Assalamualaikum,Mak apa khabar?
Mesti Emak sedang menemani bapak menikmati hidangan malam, secawan kopi radix,atau secawan Umar&Umairah atau Hi Goat suam dengan biskut telur penyu atau cream crackers atau apa-apa sahaja stok yang ada.
Emak entah mengapa walaupun baru tadi kita berjumpa, malam ni kakak masih mahu bercakap lagi ,rasa tidak puas bersama. Terlalu banyak lagi perkara yang mahu kongsikan, tapi belum kecukupan waktu. Tadi masa kakak sampai Emak tengah mencuci akurium ikan puyu bapak,adakalanya Emak sedang sebok di kawasan reban ayam,atau sedang mengulit pepokok bebunga serta sayuran di laman. Dan perkara yang kakak kagum adakalanya sedang terbongkok-bongkok di perdu kelapa sawit, mengutip buah kelapa sawit yang gugur. Emak kumpulklan dalam karung. Bila sudah penuh Mak panggil Amat anak Pak Wahab atau sesiapa yang lalu, tolong angkat dan jualkan. Hasil jualan Emak bagi upah kat dia dan bakinya itulah Emak jadikan amal jariah bekalan ke alam sana .
Emak,ingat tak 50 tahun yang lalau,ketika itu 17 usia Emak,anak -anak sekarang seusia itu sangat mentah. Adakalanya baju dalam sendiri pun perlu ibu yang leterkan. Tapi ketika itu Emak telah melahirkan kakak. Dalam suasana kepayahan di tanah belukar yang baru dibuka,dengan pengalaman dan pengetahuan yang sifar mengenai ilmu rumah tangga,Emak telah memikul tanggungjawab yang besar,menjadi tunjang dan sumber kekuatan pada bapak,menyediakan tapak kehidupan pada kami.. Ketika itu masih kekok lagi mahu memegang bayi.Embah pula tidak dapat menjaga Emak sebab ketika itu 2 orang lagi sepupu kakak lahir. Tapi Emak tidak merungut,tidak menulis dimana-mana kertas atau papankekunci pun untuk meluahkan.sebab hati Emak sudah jitu,itulah tanggungjawab isteri yang embah pesan pada Emak,pesanan tanpa bertulis hanya lata-kata,tiada majalah pa &ma atau gougle mana-mana alamt untk menjadi panduan dan rujukan,hanya kata-kata lisan dari Embah.
Emak satu perkara kakak nak cerita kat Emak,waktu kakak 15tahun,waktu kakak sedang menyisir rambut yang panjang,di rumah embah,embah tenung kakak sambil tersenyum ,kakak bertanya kenapa Embah pandang kakak begitu.
Embah kata "Masa kamu lahir,mula-mula Embah datang,Emak kamu kata "Emak anak saya yang kedua ni macam tanah" "Huis,tak baik." Embah jawab "Asalkan cukup sifat,kena syukur walaumacaman rupa anaknya. Ni dapat perempuan,dulu lelaki,hmm syukur sangat,ada orang yang tak dapat anak langsung." yalah Mak kamu masa tu muda sangat. Sekarang embah tengok dah cantik kamu,dah tak macam tanah lagi.tu yang Embah senyum-senyum ni"
Mak tahu tak,macamana persaan kakak masa tu,hidung kakak kembang kempis,rasa macam melayang-layang di kayangan.,sebab masa tu kakak belum dapat hidayah untuk mengucap syukur,yang tahu berperasan lebih-lebih. Agaknya kalau ketika itu kata-kata itu diluahkan oleh seorang peria yang menggoda,habislah kakak. Tapi disebabkan doa-doa Emak agar anak-anak terlepas dari kejahatan,kekallah kehidupan kakak selamat hingga kini.Kan Emak selalu cakap dengan kakak “Rupa tak boleh di ubah,tapi akhlak,budipekerti,adab sopan boleh”. Kemudian Embah menceritakan detik-detik perjalanan kehidupan Emak masa lalu. Waktu itu kakak insaf,betapa teruknya diri kakak. Kakak pernah merungut sebab beg pakaian yang bapak belikan semasa mahu masuk asrama tidak menepati cita rasa kakak,tak seperti beg orang lain. Astaghfirullahal’adhim,teruknya kakak.
Emakh 50 tahun dahulu,Emak melahirkan kakak dalam keadan dhaif,tapi tiada sebarang keluh kesah .Dalam kepayahan itu Emak tidak anggap ia sebagai kepayahan tetapi kata Emak itulah kehidupan.jangan peduli kehidupan orang lain,kita ada kehidupan sendiri.Allah sudah aturkan begitu indah sekali.
Emak ingat lagi tak semasa ada orang mahu melamar kakak dulu. Emak panik,tidak ada tempat untuk Emak menceritakan rasa panik tersebut. Masa tu kakak kesihan tengok Emak.Emak kurang bergaul,sebab dunia Emak hanya rumah tangga dan jiran sekeliling. Kakak yang punya diri selamba katak sahaja sebab kakak ramai kawan boleh kongsi.
Masa kakak melahirkan anak pertama,Emaklah yang mula-mula melawat di hospital bersama Abu Naqid dan Abu Umar.Mak tidak dapat menyembunyikan perasaan Emak ketika itu,kakak nampak itu.
Mak 50 tahunberlalu,Emak melayan kakak macam 40 tahun dulu. Seusia 50 tahun Emak telah punya beberapa orang menantu dan cucu.telah istiqamah dalam amalan ukhrawinya. Tapi kakak masih macam dululu-dulu juga,masih tidak sedar usia mendekati penghujung. Bekalan kakak masih tidak nampak,masih berulit dengan cinta duniawi.
Emak tahu tak,kakak pernah rasa terpukul,ketika itu kita bersama-sama mengemaskan pasu-pasu bunga di halaman kerana khemah akan didirikan untuk perkahwinan Abu Umar. Kakak dengan Abu Umar terkial-kial mengalihkan pasu dengan kereta sorong,tiba-tiba dengan selamba emak mengangkat pasu yang lebih besar dengan kudrat Emak.Ketika itu usia Emak telah melepasi 60 keatas. Ya Allah,kuatny Emak.Sampai sekarang Emak tidak punya penyakit kronik,hanya sakit-sakit ringan,tapi anak-anak Emak….hmmm macam-macam.
Alfatehah kepada Allahyarham Ustaz Asri