Bila hujan
Imbauanku nun jauh
kepada abang dan adik-adik
Bukan anak-anak
mengapa?
Kerna
Aku pernah berhujan bersama mereka
Bila hujan
Mataku jatuh pada titisan.
Dan airnya tumpah
Berbaur hingga hilang masinnya
Terjelma wajah abang dan adik-adik
Satu demi satu
Bukan anak-anak
kenapa?
Kerna
Ianya pernah tumpah bersama mereka
Bila Hujan
Perutku berkeriut teringatkan juadah bonda
Pisang dan ubi goreng panas minyak kelapa
Bersama abang dan adik-adik
Bukan bersama anak-anak
Kerana aku pernah berjuadah bersama mereka.
Bila hujan
Lama dulu
Aku rasa aku jauh terasing
Dari ayahbonda abang dan adik-adik
Sampai kini jelmaan masih sama
Satu demi satu.
Bila hari hujan
Hatiku bersama mereka
Selamat berbahagia abang dan adik-adikku
Di sini dan di sana
Semoga Allah melindungi kalian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan