tidak akan bercerita tentang kesihatannya,bimbang anak-anak terganggu emosi,beliau tetap akan kata sihat walaupun ketika itu beliau sedang menderita sakit urat lengan,kadang beberapa hari tidak dapat membuang air besar. Ada kalanya juga pening kepala dan sakit-sakit seluruh badan. anak-anak tidak tahu perkara itu yang mereka tahu ibunya sudah berada dirumah anak perempuannya dan dijaga dengan sempurna.

Begitulah yang namanya ibu. Nek Limah sangka dulu semua dalam hidupnya telah selesai, Semasa suaminya masih hidup lagi mereka telah membuat hibah pembahgian harta berupa tanah yang telah diusahakan oleh mereka. Setiap anak telah mendapat bahagian masing-masing. Jadi selesailah cerita tentang harta pusaka. Sekarang suaminya telah pulang kerohmatullah dahulu,tinggal Nek Limah seorang diri menghadapi hari tua. Beliau tidak menyangka dalam hayatnya akan menempuh keuzuran dan menyebabkan kebosanan anak-anak. Bila kami jemaah masjid menziarahnya dia mengadu terlalu sunyi,dan mengharapkan kami saya kerap menziarahinya. Namun kami juga kurang kemampuan untuk memenuhi harapannya kerana banyak komitmen lain. Begitulah manusia telah disebokan dengan urusan masing-masing.

"Ya Allah! Aku berlindung dengan Engkau dari kebakhilan, kemalasan, umur yang tersia-sia (nyanyuk), dan dari siksa kubur serta bencana hidup dan mati." ( H.R Bukhari & Muslim. )

Rabu, 6 April 2016

Fitnah dunia

Suami saya telah diamanahkan oleh sesaorang untuk menyampaikan derma ke satu Pusat Tahfis yang baru-baru ini berlaku kebakaran. melibatkan beberapa dorm asrama ,kebakaran berlaku sebelum subuh waktu itu anak anak sedang berkumpul untuk qiam di surau.Jadi Alhamdulillah tidak melibatkan korban nyawa,cuma peralatan tidur dan peralatan peribadi anak-anak yang musnah. Punca kebakaran adalah litar pintas. Atas kejadian tersebut ramaiah pihak tampil untuk menyampaikan bantuan dari segala sudut dan bentuk. Alhamdulillah atas kesedaran dan hidayah Allah ramai umat telah terbuka hati betapa utamanya bersedeqah apalagi pada pusat yang mendidik hufaz-hufaz.

Mudir Pusat tersebut adalah bekas anak murid suami saya,yang setelah tamat tingkatan 5 terus mengaji ke Pakistan,beberapa tahun di sana setelah pulang beliau membuka pusat tahfiz. Jestru itu mereka rapat itu sebab beliau sanggup bercerita pada suami saya.Tambah semasa beliau bersekolah suami saya adalah guru kaunsling.

Apabila derma datang mencurah-curah,pihak tahfiz bercadang akan membangunkan semula asrama yang terbakar di tapak tersebut,dan ada pihak yang berjanji akan membantu kos yang kurang. Tapak tahfiz tersebut adalah wakaf dari sesaorang individu berpuluh tahun yang lalu,melibat kan sebuah suarau dan bangunan sekolah yang dulunya digunakan untuk Sekolah  Agama Menegah yang telah berpindah ke tempat lain. Namun masalah timbul bila waris ketiga telah menuntut tapak lokasi tersebut kerena menurut mereka waqaf hanyalah di tapak suarau sahaja, lebih dari itu tiada hitam putihnya.

Mungkin Pusat tahfiz itu akan berpindah kerena ada pihak yang telah berjanji untuk memberi tempat. Namun begitu tentu perlu kos yang lebih,dan kawasan yang ditawarkan itu lebih kecil dari keluasan.

Saya telah berwathapp dengan seorang kawan semasa sekolah Menengah dahulu yang keluarganya tinggal berhampiran dengan tempat tersebut. Saya bertanya samada belia mengenali waris-watis yang jahil itu. Rupa-rupanya beliau juga adalah salah satu jenerasi yang sama dengan mereka tetapi tidak terlibat dalam konflik tersebut,menurutnya lagi walaupun beliau juga adalah waris tapi berlainan salasilah. Salasilah beliau tidak terlibat dengan tanah yang diwaqafkan. Sala silah mereka memang bermasaalah,banyak tanah pesaka telah digadaikan kepada cina, Oleh kerana lokasinya adalah pinggir bandar sudah pasti tinggi valumenya. Sehingga bahagian datok kawan saya itupun pernah di ganggunya. Saya bertanya bagaimana bentuk kehidupan mereka sekarang. Semamangnyalah rakus dengan harta dunia,dan ada yang hidup tanpa rumah tetap walaupun telah bercucu cicit. Menurut kawan saya Onyangnya mendirikan sekolah Agama untuk lepasan sekolah rendah dengan percuma, Guru gurunya pun beliau yang memberi upah. Guru-gurunya adalah terdiri dari anak-anaknya sendiri juga ustaz lepasan pondok-pondok,yang sebahagiannya diberi tapak rumah untuk tempat tinggal. Begitu murninya usaha onyang mereka. Namun iman tidak diwarisi,D alam ramai-ramai anak ada sebahagian yang lemah dengan hasutan iblis,rakus pada harta dunia. Bila ibu bapa jenis lemah iman begitu maka jenerasinya juga akan meneruskan rantai. jenerasi inilah yang sanggup mengungkit tanah yang diwaafkan oleh onyang-onyang mereka tanpa mereka kenali pun siapa onyang mereka itu.

Jenis yang rakus dengan harta ini kadangkala bukan bergantung kepada rendah dan tingginya kelas kehidupan mereka,adakalanya terdiri dari kelas menengah,yang kehidupanya nampak sudah mewah namun terjebak dengan perebutan tanah pusaka begini.


“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.
( Surah Ali’ Imran: 38 )

“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Surah Ibrahim: 40)

“Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-furqan: 74)





Catatan Popular