Selasa, 31 Ogos 2010

Gurindam merdeka

Pejuang bahasa marah,penjajah mengusik bahasa mereka,
Pejuang bangsa marah kerana penjajah memadamkan bangsa mereka,
Negarawan marah , penjajah mencuit kuasa mereka,
Pejuang agama marah ,penjajah mempertikai hukum hakam mereka.

Pejuang bahasa berjuang agar bahasa mereka didaulatkan kembali,
Pejuang bangsa berjuang agar bangsanya gemilang kembali,
Negarawan berjuang agar tahta mereka ke pangkuan kembali,
Mujahid berjuang agar alquran dan hadis di pegang kembli.

Bila disebut tokoh kemerdekaan,
Ada yang apabila kuasa mereka diambil oleh penjajah,
Lalu kuasa mengutip cukai berpindah,
Lalau tenaga mereka dikerah.

Ada juga tokoh yang dendam,
Apabila diberi kedudukan lalu dia diam.
Perjuangan menjadi padam.

Ada tokoh yang marah,
Apabila bangsanya letak di bawah,
Lalu ditiup api asyobiah’
Lalu menyala nafsu amarah

Ada tokoh yang tegamam
penjajah mula menggantikan hukum-hakam
alquran dan hadis dianggap kejam
hukum akal menjadi fahaman,
Lalu titisan darah menjadi gadaian.


Walau siapakah mereka
Walau pun siapakah tokoh kita
Semua cerita adalah telah diatur cara
Oleh yang maha kuasa.
Untuk insan menilai harga.

Walau dimana kita berada
Pilihlah,siapa diri kita,
Ditangan kita terletak kuasa.
Agar kita tidak alpa,
Syafaat siapa yang kita damba,
Juga adakah kita bersedia
Apabila kita ditemuduga
Bila tiba di alam sana,
Apakah diterima oleh NYA.

Siapakah makhluk tanpa Khaliqnya.
Sedangkan yang gugur dimedan perang menentang kufur
belum tentu syahidnya
jika diniatkan selain agama
apalagi ,jika niat asalnya sudah nyata.

kg banting
31 ogos

1 ulasan:

  1. JAP,

    NAK P SAMBUT MERDEKA DULU..
    BALIK NANTI IE BACA YER !

    MERDEKA !

    BalasPadam