Jiwa kacau,berbaur-baur. Antara kuat keyakinan pada Iradat dan nafsu cinta dunia. Naluri seorang ibu. Ramai ibu-ibu lain diluar sana,yang beperasagka begini, bimbangan pada kehidupan zuriat yang di lahirkannya.Kebimbangan yang lebih parah lagi dan adakalaya kebimbangan itu menjadi kenyataan. Hanya keyakian pada kudrat dan iradatNya lah yang dapat mendatarkan corak pada graf kebimbangan.
Makbonda baru mendapat email dari Anak teruna yang sedang belayar menuju Eropah. Kapalnya telah melewati Seri Lanka dan menuju Terusan Suez. Semestinya diantaranya adalah perairan Somalia.Aduh.
Ini adalah kali pertama beliau belayar untuk memenuhi praktikalnya,di semester kedua Akedemik Laut Malaysia(ALAM) dalam Engineering. Kebetulan beliau mendapat tempat di kapal yang akan belayar ke Eropah dengan membawa bahan kimia.Berlepas pada 21 Okt dari Pelbauhan Kelang. Itulah kerjaya yag dipilihnaya. Mahu tidak mahu makboda kena akur akan pilihannya.
Semasa berita tersebar yang dia akan masuk ALAM, ramai orang sekeliling yang mengeluarkan kenyataan yang agak negative. Pada ketika itu Makbonda agak goyang juga,tapi cuba mencari kekuatan. Beberapa insan yag pernah terlibat dalam dunia itu makbonda cari dan hubungi. Antaranya seorang anak kepada sepupu yang tinggal di Kota Tinggi. Beliau telah menamatkan pengjian dan sekarang bertugas sebagai “ Jaga parking kapal kat pelantar Petronas Terengganu” katanya.
“Taufik,cuba cerita kat makcik,perkara positif dan negetif bidang yang Taufik ambik ni,Baik ke buruk makcik sedia dengar. Sebab makcik dengar macam-macam sampai goyah juga hati ni”
“Apa yang Makcik dengar”
“Kerja kapal banyak maksiat,turun naik pelabuhan ada yang menunggu. Bercampur gaul dengan anak-anak kapal,minum-minum,solat entah kemana. Bila dah kahwin tinggal isteri,rumah tangga purak puranda.Bila dah belayar putus hubungan dengan keluarga, raya pun susah nak balik.”
“Macamnilah makcik. Nak kira maksiat,cikgupun ada yag buatkan? Isteri duduk depan matapun ada yang purak puranda kan?Anak yang duduk depan mata tapi jauh di hati ada juga kan. Benda minum-minum ni certa zaman kloniallah makcik,sekarangni pegawai-pegawai ramai dah islamik,lahir lepas merdeka?”
Makboda bungkam,sambil mengecil-mengecilkan mata.
“Kalau tak ada pelayar-pelayar,kita ni masih hindu tau makcik,ataupun animism lagi. Pelayar-pelayarlah yang bawa Islam kat kita makcik. Makcik kan dah didik Aizat,tawakkallah,Allah dengar apa yang kita mintak.”
Makbonda meninggalkannya dengan penuh keyakinan.
.
Semasa mendaftar di Alam Melaka,ibu bapa di himpun sama ntuk medengar taklimat. Majlis di buka dengan Ummul Kitab dan doa,di tutup dengan Tasbih kifarah dan Surah Al ‘Asr. Dalam buku program disertakan jadual sepanjang 2 minggu oriantasi. Ada 2 malam Jumaat,kedua-dua malam itu ada Qiamullail. Setiap lepas Subuh dan Maghrib juga ada kuliah. Makbonda meninggalkan bumi Melaka dengan kelegaan. Selepas minggu oriantasi kedet engineering di hantar ke Terengganu. Setiap subuh pasti Makbonda bergilir-gilir mendail hendsetnya.
Kini dia di laut. Tiada talian,mungkin sebulan,hanya dengan email. Dalam email makbonda katakan kebimbangan tentang waktu solatya. Dia duty dari 4.00am hingga 8.00am dan 4.00pm hingga 8.00pm dengan meyakinkan makbonda tentang waktu solatnya.
Rasulullah s.a.w telah berdoa untuk perlindungan Hasan dan Husain (cucunya) dengan membaca:
Aku minta perlindungan bagi kamu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit).
DENGAN NAMA ALLAH
Ingatan untuk ku dan kalian
وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.
Yang bermaksud:
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).
Pengikut
Sabtu, 30 Oktober 2010
Khamis, 28 Oktober 2010
Kemahiran hidup
Dulu disini makbonda pernah bercerita mengenai pisang. Memang inilah azam Makbonda sejak dahulu. Mengenalkan jenis-jenis pisang pada anak cucu. Sememangnya anak-anak selepas generasi makbonda amat kurang ilmunya tentang pisang .Pengkhususannya kali ini ialah Pisang Awak, sebut betul-betul pisang awak,bukan pisang kamu!.
Maklumat mengenai pisang awak kita boleh dapat di sini.
Masakan yang melibatkan pisang awak ialah seperti jemput-jemput pisang,lepat pisang(atau pun lèmet.dengan sebutan fonetiknya…)pèngat pisang atau kolak. Boleh juga di rebus apabila telah masak ranum. Boleh di goreng dengan tepung tapi dalam keadaan mengkal atau separuh masak.
jemput-jemput pisang
Lepat pisang.
Pisang awak tidak boleh di buat kek atau apam pisang sebab sifatnya yang agak berat,akibatnya kek atau apam itu tidak berapa kembang. Boleh juga di buat lengat dan martabak. Jika pisang berlaku perlambakan boleh diawet melalui proses pengeringan di sebut pisang salai. Nanti Makbonda akan buat entry mengenai pisang salai.
Ini pisang awak mentah
Selain buahnya,daun pisang awak ialah antara daun-daun pisang yang boleh dibuat bungkus makanan. Kepakaran memilih daun ini juga sangat perlu bagi memastikan samaada daun itu sesuai atau tidak menjadi pembungkus makanan sebab silap-silap makanan akan berubah rasa.Bagi orang bandar mudah sahaja memilih daun sebab daun yang telah ada di pasaran telah dipastikan menepati piawaian keselamatan,tapi bagi anak-anak dara yang sekeli sekala balik dan mahu menggunakan daun pisang silalah bertanya kepada orang tua dahulu.Bagi mak kepada makbonda dengan melihat anak pisang sahaja dia sudah tahu jenisnya,tapi bila tiba generasi makbonda kena melihat pada buahnya,tapi bila tiba generasi selepas makbonda,nama pisangpun dia tidak tahu.
Sebelum buah pisang awak menjadi buah,ia akan mengalami proses pendebungaan semasa dalam keadaan bunga lagi. Orang tidak pernah menyebut bunga pisang tetapi ia dipanggil jantung pisang.Selepas beberapa hari sesikat-demi sesikat pisang akan terbentuk hinggalah membentuk tandan. Pada peringkat ini tidak akan muncul buah pisang lagi tinggallah jantungnya di hujung tandan. Jantung pisang awak boleh di buat sayuran. Antara nya boleh di masak lemak, cili api atau lemak biasa,di celur dan diurap sambal pecal atau sambal kerabu,boleh juga di celur dan dicicah sambal atau di ricih halus-halus dan digoreng seperti kita menggoreng kacang panjang. Bagi masyarakat Perak Tengah mereka merendang jangtung pisang. Respi mengaenai jantung kita boleh dapat di sini. Satu masa nanti makbonda akan beri resepi jangtung pisang yang makbonda sering buat sehingga menambat kasih suami makbonda.
Batang pisang awak juga sesuai dibuat tali.Bila kita potong batang pisang ia boleh di kopak sehelai demi sehelai,potong kopakan batang pisang tersebut dan lerai memanjang,jemur di panas matahari,setelah beberpa minggu ia kan menjadi helaian tali yang kukuh,semasa zaman makbonda kecil dulu bila membeli tepung,gula atau beras,bahan itu akan dimasukan dalm kertas terbus kemudian diikat.Pada ketika itu semua bahan yang kita gunakan adalah mesra alam,kalau kita buang di tanah dia akan mereput dan menyuburkan tanah,bukan seperti sekarang,semua gunakan bahan sintetik yang tidak boleh mereput,bila dibuang akan menyumbang kepada peningkatan pemanasan global.
Begitulah serba sedikit kisah Pisang yang makbonda dapat paparkan di sini,agar cucu-cucu dapat menambah perbendaharaan ilmu da tidak akan seperti orang kehairanan bila pisang dipersoalkan.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Katakanlah, "Sekiranya lautan itu menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habisnya ditulis kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun datangkan tambahan sebanyak itu pula". (Surah Al-Kahf : Ayat 109)
وَهُوَ الَّذِي جَعَلَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ خِلْفَةً لِّمَنْ أَرَادَ أَن يَذَّكَّرَ أَوْ أَرَادَ شُكُورًا
[25.62] Dan Dia (pula) yang menjadikan malam dan siang silih berganti bagi orang yang ingin mengambil pelajaran atau orang yang ingin bersyukur.

Selasa, 26 Oktober 2010
KETENTUAN
Dulu masa kecil saya teringin sangat kalau rumah berhampiran sekolah. Nampak kawan-kawan yang tinggal berhampiran sekolah pergi sekolah berjalan kaki,berkasut bersih tanpa selut,bila hujan berpayung dan tiba sekolah berbau sabun mandi lagi. Waktu rehat tak payah berebut di kantin atau membawa bekal. Boleh balik rumah makan masakan emak.Rasa tersangatlah cemburu. Sedangkan kami pula terpaksa berulang alik dari rumah yang berjarak 4 km dengan jalan yang berdebu bila kering dan berselut bila basah,tanah yang semula jadi tanpa ada sebarang sungkupan.
Kenikmatan itu akhirnya dapat di rasa bila memasuki alam sekolah menengah,sebab dapat tinggal di asrama,tapi terlepas satu kenikmatan, kena pula berjauhan dengan ibu bapa.
Bila telah berumah tangga kena tinggal di rumah emak mertua , yang masih jauh dari sekolah. Tapi keinginannya telah bertukar ingin tinggal berhampiran masjid pula.Keinginan itu adakalnya terluah dalm doa. Maha kuasa Allah yang Maha mendengar akhirnya kami mendapat peluang membeli tanah berhampiran sekolah,masjid,kelinik ,perpustakaan awam,dan balairaya.Tapi untuk tinggal membuat rumah belum nampak kenyataannya sehingggalah salah seorang adik ipar berumah tangga dan mahu tinggal disitu. Setelah beberapa kali beristikharah maka kami pun memulakan langkah.
Akhirnya disinilah tempat kami setakat ini. Di masa akan datang telah tertulis di dalam suratan hanya DIA yang mengetahui.
Walaupun berhampiran sekolah tapi saya tidak bertugas di sini. Ada kelinik desa tapi saya sudah tidak dapat menggunakannya kerana peluang untuk melahirkan lagi seperti sudah tiada,mungkin nanti untuk cucu-cucu jika mereka lahir di sini. Ada perpustakaan awam,sukalah anak-anak remaja saya kerana banyak koleksi novel. Ada kedai runcit,walaupun kami jarang membeli belah di sini ada ketikanya terlepas pandang kehabisan asam jawa atau kunyit,atau membeli gula untuk menyumbang bila Mak Odah atau Mak Dora dan lain-lain tetangga buat khenduri arwah,disinilah tempat rujuknya. Di sebelah kedai runcit disewa oleh seorang pengusaha catering dan dijadikan kilang biskut raya.
Ada sekolah Rendah Agama,sejak berpindah ke sini tidak perlu meghantar Emy ke sekolah,dia berjalan kami sahaja sambil memecahkan kolestrol.
Nampak tak balairaya?. Bila penduduk kampong membuat aktiviti dapatlah kami mengintai,pilih saja apa aktiviti yang dijalankan ,bergantung pada penganjur samaada JKKK atau JKKKP. Kalau JKKKP biasalah ada karauke2 atau dendangan muzik2 60an atau terkini yang menggegarkan gegendang telinga,tak kuasalah nak intai tapi terganggu jugalah nak soat dhuha. Kalau yang satu lagi lebih kepada ilmu,samada untuk dunia dan akhirat.
Disebelah balairaya tu ada kod badminton,boleh juga bermain sepak takraw atau futsal. Disini lah anak-anak bujang saya melempiaskan tenaganya,mereka akan bermain pada jauh malam,katanya kurang angin. Tak apalah nak asalkan jangan melipak di simpang-simpang jalan.
Nampak tak kebun kelapa sawit yang luas tu? Hah itu bukan saya punya,tanah saya hanya beberapa depa keliling rumah, itu sahaja,itu pun jenuh nak membersihkan. Adalah tanam-tanam pisang dan buah-buahan sedikit. Dulu masa membeli piawaiannya ialah 10X5 batang pokok kelapa. Pelik tak?. Bila ada kawan-kawan atau saudara-mara datang,mereka akan bertanya “Sampai mana ye sempadan tanah ni?” dan kami telah menyediakan skrip jawapan “Sehingga nampak sempadan antara semak dan bersih,yang bersih tu orang punya,.”
Satu lagi tempat yang agak penting. Tanah perkuburan,jadinya seringlah jenazah yang akan disemadikan lalu dihadapan rumah,dan kami akan memandang sambil bermonolog “Bilalah tiba masanya untuk kami?”
Yang paling best ialah berhampiran masjid. Sejak dua tahun kebelakangan ni masjid kami bertambah aktif,setiap malam ada sahaja program,setiap subuh hujung minggu ada kuliah subuh. Saya boleh keluar dari masjid lebih awal dari jemaah lelaki dengan berjalan kaki selama lima minit dengan kelajuan santai. Kami yang perempuan di rumah ni boleh menumpang mendengar butir-butir khutbah Jumaat juga.
Kawasan ni bukan terletak di pinggir jalan besar tapi masuk kedalam kira-kira 600m. Bagi kawan-kawan yang belum pernah datang mercu tanda yang kami perkenalkan ialah sign board Masjid,SK,Kelinik Desa yang di cacak di simpang jalan.
Di bawah saya letakkan gambar yang lebih close up.
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة قَلَ قَلَ رَسُولُ الله صلعم
يَقُولُ الْعَبدُ مَالِى مَالِى إِنَّمَالَهُ مِنْ مَالَهُ ثَلاثٌ
مَا اَكَلَ فَأَفْنَى أَوْلَبِسَ فَابَّلَى أَْو أَعْطَى وَمَاسِوَى
ذَلِكَ فَهُوَ ذَاهِبٌ وَتَارِكُهُ لِلنَّاسِ
Dari Abu Hurairah r.a. berkata :
Rasulullah s.a.w. bersabda : Seseorang manusia mengatakan :
"Hartaku, hartaku!. Yang menjadi kepunyaannya daripada harta itu hanya tiga
Apa yang dimakannya, telah dihabiskannya dan apa yang dipakainya,
telah menjadi usang atau dinafkahkan (untuk kebaikan), telah disimpannya
(untuk hari kemudian) Selain dari itu akan lenyap dan tinggal untuk orang lain.

Ahad, 24 Oktober 2010
Tetamu oh tetamu,sila masuk.
Tetamu datang membawa rahmat,apa lagi kalau tetamu itu ialah ahli ibadat,salam mereka adalah mendoakan kita.tapi kalau tamu itu ialah ahli maksiat,kuranglah rahmatnya.
Besarnya kita meraikan tetamu sehinggalah kita wajib batalkan puasa sunat kita semata-mata untuk meraikan tetamu.Ataupun mengeluarkan simpanan hidangan yang paling istimewa untuk tetamu. Semasa kita masih bersolat lalu mendapat salam dari tetamu kita dibenarkan membuat isyarat kepada tetamu dan sehingga boleh membuat gerakan membuka pintu agar tetamu tidak membatalkan niat untuk bertamu.tetapi sejak muktakhir ini kita kena berhati-hati menerima tetamu kerana terlalu banyak fitnah yang membinasakan kita telah berlaku.
Cerita mengenai kelebihan menerima tetamu kita boleh jumpa disini.
Saya memang suka menerima tetamu,mereka datang dengan berbagai-bagai situasi,contoh situasi yang saya mahu kongsikan ;
Situasi 1
Dia buka orang agama,orang kebudyaan lagi,yang selalu muncul di tv atas jemputan,yang masih berbau bacang. Dia datang kebetulan zan Asar berkumandang. Suami saya telah siap berpakaian sambil mempelawa masuk sambil juga mempelawa untuk berjemaah ke masjid bagi yang lelaki. Dia menolak dan bersedia menunggu di rumah. Semasa saya mengeluarkan hidangan dia siap bertanya;
“Oowh dia tak boleh tinggal masjid ya,bilal ke dia,siak kot.”
“bilal tidak,siak pun bukan,tapi ahli jemaah”Saya menjawab dengan sepontan.
Dari pertanyaannya itu fahamlah saya akan takat ilmun.Kalaulah bilal tentulah kena pergi lebih awal sebab kena melaungkan azan. Begitu juga siak,dia kena membentangkan sejadah,membuka setor pembesar suara,menghidupkan suiz atau membunyaikan radiao memasang tape bacaa-bacan tarhim atau Alquran.Ini azan dah terlaung.memanglah dia tidak tahu fungsi jawatan tersebut.
Situasi 2
Ustazah dan uztaz lagi, maknanya orang agama. Sebaik sahaja dia parkir kereta di laman,azan Asar pun bergema,dan suami sudah siap bertenggek atas basikal.Selepas menjawab salam mempelawa untuk bersama-sama menyahut seruan.
“Taka pa-tak apa.sila-sila,saya tunggu kat rumah”
Harapan saya dia ikut pergi dan biar isterinya solat dalam bilik,rupanya dia terus naik.Tak mengapa,saya baik sangka mungkin dia telah mendirikan Jam’ taqdim.Saya pun keluarkan minuman.
“Rajin dia ke masjid ye? bilal ke imam?”
“Imam pun bukan bilal pun tidak,lebih dari itu”jawab saya
“Wah Nazir kut”
“lagilah tidak,dia ahli Jemaah,pengisi syaf.”
Dia seorang ustaz,mungkin faham tugas imam,datang lambat pun taka apa,makmum akan tunggu di syaf.Begitu juga nazir.tak datang Jemaah tetap berjalan. Tapi dia tak faham tugas dia sebagai menusia. Apa alas an dia tak ikut serta,nak dikatakan cuti dia leleki,nak dikatakan dah jama’ kami tahu sebelum ni dia datang dari mana.Agaknya dia tak biasa solat kat masjid yang dia tak biasa ikut.
Setelah suami saya pulang.
“Wah hebatlah,Imam ke”
“Tak adalah,ilmu saya belum melayakan.Tanggung jawab je,kalau tak kita tegakkan jemaah siapa lagi, nak harapkan Bo Eng sebelah rumah tu bilalah nak masuk Islam”
“Ha ha ha,betul juga” Dia tergelak besar dan bunyinya macam gelak kering.
Situasi 3
Dia orang kampong ,datang kerumah kerana Saya membuat sedikit majlis,jadi dia berlama-lama dirumah saya. Tiba waktu Azan dilaungkan,semua lelaki bersiap-siap pergi,yang seorang ni diam dengan selamba ,suami saya mempelawa ,siap memberi kain pelikat lagi kut-kut seluarnya kotor. Isteri dia menjawab;
“Abang kamu ni tak biasa pakai sejadah masjid orang lain”
“Apa pulak,masjid orang sini biarlah orang sini yang makmurkan,kita bukan orang sini.”Dia menjawab.
Saya nak cerita pula situasi semasa di tanah suci,sebagai iktibar. Semasa saya datang bulan,saya tinggal sahaja di bilik,sesekali saya keluar bilik,betapa ramainya kaum lelaki yang tidak pergi masjid,mereka duduk berlonggok-longgok,alasannya uzur tidak bertenaga,ada yang kata asyik berak-berak,takut terberak dalam masjd. Samasa solat waktu atau solat Jumaat. Ada yang membiarkan isterinya sahaja pergi mengikut rakan-rakan jemaah haji lain.
Nampaknya masih ramai yang meletakan tanggung jawab memakmurkan masjid hanyalah terletak pada Nazir,imam,bilal dan siak sahaja.itu bukan tugas kita yang tak berjawatan. Itu pun sudah di kira bagus,suatu ketika dulu yang berjawatan itu sendiri tidak mesra masjid pun,dia terlantik atas tangan-tangan di atas.Wajah nazir akan kelihatan jika musim mesyaurat atau jika ada lawatan orang-orang atas yang melantik mereka. Kalaulah begitu sikap mereka,tidak mustahil nanti bila ke tanah suciada sahaja halangan mereka untuk berjemaah di Masjdil Haram.
Saya bercakap dengan suami,"takutnya saya terima menantu nanti."
"Kenapa?."
"Nak tentukan dia seperti apa kreteria yang kita mahukanmacamana?yang beragama pun belum tentu boleh selamatkan anak kita,apa lagi yang tidak.Benda mudah macam tupun dia tak mampu buat,bolehke dia tegur isteri dia kalau isteri dia lambat-lambatkan solat macam abang selalu tegur saya."
"Yang Lelaki pulak daptkah isteri yang boleh membeltulkan suami,yang kejutkan suami bangun baila azan di laungkan,yang ingatkan suami jadual pengajian mala mini,yang kejutlan sumai mencari malam penuh berkat di bulan Ramadhan. Takut pulak dia hanyut bersama isteri yang cantik hingga takut nak tegur isteri, yang bertudung tapi macam tak berpakaian."
Entah lah Yang,bayakkan meminta kat TUHAN,Insyaallah DIA maha Pemberi.
رَبِّ اجْعَلْنِى مُقِيمَ الصَّلوةِ وَمِن ذُرِّيَتِى رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
Jumaat, 22 Oktober 2010
Buat satu dapat banyak
“Seronok kan Yang bila tengok orang duduk dekat masjid,rahmat hidup dia tiap waktu dengar azan.”
“Hemm memang seronok,sejuk mata. Tu kalau nak pergi,ada orang duduk tepi masjid tapi tak pergi pun.”
“Itulah,semua tu hidayah,macamlah juga anak teruna kita,berat sangat nak jemaah waktu subuh pada hal di di seru dalam azan tu.”
“Hmm bagus lah tu,buat contoh orang terdekat,ye tak? Baru Nampak gajah depan mata.”
"Orang Yahudi kata mereka tidak takut dengan orang islam kecuali pada satu perkara. Iaitu apabila jumlah solat subuh sama dengan jumlah jemaah solat Jumaat."
"Ya allah,Kalau macam tu macamana kita nak menang ya?"
“Contoh terdekat juga kat kariah kitalah,susahnya mereka nak bangunkan jemaah subuh,kebanyakan jemaah dari kariah luar,dia orang masih belum tahu betapa besarnya hikmah solat subuh kat masjid.”
“Tapi kat Bandar-bandar pulak lagi aktifkan,macam cerita Kang Min tadilah,kat masjid dia sejak bertukar organisasi masjid dia,subuh dah mencapai 3 syaf sedang kan dulu nak cari 10 0rang pun susah,”
Inilah antara dialog saya bersama suami semasa menyusuri satu kawasan perumahan berbentuk lot-lot persendirian.
Seorang rakan maya saya juga seorang penulis menulis dalam blognya Iktibar. Dia bercita-cita untuk membeli stu lot tanah dan membuat rumah,disitu juga dia akan membuat sebuah rumah untuk di wakafkan pada para musafir. Mulia sungguh cita-citanya,Insyaallah cita-cita yang baik akan kabulkan,suatu masa nanti.
Kami suami isteripun pernah bercita-cita begitu dan telah dikabulkan mendapat peluang membeli tanah,walaupun tidak sebelah pagar masjid tapi boleh dikatakan hampir,masih terdengar butir khutbah jumaat.Tapi dapat membena rumah baru 3 tahun ini.Angan-angan kami suami Isteri bila dah duduk nanti semua adik-beradik atau saudara mara yang datang terus berjemaah di Masjid yang lelaki dan yang perempuan bolehlah di rumah sahaja. Alhamdulillah angan-angan kami telah menjadi kenyataan. walaupun masih ada beberapa orang yang masih belum menerima hidayah. Kami tidak menyediakan bilik khas untuk solat di rumah,sebab tidak ada tempat untuk orang lelaki solat di rumah,yang perempuan lebih baik solat di bilik masing-masing.dan kami yang perempuan akan berjemaah di ruang tamu,sebab di ruang tamu kami tidak meletakan sebarang gambar atau foto.
Satu masa anak teruna kami didatangi kawan-kawannya untuk membuat study group di hujung minggu. Bila masuk waktu zuhur suami saya mengajak mereka menyahut seruan azan,masing-masing startt engine motorsikal,ingat ikut serta,tapi bubar entah kemana,kali seterusnya suami mendapat idea,masuk waktu dia pun mengeluarkan van.
“Ok dah masuk waktu,mari masuk van semua.”
Nampaknya lebih berjaya.Hati saya amat berbunga-bunga,dan terus menambahkan bilangan pot beras bagi makan tengahari.Sejak itu setiap kali masuk waktu mereka akan ke masjid.
“Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung didalamnya, mereka pasti mendatangi keduanya, walaupun dengan merangkak.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Isnin, 18 Oktober 2010
Adik
29 tahun yang lalu,Kakak telah ada 7 orang adik, seusia 19 tahun ketika itu.. Tiba-tiba kakak dapati emak mengandung lagi,bermakna adik kakak akan bertambah lagi,bukan kakak tak sayang adik-adik tapi kakak malu,seusia 19 tahun emak masih ada adik baby lagi,sepatutnya kakak yang ada baby sendiri,tapi kakak tak boleh kawin sebab kakak belum kerja. Kakak rasa tak mahulah nak jaga adik nanti.
Malam itu tanda-tanda emak bersalin telah kelihatan,hati kakak semakin berbelah-belah.antaranya mengutuk diri sendiri,mengapalah berperasaan demikaia rupa.Macam dulu-dulu juga sejak kecil,bila emak bersalin bapak akan suruh kakak jerang air,tapi kini dalam berperang dengan perasaan tanpa arahan kakak jerang air juga walaupun ketika itu sudah jauh malam.Terdengar emak meneran-neran dengan di bantu oleh bapak. Peperangan berlaku terus di dada kakak. Pada ketika itu kakak mengambil wudhuk dan membentang sejadah.kakak merayu-rayu pada Tuhan. “Ya Allah tolong lah beri kakak ketenangan,buagkan sifat yang buruk dan tukarkan dengan yang baik,jadilah kakak orang yag benar dan berakhlak, tolongla selamatkan emak.” sambil menyapu muka yang basah dengan kain telekung yang basah.
Sehabis bermunajat,terdengar tangisan bayi,dan bapak bermotosikal mamanggil bidan.Ego kakak tidak memebenarkan kakak menjengok emak,sehinggalah tertidur hingga ke pagi. Subuh itu keadaan tenang,usai solat kakak menjengok emak tanpa melihat secara terus pada adik,hanya dengar ekor mata sahaja.Kakak salam dan cium emak lalu ke dapur membuat sarapan. Nasi dan ikan kering gelama untuk emak dan menggoreng pisang untuk bapak dan adik-adik. Kakak juga sediakan air mandi emak..Sewaktu emak mandi emak suruh kakak tengokan adik. Peperangan meletus kembali,harap-harap emak tidak menyedari. Kakak paksakan diri menetap wajah adik,dada kakak sebak,otak kakak memberi isyarat kepada jiwa lalu naik ke mata dan pecahlah berderai cucuran air mata,leburlah mazmumah dalam diri kakak.Doa kakak terkabul,perasaan kakak berubah sama sekali.Sejak itu kakak mangambil alih tugas menjaga adik,emak hanya menyusukan sahaja kerana kakak tidak punya yang itu.Kalau dulu-dulu kakak jaga adik-adik sebab emak suruh tapi kini suruhan kendiri.Sel-sel rasa keibuan kakak telah mulai melengkap.waktu itu kakak sedang manganggur,lepasan SPM,peluang yang lama kakak berada di rumah.
Sehinggalah adik seusia 8 bulan,permohonan kakak ke maktab perguruan diterima. Saat-saat kakak berpisah dengan adik. Peperangan meletus lagi. Pada ketika itu adik sudah pandai merangkak.Walau seberat manapun perpisahan terpaksa dilalui jua. Menurt emak seketiadaan kakak,beberapa hari adik merangkak dari bilik kebilik,pastinya isyarat mencari kakak,kesian adik.
Semasa kakak berumah tangga, adik seusia 6 tahun. Pada malam pertama semasa kakak masuk bilik,kakak dapati ada sekujur tubuh di bawah katil kakak,rupanya adik tertidur di situ. Semasa kakak melahirkan anak pertama,adik beritahu emak dia tidak mahu emak pegang anak kakak,kalau emak pegang dia akan picit-picit. Nampaknya pembalasan telah berlaku disini,mungkin perasannya sama dengan perasaan kakak semasa hari kelahiran dia. Tapi bila adik lihat anak sulung kakak hatinya terus berubah 360 darjah.,dan perhubungan meraka terus erat sehingga kini.
Pada tahun emak dan bapak menunaikan Fardu Haji,pada masa itu musim haji adalah awal tahun.dirumah masih ada 2 orang adik yang bersekolah rendah,yang lain tinggl di asrama.Adik akan masuk tahun 1 dan Abu Naqid tahun 4.Emak bawak adik tinggal dan bersekolah dengan kakak,sementara Abu Naqid tinggal dengan jiran emak yang kebetulan punya anak sebaya dengannya.Kakak tidak boleh membawa kedua-dua sekali kerana kakak tidak punya kereta.Tetapi setiap hujung minggu kakak suami isteri akan menjenguk Abu Naqid,kadang-kadang kami bawa tinggal bersama.Adik mendaftar tahun 1 di sekolah kakak,dan kakak guru kelasnya,sebagai seorang guru kakak akui memanglah dia genies orangnya,tapi semasa peperiksaan dia hanya mendapat tempat kedua sebab matematik salah 1 sahaja atas kesilapannya,dikalahkan oleh anak seorang doctor dengan markah 100%.Jadi sepanjang persekolahan rendahnya rekod mendapat tempat pertama telah dicemarkan semasa ujian peggal pertama di tahun 1 bersekolah di sekolah kakak.Kakak rasa bersalah.
Kini adik telah dewasa dan punya Isteri yang baik dan cantik,dua orang cahaya mata yang comel dan bermata bening. Dulu semasa belajar dia sering datang kerumah kakak,bila berbuka puasa dengannya habis licin juadah berbuka tiada yang tinggal. Tapi kini setelah berumah tangga dia sudah jarang datang bukan kerana di kawal oleh isterinya,tidak sekali-kali,tapi kerana dia sudah bekerja,dia bukan cikgu yang punya cuti lama-lama dia kerja pejabat yang dengan anak isteri pun jumpa waktu malam sahaja,tambah dengan outstation lagi. Tapi perubahannya setelah berumah tangga,bila datang dia sudah pandai membawa buah tangan,berbanding semasa bujang dahulu,dan kakak tahu tentu atas dorongan isterinya.
Syukur Alhamdulillah.Tuhan telah memenjangkan usianya sehigga kini dan dia mendapat peluang untuk bertemu denga tarikh hari dia di lahirkan pada hari 19/Oktober=21 Zulhijjah.Semoga dia mendapat kebahagian suami isteri didunia dan akhirat,dan memunafaatkan usia yang masih ada sebaik-baiknya.
“Gambaran kehidupan orang yang beriman dari segi kasih sayang , saling bersimpati dan saling cinta mencintai samalah seperti anggota tubuh yang jika salah satu daripadanya mengadu kesakitan, ia melibatkan seluruh anggota lain yang tidak tidur malam dan demam”.
Riwayat Ahmad dan Muslim
Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”
(Bukhari)
Ahad, 10 Oktober 2010
Roda-roda yang hidup 1
Musim menghadapi skrip UPSR,makbonda dan groupnya dikuarantin disebuah pusat. Waktu makan akan pergi kekantin untuk mengisi kekosongan perut.Hari kedua baru perasan nampak Siah anak Lek Miah di kaunter makanan.Untuk dia menegur makbonda rasa tidak mungkin tapi biarla makbonda mulakan.
“Assalamualaikum,ni Siahkan,kenal saya tak?”
“Oh Ckgu,mestilah kenal,nampak juga semalam,ingat cikg tak kenal saya”
“Apa pulak tak kenalnya,wah dah pegang tender kantin ye,ok sangatlah ni,anak-anak camana?”
“Sikit-sikitlah cikgu,anak yang sulung baya anak cikgu tu dah masuk ITM,kedua tengah PMR,ni yang kecik baru tahun 5.”
“Alhamdulillah”
Siah wanita 30an,yang berumahtangga dan punya 3 orang anak.Makbonda tidak tahu sejauh mana dia mengenali diri makbonda tetapi makbonda mengenalinya dengan jauh lagi.Dia bukan anak murid Makbonda tapi anak kepada jiran Makbonda ,Lek Miah.
15 tahun yang lalu,makbonda bersama-sama Lek Miah dalam satu rewang dirumah kenduri,Siah ketika itu 21 tahun dan punya seorang anak,dia anak sulung,ada 3 orang adik yang berada di IPT,dan dua orang lagi di asrama penuh,semestnya Lek Miah suka bercerita ada makbonda tentang perkembangan anak-anaknya,sangat berseri-serilah wajahnya bila bercerita.
“Alhamdulillah,sejuk perut KLek Miah ye,anak pandai-pandai”
“Memanglah cikgu,tapi yang sulungtu lah,Siah,tak taulah,gelap masa depannya,SPM tak pas,ada orang pinang bagi jelah,lakinya kerja kampungje,duduk rumah mertua,jaga mertua,dah uzur.”
“Kenapa?suaminya tu jahatke?”
“Taklah,baik,selalu datang,tolong Lek,ialah suami Lek kan dah sakit-sakit,nasib baik ada dia,tapi tulah,kerje kampong jaga tanah bapak dia,tak taulah masa depan dia”
“Eh apa pulak gelapnya Lek Miah,yang penting bertanggungjawab,nampak istiqomah ke surau, kerja kampung Lek Miah, tak tanggung hutang,dia tak buat pinjaman buat rumah,silap-silap beli kereta cash lagi. Adik-adik Siah kerja makan gaji ,kena ada hutang rumah,hutang kereta dan sebagainya,sampaikan ada yang hutangnya lebih dari gaji bulan.”
Bila anak bungsunya telah bersekolah,Siah kerja di kantin sekolah,setelah 3 tahun bekerja Miah telah memegang tender katin sekolah tersebut.Adik-adiknya semua berijazah dan bertaburan di seluruh Negara,Siah suami isterilah yang sering menjenguk kedua ibubapanya,setelah emak mertua Siah pulang ke Rahmatulah.Siah dan suaminya tinggal di rumah pusaka dan mengerjakan kebun kelapa sawit peninggalan orang tuanya.
Lek Miah,lebih baik kamu tukar definasi gelapmu. Masa depan Siah tidak gelap,Siah masih punya mentari,kekadang ianya gerhana dan diselaputi mendung,atau di atmosphere sebelah sana,pastinya akan muncul kembali,selagi masih punya nyawa,itulah antara nikmat Yang Maha Esa,jalan kita pun sama seperti dia yang berputar di orbit yang sama.Kekadang juga dia akan menjadi mentarimu juga. Itulah antara warna-warna dan roda-roda kehidupan untuk membuktikan bahawa DIA maha Bijaksana.
"Allah-lah yang menjadikan bumi bagi kalian tempat menetap dan langit sebagai atap, lalu membentuk kalian, membaguskan rupa kalian serta memberi kalian rezeki dari sebagian yang baik-baik yang demikian itu adalah Allah Tuhanmu, Maha Agung Allah, Tuhan semesta alam.” (Al Mu’min: 64)
“Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya tanpa hikmah”.(Shad: 27)
Selasa, 5 Oktober 2010
Ketam
Seorang ibu 40an yang berpakaian seluar sendat bergetah,dan’ t shir adik’ berlengan kecil, berkata pada anak gadisnya
“Nak,perpakainlah bersopan sikit,tak elok pakai baju nampak pusat macamtu”
Seorang bapa yang kerap terlepas solat subuhnya kerana berjaga malam mengeteh dengan kawan-kawan berkata pada anak terunanya sebelum meninggalkannya di asrama
“Nak baik-baik tinggal asrama,jangan tinggalkan solat”
Seorang nenek yang pakar rujuknya ialah bomoh siam(Nauzubillah) bila terasa dirinya di usik senjatanya adalah santau sahaja,berkata kepada cucunya yang sedang menyeksa kucing
“Cu,janganlah buat macamtu pada kucing,sakit kucingtu,berdosa tau”
Seorang ibu yag gila facebook,hidupya sentiasa dengan facebook,berkata dengan anak-anaknya yang sepanjang hari mengadap games dalam computer
“Udah-udahlah,jangan asik game je,masa terbuang tau,kerja sekolah macamana?”
Seorang ibu yag sering memaki hamun suaminya dan asyik serba tidak kena dengan tindakan suaminya,menasihatka anak perempuannya yang telah berumah tangga
“Ikut cakap suami,jangan asyik membantah je,jadilah isteri yang baik.”
Seorang guru yang sering ponteng kerja,tidak masuk kelas,kerap mc,bercakap pada anaknya,
“Nak jangan mencuri,harta curi kalau kita makan,menjadi darah daging,tak halal.”
Seorang bapa yang perokok tegar, sering menyuruh anaknya membelikan rokok untuknya,membebel pada anaknya yang mencuri-curi menghisap rokok
“Sapa suruh hisap rokok?kecik-kecik lagi dah nak merokok,rokok ni mahal tau tak,habis duit bapak kene beli rokok,kalau dah kerja tak apalah,”
Seorang bapa yang baru membayar denda di mahkamah kerana pernikahannya dengan isteri baru di Siam berkata pada anak gadisnya yang digantung sekolah kerana sering bertukar collections.
“Kamu ni cukup memalukan abah,sekolah lagi dah bertukar-tukar pasangan ,kamu tak sedarkah abah ni orang PPD?”
Sepasang ibu bapa yang sentiasa mengherdik ibutuanya kerana ibutuanya sering meambuat tingkahlaku yag tidak disukainya,berkata kepada anaknya yang sering meninggikan suara bila bercakap.
“Kamu ni,cakap dengan aku elok-elok sikit tak boleh ke?kamu datang dari perut aku tau?”
Seekor ibu ketam yang melihat anaknya berjalan mengereng
“Nak,jalanlah betul-betul,janganlah megereng-ngerang macamni.”
Cerita di atas adalah untuk menghuraika makna dari peribahasa di bawah,supaya pelajar lebih mudah memahami,kerana peristiwa-peristiwa ini sering berlaku di persekitaran meraka dan benar-benar berlaku.
1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
2. Bagaimana kuih begitulahacuannya
3. Bapa borek anak rintik
4. Like fathers like sons
Doa untuk anak
Doa memohon rahmat, surah Ali-Imran, ayat 8-9.
Doa mohon zuriat yang baik, surah Ali-Imran (ayat 38).
Doa anak kerjakan solat, surah Ibrahim (ayat 40-41).
Doa anak taat kepada Allah, surah Al-Baqarah (ayat 128).
Doa diberi zuriat menyejukkan mata memandang, Surah Al-Furqan (ayat 74).
Doa anak pandai belajar, surah Al-Anbiya (ayat 79).
Doa anak lembut hati, surah Al-Anbiya, (ayat 69) atau Al-Hasyar (ayat 22-24).
Doa anak rajin sekolah, surah Taha (ayat 1-5).
Sabtu, 2 Oktober 2010
CERITA HAJI
Malam itu Mak Piah mendapat panggilan dari iparnya,terpututus-putus ayatnya,hati basah Mak Piah semakin basah. Telah 3 tahun beliau mengikuti kursus haji,tahun ini beliau diarahkan untuk membuat passport antara bangsa dan membuat suntikan.Graf keyakinan untuk berjaya menunaikan haji tahun ini meningkat agak tinggi.Tiba-tiba kali ini beliau mendapat pemberitahuan bahawa giliran beliau belum tiba untuk tahun ini. Hancur luluh perasaanya,Mak Piahlah orang pertama di tumpahkan kekecewaannya.Yang menyebabkan bertambah berkecainya hatinya dan tebal hasadnya,rakan yang tak dapat arahan suntikan telah tersenarai hanya kerana dia mengubah kepada kaedah pekej yang memerlukan menambah dana kepada 2 kali ganda RM.Apa yang boleh mak Piah katakana padanya hanyalah
“Redholah dengan yang terjadi,adalah hikmahnya tu,apa-apahal kita dah berniat dan bersedia untuk itu,kalau di takdirkan kita meninggal belum sempat pergi,Allah Taala maha tahu niat kita.Sementerani tingkatkan doa dan belajar lagi,moga-moga bertambah bekalan.”
Mak Piah masih ingat lagi 15 tahun dahulu,sedag ipar duainya berkumpul membentangkan koleksi barang kemas masing-masing,semamangnya mereka pengumpul barangan kemas,berbeza sekali dengan Mak Piah.
“Dah banyak dah ni,lebih cukup buat mendaftar kat Tabung haji,sementara muda ni,sok dah tua tak larat nak buat kerja” pada ketika itu tambang hanya kurang dari RM6000 mengikut muasasah.sementara pekej kurang dar RM10 000. Terguris hati Mak Piah bila mereka menjawab
“Alah,mentang-mentang dia dah pergi,ingat pergi muda-muda tu nak buat bangga-bangga ke?,kalau macam tu tak gunanya pergi,…ria’.Kita orang nak pergi bila dah bersedia,pergi awal buat dosa lagi buat apa” Dan di iakan oleh yang lain.
Kemerah-merahan wajah Mak Piah ketika itu,tapi Mak Piah cepat sedar,apalah besar cabarannya berbanding dengan dakwah Nabi SAW yang sehingga berdarah kakinya di baling dengan batu,Bilal yag di jemur panas dan di tindih dengan batu,Hassan Al bana yang dipenjara ,rakyat pelastin menghadapi askar Israel. Dengan doa berkali-kali Alhamdulillah beliau telah mendaftar juga akhirnya dan Mak Piah jugalah orang pertama diberitahu, juga tempat rujukkannya.
Seorang anak Mak Piah yang belajar di Mesir bercerita mengenai rakan Indonesianya yang sering ke Mekah bila tiba musim haji,untuk berkhidmat sebagai pekerja,memimpin kumpulan-kumpulan Jemaah haji sebagai mengisi tabungan biaya study. Sering menceritakan pengalamannya. Antaranya kerenah birokrasi bahagian tabung haji Indonesia, yang meyebabkan jemaah haji miskin mendapat penganiaayaan. Meraka dijanjikan tempat tinggal berhampira Masjidil haram,setibanya di sana dan telah siap masuk bilik tiba-tiba meraka dihalau keluar degan alasan bilik-bilik itu telah di tempah oleh jemaah lain,yang menyediaka bayaran yag lebih tinggi.Maka mereka terpaksalah keluar dan tinggal di kaki-kaki lima dan celah-celah bangunan.Tersangatlah sadisnya.Rakan Indonesia itu juga meceritakan pengalaman mejadi pemimpin jemaah haji kaya beserta keluarganya,yag tak punya apa-apa ilmu mengenai kerja haji sebelum datang.Kebanyakan meraka adalah saudara mara kepada ketua-ketua jabatan haji atau orang-orang besar pemerintah. Agenda harian meraka adalah mengunjungi kedai-kedai emas ,menyusuri restoren-restoren barat dan tempat membeli belah berbanding kerja-kerja sunat..
Apakah kerenah itu sudah mulai menular ke Negara kita,sebabnya jiran Mak piah yag baru mendaftar untuk pergi dan tidak sempat pun kursus haji,telah tersenarai dan siap dengan nombor penerbanganya.Kerana menambah bilangan helaian RMnya 2 kali ganda.Apakah yag dikatakan tempat telah penuh itu untuk giliran jemaah yang biasa-biasa sahaja tapi masih ada lowongan untuk jemaah yang luar biasa jumlah RMnya.
Mak piah hanya terkenang siapalah yang bertanggungjawab atas perkara ini.Berat tanggungan dibahunya jika jemaah yang uzur dan tinggi hajatnya untuk menunaikan rukun Islam kelima ini telah di panggil kea lam sana sebelum sampai hajatya. Pergi sedangkan ramai yag masih muda tapi dapat pergi berkali-kali atas kelebihan biaya yang dapat di tunaikannya
Diriwayatkan Ibnu Abbas ra, Rasulullah saw bersabda, ''Barangsiapa di kampung dunia menyenangkan hati saudara Islamnya, maka Allah menciptakan malaikat untuk menolak bahaya darinya. Dan kelak jika hari kiamat telah tiba, maka malaikat menjadi temannya.''
''Kemudian jika dia menemui ketakutan yang mengejutkan, maka malaikat tersebut berkata kepadanya, 'Jangan takut!' Ia bertanya, 'Siapa kamu?' Malaikat tersebut menjawab, 'Saya adalah Al Farah (kesenangan) yang telah kau masukkan ke hati saudara seimanmu di dunia'.''
Dalam hadist pun Rasulullah saw telah bersabda: ''Menyenangkan hati orang mukmin lebih baik daripada ibadah enam puluh tahun.''
Antara dalil-dalil megenai kepentingan menunaika haji
Dalil dari al-Quran:
Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.
Dalil dari hadis:
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Islam dibina atas lima rukun." Baginda s.a.w. menyebut di antaranya ialah ibadat Haji. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidak ada ganjaran bagi Ibadat Haji yang mabrur kecuali Syurga." Sabda Rasulullah s.a.wyang bermaksud: "Sesiapa yang mengerjakan ibadat Haji dan tidak sekali-kali menyetubuhi isterinya juga tidak melakukan maksiat nescaya dia kembali suci bersih sebagaimana hari dia dilahirkan." Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Wahai umatku semua, sesungguhnya Allah s.w.t. memfardhukan ibadat haji kepada kamu, oleh itu kamu hendaklah mengerjakan ibadat haji." Lalu seorang lelaki bertanya Baginda s.a.w.: "Adakah wajib dikerjakan pada setiap tahun, wahai Rasullullah?" Rasulullah s.a.w. hanya diam sehinggalah lelaki tersebut bertanya kali ketiga lantas Baginda s.a.w. menjawab: "Jika aku katakan ya, nescaya kamu wajib mengerjakan pada setiap tahun, oleh itu kerjakanlah ibadat haji ketika kamu berkemampuan."
Sabda Rasulullah SAW, "Sesiapa yang menunaikan haji kerana Allah dan tidak dicemari perkara dosa dan maksiat, dia akan kembali seperti hari pertama dia dilahirkan. (Hadis Bukhari).
Hadis dari Ubadah bin Samit, menyatakan mengenai wukuf di Arafah, Allah berkata kepada malaikat, "Wahai malaikat, apakah yang dibawa -hambaku pada hari ini?
Jawab malaikat, "Mereka datang membawa harapan iaitu keredaan-Mu dan mengharapkan syurga-Mu.
Allah menjawab, "Wahai malaikat, sesungguhnya aku menjadi saksi bahawa segala dosa mereka diampunkan walaupun sebilangan pasir di pantai".
Adapun ketika melontar jamrah, bagi setiap anak batu yang dilontar akan menghapuskan satu dosa besar. Ketika tawaf dilakukan, malaikat akan datang dengan meletakkan tangannya di bahu orang yang sedang bertawaf dan berkata, "Teruskanlah melakukan amalan kebaikan, sesungguhnya kesalahan kamu yang lalu sudahpun diampunkan. (Hadis Tabrani).
Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Popular
-
) 14.1 Apakah makna perkataan-perkataan ini (ذَكِيَّةٌ), (ذَكِيٌّ ), (طَالِبَةٌ ), (طَالِبٌ) ? tha-li-bun (طَالِبٌ) = "seorang p...
-
Kain batik sarung sumber Kain batik lepas sumber Berbunga-bunga hati bila mendapat sesuatu dari orang yang kita martabatkan dia di hati. Apa...
-
Sekarang ini saya sedang berada dalam mod persaraan, Dikelilingi dengan individu-individu yang sedang menempuh persaraan. Tahun ini sahaja...
-
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَ مَا لَمْ أَعْلَمْ وأَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَ...
-
20.1 Apakah Sifah dan apakah Mausuf? Sifah* ialah Isim yang menerangkan akan kualiti atau sifat kepada Isim yang datang sebelumnya...
-
18.1 Apakah dia Idhofah? Idhofah ialah Ungkapan (frasa) yang terbentuk daripada gabungan dua Isim. Isim Pertama dikenali sebagai M...
-
16.1 Apakah dia Zharaf? Zharaf* ialah Kata Keterangan (Adverb) yang menjelaskan mengenai masa atau tempat berlakunya sesuatu kea...
-
Diantara blog yang saya ikuti ialah Ummu Saif , aka Dr Muna isteri kepada Ustaz Hazrizal .Satu ketika beliau mengongsikan kesah ana...
-
Sebelum ini saya tidak berapa mengenali siapa dia Dr Wan Maseri sehinggalah Jemaah kami membuat keputusan untuk menjemput beliau datang ke ...