DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Khamis, 3 Mac 2011

Assalamualaikum cikgu.......


“Assalamualaiku Cikgu,beli solusi dengan iluveislam?”

“Waalaikumussalam,ye ni edisi terbaru.”

Seorang pemuda berwajah mulus,janggut sejemput dan hitam didahi. Tiba-tiba menyapa Makbonda.

“Selalu yang beli ni orang muda cikgu?”

“Eh,saya ni tua sangat ke?mencari ilmu sampai liang lahatkan?”

“Ha ha ha,betul-betul cikgu belum tua,ni cikgu Makbonda kan? Tak kenal saya ?”

“Itulah macam kenal,tapi tolong bagi klu sikit,ialah cikgu bukan muda sangat untuk memanggil memori lampau.”.

“Saya Mujahidlah cikgu tak ingat ke anak murid cikgu tahun 93,ingat tak,yang malas sangat tu.”

Barulah imbasan lampau muncul,memang pada ketika itu dia tahun 1, buat latihan menulis paling mampu dia menyudahkan 3 baris sahaja,selainnya dia akan meletakkan kepala dimeja dengan wajah kosong.Tapi sekarang wajahnya penuh berisi dan ada cahaya.

“Oh ye,adik-adik kamu Mujahidah,Soleh,Solehah,Shahid,Shahidah,10 orang semua,cikgu ingat lagi.Trimakasihlah tegur cikgu. Mak kamu kata kamu belajar kat Mesir?”

2 tahun dah balik.”

“Alhamdulillah, kalau tak dapatlah pengalaman tengok suasana bersejarah ni kat sana ya. Bergegar lagi bumi Arab ,Itu semua aturan Ilalhi,Dia Maha tahu hikmahnya?”

“Itulah cikgu rugilah saya tak dapat merasa suasana ketika tu,sejarah dunia cikgu."

"Cikgu tahu tak setiap kali berlaku penggulingan satu-satu Pemerintah mesti saya ingat masa belajar Alam Manusia dengan cikgu masa darja 5 dulu.”

“Ingat apa ye?”

“Kejatuhan sesebuah Negara itu adalah berpunca dari kelemahan pemimpinnya sendiri. Bila Allah sudah tidak diletak di hati,tunggu sahaja ketika kejatuhannya.Serangan dari luar itu adalah punca sampingan saje.”

“Pernah ke cikgu cakap macam tu?”

“Cikgu ni,saya ingat lagi cikgu. Cikgu ingat lagi tak,kan saya pemalas sangat masa tu cikgu mengandung,cikgu pegang bahu saya lepas tu urut-urut cikgu kata "Ya Allah,mudaha-mudahan kamu besar jadi orang ya Mujahid" Sekarang cikgu nampak saya jadi apa?”

“Saya dah tak ingat lah Mujahid?”

Yalah cikgu,dah lama,masa tu saya malu sangat,kawan-kawan kata saya busuk,memang saya tak pernah mandi,tapi cikgu mahu dekat-dekat dangan saya.”

Makbonda terkedu,dalam memori sudah tidak menyimpannya.Kalaulah si Mujahid ni jadi pemimpin,sudah pasti selamat Negara yang dipimpinnya. Pemimpin yang dekat dengan Allah jiwanya,pemimpin yang dapat menyelamatkan aqidah keluarga sebelum menyelamatkan rakyat.

Kalaulah Husni Mubarak seorang yang tawadduk,dekat hatinya pada Allah,dapat memimpin anak isterinya menjadi soleh, zuhud,berakhlak Islam,memandang tnggi alim ulamak,.insyaallah sudah semestinya disenangi rakyat.,takkan rakyat bangkit menentang.

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka sedangkan kamu tiada sebarang penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” (Surah Hud: 113)

10 ulasan:

  1. MasyaaAllah! Allah memberi kita harapan ada pemimpin masa depan yang berwibawa berasaskan prinsip mentauhidkan Allah. Jelous saya tidak ada murid seperti itu. Masa saya kerja dulu, selalu saya katakan pada uniun guru bahawa profession guru, walaupun gaji sederhana, tetapi hanya profession guru yang tersebut dalam doa orang-orang yang soleh. ".......dan guru-guruku." Tidak ada profession lain yang sentiasa disebut-sebut. Bertul tak? Salam.

    BalasPadam
  2. Salam makbonda,
    Moga ilmu seorang guru sentiasa berpanjangan.. tahniah, makbonda.. :))

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Makbonda.
    Apa khabar. Lama tak mengomen di sini. Alhamdulillah..., tentunya ramai anak-anak murid makbonda jadi orang yang berjaya. Saya juga mengharapkan anak-anak saya berjaya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Ameen.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum MakBonda..

    Setuju dengan Bonda Ngasobahseliman.. saya, sampai ke hari ini, dalam setiap doa setiap waktu selepas solat, akan turut mendoakan... 'guru-guruku', samaada yg hidup atau yang telah pergi..

    Memang benar, guru itu HEBAT.. di tangan guru itulah munculnya pemimpin yang HEBAT.. (anak2 pon.. lagi percaya cakap Guru daripada cakap Ibu.. sungguh kan?... hihihi).

    .... ada dengar satu ceramah seorang Ustaz ni, katanya, kalau nak pilih pemimpin, lihat bagaimana dia memimpin keluarganya.. pertama isterinya, kemudian anak-anaknya.. juga lihat hubungannya dengan ibu bapanya, mertuanya, saudara-maranya serta jiran-tetangganya..

    ..terima kasih Ibu Guru...

    :)

    BalasPadam
  5. Puan,dulu saya sangan jelous dengan ustazah2,sebab mereka berpeluang secara langsung menurunkan ilmu Islam pada anak2 didik,tapi sekarang rupanya saya juga ada peluang untuk itu.Peluang untk puan juga sangat luas,saya antara insan yang sentiasa mendapat munfaat dari INSPIRASI MAWADDAH dan sentiasa mendoakan kerahmatan untuk puan.Ramainya anak murid atau pengikut tidak menjaminkan keikhlasan doa dari mereka,biar sedikit jumlah mereka tapi penuh syafaat bagi melengkapkan hisab kita di sana.
    Wallahuaalam.

    BalasPadam
  6. Waalaikumussalam indah.

    Kamu juga guru saya,saya selalu gunakan resepi kamua,semoga suami saya sebahagia suami kamu.:))

    BalasPadam
  7. Waalaikumussalam Nisha.

    Alhamdulillah,kamu terus bangkit bagi meneruskan amanah.

    Ya nampaknya begitulah,mudah-mudahan makbonda tersenarai dalam doa mereka.

    BalasPadam
  8. Waalaikumussalam juga untuk kamu Tiny.

    Mudah-mudahan mereka kenang perkara yang baik,tingkahlaku kita yang mengguris perasaan mereka harap luput dalam ingatan.

    Memang tepat kata-kata ustaz tersebut.Kita doakan pemimpin kita agar diberi hidayah lalu membetulkan keluarga mereka mengikut akhlak islam,supaya menjadai contoh pada rakyat.Agar seluruh rakyat hidup dalam kerahmatan dan keberkatan.

    BalasPadam
  9. Assalamu'alaikum Makbonda.

    Alhamdulillah n masyaAllah bersua dengan anak didik yang berjaya membentuk syahsiah diri dengan nilai yang baik.

    Berkenaan kuasa dan amanah teringat kisah Nabi Sulaiman as mengutus surat kepada permaisuri negeri Saba' (cuba cari kembali ayat dalam al-Quran tapi tak jumpa pula). Bila surat dibaca Ratu Balqis ada mengatakan bahawa jika penguasa itu datang ke negerinya ada kemungkinan akan berlaku kerosakan kerana biasanya bila orang dah berkuasa akan berbuat demikian.

    Panjang kisahnya tapi Balqis dapat menguji nabi yag mulia ini dan didapatinya Nabi Sulaiman as bukanlah di kalangan penguasa yang jahat.

    Sepatutnya al-Quran dijadikan panduan untuk memimpin tapi kebanyakan daripada mereka abaikan perkara yang terpenting ini.

    BalasPadam
  10. Waalaikumussalam Werdah.

    Memang banyak sekali kesah-kesah lampau yang Allah turunkan sebagai penduan kehidupan masa kini,tapi diabaikan.Toghut juga dijadikan pendamping.

    Membina keyakinan pada kehidupan bertauhid tdak semudah mengucapkan.

    Terimakasih mengongsikan ilmu.

    BalasPadam

Catatan Popular