DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Sabtu, 28 September 2013

BERSYUKUR SAAT DIUJI

Untuk Hari lahir saya tahun ini salah seorang anak saya menghadiahkan buku ini.


Bersyukur Saat Diuji

Saya menunggu kesempatan untuk menghadhamnya.Akhirnya gilirannya tiba semasa saya berpergian ke Bangi .Atas memenuhi jemputan walimah anak kawan suami semasa bersekolah menengah dulu. Isterinya pula pensyarah anak saya di IPG Bangi. Selama ini saya hanya menyelak-nyelak dengan melompat-lompat sementara menunggu giliran untuk buku buku lain.

Sepanjang jalan saya bacakan untuk suami saya  bagi mengubati dari wabak mengantuknya yang semakin menjadi-jadi dengan peningkatan usianya.Diselangi dengan ulasan-ulasan apabila terkena dengan diri. Atas keasyikan menikmati isi buku tersebut telah beberapa kali kami tersilap jalan. Sepatutnya untuk turun  dari Lebuhraya Utara selatan kami perlu turun di skve menuju ke Bangi tapi tersilap menuju ke Datuk Panglima Garang,akibatnya kami terpaksa meneruskan sehingga ke tol Datok Panglima Garang dan patah kembali,memakan masa dan kuantiti minyak juga. Begitu juga semasa perjalanan balik. sekali lagi kami terpilih jalan ke Datok Panglima garang. Oleh kerana itu perjalan bali ke Sabak Bernam kami meneruskan juga perjalanan melalui jalan Banting Kelang yang penuh dengan lampu Isyarat itu.Walaubagaimana pun kami hadapi dengan penuh redho,hikmahnya bertambah masa untuk mencerna.Dapat juga melalui jalan tersebut yag telah sekian lama kami tidak melaluinya.

Dalam perkiraan sepatutnya kami akan sampai di Kuala Selangor jam 4 petang,sebab Suami saya ada slot dalam program Menggilap Potensi Pelajar PMR sekolahnya di satu resort disitu.Slotnya ialah membawa pelajar-pelajar berjalan mendaki Bukit Malawati,saya mahu tumpang sekaki untuk menguji ketahanan tenaga seusia ini ,rupa-rupanya pukul 7 petang baru sampai. Walaubagaimanapun berkesempatan memimpin mereka untuk waktu maghrib sehingga Isya'. Dalam sessi tersebut antara yang suami saya tanyakan kepada anak-anak seusia 15tahun ini ialah

 "Siapa disini yang pernah berjaya solat lima waktu sehari semalam"
Dalam kumpulan 30 orang pelajar lelaki tiada seorangpun yang mengangkat tangan,dipihak perempuan pula dalam 30 orang itu lebih separuh yang mengangkat tangan.

Sekolah suami saya itu sekolah luar bandar tetapi bukanlah terlalu pendalaman pun.Saya terfikir bagaimana pula agaknya situasi yang dibandar?. Namun apabila membaca pengalaman Prof Kamil Ibarahim dalam buku yang kami baru hadam,rupa-rupanya fenomena ini sangat sejagat,di Madinah juga apabila ditanya berapa orang yang solat Subuh,hanya beberapa peratus sahaja yang mengaku. Kita harus salahkan diri kita seandainya terjadi kepada keluarga kita.

Berbalik kepada isi buku diatas. BERSYUKUR SAAT DIUJI. Hasil karya yang sangat menyentuh hati. Prof Kamil Ibrahim mengongsikan pengalaman hidupnya dari jiwanya,jadi pembaca menerima terus kejiwa juga.Gaya tulisan yang santai dan mudah difahami,memang sesuai dengan situasi pembaca moden yang malas berfikir seperti saya.

Kita sering menyangka bahawa dinamakan ujian itu ialah ketika kita dalam kesusahan,kejatuhan atau dalam keadaan berdukacita. Kia akan berkata bahawa itu adalah ujian yang paling besar lalu berkeluh kesah dan mencari ketenangan dengan berbagai-bagai kaedah. Yang bernasib baik akan mendekatkan diri kepada Allah.Rupa-rupanya sangkaan itu salah. Sebenarnya ujian semasa dalam keselesaan  lebih besar dan bahaya berbanding ujian semasa kesusahan.

Semakin mewah,atau terkenal semakin besar ujian.Saya tidak pernah kaya,tinggi pangkat atau terkenal,jadi saya tidak tahu bagaimana perasaan orang yang sampai ketahap itu. Namun sesekali saya menarima banyak sedikit duit, kekhusyukan solat saya goyah. Bila sesekali kesana kemari ada orang kenal kita hati kecil saya berbisik "Oh ramai juga orang kenal aku ye" atau sesekali orang berterimakasih pada kita atas pertolongan yang sedikit timbul bisikan "Oh baik juga saya ni ye" . Namun asalnya saya tidak menganggap itu sebagai ujian. Ya Saya akan hairan pada diri sendiri. Setelah mencerna Karya Professor ini barulah saya yakin bahawa ujian paling bahaya adalah ujian kesenangan,kesewahan dan kemasyhoran. . Semakin tinggi kedudukan kita semakin jauh dengan Allah. Ungkapan Syukur hanya di lidah sahaja.

Sebenarnya bila kita ditimpa ujian kesusahan,kejatuhan atau kedukacitaan maka bersyukurlah.Itu adalah satu anugerah untuk membawa kita peluang bertaubat. Sebaliknya bila sedang di dipuncak keselesaan,harus diingat itulah sebanarnya ujian yang maha besar.

"Segala nikmat yang ada kepada kamu maka adalah dari Allah, kemudiaan apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepada NYAlah kamu menerima pertolongan. (An Nah 16:53)


Selasa, 17 September 2013

Cerita orang.

Anak Tok Bain, Si Chom ada boy friend(bf). Kawan satu maktab perguruan.Mereka tinggal di kampung berlainan tetapi dari daerah yang sama.Oleh kerana bf ada motorsikal besar,seringlah Si Chom di boncengnya kesana kemari.Perkara tersebut cukup membimbangkan Tok Bain dan isteri.Suatu hari seorang penduduk kampung yang Tok Bain  hormati telah meyuarakan hasrat hati ingan berbesan dengannya.Melihat pada latar belakang mereka memang sesuai sangatlah untuk diterima sahaja hasrat itu, namu begitu Tok Ban menyedari yang anak gadisnya telah ada pilihan hati.Serbasalah juga dibuatnya. Suatu hari Tok Bain meminta anaknya membawa bfnya datang kerumah untuk bersemuka.

Di hadapan si Chom Tok Bain menjual soalan pada bf nya
"Kamu dah usung si Chom ni ke sana kemari,aku nak tanya betulke kamu nak kawin dengan dia,kalau nak kawin cepat datang meminang"
"Belum Pak cik,saya baru mula kerja saya belum bersedia,masa ni kawan-kawan dulu" Jawab bf Chom. Chom terperanjat,tidak sangka itu jawapan bf yang dicinta separuh mati itu.Dia masuk
kedalam bilik dan meninggalkan bf bersama bapanya. Mulai hari itu dia membuang bf itu dari dalam hatinya,walaupun bukan senag sebenarnya.

Peristiwa itu berlaku 10 tahun yang lalu. Sekarang kisah saya pula.

Hari itu saya bertugas menjadi penjaga satu peperiksaan,bersama 3 orang guru lelaki  yang berlainan  sekolah.Ada masa kami berpeluang berbual samada semasa kami membantu ketua membungkus skrip peperiksaan untuk di poskan pada ketua pemeriksa atau semasa makan, Salah seorang guru lelaki muda yang sama-sama menjaga dewan peperiksaan itu telah bertanya kepada saya.

"Oh kakak rupanya orang kampung Bunga Cina ya.Cikgu kenal tak dengan Tok Bain yang anaknya namanya Chom?"
"Apa tak kenalnya,dah satu kampung"
"Chomnya dah kahwin kan Kak?"
"Ya dah kahwin,dah beranak dua. Sebalum tu dah ada boyfreind,tiba-tiba kahwin dengan orag lain pulak,katanya bf tu bila ditanya bersedia tak kawin dengan Chom,jawapannya belu,baru kawan-kawan je"
"Kakak kenal ke bf tu"
"Tak,tapi pernahlah dengar cerita,bila bf Chom belum bersedia  untuk melamar Chom,com jadi frust,lalu menerima sapa sahaja yang melamarnya,Alhamdulillah suaminy  baik"

"Kak,kakak tahu tak bahawa bfnya itu adalah saya"
Saya yang sedang meneguk air tersedak mendengar kenyataannya itu.

"Kak jangan percaya cerita tu kakSebenarnya memang saya belum bersedia pada waktu itu,ialah baru habis belajar,belum kerja.Jadi saya balik dulu dan bekerjalah ikut bapak,parta time cari duit lebih,ke kebun kelapa sawit ,masa tu tak ada hendset,Camana saya nak hubunginya,Tup tup dia menerima lamaran orang lain. Ya Allah kak,frustnya saya,lepastu saya dan tak karuan,muka pun tak dijaga,penuh misai dan jambang,Setahun saya macamtu kak,Hilang semangat nak hidup.Lepas tu ada orang kenalkan dengan isteri saya sekarang,Sikit-sikit pulihlah semangat saya.Walau macamana pun ingat lagi kak,ialah cinta pertama katakan. Baru-baru ni jumpa dia kat The Store,Anaknya dah dua,comel-comel pulak tu. Saya membayangkan itu anak-anak saya, huhuhu"

Lancarnya di bercerita.

"Apa yang menyebabka kamu suka kat dia?"
"Dia tu menghiburkan kak,suka rcerita kemudian gelak,itu yang seronok tu,Hilang segala masalah kalau bersma dia"
"Habis isteri yang sekarang ni?"
"Dia series,tegas,garang"
"Tak ada kelebihan apa-apa?"
"Ada,dia jimat,pandai simpan duit,perabut rumah semua dia yang beli,nak renovate dapur pun dia keluarkan belanja.Lagi satu cekap kerja rumah,anak-anak kecik pun dia sempat gosokan baju saya,sampai t shirtpun di gosok.Baju saya ni kalau saya gosok cincai je,tapi dia gosok memang power. Saya menyematni pun dia yang buat.ikutkan saya ni asalnya selekeh kak.Dia tak suka kotor-kotor,selagi rumah tek kemas tak tidur"

"Dah perfect macam ni pun masih ingatkan yang lama"

"Cinta pertama kak,mana boleh lupa,saya tak boleh lupa ketawa dia,joke dia,menghiburkan"

"Itu bukan cinta namanya,tapi nafsu. Agak-agaklah,kalau isteri kamu tu asyik ketawa,joke-joke sahaja,tapi tak reti buat kerja rumah,semua belanja rumah kamu yang kena keluar,kamu gosok baju sendiri,silap-silap kamu kena gosok baju dia,macamana ya? Cukup ke dengan duduk terkekeh-kekah tak ada kerja lain,biar rumah sepah,seronok sampai bila ya?"
Saya tembak dia bertalu-talu.Dia terkedu,senyum macam tak senyum,tapi baut buat senyum.

"Ahak,tak best juga ya!"

"Dah tu,buat apa dikenang yang bukan hak kita,Dah Allah bagi kita yang istimewa,hargailah. Masing-masing Allah dah bagi kehidupan sendiri. Dia suka ketawa belum tentu membahagiakan sepanjang hidup.Suaminya nampak matang dan berduit.Dia tak perlu keluarkan belanja rumah,kalau dengan kamu belum tentu kamu dapat lakukan kan.Yang kamu ni selekeh asalnya,isteri kamu jaga kamu sampai menyemat macam sekarang. Ok lah tu kan"

"Ya Allah ,akak ni boleh tahanlah serang saya,tak pernah saya kena serang macam ni"
"Tak apalah kenang-kenagan dari saya,lepas ni kita dah tak jumpa kan"


Tahun ini,dia pula datang bertugas  menjaga periksa di sekolah saya.

"Kak,betullah yang kakak cakap dulu,saya dah hilangkan dia dalam ingatan saya"

Maka saya teringat kembali kesahnya yang saya telahpun melupakannya .

"Itulah,Allah Maha pandai,DIA dah susun makhluknya ni, Kita dihilangkan sesuatu dalam hidup nak ganti dengan yang lebih baik. Kena redha lah apa-apa yang diberi kat kita."

"Betullah kak,terima kasih."


“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula) … .” (QS. An Nur : 26)


Ahad, 15 September 2013

Indahnya bersangka baik.

 
Kesah salah seorang ibu mertua kawan saya.Sebelumnya tinggal di rumah kampung bersama anak lelaki bungsunya yang sekejap ada sekejap tiada.Mana tidaknya,anak itu perlu bekerja dan beraktiviti diluar kerja..Sering beliau tinggal bersaorangan,sesekali pergi surau atau masjid yang beberapa km jaraknya,tentunya bila anak bungsunya ada bersama. Satu masa beliau menginap dirumah salah seorang anaknya di perumahan rumah pangsa.Di kawasan tersebut terdapat surau yang agak aktif.Akhirnya beliau terus mau menetap di situ,.Rezeki Allah,Ada sebuah rumah mahu dijual,dikeluarkan wang simpanannya untuk membeli salah satu rumah di kawasan itu.Menetaplah ibu yang selema ini tinggal di kampung menjadi warga rumah pangsa,beliau menemui zon selesa;

"Di sini aku bebas  pergi bali surau,tak perlu kawan. Hujan,panas ribut boleh pergi sendiri.Kalau tak ada sapa nak balik pun aku tak kesah,jiran sebelah menyebelah ramai."

Oleh kerana saya ini jenis yang seperti orang buta mengenal gajah,yang dikiranya gajah itu seperti tali sebab hanya memegang ekor gajah,saya telah membuat presepsi bahawa rumah pangsa ini adalah satu kawasan yang menyesakkan,orangnya terlalu bermacam-macam.Orang sebelah menyebelah pun tidak mengenali,entah dari mana-mana.Masuk sahaja tangga utama telah menyedut aroma sampah sarap. Jadi itulah rumah pangsa bagi saya.Beberapa rumah pangsa yang saya kunjungi begitulah sifatnya. Daripada presepsi saya itu bagaimanalah boleh ibu mertua kawan saya itu telah memilih kawasan seperti itu sebagai mengisi hjung usianya.

Sehinggalah baru-baru ini,kami telah mendapat undangan walimah salah seorang sepupu kepada suami saya. Setiap hariraya raya pasti beliau datang ke rumah,hanya kami yang tidak pernah berkunjung balas ke rumahnya.Memenuhi undangan jemputannya itulah yang akan kami jadikan sebab untuk mengunjunginya. Majlisnya hari Ahad,Demi Alah kami memang tidak dapat pergi pada tarikh itu,atas perkara yang lebih utama.Jadi kami datang petang Sabtu. Lokasinya di PPR Lembah pantai.

Sebanarnya kami pernah sampai ke situ lebih 10 tahun yang lalu,ketika itu kawasannya dipenuhi rumah setinggan. Bila saya goggle map,rupa-rupanya sudah bertukar dengan kawasan rumah pangsa.

Oleh sebab kami bertolak selepas Zuhur,dengan entah berapa kali berpusing-pusing di lebuhraya mencari lokasi didalam hujan lebat pula,akhirnya kami tiba menjelang senja.Maklumlah tempat yang sudah berapa lami tak dijejaki,apa lagi dengan penambahan penmbangunan yang begitu drastik,terpinga-pingalah pakcik dan makcik dari kampung ini.

Setibanya kelihatan khemah telah didirikan. Beberapa penduduk kawasan itu sedang bersama-sama membangunkannya. Tuan rumah begitu gembira dengan kehadhiran kami,mereka ingat kami akan bermalam disitu. Beberapa homestay telah ditempah untuk saudara mara. kaum perempuan pula sebok dengan bung telur dan bungkusan berkat. Mesranya hubungan mereka seperti orang kampung saya.Semua kerja-kerja di lakukan secara rewang di bahagian belakang surau yang terletak di tingkat bawah.Tuan rumah tinggal di tingkat 9 dari 14 tingkat.Sebelum pulang kami bermagrib di surau. Dari celah langsir kelihatan ada 4 shaf jemaah lelaki. Dibahagian perempuan pula lebih 10 orang.

"Ramai ye kak yang berjemaah kat sini"Saya beramah mesra dengan jemaah disebelah saya.
"Memang ramai,kalau puasa lagi,penuh tempat ni"Jawab kakak yang saya rasa seusia 60han itu.

Kalaulah begitu situasinya patut jugalah emak mertua kawan saya itu kerasan tinggal di kawasan sebegitu. Barulah sibuta seperti saya ini tercelik sedikit,tidak lah semua rumah pangsa itu sesak,individulistik,berbau dan sebagainya.

Selasa, 3 September 2013

BERBARIS

latihan baris-berbaris..
sumber goggle



Di Facebook rata-rata orang cerita mengenai kenaikan harga minyak. Makbonda sekadar membaca sahaja status dan komen orang.  Tanpa like tanpa komen.

Dalam ketika itu sangat rasa bersalah pada suami. Petang tadi beliau mengajak  ke pekan mengisi minyak yang tinggal dua takok. Makbonda enggan sebab seharian tadi keluar rumah,hampir senja baru balik. Kini diajak keluar lagi untuk isi minyak.Sudahlah bila semakin malam gigi semakin berdenyut-denyut.

Makonda kata

"Jangan dengar sangat lah khabar-khabar angin,Tak ada lah nak naik harga minyak,takkan sampai hati nak bebankan rakyat"

Tiba-tiba  diumumkan realitinya.  Maka pergilah Tuan suami keluar juga mengisi minyak tanpa mengAjak si isteri menemani setelah menyedari si isteri sedang berjuang menahan sakit gigi.

Makbonda ditinggal dengan rasa bersalah,sambil mendoakan semoga beliau diberi kemudahan.

Dalam pada itu si anak bujang sedang  berbaris di kaunter KLIA untuk berlepas ke Cina dan terus ke Amsterdam kerana kapalnya sedang menunggu di Roterrdam,si ayah pula berbaris distesyen minyak memenuhkan bekalan untuk beberapa hari.

Ya Allah permudahkanlah urusan mereka. Janganlah engkau persulitkan.Ameen



kejadian extreme,minyak naik darahpun naik,menunggu berjam bila tiba giliran minyak habis. Nauzubillah


Catatan Popular