DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Sabtu, 18 November 2017

PELAJARAN 19.0 I'rab pada Isim (Siri Belajar Bahasa Arab Selangkah-Selangkah...)dari fb ustaz Halim Bede

19.1 Apakah dia I'rab?
I'rab ialah perubahan pada hujung perkataan, bergantung kepada peranan atau fungsi perkataan itu di dalam ayat.
Dalam pelajaran yang terdahulu (lihat 10.1), kita telah beberapa kali membincangkan tentang Isim Mu'rab yang boleh berubah hujungnya kepada tiga keadaan mengikut peranannya di dalam ayat. Perubahan inilah yang dikatakan I'rab*.
19.2 Apakah tiga keadaan I'rab pada Isim?
Tiga keadaan I'rab tersebut iaitu :
1. Rafa' (الرَّفْعُ)
2. Nasab (النَّصْبُ)
3. Jarr (الْجَرُّ)
Manakala :
1. Isim yang berkeadaan Rafa' dipanggil Isim Marfu' (الْمَرْفُوْعُ).
2. Isim yang berkeadaan Nasab dipanggil Isim Mansub (الْمَنْصُوْبُ).
3. Isim yang berkeadaan Jarr dipanggil Isim Majrur (الْمَجْرُوْرُ).
19.3 Apakah tanda-tanda asas Rafa', Nasab dan Jarr pada Isim Mu'rab?
Tanda-tanda asas itu ialah baris hujungnya iaitu :
1. Dhommah = tanda Rafa' bagi Isim Marfu'.
2. Fathah = tanda Nasab bagi Isim Mansub.
3. Kasrah = tanda Jarr bagi Isim Majrur.
19.4 Apakah I'rabnya Isim di dalam keadaan aslinya?
Isim di dalam keadaaan asalnya yakni jika ia bersendirian tanpa berada bersama perkataan-perkataan lain ialah Marfu'. Contoh Isim Marfu' ialah :
( مُحَمَّدٌ ، مَرْيَمُ ، كِتَابٌ ، الْكِتابُ ، كَثِيْرٌ ، كَثِيْرَةٌ )
19.5 Apakah contoh keadaan Isim dalam ayat yang menjadikan ia kekal Marfu'?
Yang utamanya Isim itu Marfu' apabila ia berperanan sebagai Subjek, Predikat, Kata Sifat (adjective) dan beberapa keadaan lagi.
19.6 Apakah contoh keadaan Isim dalam ayat yang menjadikan ia Mansub?
Paling utama sebagaimana yang kita telah pelajari Isim itu Mansub apabila ia menjadi Objek (lihat 6.4), kemudian sebagai Zharaf (lihat 16.4). Dan beberapa keadaan lain kita akan pelajari kemudian.
Contoh Isim Mansub ialah :
( مُحَمَّدًا ، مَرْيَمَ ، كِتَابًا ،  الْكِتابَ ،  كَثِيْرًا ، كَثِيْرَةً )
19.7 Apakah contoh keadaan Isim dalam ayat yang menjadikan ia Majrur?
Sebagai Objek Tidak Langsung dalam 'Jarr wa Majrur' (lihat 10.3), 'Zharaf wa Majrur' (lihat 16.4) dan sebagai 'Mudhof Ilaih' dalam Idhofah (lihat 18.1).
Contoh Isim Majrur ialah :
( مُحَمَّدٍ ،  مَرْيَمَ  ،  كِتَابٍ ، الْكِتابِ ،  كَثِيْرٍ  ،   كَثِيْرَةٍ )
Fahami dan hafalkan istilah Rafa', Nasab, Jarr, Marfu', Mansub dan Majrur semantap-mantapnya sebelum kita beralih ke pelajaran berikutnya.
Latihan :
19.0(a) Lengkapkan baris ungkapan/ayat berikut, tandakan semua Isim Marfu'. Terjemahkan.
1. ديني  الإسلام
2. ساعة البنت  مكسورة
3. بيت  زيد    الواسع    جميل
4. عائشة  أكبر من  فَاطمة
5. ماء  البئر   عذب


19.0(b) Lengkapkan baris ungkapan/ayat berikut, tandakan semua Isim Mansub. Terjemahkan.
1. أخذت  القلم   وكتبت  به
2. رأيت   هذا   الرجل   الصالح   في المسجد
3. بارك الله  فيه  وزاده   علما
4. قرأت  قصص  الرسول
5. شرب    الولد    اللبن

No automatic alt text available.

19.0(c) Lengkapkan baris ungkapan/ayat berikut, tandakan semua Isim Majrur. Terjemahkan.
1. طبخت  أختي  الطعام
2. كتبت  رقم  الـهاتف  على  الورقة
3. ركب  الولد   درّاجته
4. عائشة  أكبر من  فَاطمة
5. أنت   امرأة   صالحة  بارك   الله  فيك

#NotaBahasaArab
*I'rab (الْإِعْرَابُ)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular