Khamis, 29 Oktober 2009

Tazkirah untuk diri sendiri 1"Bolehkah kamu?"

  1. Bolehkah kamu berjaga malam semasa ibubapamu sakit seperti kau berjaga malam sambil mengurut-urut tubuh anakmu ketika sakit?
  2. Bolehkah kamu mencari apa yang ibubapamu hajatkan sebagaimana kamu bersusah payah mencarikan sesuatu yang anak kamu hajatkan?
  3. Bolehkah kamu berulangalik ke kampung halaman sejauah 2 jam perjalanan menjenguk ibubapamu sebagaimana kamu berulang alik ke asrama anakmu yang mengambil masa 4-5 jam perjalanan?
  4. Bolehkah kamu mengambil cuti untuk menghantar ibubapamu ke kelinik bertemu janji dengan doktor sebagaimana engkau mengambil cuti untuk anakmu yang demam selsema?
  5. Sanggupkah kamu meminjamkan kereta barumu kepada ibubapamu sebagaimana kamu meminjamkan kereta barumu kepada anakmu?
  6. Bolehkah kamu melayan selera ayah ibumu sebagaimana kamu melayan selera anak-anakmu?
  7. Bolehkah kamu memberi keselesaan hidup ayah dan ibu kamu sebagaimana kamu memberi keselesaan kepada anak mu?
  8. Bolehkan kamu memperuntukan % pendapatan bulanan kamu sebagaimana kamu memperuntukkan % pendapatan kamu kepada anakmu?
  9. Bolehkah kamu...............................................?
  10. .................................................

Bolehkah aku?


 “Ya Tuhanku, kasihanilah kedua-dua ibubapaku sebagaimana mereka mengasihani aku sewaktu aku kecil.”

Selamat Ulangtahun Kelahiran Ke-77 ayahandaku pada 2 November...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan