DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Memaparkan catatan dengan label bapak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bapak. Papar semua catatan

Selasa, 4 Ogos 2015

LIMAU MANIS PESAKA BAPAKU

Ini cerits mengenai limau manis.

 20 tahun yang lalu bapak memberi Kakak dua bag benih limau manis . Pada ketika itu Kakak masih tinggal bersama mak mertua,tetapi Kakak telah pun membeli tanah yang kakak tinggal sekarang. Kakak masih ingat kata kata bapak. " Kakak bawak anak pokok limau ni,lepas tu tanam elok-elok dan Jaga sampai buah,sebab Kakak je yang ada tanah setakat ni,nati kalau bapak punya mati,Bapak ambik dari kakak punya pulak." Kakak terima sahaja untuk tidak mengecilkan hati bapak. Di rumah Kakak biar sahaja pokok tersebut selama setahun,sebab masa itu sebok dengan anak2 kecil. Ibu mertua menanam salah satu pokok tersebut di belakang rumahnya. Beberapa bulan barulah kakak tanam di tanah yang kakak beli. Beberapa tahun pokok yang mak mertua tanam membesar dan mengeluarkan sebiji buah,tidak lama krmudian mati. Sedangkan yang kakak tanam di tanah sendiri terus mrmbesar dan mengeluarkan buah yang agak. banyak.

Sehinggalah Kakak pindah dan membena rumah di sini. Pada suatu masa buahnya agak tidak baik,agakmengkal,keras dan tiada siapa yang sudi memakanya. Seorang rakan memberi tahu ada sejenis serangga yang menyentuhnya semasa muda,serangga tu bermastautin di pokok tetsebut,jadi belau sarankan sembur racun serangga sebaik sahaja bunga telah melalui proses pendebungaan. Kamipun ikut saranannya. Alhamdulillah, dengan sekali semburan sahaja sampai sekarang hasilnya terus baik sampai sekarang,tidak perlu ulang semburan lagi.

 Pada peringkat awal buahnya tidaklah selebat sekarang,namun meningkat dari tahun ketahun. Ianya bukan rezeki kami sahaja tapi adalah rezeki semua orang disekeling kami. Semua jiran tetangga,kawan kawan sekolah,saudara mara jauh dan dekat telah merasainya,tambah menggembirakan hati kakak buah ini adalah kesukaan ibu mertua. Adik beradik kakak semua tinggal jauh,bila musim buah matang,terkenang mereka.Bila mereka datang kakak sua- suakan pada mereka untuk dibekalkan pulang. Antara mereka ada yang gembira,ada yang menolak-nolak,mungkin tidak berapa gemar buah tersebut. Mungkin juga naik menyampah dengan sikap kakak yang ghairah mempromote sesuatu yang mereka tidak gemar.

 Sehingga kakak mengeluarkan kata kata,

 "Sebenarnya kakak ni seperti telah dilantik oleh bapak untuk mewarisi pokok limau manis ni.sebab banyak2 anak kakak sorang yang dapat. Sekarang pokok bapak di kampung pun dah mati,bapak pun dah tinggalkan kita,namun kita masih dapat rasa buah limau tersebut. Itulah sebab bila musim buah kakak ternanti nanti adik, beradik datang, suka atau tidak kakak nak semua pewaris bapak merasa.Barulah senang hati kakak" (Sebenarnya kakak tak cakap macam tu pun,tipu je,kakak cuma cakap dalam hati) 

Walaubagaimanapun,kakak tau ada yang gembira menerimanya. Tiba-tiba kakak telah menerima petunjuk,terfikir sendainya pokok ini mati,bagaimana ye? yelah Allah boleh buat bila2 masa.Lalu kakak diberi hidayah untuk melakukan seperti yang apa bapak buat. Kakak jalankan projek tut. Mulanya pakai belasah atau try n eror sahaje,tanpa ilmu,cuma ingat2 apa yang bapak buat. Dalam 6 tut hanya 1 yang jadi,kemudian kakak mula menggoogle.Jumpa dalam youtube



Buat lagi dalam 6 cubaan 4 yang berjaya,kesilapana adalah semasa peroses penyimpanan dalam poly bag sementara belum dipindahkan di atas tanah . Percubaan ke 3,buat 6,kesemuanya berjaya. Sekarang sedang dlm percubaan ke 4.

Kemana kakak tanam banyak- banysk ni. Pertama  2 pokok tanam di tanah sendiri,yang lainnya agih kan pada jiran tetangga dan kawan-kawan rapat. Teknik penyerahan yang kakak gunakan ialah sama seperti gaya bahasa bapak dulu
"Boleh tolong tanamkan pokok ni,jaga dengan penuh kasih sayang,sampai berbuah"

Response dari mereka berbagai2,ada yang faham ada yang tidak,dia ingat tanam di tanah saya,padahal tanam di tanah mereka. Bila dah faham nampak riak gembira air muka mereka.

" Nanti kalau saya punya mati boleh minta dengan awak pulak ye"
Nampaknya masing masing gembira menerima.
 Berikut adalah proses yang saya tiru dari clip video di atas

Keperluan nya ialah penggalak akar,tanah yang siap dibonjot dalam bag plastik

Sunatkan dahulu dahan yang kiti pilih

belah tanah yang dalam plastik seperti gambar

Tempekkan pada dahan yang disunat tadi,biarkan selama sebulan,sesekali check kut-kut tanahnya kering


Taraaa....setelah sebulan apabila akar telah tumbuh,kerat dan simpan dalam polibag yang diisi dengan tanah. Sebeulan selepas itu setelah nampak daun baru tumbuh,bolehlah di pindahkan diatas tanah. 




Ini buah yang sedang muda

Jreng jeng jeng...tuan tanah sedang mengutip hasil.




Rabu, 19 Mac 2014

Bapak siri hikmah.

41 hari tempoh bapak dimasukan ke wad akibat patah kakinya dengan hari Arwah menemui Penciptanya.
Bila bapak patah kaki,kami semua begitu sedih. Bapak telah uzur,berjalan pun dengan bantuan tongkat,tapi bapak masih mampu bermotosikal ke masjid atau ngeteh di warung Limi,menu yang bapak order ialah roti canai banjir dan limau ais. Tokeh warung telah akur dengan menu itu,bapak tidak perlu membuat pesanan,makanan akan tiba. Budak-budak pekerja kedai pun sudah biasa,mereka akan siap-siap memusingkan motorsikal ke arah jalan  adakalanya tolong hidup kan enjen sekali.

Bila bapak masuk wad,kami semua susah hati.Bapak tidak boleh bergerak,kakinya kena ikat pada papan. Bapak kena pakai pampers.Hari pertama di wad Teluk Intan kami bergotong royang menukarkan bapak pamper.

"Apa selamanya aku kena macam ni" kata bapak.
"Tak Pak,kalau dah baik nanti tak perl pakai" Setiap kali ditukar lampin bapak akan pejam mata. Kami tahu dia malu.

Kami semua sentiasa berdoa agar hujung usia bapak dalam keadaan khusnulkhotimah,tetapi kenapa bapak patah kaki dan tinggal di wad. Walaupun kita tidak boleh menolak qada' dan kadar hati kecil yang lemah iman ini ada juga sesekali mempersoalkan.

40 hari bapak meninggalkan rumah,tinggal di wad dan  dapat keluar kena tinggal di ruang tamu rumah Ramlah, Bapak terpaksa tinggal di rumah Ramlah sebab berdekatan dengan hospital,walaupun bapak minta dibawa balik kerumah sendiri namun kami tidak dapat memenuhi kehendaknya sebab rumah bapak jauh di pendalaman,tambahan emak tidak nampu menjaga seorang diri.Bapak perlu rawatan susulan setiap minggu,jadi agak sukar untuk bapak berulang alik dari kampung. Dalam tempoh itu juga beberapa kali bapak keluar masuk hospital.Sehingga masa bapak dipanggil pulang....ya 40 hari. Allah memberi kami ibrah,erti hikamah,walaupun tahu setiap kejadian ada hikmah sebaliknya,kami tahu tapi sekarang bertambah yakin.

Ya dalam 40 hari itu kalaulah bapak tidak masuk wad tentu kami akan menjalani hidup seperti biasa. Bapak masih berulang alik dari masjid,rumah dan warung. Emak pula dalam kata menjaga bapak akan berada  disisi bapak bila bapak perlukan sahaja,contohnya seperti bila bapak terkencing atau terberak di luar selain tandas,atau ketika bapak mahu makan ubat,sebab sejak akhir-akhir ini bapak tidak akan makan ubat kecuali emak yang sediakan.Atau ketika bapak meminta emak memandikannya,menyampu rambut dan menggosok belakang,sebab tangan bapak sudah tidak sampai menjangkau belakang,dan bapak kata bila emak mandikan badannya akan rasa lebih segar. Selain pada masa itu emak akan merayau-rayau di keliling rumah juga di kebun. Membuang seludang yang jatuh di halaman,mengairi flora yang tumbuh,kadang-kadang menghalau beruk dan lotong yang selalu mengintai-ngintai sesuatu yang boleh mengisi perutnya,yang utama berada bersama ayam-ayamnya . Emak juga perlu menghadirkan diri dalam masyarakat,kenduri,melawat jiran sakit dan sebagainya. Tentu adakalanya bapak perlukan emak tapi emak tiada disisi. Kami pula biasalah,sebok dengan kerjaya. Mesyuarat,outing,seminar,kelas tambahan,kenduri-kendara ,melayan kerenah anak-anak dan sebagainya yang menjadi penghalang untuk kami menjenguk bapak.

Apabila 40 hari bapak terlantar,emak sentiasa disisinya.Bapak pulak sudah tidak mahu menyuap makanan sendiri,semua emak yang buat. Anak-anak memaksakan diri untuk melawat,kalau hanya disebab kan anak selsema sanggup mengambil cuti,takkan untuk bapak tidak. Anak menyedari itu,maka seboleh-bolehnya diperuntukkan masa untuk bapak.Adakalanya anak-anak datang sendiri tanpa anak isteri,tidak mengira waktu. Antara Lembah Kelang Teluk Intan sudah tidak jauh lagi. Kalau dahulu hanya emak yang menyuapkan ubat bapak sekarang anak cucu berkesempatan menyuapkan makan minum bapak juga.Anak-anak belikan bapak kerusi roda, lampin dan semua keperluan bapak termasuk tinggal di wad kelas pertama. Emak pun selesa menjaga bapak di bilik yang begini. Bila anak-anak datang bapak akan diangkat untuk duduk di kerusi roda dan berjalan-jalan. Masa ini lah anak-anak berpeluang menatang bapak seperti bapak menatang mereka dahulu.Anak-anak berpeluang membasuh berak,membasuh rambut dan memandikan Bapak.

Bapak menghadapi saat Sakaratul maut pada Sabtu malam Ahad. Sesungguhnya memberi peluang untuk anak-anak untuk sampai sebelum siang. Alhamdulillah Jenazah Bapak dimandikan oleh anak-anak,menantu dan cucu. Tiada orang lain.

  Al Baqarah:269 ﴿
Allah menganugerahkan al hikmah kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran .


Subhanallah,Alhamdulillah Allahuakbar

sumber google imej


Rabu, 12 Mac 2014

Bapak siri syahdu



     Malam itu 8 Mac 2014 Kakak di Pangkor,menjayakan program kecemerlangan pelajar tahun 6 bersama 25 orang pelajar tahun 6 calon UPSR beserta 15 orang guru. Slot antara jam 10.30 hingga 11.30 ialah slot sentuhan jiwa.Dimulakan dengan istighfar dan zikir munajat,tiba-tiba bilik digelapkan,seorang guru membacakan bait-bait skrip kesedaran sebagai seorang insan,sesekali terpancar diskrin imej –imej yang bersesuaian dengan bait-bait skrip. Beberapa ketika  kedengaran beberapa esakan dari pelajar.Akhirnya pembaca skrip meminta guru-guru tampil di hadapan pelajar untuk memberi kesempatan pelajar melatakan kepala dibahu,pelajar lelaki dengan guru lelaki,pelajar perempuna dengan guru-guru perempuan. Tanpa melihat wajahnya di dalam gelap. Rupa-rupanya pelajar yang Kakak peluk ialah Liana yang telah setahun kematian ibu. Semasa memeluk mereka Kakak bayangkan anak itu adalah Atiqah,Atina,Athira dan Aimi silih berganti,sambil berdoa untukmereka.Liana menagis semahunya dan Kakak juga tapi masing-masing punya bayangan yang berbeza.
Selesai  slot tersebut kami pun meninggalkan bilik  menuju ke lift untuk ke bilik masing-masing. Telefon bordering,Kakak nampak nama Emak timbul. Kakak berdebar sangat. Lalu terdengar suara Emak dari kejauhan.

“Kak,Bapak dah tak ada,jam 11.26 tadi,Tolong jangan meratap ye,Alhamdulillah Bapak pergi dengan senang depan Mak tadi”

Kakak rasa diri Kakak tergantung di awang-awangan,Beristigfar,berhawqala beberapa kali mencari kekuatan,sempat memberi tahu kawan-kawan yang sedang berbaris dihadapan pintu lift. Mereka semua berkerumun dan masing-masing menenangkan Kakak termasuk Guru Besar dan GPK lain.

“Kita tunggu esok pagi lah nampaknya,perkhidmatan feri dah tak ada,kalau nak cari bot lain lebih kurang RM300. Spontan Kakak membuka dompet dan Alhamdulillah cukup RM300."
Reaksi Kakak itu diperhatikan oleh guru besar,

”Ok sekarang begini ,cikgu masuk bilik dulu solat ke apa yang patut kami cuba usahakan”
Malam sebelumnya Kakak menziarahi Bapak.Sejak Bapak keluar wad seminggu lalu Bapak masih tinggal dirumah Adik Ramlah(Umi Nadia) di Teluk Intan. Selepas solat Jumaat Kakak dan suami ke kampong dahulu memberi makan ayam-ayam Mak dan menyiram bunga sambil mengambilkan beberapa pakaian yang Emak pesan. Selepas Asar baru kami sampai. Kebetulan Adik Ramlan(Prof Abi Muhaimin) ada disana.Kakak sudah tidak membelikan apa-apa makanan untuk Bapak kerana menurut Emak sejak keluar dari hospital Bapak sudah tidak mahu makan.Selepas Magrib Kakak dan Adik Ramlan membacakan surat al Muzammil dan surah Al Rahman di telinga Bapak.Air mata Bapak mengalir. Kakak usap airmata Bapak,Kakak belai belai wajah Bapak,usap rambut Bapak,telinga,urat-urat di dahi dan pipi,sambik Kakak bisik kat Bapak

 “Terimakasih Pak ajar saya Quran,kalau tak saya tak pandai baca macam ni” Bapak tadahkan tangan.Air mengalir lagi dihujung matanya. Begitulah biasanya riaksi Bapak bila sesiapa yang memberikan Bapak harapan. Namun Bapak amat lemah sekali.Kakak dan Dik Ramlan mempelawa Bapak untuk duduk,Bapak akur,kami angkat sama-sama badan Bapak,belakang Bapak panas sekali. Bapak renung Kakak .

”Bapak nak minum” Dia mengangguk,tapi Bapak sudah tidak boleh menggunakan straw seperti sebelumnya,kena tuang air guna cawan kecil sedikit demi sedikit. 

Sudah larut malam Kakak meminta diri dari Bapak.Kakak kena balik sebab esok pagi kena pergi Pangkor. Beg tak siap lagi. Kakak dapat minta maaf kat Bapak dan cium dahinya.Dia mengekori Kakak sehingga pintu. Rupa-rupanya itulah saat terakhir Kakak bersamanya.

Dalam perjalanan tajuk perbualan kami adalah berkisarkan Bapak. Sepatutnya esok pagi suami Kakak bercadang ke Kota Tinggi untuk menghadiri majlis perkahwinan,Kakak mencadangkan agar dia membatalkan sahaja perjalanannya itu,sebab bimbang dengan keadaan Bapak. Beliau setuju.
Sesampai di bilik Kakak terus mengemaskan beg,sambil mengawal tangisan,adakalnya terkawal dan ada kalanya terlepas.anak-anak murid dan kawan-kawan mengurumuni Kakak sambil menenangkan , sambil membantu mengemas. Dalam pada itu sebenarnya Kakak segan juga diantara yang memujuk Kakak itu adalah Cikgu Ita yang telah kematian bapanya 4 tahun yang lalau,bapa mertuanya 1 minggu yang lalu,dua orang anak saudaranya selang 1 bulan yang lalu, kemudian Cikgu Khalimah yang telah kematian Emaknya 4 tahun yang lalu,diasbabkan ketumbuhan bisul dalam masa seminggu sahaja telah menemui ajalnya. Cikgu Hamsiah juga telah kehilangan kedua ibubapanya,ibunya dahulu dan bapanya menyusul setelah sebulan kemudian. Situasi itulah antara yang menyumbang kekuatan. Tiba-tiba Kakak dapat panggilan supaya turun ke lobi,kerana ada bot yang akan membawa Kakak menyeberang. Kak bertahmid berulang-ulangkali. Rupa-rupanya Guru Besar dan GPK telah berusaha mencarikan jalan untuk Kakak.Kakak dibawa ke tepi kawasan nelayan,sebuah sampan kecil menunggu,sampan yang digunakan untuk menyandat sotong,dipandu oleh seorang pemuda dan seorang pemuda lagi di hadapan. Kakak ditemani oleh Guru Besar dan Ustazah.Berlima didalam sampan yang bermotor membelah selat Dinding dalam kepekatan malam,tanpa lampu dan jeket keselamatan. Menurut Ustazah ombak agak tinggi malam itu,tapi Kakak tidak merasakannya kerana ombak dalam jiwa lebih tinggi.Kakak sangat berterimakasih pada Allah,yang menurunkan ramai orang-orang yang baik menolong Kakak. Ya Allah,Sesungguhnya tidak rugi jika kita berbuat baik,Allah akan turunkan orang lain pula yang akan berbuat baik kepada kita.sebenarnya adakah cukup perbuatan baik kita selama ini. Ya Rabbul Jalil,aku malu padamu Ya Allah aku berbuat baik sedikit tapi Engkau bagi lebih.

Dalam perjalanan barulah Kakak menalifon Suami,rupa-rupanya beliau telah bekejar kekampung untuk mengemaskan rumah bersama Aizat(anak teruna Kakak yang bercuti dari pelayaran)dan Atina(anak gadis Kakak yang menuggu posting) bagi menyambut jenazah Bapak yang akan di bawa kekampung dari rumah Adik Ramlah. Tepat jam 2.30 pagi Kakak sampai,Kakak tidak dapat menahan perasaan terus memeluk anak bujang Kakak. Dia melepaskannya sehingga Kakak reda. Adik Ramlah mendekati Kakak  melapaskan tangisan yang dibendung sejak tadi sambil berbisik

“Kakak tolong jangan nangis,Emak langsung tidak menagis,pastikan Kakak reda baru jumpa Mak”
Allahuakbar….. Kakak pastikan reda,baru berjumpa Emak yang sedang berbaring-baring dengan Atina.
Perlahan-lahan kakan peluk dia
“Redokan Bapak pergi,Bapak pergi dalam keadaan baik,Di hadapan Emak,Dik Lah dan suami,dan Adik Hanif(dr abu Ahnaf) Bapa dapat mengucap. Emak ikhlas.Kesian Bapak menderita biarlah Bapak mengadap Allah dengan tenang,tak perlu di ratap-ratap”

Luruh kepejalan jiwa Kakak. Barulah Kakak mendapat kekuatan untuk menyelak serban putih yang menutupi muka jenazah Bapak. Tenangnya wajah Bapak.Walaupun pucat dahinya basah berpeluh,dadanya,perutnya panas. Jarinya lembut berdakap.
Seorang demi seorang adik adik sampai. Selepas Solat subuh Emak mengarahkan kami segera memandikan jenazah Bapak.Emak mengarahkan dan kami melakukan. Sebenarnya itulah pertama kali saya turut sama memandikan jenazah secara langsung,selama ini hanya membantu serba sedikit sahaja. Sehinggalah selesai. Alhamdulillah. Orang datang berziarah  sEmakin bertambah,kelewatan penyempurnaan hanya disebabkan kelewatan mendapatkan kelengkapan pengapanan jenazah. Proses pengapanan juga dilakukan oleh anak-anak dan cucu lelaki Bapak, dibantu oleh 2 orang Imam masjid kampong yang juga anak murid Bapak.


Solat jenazah di rumah diimamkan oleh Adik Ismail(Abu Hasan),dimakmumkan oleh semua anak cucu Bapak serta saudara mara. Di masjid dijalankan juga solat jenazah.Kakak rasa kalaulah solat tersebut mengikut syaf seperti solat biasa,pasti makmum akan melimpah keluar di kawasan koridor. Solat diimami oleh Adik Hanif. Semasa berdoa dia tidak dapat juga menahan emosi,suasana diselubungi syahdu,ramai Jemaah yang teresak-esak.

Kami anak cucu turut sama semasa pengkebumian termasuk Emak. Anak cucu lelaki semua mengambil bahagian memegang cangkul semasa proses menimbus. Akhir sekali Pembacaan talkin oleh Imam Hasan.Beliau adalah bekas anak murid Bapak,beliau tidak bersekolah arus perdana. Waktu remaja setiap malam dia akan datang mengaji kitab dengan Bapak,siang pula bersekolah di bawah surau bergurukan Bapak. Bapak juga yang melantiknya menjadi Imam Masjid. Beliau menganggap Bapak seperti Bapaknya sendiri. Semasa membaca talkin beliau tidak dapat menahan emosi,beberapa kali terhenti terutama bila menyebut nama Haji Zailani. Sekali lagi suasana diselubungi syahdu.Kakak Nampak Emak agak tewas,Kakak terdengar sedunya,sebab Kakak memeluknya dari belakang tentu tidak dapat melihat wajahnya,hanya dapat merasakan goyang badannya sahaja.

  
 89:27 "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!

89:28 "Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)  

89:29 "Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagi "

89:30 "Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! " 

Doa juga kupanjatkan bersama untuk  MAS MH370


Isnin, 24 Februari 2014

Bapak siri 24


Sejak Bapak telah memasuki ke 80an usianya. bapak sudah tidak seperti dahulu,sangat kurang bercakap.Labih suka menyendiri. tenaga bapak pun sudah agak menyusut. Namun sungguhpun agak uzur fizikalnya tetapi diberikan kesihatan mental dan rohaninya.

Untuk memancing bapak agar bercakap biasanya Kakak akan  menyentuh cerita Bapak semasa di Pondok. Bapak banyak berpindah dari pondok ke pondok.  Bila menyentuh isu itu ceritanya agak jelas. Begitu juga bila menyentuh cerita pembukaan kampung dahulu. Bapak akan sertakan sekali cerita-cerita sampingan bersama-sama kawan kawannya.

Semasa bapak dirumah Dik Lah,bapak bertanya Dik Lah
"Sekarang bapak di mana"
"Ada kat rumah saya Pak"
"Huh ingat di rumah Mbah Hj Hasan"

Embah Haji Hasan ialah pak Cik kepada Embah yang tinggal berjiran dengan Embah di Sri Ladang Rengit,namun usianya hampir sama dengan Embah. Kakak pernah berjumpa insan ini,orangnya warak.Bila ada orang perempuan mahu bersalam,beliau akan melapiknya dengan kain serban,sebab telah menjadi kebiasaan saudara mara di sana walau ada bahu bacang sahaja akan bersalaman lelaki perempuan walau bukan muhrim. Namun Embah Haji Hasan ini telah meninggal lama dulu pada akhirtahun 70an.

Sekarang Memang sukar hendak mendengar cerita bapak lagi. apa lagi bila telah terlantar di wad. Bapak akan membuka mulut bila orang-orang kampung datang melawat.Permintaannya hanyalah minum,tayamum dan membunyikan rakaman ayat suci al Quran dari i pad Emak.. Sesekali bila batuk dimintanya ubat batuk.




Semalam Bapak memandang Kakak,lalu kakak dekatkan telinga,menunggu bapak meminta apa-apa. Tetapi bapak cuma diam. lalu kakak yang bertanya.
"Bapak fikirkan apa pak"
"Aku fikirkan mati"
Kakak gugup tapi berusaha bertenang. Kakak gosok-gosok tangan bapak yang pucat dan kering.
"Bagus pak kita fikirkan mati, nanti semua kita akan mati,kakak emak,adik-adik dan semua orang,Tapi kalau Allah belum nak bagi mati kita kena terus hidup,Allah masih bagi bapak peluang tengok anak-anak,doakan anak-anak kita semua mati dalam keadaan khusnulkhotimah"

Beliau mengangguk-angguk,dan  menadah tangan.Begitulah,setiap kali ada orang memberi kata-kata semangat dan doa,bapak akan menadah tangan.

(أعوذ بالله من الشيطان الرجيم)

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"14:41

Catatan Popular