Rabu, 8 Ogos 2018

Episod 21

🔖 Episod 21

📆 Isnin 30.7.2018

‌يوم #الإثنين 17 #ذو_القعدة 1439هـ.
‌الموافق ل 30 #يوليو 2018م.

📌 Tajuk : Ulangkaji Feel Madhi dan Feel Mudhori'

💠 14 tasrif feel madhi n feel mudhori' MESTI DIHAFAL, sehingga LANCAR 💠

✏️ Bagaimana hendak menggunakan feel madhi, kata kerja yang menunjukkan masa lepas, kita melihat pada sesuatu perbuatan atau kejadian yang berlaku, samada ia berlaku dan sempurna, sebelum ayat ditutur atau sebaliknya.

✏️ Contoh, kita tengok orang sedang makan nasi, ketika kita bercakap tu, dia masih lagi makan atau sudah sempurna. Kalau dia sudah sempurna perbuatan makan itu, kita akan guna feel madhi.

✏️ Tapi ketika, ayat sedang diucapkan, dia masih makan, maka kita guna feel mudhori'.

✏️ Contoh : matahari terbit di sebelah timur. Ketika kita bercakap skrg ni, matahari masih terbit di sebelah timur. 

الشَّمْسُ تَطْلُعُ مِن جِهَةِ الْمَشْرِقِ

✏️ Tp kalau kita bercerita ttg matahari hari ni, dia telahpun naik, jd kita guna feel madhi.

طَلَعَت الشَّمْسَ

📝 nota kaki : perkataan (الشمس) matahari adalah muaanas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan