DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Sabtu, 27 November 2010

Bekalan bermusafir.....




Bila akan bermusafir dan musafir itu adalah terancang,Makbonda dan suami akan menyediakan beberapa perkara sebagai bekalan sepanjang perjalanan untuk mengelakan kebosanan dan mengantuk. Biasanya bekalan yang wajib ialah air kosong,kuaci atau kacang goreng. Satu perkara yang pasti ialah buku. Samada buku itu dibeli sebelum pergi atau stok buku dirumah yang belum sempat terbaca. Orang kata tidak boleh membaca dalam kenderaan,tapi tidak bagi Makbonda. Makbonda membaca bukan untuk menjawab soalan peperiksaan atau membuat tugasan dari pensyarah,tapi adalah untuk menjawab soalan dari diri sendiri dan tugasan juga untuk diri sendiri. Semasa bermusafirlah dapat peluang seluasnya untuk membaca. Di rumah terlalu banyak aktiviti lain yang menunggu. Selain dari tugas kerja dan rumah tangga,laman dan tapak tanaman kena di perhati,ayam di reban perlu dilawati.

Biasanya dalam perjalanan pergi,dari Sabak Bernam ke Johor Baharu 1 novel akan habis di baca. Kalau buku selain novel bergantung pada muka surat atau isu yang dipaparkan. Semasa Bemusafir ke Kelantan semlam Makbonda membawa 3 buah buku iaitu Travelog Seorang Da'i,Nota Fikir untuk Zikir, Dan Bicara atas Nama Kasih.

Buku Nota Fikir untk Zikir dan Bicara atas Nama Kasih,telah lama dibeli tapi baru kini membaca secara bersistem sebab Makbonda telah baca dalm blog penulisnya, walaubagaimanapun lebih sempurna dan penghayatan bila dibaca dalam bentuk cetak. Penulisan yang berbentuk santai tetapi sangat mesrajiwa. Berlaku dalam kegiatan harian kita.






Travelog Seorang Dai telah lama Makbonda lihat di kedai buku atau di katalog,tapi baru kini tergerak untuk membelinya.Memang di beli khas untuk perjalanan ini. Satu penulisan yang berbentuk motivasi dan menginsafkan,adakala apa yang diperkatakan penulisnya sama seperti apa yang bermain-main dibenak hati. Untuk pulang ke pangkal jalan bagi setiap insan ,atau untuk menuntut ilmu tidak ada istilah terlambat,walaupun sehingga saat hampir nyawa terpisah dari jasad.

Fitnah,hasad dengki ,dendam dan berbagai mazmumah lain memang satu penyakit yang merosakan bagai virus kenser yang menjalar seluruh saraf dan memakan sel-sel tubuh, tapi bagi yang menjadi mangsa,itu adalah sebagai pemangkin untuk menambah kekuatan diri untuk diangkat ke makam yang lebih tinggi disisi Allah SWT. Itupun bagi yang mahu,jika kecundang sebelum menempuhnya maka kehidupan akan lebih sia-sia. Penyakit ini juga tidak mengecualikan hanya untuk orang-orang umum saja tapi juga bersarang dalam jiwa-jiwa orang yang bermakam tinggi dalam kedudukan juga dalam ilmunya. Sangat sesuai dibaca oleh golongan pelajar sehinggalah golongan makcik-makcik. Makbonda tunggu sahaja siapa anak-anak yang tergerak hati mahu menikmatinya.



Beberapa Faedah membaca yang Makbonda dapat dari sini

  1. Membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan.
  2. Membaca adalah satu senaman minda
  3. Membaca akan meningkatkan memori anda
  4. Membaca akan melatih anda untuk menjadi seorang yang berdisiplin
  5. Membaca ia akan meningkatkan kreativiti dalam kotak fikiran
  6. Membaca akan mengurangkan stress atau tekanan
  7. Rajin membaca akan meningkatkan skil membaca dan skil tatabahasa anda
  8. Membantu anda berkomunikasi dengan lebih baik.

Jumaat, 26 November 2010

MUSAFIR 1


Suami mengajak Makbonda menemankannya membawa satu lawatan orang kampng ke Negeri Kelantan Darul Naim. Asalnya berat juga memenuhi permintaannya memandangkan Aiman akan menduduki Dewan SPMnya. Nasib baik Atina puteri kedua sanggup berkorban pulang awal sedangkan tenaganya masih diperlukan untuk kerja-kerja akhir majalah IPGnya.

Ahli rombongan adalah terdiri dari Makcik dan Pakcik,Kos di taja oleh JKKK. Asal program bukanlah tugas kami untuk meneraju,tetapi disaat akhir satu demi satu menarik diri atas alasan yang munasabah,jadi kamilah menjadi peneraju.

Ini adalah beberapa Pengalaman Makbonda bermusafir dengan orang kampung. Pertama kali dulu semasa baru posting,makbonda mengikuti program yang dijalankan oleh PIBG ke Cameron Higland. Makbnda ajak teman serumah dari sekolah lain untuk menemani. Dalam tentetif perjalanan tiada slot untuk solat. Dalam 44 peserta hanya kami berdua yang solat itupun secara mencuri-curi ruang. Ada sekali kami terlambat naik bas,kata makci-makcik tu " Alah kita dharurat ni,qada'jelah" Peristiwa tersebut berlaku tahun 1984.

Pengalaman ke dua Lawatan keutara bersama ahli qariah surau. Perjalanan ke Wang Kelian tapi singgah di sebuah pondok di Sik.Oleh kerana penerajunya pengerusi surau dan Tok guru tempat saya mengaji,jadual solat agak sempurna.Namun ada segelintir ahli wanita yang tak nak turunpun semasa ahli lain turun ke masjid.Sebanarnya mereka adalah terdiri dari penduduk kampung lain yang dibuka penyertaannya apabila terdapat kekeosongan,dan objektif mereka adalah untuk bershoping.

Pengalaman ke empat adalah semasa dalam perjalanan dari Mekah ke Madinah. Apabila masuk waktu Subuh,pemandu memberhentikan bas di satu musolla kecil di tepi jalan. Keadan musolla tersebut memang tidak terdapat seperti di Malaysia,Makbonda sendiri mengambil wudu' menggunakan air bekalan minuman.Tempat sujud penuh dengan pasir. Ada segelintir makcik pakcik tidak jadi bersolat. "Huh,tak sampai ati aku nak semayang .Macamana nak sujud,lantainya rupa itu,qada' ajelah nanti." Dia tak tau Masjid Nabawi dulu berlantaikan pasir,dan Rasulullah SAW serta sahabatnya sujud atas pasir.

Makbonda juga telah ebberapa kali turut serta menyertai lawatan membawa murid sekolah,kerana itulah adalah antara tugas makbonda,Bahagian Lawatan Sekolah.

Dan kini pengalaman terbaru bersama-makcik-dan pakcik dan Makbondalah antara yang telah menjadi Makcik.Kerjasama antara pemandu dan peneraju lawatan adalah cukup erat. Sebelum bertolak peserta di ingatkan bahawa jadikan perjalanan kita sebagai ibadah,dengan berniat untuk Allah Ta'ala. Hendaklah dijaga adab-adab datang ketempat orang,terutama semasa singgah di masjid atau tempat awam lain, jaga kebersihan,tidak membuang sampah ditempat yang tidak sepatutnya,Bila singgah di masjid isilah tabung masjid yang disediakan, pam tandas selepas digunakan. Perkara-perkara yang remeh sebegini perlu di sebutkan sebab adakalnya antara pengunjung masjid yang membuang lampin anak atau tuala wanita sesuka hati mereka sahaja,selepas mebuang air kecil dengan selamba tandas ditinggalka berbau hacing,tanpa di pam. Di bacakan juga tujuan bermusafir. Perkara baik dan buruk yang mereka lihat jadikan tauladan dan sempadan. Dalam doa yang dibacakan dalam bahasa Melayu juga ayat disusun seolah-olah mereka yang bercakap sendiri dengan Tuhan.
Peserta lelaki dapat berjemaah setiap kali solat walaupun semasa solat jama'.tetapi peserta wanita belum berbudaya,hanya beberapa orang yang turut sama berjemaah dengan Makbonda.

Antara tempat kunjungan kami ada dicatatkan dalam blog puteri bungsu saya di sini
Pebezaan membawa lawatan antara antara kanak-kanak sekolah dan pakcik-makcik ni,masa lebih dipatuhi oleh kanak-kanak dan jadual perjalanan lebih tepat lagi.Bebeza dengan Pakcik makcik. Bas dah nak bertolak pun ada yang minta turun,baju sejuk tertinggal kat bonetlah dan macam-macam lagi. Dalam jadual perjalanan,berhentiadalah untuk solat dan makan,tapi dengan tiba-tiba saje boleh mintak bas berhenti nak buang air kecil,macam naik kereta sendiri. Bila bas berhenti di stesyen minyak,habis semua turun berbaris di tandas. Dulu-dulu makbonda mengutuk-ngutuk dalam hati,apalah pakcik-makcik ni, tapi kini makbonda juga antara makcik dan pakcik tersebut. Agaknya ada ke tidak antara peserta muda yang mengutuk dalam hati. Antara pengalaman mahal yang makbonda perolohi ialah bertambah eratnya silaturrahim kami,betullah kata orang antara untuk mengenal sahabat dengan lebih dekat lagi adalah dengan kita bermusafir bersama.

Alhamdulillah perjalanan selamat pergi dan kembali.

Antara doa Musafir
DOA 1

الله أَكْبَر ، الله أَكْبَر ، الله أَكْبَر سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى وَمِنْ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى ، اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَر وَالْخَلِيفَةُ فِي الأَهْلِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالأَهْلِ

Maksudnya : Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali. Ya Allah kami memohon kepadaMu kebaikan dan ketaqwaan pada perjalanan kami dan dengan amalan yang Engkau redhai, Ya Allah ringankanlah perjalanan kami dan pendekkanlah jaraknya, Ya Allah Engkaulah Teman dalam perjalanan, dan Ketua bagi ahli keluarga, Ya Allah aku memohon perlindunganMu dari kesulitan perjalanan, pandangan yang samar, dan dari kejahatan yang boleh menimpa kepada harta dan ahli keluarga sekembalinya kami.

Khamis, 18 November 2010

Review novel 11

"Esok kamu akan berangkat ke bandar. Ayah tidak dapat sembunyikn rasa bimbang ini daripada kamu semua. Ayah serba salah sekarang tapi pesan ayah jagalah diri baik-baik di sana nanti........ayah tidak tahu adakah anak-anak ayah akan menjadi seorang terpelajar atau seorang yang zalim pada masa akan datang."


"Tidak usahlah awak bimbang tentang anak-anak kita. Saya yang mengandungkan mereka,menyusui mereka dengan air susu yang suci ini, serta mendidik mereka dengan penuh kasih sayang,tidak mungkin mereka akan memilih jalan sesat."

"Saya tidak bimbang pasal anak-anak saya itu tetapi sitem pendidikan sekarang. Saya bimbang itu akan mengaburi mata mereka. Tabiat manusia sukakan kemusnahan."

Ayah menyambung lagi kata-kata sambil memandang ke arah mata emak "Sesuci manapun susu yang awak berikan kepada mereka namun kotoran sistem tersebut mampu menjadikan mereka kabur. Bala akan tiba permaisuriku....!"

Dailong di atas adalah antara kedua ibu bapa Qan dan Turghut beberapa hari sebelum mereka berangkat untuk melanjutkan pelajaran di bandar.

Abang Turghut menjawab pantas(ms 7)
"Siapa yang mampu jadikan kami ateis? kami orang Islam berdarah turki. Kalau mereka memotong urat saraf kami akan keluar darah yang mengiakan bahawa kami ini bangsa turki yang berpegang teguh dengan agama Islam. Setiap degup jantung kami juga mengulangi yang kami ini warga Turki Muslim sejati tidak seorang mampu menipu kami ayah!."

Setelah bulan ke enam mereka telah merasakan bahawa keluarga mereka kuno,kolot dan fasis. Mereka sudah meulai membenci ayah mereka. Nasib Qan baik,sempat pulang ke pangkal bila suatu masa ayahnya menggigil ketakutan dihadapannya kerena bimbang dibunuh oleh anaknyan. tetapi Turghut terus tersesat sehingga ayahnya maut di hujung senapang anak buahnya.

Begitulah antara petikan dari novel Weil China karya penulis Turki Eemine Syenlikoglu yang di terjemahkan oleh Mohd Rofisi bin Dolah,diterbitkan oleh PTS 2010.



Ya!.Dalam proses mencerna dan menghadham novel Weil China ini terasa seperti senaman untuk jantung,kerana pada situsai biasa jantung mabonda bedegup dengan tempoh yang sekata tapi kini muncul satu tenaga yang membantu menguatkan lagi degupannya.

Hmmm...disamping itu ianya menambahkan lagi rasa cemburu di jiwa,mengenangkan anak-anak yang telah kita didik dirumah dengan sebaiknya,namun bila mereka keluar menghadapi duni,terlalu banak unsur yang boleh mengubah mereka 180 darjah.Nauzubillah hi minzalik.

Walaupun kesesatan Abang Turghut telah terlalu jauh,akhirnya dia juga dapat pulang ke pangkal tetapi setelah mengorbankan jiwa beribu-ribu umat Islam temasuk kedua ibubapanya.

Isnin, 15 November 2010

Travelog



Makbonda mahu mengongsikan sedikit pengalaman semasa musim haji 1996. Hari wuquf di Arafah ketika itu jatuh pada hari Sabtu 9 Zulhijjah 1416 = 27 April.

Khamis 9.30pm.Taklimat dari LTH, Jemaah di beri amaran supaya tidak keluar dari penginapan pada esok pagi,ditakuti sesat dan kehabisan tenaga kerana petangnya kami akan berangkat ke Arafah.Walaubagaimanapun Makbonda suami isteri melanggar juga arahan untuk bersubuh di Masjidil Haram,setelah meminta perlindngan dan kelapangan dari Allah SWT. Kami mula bersiap-siap mengemas barang keperluan untuk selama beberapa hari mengambara ke Arafah dan Mina.Pembahagian bas telah ditampal di dinding penginapan.Selain bekalan hafalan zikir dan doa digalakan membawa sedikit makanan pengalas perut untuk persediaan,jika bas tersesat dan sebagainya.Ada setengah jemaah yang siap merebus nasi impit.

Jumaat, 4.30pm kami berbaris untuk menaiki bas yang telah ditentukan.4.35pm bas bertolah tiba di Arafah 5.30pm,pada hari biasa perjalanan kurang dari 10min. Maklumlah bersesak dengan jutaan ummah.

Kami ditempatkan dalam satu khemah yang dikhaskan untuk Jemaah Malaysia, di maktab 48. Pada ketika itu keadaan khemah haji Muasasah hanya sekadar menutup langit,bahagian bawah agak terdedah,tapi dek kerana jiwa-jiwa jemaah tertumpu pada ibadah,tidak ada yang berkesempatan untuk mengintai khemah lain dan sebagainya.



Jam 5.45 talah masuk maghrib,kami solat jama' taqdim.Semasa memilih Imam semua jari mengarah kepada Makbonda,padahal Makbonda ketika itu paling muda,walaupun dalam kelompok kami ada beberapa ustazah.

Selepas itu kami bebas menjalankan ibadah sendiri sehinggalah waktu subuh, Zuhur, 'Asar, Maghrib dan Isya' kami dalam berjemaah.Waktu-waktu terluang menghabiskan masa dengan bertadarrus dan menjalankan semua solat-solat sunat. Beribadah ketika itu terlalu dekat hati dengan Allah SWT. Di sini adalah antara tempat-tempat yang mustajab untuk berdoa.Pada ketika itu masing-masing berdoa,meratap pada Allah SWT. tiada berkesempatan untuk bersimbang dan berbual. Dengan mudah air mata tertumpah. Khemah di penuhi jiwa-jiwa yang basah. Betulah kata orang suasana di Padang Arafah adalah gambaran di padang mahsyar.Di padang Arafah kita masih boleh berlindung dibawah khemah,sakit pening ada panadol yang menjadi pelega. Bagaimana semasa di padang mahsyar,siapa yang melindungi kita dari matahari yang sejengkal dari kepala? Yang menyelamatkan kita dari berenang di lautan peluh,nanan dan darah?.Semua dalam keadaan nafsi-nafsi!,masing-masing tiada siapa yang peduli!,selain dari bekalan amalan-amalan kita semasa di dunia.


Selepas Isya' Jemaah beransur ansur berkemas dan memasuki bas untuk berangkat ke Muzalifah mengikut giliran yang telah di tetapkan oleh TH.
12.30malam  baru tiba giliran kami bertolak ke Mudzalifah,Sampai Mudzalifah 1.30am,bas berhenti dan memberi peluang kami turun mengutip batu, kami sempat juga bersolat di satu musolla.


gambar hiasan
2.30am tiba di Mina,Khemah masih agak kosong,jadi boleh memilik dimana-mana sudut .Kami melelapkan mata sebentar.

3.30am,Suami dan beberapa Jemaah mengajak kami pergi ke Mina untuk melontar. Perjalanan selama satu jam melalui lorong Muassim.Alhamdulillah dapat melontar ketiga-tiga Jumrah, Ula,Wusta,dan Aqabah.Alhamdulillah,kami telah boleh bertahallul awal,kerana kami mengerjakan Haji Ifrad,setelah 13 hari di dalam ihram.Inilah yang dinamakan sebagai hariraya Idul Adha.

gambar hiasan ehsan dari google

Perjalanan dari Arafah ke Mina banyak cabarannya,Dalam berebut bas kadang ada yang suami isteri,atau ibu dan anak terpisah.Kadang sikap pemandu bas yang kurang bertanggungjawab,diturunkan penumpang jauh dari khemah,maka berjalanlah mereka berpanas ditengah padang pasir.Itu sebab kena banyakkan doa kelapangan urusan. Jika berlaku sebarang musibah bersangka baik dengan Allah SWT,samaada ianya untuk mengampunkan segala dosa atau meningkatkan darjat kita.

Di Mina kami selama 3hari 3malam,Ahad,Isnin dan Selasa. Pada Hari isnin bersamaan 29 april, disini suami mengucapkan selamat hari lahir yang ke 35 kepada Makbonda,yang Makbonda tidak menyedarinya sebelum itu.

Kerja-kerja melontar ini adalah lebih afdal dilakukan waktu tengahari tapi kami hanya mampu melakukan pada waktu malam atas nasihat LTH,kerana waktu Zuhur agak sesak.




Semasa mengerjakan haji Makbonda meninggalkan 4 orang anak. Atiqah 9 tahun,Atina 7 tahun,Aizat 5 tahun dan Aiman 3 tahun.Makbonda berjuang menguatkan jiwa semasa meninggalkan mereka,berusaha agar bayangan mereka tidak mengganggu kerja-kerja ibadat.Sebenarnya antara jihad yang Makbonda kena lalui ialah jihad dengan anak-anak.Sebelum pergi ramai yang menasihatkan agar jangan terlalu mengingati anak-anak nanti anak-anak akan kerinduan. Tipulah kalau kata kita  dapat tidak mengingatinya,sebab itulah dunia Makbonda dalam 10 tahun ini.

Semasa menunggu suami menghabiskan Jamrtul Aqabah yang terakhir , Makbonda berehat di satu tiang kerana suami menolong orang lain membuat kerja melontar. Sudah menjadi kebiasaan Makbonda sentiasa membawa bekalan air dimana-mana,tiba tiba datang seorang ibu dan 4 orang anak yang sebaya-sebaya dengan anak Makbonda,dengan hanya bahasa badan Makbonda faham dia minta air untuk keempat anak-anaknya. Anak-anak itu berebut-rebut semasa ibu menuangkan air ke mulut mereka.Makbonda tewas,sesungguhnya sememangnya tewas. Wajah-wajah mereka telah bertukar menjadi Atiqah,Atina,Aizat dan Aiman.Perut Makbonda menjadi mual,tetapi memuntahkan cecair melalui saluran mata,dan ianya tidak mahu berhenti,walaupn setelah beristighfar berkali-kali.Agak lama.Makbonda cuba menghentikan sebelum suami datang tetapi tidak berjaya, Bila suami tiba beliau bertanya keadaan Makbonda, namun hujan semakin lebat.mulut serasa kebas untuk menjawab pertanyaannya. Makbonda memberi isyarat untuk menjawab nanti.

Rabu 9.45 kami bertolak balik ke Mekah.Solat Zuhur di Masjidil haram,terus Tawaf Ifadah dan Sa’e. Maka selesailah Rukun Haji kami. Alhamdulillah.Barulah Makbonda menalifon adik untuk bertanya khabar,sebab ketika itu dirumah sendiri belum ada talian.

Sementara menunggu masa bertolak ke Madinah masa dihabiskan untuk mengerjakan umrah.

Setiap kali menjelang Idul Adha,bayangan-bayangan ini akan menjelma dalam ingatan,walaupun telah berlalu lama,ianya masih terasa bagitu baru.Berdasarkan cerita dari jemaah yang pulang,gambar-gambar di web dan media, sekarang di Arafah,Mudzalifah,Mina dan Masjidil Haram telah banyak mengalami perubahan.Sesungguhnya Makbonda amat merindui dan sering meminta pada Tuhan untuk melorongkan ketika berkunjung lagi.

Jumaat, 12 November 2010

Sapi

Tiba-tiba kak Laila dapati dirinya sedang berada dikelilingi flora dan fauna. Suara bertasbih,bertahmid dan bertakbir,beriring-iringan membentuk satu keharmonian bunyi yang asyik dan mendamaikan.

Bila dia menoleh pada suara yang agak berdengus,rupa-rupanya datang dari nafas Sang Sapi yang sedang tenang dan wajah yang bercahaya-cahaya.

gambar ikhsan dari http://xiiinam751.blogspot.com/


Kak laila : Salam Sapi.
Sapi: Waalaikumussalam.

Kak Laila: Kamu apa khabar,wajah kamu amat tenang dan mendamaikan.

Sapi: Sudah semestinya,aku dalam keadaan bahagia,beberapa hari lagi aku akan di qurbankan.Aku telah di beli oleh anak-anak tuanku untuk dikongsi berqurban.

Kak laila :Alhamdulillah. Kamu tersangatlah beruntung,disamping sapi lain yang maut dijalan-jalanraya,yang tertimpa debu merapi,yang ditembak dek kerana dijangkiti penyakit,kamu mati dengan nama Allah.

Sapi: Ya begitulah nampaknya. Maha suci Allah. Aku juga amat kagum dengan iman anak-anak tuanku yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan membeli aku dari ibu bapanya. Wang hasil jualan aku tu tuan aku akan membelikan anak-anak lembu untuk berqurban di tahun akan datang.

Kak laila :Sesungguhnya mereka mampu,hidup mereka sentiasa dalam kerahmatan.

Sapi: Kemampuan berqurban bukan hanya terletak pada sejumlah mana wang yang mereka ada tapi juga kemampuan dari segi keikhlasan, masih ramai lagi mereka yang banyak wang tapi iman mereka tidak mampu untuk keikhlasan.

Kak laila :Ya, Ya Allah,golongkanlah aku di dalam golongan orang-orang yang engkau beri petunjuk.

Sapi: Ameen. Nanti diakhirat aku akan menjadi tunggangan mereka semasa berjalan di titian.

Kak laila :Masyaallah,bahagianya mereka.Semoga mereka dileimpahi rezeki dan akan berqurban lagi dimasa akan datang,kalau sekarang mereka berkongsi dimasa akan datang mereka berqurban seekor seorang.

Ameen ya Robb(serentak suara flora dan fauna mengaminkan)



kak Laila juga mengaminkan dengan suara yang amat kuat.
tiba-tiba dia mendengar suaminya berkata,
"Tiba-tiba sebut amin tengah-tengah malam ni,mimpi apa?"
MasyaAllah. Kak Laila meraup muka lalu berdoa.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .




"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu akan mimpi yang baik lagi benar, tidak dusta, membawa manfaat, tidak membawa mudhorot (bahaya)"

Selasa, 9 November 2010

Amalan 1-10 Zuljijjah.



1 ZULHIJJAH kesalahan Nabi Adam diampuni Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diampuni Allah akan dosanya.

2 ZULHIJJAH doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah, barangsiapa berpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun.

3 ZULHIJJAH doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya

4 ZULHIJJAH Nabi Isa a.s. telah dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan dan pada hari kiamat kelak ia akan tergolong bersama dengan orang-orang terhormat

5 ZULHIJJAH Nabi Musa a.s. dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.

6 ZULHIJJAH Allah membukakan pintu kebajikan kepada Nabi-NabiNya, barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab.

7 ZULHIJJAH pintu neraka jahannam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijjah. Barang siapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan.

8 ZULHIJJAH, Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan. Hari itu telah dinamakan dengan dari "Tarwiya" (hari berfikir-fikir). Barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui.

9 ZULHIJJAH turun ayat terakhir kepada Rasulullah s.a.w. yang tersebut dalam surah al-Ma'idah, ayat 3. Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan iaitu pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijjah tahun 9 H ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat. Pada hari itu juga Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu sememangnya adalah perintah dariNya bukan dari syaitan. Justeru hari itu dinamakan hari "Arafah" (hari tahu). Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang

10 ZULHIJJAH adalah Hari Raya Aidul Adha (korban) dinamakan juga hari "Nahar" (menyembelih). Barang siapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli keluarganya. Barang siapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada Bukit Uhud yang terdapat di Madinah.

Artikal ini di salin dari http://www.angelfire.com/journal/suluk/zulhijah1.htm untuk diri sendiri juga boleh dikongsi bersama.

Sabtu, 6 November 2010

Obat Hati


Anak-anak Mak Odah kata Kak Laila suka jaga tepi kain orang. Tapi tidak bagi Mak Odah. Kak Laila satu-satu jiran terdekatnya sudah bagai anaknya sendiri. Dikala anak anak bertebaran seluruh pelusok tempat,Kak Lailalah yang selalu mengisi kekosongannya. Pernah satu ketika Mak Odah di serang stroke ketika memetik daun turi,Mak Odah tersadai di perdu,Kak Lailalah yang mula-mula terjumpa ketika dia datang mahu menghantar pengat keladi.Kak Lailalah yang menghantar ke hospital dan menghubungi semua anak-anak Mak Odah.Kak Laila,walaupun sebaya dengan anak-anak Mak Odah,tapi dia banyak mengubah hidup Mak Odah. Dia pembimbing Mak Odah,penyelamat Mak Odah dunia akhirat.

Dulu Mak Odah suka pentingkan diri sendiri. Dia mahu anak-anak sentiasa disisi tidak kira lelaki atau perempuan,tanpa memikirkan perasaan keluarga sebelah besannya. Kak Lailalah yang menyedarkan Mak Odah kepada sikap yang baru.

Dulu Mak Odah sambil berkemban dengan selamba menyidai kain,dengan mempamerkan mahkota kepalanya yang putih suci tanpa sedikit titik hitam itu,sebab pada fikirannya “Ala,aku dah tua,mana ada orang nak naik syahwatnya tengok body aku ni”. Kini bila ada tetamu bukan muhrim,cepat-ceat dia menyarung jilbab di kepalanya.Kak Laila lah yang membetulkannya.

Dulu juga Mak Odah sering mengumpat anak-anak dan memaki hamun jika anak-anak tidak mengikut kehendaknya. Kak Laila kata “untuk menentukan syurga atau neraka anak-anak kita adalah bergantung kepada redho ibubapa,walaupun anak kita ahli badat,kalau kita tidak redhakan dia,jalan dia ke syurga akan terhijab.” Kini jiwaMak Odah dipenuhi dengan keredhoaan.

Dalam menunjukan kasih sayang pula,dulu Mak Odah akan memberi layanan yang lebih kepada anak-anak yang meninggalkan lipatan rm yang lebih tebal. Atas pengaruh Mak Odah,dia sedar kasih sayang bukan dinilai dari wang ringgit..

Banyak dan banyak lagi pengaruh Kak Laila yang mengubah kehidupan Mak Odah, Kak Laila betul-betu menjaga kain Mak Odah dari terkoyak,terselak dan tersangkut duri.

Kak Laila suka membaca,dia banyak ilmu,dia suka melayari blog,apa yang dia jumpa akan dikongsi bersama Mak Odah. Dia juga ada face book, tapi bukan hanya untuk menulis di wall “Saya sunyi,siapa mahu teman saya?”. Kak Laila tahu akibat dari itu akan merangsang syahwat freindsnya terutama yang sama-sama sunyi. Atau melempiaskan amarah atau meluahkan perasaan. Akibatnya aib diri akan terburai.Itu semua adalah lagha,perlakuan yang sia-sia. Dia ber face book untuk mencari ubat jiwa,yang boleh mendekatkan diri pada Ilahi. Dia menunggangi facebook bukan facebook menungganginya.Semua-semua itu di kongsi dengan Mak Odah.

Kak Laila punya masa yang banyak dengan Mak Odah untuk mengisi kesunyian dirinya. Suaminya seorang pejuang,kerap keluar atas jemputan dalam majlis-majlis ilmu,kadang hingga ke seberang laut,berhari-hari lamanya.Kadang Mak Odah yang datang kerumah Kak Laila. Mak Odah juga akan mengongsikan pengalaman yang pernah dilaluinya.

Dulu,Mak Odah juga sebal dengan Kak Laila,dia pengacau hidup Mak Odah,kata-kata Kak Laila pahit macam putrawali. Tapi sekarang Mak Odah sedar,mana ada ubat yang manis. Memang sakit kalau kita ditegur,nafsu kita akan terasa,sengal,menyampah, dan berada dalam kesakitan yang amat.Nafsu yang buta tidak akan menyuluh kelemahan dan kesalahan diri. Orang yang menegurnya itulah yang salah. Tapi kini kesembilan-sembilan nafsu Mak Odah telah ditundukan oleh akal Mak Odah yang satu. Itu semua adalah suntikan dos dari Kak Laila.

Kak Laila adalah antara Obat hati Mak Odah.

Khamis, 4 November 2010

Balasan warkah untuk anakanda


Assalamualaikumwarohmatullahiwabarokatuh.

Selawat serta salam ke atas junjungan kita Nabi Mohamad SAW.

Bertemu lagi anakanda semoga Anakanda sentiasa di dalam lindungan Ilahi.Warkah dari anakanda tempohhari telah bonda baca dan fahami. Ibarat di cubit peha kira peha bonda terasa amat denyutnya.Nampaknya anakanda telah benar-benar menempuhi kerenah dunia reality,satu demi satu anakanda harungi. Sebenarnya ianya adalah untuk menambah kematang anakanda

Anakanda,
Rasa tersingkir,hilang kepopularan,kemalangan,kehilangan dan sebagainya,jika berlaku pada diri kita sememangnyalah amat pedih dan sakit rasanya. Hati bagai di hiris-hiris,tercalar-calar dan berdarah-darah,dicincang-cincang hingga hancur berderai,dibakar atas zing hingga tidak dapat di kenal DNAnya. Huh begitu azab. Apatah lagi kalau ianya berlaku buat pertamaa kali, siperlakunya pulaorang yang kita sayangi dan percayai. Kenapa aku? Kenapa bukan orang lain?Apa Salah aku? Seolah-olah satu loceng besar jatuh ketasanya dan kita terkurung di dalam,gelap,tidak mampu mencari jalan keluar.


Tiba-tiba kita rasa disingkirkan?Seolah-olah kita berdosa besar pada mereka?Apa yang telah kita lakukan hingga tergamak mereka berperilaku begitu?Tanyalah diri berkali-kali,apakah kelemahan kita,adakah kita pernah berperilaku seperti perkara yang kita sendiri tidak suka? Kalau begitu perbaikilah kelemahan itu. Untuk mengetahui kelemahaan dan keburukan kita hanya bolehmendapati dari musuh kita,kawan baik tidak akan tega menceritakan nya. Jika keyakinan kita tinggi yang kita di pihak yang benar,letakkan penuh keyakinan bahawa itulah kesempatan yang diberiNYA untuk mendekat padaNYA.Kita tidak pernah bersaorangan,kita ada MAHA penolong yang hakiki. Mintalah agar kita diberi gantian dengan yang lebih baik.

Ramai kawan,popular,dikenali ramai kemana jua pergi,belum tentu mereka akan bersama menangis dengan kita.Apalah guna ramai kawan jika mereka hanya seperti buih,yang membawa kita lagha dan semakin cinta kepada dunia. Biar sedikit tapi bila bersamanya hati sentiasa hampir pada yang ESA

Izinkan Bonda berfalsafah sedikit,

Satu situasi yang sama,menimpa ke atas dua individu yang berlainan,akan diterima dengan respon yang berlainan.

Dua kali limalah dengan;

Dua orang yang berlainan mengalami satu situasi sadis yang sama,maka respon yang mereka tunjukan juga adalah berbeza.

Contoh
Mak Piah dan Mak Jah,2 orang makcik-makcik,telah tercedera keretanya akibat dari terlanggar tiang. Bagi Mak Piah itulah pertama kali berlaku dalam hidupnya ,baginya, dialah yang paling malang dalam dunia, sedangkan Mak Jah yang pernah mengalami kemalangan hingga mengakibatkan kecederaan pada salah seorang penumpangnya akan rasa bersyukur kerana masih terpelihara dari kejadian yang lebih teruk.

Syasa yang selalu dimanja oleh ibubapanya,dan semestinyalah, dia anak tunggal dan mamang comel ,cerdik dan tersangatlah petah. Aina pula sudahlah ramai adik beradik,tidak berapa comel dan kurang cerdiknya. Semasa dalam kelas Farah kata “Tak nak kawan awak”. Syasa terus mencuka dan mencebik-cebik lalu berjumpa Cikgu “ Cikgu Farah tak nak kawan kita.” Aina pula,tak kesah,dalam hatinya “Alah tak kawan pun takapa .“ atau pun “Pinggan tak retak nasi tak dingin.”

Pak Tohir dan Pak Separ,telah di fitnah hingga beberapa penduduk kampong menjauhkan diri daripadanya. Inilah kejadian pertama yang Pak Tohir alami,Beliau akan rasa mahu menjerit dan dunia seolah-olah mahu kiamat. Sedang Pak Separ pernah jatuh muflis dalam perniagaannya juga atas fitnah. Akan berkata “Alah samall matterlah” Pak Separ pernah bangkit dan mendekatkan diri pada Allah,kerana hanya Allahlah teman yang Maha mengetahui kesah sebenar.

Peha yang buat kali pertamanya kena cubitan,adoi! amtlah pedih berdenyut-denyut, tapi bila sudah berkali-kali deria rasanya sudah mengurang. Apalagi kalau telah parah dan luka-luka berdarah,cubitan sudah tidak berbekas padanya.
Makanya,jadilah manusia yang kebal dengan situasi-situasi sadis. Manusia yang banyak diuji dan sabar akan di hisab tanpa ditimbang.Tapinya hendaklah pula ianya beramal saleh dan betaqwa,sebab orang kafirpun ramai yang sabar.

Bonda bukan ahli psikologi atau motivator,dan bukan guru kaunslingpun.Hanya seorang Ibu yang menulis mengikut kata hati dan kurniaan ilham yang dijelmakanNYA setelah menghadapi sesuatu situsi.

Semoga warkah ini memberi sedikit kekuatan untuk anakanda meleraikan kemelut jiwa anakanda sehingga mengganggu tumpuan tugas anakanda.

Buat kal ini setakat ini sahajalah yang bonda mampu coretkan disini.InsyaAlah akan bonda susulkan lagi di masa dan situasi akan datang.Wallahua'alam.

Salam rindu dari Bonda kerana Allah.

Isnin, 1 November 2010

BAPAK siri 21

Sedari kecil memang kami tidak pernah diajar mengenai sambutan hari lahir. Bagaimana nak buat sambutan,makan hari-haripun kami sekadarnya sahaja. Makan kek hanya pada hari raya,itupun bila beraya rumah orang,tapi bila mak dah pandai buat kek belajar di balairaya,tiap-tiap hariraya dapatlah makan kek.

Bila telah punya anak,budaya sambutan hari lahir mula menjadi ikutan. Tambahan bila si anak mula pandai membuat pemintaan. “Bila nak beli kek,nak sambut birthday”. Maka si ibu yang dah punya pendapatan tetap itu pun tidak perlulah berkira-kira,berepa sen sangatlah beli kek,makan-makan denga anak-anak tetangga.

Ada kalanya sambutan di buat di kampong,agar embah lanang dan embah wedok dapat sama-sama meraikan.Kedua-dua embahpun nampak begitu gembira bila cucu suapkan kek.

Hingga pada suatu ketika,pada hari tarikh lahir bapak 2/11,yang ketika itu anak-anak tidak ada yang balik kampong sebab hari kerja,tiba-tiba Bapak berkata pada emak;

“Esok ni 2hb 11,tarikh lahir aku. Kalau cucu-cucu ni dah belah-belah kek,kita tak ada sapa nak sambut”

Emak tersentak, disaat usia menjelang 70an bapak berkata begitu.
“Apa lah Pake ni,cakap macam tu,kita kan dah tua,apa pulakak nak sambut-sambut”
“Alaaah,aku gurau-gurau ajelah”

Diam-diam mak menalifon saya,menukarkan cakap ajuk tersebut kepada cakap pindah.
Terkedunya saya,selama ini menjadi seorang anak yang terlepas pandang. Pada anak-anak bukan main sebok dihiburkan hati dan diikut kemahuannya. Bagaimana dengan hati bapak? Dulu-dulu bapak memang tidak pernah memikirkan perkara begitu, sebab bapak bekerja keras,membesarkan kami. Sekarang bapak sudah tua,anak-anak semua suda dewasa.Alangkah tidak bergunanya saya sebagai seorang anak,mengabaikan sama sekali perasaan bapak.

Pada emak pula,kami telah maklum dari dahulu yang emak lahir pada hari raya Aidil Adha,semestinya setiap menghadapi hidangan Idul Adha kami akan membuat ucapan pada emak.Dan lupa samasekali pada bapak.

Dan saya terus link kepada adik di Teluk Intan,Esok petang juga lepas sekolah pakat balik dan bawa kek.Pada adik-adik yang jauh hanya setakat memberitahu sahaj.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini kami tidak akan melupakan tarikh ini. Tapi besok kami belum dapat balik,esok hari kerja.Insyaallah kami akan cuba berkumpul pada 5hb ini,sempena cuti depavali.Saya sudahpun maklumkan pada bapak.





Nampakkan dalam gambar ni,wajah bapak tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya.



Kek ni kongsi degan cucu yang juga tarikhlahirnya sama dengan bapak.


"Ya Allah Ya Tuhanku, cucurilah rahmat dan kasihilah kepada kedua ibu bapaku seperti mereke mengasihidan menyayangiku sewaktu aku kecil"

Catatan Popular