Khamis, 14 Januari 2010

Menunjuk-nunjuk berbuat kebajikan tak semestinya riak tapi berdakwah juga…….betul ke?

Terusikkah Mazmumah kita jika

1. Tiba-tiaba orang yang lebih miskin dar kita membayarkan makanan yang kita order.
2. Tiba-tiba orang yang lebih miskin dari kita membawa buah tangan lebih besar nilanya dari buah tangan kita
3. Tiba-tiba tiba orang yang lebih miskin memberi anak kita sejumlah wang yang besar nilanya sebagai hadiah atau duit raya,
4. Tiba-tiba orang yang lebih miskin dari kita menyumbang sesuatu yang lebih besar nilanya dari sumbangan kita dalam menjayakan sesuatu majlis .
5. Tiba-tiba orang yang keretanya lebih kecil atau buruk dari kita tetapi sentiasa menumpangkan rakan,jiran atau orang lain berbanding dengan kereta kita yang lebih besar tapi tak pernah membawa orang lan dari keluarga sendiri.
6. Tiba-tiba rumah orang yang lebih buruk dari kita tetapi sentiasa menerima tetamu,dan tempat saudara mara berkumpul berbanding rumah kita yang cantik tapi hanya kelurga sendiri sahaja yang sudi .

Tidak mengapa,silalah menunjuk-nunjuk berbuat kebajikan di hadapan Makbonda,agar Makbonda terjaga dari lena.

Sesungguhnya kemampuan bersedekah itu bukan hanya kerana banyaknya harta yang ada tetapi juga kemampuan hati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan