DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Memaparkan catatan dengan label pertanian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pertanian. Papar semua catatan

Rabu, 20 Julai 2016

Tin oh tin

Saya suka tumbuhan, Ianya adalah salah satu nikmat yang Allah kurniakan kepada mekhluknya. Berkawan dengan tumbuhan adalah salah satu trapi,ianya menenangkan walaubagaimanapun sebagaimana yang pernah saya nyatakan di sini saya bukanlah pentaksub tumbuhan. Saya bukan sanggup seperti pentaksub yang sanggup mengeluarkan belanja yang besar untuk mengumpul tumbuhan yang diminati. Namun sesekali perlu juga saya memejamkan mata untuk itu.

Sebelum itu saya pernah melihat beberapa sudut halaman kenalan yang telah memiliki pokok tin. Bila ditanya berapa kos untuk mendapatkannya,Subhanallah mahalnya,semua tidak kurang dari RM120 untuk anak pokok yang kecil hasil proses tut. Walaubagaimanapun saya telah memasang angan-angan untuk memilikinya suatu masa nanti. Hasil pembacaan saya memang banyak keistimewaan buah tin. pastinya sehingga Allah bersumpah atas nama Buah tin dalam surah at Tin 1-2.

Allah yang bersifat maha Mendengar al Sami' ,al Mujib yang mengabulkan  Al Baari yang mengadakan dari yang sudah ada al Razzak yang memberi rezeki,tanpa saya sangka bila ketikanya akhirnya segala puji bagi Allah saya berjaya juga memilikinya.Waktu itu saya menghadhiri satu bengkel yang dianjurkan oleh Kebun Bandar di Desa pinggiran Putra Jaya. Kursus tersebut menumpang sebuah rumah yang dimiliki oleh  Pak Tam sebagai kerja praktikalnya. Pak Tam adalah seorang pengusaha pokok tin. untuk peserta kursus beliau mengenakan bayaran yang agak rendah. Biasanya beliau jual dengan harga tidak kurang ari RM150 namun untuk peserta diberi RM100. Alhamdulillah.

Berikut adalah kronologi pemilikan pohon sunnah tersebut yang sekarang saya telah memilikinya.   



Pemilikan pertama semasa menghadhiri bengkel



6 bulan setelah berada disudut halam rumah


3 bulan selepas melalui kaedah tut.


Kini 1 pokok induk dan 3 hasil tut yang menunggu masa untuk dipindahkan di pasu besar. Sebenarnya setakat ini saya belum kenal pasti apakah jenis tin yang saya miliki ini,Saya syak ianya adalah jenis persistent atau common figs,Ketika ini saya sedang menunggu seorang shifu untuk menjenamakannya.

At-Tin[95]:1-8
Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun,

وَٱلتِّينِ وَٱلزَّيْتُونِ ﴿١ 
demi gunung Sinai,

وَطُورِ سِينِينَ ﴿٢ 
dan demi negeri (Mekah) yang aman ini.

وَهَٰذَا ٱلْبَلَدِ ٱلْأَمِينِ ﴿٣ 
Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya,
 
لَقَدْ خَلَقْنَا ٱلْإِنسَٰنَ فِىٓ أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ ﴿٤ 
kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya,
 
ثُمَّ رَدَدْنَٰهُ أَسْفَلَ سَٰفِلِينَ ﴿٥ 
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan; maka mereka akan mendapat pahala yang tidak ada putus-putusnya.
 
إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ فَلَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ﴿٦ 
Maka apa yang menyebabkan (mereka) mendustakanmu (tentang) hari pembalasan setelah (adanya keterangan-keterangan) itu?
 
فَمَا يُكَذِّبُكَ بَعْدُ بِٱلدِّينِ ﴿٧ 
Bukankah Allah hakim yang paling adil?

أَلَيْسَ ٱللَّهُ بِأَحْكَمِ ٱلْحَٰكِمِينَ ﴿٨ 

Selasa, 4 Ogos 2015

LIMAU MANIS PESAKA BAPAKU

Ini cerits mengenai limau manis.

 20 tahun yang lalu bapak memberi Kakak dua bag benih limau manis . Pada ketika itu Kakak masih tinggal bersama mak mertua,tetapi Kakak telah pun membeli tanah yang kakak tinggal sekarang. Kakak masih ingat kata kata bapak. " Kakak bawak anak pokok limau ni,lepas tu tanam elok-elok dan Jaga sampai buah,sebab Kakak je yang ada tanah setakat ni,nati kalau bapak punya mati,Bapak ambik dari kakak punya pulak." Kakak terima sahaja untuk tidak mengecilkan hati bapak. Di rumah Kakak biar sahaja pokok tersebut selama setahun,sebab masa itu sebok dengan anak2 kecil. Ibu mertua menanam salah satu pokok tersebut di belakang rumahnya. Beberapa bulan barulah kakak tanam di tanah yang kakak beli. Beberapa tahun pokok yang mak mertua tanam membesar dan mengeluarkan sebiji buah,tidak lama krmudian mati. Sedangkan yang kakak tanam di tanah sendiri terus mrmbesar dan mengeluarkan buah yang agak. banyak.

Sehinggalah Kakak pindah dan membena rumah di sini. Pada suatu masa buahnya agak tidak baik,agakmengkal,keras dan tiada siapa yang sudi memakanya. Seorang rakan memberi tahu ada sejenis serangga yang menyentuhnya semasa muda,serangga tu bermastautin di pokok tetsebut,jadi belau sarankan sembur racun serangga sebaik sahaja bunga telah melalui proses pendebungaan. Kamipun ikut saranannya. Alhamdulillah, dengan sekali semburan sahaja sampai sekarang hasilnya terus baik sampai sekarang,tidak perlu ulang semburan lagi.

 Pada peringkat awal buahnya tidaklah selebat sekarang,namun meningkat dari tahun ketahun. Ianya bukan rezeki kami sahaja tapi adalah rezeki semua orang disekeling kami. Semua jiran tetangga,kawan kawan sekolah,saudara mara jauh dan dekat telah merasainya,tambah menggembirakan hati kakak buah ini adalah kesukaan ibu mertua. Adik beradik kakak semua tinggal jauh,bila musim buah matang,terkenang mereka.Bila mereka datang kakak sua- suakan pada mereka untuk dibekalkan pulang. Antara mereka ada yang gembira,ada yang menolak-nolak,mungkin tidak berapa gemar buah tersebut. Mungkin juga naik menyampah dengan sikap kakak yang ghairah mempromote sesuatu yang mereka tidak gemar.

 Sehingga kakak mengeluarkan kata kata,

 "Sebenarnya kakak ni seperti telah dilantik oleh bapak untuk mewarisi pokok limau manis ni.sebab banyak2 anak kakak sorang yang dapat. Sekarang pokok bapak di kampung pun dah mati,bapak pun dah tinggalkan kita,namun kita masih dapat rasa buah limau tersebut. Itulah sebab bila musim buah kakak ternanti nanti adik, beradik datang, suka atau tidak kakak nak semua pewaris bapak merasa.Barulah senang hati kakak" (Sebenarnya kakak tak cakap macam tu pun,tipu je,kakak cuma cakap dalam hati) 

Walaubagaimanapun,kakak tau ada yang gembira menerimanya. Tiba-tiba kakak telah menerima petunjuk,terfikir sendainya pokok ini mati,bagaimana ye? yelah Allah boleh buat bila2 masa.Lalu kakak diberi hidayah untuk melakukan seperti yang apa bapak buat. Kakak jalankan projek tut. Mulanya pakai belasah atau try n eror sahaje,tanpa ilmu,cuma ingat2 apa yang bapak buat. Dalam 6 tut hanya 1 yang jadi,kemudian kakak mula menggoogle.Jumpa dalam youtube



Buat lagi dalam 6 cubaan 4 yang berjaya,kesilapana adalah semasa peroses penyimpanan dalam poly bag sementara belum dipindahkan di atas tanah . Percubaan ke 3,buat 6,kesemuanya berjaya. Sekarang sedang dlm percubaan ke 4.

Kemana kakak tanam banyak- banysk ni. Pertama  2 pokok tanam di tanah sendiri,yang lainnya agih kan pada jiran tetangga dan kawan-kawan rapat. Teknik penyerahan yang kakak gunakan ialah sama seperti gaya bahasa bapak dulu
"Boleh tolong tanamkan pokok ni,jaga dengan penuh kasih sayang,sampai berbuah"

Response dari mereka berbagai2,ada yang faham ada yang tidak,dia ingat tanam di tanah saya,padahal tanam di tanah mereka. Bila dah faham nampak riak gembira air muka mereka.

" Nanti kalau saya punya mati boleh minta dengan awak pulak ye"
Nampaknya masing masing gembira menerima.
 Berikut adalah proses yang saya tiru dari clip video di atas

Keperluan nya ialah penggalak akar,tanah yang siap dibonjot dalam bag plastik

Sunatkan dahulu dahan yang kiti pilih

belah tanah yang dalam plastik seperti gambar

Tempekkan pada dahan yang disunat tadi,biarkan selama sebulan,sesekali check kut-kut tanahnya kering


Taraaa....setelah sebulan apabila akar telah tumbuh,kerat dan simpan dalam polibag yang diisi dengan tanah. Sebeulan selepas itu setelah nampak daun baru tumbuh,bolehlah di pindahkan diatas tanah. 




Ini buah yang sedang muda

Jreng jeng jeng...tuan tanah sedang mengutip hasil.




Selasa, 21 Januari 2014

KELAPA SAWIT

sumber google imej



Dunia kelapa sawit tidak begitu meninggalkan kesan ke atas memeori saya,sebab zaman saya bergelumang membantu keluarga menyara keluarga dunia saya ialah tanaman kelapa,pisang dan sayur-sayuran. Walaupun taraf saya hanyalah kakak yang tugasnya menjaga adik namun sesekali saya terlibat juga menolong bapak. Dunia kelapa sawit telah diceburi oleh Bapak setelah saya dewasa. Sejak penanaman hinggalah menghasilkan buah saya tidak pernah terlibat secara langsung. Namun beberapa kali  mewakafkan anak-anak teruna saya untuk tolong Bapak dan Emak menabur baja atau meracun rumput rumpai.

Hari itu saya dan suami menziarahi Bapak dan Emak. Setelah habis menikmati durian saya membuang kulit durian tersebut nun di belakang rumah yang agak jauh ditengah kebun. Sekonyang-konyang mata saya terpandang taburan biji-biji sawit dibawah perdu pepohon sawit di situ.

Seketika itu memory saya terimbau peristiwa beberapa hari yang lalu. Sehabis mengaji bersama-sama jemaah muslimah di mesjid tiba-tiba kami mendapat ilham untuk menziarahi Nek Milah yang telah berbulan-bulan tinggal dirumah anaknya di selang beberapa kampung.Beliau sakit ,dengar ceritanya akan dibawa ke hospital Sg Buluh untuk diagnostik batu karang di ginjalnya. Ada sepuluh orang Jemaah semuanya saya membawa 5 orang dengan unser dan biras saya membawa 5 orang dengan avanzanya. Semasa menghantar Mak Cik  Nor kerumahnya saya terlihat seorang lelaki yang berumur sedang menaikan sebuntil guni penuh ke atas motosikalnya dengan dibantu oleh beberapa orang anak remajanya.Mereka tinggal di sebuah rumah PPRT. Salah seorang diantara muslimah yang saya bawa bertanya kepada Mak Cik Nor,

"Itu apa yang dinaikan"
"Kelapa Sawit lah tu"
"Dari mana dapatnya?"
"Oh orang tu kebunnya banyak,sempadan kampung sampai sempadan kampung"

Saya ingat wah kayalah orang ni,rupa-rupanya kerjayanya ialah mengutip buah kelapa sawit yang gugur merata kebun orang tanpa sempadan,tanpa mengira halal haramnya.

Bila saya melihat biji kelapa sawit yang melata di kebun bapak,teringat saya pada mereka. Kalau lah mereka tinggal di sini pasti banyak rezeki mereka,sebab di tempat emak tidak ada orang yang mahu mengutipnya. Dulu Emaklah yang mengutip sendiri,Emak kata sayang,penat-penat kita tanam,bermodal tenaga dan kewangan.Ianya ada harga. Emak akan kutip dan jual,duitnya Emak akan dermakan pada yang memerlukan.

Sememangnya ada harga buah yang terlerai ini. Kadang-kadang pemetik yang mengambil upah mengait tandanan kelapa sawit ini membawa isteri atau pembantu yang mengekori dibelakang, dengan sengaja membuat biji-bji sawit ini terlerai,nanti pembantunya akan mengutip dan menjualnya secara berasingan tanpa pengetahuan tuan tanah.Hukumnya samalah dengan Cikgu yang menggunakan harta sekolah untuk memesarkan produknya.


Tapi sekarang emak sudah tidak lagi mengutipnya sejak emak jatuh terduduk di dalam parit sehingga telefon bimbitnya sama terendam. Emak dengar pendapat anak-anak agar Emak tidak perlu bersusah payah mengutip biji sawit lagi dengan menumpukan pada penjagaan Bapak sahaja.

Dengan baldi yang telah dikosong dari kulit-kulit durian tadi dengan perasaan geram saya pun mengutip biji-biji itu satu persatu. Belum separuhpun isi baldi  tersebut pinggang saya sudah berasa lenguh, namun saya teruskan juga sambil berzikir.Akhirnya penuh juga baldi yang bermuatan lebih dari 7 liter itu. Bila saya tunjukan pada Emak ketawa besar beliau.Saya bertanya kepada Emak tentang nilai sejumlah itu. Emak kata dalam RM30 mengikut harga pasaran terkini,namun adakalanya lebih dari itu atau kurang. Saya usik suami saya yang baru menamatkan perkhidmatanya pada 9 januari yang lalu agar memilih kerjaya mengutip kelapa sawit di kebun Emak sebagai mengisi masa persaraan.





"Dan janganlah kamu makan  harta ) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui ".
(Al-Baqarah 2:188)
 
 
"Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita."
(Al-Baqarah 2:274)

Jumaat, 24 Mei 2013

Bunga

Sewaktu saya muda,saya agak tidak peduli pada tumbuhan. Namun saya dibesarkan dalam suasana penuh dengan tumbuhan samaada yang emak dan bapak tanamm atau yang tumbuh sendiri.. Sesekali emak menugaskan saya menyiram bunga-bunganya,dan saya buat sebab arahan bukan dengan jiwa.

Bila saya telah berumahtangga,seorang-demi seorang anak lahir,masa saya dihabiskan untuk mereka. Halaman rumah saya gersang,serba sedikit menumpang  koleksi tanaman emak mertua yang berkongsi halaman  ketika itu.  Sehinggalah salah seorang emak saudara datang bertamu,yang bicaranya begitu tulus tanpa tapisan.

"Apa ni,rumah tepi jalan tapi takde bunga langsung?orang tengok pun bosan,kalau aku duk tepi jalan,macam-macam aku tanam." Betul,kenyataannya itu terlalu menghiris ego saya. Namun ianya menjadi pemangkin kepada saya. sedikit-demi sedikit saya menyusun langkah.

Salah seoran guru besar saya pernah berkata bergaul dengan tumbuhan adalah trapi. Untuk rohani dan fizikal. antaranya boleh menundukan nafsu amarah.

Suatu hari seorang nyonya jual ikan yang mampir ketika saya sedang membelek daun-daun bunga menegur saya,

"Apa lah ini makcik,rumah semak penuh pokok,kalau orang cina tatak mau ini,buang ong,"

'Ya ka Nyonya,Awak saja yang kata,Ramai orang cina yang tanam macam-macam depan rumah,sampai penuh kakilima kedai. Saya tanam-tanam ni pun sebab ikut cina lah"

"Tataklah,nenek moyang kata depan rumah kasi lapang nanti ong tatak datang"

"Tapi Islam tak ada ong-ong Nyonya, yang ada rezeki,kalau selalu ingat Allah rezeki baik, Malaikat datang hantar rezeki Allah suruh, Tidak kira banyak pokok ke yang penting rumah mesti bersih,selalu baca Quran"

"Tu macam ka?" Kasihan nyonya tersebut,salah saya juga yang tidak berjaya mengenalkan Islam kepadanya.

Terus terang,saya agak berkira mengeluarkan belanja untk menghias taman,mungkin disebabkan badget kendiri  tidak membenarkan atau memang spesis kedekut kata orang. Semasa bilangan anak saya sedikit,saya sering menghantar ibu mertua dan kakak ipar menyinggah di tempat-tempat penjualan bunga. Hobi mereka mengikut trend,musim baugenvila,berbagai spesis mereka kumpul begitu juga bila tiba musim puding,keladi,orkid dan sebagainya,saya hanya melihat sambil menelan air liur. Nanti bila trend berlalu mereka akan mempelawa saya dan saya menerima dengan tangan  dan hati yang terbuka.

Bunga-bunga dihalaman rumah saya kebanyakannya adalah bunga yang melepasi trend. Cuma mutakhir ini hati saya seperti sudah terbuka  mengeluarkan baget untuk bunga,tetapi bukan bunga yang mengikut trend ianya adalah bunga yang berbau wangi ataupun yang boleh dimunafaatkan.Saya idamkan suasana wangi memenuhi ruangan udara persekitaran rumah.

Kemuning. Gelombang baunya jauh di bawa angin, apa lagi bila menjelang malam .Ianya bermusim,bila telah matang sebahagiannya akan bertukar menjadi buah,dan boleh bercambah menjadi benih.Beberapa hari lepas itu baru berbunga kembali.

Kesidang (Vallaris glabra) Baunya seperti pandan,sangat rajin berbunga,pkoknya memanjang sesuai dililitkan di tiang,boleh dibentuk seperti gerbang. Pagi-pagi bila buka pintu,semerbak menerjah saraf bau.

Yesterday today and tomorrow(Brunfelsia australis Brunfelsia) Bunga ini warnanya bercampur putih dan ungu,saya pun tidak tahu nama melayunya,Penjual nesury yang memberi tahu saya namanya. Ada orang kata bau orang India,tapi saya kata orang India yang bau bunga ini.

Kenanga (Canaga odorata) Bunganya tahan lama,boleh disimpan di hand bag atau dalam kereta untuk mendapatkan aromanya.Walaupun telah kering namun masih berbau.


Melati,bunganya halus sahaja,tidak berapa kuat. Namun masih menyumbang keharuman halaman.
Di bawah ini pula adalah bunga yang tidak wangi;

Crown of thorns. Pemberian Emak mertua. Spesis ini ada beberapa jenis,tapi inilah yang paling rajin berbunga asalkan rajin membaja. Asalnya saya tidak berapa gemar disebabkan duri dan getahnya,namun pemberian jangan ditolak,demi menjaga kerukunan. Tidak berapa kuat mengunakan air,

Janda kaya,pemberian Pakcik suami,Asalnya beliau mahu menebagnnya untuk dibangunkan garaj,rezeki kamilah nampaknya.Suami saya yang berminat sangat dengan bunga ini,dia masih berusaha untuk mencari warna lain.

Bagunvila ini pun pemberian emak mertua,dirumahnya berbagai-bagai spesis lagi. Saya hanya menerima yang beliau  tidak mahu.


Kemuning Cina,ada 2 warna,putih dan ungu. Di percayai ia adalah salah satu bahan ubat kenser,terutamanya yang putih. Kita lihat lambang MAKNA(Majlis Kenser Nasional) menggunakan bunga ini sebagai lambang.

Bakung. Yang ini saya beli bebawangnya di Cameron Higland,dengan harga RM 1. tidak menyangka ianya telah membiak,

Hasbiscus Rossa. Bunga Raya.Ada 3 warna merah,oren dan putih,jenis bersusun-susun. Ini adalah hasil pembelian suami saya di Cameron,terkejut juga saya bila dia membeli bunga ini,tidak pernah-pernah terjadi..


Dibawah adalah orkid yang terdapat dihalaman rumah saya,kesemuanya pemberian Emak mertua saya.Asalnya beliau menanam di pasu-pasu kecil,sekarang saya pindah-pindahkan.
Dilekatkan di batang pokok palma.

yang ini paling cantik,tapi sangat jarang berbunga.


Satu-satunya yang berwarna uning dan sangat rajin berbunga.

Yang menghairankan saya kebanyakannya berwarna ungu,sebenarnya saya tidak tahu apa jenis orkid sehingga ianya berbunga,

Bunga ulam raja.Satu ketika penuh disekitar rumah dengan pokok ulam raja.Sehinga saya mempelawa siapa-siap yang mahu mencari bahan untuk pasar tani,ambil sahaja tidak perlu bayaran. Kadangkala saya bawa ke katin sekolah untuk di jadikan ulam oleh rakan sekerja ketika makan waktu rehat.

Rabu, 2 November 2011

Bunga-bungaan


Bunga,lambang keindahan,dikaitkan dengan taman. Semahal manapun kos penyelengaraan taman, tidak lengkap tanpa pohon-pohon yang yang punya kuntuman bunga-bunga yang mekar indah dihujung tangkainya.
 


 



Merah, biru,putih, ungu, magenta, di junjung kelupak dan tangkai serta daun yang hijau melambangkan kesegaran.

Memelihara bunga menuntut kesabaran,bukan bargantung pada suhu tangan. Selain itu juga menuntut kebjaksaanan membaca alam.

Taman juga selalu dikaitkan dengana unggas atau  founa yang sering menumpang bermendiri.Melengkapkan web makanan dalam alam. Lebah,kumbang semut,burung tidak kurang juga monyet dan kutu pokok serta spesis fnggi .

Unggas dan fauana ini akan hadhir,kerana itu kehidupan mereka membentuk rantai-rantai lalu menjadi web makanan.Bunga adalah salah satu penguluar dalam web tersebut. Dari sekuntum bunga berbagai keperluan asas yang di preolihinya. Lebah akan memenuhi kantung di bawah abdomennya dengan madu,di bawa balik dan di proses untuk dimunafaatkan pada hidupan lain.Begitu juga kumbang,burung klicap dan serangga lainnya. Mereka hinggap dan memunafaatkan apa yang ada pada bunga tanpa merosakannya. Biarlah...datanglah wahai unggas,munafaatkanlah bunga-bunga itu tanpa merosakkan.Bila kamu semua telah memunafaatkannya terbanglah tinggalkan bunga kerena bunga akan mengalami pendebungaan bagi pembentukan  buah.


Tapi minta jauhilah dari taman bunga didatangi monyet-monyet yang tidak pandai menghargai bunga. Di petik dikoyak-koyakan kelopak bunga lalu di kunyak bahagian obiul yang sepatutnya menjadi buah.Memang patut ia di sebuta seperti moyet mendapat bunga. Bukan ia tahu menikmati kaharuman dan kecantikannya yang ia tahu memenuhkan isi perutnya yang tidaklah sebanyak mana,bukannya tahu untuk bersabar agar bunga menjadi buah dan bolehlah kamu telan sepuasnya.Walau bagaimanapun janganlah dicari-cari perbendaharaan baru ayat menyumpah makhluk tersebut,kerana ianya diturunkan oleh penciptanya bagi menguji tingkat makam iman si pemiik taman.
 Pengancam lain kpada bunga ialah kulat dan hama pokok.Ianya sangat seni dan halus,tapi kadar kerosakan kesan serangannya adalah boleh tahan tinggi juga.Merosakan dan mencacatkan samasekali. Itulah perlunya kebijaksanaan dan kerapian membelai bunga. Perlukan imunisasi bagi menjauhi pengancam-pengancam kehidupan si bunga nan indah dan wangi ini.
 Wahai pemilik taman,waspadalah selalu dalam menjaga tamanmu.Lindungilah ia dari perosak-perosak yang menghilangkan keindahan. Namun pada yang mahu memunafaatkan,biarkanlah.

“Sesiapa daripada orang muslim yang menanam tanam-tanaman dan hasilnya dimakan oleh burung atau manusia ataupun binatang maka baginya mendapat pahala sedekah.” (HR Imam Bukhari)


Rabu, 5 Oktober 2011

YA RAZZAQ



Kelmarin, sebelum bertolak ke Johor makbonda jenuh juga memerah idea apa yang mahu di bawa untuk buah tangan, lalu teringat pohon magga yang berbuah lebat di belakang setor.

Sudah lima tahun makbonda tanam pohon ini,anak benih di beli di satu pusat jualan anak benih,kata penjual itu namanya MA224. 3tahun berlalu dapatlah kami merasa buahnya setelah beberapa kali kami jaga dan bajai Alhamdulillah,walaupun tidak selebat mana tapi memang cukup memuasakan.Ia tumbuh membesar dengan 3 cabang,satu daripada cabangnya telah di buang semasa pembenaan setor,walaupun ianya mengeluarkan buah yang lebat. Musim kali ini satu daripada dahan telah buah yang agak lebat juga, Alhamdulillah, dahan ketiga yang selama ini belum berbuah telah juga mengeluarkan putik-putik yang bergugus-gugus.
"Wah jika putik yang sebegini banyak bagaimana nanti bila telah matang,tentu tidak mampu dahan ini menampung kesemuanya"Bisik hati makbonda.

Makbonda periksa dari satu gugus ke satu gugus,memilih yang cukup matang untuk di petik. Tiba-tiba Makbondo terlompong,gugus-gugus yang makbonda kata putik tadi telah menguning. Bila Makbonda periksa dari pangkal pokok,buah yang kecil-kecil seperti putik itu adalah dari satu cabang yang sama. Subhanallah......rupa-rupanya ia adalah mangga padi atau telur. Sekarang dari sebatang pokok mangga tersebut kami dapat dua spesis iatu MA224  dan pelam padi atau pelam telur.Kedua-duanya punya keistimewaan yang tersendiri,sangat manis dan menggiurkan.
Mahasucinya Allah yang yang memberikan Makbonda petunjuk tentang kebijaksanaan,dan kekuasaan NYA.
  Petang semalam  baru sempat Makbonda tunjuk pada suami  dan sempat menfotokannya,

Dua dahan yang bercabang


Sebelah kiri pelam telur(padi)
Sebelah kanan MA224


Selasa, 20 September 2011

Saat gembira



Saat gembira bagi :
  • >Sepasang suami isteri ialah bila dikurniakan cahaya mata yang sempurna.
  • >Seorang bayi ialah bila mulutnya disumbat dengan puting susu ibunya,atau berada didakapan hangat ibunya.
  • >Seorang kanak-kanak ialah apabila pemainan yang dihajatinya tiba di genggaman
  • >Seorang gadis ialah bila dilamar pemuda idamannnya,dan saat gembira bagi seorang jejaka pula ialah bila lamarannya diterima.
  • >Seorang isteri ialah bila suaminya memberi pujian padanya.Seorang suami bila isterinya sentiasa mengikut katanya.
  • >Seorang ibu ialah bila di hari tuanya anak-anak menjadi anak yang soleh,berakhlak dan beriman yang sentiasa menghormatinya.
  • >Seorang guru ialah bila anak didiknya lulus ujian dan menjadi insan yang bermunafaat
  • >Seorang usahawan ialah bila perniagaannya mendapat keuntungan
  • >Seorang pemimpin ialah bila pengikutnya taat kepada dasar kepimpinannya.
  • >Sorang mukmin ialah bila segala amalan diterima di kehidupan akhirat nanti.
  • >Seorang petani ialah bila hasil tanamannya hidup subur dan tiba masa untuk dituai
Walaupun Makbonda bukan petani,tapi dapat rasakan bagaimana kegembiraan seorang petani.Apa  tidaknya,bila melihat imej-imej di bawah. Kesyukuran dan kekaguman pada Maha Pencipta semakin tinggi,Dia sangat hebat,Pemberi rezeki,Maha agung,Maha pemberi  kepada hambanya yang berusaha.


"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? "






Catatan Popular