DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Ahad, 24 Februari 2013

Kerja rumah,kerja sekolah.




 Diantara blog yang saya ikuti ialah Ummu Saif, aka Dr Muna isteri kepada Ustaz Hazrizal.Satu ketika beliau mengongsikan kesah anaknya yang menangis tidak kerana tidak dapat menyiapkan kerja sekolah.Jika terjadi pada kanak-kanak begini ada potensi anak ini tinggi sifat tanggjawab pada tugasnya.Tidak siap banyak risiko akan ditanggungnya,kebimbangannya dizahirkan dengan cara menangis.Jangan pula jenis yang tidak kisah,siap atau tidak,apa-apa terjadi nanti,fikirkan kemudian.

Yang palingg menyejukan hati guru ialah jenis yang meminta kerja.

"Cikgu tak ada kerja rumah ke,boringlah kat rumah tak ada kerja" Dan besoknya kerjanya siap.

Kerja rumah adalah salah satu cara guru membantu anak-anak belajar dirumah. Setengah mereka  tanpa kerja rumah mereka tidak akan sama sekali membuka buku kecuali anak-anak yang mempunyai ibubapa yang educated serta perihatin seperti Dr Muna. Terdapat juga  ibubapa  yang sampai peringkat  menguasai sukatan pelajaran demi membantu anak-anak,betuah anak-anak yang berada dalam situsai keluaga begini. Sering berlaku semasa Mesyuarat PIBG,ibu bapa mempertikai anak-anak mereka tidak diberi kerja sekolah oleh guru-guru berbanding dengan guru sekolah lain. Guru Besar akan panas telinga lalu memaksa guru-guru memastikan komplen ini tidak berulang. Namun guru-guru sering berhadapan dengan  hanya sebahagian anak sahaja yang menyiapkannya. Seterusnya guru pula panas hati, maka timbullah pula adegan-adegan seperti kasut tumit singgah ke kepala dan sebagainya,ekorannya timbul pula saman menyaman dari ibubapa tidak puas hati.

Saya sendiri pernah menghadapi situasi dilema yang sangat menuntut untuk saya membuat keputusan yang semaksimanya, dimana anak  lelaki saya sendiri tidak menyiapkan kerja rumah yang saya sebagai gurunya berikan sebelum cuti hujung minggu. Pada hujung minggu tersebut terlalu banyak undangan kenduri,siang dan malam,selain menyelesaikan pakaian sekolah mereka dari mencuci hingga menggosok. Saya tahu dia sepanjang masa menghadap game di skirin PC. Tiba hari Isnin dia antara yang tidak siap kerja sekolah.

Dalam keinsafan bahawa itu adalah kealpaan saya  sebagai seorang ibu,namun  sebagai guru,denda tetap denda.Biasanya denda saya ialah minta mereka menyiapkan duduk di koridor kelas. Saya perasan ada seorang murid perempuan telah memberikan bukunya pada anak saya untuk disalin,mungkin secret admirenya.Saya rasa dia tidak menyangka yang saya akan meneruskan tindakan tersebut.

Berdasarkan pengalaman saya boleh kategorikan murid-murid ini sebagai berikut;


Murid yang;
  • ada kerja rumah,bertanggung jawab menyaipkan,berusaha jika sukar bertanya.Ada potensi berjaya dalam hidup.
  • ada kerja rumah, tidak dapat meyelesaikannya kerana tidak pandai mengurus masa,tidak siap menangis kerana takut guru marah,takut dimalukkan dihadapan kelas,ada potensi menjadi orang yang bertanggungjawab,walau selalu membuat kesilapan.
  • ada kerja rumah,sengaja tidak buat,tak kisahlah cikgu marah,kena malukan dalam kelas.Ada potensi menjadi seorang yang tidak ada sifat tanggungjawab samada pada diri sendiri atau amanah yang di berikan.
  • Ada kerja rumah tapi lupa nak buat kerana sebok dengan perkara lain,main,mengadap komputer,sampai sekolah buat muka selamba,tetapi dalam ahti berasa kesal,berazam tidak lupa lagi,tapi tetap juga melakukan.Ada potensi menjadi seorang yang selalu kena marah boss,dan sukar naik pangkat.
Bagaimana pula dengan situasi yang seperti ini?

2 ulasan:

  1. Salam kasih makbonda,
    Kaifa haaluki?

    Ya, saya ada melihat berita tv, kes murid kena halau dari sekolah tu, kesian dia.. trauma. Bila tak bagi kerja sekolah, pibg suruh-suruh pula ya, kak, sebab nak anak-anak rajin buat kerja sekolah.
    Teringat zaman anak-anak tiada pc, laptop, main hanset 3g mak dia. Budak-budak tak leka sangat. Dulu, kalau tengok tv kan sebaris jer depan ruangtamu, mak ayah nampak. Lepas kena sound baru berkejar buat kerja sekolah, basuh baju sekolah semua.. hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah indah,

      Zaman Kita dan zaman sekarang,sangat jauh jurangnya.....Tulah sebab sekarang guru-guru kena cari jalan bagaimana nak bagi semangat pelajar selesaikan kerja sekolah,kalau ikutkan sapa nak buat buatlah tak nak buat sudah...tapi itu seperti melepaskan tanggungjawab. Tanpa pelajar siapalah guru. Zaman dahulu murid mencari guru,sampai bermusafir ditengah padang pasir,mendaki gunung ganag meentasi hutan dan sebagainya.

      Padam

Catatan Popular