Rabu, 8 Ogos 2018

Episod23

🔖 Episod 23

📆 Rabu 1.8.2018

‌يوم #الأربعاء 19 #ذو_القعدة 1439هـ.
‌الموافق ل 01 #أغسطس 2018م.

📌 Tajuk : Feel mudhari' - untuk pihak kedua (perempuan)

✏️ Bila kita sebut pihak kedua (P), dlm watak ini kena ingat dhomir yg kita hafal sebelum ini, iaitu :

أَنْتِ - kamu (perempuan)
أَنْتُمَا - kamu berdua (perempuan)
أَنْتُنَّ - kamu semua (perempuan)

تَذْهَبِيْنَ - kamu (P) sedang pergi
تَذْهَبَانِ - kamu berdua (P) sedang pergi
تَذْهَبْنَ - kamu semua (P) sedang pergi

هَلْ تَذْهَبِيْنَ غَدًا؟ /هَلْ سَتَذْهَبِيْنَ غَدًا؟
Adakah kamu (P) akan pergi esok?

هَلْ تَذْهَبَانِ؟
Adakah kamu berdua (P) akan pergi?

هَلْ تَذْهَبْنَ؟
Adakah kamu semua (P) akan pergi?

هَلْ تَذْهَبِيْنَ مَعَهَا؟
Adakah kamu akan keluar dengannya?

مَعَ - bersama/dengan

✏️ Kalau kita belajar bahasa arab selama beberapa lama sekalipun, kita MESTI bawa bersama apa yg kita belajar sebelum ini.

💠 Tidak mungkin kita akan faham atau menguasai apa² bahasa pun, kalau kita tidak membawa apa yg kita telah pelajari sebelumnya (asas) ke depan atau ke pelajaran seterusnya. 💠

✏️ Contoh :

لَبِسَ - يَلْبَسُ = pakai

هَلْ تَلْبَسِيْنَ الْعَبَايَة‎؟
Adakah kamu akan pakai Abaya itu?

هَلْ تَلْبَسِيْنَ هَذِهِ العَبَايَة‎؟
Adakah kamu akan pakai Abaya ini?

✏️ Abaya (عباية‎) adalah pakaian yg berwarna hitam, disarung atau dipakai di luar pakaian yg lengkap di dlmnya.

✏️ Talbas (ْتَلْبَس) bermakna pakai, tapi kalau talbis (ْتَلْبِس) bermakna menyembunyikan sesuatu.

وَلَا تَلْبِسُوا الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ

"Jangan kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah.."

(Surah Al-Baqarah : 42)

✏️ Contoh :

هَلْ تَجْلِسِيْنَ هُنَا مَعِي؟/هَلْ تَجْلِسِيْنَ مَعِي هُنَا؟
Adakah kamu akan duduk di sini dengan saya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan