Sejak kecil Diman diajar jangan menipu,kena jujur dalam hidup,hormat orang
tua,selalu ucap terimakasih, kalau mahu jadi orang baik. Bila sekolah dia
belajar banyak peribahasa,antaranya
"Kalau tidak ada angin masakan pokok
bergoyang" "Lebih sudu dari kuah" "ukur baju di badan
sendiri" "khabar-khabar angin" "Macam ibu ketam yang
mengajar anaknya berjalan" dan bermacam-macam lagi. ini semua kena hafal
maknanya kalau mahu tinggi markah Bahasa Melayu,kerana ia adalah warisan
khazanah kita. Bila semakin meningkat usia,dia diajar agar menjadi manusia yang
kreatif,berani dan berbagai-bagai lagi nilai murni. Di sekolah agama juga ustaz
selalu ingatkan agar jadikan Al Quran dan Hadith sebagai panduan jika mahu
hidup selamat di dunia dan di akhirat.
Di kampungnya ada seorang bernama Mak Diyang,Dia kaya dan sangat baik pada
Diman dan keluarganya. Ibu bapa Diman telah banyak terhutang budi padanya,entah
mengapa dia terlalu bermurah hati pada keluarga Diman. Pendek kata keluarga
Diman menumpang senang pada Mak Diyang.Hari-hari dia akan belikan Diman
gula-gula,kacang tumbuk,asam katok,asam masin,chekedis,aiskrim milo dan
bermacam-macam lagi.
Namun akhir-akhir ini Mak Diyang sering mengadu yang dia kena fitnah,orang kata
dia bela hantu. Sejak beberapa hari makin menjadi-jadi dia menafikan.
"Mana ada aku bela hantu,Kamu jangan percaya cakap-cakap orang
Diman, Mak Diyang kan baik,kamu mahu jajan lagi?"
Tambah lagi kalau dia jumpa Diman.
Bagai kacang direndang. Berterusan
dia menafikan segala tuduhan.Sebenarnya Diman tidak mendengar pun orang
berkata, cuma Mak Diyang yang bercakap sendiri.Dia tahu Mak Diyang bela hantu
pun dari mulut Mak Diyang Sendiri,bukan dari orang lain yang seperti Mak Diyang
selalu kata.
Bila Diman bertanya kepada ibu bapanya,betulkah Mak Diyang bela hantu.
"Dah kamu jangan sibuk-sibuk,Yang penting kamu cukup makan pakai. Kamu
senang ni pun dari jasa Mak Diyang.Bersyukur kamu tak kelaparan macam orang
Somalia,jangan peduli kesah orang tua-tua"Kata Ibubapa Diman
Kalau selama ini Diman tidak peduli sebab dia mahu jadi anak yang baik,tapi
kini naluri Diman telah terangsang, "Kalau tidak ada angin masakan pokok
bergoyang" Begitulah yang Diman belajar.
Olah kerana Diman golongan Generasi Y iaitu generasi yang hidup di dalam
siber, maya, IT, YM, IM, Facebook, blog, internet, broadband, handphone atau
lebih dikenali sebagai pintu kepada generasi Millenium/millenial,maka tidaklah
dia duduk diam sambil menerima sahaja apa yang disuapkan .Diman bukan lagi generasi
anak-anak
Bagai jawi ditarik keluar. Perasaan simpati pun ada
terhadap insan yang selalu memberikan dia nikmat gula-gula itu. Diman meneroka
maklumat dari berbagai saluran. Kadang-kadang dia memasang telinga di warong
Pak Kenik,ada ketikanya dia mengawasi pergerakan Mak Diyang.Adakalanya dia
melayari website ataupun blog,
tanda-tanda orang membela hantu.
Dari banyak maklumat yang dia cari dan jumpa,kini terbongkarlah bahawa
bukan sahaja Mak Diyang membela hantu tapi juga toyol,hantu raya dan berbagai
makhluk keturunan Jin.Dan betul tanda-tanda sesaorang membela hantu samalah
dengan ciri-ciri yang ada pada Mak Diyang.
Kini Diman mulai goyah,mula hilang percaya pada Mak Diyang."Adakah selama
ini jajan yang Mak Diyang beri pada Diman halal?" Kata hati Diman
" Mungkin toyol yang ambil dari kedai Abang Miskan. Hih tak mahulah
dekat-dekat Mak Diyang lagi,tak apa tak dapat makan jajan,bukan berkhasiat
pun" Diman sudah mulai kenal yang mana batu yang mana permata,kerana Diman
generasi yang terdedah kepada berbagai sumber maklumat.Ya berita
perdana yang Mak Diyang sering sumbatkan dalam telinga Diman ternyata tidak
semuanya benar.Kalau tidak Mak Diyang berlebih menyiarkan cerita
akan fitnah pada dirinya itu sudah pasti Diman tidak akan ternafsu untuk
membuat penyiasatan.Selama ini Mak Diyang
" Bagai dekan di bawah
pangkal buluh." .Kini
pekung di dadanya telah terbuka,kesan dari tindakannya sendiri.
Sesugguh Yang benar itu hanyalah al Quran dan Hadith sumbernya.