DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Sabtu, 23 September 2023

Tugasan 2 #BKHLegasi_Abah


 "Babi! Celaka!" Sepontan terpacul dari mulutku.


Sakitnya hati tidak terkira. Hanya ungkapan itu yang aku rasa cukup untuk membalas sakit hati.


"Pang!" Tiba-tiba hinggap tamparan di kedua bibirku.


"Mulut!!! Sejak bila pandai sebut macam ni? Selama ni Bapak larang anak orang, ni anak sendiri pula yang buat. Bapak dengar lagi sekali,  kunci mulut tu." Bapak memberi amaran sambil mengacu-acukan kunci jam dekat ke wajahku.


Senyap seketika.


Beberapa detik, aku tak mampu lagu  membendung tangis,  lalu terpacullah raungan dari mulutku. Akibat dari raungan ku,  hilanglah fokus aku menjaga adik. Maka bapak pun capai adik dari dukungan ku dan mengambil alih menjaga adik. Di biarkan aku sehingga diam dan sembuh luka hatiku.


Mail diam terkebil- kebil.


Hari itu  aku dan adikku Mail  melihat Bapak mengunci jam. 


"Jam ni perlu dikunci, kalau tidak nanti dia mati, habislah kita tak tau nak tengok masa."


Sambil membuat kerja bapak menerangkan cara-cara membaca jam. Yang mana jarum saat, minit dan jam. Jarak antara 2 nombor ada 5 tanda untuk membaca jam dengan tepat. Menarik. Itulah pendidikan non formal dari bapak kepada anak anak.


 Tiba tiba emak panggil.


"Kakak, jaga adik  Mak nak masak ni."


Adik Hanif masa tu baru pandai merangkak. Suhu badannya agak tinggi. Dari pagi hanya melekap daam dukungan Mak.


Tanpa bantahan aku ambil adik. Apa lagi, meraunglah adik apabila bertukar dukungan. Tentulah berbeza rasa sentuhannya.


Aku tepuk-tepuk adik sambil goyang- goyangkan badan sebagaimana emak atau bapak lakukan untuk mendiamkan adik.


Aku bawak adik  melihat kerja kerja bapak sampai adik diam.


Mail yang aku rasa memang dilahirkan untuk mengusik dan menyakiti hati ku cuba mengganggu adik supaya menangis lagi.


"Hoi janganlah, adik baru diam, nangis lagi kamu jaga!"


Tak hairan dia dengan amaran ku, malah dia semacam terhibur pula. Mendengar kejadian tersebut bapak buat pandang tajam ke arah Mail sebagai isyarat satu larangan.


Diam seketika. 


Tiba tiba adik melalak lagi, rupa-rupanya Mail ambil lidi penanda mengaji dan kais kais tapak kaki adik yang sedang menunjukkan tanda mahu tertidur.


Manalah tidak sakit hati ku. Perkataan yang keluar dari mulutku adalah sepontan terbit dari kesan kesakitan dalaman yang amat.


Bapak memang tegas betul soal adab berbahasa. Tiada toleransi buat anak anak untuk mengeluarkan kata kata carutan.


Itu semua aku akur. Walaupun tidak pernah mendengar carutan dari mulut Emak dan Bapak, aku dengar dari kawan kawan sekolah sering mengeluarkan bermacam- macam ayat makian. Serba sedikit pendidikan non formal dari masyarakat telah mempengaruhi minda ku.


Raungan ku tadi bukan kerana sakitnya tamparan bapak tetapi sakitnya hati atas ketidak adilan Bapak. Sepatutnya Mail yang perlu diberi tindakan.  Bukan aku, kerana aku yang menjadi mangsa. Namun itu bukan tiket untuk aku bebas menggunakan bahasa makian.


Begitulah kesan didikan Bapak, Sehingga kami tidak berani menyebut nama haiwan tersebut melainkan dengan mengeja ba alif ba ya. Sehinggalah dewasa.


Tugasan 2 

#BKHLegasi_Abah

#UnIKH


Tulis-tulis tentang abah...


Komen yang paling diharapkan



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular