Ingatan untuk ku dan kalian
وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.
Yang bermaksud:
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).
Bintang - Star. #SatuHariSatuPerkataanArab
Bintang - Star.Perkataaan arab ke#38 : "najm" (نَجْمٌ) yang bererti bintang. Jamaknya (plural) ialah "nujūm" (نُجُوْمٌ). Muncul sebanyak 13 kali di dalam Al-Quran - mufradnya sebanyak (singular) 3 kali dan selebihnya jamak (plural).Terdapat perkataan-perkataan lain lagi yang diterjemahkan atau dinisbahkan kepada bintang, umpamanya :
"burūj" (بُرُوْجٌ) maknanya "gugusan bintang".
"kaukab" (كَوْكَبٌ) jamaknya "kawākib" (كَوَاكِبُ) maknanya "bintang" atau "planet".
"khuns" (خُنْسٌ) maknanya "bintang atau planet yang tenggelam timbul, menghilang dan muncul".
"masōbīh" (مَصَابِيْحُ) mufradnya "misbāh" (مِصْبَاحٌ) makna literalnya adalah "pelita", dinisbahkan kepada "bintang".
Allah banyak kali bersumpah dengan nama bintang di dalam ayat-ayat Al-Quran. Kita manusia tidak boleh bersumpah dengan nama bintang atau lain-lain makhluk. Kita hanya boleh bersumpah dengan nama Allah sahaja.
Allah menyuruh kita memerhatikan bintang-bintang di langit dan mengambil iktibar darinya. Allah menceritakan bahawa bintang-bintang dan cakerawala di langit dan semua makhluk di bumi taat patuh kepada setiap perintahNya. Sedangkan kita manusia....
Allah juga menceritakan bahawa bintang-bintang dijadikan sebagai petunjuk bagi manusia dan menyuruh kita mengkajinya. Bukanlah menjadi petunjuk untuk ramalan horoskop tilik nasib! Dan bukanlah disuruh kita mengkaji bintang untuk jadi "ahli nujum" atau astrologer. Yang itu syirik!
Tetapi sebenarnya bintang-bintang menjadi petunjuk kepada para musafir dan pengembara sejak dari zaman dahulu hingga sekarang sebagai panduan arah pelayaran (navigation). Kajilah bintang sebagai astronomer dan ahli falak. Dari situ kita dapat banyak ilmu yang bermanfaat untuk manusia sejagat. Wallahu a'lam.
#SatuHariSatuPerkataanArab
Catatan Popular
-
) 14.1 Apakah makna perkataan-perkataan ini (ذَكِيَّةٌ), (ذَكِيٌّ ), (طَالِبَةٌ ), (طَالِبٌ) ? tha-li-bun (طَالِبٌ) = "seorang p...
-
Kain batik sarung sumber Kain batik lepas sumber Berbunga-bunga hati bila mendapat sesuatu dari orang yang kita martabatkan dia di hati. Apa...
-
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَ مَا لَمْ أَعْلَمْ وأَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَ...
-
Sekarang ini saya sedang berada dalam mod persaraan, Dikelilingi dengan individu-individu yang sedang menempuh persaraan. Tahun ini sahaja...
-
20.1 Apakah Sifah dan apakah Mausuf? Sifah* ialah Isim yang menerangkan akan kualiti atau sifat kepada Isim yang datang sebelumnya...
-
18.1 Apakah dia Idhofah? Idhofah ialah Ungkapan (frasa) yang terbentuk daripada gabungan dua Isim. Isim Pertama dikenali sebagai M...
-
16.1 Apakah dia Zharaf? Zharaf* ialah Kata Keterangan (Adverb) yang menjelaskan mengenai masa atau tempat berlakunya sesuatu kea...
-
Diantara blog yang saya ikuti ialah Ummu Saif , aka Dr Muna isteri kepada Ustaz Hazrizal .Satu ketika beliau mengongsikan kesah ana...
-
Saat kamu berumur 1 tahun,dia menyuapi dan memandikanmu.. *se...
-
Sebelum ini saya tidak berapa mengenali siapa dia Dr Wan Maseri sehinggalah Jemaah kami membuat keputusan untuk menjemput beliau datang ke ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan