18.1 Apakah dia Idhofah?
Idhofah ialah Ungkapan (frasa) yang terbentuk daripada gabungan dua Isim. Isim Pertama dikenali sebagai Mudhof. Isim Kedua pula dikenali sebagai Mudhof Ilaih. Mudhof disandarkan kepada Mudhof Ilaih.
Mudhof maknanya ialah 'Yang disandarkan' atau 'Yang dimiliki'.
Mudhof Ilaih maknanya ialah 'Penyandar' atau 'Pemilik'.
Idhofah dari segi bahasa maknanya ialah "penambahan" (addition, annexation, attachment).
18.2 Berikan beberapa contoh Idhofah.
1. (كِتَابُ أَحْمَدَ)
"Buku Ahmad" atau "Buku (milik) Ahmad".
2. (كِتَابُ الطَّالِبِ)
"Buku pelajar itu" atau "Buku (milik) pelajar itu".
3. (كِتَابُهُ)
"Bukunya" atau "Buku miliknya".
Pada contoh-contoh di atas, (كِتَابُ) adalah Mudhof. Asalnya Nakirah, tidak boleh bertanwin dan tidak boleh beraliflam. (كِتَابُ) menjadi Makrifah kerana 'disandarkan' kepada Mudhof Ilaih iaitu (ــهُ), (الطَّالِبِ) dan (أَحْمَدَ).
Perhatikan bahawa semua Mudhof Ilaih pada contoh-contoh di atas adalah Majrur. Syarat utama Idhofah ialah Mudhaf Ilaih MESTI Majrur.
"Ahmad" (أَحْمَدَ) majrur dengan fathah kerana ia adalah Isim Ghoir Munsorif (rujuk 13.1).
"Pelajar itu" (الطَّالِبِ) majrur dengan kasrah kerana ia adalah Isim Mu'rab (rujuk 10.1 ).
"...nya" (ــهُ) majrur tanpa perubahan (yakni tetap) dengan dhommah - kerana ia Isim Mabni (tetap).
18.3 Adakah Mudhof Ilaih mesti Makrifah?
Tidak semestinya. Mudhof Ilaih boleh Nakirah dan juga boleh Makrifah.
Contoh : (كِتَابُ طَالِبٍ) = "Buku pelajar" adalah umum, sementara (كِتَابُ الطَّالِبِ) = "Buku pelajar itu" adalah khusus.
Jika Mudhof Ilaih nakirah maka keseluruhan Idhofah itu adalah Nakirah. Begitu juga, jika Mudhof Ilaih makrifah maka keseluruhan Idhofah adalah Makrifah.
18.4 Adakah Idhofah hanya menunjukkan makna 'pemilikan' yakni Mudhof 'milik' Mudhof Ilaih?
Tidak semestinya sedemikian walau sebahagian besarnya begitu. Idofah juga menunjukkan penisbahan atau penyandaran yang kita boleh tafsirkan makna 'daripada' dan juga 'untuk'.
Contoh 1 (بَابُ الْخَشَبِ) = "Pintu kayu itu". Ini tidak boleh ditafsirkan bermakna "Pintu (milik) kayu itu".
Tetapi maknanya ialah "Pintu (daripada) kayu itu".
Contoh 2 (فِنْجَانُ الْقَهْوَةِ) = "Cawan kopi" yakni maknanya "Cawan (untuk) kopi".
18.5 Bolehkah Idhofah berkait, yakni terdiri lebih daripada satu Mudhof dan Mudhof Ilaih?
Ya boleh. Contohnya : (بَابُ غُرْفَةِ مُدِيْرِ الْمَدْرَسَةِ)
"Pintu bilik guru besar sekolah itu"
1. Mudhof = (بَابُ), Mudhof Ilaih = (غُرْفَةِ)
2. Mudhof = (غُرْفَةِ), Mudof Ilaih = (مُدِيْرِ)
3. Mudhof = (مُدِيْرِ), Mudhof Ilaih = (الْمَدْرَسَةِ)
Hanya (بَابُ) berperanan sebagai Mudhof sahaja. Hanya (الْمَدْرَسَةِ) berperanan sebagai Mudhof Ilaih sahaja. Manakala (غُرْفَةِ) dan (مُدِيْرِ) masing-masing mempunyai dua peranan serentak sebagai Mudhof dan Mudhof Ilaih. Di mana semuanya menepati :
Syarat Mudhof :
1. Tidak boleh bertanwin
2. Tidak boleh beraliflam.
1. Tidak boleh bertanwin
2. Tidak boleh beraliflam.
Syarat Mudof Ilaih :
1. Mesti majrur (eg. hujung berbaris di bawah)
1. Mesti majrur (eg. hujung berbaris di bawah)
18.6 Bolehkah perkataan lain berada di tengah-tengah antara Mudhof dan Mudhof Ilaih?
Tidak boleh. Melainkan Isim Isyarah* (... هَذَا ، هَذِهِ) ataupun Isim yang berperanan sebagai Mudhof Ilaih dan Mudhof sahaja sebagaimana contoh di atas.
Contoh : (كِتَابُ هَذَا الطَّالِبِ) "Buku pelajar ini".
Sekiranya Mudhof Ilaih bagi Idhofah itu adalah Dhomir Muttasil, maka Isim Isyarah itu boleh diletakkan selepasnya.
Contoh : (كِتَابُهُ هَذَا) = "Bukunya ini".
Latihan :
18.0(a) Lengkapkan baris ayat-ayat berikut dan terjemahkan :
1. وقع باب الخشب على حارس الملك
2. أكلت مع ابن الملك في مطعم حصين
3. صلّح العامل شبّاك السّيّارة المدير
4. ذلك سقف بيت ابن عمّ سليمان
5. درخ المكتب مغلق
18.0(b) Terjemahkan ke Bahasa
Arab, lengkap dengan baris :
1. Ahmad telah makan bersama rakannya di kantin sekolah.
2. Saya telah membaiki tingkap rumah itu.
3. Anak perempuan bapa saudara Hamzah namanya Zainab.
4. Pintu masjid itu terbuka.
5. Tingkap perpustakaan itu tertutup.
#NotaBahasaArab
*Isim Isyarah (أَسْمَاءُ الْإِشَارَةِ)
Latihan 18.0(a) Lengkapkan baris ayat-ayat berikut dan terjemahkan :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan