a. (رَسُولُ اللَّهِ) = "pesuruh Allah"
b. (بَيْتُ اللَّهِ) = "rumah Allah"
c. (كِتَابُ اللَّهِ) = "kitab Allah"
d. (بَيْتُ زَيْدٍ) = "rumah Zaid"
e. (كِتَابُ الطَّالِبِ) = "buku pelajar itu"
17.2 Apakah persamaaan-persamaan yang ada pada ungkapan-ungkapan di atas?
1. Terbentuk dari dua perkataan (yakni gabungan dua Isim).
2. Isim Pertama asalnya Nakirah, boleh bertanwin tetapi tanpa tanwin dan tanpa aliflam (ال).
3. Isim Kedua semuanya Majrur (berbaris kasrah) dan Makrifah.
4. Isim Pertama 'dimiliki' atau 'disandarkan' kepada Isim Kedua, di mana kita boleh tafsirkan makna-makna seperti berikut :
a. (رَسُولُ اللَّهِ) = "pesuruh 'milik' Allah"
b. (بَيْتُ اللَّهِ) = "rumah 'milik' Allah"
c. (كِتَابُ اللَّهِ) = "kitab 'milik' Allah"
d. (بَيْتُ زَيْدٍ) = "rumah 'milik' Zaid"
e. (كِتَابُ الطَّالِبِ) = "buku 'milik' pelajar itu"
b. (بَيْتُ اللَّهِ) = "rumah 'milik' Allah"
c. (كِتَابُ اللَّهِ) = "kitab 'milik' Allah"
d. (بَيْتُ زَيْدٍ) = "rumah 'milik' Zaid"
e. (كِتَابُ الطَّالِبِ) = "buku 'milik' pelajar itu"
Isim Pertama dipangil Mudhof* dan Isim Kedua dipanggil Mudhof Ilaih*.
17.3 Bolehlah Isim Pertama (Mudhof) beraliflam?
Umumnya tidak boleh. Walaupun tanpa aliflam, Mudhof dianggap Makrifah jika Isim kedua (Mudhof Ilaih) adalah Makrifah. Keseluruhan ungkapan itu dikira Makrifah jika Mudhof Ilaih adalah Makrifah.
17.4 Bolehkah Isim Kedua (Mudhof Ilaih) Nakirah?
Boleh. Tapi kebiasaannya Mudhof Ilaih adalah Makrifah. Tetapi jika Mudhof Ilaih Nakirah, keseluruhannya juga adalah Nakirah.
17.5 Bagaimana pula dengan 'status' Isim Pertama yakni Mudhof?
Jika tiada apa-apa sebelumnya, Mudhof adalah dalam keadaan asli iaitu Marfu'* yakni hujungnya barharakat dhommah.
Begitu juga jika ia adalah Subjek, statusnya adalah Marfu'.
Contoh : (قَالَ رَسُولُ اللَّهِ) = "Rasulullah telah berkata..."
Jika ia sebagai Objek (Maf'ul bih), maka statusnya adalah Mansub.
Contoh : (أَطَعْتُ رَسُوْلَ اللَّهِ) = "Saya telah mentaati Rasulallah"
Manakala jika sebelumnya ada Huruf Jarr maka ia menjadi Majrur.
Contoh : (آمَنْتُ بِرَسُوْلِ اللَّهِ) = "Saya telah beriman dengan Rasulillah"
17.6 Adakah 'Mudhof Ilaih' mesti Majrur?
Ya. Mudhof Ilaih MESTI Majrur.
Sebagaimana juga Isim Kedua pada Syibhu Jumlah ('Jarr Wa Majrur' dan 'Zharaf Wa Majrur'), 'Mudhof Ilaih' mesti Majrur.
Jika Isimnya Mu'rab, ia Majrur dengan kasrah. Jika Ghoir Munsorif, ia Majrur dengan fathah.
Ungkapan Mudhof dan 'Mudhof Ilaih' dipanggil Idhofah*
Latihan:
17.0(a) Ayat-ayat berikut mungkin mengandungi beberapa kesalahan. Perbetulkan dan lengkapkan barisnya. Kemudian terjemahkan :
1. ذهبت أبو بكر على البيت رسول الله
2. فاطمة بن رسول الله
3. مسطرة الطالب مكسور
4. الأخلاق أخت عثمان حسنة
5. فتحت يوسف باب السيّارة
17.0(b) Terjemahkan ke Bahasa Arab :
1. Saya telah pulang dari Makkah Al-Mukarramah
2. Rumah Rasulullah di hadapan rumah Fatimah.
3. Ini kunci kereta kamu dan ini beg kamu.
4. Adakah kamu telah pergi ke rumah guru (P) itu?
5. Tidak, saya telah tidak memakan roti kamu.
#NotaBahasaArab
*Mudhof (الْمُضَافُ)
*Mudhof Ilaih (الْمُضَافُ إلَيْهِ)
*Marfu' (الْمَرْفُوْعُ)
*Idhofah (الْإِضَافَةُ)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan