DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Selasa, 3 September 2013

BERBARIS

latihan baris-berbaris..
sumber goggle



Di Facebook rata-rata orang cerita mengenai kenaikan harga minyak. Makbonda sekadar membaca sahaja status dan komen orang.  Tanpa like tanpa komen.

Dalam ketika itu sangat rasa bersalah pada suami. Petang tadi beliau mengajak  ke pekan mengisi minyak yang tinggal dua takok. Makbonda enggan sebab seharian tadi keluar rumah,hampir senja baru balik. Kini diajak keluar lagi untuk isi minyak.Sudahlah bila semakin malam gigi semakin berdenyut-denyut.

Makonda kata

"Jangan dengar sangat lah khabar-khabar angin,Tak ada lah nak naik harga minyak,takkan sampai hati nak bebankan rakyat"

Tiba-tiba  diumumkan realitinya.  Maka pergilah Tuan suami keluar juga mengisi minyak tanpa mengAjak si isteri menemani setelah menyedari si isteri sedang berjuang menahan sakit gigi.

Makbonda ditinggal dengan rasa bersalah,sambil mendoakan semoga beliau diberi kemudahan.

Dalam pada itu si anak bujang sedang  berbaris di kaunter KLIA untuk berlepas ke Cina dan terus ke Amsterdam kerana kapalnya sedang menunggu di Roterrdam,si ayah pula berbaris distesyen minyak memenuhkan bekalan untuk beberapa hari.

Ya Allah permudahkanlah urusan mereka. Janganlah engkau persulitkan.Ameen



kejadian extreme,minyak naik darahpun naik,menunggu berjam bila tiba giliran minyak habis. Nauzubillah


4 ulasan:

  1. Biarkan mereka yang bertanggong jawab "buruk siku". Sebelum PRU13 macam-macam tawaran kebendaan pada rakyat. Sekarang tarik balik dalam bentuk yang lain tapi sama sahaja....menyusahkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah sahaja jawapan mereka puan
      "Kena redha,sudah suratan"

      Senyum

      Padam
  2. Saya membayangkan bagaimanakah nanti kita berbaris di padang mahsyar menanti keputusan Yang Maha Esa. Hari yang penuh huru hara. Tidak mungkin setenang berbaris mengisi minyak ini. Muga Allah memudahkan kita semua di saat itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesungguhnya. Saya pun sering berfikiran demikian semasa dalam situasi jem,atau berbaris mengunggu sesuatu. Sebab itu saya fikirkan,bagaimana perasaan orang yang tinggal dibandar yang sentiasa berhadapan dengan situasi tersebut. Hampirnya hati mereka dengan allah.

      Padam

Catatan Popular