Bila terlihat iklan di simpang jalan Diari Mat Despatch telah melahirkan siri barunya iaitu Naluri Ayah,nafsu saya meronta-ronta mengidam mahu mendapatkannya...apalah lagi kerenahnya si Mat Despatch kali ini.....adakah masih sentiasa jatuh dalam dunia perasan,atau telah lulus ujian editor sambilan?atau masih terguris dengan ketajaman lidah Citra Indah Qalisya?.....Apa-apapun mengapa saya terus menigkuti siri ini ialah kerana penggunaan BMTnya juga falsafah-falsafah yang digunakannya.
Naluri saya ini telah membawa saya terus mencari kedai PTS di Batu
Cave pada bulan lepas sebabnyadalam pasaran di daerah saya masih belum ada,mungkin
sebabnya hanya saya yang meminatinya. Ketika itu saya dan suami menghantar anak
bujang balik ke kolejnya di Gombak.Saya
mengajaknya menyelusuri lorong-lorong di kawasan Batu Cave.Alhamdulillah kalau
sudah dinamakan rezeki saya berjaya sampai ke kedai tersebut walaupun pada
asalnya saya jumpa kilangnya,akhirnya berjaya menjumpai kedai. Waktu iatu saya
sangat bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup yang sangat saporting.Saya rasa
beliau begitu kerana faham isterinya bukan semata-mata mahu berwindow shoping
beg tangan dan cincin tetapi mahu mencari buku.
Sebenarnya boleh sahaja saya beli online,tetapi tujuan lain saya ke kedai PTS adalah untuk meninjau
buku-buku untuk perpustakaan sekolah. Saya telah lama berazam untuk menggunakan
budget Pusat Sumber sekolah saya dengan buku-buku PTS sebab saya
perasan,ruangan rak yang saya isi dengan buku-buku PTS selalu kosong,bermakna
pasarannya cukup tinggi.
Justeru itu saya mengambil peluang mencapai Naluri Ayah dan Edisi Patah Hati untuk diri
sendiri. Saya hadamkan dahulu Naluri Ayah kerana saya mahu paksa 2 orang anak
remaja saya pula menghayatinya. Namun mereka seolah-olah pandang sebelah mata
sahaja,sebab mereka fikir buku budak-budak sedangkan ditangan mereka adalah
novel-noval cinta.
Saya berkata kepada mereka
“Sedangkan Bonda yang dah tua pun
kata buku ini best,masakan kamu yang remaja kata tidak. Cuba paksakan diri
membacanya,nanti kamu akan berterimakasih pada Bonda”
Merekapun membawa buku itu pulang ke asrama
dengan terpaksa. Seminggu kemudian semasa kami melawatnya di asrama,mereka
menerkam Abah mereka lantas memeluk sambil menangis “Abah kita rindu kat abah,kita sayang abah”
Abah mereka terpinga-pinga,tapi saya sudah mempunyai jawapan.Tidak
mengapa,sedikit pun saya tidak cemburu walaupun saya mendapat giliran yang
kedua.
Ya, barulah saya
meneroka Edisi Patah Hati. Walaupun apa yang hendak saya kongsikan hanyalah satu perkara
namun sebenarnya banyak perkara lain
yang patut pembaca baca sendiri dan hayati.
Di tempat kerja, Rayyan selalu dengan berkonflikflik dengan Citra
Indah Qalisya iaitu pegawai pemasaran dari Indonesia yang bermulut leser. Suka
menyindir dan menghentam orang sehingga mengguris-guris hati. Kesakitan itu
juga dikongsi oleh rakan sepejabat lain iaitu Mohsen dan Siti Zulaikha.Suatu
hari mereka berdua meluahkan hati mereka berkenaan sikap CIQ,dan mahu Rayyan
menyelesaikannya. Masaalah itu terlalu besar bagi mereka. Rayyan bukan tidak
mahu menolong mereka atau menganggap itu masaalah kecil tetapi ada permasaalahan
lebih besar yang perlu diselesaikan. Ketika inilah mereka menuduh Rayyan telah
menjadi orang besar maka tidak peduli masaalah orang kecil. Memang betul, orang
besar dan orang kecil masaalahnya berlainan. Bagi orang besar masaalah orang
kecil sangat remeh,itu bukan masaalah katanya. Bagi orang kecil pula masalah
orang besar mengada-ngada. Tinggalkan sahaja
cari yang lain. Contohnya orang besar sangat kecewa bila salah satu sahamnya
merudum,padahal banyak lagi saham lain.Tidak perlulah pening kepala,masih ada
lagi duit belanja makan tengahari bukan?,beli minyak kereta atau membayar bil
api. (ini contoh dari saya bukan dari
Rayyan)
Walau apa-apapun semasa kita menghadapi masaalah,sebenarnya
jawapan penyelesaiannya sudah ada,hanya kita belum berjumpanya.Siapa yang mahu tahu
jawapannya kenal-kenalah dengan Allah. Itulah kesimpulannya.
Akhirnya saya
ingin memberi pandangan pada Mat Despatch agar dia menyedari bahawa peminat
diarinya bukan semata-mata orang muda tapi juga orang pra warga emas seperti
Makbonda yang begitu menderita melihat saiz tulisannya.
Assalamu'alaikum Hasimah
BalasPadamKak yang dekat ni pun belum sampai ke PTS di Gombak tu, hasrat hati nak juga menjengah ke sana tetapi belum kesampaian.. kak banyak juga membeli buku-buku terbitan PTS,daripada PABKL dan PBIM, dan di kedai buku di carefour, terbaru mengumpul buku-buku novel sejarah oleh Pak Latif.. ada yang pergi sendiri tetapi kebanyakannya anak yang tolong beli.
Citarasa anak-anak kak juga berbeza dengan kak, mereka hanya sekali sekala sahaja usik buku-buku maknya kecuali anak bongsu.
Waalaikumussalam Kak Werdah.
PadamSubahanallah,mengisi persaraan dengan membaca,antara petua awet muda. Bila membaca fikiran menjadi segar dan muda kembali. Saya pun selalu anak tolong belikan,langkah mereka panjang.
Antara ramai-ramai anak ada yang sama citarasa dengan kita ada juga yang sebaliknya.Walaubagaimanapun yang penting mereka jadikan membaca sebagai budaya.
Wah... Sungguh terkesan dalam hati membaca pengalaman puan. Semoga buku-buku PTS memberi manfaat.
BalasPadamTerkesan yang bagaimana ya Azree Hanifah? Hanya pandangan dari sudut kacamata seorang ibu. Anda juga punya ibu bukan,sementara masih ada cuba terokai pengalaman beliau.
PadamSalam rindu makbonda,
BalasPadamApa khabar? Moga sihat sentiasa. Alhamdulillah berpeluang juga saya mencatat sesuatu,sebenarnya baru ada semangat nak merempit. hehe.
Benar, siri mat despatch ada aura tersendiri. Saya pun dah membacanya. :)
Salam rindu juga dari makbonda.
PadamAlhamdulillah,kehidupan dalam situasi biasa-biasa sahaja. Masa untuk kesinipun tidak setabil,ada kalanya tinggi juga sebaliknya. indah pula? dah tenang di kediaman baru.
Jadi kita sama citarasa ye indah?
saya pun sudah membeli kelima-lima siri DMD, cuma masih tertanya-tanya siapakah TUAN PANGKAH, dan muka surat 168 NALURI AYAH amat menyentuh perasaan...
BalasPadamBaguslah NAZRUL AZAT.Makbonda paksa anak remaja membacanya akhirnya mereka juga jatuh cinta. Dalam firasat Makbonda Tuan Pangkah itu adalah semangat Rayyan. Wataknya di munculkan ketika semangat Rayyan agak lesu,bila muncul maka Rayyan kuat kemblai. Memang Naluri ayah sangat bermain dengan emosi. Itulah kehebatan penulisnya.
Padam