"Makbonda,kamu tonton tak semanis khurma malam Jumaat semalam?"
"Insyaallah ada,tapi sambil berlari-larian,kalau tak silap tajuknya dingin dalam rumah tangga kan"
"Perasan tak ada satu pendengar yang kongsi masaalah.Dia isteri pertama,bila tiba giliran dia bersama suaminya dingin pada dia,tidak di pedulinya,sibuk merokok,dah lama mereka tidak bersama"
"Owh ya ya saya perasaan, he he he ke kamu tu?"
"Eh taklah....tapi kamu tau tak itulah yang saya alami,maaf ye kalau sepatutnya saya tak cerita,tapi itulah hakikatnya, dah 3 bulan dia tidak menyentuh saya,bila tidur dia hadap ke lain dan lebih rela memeluk kucing dia.Saya masih punya naluri,bila sudah lama tidak balik,saya harapkan sesuatu yang istimewa dari dia,tapi hampa,bila dalam kehampaan saya akan mengalami kepeningan hingga ke siang. Beberapa kali saya sudah menagih padanya,dia kata dia tidak ada selera,bila saya syorkan padanya berubat dia kata di sana tidak ada masaalah. Pernah saya bepakaian seksi,dia mencemuh "tak sedar siri dah tua pakai macam ni,tak malu, katanya."Kami sama-sama diam.
"Patut ke saya mengesakki ada unsur ilmu hitam disini? Saya masih ada naluri,Dia pernah suruh saya yang berusaha memulakan,tapi saya tak boleh,saya bukan peminta sedekah. Saya dah merujuk pada seseorang di pejabat agama. Saya sudah boleh menuntut bubarkan perkahwina,tapi saya tak mahu.......tak mahu......saya masih mahu bersama dia?"
Hmmm,Makbonda tarik nafas,dan pandang matanya dalam-dalam,berat sungguh. Makbonda tak ada langsung pengalaman sebegitu. Sepanjang telinga menangkap butir bicaranya,mata menatap riak wajahnya,dalam hati berdoa "Ya Allah berilah aku petunjuk agar mendapat ilham,agar apa-apa yang tekeluar dari lidah menjadi ubat bukan racun."
"Makbonda,tolonglah katakan sesuatu,pening kepala saya masih belum hilang ni. perut saya mual. Ya Allah ,saya sudah mengadu kat kat Allah Taala,tapi masih belum jumpa jawapan."
"Ilmu hitam? Memang ada berlaku,itupun kalau ya,kalau tidak,percuma sahaja kita dapat dosa. Ataupun memeng itulah perasaan dia,dia telah jatuh kejurang kebosanan,dia mahu sesuatu yang baru'kalaulah itu jenis dia,satu masa dia juga akan rasa begitu pada yang muda."
"Bolah saya bercerita sedikit. Suami saya punya seorang sepupu yang mengahwini anak gadis pada seorang Guru pondok di Sik Kedah.Meraka sekampung ditempatkan di petempatan baru setelah kampungnya di tenggelamkan untuk menjadi sebuah empangan. Jadi sebelum berpindah mereka telah mengorek tanah perkuburan untuk dipindahkan sama,satu antara tanah berkuburan itu berusia 20 tahun tapi,jenazahnya masih utuh seperti jasad baru di semadikan,setelah di siasat rupanya adalah jenazah seorang lelaki. Semasa hidupnya dia telah punya anak isteri tapi telah di larikan oleh perempuan Siam,tentu sekali diilmu hitamkan,sehingga saudara,anak isteri telah menganggap dia telah murtad mengikut kehidupan perempuan siam tersebut.Setelah beberapa puluh tahun,tiba-tiba dia muncul,tapi dalam keadaan uszur,lalu di hantar ke hospital,dan meninggal. Lalu timbullah masaalah kemana harus di kebumikan,sebab telah begitu lama dia meninggalkan Agama. Tiba-tiba jiran sebelah katil wad mencelah. "Sebelum dia nazak tadi dia mengucap kalimahsyahadat dengan jelas sekali" Semua yang ada terfana' lalau dikebumikanlah secara Islam. Dan sekarang itulah yang punya jenazah. Jadi boleh kan buat kesimpulan,bahawa sesaorang yang sedang di ilmu hitamkan tidak dikIra segala dosanya."
"Jadi maknanya dia tidak bersalahlah ya.?"
"Saya tak boleh nak bagi hukum,kamu buat kesimpulan sendiri,berusahalah dari jauh,tanya lagi pada ilmuan,ayat-ayat syifa'. Yakinlah Allah Maha melihat,mendengar,mengetahu,pengasih,penyang dan punya 99 Asmaul Husna.
"Semantara tu macamana saya nak sembuhkan penig kepala saya ni."
"Ibaratkanlah ye, kamu suka sangat makan sup tulang,siang malam makan sup tulang,makan di luar pun order sup tulang,hujung minggu suami balik pun sup tulang,dah di kategorikan sebagai ketagih tegarlah,tanpa sup tulang bukan makan namanya. Tiba-tiba kamu telah disahkan kena darah tinggi atau jantung akibat kolestrol yang terhimpun. Antara makan yang perlu di tinggalkan ialah 'sup tulang'. Agak-agak apa tindakan yang kamu buat"
"Saya tinggalkan sup tulang"
"Tapi sukar kan?,jadi kamu kena buat alternatif bagaimana mahu melupakan sup tulang,bukan sekejap tapi lama."
"Tapi mana nak samakan penig kepala saya dengan ketagihan sup tulang ni?"
"Ketagihan tu kan nafsu, yang boleh ditundukan,sedangkan perokok tegarpunboleh sembuh hanya menggantikan dengan gula-gula apalagi ketagihan kamu,ubatlah dengan zikir."
"Ya Allah Makbonda,kenapa saya tidak boleh berfkir begitu,Ya Allah sesungguhnya satu demi satu saya nampak nikmatnya. Terimaksih pijamkan telinga,bagi pulak oleh- oleh-oleh jiwa."
"Seberannya saya lagi patut ucap kat kamu,bersama kamu saya telah belajar untuk menghargai dan mensyukuri apa yang saya sedang miliki. Lepas ni jangan cakap terimakasihlagi kat saya ye,tapi ucapkan Jazakillahikhairan kathira"
Lalu KAMI berpelukan.