Walaupun beliau seorang cleaner sekolah yang bermajikan syarikat yang terpilih untuk pembersihan dan keselamatan sekolah namun kami menerimanya sebagai salah seorang dari kami. Bebas bergaul,sehingga baju seragam sekolah pun beliau turut serta memiliki. Namun dia tidak mengambil kesempatan untuk lupa diri,beliau tetap menjalankan tugas yang diamanahkannya. Saya juga biasa meminta tolong padanya untuk menggayakan langsir dan skirt meja di bilik PSS.
Sudah 2 hari beliau tidak datang,kerana menjaga ibunya di wad. Ibunya demam beberapa hari,apabila dibawa ke kelinik terus mendapat arahan supaya di tahan di wad hospital.Siapa lagi yang menjaga ibunya dihospital kecuali beliau. Beliau pekerja Swasta,bukan boleh cuti lama-lama. Sebelum ini beliau kerja kilang di Lembah Klang dan bertemu jodoh dengan suaminya orang Negeri 9. Bila ibunya tiada siapa yang menjaga beliau berhenti kerja dan balik kampung. Bekerja sebagai cleaner sekolah bermula jam 7 pagi hinggalah 4 petang,6 hari 1 minggu.Sambil menjaga ibunya juga 3 orang anaknya sendiri. Anak-anak sedang memasuki zon remaja,sebagai menambah biaya mereka beliau juga membuat makanan ringan dengan suaminya bertindak sebagai pengedar. Adik beradik yang lain telah berkeluarga dan tinggal jauh dari kampung halaman. Pulang menjengok ibunda jika ada kelapangan sahaja.
Saya masih belum diuji sebagaimana beliau. Ibu saya mahu mengikut anak-anak semenjak bapak pulang keRohmatullah,pada hari kerja namun setiap minggu adik beradik akan bergilir menemani emak balik kampung.
"Emak dah sihat Kak Rock" Sapa saya pada hari pertama beliau datang setelah 3 hari bercuti.
"Belum cikgu,tapi dah keluar wad,saya mintak doktor keluarkan"
"Belum sihat kenapa keluar"
"Habis cikgu,kerja saya ni mana ada cuti-cuti panjang.Tak apalah duduk rumah saya anak beranak boleh jaga,lagipin demam biasa,orang hospital sanggup melawat. Itulah adik beradik saya marah,dah tau mak tak sihat betul dah bawak keluar. ya lah dia orang tak tahu masaalah saya, kadang dia orang komplain,jaga emak tapi tinggal kerja,habis kalau saya duduk rumah siapa nak biaya anak-anak saya sekolah,sekarang ni budak sekolah banyak sangat perlu duit,saya nak minta kat sapa. Saya buat semampu sayalah cikgu,tapi sebelum kerja saya dah siapkan semua,nanti tengahari saya baliklah kejap menjenguk rumah"
"Ya lah Kak Rock,Allah nampak apa yang kita buat,apa yang ada di dalam batin apa yang diluar. Betuah tau dapat jaga emak,orang lain tak ada peluang.Satu kemuliaan"
Begitulah dilemanya yang Kak Rock kena hadapi semasa menjalankan amanah menjaga emaknya. Sebenarnya apa yang kak Rock hadapi adalah bukan satu taklif tapi satu tasyrif. Beliau patut diberitahu perkara ini.
"Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil." (Surah al-Isra:24)