DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Halaman

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Mari kita aminkan

Pengikut

Selasa, 21 Jun 2016

Kebetulan vs Suratan

Hari ini 21hb Julai bersamaan 16 Ramadhan. Pagi tadi saya mengikuti jadual program tadarus bersama jemaah muslimah di masjid,terdiri dari makcik-makcik seusia 50an-70an. Ada yang lancar dan tidak kurang juga yang merengkak-rangkak, Alhamdulillah dapat menmbaca doa khatam.

Sebenarnya  program tadaruss ni bukan di jalankan sempena Ramadhan sahaja,dan bukan seperti yang group lain jalankan dengan membhagi-bahagikan setiap group memilih juzuk tertentu dan membaca dengan laju untuk dihatamkan kesemua juzuk pada hari itu juga dan dijalankan majlis khatam dengan pulut kuning dan bunga telur bagai. Tadarus kami itu dijalankan sepanjang tahun,adalah idea dari ustazah naqibah kami. Ustazah menganjurkan kami membaca dengan tartil setiap petang sabtu dari jam 3 hinggalah masuk waktu 'Asar.  Tidak ditentukan sebanyak mana yang dibaca,setiap orang membaca sehelai secara bergilir. Kedatangn juga adalah secara kendiri,siapa yang boleh datang datanglah. Ustazah sendiri tidak sentiasa hadhir, Pada ketika beliau hadhir beliau akan mengambil masa sedikit untuk memilih ayat-ayat tertentu untuk ditafsir. Kadangkala beliau tidak dapat hadhir kerena tugas beliau sebagai guru di sebuah sekolah mengah selalu menuntut beliau bertugas disekolah walaupun pada hari Sabtu. Kami akan terus membaca bergilir-gilir sambil membetulkan kesilapan bacaan ahli kumpulan.  Kesan daripada program ini ramai dikalangan ahli yang telah mulai baik bacaannya. Saya juga kagum dengan kegigihan mereka,kadang terpaksa ditegur dengan kerap atas kesalahan,namun mereka sangat positif. Saya sendiri sering absent atas hal-hal peribadi.

Sempena Ramadhan ini kami berpakat untuk menjalankan program ini setiap pagi. Alhamdulillah, Khatam hari ini. kami tidak berhenti disini,,akan diulang lagi lagi mampu. Selepas ini saya akan mencadangkan untuk menggunakan al Quran terjemahan perkata. Saya rasa cara ini lebih berkesan untuk tadabbur al Quran bagi orang yang tidak mempunyai asas bahasa Arab seperti saya.

Selepas habis program tadi kami berpakat untuk menziarahi salah seorang ahli yang tidak hadhir kerena menjaga ibumertuanya yang kurang sihat. jam 12 tengahari baru saya sampai dirumah. Tiba-tiba dapat panggilan dari pihak takaful anak kedua saya,kerana menurutnya telah beberapakali menalifon anak saya yang sedang bekerja di Petaling jaya tidak berangkat. Oooh rupanya hari ini hari kelahirannya. Saya sendiri tidak ingat perkara itu. Sebenarnya beliau lahir malam tadi jam 12 malam,jadi tarikhnya hari inilah.

Apa yang menyebabkan saya terkedu ialah bila saya cari balik apa yang pernah saya tulis dalam blog ini mengnai kelahirannya di sini kalbu saya sangat tersentuh dan tambah yakinlah saya atas kebesaran Allah yang mencipta dan mengatur segala makhluk ciptaannya. Allah yang punya segala sifat-sifat yang tidak dipunyai oleh makhluknya. Allah yang Sami' maha mendengar segala permintaan walaupun makhluk itu sering lalai dalam mejalankan tanggungjwabnya sebagai hamba, Ya Bari' yang sentiasa mengadakan.


An-Nisa'[4]:134
Barangsiapa
مَّن كَانَ
menghendaki
   يُرِيدُ
 pahala
   ثَوَابَ
di dunia
   ٱلدُّنْيَا
bahwa di sisi.
   فَعِندَ
Allah
 ٱللَّهِ  
ada pahala
  ثَوَابُ
dunia
   ٱلدُّنْيَا
dan akhirat.
وَٱلْءَاخِرَةِ
Dan adalah  
وَكَانَ
Allah
     ٱللَّهُ 
Maha mendengar,
سَمِيعًۢا
Maha Melihat
بَصِيرًا     

Khamis, 9 Jun 2016

SABAR IKHLAS REDHA

Tema usrah hari tu ialah sabar,ikhlas dan redha. Salah seorang anak usrah mengajak ahli kumpulan membuat satu keputusan untk membantu Bik Jannah. Waktu ini Bik Jannah tidak dapat menghadirkan diri dalam usrah kerena menjaga suaminya Pak Juni yang beransur pulih dari stroke. Walaupun masih berkerusi roda dan memakai lampin buang pakai namun telah boleh bercakap dan boleh meminta itu dan ini dan meluahkan ketidakpuasan hatinya dengan bersuara. Sebelum suaminya jatuh sakit dahulu Bik Jannah sering juga meluahkan ketidakpuasan hatinya pada kawan-kawan. Menurutnya suaminya mementingkan diri sendiri,tidak memberi wang belanja padanya,semua perbelanjaan harian Bik Jannah cari sendiri seperti mengambil upah atau menjual berbagai-bagai hasil tanaman dan membuat kuih,sudahlah begitu garang tak bertempat.  Hasil usahanya itu cukup untuk membesarkan anak-anak tanpa pemberian suaminya. Sekarang anak-anak semua sudah habis belajar, anak-anak semuanya baik,memegang jawatan yang baik dan sentiasa mengambil berat pada ibubapa, Setiap bulan masing-masing memberi Bik Janah duit,Sekarang Bik Janah tidak perlu bekerja, hanya membuat kuih yang ditempah oleh orang ramai yang tahu akan keistimewaan kuih buatannya. Masa juga ditumpukan pada membelai orked dan taman dihalaman rumahnya. Pada saya adalah sekali beliau menyentuh pasal suaminya itu sewaktu saya mengambilnya untuk menyertai usrah haraki yang agak jauh lokasinya.  waktu itu sempat saya pulangkan balik apa yang diluahkannya itu.

"Tapi Allah kan dah bayar balik kesengsaraan Bik Jannah tu,tengok anak-anak Bik Semua baik,berilmu dan soleh. Salah sorangnya penceramah agama di masjid masjid,cemburu saya Bik,saya harap dapatlah anak atau menantu yang macam tu"

"Alhamdulillah...tu sebab semua aku sekolahkanlah"

"Ramai juga orang sekolahkan anak Bik tapi ramai yang tak menjadi,maknanya Allah yang tolong anak-anak Bibik,kena banyak bersyukur Bik"

Saya juga memuji tentang kerapian halaman rumah Bik Jannah, bersih tanpa sebarang rumpai. Tiang pokok orked pun rapi dari kayu yang sama saiz dan jenis, Ada juga pagar hiasan yang diperbuat dari kayu tersusun penuh seni. Saya bertanya adakah itu Bik janah buat sendiri. Menurut Bik Jannah itu semua kerja suaminya,dia setakat tanam dan siram sahaja.

"Hah tu,adalah lebihnya Pak Juni ni,kalau suami saya tak mampu buat ini semua....minta racun rumput pun entah berapa kali merayu baru dibuatnta,minta tiang orked pu tak dapat dapat akhirnya buat sendiri entah apa-apa kayu dicacak"

"Alah itu je pun"

"Itupun ok sangat lah Bik,mana ada orang lengkap semua"Saya tidak nampak reaksinya kerena mata saya tertumpu pada lampu trafik yang hampir hijau.

Ya,sekarang Bik jannah sedang menjaga Pak Juni yang beransur pulih dari stroke. perangai lamanya masih sama suak memerintah,bercakap kasar dan meminta itu dan ini. dulu Bik Janah tidak berani melawan,sekarang bukan sahaja melawan malah mengungkit lagi. Setiap yang datang berziarah akan menjadi tempat luahannya, Apabila masing-masing mengingatkannya dengan perkataan sabar
beliau akan berkata

"Sudahlah jemu aku bila orang kata sabar,sebab sabarlah aku jaga ni,kalau tak sabar dah aku tinggal duduk rumah ana-anak."

Jadi salah seorang ahli usrah meminta semua fikirkan bagaimana hendak membantu Bik Jannah ini supaya amalannya itu tidak sia-sia.

Kesimpulannya sekarang jangan gunakan perkataan sabar lagi,Katakan padanya Allah sayang Bik Jannah,diberi peluang untuk menjaga suami,iaitu satu makhluk ciptaan Allah,yang pernah menjadi teman tidur Bik Jannah hingga melahirkan anak-anak yang sekarang menggembirakan Bik Jannah. Tanpa Pak Junni tak adalahlah anak-anak. Segala sikap buruk di adalah untuk bagi pahla pada Bik Jannah, taat suami itu perintah Allah. Ikut perintah Allah ganjarannya Syurga. Jadi segala kesakitan dalam hati itu kita tukarkan kepada redho, Allah yang buat dia begitu. Mana nak pilih,sakit hati dan amalan tak dapat apa-apa atau redho dan dapat pahla. Kerjanya sama sahaja.

Dan siapakah yang lebih baik
وَمَنْ أَحْسَنُ
agamanya
      دِينًا
Daripada orang yang menyerah
مِّمَّنْ أَسْلَمَ   
Dirinya kepada Allah
 وَجْهَهُۥ لِلَّهِ
sedang dia mengerjakan kebaikan
وَهُوَ مُحْسِنٌ 
, dan mengikuti
   وَٱتَّبَعَ
agama Ibrahim yang lurus? 
مِلَّةَ إِبْرَٰهِيمَ حَنِيفًا 
Dan Allah telah memilih
 وَٱتَّخَذَ ٱللَّهُ       
Ibrahim kesayangan(-Nya).
 
إِبْرَٰهِيمَ خَلِيلًا ﴿١٢٥
An-Nisa'[4]:125



Rabu, 8 Jun 2016

PERHIASAN DUNIA

Masa anak-anak kecil dulu suami saya selalu menegur bila saya menolak untuk solat berjemaah atas alasan anak, tidak ada siapa menjaga, mohon solat bergilir. Baginya jangan anak dijadikan alasan untuk ibadah. Menurutnya juga anak kita adalah DIA yang mengurniakan sudah pasti DIA juga akan menjaganya.

Saya juga mengagumi Emak. Sesetengah ibu bila anak-anak balik berkumpul aktiviti bisanya akan di batalkan,sepatutnya hujung minggu hadhir dalam pengajian di balairaya atau masjid, tapi hari itu dibatalkan atas alasan cucu balik. Begitu juga dengan solat  berjemaah atau terawikh dimasjid atau surau, Walaupun seorang wanita lebih baik bersolat dirumah namun itu adalah aktiviti hariannya bersama suami semasa ketiadaan anak-anak. Semua semua itu di batalkan demi anak cucu yang sedang berkumpul. Itu tidak berlaku pada Emak. Apabila mereka tinggal berdua Emak akan mengikut Bapak ke masjid dari Maghrib hingga Isya', begitu juga waktu Subuh. Setiap Hujng minggu akan menghadiri pengajian di Masjid. Tidak kira masa anak cucu berkumpul atau tidak, malah diajaknya anak anak lelaki dan menantu untuk pergi sama. Anak cucu pun akur, masing-masing berperanan untuk melakukan tugas dirumah seperti menyediakan makanan untuk semua yang balik.

Awal Ramadhan ini saya diuji oleh kehadiran anak cucu. 3 tahun kebelakangan ini saya telah berazam untuk mengurangkan tumpuan bulan Ramadhan dengan juadah dan melebihkan ibadah. Saya tidak perlu menyebokan dri dengan penyediaan berbuka yang dikatakan satu kemeriahan itu. kami beriftar di masjid,kebetulan lokasi masjid hanya beberapa meter sahaja. Lega betul hati bila kita sudah meletakkan dunia ditangan bukan di kepala. Fokus kepada kelebihan Ramadhan. Ujian yang saya maksudkan adalah ujian anak cucu. Cucu saya yang baru berusia 1tahun 6 bulan,sedang-sedang dengan keletahnya yang menghiburkan. Jarang sekali dapat balik, Mereka tinggal di Johor,emaknya cikgu yang cutinya hari Jumaat dan Sabtu sedangkan menantu saya bekerja disyarikat perumahan suwasta, cutinya hari Ahad,kata sahaja sabtu sekerat hari tapi lepas asar baru balik. Jadi mereka menghadapi kesukaran untuk balik,tidak mengapalah saya akur,kalau rindu macam tidak tertanggung kami sahajalah yang akan kesana. Begitulah penagan cucu, itu baru satu. Kali ini mereka balik sempena pertunangan adiknya dan kebetulan Johor cuti diwal Ramadhan. Dapatlah mereka berbuka dirumah pada hari pertama Ramadhan. Biasanya pada waktu-waktu bginilah saya buka skill memasak masakan yang jarang saya baut,sempena anak-anak berkumpul. Hari itu saya masak nasi Arab Kambing. Dalam pada itu saya amt keliru. Bagaimana dengan azam saya utnuk terus beriftar di masjid. Saya berserah pada Allah apa-apa keputusan yang Allah akan beri petunjuk. Setelah hampir selesai proses memasak saya berkata pada mereka,nanti hidang makanan begini begini, Rupanya menimbulkan reaksi yang tidak baik pada anak-anak

"Haah,mak berbuka di masjid ke? habis kami ni?"

"Halah,apa bezanya pun,mak buka,lepas solat maghrib balik lah,kan dah ramai ni"
mereka masih memujuk
"Ok nantilah mak fikir"
Apabila nampak suami saya masuk bilik saya mengekorinya dan memberitahunya bahawa ana-anak nak kita berbuka dirumah.
Tiba-tiba dia berkata
"Sepatutnya kita ajak mereka semua ke masjid, sama-sama makmurkan masjid, ni kita pulak yang kalah, lalu dia membacakan ayat

ٱلْمَالُ وَٱلْبَنُونَ زِينَةُ ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا ۖ وَٱلْبَٰقِيَٰتُ ٱلصَّٰلِحَٰتُ خَيْرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا ﴿٤٦﴾

"Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal kebajikan yang terus-menerus adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan."


(al Kahfi 18:46)


Saya terkedu,lalu menyampaikan pada anak-anak.

Alhamdulillah mereka akur. Besarnya kuasa ayat dari Allah itu.

Selasa, 7 Jun 2016

SYOLAT KHUSYU'

Semasa usrah seorang anak usrah iaitu seorang makcik 60an bertanya

"Macamana nak solat khusuk,sampai sekarang solat saya masih tak khusyuk"

Jawapan Ustazah naqibah kali ini saya tidak pernah mendengar dari mana-mana sumber

"Sepatutnya kita membawa apa yang didalam solat kepada kehidupan seharian selama 24 jam tetapi apa yang berlaku kita membawa kehidupan seharian selama 24 jam itu ke dalam solat"

Makcik-makcik tadi saling berpandangan "macamana tu ustazah."

Dalam pada itu saya bermonolog dan cuba menghadham dan mencerna apa yang ustazah ungkapkan tadi.

Bila kita membawa apa yang ada pada solat ke dalam keidupan seharian selama 24 jam,contohnya seperti apa yang kita baca dalam Doa iftitah..Sesungguhnya  syolatku,ibadatku dan hidupku hanya kepada Allah..." Betulkah apa yang kita janjikan dalam doa tersebut,apa yang kita nampak janji hidupku kerana Allah adalah di hafalan sahaja,Padahal kenyataan segala apa yang kita lakukan hanya untuk nafsu sendiri atau untuk menemenuhi kehendak orang lain. contohnya bekerja untuk kesenangan duniawi adalah untuk nafsu,Bekerja untuk dinilai dimenepati kehendak majikan adalah untuk manusia,di manakah yang dikatakan untuk Allah,kerana jika bekerja untuk Allah semua apa yang kita lakukan adalah untuk redha Allah.

Dalam surah alFatehah yang dikatakan sebagai sepertiga al Quran,terlalu banyak kelebihan yang kita dapat bila mengamalkannya,tetapi kebanyakan kita memnmbacanya adalah untuk kelebihan dunia tanpa menghadham maksudnya. Kita minta jalan yang lurus  Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. Namun kita masih memilih jalan orang yang dimurkai,walau kita tahu mereka terdiri dari orang yang dimurkai kita tetap memilihnya. Walaupun telah nyata ada orang yang benar kita masih terhijab untuk melihat kebenaran.

Yang terjadi pada kita sekarang ialah kehidupan seharian selama 24 jam itu di bawa kedalam solat yang henya beberapa minit sahaja itu. Semasa solatlah bisikan-bisikan dan bayang duniawi timbul. Bila dinilai entah ada ke tidak yang kita amalkan itu masuk dalam catatan malaikat yang mencatat amalan baik.


Sebenarnya antara yang menghalang kita untuk khusuk dalam sholat ialah kita segala rukun qauli yang kita bacakan adalah sekadar hafalan tanpa menghayati makna, Bagi orang yang seperti saya yang telah terededah kepada pendidikan sekular inilah masaalahnya, buta bahasa Arab. Namun setelah mengenali keluarga  Rumah Pengasih Warga Perihatin saya mendapat petunjuk bagaimana hendak memahami alQuran iaitu dengan membaca tafsir prakata. Dengan membaca dengan tekun ayat-ayat yang dimaknakan satu perstu insyaallah lama kelamaan kita akan dapat menangkap sedikit demi sedikit dan menambah vocab kita dalam bahasa alQuran kerana biasanya perkataan itu di ulang-ulang cuma kadang berlainan lughah dan Nahu. InsyaAllah akan berlaku sentuhan ke qalbu sedikit demi sedikit ayat-ayat Allah itu.




أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ 


يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ
 “Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.” (HR. Ahmad dan at Tirmidzi)

Catatan Popular