Kanak-kanak yang berani. Sumber goggle |
“Inilah anak aku,kecik-kecik dulu penakut,naik papan
gelongsor kena pak dia dukung,naik buai apa lagi,mak dia dukung duduk kat
buai,paknya yang tolak,la nia boleh dia panjat menara TMB,aku yang seriau.
Macamana boleh jadi berani lagu tu aku pun tak tau lah”
Ketawa saya,
Ketawa saya,
Masa kecil dahulu saya ada sepupu yang nakalnya sehingga saya
trauma mahu mendekat,seboleh-bolehnya elakan
dari bertemu dia.Dia pernah membaling kepala saya dengan batu sehingga sekarang
sakitnya masih terasa.Namun sekarang dia telah menjadi orang penting dalam
pejuangan dunia Islam.Memunafaatkan kekutan jiwa,akal fikirannya untuk
agama.Pengikutnya di FB dan blog begitu ramai,bukan sebab cerita yang lagha,tapi ilmu dan pengalamannya yang dikongsikan.Walaupun sakit balingan batunya masih
terasa, saya bukan menyimpan dendam tapi menjadikannya sebagai kenangan,kesakitan
dari seorng ikon Islam zaman mutakhir.Tangan yang membaling batu itu
melambangkan kekuatan jiwanya.
Saya pernah menerima sekeping kad hari raya dari seorang
bekas pelajar yang sedang berada di IPT sedangkan semasa sekolah rendah dulu
belilau adalah salah seorang pelajar corot. “Cikgu,saya sebenarnya malu nak
bagi kad ini sebab semasa sekolah dahlu saya tak pernah dapat hadiah semasa
hari ucapan,cikgu pernah cakap tak semestinya masa sekolah kita tak pandai kita
tak boleh berjaya masuk universiti,saya masih ingat lagi kata-kata cikgu” Basah
jiwa saya membacanya
Anak teruna saya semasa kecil dulu tidak suka dipeluk,dia
akan mengelap pipinya bila dicium.Sangat kerap tersumbat.apabila keperluannya
tidak dipenuhi dia akan membatu seperti patung.Sangat membimbangkan saya.Tapi bila telah mengakhiri zaman
remaja,bila mahu berpisah atau baru bertemu dialah yang paling erat memeluk
saya,dan sangat senang mengendalikannya,baru-baru ini dia mahu menghadhiri satu
temuduga,mengajak kakaknya membeli baju baru,bila saya cadangkan tidak perlu
membeli baju baru,pakai sahaja baju abah,pilih sahaja masih cantik.Sungguh tidak
menyangka yang dia akan bersetuju,dan Alhamdulillah dia lulus temuduga untuk menjadi
pegawai kapal. Semasa bermain ditepi pantai dia sangat takut bila ombak datang,habis semua orang dipanggilnya naik,untuk ke gigi air dia akan mengesot seperti penyu.Apabila besar dengan gagahnya dia menempuh gelombang setinggi pokok yang melanggar kapalnya.Entah sejak bila berubah saya pun tidak sedar.
Anak gadis sulung saya sewaktu kecil dahulu juga sangat
membimbangkan saya ,sangat tidak peduli pada orang sekeliling.Adik kecilnya disebelahnya
menangis sampai biru pun,dia dengan selamba meneruskan kerjanya mewarna
gambar. Satu ketika adiknya telah disengat tebuan,seperti tertutup telinganya
terus sahaja dia membaca buku cerita. Apalah akan terjadi pada anak sulung saya
ini bila besar nanti. Bimbang saya. Namun bila dia telah dewasa,dialah paling cakna pada
adik-adik.Mudah dia mengeluarkan bantuan dan RMnya demi adik-adik.Bila dia sedang bercuti, dialah yang saya harapkan menghantar embah-embahnya ke kelinik atau kemana-mana tempat yang dihajati mereka.
Ada juga segelintir bekas pelajar saya yang dahulu semasa
kecil cerdik,keletah,ramah mesra,tapi bila telah dewasa boleh dia buat tak
kenal pada kita bila terjumpa di majlis kenduri atau di pekan,malah kita yang
menegur dahulu.
Begitulah,bila saya telah memasuki gerbang usi emas ini saya
telah berpeluang melihat perkembangan manusia,dahulu begitu sekarang
begini,dahulu begini sekarang begitu. Kadang ada kawan-kawan yang masih
muda,mengeluh tentang perilaku anak-anak. Saya cuma dapat mengongsikan
pengalaman.
Sebenarnya kanak-kanak yang nakal itu dia mempunyai kekuatan
semulajadi iaitu berani,cekal dan berjiwa pejuang. Seandainya jiwa itu disi dengan
iman InsyaAllah,mereka nanti akan menjadi pejuang Agama. Berani membetulkan
yang hak. Tidak gentar menghadapi kepayahan . Namun Ibubapa idak boleh berhenti
untuk berusaha dan berdoa untuk membentuk dan mengaplikasikan
kelebihannya. Anak yang suka menjawab dan suka melawan,bentuk dia menjadi
seorang pendakwah yang berani menegur kesalahan,tatapi dengan adab dan hikmah
bukan secara gelojoh dan beremosi.
Ada juga kanak-kanak yang lambat kemahiran membaca.Jangan mengalah usaha disamping doa,ajari sahaja,satu ketika dengan tiba-tiba terbuka mindanya,terus sahaja lancar membaca.
Ada juga kanak-kanak yang lambat kemahiran membaca.Jangan mengalah usaha disamping doa,ajari sahaja,satu ketika dengan tiba-tiba terbuka mindanya,terus sahaja lancar membaca.
Bagi ibubapa yang mempunyai anak yang cerdik,cepat kemahiran
membacanya,senang urusannya,jangan leka,itu juga ujian,adakah kita akan menjadi
ujub dan riak dengan membangga-banggakan kelebihan bahawa akaulah ibubapa yang pandai
menjaga anak.Waspada kadang-kadang satu ketika anak itu mejadi beban kepada
kita melalui perkara lain pula yang kita tidak menyangka.
Walaubagaimanapun perlu waspada pada anak-anak yang suka menipu
dan mencuri,kedua-duanya adalah sifat yang berkaitan. Ianya juga seperti bakat. Dalam menghadapi anak-anak
jenis ini ibubapa perlu melakukan sesuatu, samada muhasabah diri ibubapa dan
bertaubat dari melakukan pencarian rezeki yang tidak halal,sebab jika
bertuerusan kebiasaan mencuri itu akan menjadi sebati pada dirinya dan akan
menjadi lebih advanc lagi.Begitu juga kanak-kanak yang suka menipu.dia
mempunyai bakat untuk berpura-pura dan berlakon.Kalaulah dia menjadi pelakon
terkenal tidak lah mengapa tapi dia akan menjadi manusia punya dua identiti.
Sabda Nabi SAW " Didiklah anakmu dengan 3 perkara-cintakan Nabi SAW,
kasih kepada ahli keluarganya dan membaca al-Qur'an". Nabi juga berpesan
" Setiap anak yang dilahirkan dalam keadaan fitrah(Islam), maka kedua
orang tuanya yang meYahudikannya, atau meNasranikannya atau
meMajusikannya".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan