DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Jumaat, 10 November 2017

PELAJARAN 16.0 Zharaf (Siri Belajar Bahasa Arab Selangkah-Selangkah...)dari fb Halim Bede



16.1 Apakah dia Zharaf?
Zharaf* ialah Kata Keterangan (Adverb) yang menjelaskan mengenai masa atau tempat berlakunya sesuatu keadaan atau perbuatan. Terbahagi dua :
Zharaf Zaman* ialah Kata Keterangan mengenai masa.
Zharaf Makan* ialah Kata Keterangan mengenai tempat.
16.2 Berikan beberapa contoh Zharaf Zaman.
1. Hari (يَوْمٌ). Contohnya : (الْجُوُّ الْيَوْمَ  بَارِدٌ)
"Cuaca hari ini dingin".
2. Malam (لَيْلٌ). Contohnya : (رَجَعْتُ لَيْلًا)
"Saya telah pulang di waktu malam".
3. Pagi (صَبَاحٌ). Contohnya : (قَرَأْتُ الدَّرْسَ صَبَاحًا أَمَامَ الْمُعَلِّمِ)
"Saya telah membaca pelajaran itu di waktu pagi di depan guru itu".
(Kita akan bincangkan dengan lanjut mengenai Zharaf Zaman pada bab-bab yang akan datang, InsyaAllah)
16.3 Berikan beberapa contoh Zharaf Makan.
Depan (أَمَامَ), belakang (خَلْفَ), belakang (وَرَاءَ), atas (فَوْقَ), bawah (تَحْتَ),  bersama (مَعَ), di sisi (عِنْدَ),  di antara (بَيْنَ), kanan (يَمِيْنًا),  kiri (شِمَالًا), kiri (يَسَارًا), timur (شَرْقًا), barat (غَرْبًا), utara(شَمَالًا), selatan (جَنُوْبًا) dan lain-lain.
Beberapa contoh ayat :
1) جَلَسَتِ الْتِلْمِيْذَةُ  أَمَامَ  الْأُسْتَاذِ
"Murid perempuan itu telah duduk di hadapan ustaz itu".
2) جَلَسْتُ   تَحْتَ   شَجَرَةٍ
"Saya telah duduk di bawah sebatang pokok"
3) أَكَلَتْ مَرْيَمُ  مَعَ  أُمِّهَا
"Maryam telah makan bersama ibunya"
16.4 Apakah status (keadaan) semua Isim Zharaf di dalam contoh ayat-ayat di atas?
Perhatikan semua Zharaf berkenaan hujungnya berharakat fathah. Keadaan begini dikatakan berstatus Mansub*.
16.5 Bagi perkataan-perkataan yang datang selepas Zharaf, apakah statusnya?
Isim yang datang selepas Zharaf dan membentuk ungkapan (frasa) bersamanya adalah berstatus Majrur (yakni jika Isim itu Mu'rab, hujungnya berbaris kasrah, jika Ghoir Munsorif hujungnya berbaris fathah).
Keadaan ini samalah seperti 'Jarr wa Majrur' (lihat 10.3)
Kesimpulannya dari contoh-contoh di atas - Zharaf berstatus Mansub dan Isim selepasnya berstatus Majrur. Kedua-duanya dikatakan sebagai 'Zharaf wa Majrur'.
16.6 Apakah panggilan lain kepada 'Jarr wa Majrur' dan 'Zharaf wa Majrur'?
Syibhu Jumlah*
Syibhu Jumlah adalah panggilan kepada 'Jarr wa Majrur' atau 'Zharaf wa Majrur'. Syibhu Jumlah secara literalnya bermakna 'laksana ayat' atau 'seperti ayat' kerana ia bukanlah ayat penuh tetapi berperanan seolah-olah ayat penuh.
Contoh Syibhu Jumlah daripada ayat-ayat di atas ialah : (أَمَامَ  الْأُسْتَاذِ), (تَحْتَ   شَجَرَةٍ), (مَعَ  أُمِّهَا)
16.7 Adakah di dalam semua keadaan Zharaf Makan berstatus Mansub?
Oh tidak! Kebiasaannya Zhorof di dalam ayat berstatus Mansub. Melainkan terdapat beberapa Isim Zharaf yang boleh bergabung dengan Huruf Jarr sebelumnya, maka ia jadi Majrur.
Contohnya : (عَنِ الشِّمَالِ), (مِنْ تَحْتِ), (فِي  شَرْقِ) dan sebagainya.
Contoh ayat : (قُلْ  كُلٌّ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ)
Zharaf Zaman dan Zharaf Makan juga dikenali sebagai Maf'ul Fih*.
Latihan :
16.0(a) Isikan tempat kosong dengan Zharaf yang sesuai, kemudian bariskan ayat dengan lengkap dan terjemahkan :
1. قام   المأموم   ـــــــــ   الأمام
2. هل  أخذت   خبزا   ــــــ ك . نعم   أخذت  وأكلت
3. جلست    الـهرّة     ــــــــ    الطاولة
4. نظرت   ـــــــــ  ثمّ   نظرت  شمالا
5. بيتي   ــــــــ  المسجد  ووراءه  الحديقة
No automatic alt text available.


No automatic alt text available.


16.0(b) Terjemahkan ke Bahasa Arab dengan berbaris lengkap.
1. Imam itu telah berdiri di hadapan Ahmad.
2. Adakah kamu telah membawa buku itu bersamamu?
3. Kucing itu telah duduk di bawah kerusi.
4. Pelajar itu telah melihat ke kiri kemudian dia telah melihat ke kanan.
5. Rumahnya (1P) di hadapan pasar itu.
#NotaBahasaArab
*Isim Zharaf (الظَّرْفُ)
*Zharaf Zaman (ظَرْفُ الزَّمَانِ)
*Zharaf Makan (ظَرْفُ الْمَكَانِ)
*Mansub (ُالْمَنْصُوْب)
*Syibhu Jumlah (شِبْهُ الجُمْلَةِ)
*Maf'ul Fih (الْمَفْعُوْلُ فِيْهِ)


No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular